Anda di halaman 1dari 1

KUBUR KARYA: WIRAMANJA

Drama ini mengisahkan dua orang pemuda yang kehidupan mereka bergantung pada mengambil
upah menggali kubur. Mereka menginginkan kematian setiap hari supaya memperolehi rezeki
yang banyak. Namun, kematian adalah kuasa Allah s.w.t. yang mana manusia tidak dapat
menduga dan merancangnya. Karim dan Ramli menunggu di kubur menjadi satu penantian yang
menyeksakan. Kegembiraan bagi mereka apabila mendapat berita kematian sebaliknya
kesedihan bagi keluarga yang menerima musibah tersebut. Dua fenomena ini mencetuskan satu
kelucuan, namun ianya menjadi realiti dalam kehidupan manusia. Ketika di perkuburan, muncul
Rashid seorang wartawan yang ingin mendapatkan cerita menarik mengenai penggali kubur
tersebut. Ironi drama ini ialah memperlihatkan manusia yang mengambil kesempatan sesuatu
untuk kepentingannya. Namun, realiti kehidupan sememangnya manusia hidup di atas
kesengsaraan orang lain. Sesungguhnya, drama ini menyimpan satu mesej bahawa setiap
sesuatu yang dijadikan Allah s.w.t di muka bumi ini berfungsi untuk sesuatu. Justeru,
kegembiraan dan kesedihan adalah dua suasana yang sangat berbeza, namun ianya memenuhi
kehendak naluri manusia yang ditentukan oleh Allah s.w.t. Fenomena ini mencetuskan satu
kelucuan dan menerbitkan satu pemikiran bahawa manusia takut kematian, tetapi di sudut lain
kematian diperlukan untuk memakmurkan dunia supaya tidak terlalu menyesakkan. Ada
golongan manusia inginkan kematian untuk mendapatkan imbuhan dan keuntungan hasil
kematian manusia. Drama ini memaparkan sindiran kepada manusia iaitu menginginkan
peperangan untuk menjatuhkan sesuatu empayar. Peperangan boleh menambahkan ekonomi
mereka dari segi industri pensenjataan dan lain-lain. Manusia tersebut sentiasa mencari jalan
kehancuran manusia lain di dunia. Begitu juga syarikat suratkhabar, bukanlah untuk menjadi lidah
rakyat tetapi menjadikan penderitaan mereka sebagai sumber pendapatan syarikat suratkhabar.
Namun pemikirannya, dalam realiti kehidupan, manusia hidup di atas kesengsaraan orang lain.
Sesungguhnya, drama ini menyimpan satu mesej bahawa setiap sesuatu yang dijadikan Allah
s.w.t di muka bumi ini berfungsi untuk sesuatu. Justeru, kegembiraan dan kesedihan adalah dua
suasana yang sangat berbeza, namun ianya memenuhi kehendak naluri manusia yang
ditentukan oleh Allah s.w.t. mempunyai hikmah tertentu.

Anda mungkin juga menyukai