Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI AMALI SENI VISUAL

Nama : Muhd Waqiyuddin Bin Anuar


Kelas : PISMP Sem 2 Pendidikan Khas 1
Pensyarah: Mohd Yusri Bin Mohamad Noor

Pertama sekali semasa amali seni visual ini, perasaan yang saya rasai iaitu teruja
kerana aktiviti ini memerlukan saya untuk menekap corak daun pada kertas. Sebelum aktiviti
ini dijalankan saya perlu mencari 3 jenis daun yang mempunyai corak yang dapat ditekap.
Namun setelah aktiviti ini selesai saya rasa gembira kerana berjaya menhasilkan corak
daripada daun yang saya pilih di atas kertas.

Seterusnya, kelebihan yang saya dapati semasa melakukan amali seni visual ini iaitu
saya mempelajari cara menekap yang betul bagi menghasilkan corak yang terbaik. Aktiviti
ini juga membantu saya untuk menjadi lebih kreatif dan berseni. Pada masa yang sama,
pengalaman yang saya perolehi ini dapat saya gunakan untuk diajar kepada kanak-kanak
berkeperluan Khas semasa disekolah nanti.

Kekurangan yang saya hadapi semasa melakukan aktivit ini iaitu saya tidak dapat
menghasilkan corak daun yang sempurna. Hal ini kerana saya kurang memberi fokus
tentang teknik yang betul semasa menekap daun. Selain itu saya juga banyak
menghabiskan masa memadam hasil tekaan yang kurang menjadi. Pekara ini membuatkan
saya kekurangan masa untuk menghasilkan kerja yang terbaik dan berkualiti.

Akhir sekali, bagi penambahbaikan dalam aktiviti ini, saya akan lebih fokus semasa
melakukan sesuatu perkara seperti menggunakan teknik yang betul supaya hasil lukisan
corak daun kelihatan lebih menarik. Saya juga akan lebih peka terhadap masa yang
diberikan supaya tidak banyak masa yang terbuang dan dapat menyelesaikan tugasan yang
diberi dengan lebih sempurna.

Anda mungkin juga menyukai