Anda di halaman 1dari 2

TAJUK : SINGA YANG SOMBONG

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.


Terima kasih Pengerusi Majlis
Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang
Sombong”.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.
Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong.
Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut
kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya.
Suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu
perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa
yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan
bersuara.
“ Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin
terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir,
bagaimana hendak menewaskan singa itu.
“ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.
“ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil
Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan,
biarlah saya cuba menewaskan singa itu.”
Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
“Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.”
Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
“Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa,
marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.”
Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh
penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk
menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu
tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri Singa.
“ Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk
berlawan denganku.” Kata Tebuan dengan berani.
“ Engkau nak berlawan dengan aku?” Tanya Singa itu sambil
ketawa.
“ Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam
yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar.”
Jawab Tebuan penuh semangat.
“ Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.
Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu
berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama
kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini.
Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu.
Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya.
Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak
berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan
Tebuan itu.
Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat
sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung
keberanian tebuan itu.
Ingat kawan-kawan,
1. Orang yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak
semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah
3. Kita mesti berusaha jika ingin Berjaya
Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan.... kecik jangan disangka anak,
besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat kental
dapat mengalahkan kekuatan fizikal..
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai