Anda di halaman 1dari 14

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati.

Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang


mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini
pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang
melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan
diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri
daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat
adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pantun mengandungi tiga pengertian.

 Maksud pertama merujuk kepada sejenis puisi lama yang biasanya


terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap iaitu dua baris
pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya
mengandungi maksudnya.

 Maksud kedua merujuk kepada sejenis peribahasa yang digunakan


sebagai sindiran.

 Maksud ketiga merujuk kepada sebagai jawapan kepada tuduhan dan


lain-lain.

 - Rekod Pengajaran Harian Bahasa MelayuTahun : 5Tajuk : Pantun mengenang budiMasa : 9.10 -

10.10 pagiBilangan Murid : 40 orangObjektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid - murid
dapat :
 i)
 Membaca kuat pantun dengan intonasi dan sebutan yang betul.
 ii)
 Menceritakan maksud pantun dengan menggunakan ayat sendiridengan bantuan guru.
 iii)
 Membina serangkap pantun yang bertemakan budi. Pengisian Kurikulum
 •
 Sistem Bahasa : Pantun nasihat.
 •
 Kemahiran Bernilai Tambah :-Kecerdasan Pelbagai : Visual Spatial-Kemahiran Berfikir Kreatif dan
Kritis : meramal, menilai
 •
 Strategi : Perbincangan, Soal Jawab, Berpantun
 •
 Penerapan :-Ilmu : Seni-Nilai : Hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang,
semangatbermasyarakat.Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran ( BSPP )
 •
 Tayangan Slaid
 •
 Petikan Pantun
 •
 Klip Video
 •
 Power Point.Hasil Pembelajaran :H a s i l
P e m b e l a j a r a n K e m a h i r a n
B e r b a h a s a H u r a i a n K e m a h i r a n BerbahasaAktiviti
 5.2
 Membaca kuat teks prosadan puisi dengan sebutandan intonasi yang betuldan lancar sertamemahami
perkara yangdibaca.
 Aras 1
 i. Membaca lancar bahansastera dan bukan sasteradengan sebutan dan intonasiyang betul.ii.
Menceritakan isi bahan yangdibaca.
 Membaca
 Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman
dan aspek luaran atau struktur visualnya.Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik
dan isi (tema dan persoalan).Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua
aspek.Pertama, yang berkaitan dengan penggunaan lambing-lambang tertentu yang
terdapat dalam pantun mengikut tanggapan dan pandangan dunia masyarakat
Melayu.Kedua, berdasarkan hubungan makna antara pasangan pembayang-pembayang
dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
 Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan), pantun biasanya menyentuh
hampir seluruh kehidupan masyarakat Melayu.Selain itu dalam memberi pengertian
pantun, beberapa pengertian telah dikemukakan oleh Za’ba, Drs. Liaw Yook Fang dan
Drs. Ghaali Dunia. Menurut Za’ba, ‘pantun itulah kaedah rangkapan yang tertua dan
memang asal kepunyaan Melayu betul.Semenjak Orang Melayu belum tahu surat-
menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa berbalas-balas pantun
sesama sendiri’.
 Secara ringkas, pantun dapat didefinisikan sebagai ”sejenis puisi lama yang terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap (Kamus Dewan: 813) atau ”...sajak pendek,
tiap-tiap kuplet biasanya empat baris (abab) dan dua baris yang dahulu biasanya untuk
tumpuan sahaja” (Kamus Umum Bahasa Indonesia: 710). Bagi pantun yang popular,
bentuknya terbina dengan empat baris, iaitu dua baris sebagai pembayang maksud, dan
dua baris lagi sebagai maksudnya.


 PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh
dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik
masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering
dijadikan sebagaialat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu
mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan
pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia.
 Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga
didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja,
Vietnam serta Afrika Selatan(kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan
Malaysia).Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu. Malah,
ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai
dan Sejarah Melayu. Menyedari kepentingan pantun dalam memartabatkan budaya
Melayu, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negara di Kementerian.
 Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun
itu pada mulanya dipakai orang dengan makna seperti atau umpama." Ada pendapat
mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau iaitu panuntun yang
bermaksud pembimbing atau penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan
pepatah dan petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.Sehingga hari ini, pantun
sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka
atau penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi.
 Posted by HAJI RAMLI at 05:32
 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
 Labels: pantun - pengenalan

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
mengandungi 4 kerat/baris
jumlah perkataan dalam sebaris antara 4-5 patah perkataan
jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata
ada hubungan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di
bawah)
bunyi rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .
bahasa yang halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan
unsur alam.
maksud isinya sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup
sarat dengan ciri-ciri tradisional-penggunaan rangkap, ada pembayang dan
maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif
masyarakat yang melahir dan menggunakannya.

FUNGSI PANTUN
Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan
Sindiran atau tempelak
Melepaskan rindu dan kasih sayang
Menyatakan penghargaan/terima kasih
Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran
Hiburan atau jenaka

P
Jenis-Jenis Pantun - Bahagian 2

Kandungan Pantun Melayu

Pembayang atau sampiran


Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap
pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan
bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada
hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap
pantun.

Maksud atau isi


Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap
rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang
hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema).

Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-
tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap
baris yang sama bilangannya.

Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam
tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas
suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama
banyak.

Rima atau bunyi


Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap
baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap
rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama
dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun
yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap
baris.Contoh pantun yang baik :

Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,


Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.

Posted by HAJI RAMLI at 19:05


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Jenis-Jenis pantun - Bahagian 1


BIMBINGAN BERKARYA - PANTUN

PENGENALAN

Za'ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu menjelaskan, "Perkataan pantun itu pada mulanya dipakai orang dengan
makna seperti atau umpama." Ada pendapat mengatakan perkataan pantun adalah daripada bahasa Minangkabau
iaitu panuntun yang bermaksud pembimbing/penasihat yang berasaskan sastera lisan dalam pengucapan pepatah dan
petitih yang popular dalam masyarakat tersebut.

Sehingga hari ini, pantun sering digunakan dalam upacara peminangan dan perkahwinan atau sebagai pembuka atau
penutup bicara dalam majlis-majlis rasmi. Umumnya terdapat dua jenis utama pantun iaitu pantun berkait dan pantun
tidak berkait.

Bilangan baris dalam setiap rangkap pantun dikenali sebagai kerat. Lima bentuk
utama pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun dua belas
kerat. Pantun yang popular digunakan ialah pantun dua kerat dan empat kerat.
Setiap pantun mesti mempunyai pembayang dan maksud pantun. Pembayang dalam setiap rangkap adalah separuh
pertama daripada keseluruhan jumlah baris dalam rangkap berkenaan. Separuh kedua dalam setiap rangkap pantun pula
ialah maksud atau isi pantun.

Antara ciri-ciri lain yang ada dalam sebuah pantun ialah pembayangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan alam
dan persekitaran yang rapat dengan pengucapnya seperti yang terdapat dalam contoh pantun dua kerat berikut:

Sebab pulut santan terasa,


Sebab mulut badan binasa.

Rima pantun yang baik berakhir dengan ab,ab bagi pantun empat kerat dan a,a bagi pantun dua kerat. Selain daripada
pembayang, maksud dan rima, pantun juga terikat dengan hukum suku katanya. Bagi pantun Melayu, suku kata untuk
setiap baris ialah antara lapan hingga dua belas suku kata sahaja.

Melalui bentuknya yang kemas dan padat, pantun berjaya menjadi alat yang penting untuk menghibur, memberi nasihat,
menduga akal, meluahkan perasaan dan menyedapkan cakap. Pantun turut berfungsi sebagai media untuk menyampaikan
hasrat yang seni atau rahsia yang tersembunyi melalui penyampaian yang berkias.
Jenis-jenis pantun dan contohnya

Jenaka
Orang Rengat menanam betik,
Betik disiram air berlinang;
Hilang semangat penghulu itik,
Melihat ayam lumba berenang

Adat
Buah berangan di rumpun pinang,
Limau kasturi berdaun muda;
Kalau berkenan masuklah meminang,
Tanda diri beradat budaya.

Pribahasa:
Punggur rebah puyuh mendengut,
Dengut melata di tengah padang;
Sedangkan bah kapal tak hanyut,
Inikan pula kemarau panjang.

Agama:
Letak bunga di atas dulang,
Sisipkan daun hiasan tepinya;
Banyak berdoa selepas sembahyang,
Mohon diampun dosa di dunia.

Teka-teki
Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Kias
Gesek biola tiup serunai,
Sayu dara berhati walang;
Putih mata si burung punai,
Kayu ara ditunggu helang.

Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat
(baris), pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun delapan kerat dan pantun
sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima
jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Bentuk-
bentuk pantun pula bermacam-macam. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "adat",
"agama", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".

Di samping itu, pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam
pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun sebagai jenis puisi
Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara
meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu
lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau
upacara. Justeru itu, pantun pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis.
Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, nasib,
perantau, adat, kepahlawanan, peribahasa, kias ibaratdan agama. Meskipun begitu,
penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak. Ini kerana dalam setiap
jenis isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain. Penentuannya lebih
dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau
persoalan lain yang berhubungan.

Pantun yang isinya mengemukakan tentang "nasihat", "adat" dan "agama" pada
umumnya adalah mudah dikenali serta difahami. Pantun "nasihat" misalnya, lebih jelas
bersifat mengajar atau memberi nasihat ke arah melakukan sesuatu yang baik dan
meninggalkan yang buruk.Walaupun demikian, isi tentang "adat" dan"agama" tidak
kurang pula yang lebih serius serta mendalam persoalan isinya. Umapamanya,
persoalan adat yang berkaitan dengan norma-norma adat, peraturan atau undang-
undang dan persoalan agama yang berkaitan dengan Keesaan Allah dan balasan hari
kemudian.

Pantun jenis "peribahasa" juga mudah dikenali, yaitu melalui penyampaian isinya
menggunakan peribahasa-peribahasa yang begitu jelas bentuk serta susunannya. Bagi
pantun "kias dan ibarat" pula, sesuai dengan namanya maka setiap isi yang
disampaikan atau dikemukakan itu adalah bersifat kiasan, ibarat atau perbandingan.
Dengan demikian, pernyataan isinya selalu ditemui dalam bentuk peribahasa; tetapi
gambaran pernyataannya lebih halus, luas dan mendalam. Pada pantun "teka-teki" yang
memerlukan jawaban adalah merupakan satu daripada alat untuk menggerakkan cara
berfikir secara spontan dam membina kemahiran berfikir dengan tepat.

Pantun "jenaka" yang unsur kejenakaan atau kelucuannya terhasil daripada gambaran
keanehan dan keganjilan perlakuan itu, terdapat unsur-unsur pengajaran, nasihat dan
sindirannya di dalamnya.

Di bawah adalah contoh bentuk dan jenis-jenisnya:

Dilihat Dari Bentuknya

Pantun Biasa
Contoh :

Malam hari main kulintang


Ditemani sobat tersayang
Bagaimana hati tidak bimbang
Kepala botak minta dikepang

Pantun Seloka (pantun berkait)


Seloka ialah pantun berkait yang tidak cukup dengan satu bait saja, karena pantun
berkait merupakan jalinan atas beberapa bait.
Ciri-ciri seloka :
Baris kedua dan keempat pada bait pertama dipakai sebagai baris pertama dan ketiga di
bait kedua.
Baris kedua dan keempat pada bait kedua dipakai sebagai baris pertama dan ketiga di
bait ketiga.
Dan seterusnya.
Contoh :

Bait I Taman melati di rumah-rumah (baris I)


Ubur-ubur sampingan dua (baris II)
Kalau mati kita bersama (baris III)
Satu kubur kita berdua (baris IV)

Bait II Ubur-ubur sampingan dua (baris I)


Taman melati bersusun tangkai (baris II)
Satu kubur kita berdua (baris III)
Kalau boleh bersusun bangkai (baris IV)

Talibun
Talibun adalah pantun yang jumlah barisnya lebih dari 4 baris dan satu bait pantun
talibun harus genap tiap barisnya, misalnya 6, 8, 10 dan seterusnya.
Dengan catatan :
JIka satu bait berisi 6 baris, maka 3 baris pertama ialah sampiran dan 3 baris sisanya
ialah isi. Sedangkan untuk sajaknya menjadi a-b-c-a-b-c.
Jika satu bait berisi 8 baris, maka 4 baris pertama ialah sampiran dan 4 baris sisanya
ialah isi. Sedangkan untuk sajaknya menjadi a-b-c-d-a-b-c-d. Contoh pantun seloka 6
baris:

Kalau anak pergi ke pekan


Yu beli belanak pun beli
Ikan panjang beli dahulu

Kalau anak pergi berjalan


Ibu cari sanak pun cari
Induk semang cari dahulu

Pantun Kilat (karmina)


Ciri-cirinya :
Setiap bait terdiri dua baris.
Baris pertama merupakan sampiran, baris kedua merupakan isi.
Bersajak a-a.
Setiap baris terdiri dari 8-12 suku kata.Contoh:

Dahulu parang, sekarang besi


Dahulu sayang, sekarang benci

Dilihat Dari Isinya


Pantun Anak-anak
Contoh :

Elok Rupa kembang jati


Dibawa itik pulang petang
Tidak terkata besar hati
Melihat ibu sudah datang

Pantun Orang Muda / Remaja


Contoh:

Naik Motor merknya Honda


Pergi sebentar kerumah Hanapi
Bila cinta mekar di dada
Siang terkenang malam termimpi

Pantun Orang Tua


Contoh:

Supaya tangan tidak terluka


Jangan dikepit hulunya kapak
Supaya Tuhan tidak murka
Jangan sakiti Ibu dan Bapak
Pantun Jenaka
Contoh:

Ikan gabus di rawa-rawa


Ikan sepat nyangkut dijaring
Perut sakit menahan tawa
Melihat gigi palsu loncat ke piring

Pantun Teka-teki
Contoh:
Tuan puteri belajar menari
Diajari oleh pak Harun
Kalau tuan bijak bestari
Apa yang naik tapi tak bisa turun

PEDOMAN BERPANTUN DALAM PESTA PANTUN

Contoh:

P1: Kain belacu pembungkus permata,


Disimpan bersama tebu sekerat;
Anak dan cucu orang berharta,
Mengapakah si tua dibiar melarat. Tema: Masyarakat Penyayang

P2 Pohon kemboja pohon mengkuang,


Ditanam berjajar si gadis sunti;
Pahlawan berjasa di medan juang,
Sumbangan pelajar apakah bukti? Tema: Patriotisme

P3 Burung kedidi hinggap di dahan,


Turun ke tanah di pinggir kota;
Bergoyang budi runtutan kemajuan,
Musnahkah maruah kerana harta? Tema: Bebas

Contoh Pantun Yang Tidak Diterima :

Anda mungkin juga menyukai