Anda di halaman 1dari 11

(AJ20703) SEJARAH REVOLUSI AMERIKA SYARIKAT SEBELUM REVOLUSI

AMERIKA

PENSYARAH:

PROFESOR. MADYA DR. BILCHER BALA

SEMESTA/SESI:

3 (2016/2017)

NAMA NO MATRIK
MANSUR BIN BARAHIM
NORA SHAQIRAH BINTI MAZHAR

SOALAN 02:

The Indians have been frequently misrepresented by writers, who have


been either prejudiced against them from some impure motives, or who
had been too transiently resident amongst them, to ascertain with any
accuracy the real character of the Indians; for the Indians are not
communicative in the relation to their national peculiarities, or original
descent.”Pandangan McIntosh mengenai asal usul kaum pribumi Indian di
benua Amerika Utara.

1
1.1 Pengenalan.

Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang mempunyai kekuatan penduduk yang
terbesar di dunia. Negara tersebut mempunyai kehidupan yang sangat kompleks dengan
pelbagai agama dan suku etnik. Pada awalnya, Amerika Syarikat merupakan tanah daratan
yang tak berpenghuni yang mempunyai keluasan lebih sembilan juta kilometer persegi.
Sebelum kedatangan orang Inggeris di benua Amerika, penduduk asal pribumi Indian yang
berada di benua Amerika terdiri daripada Puak Pownhatan, Puak Monacan, Puak Manahoac,
Puak Susquehanna dan Puak Cherokee. Suku Indian adalah suku yang pertama menetap di
benua Amerika. Mereka telah datang dari Asia menuju ke benua Amerika lebih dari 20 000
tahun lalu. Masyarakat pribumi Indian ini telah mengembara dengan melintasi selatan Bering
kerana mengikuti haiwan buruan. Mereka kemudianya menetap dan berkembang menjadi
pelbagai suku dan tersebar di pelbagai belahan benua Amerika. Bangsa Indian termasuk ras
mongoloid mempunyai ciri-ciri seperti rambut hitam, lurus, kulit coklat kemerah merahan,
dan mata hitam. Suku pribumi Indian mempunyai pelbagai suku dan telah menetap di
beberapa kawasan Amerika seperti suku Indian Creek menetap di Oklahama, suku Indian
Cheeroke menetap di Georgia, Carolina Utara, dan Tennessee Timur, dan suku Indian Lakota
menetap di Dakota Utara, Dakota Selatan, dan sebagainya. Setiap suku Indian mempunyai
upacara tersendiri seperti upacara Capococha. Upacara Capococha merupakan upacara
persembahan anak-anak untuk para dewa. Upacara ini dimulai dengan berjalan kemudian
dibawa ke puncak Gunung Llullaillaco. Suku pribumi Indian mempunyai 700 bahasa yang
digunakan. Setiap suku pribumi Indian mempunyai bahasa rasmi seperti bahasa rasmi suku
Inca adalah bahasa Quechua.

Menurut Jonathan Narton Leonard, pribumi Indian ini menjalankan pelbagai kegiatan
seperti mereka menjalankan kegiatan pertanian, nelayan, memburu dan mencari hasil hutan
di kawasan gunung. Puak Powhatan Indian merupakan puak yang terbesar di benua
Amerika. Puak ini juga seperti puak lain kerana mereka menjalankan kegiatan seperti
memburu dan menjalankan pertanian.1 Kedatangan pribumi Indian ke benua Amerika
dengan cara berkelompok dalam bilangan yang kecil. Ketika orang-orang Eropah ke benua
Amerika, benua tersebut telah dipenghunikan oleh kaum pribumi Indian yang merupakan
penduduk asli dan telah lama bermukim dikawasan tersebut. Selain orang-orang Indian,
terdapat orang-orang Viking juga yang menetap di kawasan tersebut. Masyarakat kaum

1 John Mclntosh, The Origin of The North Americas Indian with a faithful,
description of their manner and customs, both civil and military, their religion, language Dress and
ornament among of North America, New York, Cornish, Lanpart co, Publisher, No. S Park Place, 1853,
hlm 33.

2
pribumi Indian mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebelum kewujudan kolonial Amerika
Syarikat dan berbeza dengan kaum pribumi lain yang dapat dilihat daripada pelbagai aspek
seperti sistem politik, ekonomi, dan sosial. Selepas berlakunya revolusi Amerika Syarikat iaitu
dari tahun 1775 sehingga tahun 1789, sejarah masyarakat ini telah mengalami perubahan
selepas kewujudan kolonial Amerika Syarikat. Sistem politik masyarakat pribumi Indian lebih
bersifat sistem keibuan atau matrilineal. Sistem mereka juga bersifat matrilocal iaitu suami
yang tinggal serumah dengan isterinya, rumah tersebut menjadi hak milik isterinya.2
Menurut William Bartham, perkahwinan tidak memberi hak kepada si suami ke atas harta
isterinya. Sekiranya berlaku perceraian pihak isteri berhak menjaga anak dan harta mereka
diberikan kepada isteri. Harta yang disimpan oleh isteri meliputi pendapatan pertanian
seperti Jagung, Kacang, Biji bunga matahari dan Labu yang disimpan di bilik tempat tidur
bayi.

Masyarakat pribumi Indian tinggal di rumah yang mereka telah bina sendiri yang
berasaskan anak pokok yang telah dibengkokan dan ditutupi oleh Jerami. Pada musim sejuk,
setiap ahli keluarga berpindah ke rumah yang lebih kecil dan tidak bertingkap. Pada tahun
1750, masyarakat pribumi Indian mula membina pondok untuk tempat tinggal mereka.
Ekonomi masyarakat pribumi Indian dibentuk berdasarkan sektor pertanian, pemburuan,
dan pembahagian pekerjaan berdasarkan jantina. Bagi masyarakat pribumi Indian, pertanian
dilakukan oleh kaum wanita dan pemburuan pula dilakukan oleh kaum lelaki tetapi kedua-
duanya mempunyai kepentingan ekonomi yang sama. Bagi aktiviti pertanian, mereka
bercucuk tanam dan menyediakan bekalan makanan untuk setiap keluarga bagi menyara
kehidupan mereka. Antara tanaman yang diusahakan seperti Jagung, Kacang, Labu,
Tembakau dan Biji bunga matahari. Masyarakat pribumi Indian mempunyai kebun yang baik
dalam suku orang asli. Penanaman Jagung penting untuk membuat makanan kegemaran
mereka seperti Sofkee dengan cara menumbuk Jagung tersebut dan kemudian direbus.
Selain itu, masyarakat pribumi Indian juga menjalankan aktiviti penternakan Ayam Belanda
dan Lembu. Kaum lelaki juga menjalankan aktiviti pemburuan binatang untuk mendapatkan
daging bagi menyara kehidupan mereka seperti Rusa, Penyu dan Beruang serta menjalankan
aktiviti memancing. Masyarakat pribumi Indian juga turut menjalankan aktiviti perdagangan
sebagai salah satu sumber ekonomi mereka. Pada peringkat awal, mereka lebih senang
dengan pendatang baru daripada eropah untuk melebihi saingan mereka. Aktiviti
perdagangan dengan orang Eropah telah memberi satu rahmat kepada mereka. Petempatan
awal masyarakat pribumi Indian tinggal di kawasan perkampungan sepanjang lembah sungai

2 Ibid, hlm 41.

3
dan pergunungan. Masyarakat pribumi Indian juga bergiat aktif dalam membuat alatan
Tembikar, Topeng, Gendang dan menganyam Bakul yang diperbuat daripada Rotan dan kulit
kayu pokok Hiroki. Masyarakat ini mempunyai alatan tradisional seperti Busar, Panah, anak
panah kecil dan perangkap binatang untuk aktiviti perburuan. Masyarakat ini juga terlibat
dalam aktiviti memancing dengan menggunakan alatan seperti Jala, Lembing dan Mata kail.3

2.1 Pandangan Mcintosh mengenai asal usul kaum pribumi Indian di


benua Amerika Utara.

John Mcintosh mengatakan bahawa orang pertama yang menjumpai kaum pribumi Indian
adalah Cristopher Colombus. Pribumi ini telah bermukim jauh daripada tamadun lain iaitu
dikawasan pedalaman dan kurang berinteraksi dengan kawasan luar. Mereka membangun
pemukiman sambil mengembangkan budaya baru sesuai dengan lingkungan kehidupan
mereka di pelbagai belahan benua Amerika Utara. Kedatangan masyarakat ini di benua
Amerika Utara telah mewujudkan sistem organisasi tersendiri mengikut suku kaum masing-
masing. Pribumi Indian ini mempunyai kawasan penempatan masing-masing mengikut suku
kaum mereka dan mereka jarang berkomunikasi sesama mereka walaupun berasal daripada
tamadun yang sama. Perpindahan pribumi Indian ke Amerika Utara mereka mengikuti dan
mencari haiwan buruan melalui Selat Bering yang merupakan kawasan tanah tinggi dan
laluan tersebut telah ditenggelami kerana berlaku kenaikan paras permukaan laut. Setelah
mereka menetap di benua Amerika, pribumi Indian tidak lagi kembali ke daerah asal mereka
dan mereka telah membangun penempatan dan berkembang menjadi masyarakat yang
besar. Penempatan pribumi Indian di benua Amerika Utara telah berlakunya beberapa
bencana alam yang menyebabkan masyarakat ini berpecah kepada beberapa kelompok.4
Penemuan Amerika Utara oleh para peneroka terdahulu telah menimbulkan rasa ingin tahu
dikalangan sarjana untuk menjejak asal usul kaum peribumi yang bermukim di Amerika
Utara. Terdapat ramai sarjana yang mengeluarkan pandangan mereka mengenai asal usul
peribumi Indian ini dan antara salah satunya ialah Mcintosh sendiri. Beliau memberi
pandangan bahawa kaum peribumi Indian ini datang dari benua Asia berdasarkan faktor
kedudukan geografi mereka. Oleh itu, penulis khususnya telah menyatakan persamaan yang
terdapat diantara peribumi Indian Amerika Utara dengan peribumi Asia dari aspek bahasa,

3 Ibid, hlm 44
4 Ibid, hlm 46

4
agama dan kepercayaan, ciri fizikal, perkahwinan, pakaian dan perhiasan dan sebagainya
bagi menguatkan lagi kenyataannya tentang asal usul kaum peribumi Indian ini.5

Pandangan Mcintosh mengenai asal usul kaum pribumi Indian di benua Amerika
Utara dapat dilihat dari aspek agama dan kepercayaan. Agama dan kepercayaan pribumi
Indian ini berbeza dengan masyarakat di Amerika Tengah dan Selatan yang mula menganuti
agama Kristian. Pribumi Indian lebih mengamalkan ajaran-ajaran Animisme yang
menggunakan simbol-simbol sebagai kepercayaan mereka. Pribumi Indian ini mereka lebih
melakukan beberapa upacara kepada pemujaan untuk mendapatkan kesejahteraan hidup.
Sebagai contoh, pemujaan The Supreme Deity yang merupakan satu upacara untuk
memanggil roh-roh nenek moyang mereka yang lebih agung dengan niat untuk
mendapatkan perlindungan dan keberkatan. Terdapat juga upacara-upacara lain yang sering
dilakukan sekiranya mereka ingin memulakan peperangan dan mempercayai bahawa roh-roh
nenek moyang membantu mereka semasa berperang. Masyarakat ini juga mempercayai
konsep God Of War iaitu mengenai Great Spirit dewa yang dipuja. Manakala dari sudut kaum
peribumi di Asia pula, kaum Tongusi khususnya percaya kepada kuasa Supreme Being yang
dimana konsep ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan konsep Supreme Deity.
Puak Coriack pula mempercayai konsep God Of War.6 Oleh hal demikian,terdapat sedikit
persamaan diantara peribumi Indian Amerika Utara dengan Peribumi Asia.

Pandangan Mcintosh mengenai asal usul kaum pribumi Indian di benua Amerika
Utara dapat dilihat dari aspek personaliti, ciri-ciri dan kulit. Mcintosh dalam karyanya telah
menyatakan ciri-ciri yang terdapat diantara masyarakat Indian Amerika dengan Asia. Telah
katakan bahawa kedua-dua masyarakat ini sedikit sebanyak mempunyai persamaan dari segi
fizikal luaran yang hampir sama, dimana mereka adalah rata-ratanya tinggi, memiliki tulang
pipi yang tinggi, mempunyai tubuh badan yang kuat, muka bulat, berleher panjang, berdahi
kecil, bibir tebal dan berhidung besar. Persamaan ciri fizikal ini telah melibatkan kaum
Tongusi, Coriaks, dan Kamschadales yang berpuak di Asia. Oleh itu, persamaan ciri fizikal ini
menguatkan lagi kenyataan penulis bahawa asal-usal peribumi Indian Amerika Utara adalah
berasal daripada Asia.

Selain itu, pandangan Mcintosh mengenai asal-usul kaum peribumi Indian di benua
Amerika Utara dapat dilihat dari aspek bahasa. Secara generalnya, terdapat tiga bahasa
utama yang dituturkan oleh pribumin,idian di Amerika Utara yang berasal dari bahasa

5
Ibid, hlm 55.

6 Ibid, hlm 61.

5
primitif. Antaranya ialah bahasa Huron, Algonquin dan Siouxs. Manakala bahasa yang
digunakan oleh suku asia Tongusi dan Corinck ialah bahasa yang berasal dari tempat mereka
sendiri iaitu daripada sumber yang sama. Oleh hal yang demikian, menurut Mcintosh, Santini
dan Chiaratesta ada mengatakan bahawa bahsa orang asli Amerika dan masyarakat Asia
sememangnya mempuyai persamaan dari segi kota kasa , tatahahasa dan lain-lain. Sebagai
contoh, sebuatan mata begi kedua-dua dolongan Indian Amerika dan Asia adalah sama iaitu
ne. Selain itu, menurut Hennepin bahasa Huron yang dituturkan oleh kaum Indian telah
mengambil bahagian pada tahap yang tertinggi dalam penyebutan idiom Asiatic dimana
penglibatan tersebut telah memenuhi ungkapan kiasan keagungan pemikiran dan kemanisan
yang sebahagaiannya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan bahasa Asia.7 Oleh itu,
persaman yang terdapat dalam aspek bahasa menguatkan lagi kenyataan penulis bahawa
kaum peribumi Indian Amerika Utara dan peribumi Asia datang dari tempat yang sama.

Bukan itu sahaja, Pandangan Mcintosh mengenai asal usul kaum pribumi Indian di
benua Amerika Utara dapat dilihat dari aspek pemakaian dan perhiasan kaum pribumi
Indian. Masyarakat ini mempunyai pakaian yang tersendiri yang mereka hasilkan daripada
benda-benda yang ada dipersekitaran mereka. Masyarakat pribumi ini yang berada di
Dataran rendah ataupun di kawasan yang beriklim panas merka menggunakan kulit haiwan
seperti kulit Kerbau untuk dijadikan pakaian. Terdapat juga pribumi ini yang tidak
menggunakan pakaian tetapi menutupi badan mereka dengan mencacah lukisan. Pada
musim sejuk, pribumi ini memakai pakaian daripada kulit Rusa yang mampu menghangatkan
pada musim sejuk. Setiap suku kaum mempunyai pakaian yang berbeza yang dilihat
perbezaannya dari aspek corak, warna, dan rekaan setiap pakaian. Dalam tradisi pemakaian
kaum ini terdapat juga bulu haiwan yang dijadikan perhiasan diatas kepala yang sering
digunakan oleh lelaki Indian dan mempunyai makna yang tersendiri. Dari aspek pemakaian
peribumi Indian ini tidak mempunyai banyak perbezaan yang ketara kerana mereka juga
melakukan perkara dan menggunakan perhiasan yang sama. Pada masa yang sama, kedua
dua puak Indian di Amerika Utara dan Asia juga akan menwarnakan kulit mereka bagi
menyembunyikan diri mereka daripada musuh. Tujuan lain ialah untuk melemahkan
semangat musuh.8

Seterusnya, Pandangan Mcintosh mengenai asal usul kaum pribumi Indian di


benua Amerika Utara dapat dilihat dari aspek perkahwinan. Dalam tradisi perkahwinan
pribumi ini hadiah yang diperolehi diberikan kepada pasangan sebelah perempuan dan

7 Ibid, hlm 67.


8 Ibid, hlm 73.

6
sekiranya hadiah tersebut diambil ianya membawa makna bahawa lamaran pihak lelaki di
terima. Menurut pandangan Mcintosh, perkahwinan tersebut haruslah dipersetujui oleh
kedua ibubapa pihak perempuan. Setelah dipersetujui pasangan tersebut membina rumah
tangga sebagai tanda bermulanya sebuah keluarga baru. Sekiranya berlaku perkara buruk
terhadap pasangan seperti isteri melakukan zina, isteri tersebut akan diceraikan oleh
suaminya. Penceraian tersebut menyebabkan isteri dimalukan dan mendapat kehinaan
tertinggi dalam suku pribumi Indian dengan cara memotong rambut isteri.9

Kehadiran pribumi Indian di bumi Amerika utara telah menyebabkan perubahan


politik dalam negara Amerika. Sistem pentadbiran pribumi Indian mempunyai sistem
pentadbiran tersendiri untuk memastikan segala proses kehidupan mereka dapat berjalan
lancar. Masyarakat pribumi Indian menjalankan sistem pentadbiran secara pemerintahan
tersendiri. Masyarakat pribumi Indian memberi taat setia yang kuat kepada setiap kampung
yang mereka duduki. Kemajuan sistem pentadbiran pribumi Indian telah mengubah sistem
pentadbiran mereka daripada sistem matrilineal kepada sistem patriarchal. Sistem patriarchal
bermaksud sistem pentadbiran yang mementingkan kelebihan kepada kaum lelaki. Dalam
situasi ini, lelaki menjadi ketua dalam pelbagai aspek. Pemerintah masyarakat pribumi Indian
telah menubuhkan sebuah organisasi untuk memantapkan sistem pentadbiran mereka iaitu
Biro urusan Indian yang bertujuan untuk memberi bantuan dalam pelbagai bidang seperti
pendidikan, kesihatan, pembangunan perumahan, pembinaan badan organisasi dan
sebagainya. kedatangan pelbagai bangsa turut membawa kepada budaya politik yang
pelbagai. Kedatangan golongan imigran telah memberi sokongan kepada sesebuah ideologi
tertentu untuk mempengaruhi terhadap perubahan sistem pentadbiran pribumi Indian ini.
Situasi ini didorong oleh keadaan politik negara asal mereka untuk mencorakkan persepsi
mereka terhadap sistem pentadbiran mereka.

Kedatangan masyarakat pribumi Indian ke Amerika Utara telah menyebabkan sistem


ekonomi maju semasa pedudukan masyarakat pribumi Indian. Aktiviti pribumi Indian dalam
bidang ekonomi seperti kemajuan perdagangan dan mempunyai hubungan diplomatik yang
erat telah mengubah sistem pentadbiran mereka. Kegiatan ekonomi masyarakat pribumi
Indian telah mengalami banyak perubahan apabila kaum lelaki mula bergiat aktif dalam
bidang pertanian manakala bagi kaum wanita pula mereka telah belajar memintal dan
menenun. Bukan itu sahaja, kemajuan dalam bidang ekonomi pada masa dahulu seperti
pemburuan, pengumpulan hasil hutan dan pertanian secara kecil-kecilan telah diubah
kepada pertanian secara besar-besaran untuk menambahkan hasil pendapatan mereka.

9 Ibid, hlm 76.

7
Kemajuan dalam bidang ekonomi dalam masyarakat ini telah menyebabkan ramai
masyarakat ini telah berhijrah dari kawasan bandar ke ladang persendirian untuk menyara
kehidupan mereka. Pengenalan dan pembaharuan dalam bidang ekonomi telah
menyebabkan berlaku pengubahsuaian terhadap kediaman mereka setelah bahan-bahan
untuk membuat kediaman seperti kayu telah digunakan untuk membuat rumah. Rumah suku
Indian biasanya terbuat dari kullit bison yang direnggangkan pada kerangka kayu yang
mudah dipasang. Rumah ini dikenal dengan nama Tepee. Pada bahagian atas Tepee
memiliki penutup yang bisa dibuka agar asap dari api unggun boleh keluar.

Suku Indian di benua Amerika terkenal dengan menggunakan anak panah, pisau,
senjata, dan sebagainya. Pada abad ke 16, apabila mereka mula mendapatkan inovasi
daripada bangsa Eropah mereka telah mengenal senjata seperti senapang dan pistol.
Kedatangan masyarakat pribumi Indian ke Amerika Utara telah mewujudkan pelbagai
perbezaan dalam bidang sosial. Setiap penempatan yang diduduki oleh mereka mempunyai
perbezaan dengan puak atau suku pribumi Indian yang lain walaupun mereka mempunyai
satu kepercayaan. Setiap penempatan yang diduduki oleh masyarakat pribumi Indian yang
memiliki peradaban tinggi dan berbeza-beza seperti yang terlihat dari peninggalan suku
Aztec dan Inca.10 Kemunculan pelbagai suku dalam masyarakat Indian telah menyebabkan
salah satu suku tersebut terdapat memiliki budaya yang sangat primitif. Setiap masyarakat
pribumi Indian mempunyai bahasa sendiri yang dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Sebagai contoh, dalam masyarakat pribumi Indian terdapat 400 bahasa yang digunakan oleh
500 suku kaum. Namun begitu, walaupun wujud perbezaan dalam pelbagai aspek tetapi
masyarakat pribumi Indian saling berkomunikasi antara satu sama lain dengan
menggunakan bahasa isyarat yang difahami oleh mereka semua. Seterusnya, dalam bidang
keagamaan di benua Amerika telah mewujudkan kegiatan penginjilan yang merupakan salah
satu tujuan utama para pendatang Sepanyol dan Portugis ratusan tahun yang lalu. Oleh
sebab itu, sebahagian besar keturunan Indian dan campuran di kedua wilayah ini memeluk
agama Kristian. Tambahan pula, terdapat juga sebahagian penduduk masyarakat pribumi
Indian hidup dalam keadaan terpencil yang menganut agama animisme. Kedatangan
masyarakat pribumi Indian ke benua Amerika telah menyebabkan berlakunya asimilasi dalam
kalangan penduduk sehingga menyebabkan berlakunya percampuran budaya yang terlalu
besar. Pertambahan penduduk yang berlaku di benua Amerika yang terdiri daripada
masyarakat pribumi Indian telah didorong oleh pelbagai faktor seperti berlakunya migrasi

10 Ibid, hlm 83.

8
yang telah dilakukan oleh penduduk luar terutamanya masyarakat pribumi Indian.11 Situasi
ini telah menyebabkan masyarakat atau penduduk benua Amerika bertambah dengan
menjadi sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya, keturunan
yang berasal daripada seluruh pelusuk dunia.

3.1 Analisis.

Kedatangan masyarakat Indian di benua Amerika Utara telah mendatangkan pelbagai kesan
positif dan negatif. Masyarakat Indian datang ke Amerika Utara secara berkelompok tetapi
dalam bilangan yang tidak ramai. Kedatangan mereka ke benua Amerika telah
menyebabkan mereka mempunyai adat dan tatacara hidup tersendiri yang harus dipatuhi.
Masyarakat ini mempunyai pelbagai suku kaum dan masing-masing mempunyai adat
tersendiri berdasarkan sesuatu kaum tersebut. Walaupun berbeza adat dan tatacara
kehidupan setiap masyarakat Indian dapat juga berkomunikasi dengan baik dengan cara
mereka berkomunikasi menggunakan isyarat masing-masing. Lama-kelamaan, bilangan
masyarakat Indian yang semakin ramai telah menyebabkan mereka mewujudkan
petempatan tersendiri dan menjalankan kegiatan mereka untuk memastikan segala
keperluan dalam kehidupan mereka seperti makanan dapat diperolehi. Kedatangan
masyarakat Indian ke benua Amerika, mereka menjalankan aktiviti pertanian untuk menyara
kehidupan mereka. Masyarakat ini juga mempunyai sistem permerintahan tersendiri dan
setiap bentuk pemerintahan yang mereka wujudkan mengikuti ajaran agama mereka.
Masyarakat ini mempunyai upacara keagamaan yang tersendiri. Masyarakat ini juga
mengamalkan ajaran Animisme. Kedatangan masyarakat ini ke benua Amerika Utara telah
bertambah kerana kehidupan mereka di benua Amerika telah meningkatkan taraf kehidupan
mereka.

4.1 Kesimpulan.

Persamaan yang dinyatakan sebnyak edikit dapat membuktikan bahawa kaum


peribumi Indian di Amerika Utara dan benua Asia berasal dari tempat yang sama.
Masyarakat pribumi Indian merupakan sebuah masyarakat yang bertamadun kerana
masyarakat ini telah mengalami banyak perubahan sama ada dari segi politik, ekonomi dan
sosial selepas kewujudan Kolonial Amerika Syarikat. Perubahan yang berlaku sedikit

11 Ibid, hlm 91.

9
sebanyak telah membawa kebaikan kepada masyarakat pribumi Indian terutamanya dari
segi politik dengan pengenalan sistem pentadbiran dan undang-undang yang sendiri. Namun
begitu, perubahan ini juga telah membawa keburukan kerana suku masyarakat pribumi
Indian telah menyebabkan wujud penindasan dan membawa kepada permindahan
petempatan. Kepelbagaian kaum di benua Amerika telah meninggalkan kesan dalam aspek
sosial. Situasi ini dapat dilihat dari segi pertembungan budaya. Hasil daripada fenomena ini
secara tidak lansung telah menyebabkan berlakunya pertemuan antara kaum lain yang ada
dengan golongan imigran seluruh dunia. Situasi ini telah menimbulkan stuktur sosial yang
agak kompleks disebabkan kemasukan pelbagai budaya. Pertembungan ini telah
menghasilkan struktur sosial baru samada bersifat positif mahupun negatif. Dari aspek
positif kesan ini dapat dilihat apabila berlakunya kepelbagaian dan nilai sosial masyarakat
Amerika. Kehadiran masyarakat pribumi Indian telah memberi manfaat ke atas nilai yang
sedia ada. Manakala dari kesan negatifnya pula telah menimbulkan krisis identiti kerana
mmasyarakat pribumi Indian gemar mengamalkan gaya hidup tertentu berbanding nilai sedia
ada. Pertembungan pelbagai etnik juga telah menyababkan berlakunya krisis antara etnik
yang bertujuan untuk meningkatkan ekonomi mereka bagi menyara kehidupan setiap hari.
Persaingan yang wujud dalam bidang pekerjaan dan ekonomi telah menyebabkan terdapat
etnik tertentu yang tertindas.

Kedatangan masyarakat pribumi Indian telah meninggalkan pelbagai peninggalan di


benua Amerika berdasarkan suku kaum Indian masing-masing. Sebagai contoh, suku Indian
Pueblo telah menubuhkan Mesa Verde. Mesa Verde merupakan salah satu peninggalan suku
Indian di wilayah Amerika. Peninggalan tersebut terdapat pusat pemukiman besar dan
leluhur suku Indian Pueblo yang dibangun pada abad ke 6. Peninggalan ini terdapat di dalam
kawasan Taman Nasional Mesa Verde, Colorado. Mesa Verde adalah runtuhan kota yang
berada tebing. Kota ini dulunya menjadi tempat tinggal leluhur suku Indian Pueblo. Bagi
mencapainya kita harus mendaki jalan curam atau merangkak melalui terowongan sempit.

Kedatangan bangsa kulit putih ke benua Amerika ternyata menimbulkan sebuah


masalah terhadap bangsa asli benua Amerika. Perebutan tanah oleh para pendatang
menimbulkan peperangan kecil dengan bangsa Indian di berbagai pelosok benua Amerika.
Pada tahun 1830, lahir Indian Removal Act iaitu peraturan yang memungkinkan pengusiran
terhadap bangsa Indian demi kepentingan para pendatang yang didominasi oleh kulit putih.
Akibatnya, lebih daripada 70 000 orang Indian telah di usir dari benua Amerika. Pada
pertengahan abad ke XIX, peperangan antara bangsa Indian dengan tentera kavaleri
tercetus. Kaum pendatang terus berusaha untuk mempersempitkan lahan yang dimiliki oleh

10
masyarakat pribumi Indian. Situasi ini berlaku kerana telah berlaku akibat penemuan
tambang-tambang emas di wilayah barat iaitu di California. Peraturan yang dikeluarkan oleh
Dawes Act telah mempersempit lahan yang dimiliki oleh bangsa Indian dengan cara
menjatah tanah per kepala keluarga. Perjuangan untuk memperbaiki kehidupan bangsa
Indian memang sangat panjang. Bangsa Indian akhirnya mendapatkan status
kewarganegaraan Amerika pada tahun 1934 yang disahkan oleh Reorganization Act.
Peraturan ini juga telah menghentikan semua bentuk pengusiran terhadap bangsa Indian.
Walau demikian, bangsa Indian tetap diberi tempat yang diberi nama Reservation area yang
berfungsi seperti Ghetto iaitu penampungan bagi kaum Indian.

5.1 Rujukan.

John Mclntosh. 1853. The Origin of The North Americas Indian with a faithful,
description of their manner and customs, both civil and military, their religion,
language Dress and ornament among of North America. New York: Cornish,
Lanpart co, Publisher, No. S Park Place.

11

Anda mungkin juga menyukai