Anda di halaman 1dari 8

Ukuran

Bagaimanapun ketinggian pagar untuk keempat-empat acara ini adalah berbeza-beza. Begitu
juga dengan jarak kedudukan pagar antara satu dengan lain juga berbeza-beza. Rajah berikut
menunjukkan kedudukan serta ukuran pagar dalam kemepat-empat acara dalam kumpulan
acara lari berpagar.

Jarak Antara Jarak Antara


TINGGI Garisan Jarak Pagar Akhir
PAGAR Permulaan Antara Dengan
Dengan Pagar Pagar Garisan
Pertama Penamat

ACARA
100 m wanita 84 meter 13 meter 8.5 meter 10.5 meter

110 m lelaki 1.076 meter 13.72 meter 9.14 meter 14.02 meter

400 m wanita 76 meter 45 meter 36 meter 40 meter

400 m lelaki 91.4 meter 45 meter 35 meter 40 meter

ANSUR MAJU LARI BERPAGAR

Sebagai acar pecut, faktor utama yang perlu difahami ialah konsep berlari. Jadi, ansur maju ini
hendaklah dimulakan dengan berlari tanpa halangan sehinggalah kepada penggunaan pagar
sepenuhnya. Kaedah ansur maju itu ialah :

TANPA ALATAN

1. Lompat sebelah kaki dan angkat ke hadapan.


Pelajar melompat dengan kaki kiri dan angkat kaki kanan ke hadapan dengan mengaplikasikan
teknik tendangan yang betul.

2. Angkat sebelah kaki belakang


Pelajar mengangkat kaki belakang dan melipatkan peha dan kaki selari dengan padang.

3. Berlari sebelah kaki angkat ke hadapan.


Pelajar berlari dan mengangkat satu kaki ke hadapan dengan teknik lonjakan dan tendangan yang
betul.
4. Berlari sebelah kaki angkat ke belakang.
Pelajar berlari dan mengangkat kaki belakang dengan membengkokkan peha selari dengan padang.

MENGGUNAKAN ALAT GANTI

1. Lari merentasi satu kayu

Atlit diberi sedikit rintangan untuk membiasakan diri dengan keadaan larian sebenar.
Sediakan kayu, rotan atau tali yang disusun merintangi lorong larian. Jarak susunan bersesuaian
dengan jarak acara 110m (lelaki) dan 100m (perempuan). Ulang aktiviti ini antara 2 hingga 10
kali. Latihan bertujuan, supaya atlit dapat menanam idea bahawa terdapat rintangan semasa
membuat larian serta memberi keyakinan.

2. Lari merentasi 2 batang kayu.

Aktiviti ini sama dilakukan seperti lakuan di atas. Dua batang kayu diletakkan antara tempat
pagar yang sebenar. Jarak dua kayu ini disesuaikan dengan lonjakan pelajar lebih mendapat
riintangan. Ini membuat pelajar melompat sedikit. Pelajar dikehendaki berlari tanpa
mengurangkan kelajuan apabila membuat lonjakan. Semasa membuat lonjakan langkah kaki
hendaklah dibesarkan. Tujuan aktiviti ini dilakukan supaya pelajar dapat membuat lonjakan dan
mendarat.

3. Berlari merentasi palang merah

Aktiviti ini dibuat bagi memperkenalkan kepada pelajar ketinggian sebagai rintangan. Palang
yang rendah diletakkan pada tempat sebenar pagar ataulebih dekat sesuai dengan langkah
pelajar. Kayu penanda untuk lonjakan masih dikekalkan bagi memudahkan pelajar untuk
membuat lonjakan. Setiap pergerakan kaki dan tangan hendaklah diseimbangkan supaya dapat
membuat hayunan yang baik.
4. Berlari melintasi palang yang lebih tinggi.

Ulang aktiviti seperti di atas tetapi ketinggian palang perlu diubah menjadi lebih tinggi.
Pergerakan tangan dan kaki perlu diseimbangkan dengan latihan membongkok kehadapan
semasa melintasi palang. Tujuan aktiviti ini dilakukan, supaya pelajar dapat koordinasi yang baik
ketika melintasi halangan dan membongkokkan badan ketika melintasinya.

5. Melintasi pagar terbalik

Dalam aktiviti ini, pagar terbalik diletakkan pada jarak yang sesuai. Pagar ini hendaklah
diarahkan kepada pelajar bagi mengelakkan pelajar memijak palang besar ketika mendarat.
Dalam aktiviti ini rentak larian diperkenalkan antara jarak pagar pertama dan seterusnya. Setelah
mendapat rentak langkah, jumlah pagar bolehlah ditambah.

Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah supaya pelajar mendapat koordinasi lonjakan kaki
hadapan dan belakang serentak dengan pergerakan badan ketika melintasi halangan.
DENGAN ALATAN SEBENAR

1. Berjalan di sisi pagar (kaki kiri dan kanan)

Dalam aktiviti ini, pagar diletakkan pada tempat yang sebenar dan ketinggian yang sederhana.
Pelajar dikehendaki berjalan di luar sisi pagar. Apabila sampai di sisi pagar, kaki lonjakan akan
membuat lonjakan dan mendarat di hadapan sedikit dari pagar. Apabila berpatah balik pelajar
dikehendaki mengangkat kaki belakang pula. Semasa kaki hadapan dan belakang di angkat,
teknik yang betul hendaklah diaplikasikan.

2. Berlari di sisi pagar (kaki kiri dan kanan)

Dalam aktiviti ini, pagar diletakkan pada tempat yang sebenar dan ketinggian yang sederhana.
Pelajar dikehendaki berlari di luar sisi pagar dan apabila sampai di sisi pagar, kaki lonjakan akan
membuat lonjakan dan mendarat di hadapan sedikit dari pagar. Apabila berpatah balik, pelajar
dikehendaki mengangkat kaki belakang pula. Semasa kaki depan dan belakang diangkat, teknik
yang betul hendaklah diaplikasikan.

3. Berjalan melintasi pagar rendah

Dalam aktiviti ini, ketinggian pagar adalah rendah. Pelajar berjalan dan apabila sampai di tempat
lonjakan, lonjakan penuh pagar dengan teknik yang betul.

Tujuannya adalah supaya pelajar dapat membetulkan teknik lonjakan, layangan dan pendaratan.

4. Berlari melintasi pagar rendah / tinggi.

Dalam aktiviti ini, ketinggian pagar adalah rendah. Pelajar berlari dan apabila sampai ditempat
lonjakan, lonjak penuh pagar dengan teknik yang betul. Apabila pelajar telah dapat melakukan
aktiviti dengan teknik yang sempurna, ketinggian pelajar hendaklah ditambah sedikit demi sedikit
hinggalah ke ketinggian sebenar.

Tujuannya adalah supaya pelajar dapat membetulkan teknik lonjakan, layangan dan pendaratan.
Ansur maju ini dapat meningkatkan lagi keyakinan pelajar dalam melepasi rintangan ketinggian
pagar.

ANSUR MAJU ANTARA DUA PAGAR

Untuk menggilap larian antara dua pagar, bolehlah dimulakan dengan pagar yang rendah
beserta jarak antara pagar yang lebih dekat. 3 langkah antara pagar adalah teknik yang terbaik.
Apabila teknik asas ini telah dikuasai, jarak pagar dan ketinggian pagar haruslah disasrkan
kepada jarak dan ketinggian yang sebenar sedikit demi sedikit mengikut kemampuan pelajar.
UNDANG-UNDANG LARIAN

Walaupun pada dasarnya lari berpagar 100m wanita, 110m lelaki dan 400m lelaki dan wanita ini
adalah hampir sama, tetapi dari segi peralatan, jarak, kedudukan pagar dan teknik berlari adalah
berbeza-beza. Berikut adalah di antara peraturan larian untuk acara ini.

1. Pelari dikehendaki berlari dan melompat melepasi semua pagar yang disediakan megikut
lorong masing-masing.
2. Pelari boleh membuat lompatan menggunakan cara atau teknik yang sesuai dan selesa
baginya asalkan lompatan itu tidak melanggar aturan dan undang-undang perlumbaan.
3. Pelari hendaklah menamatkan larian bermula daripada garisan permulaan yang
ditetapkan.
4. Pelari hanya dibenarkan memulakan perlumbaan selepas isyarat berlepas diberikan oleh
pegawai pelepas.
5. Pelari dibolehkan menjatuhkan tidak lebih dari dua pagar. Jika lebih daripada itu, larian
pelari itu dibatalkan.
6. Penggunaan blok permulaan digalakkan bagi mendapatkan lonjakan yang baik bagi
memulakan perlumbaan ini.
7. Pelari hendaklah mengenakan pakaian yang dan peralatan yang sesuai untuk acara ini.
8. Pelari dilarang sama sekali cuba melakukan sesuatu terhadap pelari lain sehingga boleh
menjejaskan larian mereka.

KESALAHAN-KESALAHAN DALAM LARI BERPAGAR


Tidak dapat dinafikan bahawa untuk mendapat larian dan lompatan yang baik dan licin dalam
acara 110m lari berpagar ini bukan mudah. Apatah lagi dengan ketinggian pagar dan
kedudukannya seakan bersambung antara pagar di lorong pertama, kedua dan seterusnya.
Dengan keutamaan kepada kepantasan larian, seseorang peserta dalam acara ini harus
mempunyai cirri-ciri serta kualiti tertentu yang menjadikannya lebih lengkap dan lebih terlatih
daripada mereka yang mengambil bahagian dalam acara yang lain.

Dalam sesuatu perjumpaan olahraga, sering pelari melakukan kesalahan yang selalunya
tanpa disengajakan. Kemungkinan pelari melakukan kesalahan dalam acara lari berpagar adalah
lebih tinggi dibandingkan dengan acara-acara lain. Ini tidak dapat dinafikan memandangkan
kelainan acara lari berpagar terutama dari segi perlakuan pelari yang tepaksa membuat larian
dan pada masa yang sama membuat lompatan. Dengan demikian juga mereka yang mengambil
bahagian dalam acara ini mudah terdedah kepada kecederaan.
Disebabkan pelari melakukan larian dan lompatan, sering terjadi pelari tidak dapat membuat
lompatan dengan baik sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu dapat berlari dan melompat dengan betul dan
tepat pada masanya serta menggunakan teknik lompatan yang berkesan, dia dapat
mengurangkan kemungkinannya mengalami kecederaan ini.

Beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh pelari lari berpagar adalah seperti berikut.
Kesalahan ini kadang-kadang bukan sahaja boleh menjejaskan kepantasan larian tetapi mungkin
menyebabkan larian batal.

1. Pelari membuat lompatan menggunakan gaya seperti gunting yang sememangnya tidak sesuai
dalam acara ini.
2. Pelari tidak dapat mengekalkan jumlah atau bilangan langkah di antara dua pagar, seharusnya
pelari berlari dengan bilangan langkah yang sama.
3. Pelari berada terlalu dekat dengan pagar ketika hendak melepasi pagar.
4. Pelari tidak membongkokkan badannya ketika melepasi pagar, dan pelari melakukannya dalam
keadaan badan yang menegak.
5. Pelari cuba menyentuh pagar dengan kaki bagi tujuan mendapatkan tolakan.
6. Pelari tidak menarik kaki belakangnya dengan pantas ke hadapan ketika hendak membuat
lompatan.
7. Pelari berlari dan melakukan lompatan dengan teragak-agak atau tidak mempunyai keyakinan
diri.
8. Perlari memperlahankan larian ketika hendak membuat lompatan.
9. Pelari membuat lompatan dengan sebelah kakinya berada di luar pagar.
10. Pelari cuba menghalang pelari lain ketika berlangsungnya perlawanan.

KESEMPURNAAN TEKNIK

1. Kelajuan dalam lari berpagar adalah seperti lari pecut dan yang penting adalah keseimbangan
semasa melintasi pagar.
2. Kurangkan masa dalam fasa penerbangan.
3. Sudut badan yang baik semasa memulakan lonjakan (take-off).
4. Tendangan ke bawah (snap) kaki yang melonjak.
5. Koordinasi kaki yang melipat ke sisi semasa melipat dan kecepatan menarik kaki itu ke hadapan.

Anda mungkin juga menyukai