Anda di halaman 1dari 7

Syahadah lailahaillAllah diwahyukan kepada setiap para Rasul

Allah – Anbiya 25

MENU

UNCATEGORIZED

Berjaga-jaga fahaman wahabi!


Menenggelamkan kekuatan
Islam dan Iman sebenar.
 

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya Salam Ya Allah

Baru-baru ini sering kita terdengar tentang wahabi yang bertujuan untuk menentang tentang perkara-
perkara bid’ah. Secara luaran nampak matlamat yang sangat baik, untuk hanya meneruskan melakukan
perkara-perkara apa yang Rasulullah Sollallahualahiwasalam lakukan sahaja.

Secara kasar, benar yang mereka katakan apa yang Rasulullah Solallahualaihiwasalam, tidak lakukan
 (kemudian kita lakukan) adalah bid’ah. Maka perlu ditinggalkan. Mereka mengguna pakai hadis ini, dan
ramai yang bersetuju dengannya.

‘Hadis’ riwayat Imam Malik, berbunyi, “…Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama
berpegangan dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah NabiNya. ‫ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ و ﺳﻠﻢ‬ ”

 Namun penelitian demi penelitian, bagaimanakah pula kesahihan hadis yang mereka guna
pakai?

Memikirkan tentang perkara tersebut, ada saya kupas dalam buku Menyaksi Rahsia Bicara KasihNYA. Yang
sependapat dengan kata-kata Ustaz Iqbal Zain,

“Pada zaman ini, ada sekelompok ahli agama yang menyeru kepada Sunnah tetapi mengehadkan kepada hadis-hadis
sahih sahaja. Walhal Rasulullah sollallahualaihiwasalam tidak pernah menyebut untuk mengikuti al-Quran dan hadis
sahih. Menyempitkan makna Sunnah hanya kepada hadis-hadis sahih membawa kepada implikasi penyempitan
khazanah ilmu dalam Islam.”

Disebabkan itu ingin kongsi, sedarkan, apa pengertian


Sunnah sebenarnya? Follow

Sunnah bukanlah bermaksud hadis (kata-kata) sahih semata-mata. Malah meliputi, perkataan, perbuatan,
cara hidup dan jalan hidup keseluruhan Rasulullah ‫ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ و ﺳﻠﻢ‬ .

Sebagai contoh, apabila seseorang mengamalkan membaca alfatihah atau ayat al-Quran tertentu untuk
merawat penyakit tertentu, atau mengamalkan zikir tertentu, mereka yang berfahaman wahabi akan
mempertikaikan, “manakah sumber hadis sahihnya?”

Sebenarnya fahaman dengan pertanyaan sebegitu, menunjukkan kecetakan ilmu mereka dan menutup
kedalaman, keluasan, mukjizat, ilmu dari al-Quran. Maka al-Quran itu dibaca zahir kulit sahaja.
Menjadilah membaca bukan dengan kefahaman ilmu sebenar. Membaca  al-Quran kerana kefahaman
mengeja, adapun yang mentafsir namun hanya dari terjemahan bahasa.

Sebagai ringkasnya, ambil tafsir al-quran sekarang, rujuk permulaan Surah Al Baqarah, ayat 1-2:

Bismillahhirohmanirrohim.

Alif Lam Mim. *Zalikal* kitab.

Lihat tafsiran ayat kedua Surah Al baqarah. Zalikal kitab, bahasa Arab terjemahan maksud dalam al-Quran,
dituliskan sebagai kitab ini. Walhal, zalikal kitab, sebenarnya bermaksud kitab itu. Namun malangnya
diterjemahkan kepada kitab ini. Walhal, perkataan “ini” diterjemahkan dalam Bahasa Arab adalah “haza”.
ALLAH ber rman “kitab itu”. Bukan ber rman “kitab ini”. Jadi rahsia “kitab itu” terus tersimpan. ALLAH
tidak pernah silap. Jelas “itu” dan “ini” perkataan yang berbeza.

Begitu juga dengan LailahaillAllah terjemahan sebenarnya ialah, “Tiada Ilah melainkan ALLAH”. Ilah bukan
sebenarnya maksud Tuhan. Jika zikir “tuhan”, “tuhan”, tidak dapat apa-apa pahala. TuHantuHantuhantu,
diulang-ulang menjadi Hantu. Di dalam terjemahan bahasa lain pun, perkataan ilah ditukar kepada bahasa
tidak elok.

Itulah agenda yahudi semasa portugis datang ke Tanah Melayu. Secara halus menyembunyikan yang
sebenar kerana takut kepada kekuatan kebangkitan Islam.

Namun mereka yang sudah terpengaruh dengan kefahaman wahabi, mungkin bertanya mana hadisnya?
Sebenarnya tidak salah bertanya, mana hadisnya.

Hadisnya ada, yang sangat sahih lagi ramai sahabat yang menyalurkannya. (Akan saya
kongsikan) akhir tulisan nanti.

Namun, saya kasihan. Pertanyaan mereka bukan mahu sebenar tahu, dengan kerendahan hati. Pertanyaan
dengan ada rasa kesombongan, secara tak sedar mereka terikut dan tertipu dengan nafs dalam diri yang
ego, dengan banyaknya hafalan hadis sahih mereka, yang menyebabkan hadis itu ALLAH tidak sampaikan
kepada mereka.

Mereka juga tidak tahu ilmu lailahaillAllah ini bersanad sehingga kepada Rasulullah Sollallahualaihiwasalam
dan jelas dalilnya,  diperintahkan untuk kita mempelajarinya. Rujuk Surah Muhammad ‫ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ و‬
‫ﺳﻠﻢ‬, ayat 19. “Fa’lam annahu lailahaillAllah. (Ketahuilah dengan) Pelajarilah, sesungguhnya tiada Ilah
melainkan Allah).

Jadi sesiapa yang terbaca artikel ini, dan terasa mereka terpengaruh dengan kefahaman wahabi, carilah
dahulu jawapan makna zalikal kitab (kitab itu). Apakah maksud sebenar Kitab itu, yang termaktub dalam
rman Allah Surah Al Baqarah ayat 2? Mintak pada ALLAH dengan kerendahan hati, bukakan hati menunjuk
jalah yang haq, yang diredhai.

Jika sering mempertikaikan kesahihan hadis,


sedarkah wahabi, yang hadis yang mereka guna
pakai itu sebenarnya hadis dhaif?
Tahukah kamu, sandaran hadis itu terputus. ‘Hadis’ riwayat Imam Malik, berbunyi, “…Aku tinggalkan untuk
kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, iaitu Kitabullah (al-Quran)
dan Sunnah NabiNya.”, hadis mursal?

Perkara ini dikaji dan mengejutkan orang yang berpegang dengannya, sewaktu dahulu. Dari tulisan  e
Hidden Truth, oleh Syeikh Mu’tashim Sayyid Ahmad, “Hadis ini (di atas) tidak diriwayatkan oleh para penulis kitab
Shahih yang enam di kalangan Ahlusunnah. Hal ini sudah cukup untuk mendai kannya.” Hadis mursal yang
jalurnya tidak bersambung (putus) kepada Nabi Sollallahualahiawasalam.
Sebenarnya saya amat menghormati hadis tersebut, bersetuju, menurut, pesanan seorang
ulamak bertaraf antarabangsa, Tuan Sheikh Dr Ismail Kassim.

Apatah lagi setelah saya pelajari syahadah. Sebagaimana yang saya pernah mendengar Sheikh Dr Ismail
Kassim menasihatkan, walau apa sahaja hadis yang kita dengar, (sebelum kita mendapatkan kesahihannya)
maka kita wajib menghormatinya terlebih dahulu. Beradab. Saya sangat membenarkannya. Kadangkala,
mungkin ia benar, namun kesahihannya belum sampai pada kita.

Tapi saya menulis di artikel ini, kerana kasihan melihatkan ummat yang terpengaruh dengan kecetekan
ilmu mereka dan seolah-olah terpaksa “memulangkan paku buah keras” kepada mereka yang berfahaman
wahabi. Yang menyebabkan makin menjauhnya umat dengan kelazatan, kenikmatan ilmuNya. Yang
menutup keluasan ilmuNya.

Jadi, apakah segala sumber hadis jelas sahih, yang


ramai para sahabat meriwayatkannya?
Amati hadis berikut ini. Diriwayatkan oleh At-tirmidzi, dari Jabir bin ‘Abdillah Al-Anshari yang berkata, “Aku
melihat Rasulullah ‫ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ و ﺳﻠﻢ‬di dalam Haji Wada’ (Haji Perpisahan) di atas untanya ‘AI-Qushwa’ (nama
unta Rasulullah .)’, beliau berkhutbah. Aku mendengar beliau bersabda, “Ayyuhannas, sesungguhnya aku telah
tinggalkan kepada kalian, yang apabila kalian berpegang teguh dengannya, kalian tidak akan tersesat, iaitu:
Kitabullah (al-Quran) dan keturunanku Ahlulbaitku. (Sahih at-Tirmidzi)

Jadi siapa yang paling dekat dengan baginda yang boleh menyampaikan cara hidup, SUNNAHNYA Nabi
Sollallahualaihiwasalam, jika bukan, ahlul bait (keturunan) baginda?
Inilah Amanat Rasulullah ‫ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ و ﺳﻠﻢ‬Yang Harus
Kita Pegang Teguh!
Hadis Sahih Muslim, Zaid bin Arqam berkata Rasulullah ‫ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ و ﺳﻠﻢ‬bersabda,

“Amma ba’du. Hai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah hamba ALLAH. Utusan
Robbku (Malaikat maut) hampir tibadan aku harus memenuhi panggilanNya. Aku
tinggalkan pada kalian Ath-thaqalain (dua bekal berat). Yang pertama adalah (al-Quran),
di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya terang. Maka amalkan dan berpeganglah
padanya dan Ahlul-Baitku. Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku,
Aku ingatkan kalian kepada ALLAH mengenai Ahlul Baitku, Aku ingatkan kalian kepada
ALLAH mengenai Ahlul Baitku.”, hadis sahih riwayat Muslim.
Tafakurkan dengan kejernihan hati, berapa ramaikah yang sebenar-benar mengetahui mukjizat al-Quran,
yang boleh dipraktik untuk menambah iman? Yang bukan setakat kita belajar, ketahui dan baca pada tahap
akal. Apakah amalan kukuh yang kita ada dalam persediaan menghadapi Dajjal? Sudah bermulakah?

Jangan hanya sibuk mempertikai sesuatu ilmu, dengan bertanya tentang sumber hadisnya sahih atau tidak.
Sedang hadis sahih dan alQuran dibaca hanya dengan kefahaman mengeja. Kelak menutup kekuatan
sebenar iman dan islam, sebagaimana gemilangnya Islam di Tanah Melayu dahulu.

Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul Allah dengan ilmu, sebagaimana yang Rasulullah
Sollallahualaihiwasalam pesan dan tinggalkan. “AlQuran dan ahlulbaitku”. Tafakurlah, dunia sudah
menghampiri akhir zaman.

Siapakah sebenar-benar ahlul bait? InsyaAllah, ikuti sambungan artikel saya seterusnya, berkenaan cinta
ahlul bait.

Sumber: nurul aein

Advertisements

Report this ad Report this ad

SHARE THIS:

 Twitter  Facebook  Google

Like
Be the first to like this.

RELATED
Peringatan Persediaan Diri Akhir Zaman - Syahadah
In "kepentingan syahadah"
Ahlul bayt penyelamat umat akhir zaman
In "Peringatan Persediaan Diri Akhir Zaman"
Pencarian jawapan ada di dalam Magnet Syahadah 2015
In "nikmat syahadah"

February 22, 2018


PUBLISHED BY

universal syahadah
View all posts by universal syahadah

Leave a Reply
Enter your comment here...

PREVIOUS

Peringatan Persediaan Diri Akhir Zaman – Syahadah

NEXT

Ahlul bayt penyelamat umat akhir zaman

Blog at WordPress.com.

Anda mungkin juga menyukai