Anda di halaman 1dari 4

ISLAM DI HATIKU

RANCANGAN YAHUDI A.K.A DAJJAL




AYU SAFRI
EZAD AMIR A.K.A MINDA KRONIK
3/27/2014

Seorang pegawai perisikan amerika syarikat, leftanan colonel ralph peters menulis 1
laporan pada bulan jun 2006 dalma armed force journal. Apa kandungan laporan left.
Kol. peters itu? 1 laporan berkaitan dengan rancangan rancangan masa depan amerika
syarikat di dunia islma khususnya timur tengah. Dalam laporan itu, sebuah peta baru
dilakar untuk dunia islam. Menurut peters, peta ini tidak mencerminkan doktrin rasmi
pentagon, jabatan pertahanan amerika syarikat. Tapi peta ini digunakan sebagai
bahana pengajaran dalam latihan latihan tentera NATO, turut digunakan dalam latihan
perancangan tentera national war academy.
Dalam peta ini, digambarkan akan muncul Negara Negara baru dari
pepecahan wilayah Pakistan, Afghanistan dan iran. Negara Negara baru ini ditubuhkan
untuk mengurangkan dan mengimbangi kekuatan Negara iran, Afghanistan dan
Pakistan. Jika 3 negara ini tidak dipecahkan dan dikecilkan, mereka berpotensi menjadi
ancaman amerika syarikat dan Israel.
Seperti apa yang terjadi di nusantara. Tahukan anda, di nusantara dahulunya
tiada sempadan Negara dan bangsa? Mereka membahagikan Negara Negara disini dan
menanam sifat nasionalisme. Dahulunya Indonesia, Malaysia, Singapore, brunei,
Filipina, Thailand(selatan) adalah serumpun. Ianya penting kepada US untuk
menyemai semangat nasionalisme di asia tenggara supaya bani melayu tidak dapat
disatukan. Bangsa Indonesia sebenarnya baru saja diwujudkan. Asalkan kita adalah
sama, melayu. Tiada bangsa Indonesia, yang ada Cuma melayu. Dahulu nusantara
mengunakan naga keramat sebagai identity bangsa, kemudian berpecah menjadi
harimau dan garuda.
Lepas dunia melayu dipecahkan, di dalam setiap Negara pula mereka tanamkan
pula semangat kenegerian. Dalam harimau, berpecah pecah pula menjadi kijang,
penyu, gajah, seladang, rusa dan lain lain. Sentiment kenegerian dan perbezaan
penting bagi US supaya sesuatu bangsa itu tidak dapat bersatu menjadi 1 bangsa besar
dan kuat. Negara di kepulauan melayu dahulu adalah sebuah Negara yang besar dan
kuat, hingga dapat mengeksport emas ke tamadun mesir purba. Itulah yang akan
dilakukan di dunia islam, bila mereka berpotensi menjadi Negara kuasa besar, mereka
akan dipecahkan.

Berbalik kepada laporan left. Kol. Peters, turki, Iraq, dan Syria juga bakal
dipecahkan. Perancangan mereka di Iraq ialah untuk dipecahkan menjadi 3 atau
sekurangnya 2 negara. Sentiment syiah, sunni dan Kurdish akan dimainkan. Semua
Negara ditimur tengah dan asia selatan, semuanya dalam perancangan meraka.
Mekkah dan madinah akan berdiri sendiri sebagai sebuah Negara. Mekkah dan
madinah dirancang akan menjadi seperti Vatican city, mempunyai pentadbiran sendiri,
sebuah Negara merdeka. Perubahan peta dunia islam akan diwarnai dengan perebutan
kuasa besar besaran. Negara Negara islam yang terjebak dalam pertikaian seperti di
mesir contohnya, akan membuatkan mereka lemah. Sementara Israel makin kuat.
Selama berabad abad, orang kristian berusaha mewujudkan kembali kaum yahudi di
Jerusalem (palestin).
Sebelum gerakan zionisme diwujudkan oleh theodor herzl lagi, orang orang
kristian berusaha untuk membina Negara yahudi di palestin. Sejak tahun 1810 lagi
lord Anthony Ashley cooper, seorang tokoh kristian berusaha mengembalikan kaum
yahudi ke bumi palestin. Ingat lagi, era 1800-1917 siapa kuasa besar dunia? 1800
adalah hari pertama dajjal di dunia, 1 hari dajjal bersamaan 1 tahun syurga, 1 tahun
syurga bersamaan 1000 tahun di dunia manusia. Hari pertama dari 40 hari dajjal ,
pusat pemerintahannya di Britain. Lord Anthony Ashley cooper seorang kristian pada
luaranya, tapi dia berkerja untuk si mata 1.
Lord Anthony Ashley cooper merancamg dengan teliti rancangan penempatan
orang yahudi di palestin. Pada waktu itu palestin ialah tanah jajahan Britain. Pada
1825, colonel Britain bernama George crawler mendirikan sebuah organisasi yang
menghimpunkan bangsa yahudi untuk ditempatkan di palestin. 1865, Britain
mengumpul dana untuk pembinaan Negara Israel di palestin.
Henry dunant, ketua palang merah antarabangsa juga berperanan dalam
pembinaan Negara Israel. 1863-1867 henry dunant mempromosikan organisasi
organisasi yahudi di eropah dengan tujuan membantu proses migrasi yahudi ke
palestin. 1875, henry dunant menubuhkan sebuah organisasi sebagai usaha
mendorong yahudi pulang ke tanah yang dijanjikan (palestin) atau erestz Israel.
Sejak tercetus penjanjian balfour, proses pemindahan kaum yahudi mengalami
kemajuan yang luar biasa. Selepas perjanjian balfour, semua ramalan di dalam bible

terbukti satu demi satu. Ini semua mendorong lagi usaha mereka. Gerakan kristian
zionis selepas itu menjadi berpengaruh dan semakin berkembang pesat. Mereka
menerbitkan risalah risalah, brosur, leftleat dan buku buku tentang pentingnya
penubuhan Negara yahudi. Gerakan gerakan penubuhan Negara yahudi menjadi 1
fenomena pada tahun 1800an. Bagi kaum yahudi, merebut palestin adalah 1 misi dan
penantian yang panjang. Palestin perlu ditawan sebelum ketibaan nabi penyelamat
palsu.
Kekuatan, semangat yang luar biasa yahudi ini kerana mereka menjaga sejarah
bangsa mereka. Bangsa yahudi meneruskan kesinambungan misi dan visi bangsa
mereka sudak menhadi sejarah berabad abad lamanya. Sejarah ialah kunci sesuatu
bangsa. Bangsa yang gagal ialah bangsa yang buta sejarah. Bagi umat islam pula,
penubuhan Negara Israel dipercayai sebagai kemunculan al-masih ad-dajjal.
Begitu juga dengan kristian, mereka juga ada misi kenapa begitu kuat
menyokong gerakan zionis. Apa kepentingan kristian di sini? Bagi kristian, penubuhan
Negara Israel adalah petanda penting bagi peristiwa the second coming. Peristiwa the
second coming ialah kedatangan kali kedua jesus Christ (nabi isa) ke dunia, baginda
akan memerintah dan berkuasa nanti. Umat islam pula percaya yang dajjal akan tiba
dan nabi isa akan turun kembali ke dunia. Umat islam akan berpecah kepada 73
golongan dan hanya 1 golongan sahaja yang akan ke syurga. Bakinya ke Negara.
Peristiwa the second coming ini berakhir dengan kehancuran kaum yahudi sendiri.
Yahudi akan dperangi habis habisan oleh imam Mahdi.

Anda mungkin juga menyukai