Anda di halaman 1dari 24

KERTAS KERJA PERMOHONAN BANTUAN

PROGRAM AKTIVITI EKONOMI TAMBAHAN ( AET )

NAMA PEMOHON: SAMSUDIN BIN ABDUL RAHMAN

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Ahli Mesyuarat
Jawatankuasa Melulus Permohonan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) bagi
permohonan bantuan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) untuk Projek
Penternakan Ikan Air Tawar dalam Sangkar (Perikanan) di Kampung To’Uban, Pasir
Mas, Kelantan.

Projek ini adalah diusahakan secara individu dan keluarga di dalam sangkar di Sungai
To’Uban. Kami memiliki 21 buah sangkar ikan yang masing-masing berukuran 20’’ x
20’’. Setiap sangkar mampu menampung sebanyak 10,000 ribu ekor ikan pada satu
masa. Antara jenis ikan yang ada sekarang ialah ikan keli, tilapia, patin, lampan dan
bawal. Kami juga cuba untuk mengembangkan lagi ptrojek ini dengan membuat
pembenihan sendiri ikan seperti keli dan tilapia. Projek ini mendapat permintaan yang
menggalakkan daripada masyarakat setempat dan pengusaha restoren serta kedai
runcit di kampung sekitar. Namun, buat masa kini kami seringkali berdepan masalah
kekurangan produk untuk dipasarkan disebabkan masalah proses membuat makanan
ikan, terutamanya pada musim tengkujuh kerana ketiadaan bahan bakar untuk
membuat makanan ikan. Kami menyedari projek ini memerlukan penambahbaikan
dari segi menggunakan peralatan yang lebih canggih bagi meningkatkan produk untuk
dijual setiap bulan dan menggalakan lagi perniagaan setiap bulan.

Justeru itu kami menyediakan Rancangan Perniagaan AET 2017 ini untuk memohon
bantuan sebanyak RM 14,920.00 bagi membolehkan pemohon mengembangkan
perniagaan dan akan dapat meningkatkan lagi taraf sosio ekonomi masyarakat sekitar
dan membuka ruang pekerjaan kepada mereka.
2.0 MAKLUMAT PEMOHON

Nama Penuh Samsudin Bin Abdul Rahman

No Kad Pengenalan 620426-03-5145

Umur 54 tahun

Jantina Lelaki

250 Kampung Padang Mukum To’Uban,


Alamat Tetap
17050 Pasir Mas, Kelantan.

No. Telefon 019-9702189

Taraf Perkahwinan Berkahwin

Kemahiran Membuat benih ikan keli dan talapia

Pengalaman 20 tahun

Kursus Tiada

Pekerjaan Sekarang Penternak Ikan Sangkar

Perniagaan yang
pernah diceburi (jika Tiada
ada)

3.0 MAKLUMAT PERNIAGAAN/PROJEK DICADANGKAN


3.1 Lokasi dan sektor

Alamat Sungai To’Uban, Rasal, Pasir Mas.

Bidang Projek Perikanan

Projek Memelihara dan Menjual Ikan Air Tawar Sangkar


Menghasilkan Benih Ikan Keli dan Talapia

Potensi Berpontensi untuk lebih maju kerana permintaan pasaran yang


tinggi di kawasan setempat dan luar Pasir Mas

3.2 Rancangan Organisasi/Pentadbiran

3.2.1 Projek ini diuruskan secara individu dan keluarga


3.2.2 Visi: Menjadikan projek penternakan ikan air tawar sangkar
Sungai To’Uban sebagai salah satu pembekal ikan air tawar di
seluruh Malaysia.
3.2.3 Misi: Membekalkan ikan air tawar yang berkualiti dan segar ke
seluruh Malaysia serta memberikan perkhidmatan yang cepat
dan mesra pelanggan.
3.2.4 Objektif:
3.2.4.1 Memenuhi permintaan bekalan ikan yang segar dan
berkualiti untuk pasaran tempatan dan luar negeri
3.2.4.2 Membuat benih ikan keli dan talapia yang berkualiti
untuk pasaran tempatan.
3.2.4.3 Menyediakan bekalan makanan ikan yang mencukupi
untuk menjamin kualiti dan kesegaran ikan.

3.2.5 Struktur Organisasi


3.2.6 Senarai Jawatan, Bilangan Pekerja Dan Huraian Tugas
Bil Nama Dan Jawatan Tugasan

1. Penyelia : **Menguruskan pembenihan,


Samsudin Bin Abdul penjagaan dan pembelian ikan
Rahman
2. Pekerja : **Membantu pembenihan ikan dan
Mohd Rozailan Bin penjagaan ikan
Nordin **Memberi makan ikan

3. Pekerja : **Membantu menyediakan makanan


Normawati binti ikan
Awang
Cadangan Struktur Organisasi Akan Datang (Selepas Bantuan)

4.0 RANCANGAN PEMASARAN

4.1 Projek ternakan ikan air tawar dalam sangkar di Sungai To’Uban, Pasir
Mas, Kelantan beroperasi kerana terdapat permintaan yang tinggi
daripada penduduk sekitar, pengusaha restoren dalam dan luar
kawasan, pengusaha kedai runcit serta orang tengah bagi pasaran luar
Kelantan.

4.2 Tapak lokasi projek ini terletak 19km dari Bandar Pasir Mas dan
merupakan salah satu projek ikan sangkar yang terdapat di Sungai
To’Uban.

4.3 Kaedah pemasaran yang dilaksana pada masa kini adalah secara
individu iaitu penyelia akan mengiklankan hasil ternakan di restoren-
restoren serta kedai-kedai runcit. Selain itu, akmi juga mengiklankan
hasil ternakan melalui internet untuk jualan borong/tan. Meskipun
mempunyai persaingan daripada pengusaha sangkar lain, namun lokasi
yang terbuka dan senang dilihat menyebabkan pembeli memilih hasil
ternakan kami.

4.4 Sasaran lokasi pemasaran adalah tertumpu di kawasan Kampung


To’Uban, Chetok dan Kota Bharu. Selain itu, kami juga menerima
tempahan hasil perikanan daripada individu luar kawasan untuk kenduri
atau jamuan.

5.0 RANCANGAN PENGELUARAN / OPERASI

5.1 Dalam skala kecil yang dilaksana pada masa ini, saiz projek adalah
terhad dengan kemampuan kapasiti pengeluaran yang minimal seperti
berikut ;

5.1.1 Kapasiti Pengeluaran : 1tan ikan keli /bulan

: 0.5tan ikan talapia / bulan

: 0.5tan ikan patin / bulan

5.1.2 Harga Pasaran (Jualan) : RM4.50/kg x 1tan

: RM9.50/kg x 0.5tan

: RM6.50/kg x 0.5tan

5.1.3 Pendapatan bulanan : RM 12,500.00 / bulan

5.1.4 Keuntungan Kasar : RM 6250.00 / bulan


5.2 Skala projek ini dapat dipertingkatkan sekiranya kami mendapat
bantuan dan pembiyaan bagi membeli mesin dan peralatan-peralatan
yang diperlukan bagi meningkatkan jumlah pengeluaran hasil perikanan
dan penyediaan benih ikan. Anggaran maksimum pendapatan selepas
penambahbaikan adalah seperti berikut ;

5.2.1 Kapasiti Pengeluaran : 3tan ikan keli /bulan

: 1.5tan ikan talapia / bulan

: 1.5tan ikan patin / bulan

5.2.2 Harga Pasaran (Jualan) : RM4.50/kg x 3tan

: RM9.50/kg x 1.5tan

: RM6.50/kg x 1.5tan

5.2.3 Pendapatan bulanan : RM 24,675.00 / bulan

5.2.4 Keuntungan Kasar : RM 18750.00 / bulan

6.0 PERBELANJAAN KEPERLUAN BULANAN

Harga Seunit Jumlah Belian


Bahan Stok Simpanan
(RM) (RM)

Dedak Padi 700kg RM 1.50 RM 1,050.00

Kepala Bilis 1000kg RM 2.50 RM 2,500.00

Tong Gas 5tong RM 28.00 RM 125.00

Pellet 100kg RM 5.00 RM 500.00


10,000 ekor keli RM 800.00 RM 1,850.00

Benih Ikan 3,000 ekor talapia RM 450.00

5,000 ekor patin RM 600.00

Jumlah RM 6,025.00

6.1 Bagi memastikan kelangsungan projek, bahan-bahan mentah dan input


dibeli daripada pemborong makanan haiwan, pengusaha kilang padi
dan kutipan di kedai-kedai runcit di sekitar Kampung To’Uban, Bandar
Pasir Mas dan Rantau Panjang.

6.2 Urusan pembelian dan kutipan bahan mentah dilakukan sendiri oleh
pemohon dengan bantuan ahli keluarga bagi mengehadkan kos
penyediaan makanan ikan.

6.3 Bahan mentah seperti dedak padi dan kepala bilis seringkali terputus
bekalan disebabkan permintaan tinggi dikalangan pengusaha sangkar
ikan, disebabkan itu, pallet terpaksa dibeli dan sentiasa berada dalam
stok bagi mengelakkan terputus bekalan makanan untuk ikan.

6.4 Namun begitu, makanan ikan yang dibuat sendiri adalah yang terbaik
dari segi protein bagi membantu pembesaran ikan yang optima.

7.0 RANCANGAN KEWANGAN

7.1 Kos Pelaksanaan

Harga /Unit Jumlah


Bil Perkara Unit
(RM) (RM)
1 HWH-15 Horizontal Dough Mixer 1 1,900.00 1,900.00
Golden Bull

2 TC42 415V Meat Chopper / Mincer 1 4,620.00 4,620.00


Fresh
3 Milux Gas Stove High Pressure C40 2 120.00 240.00

4 Fish Tank 2240L 2 1,600.00 3,200.00

5 Oxygen Tank 4L Fish Transport 2 350.00 700.00

6 Ovaprim (Pembenihan Ikan) 2 120.00 240.00

7 Kayu Papan Lantai 1 x 8 x 20 50 80.00 / sq 4,000.00

JUMLAH 14,920.00

Jadual 1 : Mesin dan peralatan yang diperlukan bagi projek AET

Lampiran 1: Gambar peralatan dan bahan yang diperlukan

Lampiran 2: Sebut harga peralatan yang diperlukan

8.0 PROSPEK PROJEK

Berdasarkan kepada pengalaman pemohon, projek ini adalah berdaya maju


dan mampu mencapai keuntungan maksima jika dijalankan dengan teratur dan
berterusan. Ianya juga memberikan tambahan pendapatan keluarga pemohon
sebanyak RM 2,500.00 sebulan.

9.0 KEPUTUSAN YANG DIKEHENDAKI


Adalah diharapkan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Melulus Permohonan Aktiviti
Ekonomi Tambahan (AET) meluluskan permohonan bantuan Program Aktiviti
Ekonomi Tambahan (AET) sebanyak RM 14,920.00 untuk Projek Penternakan
Ikan Air Tawar Sangkar di Sungai To’Uban, 17050 Pasir Mas, Kelantan.

LAMPIRAN 1: PERALATAN YANG DIPERLUKAN


Lampiran 2 : Sebut Harga Peralatan Yang Diperlukan
Lampiran 3: Peralatan dan Bahan Sedia
Ada (Lokasi Projek)

Anda mungkin juga menyukai