Anda di halaman 1dari 11

Rumah Tommy dan Betty bersepah-sepah.

Pinggan mangkuk tidak dicuci.


Baju tidak digosok.

Permainan bertaburan di atas lantai.


Tommy dan Betty tidak ambil peduli.
Mereka benci mengemas rumah.
Ibu mereka merungut lalu berkata
“ Kalaulah ada Brownie, tentu rumah
saya kemas”.

Tommy bertanya, siapakah Brownie itu.

Ibunya menerangkan. Brownie itu ialah


seekor pari-pari kecil yang masuk ke
dalam rumah secara senyap sebelum
waktu Subuh.

Ia mengemas rumah, menggosok baju,


membasuh pinggan dan membuat segala
kerja rumah secara rahsia.
“ Hebat!! Bagaimana kita ingin
mendapatkannya?”
kata Betty kehairanan.

Ibu menyuruh Betty dan Tommy pergi ke


hutan bertemu dengan burung Hantu yang
bijaksana.

Pada waktu malam, Tommy dan Betty


keluar ke hutan.
Mereka ingin bertemu dengan burung
hantu yang bijaksana.
Mereka terdengar bunyi burung hantu.
Mereka ternampak burung hantu itu
di atas dahan.

Mereka memanjat pokok dan duduk


di atas dahan.
Burung hantu itu memeluk mereka dengan
sayapnya yang lebar.
Mereka bertanya kepada burung hantu,
bagaimana untuk bertemu dengan
Brownie.

Burung hantu berpesan. Untuk bertemu


Brownie, mereka perlulah mencari sebuah
kolam. Apabila berjumpa, mereka perlulah
mengelilingi kolam itu sebanyak tiga kali.
Mereka perlu berkata “ Pusingkan saya
dan tunjukkan rupa pari-pari. Saya lihat
dalam air rupa….”
Mereka terlihat bayang-bayang mereka
sendiri.

Tommy dan Betty berasa amat letih.


Mereka sangat kecewa kerana tidak
bertemu dengan Brownie yang dicari.
Mereka kembali berjumpa dengan burung
hantu di atas pokok.

Tommy dan Betty memberitahu burung


hantu bahawa mereka tidak berjumpa
dengan Brownie. Mereka hanya nampak
wajah mereka sendiri di dalam air.
Burung hantu yang bijaksana itu
menerangkan bahawa, Tommy dan
Bettylah Brownie yang mereka cari.
Merekalah pari-pari yang perlu membantu
ibu mereka di rumah.

Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil


berfikir. Merekalah yang sepatutnya
menolong ibu mereka setiap masa.

Keesokan harinya, Betty dan Tommy


bangun awal pagi. Mereka mengemas
rumah, menyapu sampah, mengelap lantai
dan membantu ibu mereka menyediakan
sarapan.
Ibu mereka sangat gembira dengan
perubahan Tommy dan Betty.

Setiap hari mereka berbuat begitu.


Akhirnya mereka menjadi rajin dan
bertanggungjawab seperti Brownie.
1. Tempat Ibadat

a. Guru menunjukkan gambar tempat-


tempat ibadat bagi setiap
kaum. Contoh:-

b. Guru menerangkan siapakah yang beribadat


di tempat-tempat tersebut

c. Guru meminta murid memadankan gambar


dengan kaum yang beribadat di tempat-tempat
berikut.
2. Perayaan di Malaysia

a. Guru menunjukkan kad gambar jenis-


jenis perayaan di Malaysia.
b. Guru Menamakan perayaan yang
berkaitan :
• Hari Raya Puasa
• Deepavali
• Tahun Baru Cina
• Hari Natal
c. Gambar pakaian tradisional kaum di Malaysia

Anda mungkin juga menyukai