Modul BM SPM 2011 PDF
Modul BM SPM 2011 PDF
Penulisan karangan merupakan bahagian yang paling penting dalam kertas Bahasa Melayu SPM
Kertas 1 (1103/1). Murid-murid akan diuji tentang kebolehan dalam memilih dan menyusun idea dengan
bahasa yang jelas , lancar , berkesan dan bersesuaian dengan tema serta tugasan soalan karangan.
Peruntukan markah bagi kertas ini adalah tinggi. Hal ini demikian kerana tidak ada mata pelajaran
lain yang memperuntukkan 130 markah untuk dua soalan sahaja, iaitu 30 markah bahagian A dan 100
markah bahagian B. Dalam erti kata yang lain, lulus atau gagal pelajar dalam mata pelajaran bahasa
Melayu bergantung pada kemahiran pelajar dalam menguasai bahagian ini.
Dengan itu, semua guru dan pelajar harus cakna dengan memberikan penekanan dan tumpuan
yang lebih pada bahagian ini. Sebagai langkah permulaan, murid-murid akan dibekalkan dengan beberapa
bahan penulisan yang mudah tetapi berkesan untuk meningkatkan kecekapan menulis karangan. Kaedah
InKeMaNep, SeKeCaM+T dan ImBaKuP merupakan modus operandi yang diilhamkan untuk memudahkan
murid-murid menguasai kemahiran menulis. Pelbagai perubahan telah dilakukan terhadap modul terbaru
ini sebagai medium penggarapan kecemerlangan murid-murid dalam penulisan .
Bahan-Bahan Penulisan
A. Penanda Wacana
Sesungguhnya, pelbagai usaha yang menyeluruh perlu dilakukan bersama-sama untuk menangani
masalah ini supaya tidak menjadi barah yang sukar diubati.
1
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Mengapa (M)
Bagaimana (Ba)
Kesan (K)
o Natijahnya,
o Sebagai akibatnya,
o Hal ini mengakibatkan
o Tindakan/Cara/ Usaha ini akan
2
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
PENEGASAN (P)
MENYATAKAN CONTOH
o Sebagai contoh,
o Biar kita lihat...
o Biar kita ambil contoh..
o Misalnya,
o Umpamanya,
o Tamsilnya,
o Yang dimaksudkan ialah
KESIMPULAN
o Sebagai intiha,
o Sebagai konklusi,
o Secara tuntas,
o Secara keseluruhan,
o Secara total,
o Akhir kalam,
o Walhasil,
o Walau bagaimanapun,
o Walaupun begitu,
o Namun demikian,
3
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Ironinya,
o Kendatipun,
o Sungguhpun demikian,
B. FRASA-FRASA MENARIK
4
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
D. Ungkapan Menarik
Adab
o Beradab sopan kepada ibu bapa ialah wajib pada hukum agama dan kebudayaan kita. Hadis Nabi
Muhammad SAW menyebut bahawa syurga di bawah tapak kaki ibunya.
o Hukama , seorang tokoh ilmuan Islam berkata bahawa semiskin-miskin orang ialah orang yang
kekurangan adab dan budi pekerti.
Adat
o Pepatah ada menyebut bahawa hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
o Demi kesejahteraan hidup bermasyarakat, kita diingatkan agar berpandukan kata-kata peribahasa , di
mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Anak
o Anak-anak dijaga dengan penuh kasih sayang seperti peribahasa kita, bagai menatang minyak yang
penuh.
9
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Nabi Muhammad SAW bersabda, periharalah anak-anakmu dan perbaik budi pekerti mereka.
Sesungguhnya, anak-anak itu ialah hadiah Allah kepadamu.
o Ibu bapa perlu memelihara dan mendidik anak-anak kerana peribahasa ada menyatakan bahawa bapa
borek anaknya rintik, dan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
o Sebuah hadis Nabi Muhammad ada menyebut, setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan suci.
Kedua-dua ibu bapalah yang bertanggungjawab menjadikan anaknya Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Bahasa
o Kata peribahasa kita ada menyatakan bahawa bahasa menunjukkan bangsa / bahasa jiwa bangsa; orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa; tiada kata secantik bahasa.
o Anak-anak dan remaja perlu diperkenalkan dengan keindahan bahasa dan pemikiran budaya bangsanya ,
kerana peribahasa kita ada menyebut, tak kenal maka tak cinta.
o Anak-anak harus dididik dengan bahasa yang betul dan baik kerana pepatah ada menyebut terlajak
perahu boleh diundur, terlajak bahasa buruk padahnya.
Guru
o Hadis Nabi Muhammad SAW bermaksud bahawa orang yang berilmu harus mengajarkan ilmu
pengetahuannya kepada orang lain .
o Tugas guru amat mulia kerana pendeta bahasa ada mengatakan bahawa guru ibarat lilin, membakar
dirinya menerangi orang lain.
o Guru tidak boleh mengamalkan sikap buruk kerana anak murid akan menirunya seperti peribahasa , guru
kencing berdiri, murid kencing berlari.
o Hamka ada berkata bahawa kalau ada di dunia ini suatu pengorbanan dan kejujuran serta kelapangan
hati, satu antaranya ialah pekerjaan guru.
o Hamka pernah berkata bahawa yang ditanamkan oleh guru kepada murid-muridnya bukanlah ilmu
semata-mata, tetapi budi, persaudaraan dan persatuan.
Kehidupan
o Sayidina Ali pernah berkata kemuliaan hidup dicapai dengan akal dan adab, bukan dengan asal dan
bangsa.
o Lidah pendeta ada menyebut rajin dan usaha tangga kejayaan.
o Peribahasa Melayu mengingatkan , buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
o Kita hendaklah hidup dengan mengamalkan sikap seperti peribahasa, hidup sandar menyandar bagai aur
dengan tebing atau bagai telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.
llmu
10
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Sebuah hadis Nabi Muhammad SAW berbunyi, tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.
o Kalau kita tidak tahu, kita hendaklah bertanya kepada orang lain kerana pepatah Melayu ada menyebut,
malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.
o Confucius ,ahli fikir China yang terkenal ada mengatakan kepentingan ilmu pengetahuan, iaitu
kekurangan dalam ilmu pengetahuan seperti malam yang gelap gelita bagi batin kita.
o Sayidina Ali ada menyatakan bahawa harga seseorang itu ialah ilmunya.
o Imam Syafie ada menyatakan bahawa ilmu itu tinggi nilainya. Kita harus mencari ilmu dan bukan ilmu
yang mencari kita.
Perbuatan Yang Negatif
o Jangan bertindak mengharapkan sesuatu yang belum pasti seperti peribahasa , mendengarkan guruh di
langit, air di tempayan dicurahkan.
o Hidup bermasyarakat perlu menjaga diri dan pergaulan serta tidak sombong kerana peribahasa Melayu
ada menyebut ,jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin jegang (keras/liat).
o Kita perlu mengamalkan sikap suka merendah diri seperti kata peribahasa ikutlah resmi padi, makin berisi
makin tunduk.
o Janganlah kita meniru teladan yang buruk seperti kata peribahasa, jangan bercermin di air keruh.
Masyarakat
o Mahatma Ghandi ada berkata bahawa, orang akan sangat dihormati apabila ia melakukan pekerjaan
untuk kesejahteraan masyarakat sekitarnya.
o Hidup bermasyarakat mestilah tolong-menolong seperti aur dengan tebing.
o Hidup bermasyarakat , janganlah bersikap seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing.
o Kita hendaklah mengikut kata pepatah orang tua-tua , masuk kandang kerbau menguak, masuk
kandang kambing mengembek.
o Janganlah kita tidak bergaul dengan masyarakat dan disebut dengan ungkapan sebagai kera sumbang.
Pendidikan
11
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Hukuman pukul hanya boleh dilakukan apabila sudah tiada acara lain untuk dilakukan .Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa , kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya atau sayang anak
tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.
o Umar Al-Khatab berkata, ajarlah anak-anak-anakmu dengan zaman yang akan dihadapinya.
o Nabi Muhammad SAW mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak dengan membaiki budi pekerti
mereka.
o Ahli fikir Barat ada mengatakan bahawa pendidikan merupakan keperluan utama rakyat selepas
makanan.
Waktu / Masa
o Peribahasa Inggeris ada menyebut bahawa masa itu emas.
o Pepatah Melayu ada menyebut bahawa masa tak dapat diubah, terlepas tak dapat dikejar.
o Lidah pendeta ada menyatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa.
o Peribahasa Arab ada menyebut bahawa masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya,
pedang itu akan memancung kamu pula.
E. AYAT-AYAT PERIBAHASA
1. Perbuatan yang tergesa-gesa akan merugikan diri sendiri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna
2. Kita perlu membuat renungan daripada buah fikiran orang berilmu iaitu yang baik jadikan teladan, yang
buruk jadikan sempadan.
3. Pengalaman seseorang dapat diperluas, kerana kata orang tua-tua, jauh perjalanan luas pengalaman ,
lama hidup banyak dirasa.
4. Perumpamaan seperti menatang minyak yang penuh perlu diamalkan untuk mendidik anak-anak
dengan sempurna.
5. Perumpamaan ada menyatakan bahawa, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
6. Kita perlu mengelakkan diri daripada mengamalkan perbuatan seperti perumpamaan, bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing.
7. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ,sehari selembar benang,lama –lama menjadi kain ketika kita
berusaha melakukan sesuatu pekerjaan.
8. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa , tak ada kusut yang tak selesai, tak ada keruh yang tak
jernih jika kita menghadapi sesuatu masalah.
9. Cogan kata Badan Sihat, Otak Cerdas menyarankan supaya kita menjaga kesihatan kerana badan yang
sihat membolehkan kita mempunyai otak yang cerdas.
10. Amalan gaya hidup yang sihat sangat penting kerana kita perlu mematuhi ungkapan yang berbunyi
mencegah lebih baik daripada mengubati.
11. Keinsafan dan penyesalan sudah tidak berguna kerana peribahasa Melayu mengatakan bahawa sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna dan ingat sementara belum kena, jimat sebelum
habis.
12. Oleh sebab itu, kita perlu mengambil langkah yang pragmatik untuk menjaga kesihatan sesuai
peribahasa mengatakan bahawa sediakan payung sebelum hujan
12
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
13. Tuntasnya, usaha-usaha yang diutarakan itu perlu dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan tidak
seperti peribahasa hangat-hangat tahi ayam atau seperti melepaskan batok di tangga.
14. Komitmen masyarakat amat penting untuk menjayakannya kerana pepatah mengatakan bahawa bulat
air kerana pembetung dan bulat manusia kerana muafakat .
15. Secara konlusinya, peribahasa sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit wajar menjadi panduan semua
orang untuk menjamin kecemerlangan dan kegemilangan hidup .
16. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
17. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata
pepatah biar putih tulang jangan putih mata.
18. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha
tangga kejayaan.
19. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu
aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
20. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap
ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat
untuk memperkukuh perpaduan.
21. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang
boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak , pecah sebiji pecah semua.
22. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba
mencampuri urusan pentadbiran negara kita.
23. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau yang
membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang akan
menyebabkan semua orang di sekelilingnya ditimpa kesusahan.
24. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak
dikatakan bagai kacang lupakan kulit.
25. Tradisi ini harus dikekalkan supaya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
26. Semoga rakyat sentiasa bersikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
27. Kita tidak mahu bersikap seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
28. Ibu bapa haruslah cermat dan berhati-hati seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan
putus, tepung jangan berselerak.
29. Kempen-kempen kesedaran tidak haus diadakan bagai melepaskan batuk di tangga sekiranya hendak
mencapai objektif.
30. Terdapat sesetengah pihak yang menangguk di air keruh apabila berlaku sedikit masalah.
31. Ingatlah bahawa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
32. Peribahasa genggam bara api biar sampai jadi arang harus menjadi pegangan.
Tema Pelancongan
13
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
1. Malaysia Boleh
2. Indahnya Malaysia
3. Jauh berjalan luas pandangan
4.Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
5. Budi bahasa budaya kita
6.Kera di hutan disusukan, anak di pangkuan mati kelaparan
7. Sambil menyelam minum air
8. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
9.Mencegah lebih baik daripada mengubati
10. Durian runtuh
11. Di mana ada gula, di situ ada semut
12. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa
Tema Patriotisme
14
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Tema Perpaduan
Tema Pengangkutan
Tema Pendidikan
1. Saya teringat impian mantan Perdana Menteri kita, Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi yang
mengharapkan kita dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik
15
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
kemudahan kelas pertama.Beliau berkata demikian ketika merasmikan seminar “ Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan tahun 2006-2010.” di Putrajaya baru-baru ini.
2. Mantan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Dato' Othman Said telah menjelaskan bahawa antara
punca utama yang merencatkan peningkatan mutu sukan negara ialah sikap ahli sukan yang tidak
bersungguh-sungguh dan tidak komited untuk memajukan diri dalam bidang sukan yang diceburi. Beliau
berkata demikian semasa merasmikan Kolokium “Kebangkitan Sukan Negara Menjelang Alaf Baru” di
Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.
3. Dalam ucaptama Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim , Mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan di
Majlis Perasmian Persidangan Seni Budaya Dan Warisan baru-baru ini, beliau ada mengatakan bahawa…
Sila rujuk nama Menteri Kabinet terkini dan nama tokoh ilmuan tersohor dunia.
Kita sebagai generasi kepimpinan negara harus mengekalkan dan menyemarakkan warisan bangsa negara
kita , seperti pantun di bawah :
16
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Menteri Pelajaran menegaskan bahawa penggunaan makmal ICT perlu diperluas di sekolah-sekolah
luar bandar.
o Pelajar perlu mengetahui bahawa kegagalan dalam peperiksaan berpunca daripada sikap kurang
tekun belajar .
o Banyak orang berpendapat bahawa remaja hari ini mudah terpengaruh oleh hiburan yang melalaikan
diri.
o Walaupun kita kurang mempunyai kemahiran teknologi , tetapi budi bahasa rakyatnya amat tinggi.
o Kerajaan mengadakan pelbagai program pembangunan luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup
rakyat negara ini.
o Ibu bapa perlu menyediakan pelbagai kemudahan persekolahan bagi membolehkan pengajaran dan
pemelajaran anak-anak dapat dijalankan dengan lebih sempurna.
o Pelajar bukan sahaja memperoleh maklumat tetapi mereka juga berpeluang meluaskan pengetahuan
am masing-masing
o Kini Internet tidak terbatas lagi kepada Institusi Pengajian Tinggi sahaja, malahan juga telah tersebar
luas penggunaannya ke rumah-rumah di seluruh ceruk rantau.
o Kita juga dapat memilih sama ada surat khabar tempatan atau surat khabar luar negara untuk
santapan minda.
J. Cadangan untuk mendapatkan idea atau isi karangan berdasarkan aspek-aspek InKeMaNeP
17
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
In: Individu
Ke: Keluarga
Ma: Masyarakat
N: Negara
P: Pendidikan
1. Konteks In ( Individu)
(Remaja.Pelajar,Belia,Pemuda, Pemudi, Lelaki, Wanita)
Tugasan Positif : Individu Tugasan Negatif : Individu
Contoh : Contoh :
Tema :Gejala sosial. Tema :Gejala sosial.
Tugasan : Usaha menangani Tugasan : Punca berlkau
Punca utama berlakunya gejala sosial
Usaha utama bagi menangani gejala sosial ialah ialah remaja tidak mempunyai kesedaran yang
remaja perlu mempunyai kesedaran yang tinggi tinggi tentang impak negatif gejala sosial.
tentang impak negatif gejala sosial.
2. Konteks Ke ( Keluarga)
(ibu bapa, datuk, nenek, saudara –mara)
Tugasan Positif : Keluarga Tugasan Negatif :Keluarga
o Menunjukkan contoh dan teladan yang positif o Menunjukkan contoh dan teladan yang negatif
o Bersikap prihatin, ambil berat, berikhtiar, o Tidak bersikap prihatin, ambil berat, berikhtiar,
berusaha untuk mencapai cita-cita. berusaha untuk mencapai cita-cita.
o Hubungan kekeluargaan yang rapat o Hubungan kekeluargaan yang longgar
o Mempunyai ketegasan dalam membuat o Terlalu memberikan kebebasan kepada anak-
keputusan atau tindakan anak .
Contoh : Contoh :
Tema :Gejala sosial. Tema :Gejala sosial.
Tugasan : Usaha menangani Tugasan : Punca berlaku
Ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan
yang positif merupakan langkah utama menangani Ibu bapa menunjukkan contoh dan teladan yang
negatif merupakan punca berlaku masalah sosial.
18
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
masalah sosial.
3. Konteks Ma (Masyarakat)
(orang ramai, rakyat, jiran)
Tugasan Positif : Masyarakat Tugasan Negatif :Masyarakat
o Memberi kritikan, sikap prihatin, nasihat, amaran, oTidak memberi kritikan, tidak prihatin, tiada
peringatan, pertolongan, bantu-membantu, nasihat, amaran, peringatan, Tidak memberikan
tegur-menegur, gotong-royong, pertolongan, tiada sikap bantu-membantu, tiada
o Aktiviti dan program kemasyarakatan, aktiviti sikap tegur-menegur, tidak menjalankan gotong-
masa lapang yang berfaedah. royong,
oTiada aktiviti dan program kemasyarakatan, tiada
menjalankan aktiviti masa lapang yang
berfaedah.
Contoh : Contoh :
Tema :Gejala sosial. Tema :Gejala sosial.
Tugasan : Usaha menangani Tugasan : Punca berlaku
Masyarakat perlu bantu-membantu dalam Masyarakat mengamalkan sikap tidak mahu
menangani masalah sosial ini. membantu dalam menangani masalah sosial.
4. Konteks Ne (Negara)
(kerajaan, kementerian, pihak berkuasa, pemimpin negara)
Contoh : Contoh :
Tema :Gejala sosial. Tema :Gejala sosial.
Tugasan : Usaha menangani Tugasan : Punca berlaku.
Pihak sekolah perlu mengetatkan peraturan sekolah Masalah sosial dalam kalangan pelajar berlaku
untuk menangani gejala sosial . kerana peraturan di sekolah longgar.
POLITIK
Kesan Positif Kesan Negatif
o hubungan dengan negara lain baik, o hubungan dengan negara lain tidak baik,
o semangat patriotik tinggi, o semangat patriotik terhakis,
o cinta kepada negara, o cinta kepada negara hilang,
o imej dan nama baik negara terpelihara , o imej dan nama baik negara tercemar ,
o jati diri bangsa dikukuhkan, o jati diri bangsa tidak dapat dikukuhkan,
o pemerintahan berjalan lancar, o pemerintahan tidak berjalan lancar,
o tiada rasuah, o berlaku rasuah
o keadaan aman dan sejahtera. o keadaan porak- peranda dan kacau-bilau
Contoh : Contoh :
Tema :Sambutan Hari Kebangsaan Tema :Sambutan Hari Kebangsaan
Tugasan : Kesan Baik Tugasan : Kesan tiada mengadakan sambutan
Impak positif utama ialah semangat patriotik Impak negatif utama ialah semangat patriotik
dalam kalangan rakyat akan meningkat. dalam kalangan rakyat akan terhakis.
EKONOMI
SOSIAL
21
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Nota : Aspek Mengapa dan Bagaimana boleh berubah kedudukan atau pilih mana-mana satu dan bergantung
pada tugasan soalan.
Pada pandangan saya, peranan ibu bapa amat penting untuk membanteras kes jenayah yang
semakin sukar diselesaikan. Hal ini begitu kerana ibu bapa haruslah bertanggungjawab untuk mendidik anak-
anak sejak kecil lagi.Dengan itu, ibu bapa perlu memberikan bimbingan dan nasihat yang positif kepada anak-
anak. Ibu bapa juga mestilah menunjukkan contoh dan teladan yang baik ketika bersama-sama
mereka.Tindakan ibu bapa yang cakna ini akan menyebabkan anak-anak mendengar nasihat dan bimbingan
daripada ibu bapa.Dalam pada itu, mereka juga akan menjauhi segala perbuatan yang dilarang atau ditegah
oleh agama.Oleh sebab itu, ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Tegasnya, tanggungjawab ibu bapa sangat efektif untuk membentuk
anak-anak yang bermoral dan bersahsiah tinggi supaya tidak terjebak dalam jenayah.
Tahun Bahagian A
22
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Format Tema/Isu
NOV. 2004 (Gambar Foto) Pembangunan dan kesannya terhadap alam sekitar.
Jun 2007 Ilustrasi kartun Aktiviti –Aktiviti berfaedah mengisi masa lapang
Nov 2007 Ilustrasi Kartun Usaha kita lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan
persekitaran
Jun 2008 Ilustrasi Kartun Huraikan pendapat anda tentang peluang kerjaya dalam
bidang pertanian
Nov 2008 Ilustrasi Kartun Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran
sungai
JUN 2009 Ilustrasi Kartun Huraikan sumbangan membantu mangsa banjir.
23
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Karangan pelajar perlu menepati tema dan tugasan yang diberikan dalam bahan rangsangan.
o Idea atau isi yang digunakan perlu dihuraikan dengan jelas dan matang sesuai dengan tahap pemikiran
dan pengetahuan pelajar tingkatan lima.
o Jumlah isi atau idea bergantung pada jenis bahan rangsangan. Sekiranya bahan rangsangan berbentuk
gambar bersiri yang memaparkan 4 idea maka 3 atau 4 idea perlu dihuraikan untuk mendapat markah
cemerlang.
o Sekiranya gambar tunggal , calon harus membaca arahan tugasan soalan dan kemudian idea yang
diberikan oleh calon perlu ada kaitan dengan bahan rangsangan.Cadangan idea sekurang-kurangnya 3 atau
4.
o Contoh soalan November SPM 2008. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pencemaran sungai.
(Gambar 1: Pembuangan sampah sarap, Gambar 2: Pembuangan Sisa, Gambar 3 :Kegiatan Pembalakan)
Jadi, calon dikehendaki menghuraikan ketiga-tiga idea yang diberikan pada gambar bersiri dalam soalan.
o Bahasa yang digunakan oleh pelajar perlu gramatis dari segi penggunaan kata dan ayat.
o Penggunaan kosa yang luas dan tepat pada struktur ayat.
o Pelbagai jenis ayat digunakan dan yang penting ada penggunaan ungkapan menarik.
o Pengolahan dan pemerengganan harus kemas dan teratur.Pilih penanda wacana yang sesuai sebagai
kesinambungan karangan dan pelbagaikan penggunaanya.Dihuraikan dengan jelas dan matang.
o Ungakapan Menarik: peribahasa, pantun, cogan kata, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis,
maksud ayat Al-Quran.
o Jumlah kepanjangan karangan perlu patuh akan arahan soalan iaitu kepanjangan perlu melebihi 200 patah
perkataan .( Boleh melebihi 250 patah perkataan )
1. Baca arahan soalan dan fahami tema dan tugasan yang diberikan
2. Berikan tumpuan kepada tugasan yang diberikan sahaja
Bahagian Pendahuluan
1. Tuliskan ayat tentang tema secara umum (Bukan idea atau isi karangan)
Ayat perlu ada hubungan dengan isu semasa dan terkini.( Contoh terkini)
2. Gunakan ayat persoalan .
3. Gunakan penanda wacana yang sesuai
4. Ayat terakhir pendahuluan memberikan fokus utama tugasan
24
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Berita kemudahan awam yang dirosakkan sering dipaparkan di media massa. Isu ini turut menjadi
polemik pemimpin negara.Oleh sebab itu, siapakah yang harus dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan ?
Janganlah isu ini akan menjadi seperti peribahasa sudah terhantuk baru nak tengadah.
Sesungguhnya,pelbagai usaha yang komprehensif perlu dilakukan supaya kemelut ini tidak menjadi barah
yang sukar diubati.
Contoh Penulisan
Ibu bapa perlu memberikan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak(Idea Keluarga)
Didikan agama dan moral ini perlu dilakukan sejak awal lagi.(Mengapa) Sementara itu, contoh dan ikutan yang
baik perlu ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.(Bagaimana) Hal ini demikian kerana , bagaimana
acuan begitulah kuihnya .Dengan itu anak-anak akan akur dan mematuhi arahan ibu bapa mereka yang
berdisiplin itu. (Ungkapan Menarik/ Kesan ) Pada umumnya ,didikan yang sempurna ini mampu memupuk
dan membentuk sikap remaja agar menjaga kepentingan kemudahan awam yang disediakan . (Penegasan)
Kesimpulan
1. Pandangan tentang tema
2. Cadangan tentang tema
3. Harapan tentang tema
Sebagai intiha, kerosakan kemudahan awam mendatangkan impak yang negatif kepada masyarakat
dan negara.(Pandangan) Dengan demikian, masyarakat perlu bertanggungjawab bagi menangani kemelut ini.
(Cadangan) Secara ikhtisar, kita mahu kemudahan awam yang disediakan ini mampu memberikan keselesaan
dan kesenangan kepada rakyat. ( Harapan)
Tema : Pencemaran :
Tugasan : Punca-Punca
Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan yang diamanahkan kepada kita untuk menjaganya kerana
kita akan mewariskan alam sekitar yang bersih kepada generasi akan datang .Seharusnya alam ini perlulah
digunakan dengan sebaik-sebaiknya, dijaga dengan teliti dan dilindungi daripada pencemaran. Namun,
keadaan sekarang memperlihatkan bahawa manusia alpa dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam
sekitar untuk kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan tentang kesan akibatnya kepada alam sekitar. Antara
yang teruk terjejas akibat perbuatan manusia ini ialah sungai. Dengan itu, punca-punca yang menyebabkan
25
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
pencemaran perlulah dikenal pasti dengan segera kerana adakah kita mahu menunggu sehingga sungai di
negara sudah teruk tercemar ,barulah kita hendak mengambil tindakan seperti kata pepatah sudah terhantuk
baru tengadah.
Antara punca pencemaran sungai ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Sampah sarap dan
sisa pembuangan domestik yang dibuang ke dalam sungai memberikan kesan yang buruk kepada sungai. Hal
ini demikian kerana pembuangan sampah sarap ke dalam sungai akan menyebabkan sungai dipenuhi plastik-
plastik sampah dan bahan-bahan terbuang terapung pada permukaan air. Selain itu, warna sungai akan
bertukar daripada jernih kepada kehitam-hitaman atau kehijau-hijauan. Sebagai contoh, di negara kita sendiri ,
jika kita lihat sungai-sungai di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung, keadaan sungai adalah keruh
dan sisa-sisa sampah boleh dilihat terampai di permukaan sungai. Sebagai kesannya, hidupan akuatik akan
terjejas dan sumber air manusia akan tercemar serta menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu,
pembuangan sampah ke dalam sungai boleh menyumbang pada pencemaran sungai.
Selain itu, pembuangan sisa dari kilang-kilang juga akan menyebabkan berlakunya pencemaran sungai.
Kilang-kilang yang dibina di tepi sungai pada kebiasaannya akan mengalirkan sisa-sisa dari kilang mereka ke
dalam sungai sebagai cara mudah untuk melupuskan sisa tersebut. Apabila sisa ini dialirkan ke sungai
pengusaha kilang dapat menjimatkan kos bagi pelupusan sisa tersebut. Sebagai akibatnya, sungai kan dicemari
dengan sisa-sisa toksik dan bahan-bahan kimia yang merendahkan kualiti air dan sungai menjadi tidak sesuai
untuk didiami hidupan-hidupan akuatik. Dalam erti kata yang lain, pengaliran sisa dari kilang akan memberikan
kesan buruk pada sungai.
Punca lain yang menyebabkan berlakunya pencemaran sungai ialah kegiatan pembalakan. Apabila
pokok-pokok ditebang, tanah akan terdedah pada hakisan air hujan kerana pokok tidak dapat menahan tanah
daripada hakisan oleh air hujan yang sangat lebat. Tanah yang terhakis akan mengalir ke sungai dan sungai
menjadi cetek kesan mendapan tanah tersebut. Selain itu, ranting-ranting pokok dan kayu-kayu yang dibuang
ke dalam sungai juga akan menyebabkan sungai-sungai tersekat. Sebagai impaknya, fenomena seperti banjir
kilat boleh berlaku dan kualiti air untuk tujuan domestik akan menurun berikutan dengan adanya mendapan
yang banyak di dalam air sungai. Oleh itu, kegiatan pembalakan dapat memberikan kesan buruk pada sungai.
Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan pencemaran sungai ini perlulah diteliti dengan lebih
mendalam supaya usaha-usaha menangani masalah pencemaran ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
Pihak kerajaan seharusnya menjalankan langkah yang lebih proaktif dengan mengadakan lebih banyak
kempen kesedaran tentang kepentingan menjaga sungai, mengenakan denda yang lebih tinggi kepada pihak-
pihak yang melakukan pencemaran sungai serta mengadakan pemantauan yang lebih kerap tentang tahap
kualiti air sungai di negara kita. Secara tuntas, pencemaran sungai perlu diatasi dengan segera agar generasi
akan datang dapat menikmati alam sekitar yang kita wariskan kepada mereka tanpa sebarang masalah.
Pada era langit terbuka ini, Malaysia semakin gah menempa nama do persada dunia. Taraf negara kita
dengan negara-negara maju yang lain ibarat berdiri sama tingi, duduk sama rendah. Hal ini demikian kerana
pelbagai kemajuan dan penambahbaikan dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Antara usaha kerajaan untuk
memperkasakan bumi Malaysia ialah bidang pendidikan..Dengan itu, pihak sekolah banyak memainkan
peranan penting dalam usaha menaikkan nama Malaysia. Rentetan itu, aktiviti kokurikulum merupakan
elemen penting yang perlu dititikberatkan oleh pihak sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun
sekolah menengah terutamanya dalam aktiviti badan beruniform. Sesungguhnya , terdapat banyak manfaat
kepada kita apabila menyertai aktiviti badan beruniform.
Faedah utama apabila kita menyertai aktiviti kokurikulum ialah ketahanan mental dan fizikal. Cuba kita
berfikir sejenak. Adakah lengkap peribadi dan perwatakan seseorang pelajar jika hanya berfokus akademik
semata-mata? Tepuk dada tanya selera. Namun begitu, alangkah baiknya jika kurikulum dan kokurikulum
menjadi satu yang saling bergantungan. Kita sedia maklum bahawa ketahanan mental dan fizikal amat
diperlukan oleh pelajar supaya sesi pembelajaran lebih efektif. Pepatah Arab ada mengatakan bahawa otak
yang cerdas adalah bertunjangkan badan yang cergas. Dengan itu, kita seharusnya mengambil peluang ini
sebaik-baiknya dengan menyertai badan beruniform di samping bersungguh-sungguh melakukannya. Kita
janganlah bersikap ibarat hangat-hangat tahi ayam.
Selain itu, semangat kerjasama dan pembentukan disiplin dapat dipupuk apabila kita menyertai badan
beruniform. Antara tamsilan aktiviti badan beruniform yang dapat mendorong pembentukan sahsiah murni
pelajar termasuklah aktiviti perkhemahan dan ikhtiar hidup. Kebiasaannya , aktiviti ini dijalankan di kawasan
luar sekolah. Hal ini demikian kerana aktiviti badan beruniform bukan sekadar berada di ruang lingkup sekolah
malah turut dijalankan di kawasan luar sekolah. Sebagai kesannya, , pelajar akan didedahkan dengan
semangat berpasukan dan tidak hanya mementingkan diri sendiri , ibarat enau dalam belukar melepaskan
pucuk masing-masing.
Sementelahan itu, kita juga akan didedahkan dengan pengetahuan asas dalam memberikan bantuan
kecemasan kepada orang lain. Contoh badan beruniform yang lebih cenderung kepada memberikan bantuan
kecemasan ialah Persatuan Bulan Sabit Merah. Badan ini bergerak aktif dalam banyak aktiviti di sekolah
terutamanya ketika hari sukan dan hari kokurikulum. Secara tidak langsung, apabila kita menyertai badan
beruniform, sifat keprihatinan dan rasa tanggungjawab timbul di dalam hati sanubari kita. Dengan begitu, kita
seharusnya mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan ilmu bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi
juga dalam ilmu memberikan bantuan kecemasan , ibarat kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat
sagunya.
Kesimpulannya, kita sebagai remaja seharusnya merebut peluang sebaik-baiknya supaya ilai-nilai
murni seperti bekerjasama dan saling membantu dapat disemai dalam diri kita. Dalam pada itu, kita juga
sepatutnya menyedari faedah daripada menyertai badan beruniform dengan lebih awal kerana aktiviti ini
merupakan kayu ukur seseorang untuk menjadi insan yang cemerlang dan gemilang di bumi yang tercinta ini.
(435 patah perkataan)
Soalan : Lihat Grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menjalani kehidupan
yang sihat . Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Manusia dilahirkan ke dunia ini sebagai khalifah untuk menguruskan dan memakmurkan bumi dengan
kebijaksanaan akal dan fikiran yang dikurniai Tuhan.Namun, manusia memerlukan kriteria dan keperluan asas
dalam kehidupan bagi menyempurnakan misi tersebut.Kehidupan yang sihat menjamin kelangsungan hidup
yang sihat dan sejahtera serta bebas daripada segala jenis wabak dan penyakit.Tanpa kehidupan yang sihat,
nikmat di dunia seperti kemewahan dan keseronokan hiburan akan hilang. Persoalannya, kenapakah amalan
gaya hidup sihat harus menjadi perkara penting dalam kita menjalani kehidupan yang semakin
kompleks.Sesungguhnya, pelabagi prakarsa menjalani kehidupan yang sihat akan didiskusikan untuk dijadikan
pedoman dan ikutan.
Pada pandangan saya , cara utama untuk menjalani kehidupan yang sihat adalah dengan mengamalkan
pemakanan seimbang.Pemakanan seimbang membawa erti pengambilan makanan yang mmepunyai semua
kelas nutrien dalam kuantiti yang betul, yakni tidak lebih mahupun kurang.Terdapat tujuh kelas nutrien yang
perlu diberikan perhatian, termasuklah karbohidrat, protien, lemak, fiber,mineral, vitamin dan air.Pemakanan
ini juga haruslah mengikut waktu yang betul, iaitu bermula dengan pengambilan sarapan untuk tenaga yang
mencukupi sepanjang hari. Tun Dr Mahathir pernah berkata bahawa makan apabila lapar, berhenti sebelum
kenyang.Seterusnya, amalan pemakanan yang seimbang mampu melahirkan individu yang sihat dari segi
rohani dan jasmani.Ironinya, kita akan terhindar daripada penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat
ataupun terlebih zat.Tegasnya, amalan pemakanan yang seimbang membolehkan kita menjalani kehidupan
yang sihat setiap masa.
Umum mengetahui bahawa setiap orang harus mendapatkan tidur yang mencukupi dalam satu hari.Hal
ini demkian kerana setelah mengharungi hari yang penat dan letih lantaran bekerja, maka rehat dan tidur amat
28
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
penting untuk mengembalikan tenaga kita semula yang telah hilang.Kita juga mengakui bahawa Tuhan telah
menyusun peredaran masa kita dengan begitu sistematik , iaitu berlandaskan tempoh 24 jam dalam sehari.
Kita dituntut untuk keluar mencari rezeki pada siang hari dan tidur pada malam hari.Kita disarankan berehat
atau tidur pada malam hari kerana mengikut kajian sains, sel-sel dalam badan termasuklah sel otak akan
mengalami tindak balas biokimia yang seterusnya akan menghasilkan gukosa yang baik untuk mendapatkan
tenaga. Kita tidak mahu badan kita sentiasa lemah dan tidak bertenaga bagai ayam kena lengit.Dengan itu,
kita harus mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi untuk menjalani kehidupan yang sihat.
Kita juga harus mengakui hakikat bahawa bersenam dan bersukan juga merupakan perkara penting dalam
penjagaan kesihatan.Hal ini disebabkan apabila seseorang itu bersenam, kelenjar peluh akan mengeluarkan
peluh dan haba daripada badan.Kita harus melakukan senaman sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu
supaya badan kita sentiasa aktif dengan pergerakan fizikal dan mental.Walaupun kita sibuk dengan rutin kerja
setiap hari , kita haruslah bijak untuk meluangkan masa bagi melakukan aktiviti riadah , seperti berjoging dan
berjalan kaki.Senaman dan bersukan yang dilakukan ini akan dapat mengurangkan kandungan toksin dalam
badan .Pujangga bahasa ada berkata bahawa otak yang cerdas lahir daripada fizikal yang cergas.Hakikatnya,
bersukan dan bersenam merupakan aktiviti yang mudah tetapi cukup berkesan untuk kesihatan diri.
Izharnya, kita haruslah mengutamakan kesihatan dengan melakukan pelbagai aktiviti fizikal dan mental
dalam kehidupan kita seharian.Nabi Muhammad ada bersabda bahawa “ gunakanlah masa sihatmu, sebelum
masa sakitmu,” yang menunjukkan bahawa kepentingan penjagaan kesihatan.Kita harus bertindak segera
supaya penyakit kronik tidak menyerang kita yang akan merampas kebahagian dan keharmonian hidup kita.
Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa sudah terhantuk baru nak tengadah dan nasi sudah menjadi bubur
haruslah menjadi iktibar kepada kita supaya kita terus dapat menjalani kehidupan yang sihat sepanjang masa.
Q. Analisis Karangan B
Tahun 2004- 2010
Bahagian B
Tahun
Format Tema/Tugasan
29
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
4. PERBAHASAN
o kata alu-aluan majlis
o definisi tajuk
o Kerajaan atau Pembangkang
o kata hormat (Sidang dewan yang dihormati,)
o penutupan
5. WAWANCARA/ DIALOG
o pendahuluan isu ( Nama orang yang diwawancara dan pewawancara)
o dialog
o penutupan
6. LAPORAN
o tajuk laporan
o pengakuan pelapor
o tarikh
o tandatangan pelapor
o nama pelapor
o jawatan pelapor
7. BERITA
o di mana
o bila
o apa
o siapa
o mengapa
o bagaimana
32
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
8. RENCANA
o tajuk
o nama penulis
o Penggunaan pelbagai jenis kata (kosa kata) yang sangat luas dan tepat.
o Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis.
o Ejaan dan tanda baca yang betul.
o Laras bahasa sesuai dengan tugasan
o Idea yang releven mengikut tugasan.Idea dihuraikan dengan jelas dan matang disertakan dengan
contoh yang sesuai.(Cadangan lima atau enam idea)
o Pengolahan menarik dan berkesan.
o Wacana (ayat) yang lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan. (guna
penanda wacana)
o Format menepati kehendak tema dan tugasan soalan.
o Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
33
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Gaya bahasa yang menarik dari segi keindahan bahasa dan ungkapan menarik, seperti peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa menarik, ayat tokoh ,petikan hadis dan Al-Quran.
34
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
1. 10 minit terakhir digunakan untuk menyemak dan membuat pembetulan bagi mengelakkan tiada
kesalahan bahasa dilakukan.
Masalah remaja yang terlibat dengan jenayah sering dilaporkan di media massa. Ada laporan yang
menunjukkan bahawa remaja sudah berani melakukan jenayah-jenayah berat. Antara kes yang dilaporkan
seperti masalah buli, gengsterisme , dan pembunuhan kejam. Kes pembunuhan adik Nurin Jazlin Jazimin
secara kejam amat menyayat hati dan menyedihkan kita. Oleh sebab itu , siapakah yang harus dipersalahkan?
Perlukah kita menuding jari kepada pihak tertentu atas fenomena ini berlaku ? Sesungguhnya, saya
berpendapat bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan fenomena ini terus berlaku dan seakan-akan
sukar ditemukan jalan penyelesaiannya.
Pada pandangan saya, faktor prima berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja ialah kurangnya
perhatian daripada ibu bapa. (Idea Keluarga) Hal ini begitu kerana desakan hidup dunia moden sering
memaksa kedua-dua ibu bapa mencari nafkah. Tambahan pula, cabaran globalisasi yang semakin menghimpit
turut meningkatkan keghairahan ibu bapa untuk mengumpul harta. (Mengapa) Situasi ini menyebabkan ibu
bapa yang bekerja terdorong untuk mengejar kemewahan dan status mereka sahaja. (Bagaimana) Pada masa
yang sama anak-anak akan ketandusan kasih sayang.(Kesan )Fenomena ini turut dinyatakan oleh Dr. Syukri
Abdullah, iaitu pakar motivasi pelajar dalam satu Ceramah Motivasi Pelajar Cemerlang di USM baru-baru ini.
Dalam ceramah itu ,beliau menyatakan bahawa sekiranya ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia
dan tidak ada masa bersama-sama dengan anak-anak maka anak-anak mudah terjebak dalam perbuatan
35
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
negatif . ( Ungkapan Menarik/ Ayat Tokoh) Pendek kata, saya beranggapan bahawa mereka akan
terjebak dengan gejala sosial kerana tiadanya bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa. ( Penegasan)
Sebagai intihanya, gejala sosial merupakan satu penyakit yang akan membawa kerosakan dan
kehancuran kepada pelajar , masyarakat dan negara. Senario ini telah menimbulkan kebimbangan kepada
semua warganegara dan perlu ditangani secara bijaksana dan bersepadu. (Pandangan) Tegasnya, kita
memerlukan anjakan pemikiran dan sikap yang progresif bagi menangani gejala sosial ini. (Cadangan )
Golongan pelajar sebenarnya merupakan tunggak dan pendukung negara pada masa hadapan. Pendek kata,
merekalah yang akan menjadi generasi pewaris bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang untuk
pembangunan negara nanti. (Harapan)
Soalan 2 :Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama
keluarga tersayang.Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.
Sejarah awal petempatan manusia telah membuktikan bahawa tamadun manusia bermula di kawasan
yang berhampiran dengan sumber air seperti kawasan berdekatan dengan sungai atau pesisir pantai.Dalam
pada itu, petempatan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah tamadun.Tanpa sebuah
petempatan kekal, maka tidak akan wujudlah Tamadun Mesir Purba, Tamadun Indus dan tamadun-tamadun
lain.Sebuah petempatan yang maju dapat menjadi pendorong kepada kegemilangan sesebuah tamadun.Bagi
saya dan keluarga, petempatan yang selesa , bersih dan selamat menjadi pilihan.
Keselesaan ialah perkara yang perlu diberi perhatian ketika memilih sesebuah petempatan. Tidak ada
gunanya jikalau rumah yang dibeli dengan harga beratus-ratus ribu ringgit tidak selesa untuk didiami oleh
pemiliknya.Bukankah ini satu kerugian.Oleh sebab itu, sesebuah petempatan yang berada di pinggir kota
menjadi pilihan saya dan keluarga.Hal ini demikian kerana keadaan sekeliling yang masih mengekalkan
keadaan geografinya serta bebas daripada pencemaran amat sesuai bagi kami sekeluarga yang sangat
mencintai flora dan fauna. Setelah penat sehari-harian menjalankan tugas di kota metropolitan maka
petempatan yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, burung-burung berkicauaan , udara yang segar
serta bunyi deruan air sungai dapat mengembalikan ketenangan fikiran serta mencergaskan badan yang
kelesuan.Pada umumnya, kami sekeluarga amat mementingkan ciri petempatan yang mengutamakan
kelestarian alam semula jadi.
Selain itu, sebuah petempatan yang tersusun turut menjadi pilihan.Semasa Tamadun Indus, bandar
Harappa mempunyai susunan bangun yang sangat terancang.Bangunan berbentuk segi empat disusun rapi
dengan pengaplikasian ilmu matematik dan geometri telah menjadikan tamadun ini sebuah tamadun yang
gemilang.Dengan itu, sebuah petempatan yang tersusun dapat membentuk sebauh organisasi yang kukuh dan
hal ini telah dibuktikan oleh tamadun-tamadun sebelum ini.Petempatan yang terancang lebih menyedapkan
mata yang memandang jikalau dibandingkan dengan sebuah petempatan yang bangunannya disusun sesuka
hati.Kepala yang sudah sarat dengan masalah di tempat kerja akan menjadi lebih serabut apabila terpandang
36
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
keadaan petempatan yang tidak terancang.Pada dasarnya, petempatan yang mementingkan landskap yang
terancang menjadi pilihan saya dan keluarga.
Kebersihan sesuatu petemapatan amatlah penting kerana kebersihan tempat tinggal menjamin
kesihatan penduduk.Cuba bayangkan sebuah petempatan yang mempunyai sistem perparitan yang tersumbat
disebabkan oleh sampah sarap , tempat pembuangan sampah yang tidak pernah dibersihkan serta anjing-
anjing liar berkeliaran di sana sini.Keadaan ini pasti mengundang penyakit berbahaya seperti denggi, taun , dan
keracunan makanan. Jikalau saya memilih petempatan seperti ini, nescaya kos perubatan keluarga saya akan
meningkat dan generasi saya pada masa akan datang berpotensi tinggi mengalami sebarang penyakit. Saya
tidak tergamak mahu merampas masa depan generasi akan datang. Hanya kerana sikap tidak prihatin akan
kebersihan seluruh generasi saya akan menanggung akibatnya. Oleh hal yang demikian, petempatan yang
bersih pasti menjadi pilihan kami kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Tidak ada gunanya jikalau sebuah petempatan itu cantik,bersih tetapi jiran sebelah-menyebelah tidak
bertegur sapa.Keluarga kami sangat mementingkan semangat kejiranan kerana perkara ini ada ditekankan
dalam Al-Quran.Pembangunan sesebuah negara bergantung pada perpaduan rakyatnya dan perpaduan rakyat
bermula dengan semangat kejiranan yang jitu.Jiran yang mengambil berat akan perihal jirannya serta bersedia
membantu jirannya yang berada dalam kesusahan dapat memajukan sesebuah negara. Komuniti yang mesra
serta mengambil berat antara satu sama lain merupakan komuniti yang boleh menjamin kehidupan yang
bahagia.Perkara ini telah dibuktikan dengan pembukaan kota Madinah oleh Nabi Muhammad S.A.W ,iaitu
kaum Ansar membantu kaum Muhajirin sewaktu peristiwa Hijrah dan sekali gus menjadikan kota Madinah
sebuah empayar Islam yang teragung.Oleh sebab itu, petempatan yang menawarkan komuniti yang bersatu
padu menjadi idaman kami sekeluarga.
Kesimpulannya, petempatan yang selesa, bersih , selamat dan masyarakatnya bersatu padu
merupakan petempatan idaman kami sekeluarga.Tidak ada gunanya memiliki banglo dua tingkat yang
tersergam indah tetapi dikelilingi bangunan konkrit , kawasan sekeliling tercemar dan jiran tetangga yang
mementingkan diri sendiri. Hidup seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.Biarlah rumah
itu sederhana tetapi petempatannya selesa, bersih , selamat dan masyarakatnya hidup dalam harmoni. Dengan
ini, negara Malaysia akan terus maju di mata dunia.
Dalam menempuh era globalisasi yang semakin pesat membangun dari hari ke hari, setiap individu
pada hari ini berlumba- lumba mengejar matlamat dan cita-cita yang diimpikan selama ini.Begitu juga halnya
dengan ibu bapa. Kini, ibu bapa tidak lagi seperti generasi ibu bapa beberapa dekad lalu. Mereka lebih optimis
serta berpandangan luas terhadap setiap perkara dalam kehidupan seharian mereka terutamanya hal-hal yang
berkaitan dengan darah daging mereka. Dengan itu, tidak hairanlah ibu bapa kini bertungkus-lmus
menyediakan pelbagai kelengkapan untuk keselesaan anak-anak mereka. Hal ini tidak lain hanyalah untuk
menjadikan anak-anak mereka ini sebagai insan yang berguna bukan sahaja kepada keluarga malah kepada
masyarakat , agama dan negara Malaysia tercinta.
Anak-anak dapat diibratkan seperti sehelai kain putih yang bersih.Ibu bapalah yang bakal mencorakkan
kain tersebut sama ada kain itu cantik dipandang atau hanya menyerabutkan pandangan bergantung pada
sejauh mana keberkesanan peranan yang dimainkan oleh ibu bapa . Dalam usaha menjadikan anak-anak ini
sebagai insan yang berguna, ibu bapa perlulah membuka mata bahawa merekalah yang akan menjadi “role
model” yang akan dijadikan idola atau inspirasi oleh anak-anak. Hal ini disebabkan anak-anak akan sentiasa
memerhatikan gerak geri dan perlakuan orang tuanya terutama ketika berada di rumah. Oleh itu, ibu bapa
perlulah bijak dalam memainkan peranan mereka dengan menunjukkan tingkah laku yang sopan dan
bertatatertib . Papatah Melayu ada mengatakan bahawa , ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke
nasi.Dengan ini, tidak hairanlah sekiranya perangai yang baik dan berhemah daripada ibu bapa akan diwarisi
oleh anak-anak seterusnya generasi yang akan datang.
Selain itu, anak-anak yang cemerlang atau berguna dapat dilahirkan sekiranya ibu bapa mengambil
berat akan kepentingan pendidikan agama dan moral untuk anak-anak mereka sedari kecil , bak kata pepatah,
melentur buluh biarlah dari rebungnya.Begitu juga keadaannya dengan ibu bapa . Ibu bapa disarankan agar
menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas agama dan kelas mengaji al-Quran.Langkah ini merupakan
persediaan awal bagi anak-anak membina kekuatan rohani yang mantap agar segala cabaran yang bakal
ditempuhi kelak dapat diatasi dengan tenang dan jayanya. Kekuatan rohani yang utuh juga menjadi benteng
kepada anak-anak agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala sosial yang kian meruncing kini. Ibu bapa
mampu berlapang dada kerana risiko anak-anak mereka terlibat ke dalam kancah tidak sihat seperti “Black
Metal”, Gothic”, “Mat Rempit” dan “Punk” dapat diatasi.
Bapa borek anak rintik, begitulah pepatah Melayu yang sering diungkapkan pada suatu ketika dahulu
dan masih segar dalam ingatan kebanyakan orang Melayu.Secara lumrahnya, tiada seorang pun makhluk
ciptaan Tuhan yang dijadikan sempurna serba serbinya.Pepatah Melayu turut mengatakan bahawa bumi mana
yang tidak ditimpa hujan. Pepatah ini jelas membuktikan bahawa setiap manusia pastinya akan melakukan
kesilapan tidak kira betapa hebat sekalipun ia pada mata orang lain. Begitu juga halnya yang berlaku kepada
anak-anak kita.Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran , anak-anak kita tidak dapat lari daripada
melakukan kesilapan. Ibu bapa perlu menyedari bahawa mereka juga ialah makhluk yang lemah serta sering
melakukan kesilapan dalam kehidupan.Oleh itu, ibu bapa perlulah bijak dalam mengawal emosi apabila
mendapat tahu akan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak .Elakkan daripada terus mengenakan denda
yang melampau seperti memukul anggota badannya dengan keras, merotan atau memaki hamun kerana itu
bukanlah jalan penyelesaian yang sewajarnya. Ibu bapa dinasihatkan agar menasihati anak-anak dalam
suasana yang tenang dan penuh hikmah. Suasana ini perlu agar anak-anak dapat menceritakan masalah
38
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
sebenar yang dihadapi oleh mereka tanpa perlu berselindung.Secara tidak langsung, anak-anak akan berasa
lebih dihargai dan disayangi.
Di samping itu, ibu bapa digalakkan agar dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak setelah
banyak menghabiskan masa bekerja mencari rezek. Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama di
rumah adalah seperti memasak, mengecat rumah , membasuh kereta , mengemas rumah , menanam pokok
bunga-bungaan yang tidak memerlukan kos yang besar. Secara tidak langsung , tatan silaturahim serta jalinan
kasih sayang dapat berkembang mekar dalam jiwa setiap ahli keluarga.Sekiranya terdapat kelapangan waktu
yang panjang dan perbelanjaan yang mengizinkan ibu bapa sangat digalakkan untuk membawa anak-anak
mereka pergi bersiar-siar , melancong, berekreasi dan mandi-manda yang dapat dijadikan bibit-bibit yang
manis dalam memori setiap ahli keluarga terutamanya anak-anak.Tidak mustahil juga, perkara yang sama akan
dilakukan oleh anak-anak apabila mereka sudah berkeluarga suatu hari kelak.
Dalam melahirkan anak-anak insan cemerlang dan berguna, ibu bapa perlulah mengambil serius
terhadap pencapaian anak-anak bermula dari peringkat paling rendah iaitu di tadika sehinggalah mereka
berupaya menjejakkan kaki ke menara gading kelak. Berilah penghargaan kepada mereka dalam bentuk
hadiah atau kata-kata perangsang untuk setiap kejayaan yang ditunjukkan oleh mereka walaupun kejayaan
yang kecil.Tindakan ini adalah sebagai tanda sokongan yang tidak putus-putus serta harapan agar mereka
dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa-masa akan datang.Sebagai contoh, ibu bapa
bolehlah menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan , Majlis Hari Graduasi, Majlis Solat Hajat mahupun Majlis
Sukan Tahunan anak-anak yang mungkin dianggap remeh tetapi amat bermakna buat mereka.Hal ini secara
tidak langsung menyebabkan mereka berasa diberi perhatian dan disayangi.Tegasnya,semangat untuk
mencapai kejayaan yang lebih tinggi semakin menyala-nyala dalam diri anak-anak tersebut.
Sebagai konklusi,setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik daripada anak-anaknya.Tidak ada
seorang pun yang mengharapkan anak-anak menjadi insan yang dibenci dan dipandang hina oleh
masyarakat.Oleh itu, anak-anak perlulah sedar akan hakikat pengorbanan ibu bapa yang sangat tinggi nilainya
dan mustahil dapat dibayar walaupun deng berguni-guni wang sekalipun. Selain itu, ibu bapa perlulah sedar
bahawa dalam usaha menjadikan anak-anak sebagai modal insan yang berguna , doa dan tawakal serta
kebergantungan kepada-Nya ialah perkara yang penting dan tidak sekali-kali dianggap enteng.
Seorang negarawan pernah berkata ,” Bumi Malaysia ini tertegak atas sumpah keramat, lantainya
disimbah peluh dan keringat, tiangnya tertegak atas tulang - temulang dan bumbungnya bersulam kasih dan
hormat.” Kedaulatan bumi watan ini pernah dicemari selama empat kurun dan empat puluh enam tahun oleh
kolonialis yang rakus mengaut keuntungan daripada hasil bumi ini. Namun, kemerdekaan berjaya juga dicapai
di hujung pena atas kebijaksanaan tokoh-tokoh terdahulu. Lirik lagu Negaraku antaranya menyentuh soal
perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara. Setelah 53 tahun negara Malaysia
memperoleh kemerdekaan, banyak pembangunan dan kemodenan yang telah dicapai yang berpaksikan usaha
39
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
keras rakyat yang berbilang kaum. Kepelbagaian kaum di Malaysia merangkumi Melayu, Cina, India dan kaum
peribumi Sabah dan Sarawak yang melahirkan kepelbagaian bahasa, adat resam dan keturunan. Persoalannya
di sini, apakah peranan setiap rakyat Malaysia untuk menjamin kesejahteraan negara?
Pada hemat saya, setiap rakyat haruslah bersatu padu ke arah kesejahteraan negara. Langkah utama
untuk memupuk perpaduan adalah melalui amalan saling menghormati sesama sendiri. Kita perlulah
menghormati budaya kaum lain kerana hal itu ialah hak mereka. Prinsip ‘yang tua perlu dihormati yang muda
harus disayangi’ hendaklah dipegang utuh. Melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Merdeka 1957, semua kaum telah mengikrarkan janji mereka untuk bersatu padu. Walaupun
Islam merupakan agama rasmi persekutuan, agama-agama lain bebas dianuti berteraskan prinsip Rukun
Negara yang pertama , iaitu kepercayaan kepada Tuhan. Budaya dan adat resam sesuatu kaum masih boleh
diamalkan. Persepakatan tiga kaum utama Tanah Melayu, iaitu Melayu , Cina dan India digabungkan dalam
Parti Perikatan yang telah memperoleh kemenangan besar dalam Pilihan Raya 1956. Perpaduan jugalah
menjadi faktor terpenting bagi British menjalankan proses kemerdekaan ke atas Tanah Melayu. Jelaslah di sini,
bersatu padu dengan menghormati orang lain mampu menjamin kesejahteraan negara.
Perpaduan juga dapat dipupuk melalui amalan bertegur sapa dan ziarah-menziarahi .Amalan serumpun
bagai serai, selubang bagai tebu , iaitu permuafakatan antara anggota masyarakat dapat diperkukuh dan
dipererat. Budaya kunjung-mengunjungi tidak dibatasi pada hari perayaan sahaja. Budaya ini perlulah sentiasa
diamalkan pada bila-bila masa. Dengan itu, segala masalah dan kedukaan yang dialami seseorang dapat
dikurangkan. Amalan bertegur sapa pula hendaklah diamalkan setiap kali bertemu seseorang diiringi dengan
senyuman, tanpa mengira warna kulit, darjat mahupun keturunan seseorang. Tiada lagi permusuhan dan
pergaduhan. Sejarah Islam pernah mencatatkan Perang al-Busus memakan masa selama empat puluh tahun
walaupun puncanya ialah perkara kecil sahaja. Oleh hal demikian, pemupukan perpaduan menerusi amalan
bertegur sapa dan ziarah-menziarahi dapat menjamin kesejahteraan negara.
Kesejahteraan negara juga boleh dicapai dengan nilai taat setia kepada negara. Nilai taat setia kepada
negara dapat dipupuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dasar Pendidikan Negara yang
dirangka mewajibkan pengajaran beberapa subjek yang boleh memupuk nilai taat setia kepada negara.
Subjek-subjek tersebut termasuklah subjek Sejarah, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan
Moral yang bertujuan menyemai sikap taat setia kepada negara. Dasar kerajaan yang mewajibkan pengajaran
subjek Sejarah kepada pelajar darjah satu di seluruh negara ialah langkah yang amat tepat. Beberapa usul juga
hangat diperdebatkan di parlimen, antaranya mewajibkan calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia lulus dalam
subjek Sejarah. Langkah bijak kerajaan ini haruslah disambut baik oleh setiap warganegara. Dalam konteks
pembinaan negara bangsa pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan merujuk pada sesuatu kawasan ,
iaitu rakyatnya mempersembahkan taat setia kepada pemerintah. Oleh itu, nilai taat setia rakyat kepada raja
dan negara dapat menjamin kesejahteraan negara.
Pada pandangan saya juga, nilai taat setia kepada raja dan negara dapat disemai melalui penyertaan
dalam beberapa program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Satu misalan yang baik adalah menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) . PLKN diwujudkan untuk melahirkan rakyat yang gagah dan bersatu
padu, seterusnya dapat menumpahkan taat setia kepada raja dan negara. Pelbagai aktiviti dimuatkan dalam
program ini termasuklah kawad kaki, latihan untuk mempertahankan negara, program khidmat bakti dan
40
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
macam-macam lagi. Program sebegini dapat melahirkan individu yang sanggup melakukan apa-apa sahaja ,
termasuklah berkorban nyawa demi negara yang tercinta. Penubuhan Kem Bina Negara yang mempunyai
cawangannya di setiap negeri merupakan langkah terbaik yang akan menjadi platform atau medium utama
memupuk nilai taat setia rakyat. Langkah yang mewajibkan semua murid menyanyikan lagu Negaraku setiap
kali perhimpunan di sekolah dapat menyuburkan nilai taat setia itu lagi. Sehubungan dengan itu, nilai taat setia
kepada raja dan negara menerusi beberapa program yang dirangka oleh pihak kerajaan dapat menjamin
kesejahteraan negara.
Seperkara lagi, kesejahteraan negara dapat dicapai menerusi nilai kesyukuran. Ketetapan rezeki ialah
tugas Tuhan. Namun begitu, satu cara untuk bersyukur dengan rezeki tersebut adalah dengan bersedekah dan
berkongsi antara satu sama lain. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Hatta
kita mempunyai hanya sebuku roti sekalipun, jika dikongsi, nikmatnya akan dirasakan lebih lagi. Rezeki yang
kita peroleh itu hendaklah digunakan ke arah kebaikan. Suatu kisah pada zaman Rasulullah , terdapat seorang
yang miskin di tengah padang pasir. Dia berasa sangat haus dan berusaha mencari setitik air. Mujurlah, dia
berjaya menemukan satu lopak yang bertakung air .Terdapat pula seekor anjing di kawasan lopak itu yang juga
sedang mencari sesuatu untuk diminum. Orang miskin tadi telah memberikan air tersebut yang diisi di dalam
kasutnya kepada anjing itu. Balasannya cukuplah besar. Orang miskin itu telah diberikan ganjaran syurga oleh
Allah. Jelaslah di sini bahawa amalan bersedekah dapat melahirkan masyarakat yang bersyukur dan menjamin
kesejahteraan negara.
Sebagai ikhtisar, dapat disimpulkan bahawa kesejahteraan negara dapat dicapai melalui pemupukan
beberapa nilai seperti perpaduan. Kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara, bukannya seperti
melepaskan batuk di tangga. Kesejahteraan negara mampu mengekalkan kedaulatan negara yang pernah
dijajah oleh kolonialis Barat suatu ketika dahulu. George Santayana, seorang sejarawan pernah mengatakan
bahawa sesiapa yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Langkah-langkah proaktif dan sistematik
haruslah digerakkan mulai sekarang kerana perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama.
Ingatlah bahawa “ Rakyat Tunjang Kesejahteraan Negara.”
V. Latihan Karangan A 1
Pendahuluan :
o Isu yang hangat dibincangkan di media massa.
o Menjadi polemik dalam kalangan masyarakat dan pemimpin negara.
o Ayat persoalan: Siapakah…
o Ayat peribahasa : sudah terhantuk baru nak tengadah.
o Jawab tugasan : pelbagai kesan negatif perlu dibincangkan .
Ba: Tidak dapat mengulang kaji pelajaran. Tidak dapat menghabiskan topik mata pelajaran
K : Tidak bersedia menghadapi peperiksaan. Tidak yakin kepada diri dan gagal dalam peperiksaan.
U : nasi sudah menjadi bubur
P : masa hadapan dalam pelajaran akan musnah.
Idea: Harapan sekolah untuk melihat pelajar cemerlang dalam bidang akademik turut musnah
M : Pelajar tidak mempunyai persiapan yang cukup untuk menduduki peperiksaan.
Ba : Pelajar ini menyumbang pada kemerosotan peratus peperiksaan sekolah. Tidak dapat menjawab
soalan peperiksaan.
K : Harapan menggunung tinggi pihak sekolah akan hancur dan musnah.
U : Pelajar ponteng diibaratkan seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.
P : Imej baik sekolah dari segi akademik akan turut tercemar.
Kesimpulan
P: Gejala ponteng merugikan diri, keluarga dan negara.
C: Komitmen semua pihak amat penting. Bersikap berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
H: Pelajar ialah aset untuk pembangunan negara .
Pendahuluan
o Masalah lumba haram sering mendapat liputan meluas media massa.
o Isu ini menjadi perdebatan oleh pemimpin negara dan masyarakat.
o Isu ini seakan-akan menjadi seperti barah yang sukar diubati.
o Pelbagai impak negatif terpaksa ditanggung oleh individu, masyarakat dan negara
o Ayat persoalan.
o Jawab tugasan
Kesimpulan
P : Gejala ini perlu ditangani segera .
C : Semua pihak tidak harus menuding jari menyalahkan pihak lain. Bersikap , kalau tidak
dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
H : Masalah lumba haram dapat ditangani. Remaja yang bersahsiah tinggi dapat dilahirkan.
Pendahuluan
o Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah.
o Vandalisme, gengsterisme dan buli acap kali didengar melalui media massa.
o menimbulkan pelbagai masalah negatif
o Ayat persoalan /Peribahasa
o Jawab tugasan.
Idea : Hubungan antara ibu bapa, adik-beradik dan rakan-rakan perlu lebih baik.
M: perlu bijak dalam hal mendidik anak . Tidak melepaskan tanggungjawab kepada pembantu
rumah
B: mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka memberi pendidikan yang berkaitan hal
agama . Tidak seharusnya bersikap lepas tangan dalam mendidik anak-anak.
K: anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah atau betul.
U: nasi sudah menjadi bubur.
P:Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada anak-anak .
43
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Kesimpulan:
P: Pelbagai usaha boleh dilakukan bagi membendung jenayah sosial di negara ini.
C: Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah .Yang berat sama dipikul
,yang ringan sama dijinjing.
H: Jenayah-jenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia. Keamanan dan
kesejahteraan terus dipertahankan
Pendahuluan
o Keperluan utama di setiap rumah
o Rumah tidak lengkap tanpa televisyen
o Ciptaan sains dan teknologi yang canggih.
o Ada pelbagai saluran televisyen.(Nyatakan)
o Pelbagai rancangan yang disiarkan untuk pelbagai lapisan umur.
o Jawab tugasan ( Kesan baik televisyen kepada masyarakat)
44
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Kesimpulan
P :Banyak rancangan yang memaparkan unsur keganasan dan nilai negatif. Kanak-kanak mudah
terpengaruh dengan aksi daripada televisyen.
C :Ibu bapa harus bijak memilih rancangan yang sesuai untuk anak-anak.
H : Dapat dimanfaatkan untuk kebaikan dan keharmonian dalam kehidupan kita.
Pengenalan
o Isu yang sering kita dengar di media massa.
o Golongan wanita menjadi mangsa.
o Menjadi trauma dan rasa cemas kepada golongan wanita.
o Ke manakah hilangnya sifat perikemanusiaan?
o Masalah ini perlu ditangani segera secara bersepadu.
Kesimpulan
Pendahuluan
o Peningkatan jumlah kemalangan membimbangkan pelbagai pihak
o Sikap negatif pemandu sebagai punca utama kemalangan
o Ayat-ayat persoalan / peribahasa, cogan kata
o Pelbagai prakarsa perlu dilakukan segera
Idea undang-undang jalan raya lebih ketat dan berat dilaksanakan
M : undang-undang sedia ada masih longgar, Pesalah masih mampu membayar saman
Ba : Pihak kerajaan perlu telus melaksanakan peraturan. Digantung lesen memandu dan hukuman penjara bagi
kes berat. Operasi dan pemeriksaan dilakukan secara bersepadu .
K : Memberikan keinsafan dan berhati-hati ketika memandu
U :Pandu cermat jiwa selamat
P : Menakutkan pengguna. Bersikap mematuhi peraturan
Kesimpulan
Latihan Karangan A7
Pendahuluan
47
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Kesimpulan
Pendahuluan
Kesimpulan
P : Penulis yang hebat harus memiliki ciri-ciri penulis yang unggul dan istimewa.
C : Perlu memiliki ciri-ciri yang hebat dengan mempelajarinya atau mengasah bakat yang sedia
ada. Usaha-usaha yang bersungguh-sungguh perlu disematkan dalam diri.
H : Pelajar digalakkan untuk menceburi bidang penulisan. Bahan bacaan tempatan akan dapat
bersaing di peringkat antarabangsa. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.
Pendahuluan:
o Banyak tajuk berita tentang kegiatan samseng disiarkan melalui media massa .
o Sering menjadi buah mulut segenap lapisan masyarakat.
o Persidangan akhbar juga kerap diadakan untuk membincangkan.
o Ayat persoalan. Siapakah yang harus dipersalahkan kerana masalah ini tiada jalan penyelesaiannya.
o Setiap masalah yang timbul mesti mempunyai sebabnya yang tertentu.
o Jawab tugasan: Terdapat pelbagai faktor akan dibincangkan untuk renungan kita bersama.
Ba :Pemilihan rakan amat signifikan bagi seseorang remaja. Pemikiran mereka yang bergaul
dengan rakan sebaya yang jahat memang akan terpengaruh dan dipesongkan.
K :Mengajak mereka melakukan perkara yang di luar batasan agama dan moral masyarakat.
U :Pepatah Cina : di dalam rumah, kita bergantung pada ibu bapa, di luar, kita bergantung pada
rakan.
P :Pengaruh rakan sebaya memang tidak boleh dipandang enteng.
Kesimpulan
P :Remaja merupakan orang yang bakal mengambil alih teraju kepimpinan negara. Harus
menjadi aset negara untuk pembangunan modal insan.
C :Segenap lapisan masyarakat mesti menggembleng tenaga membanteras kegiatan
samseng ke akar umbi. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
H :Membulatkan tekad untuk membentuk negara Malaysia yang aman dan bahagia .
Pengenalan
o Terkenal dengan keunikan dan kreativiti menghasilkan barangan kraf tangan.
o Pasu bunga, ukiran, anyaman ,tenunan songket, lukisan batik.
o Kepopularan kian terhakis ditelan zaman.
o Tidak ada keyakinan untuk menyemarakkan budaya warisan dan khazanah bangsa
o Ayat persoalan.
o Pelbagai langkah yang proaktif dan bersepadu perlu dilakukan
Kesimpulan
Pendahuluan
M:Negara tidak akan berjaya jika tidak mendapat kerjasama negara pendatang asing.
B:Negara Indonesia perlu menyokong tindakan kerajaan Malaysia untuk menghantar rakyat
negara mereka. Membantu dengan menyediakan pengangkutan .Menerima keputusan
Malaysia sekiranya hukuman dikenakan kepada rakyatnya yang tidak menyerah diri.
K: Kerja-kerja penghantaran pulang akan berjalan lancar. Hubungan antara kedua-dua buah
negara tidak terjejas.
U: berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing.
P: akan mengurangkan masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin ke negara ini.
Kesimpulan
P: membawa kesan yang negatif kepada negara. Masalah ini sudah tentu akan menjadi lebih
serius jika tidak ditangani segera.
C:Berganding bahu untuk menangani masalah tersebut. Kerjasama antara pihak berkuasa
tempatan serta pihak kerajaan kita dengan kerajaan negara jiran perlu ditingkatkan
P: Hubungan diplomatik antara negara yang sudah sekian lama terjalin dapat dieratkan. Tidak
menjadi minoriti di tanah air sendiri.
Tema : Akhbar
Tugasan : Kepentingan
Format : Rencana
Pendahuluan
K : pelajar menelaah pelajaran dan dapat membuat ulang kaji. Mendapat tip terkini tentang
peperiksaan.
U :Tidak mahu hidup, seperti katak di bawah tempurung.
P: Melahirkan pelajar berfikiran matang dan bijaksana.
Kesimpulan :
54
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Pendahuluan
Wartawan : Soalan saya yang pertama ialah tentang pandangan umum Encik Fuad tentang
amalan gotong –royong.
Encik Fuad : Amalan ini merupakan budaya yang dipraktikkan sejak generasi dulu dan amalan ini
dianggap tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Golongan hari ini sudah tidak
berminat untuk meneruskan amalan ini. Tidak penting dalam hidup mereka. Sikap
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.
Wartawan : Masalah penyakit berjangkit semakin meruncing. Bagaimanakah amalan ini dapat
menangani masalah ini.
Encik Fuad :I : aktiviti kehidupan yang penting untuk mengawal vektor penyakit terus
aktif.
M : Kawasan tempat tinggal yang kotor memudahkan vektor ini membiak.
Ba : Menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting. Bersama-sama membersihkan
kawasan tempat tinggal.
K : dapat mencegah dan menjauhi penyakit
U : mencegah lebih baik daripada mengubati
P : dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di
kawasan tempat tinggal.
55
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Encik Fuad I: memainkan peranan yang amat penting untuk memupuk perpaduan .
M: jurang pemisah antara kaum semakin lebar dari setahun ke setahun kerana rambut sama
hitam, hati lain-lain.
Ba: kita dapat menghapuskan sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Mengenali
kebudayaan kaum-kaum masing- masing
K dapat mempercayai masyarakat sekeliling dan menghormati sesama diri
U: masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak.
P: kita akan hidup saling membantu bagai aur dengan tebing .
Wartawan : Banyak faedah sekiranya amalan ini disuburkan. Apakah cadangan dan harapan
Encik Fuad tentang budaya gotong-royong.
Encik Fuad : Merupakan tanggungjawab yang penting bagi setiap orang untuk mengamalkannya.
Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Bumi akan menjadi sebuah tempat yang lebih
indah untuk didiami.
56
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Kesimpulan
o Institusi keluarga yang lengkap perlu ada bapa, ibu, anak-anak dan saudara-mara.
o Ibu bapa mempunyai peranan paling penting dalam keluarga .
o Ibu bapa sebagai arkitek sesebuah institusi keluarga yang bahagia.
o Rumahku Syurgaku impian bagi setiap suami isteri.
o Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia?
o Jawab tugasan.
I : mengajar anak-anak untuk membezakan yang mana intan, yang mana kaca.
M: Anak-anak yang sedang membesar mudah menerima perkara-perkara positif dan negatif
dalam membina diri mereka
Ba :mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak . Mengenali rakan anak-
anak mereka. Memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk
akhlak.
K :mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak akan terjebak
58
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Kesimpulan :
Pendahuluan:
o Jumlah rakyat kita yang gemar membaca boleh dihitung menggunakan jari.
o Perpustakaan Negara Malaysia mengumumkan bahawa purata membaca setiap rakyat Malaysia
hanyalah dua buah buku setahun
o Keadaan ini amat menyedihkan, tetapi itulah hakikatnya.
o Masyarakat Malaysia kurang cenderung ke arah pembacaan buku.
o Masyarakat Membaca Masyarakat Berilmu
59
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Jawab tugasan.
M : Berdasarkan kajian, 80 hingga 88% ibu bapa dapat mempengaruhi anak-anak untuk membaca.
Ba : menyediakan bahan bacaan yang menarik. Memberikan nasihat kepada anak-anak tentang
kepentangan ilmu pengetahuan .Acap kali membawa anak-anak ke perpustakaan awam dan
kedai buku .Menunjukkan teladan yang baik dengan mengamalkan tabiat membaca
K : anak-anak ini akan terus menghargai buku.
U: Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.
P : Penyuburan sikap suka membaca perlu dipupuk sejak kecil lagi.
Kesimpulan :
P : Jika tidak disemaikan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, kita akan
ketinggalan dan menjadi masyarakat seperti katak di bawah tempurung
C: Kita harus menyemai budaya membaca supaya cabaran Wawasan 2020 yang ke-6 iaitu
mewujudkan masyarakat yang maju dan progresif bukan fatamorgana semata-mata.
H : generasi masa hadapan lebih efektif dan berkeupayaan dalam menjana pembangunan
negara.
o Ucapan alua-alaun .
o Ucapan terima kasih.
o Perkenalkan tajuk.
Idea : kata kunci amalan merokok dibasmi, penagihan dadah menyembah bumi.
61
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Kesimpulan :
P : penggemblengan usaha dan kerjasama antara orang awam dilakukan secara berterusan.
C : bersama-sama membantu kerajaan agar generasi kita akan datang tidak bergelumang dengan
najis dadah.
H : Lahirkan generasi yang mapan untuk pembangunan negara.
62
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Format : Huraian
Pendahuluan
63
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Kesimpulan:
P: Masyarakat kita sedang dilanda kebejatan sosial yang serius. Merupakan kesalahan yang
amat kejam daripada haiwan. Proses pembangunan negara berada pada kedudukan yang
tidak seimbang.
C:.Semua pihak memainkan peranan yang aktif. Mengintegrasi ajaran agama dan nilai moral
serta akhlak yang terpuji. Sediakan payung sebelum hujan.
H: Kita mestilah menghargai anak sebagai anugerah Tuhan dengan baik dan penuh kasih
sayang .Memerangi gejala antisosial ini daripada terus bermaharajalela.
Pendahuluan
o Manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan memperoleh pelbagai input baharu.
o Penemuan bidang ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif.
o Perkembangan sembang siber tidak dapat dinafikan. Muncul istilah ‘Facebook dan Twitter.’
o Budaya sembang siber telah menjadi rutin masyakat kita.
o Telah menjadi wahana yang menghubungkan seluruh penduduk di dunia.
o Kenapakah perkembangan ini telah menimbulkan kegelisahan masyarakat?
o Jawab tugasan.
Kesimpulan:
Pendahuluan
o Pelbagai jenis kenderaan yang moden telah dicipta bagi menggantikan kenderaan yang konvensional
o mampu untuk memainkan peranan yang penting kepada sesebuah negara untuk menuju ke arah
kemajuan
65
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Negara menghadapi masalah kesesakan jalan raya yang serius di kawasan bandar dan ibu kota.
o Imej negara sebagai destinasi pelancongan akan merosot.
o Faktor kelemahan dan mutu menyebabkan warga kota memilih kenderaan sendiri.
o Ayat persoalan : Siapakah yang harus bertanggungjawab...
o Jawab tugasan.
M :Rakyat masih kurang yakin dengan kelebihan perkhidmatan awam. Masih berfikiran kolot
tentang keistimewaan dan kecekapan perkhidmatan.
Ba : Sekolah memberikan pelajaran tentang kebaikan-kebaikan menggunakan perkhidmatan awam
66
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Kesimpulan:
A+ MENJADI REALITI
Soalan 2 35 markah
2(a) Pemahaman Petikan Rumusan 9 markah
2(b) Prosa Moden Cerpen /Drama 9 markah
2(c) Prosa Klasik Tradisional 8 markah
2(d)Puisi Tradisional/Sajak 9 markah
67
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Soalan 4 (Novel)
4(a) Kemahiran sastera ( Satu buah novel) 7 markah
4(b) Kemahiran Berfikir dan Sastera (Dua buah novel) 8 markah
15 markah
1. Baca arahan soalan. Garis kata tugasan soalan. Lihat arahan kepanjangan rumusan. Patuhi arahan itu.
2. Contoh soalan : Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian buat rumusan tentang tindakan
menangani kemasukan pendatang tanpa izin di negara ini dan kesan negatif kepada negara.
68
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
T : tugas/peranan /tanggungjawab/kewajipan
Kata tugas : Apa tugas itu.
Bilang jumlah perkataan selepas selesai menulis pendahuluan. Tuliskan jumlah di hujung ayat pendahuluan
.Langkah ini berterusan daripada isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan
69
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
o Gunakan penanda wacana untuk menyambung isi. Contoh : … Yang pertama, Seterusnya, Selanjutnya,
Sementara, Selain itu, Faktor/Cara/Kesan lain, Yang terakhir.
6. Isi tersirat.(T)
7. Kesimpulan
o Bahagian pertama cadangan atau pendapat anda tentang isu dalam petikan
o Bahagian kedua ialah harapan yang diperoleh daripada cadangan anda tentang isu itu.
o Gunakan kata hubung (supaya, bagi, untuk, agar ).
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama membanteras kemasukan pendatang tanpa izin supaya
keselamatan negara dapat dikekalkan. 115
Contoh Soalan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tuliskan satu rumusan tentang kekangan dalam penerbitan buku
ilmiah di negara kita dan faedah daripada penerbitan buku ini. Rumusan anda tidak boleh melebihi 120
patah perkataan.
Banyak penerbit swasta kurang berminat untuk menerbitkan buku-buku ilmiah yang mempunyai pasaran
yang terhad sedangkan kos pengeluarannya pula tinggi. Ini adalah ekoran daripada peningkatan kos
pengimportan kertas dan bahan-bahan cetak. Keadaan ini dialami bukan sahaja oleh negara kita malah oleh
negara-negara membangun yang lain. Para penerbit tidak berani menanggung risiko kerugian kerana
penerbitan ilmiah ialah penerbitan yang tidak berorientasikan keuntungan . Jika dibandingkan dengan
penerbitan bahan-bahan bacaan ringan seperti majalah hiburan , humor dan novel , kadar keuntungannya
bukan sahaja sedikit malah untuk mendapatkannya mengambil masa yang agak lama.
Pada keseluruhannya ,perkembangan penerbitan ilmiah di negara ini, khasnya jurnal masih di
peringkat awal. Hampir keseluruhan jurnal ilmiah yang sedia ada berusia antara 15 hingga 25 tahun sahaja.
70
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Penerbitan ilmiah mula berkembang setelah penerbitan jurnal terawal iaitu ‘Malaysian Nature’ pada tahun
1925. Perkembangan dan peri pentingnya sebagai media wacana ilmiah di kalangan penyelidik dan ahli
akademik tidak sealiran dengan hala tuju penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (I PT) yang
bersandarkan kepada tiga elemen iaitu pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Tanpa kehadiran pelbagai
bahan pengetahuan itu juga masyarakat tidak mempunyai bahan sokongan untuk memperdalam ilmu yang
diperkatakan.
Kegigihan menerbitkan wacana ilmiah di negara ini hanya dilakukan oleh penerbit yang memperoleh
sumbangan kewangan atau tajaan seperti IPT, DBP atau institusi-institusi penyelidikan. Hasil kajian UNESCO
yang diterbitkan pada tahun 1988 turut mengenal pasti kekurangan tenaga kerja yang terlatih sebagai
halangan pembangunan buku ilmiah di Malaysia. UNESCO juga mendapati bahawa Malaysia tidak
mempunyai sistem pengedaran dan promosi yang mantap terutama di kawasan luar bandar. Penerbitan
ilmiah, sama ada diterbitkan secara komersil atau tidak, terpaksa bekerja secara rapat dengan penulis
berwibawa yang sangat-sangat diperlukan. Negara kita ketandusan penulis-penulis seperti
ini.(berwibawa)Kesannya, kebanyakan artikel yang diterbitkan kurang bermutu. Hal ini menjadi faktor yang
menyebabkan penjualan hasil tulisan ilmiah terjejas dan edarannya di pasaran terhad. Tambahan pula
pengguna hari ini bijak memilih dan meneliti bahan bacaan mereka. Bahan bacaan ilmiah yang lebih berkualiti
dari luar negeri akan menjadi pilihan mereka walaupun harganya lebih tinggi berbanding dengan bahan ilmiah
tempatan.
Dalam usaha membina korpus penerbitan ilmiah, semua pihak perlu memberikan komitmen yang
tinggi serta bersama-sama memikirkan dan menjayakan program ke arah penerbitan buku ilmiah. Untuk itu,
IPT awam dan swasta sebagai pusat kecemerlangan ilmu seharusnya melipatgandakan usaha untuk
mempertingkat bilangan pengeluaran buku ilmiah yang bercorak tempatan di samping mengawal mutunya.
Soalan 2
(i) Berikan maksud rangkai kata artikel yang diterbitkan kurang bermutu (2 markah)
(ii) Kenapa dikatakan penerbitan bahan ilmiah di negara kita masih pada peringkat awal ?
( 3 markah)
(iii) Berikan cadangan anda untuk melahirkan penulis-penulis tempatan yang berwibawa.
(4 markah)
71
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Kekangan pertama ialah banyak penerbit swasta kurang berminat .17 Selain itu, pasaran yang
terhad .22 Kos pengeluarannya pula tinggi. 26 Selanjutnya, para penerbit tidak berani menanggung
risiko kerugian .34 Sementara itu, penerbitan hanya dilakukan oleh penerbit yang memperoleh
sumbangan kewangan 45 .Seterusnya, kekurangan tenaga kerja yang terlatih. 51 Yang terakhir ,
Malaysia tidak mempunyai sistem pengedaran dan promosi yang mantap. 62
Faedah-faedahnya ialah buku ilmiah dalam negara bertambah. 69 Selain itu, negara dapat
mengurangkan kos import buku ilmiah dari luar negara. 81 Penulis buku ilmiah yang berwibawa dapat
ditingkatkan .88
Kesimpulannya, penulisan buku ilmiah perlu diperbanyak untuk melahirkan masyarakat yang
berilmu pengetahuan tercapai .101
(i) Maksud rangkai kata itu ialah rencana yang dikeluarkan tidak berkualiti
(ii) Penerbitan bahan ilmiah di negara kita masih di peringkat awal kerana perkembangan penerbitan
ilmiah di negara ini, khasnya jurnal masih di peringkat awal. Selain itu, perkembangan dan peri
pentingnya sebagai media wacana ilmiah di kalangan penyelidik dan ahli akademik tidak sealiran
dengan hala tuju penubuhan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) .Masyarakat juga tidak
mempunyai bahan sokongan untuk memperdalam ilmu yang diperkatakan
(iii) Cadangan untuk melahirkan penulis-penulis tempatan yang berwibawa ialah kursus penulisan
ilmiah diperluas di pusat pengajian tinggi .Selain itu, penulisan ilmiah didedahkan di peringkat
sekolah .Kempen-kempen galakan penulisan ilmiah juga perlu dilakukan oleh pihak yang
bertanggungjawab. Cadangan lain ialah pertandingan penulisan ilmiah dijalankan di peringkat
kebangsaan
Latihan Rumusan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan makan coklat dan
cara-cara memajukan industri coklat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Sejak turun-temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan minuman yang
digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Pada zaman
72
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati coklat. Pada masa itu, coklat ialah makanan yang
dikhaskan untuk raja-raja, perwira dan pembesar negara. Kini, coklat yang dihasilkan daripada buah koko itu
dapat dinikmati oleh semua orang. Hal ini menyebabkan industri berasaskan koko semakin berkembang
dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara.
Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksidan, kalsium, fosfat dan vitamin A, B, C
dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat melegakan otot. Namun demikian, sekiranya diambil
secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam
esofagus, iaitu bahagian saluran makanan yang terletak di antara tekak dengan perut. Keadaan ini boleh
mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia. Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat
memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika
coklat mencair di dalam mulut.
Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda seseorang.
Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana bahan kimia teobromina yang
terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga.
Walau bagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan relaks kepada manusia itu boleh menjadi racun
kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda. Hal ini terjadi kerana haiwan
peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat melakukan proses penguraian terhadap, bahan
kimia tersebut.
Manfaat lainnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya. Kajian mendapati
bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka diramalkan dapat hidup setahun lebih
lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung. Selain itu, coklat boleh mengurangkan risiko
serangan strok kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di
dalam jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di
dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk.
Namun begitu, manusia perlu berhati-hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan
obesiti.
73
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Fenomena pemanasan global atau peningkatan suhu bumi telah lama mendapat perhatian pakar
meteorologi dan pakar sains di seluruh dunia. Mereka telah membuat kajian tentang punca-punca fenomena
alam ini dan kesan-kesannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa suhu bumi meningkat secara mendadak
yang akan menyebabkan bongkah ais di kawasan kutub semakin mencair. Sebagai akibatnya, kawasan pinggir
pantai di seluruh dunia akan tenggelam dan menyebabkan kemusnahan harta benda. Oleh itu, pelbagai ikhtiar
dilakukan untuk menanganinya agar kesejahteraan hidup penduduk dunia tidak terjejas.
Pemanasan global turut menyebabkan cuaca dunia berubah di luar jangkaan. Buktinya, Benua Eropah
yang biasanya dikaitkan dengan cuaca sejuk kini telah berubah coraknya menjadi panas. Fenomena ini juga
diramal akan mengubah arah tiupan angin monsun yang pasti menjejaskan ekosistem bumi. Di samping itu,
pemanasan global mengakibatkan tumbesaran tanaman dalam sektor pertanian terganggu sehingga
menjejaskan produktiviti. Misalnya, beberapa tahun yang lalu negara kita pernah mengalami kenaikan harga
makanan yang mendadak berikutan banyak tanaman musnah akibat cuaca yang tidak menentu.
Antara punca utama pemanasan global ialah pelepasan asap kenderaan dan kilang serta pembakaran
terbuka yang membebaskan gas karbon dioksida berlebihan ke atmosfera. Oleh itu, kita sewajarnya berusaha
mencari jalan untuk mengurangkan pelepasan gas-gas berbahaya ke udara dan mengelakkan pembakaran
terbuka. Peningkatan gas karbon dioksida akan menyekat pelepasan haba dari bumi ke angkasa lepas. Hal ini
menyebabkan peningkatan tahap keasidan laut hingga menjejaskan kehidupan marin terutamanya terumbu
karang.
Manusia juga terdedah kepada pelbagai jenis penyakit akibat fenomena alam yang membimbangkan
ini. Sebagai contohnya, penyakit berkaitan kulit disebabkan oleh kepanasan melampau yang membunuh sel-
sel kulit. Begitu juga penyakit katarak mata yang berpunca daripada pendedahan terhadap cahaya ultra ungu
secara berlebihan. Perkara yang lebih membimbangkan masyarakat dunia adalah apabila suhu yang melampau
turut mengancam nyawa manusia hingga berlaku kematian di beberapa buah negara. Oleh hal demikian ,
manusia tidak seharusnya leka kerana tindak balas alam tidak mengenal sesiapa yang melakukannya dan
semua makhluk akan menanggung bahananya.
Menurut jurnal Nature, pemanasan global mempercepat kepupusan lebih daripada sejuta spesies
hidupan darat dalam tempoh 50 tahun. Sehubungan dengan itu, penduduk dunia harus mengubah cara hidup
agar kembali sihat. Sumbangan paling mudah adalah dengan mengurangkan penggunaan elektrik dan
mengutamakan pengangkutan awam.
Soalan 2(a) –Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
1. Berikan maksud rangkai kata menanggung bahananya dalam petikan. ( 2 markah)
2. Pengarang mengemukakan beberapa cara untuk menangani masalah pemanasan global.
Nyatakan cara-cara tersebut. ( 3 markah)
3. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menyedarkan masyarakat
berkaitan dengan isu pemanasan global? ( 4 markah)
Latihan Rumusan 3
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha menjayakan
gagasan 1 Malaysia dan faedah-faedah pelaksanaannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
74
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Gagasan Satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd. Najib
Tun Abdul Razak pada 2 April 2009. Inti pati gagasan ini ialah idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian
etnik dan kebudayaan. Masyarakat majmuk yang terdapat di negara ini merupakan halangan utama
melaksanakan gagasan Satu Malaysia. Malah, kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat juga turut
menyebabkan gagasan ini tidak menjadi kenyataan.
Antara langkah untuk mencapai misi tersebut melalui penggunaan sukatan pelajaran yang sama
seperti yang dicadangkan melalui Penyata Razak 1957, manakala melalui Laporan Rahman Talib 1959 pula
mencadangkan agar bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah.
Pada 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet dikeluarkan bagi memperlengkapkan lagi matlamat ini. Laporan
yang dikenali juga sebagai Laporan Mahathir ini (dipengerusikan oleh Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri
Pelajaran ketika itu) menyamai dengan apa-apa yang dicadangkan dalam Laporan Razak 1957. Perkara yang
diberikan penekanan dalam Laporan Mahathir ini ialah mewujudkan mata pelajaran Agama Islam, Pendidikan
Moral, Sejarah dan Geografi.
Di samping itu, sikap dan pengetahuan terhadap negara seharusnya dipupuk dalam kalangan pelajar di
negara ini. Proses pemasyarakatan dalam apa-apa juga keadaan perlulah dijalankan dalam sistem pendidikan.
Pengaruh sekolah pula boleh dilihat melalui amalan kolektif yang dilakukan di sekolah seperti aktiviti
perhimpunan harian, menyanyikan lagu Negaraku, membaca ikrar Rukun Negara, upacara menaikkan bendera
dan sebagainya. Penerapan nilai patriotisme yang merentas kurikulum sedia ada merupakan pengaruh
kurikulum untuk memastikan gagasan ini tercapai.
Peranan guru amatlah besar dalam memastikan hasrat yang murni ini menjadi kenyataan kerana di
tangan merekalah segala perancangan dan pelaksanaan program sedia ada perlu disempurnakan. Guru harus
memainkan peranan yang lebih berkesan bagi memastikan setiap aktiviti yang membawa kepada perpaduan
dan semangat kenegaraan dapat diterap. Selain itu, ibu bapa seharusnya datang ke sekolah khususnya bagi
membantu guru melaksanakan apa-apa program di luar kelas yang boleh memenuhi hasrat dan cita-cita yang
murni ini.
Jika sikap mementingkan diri sendiri dapat dikikis oleh setiap individu, maka tidak hairanlah segala
hasrat dan cita-cita gagasan 1 Malaysia menjadi kenyataan. Inilah cabaran yang perlu dihadapi sebagai sebuah
negara yang bebas merdeka seperti Malaysia. Keunikannya menjadi kebanggaan kita untuk selama-lamanya.
(ii) Nyatakan tiga halangan yang terpaksa dihadapi oleh negara kita dalam menjayakan gagasan Satu
Malaysia. [3 markah]
(iii) Sebagai seorang pelajar, huraikan dua peranan yang boleh anda lakukan di sekolah untuk memastikan
gagasan Satu Malaysia menjadi kenyataan. [4 markah]
Latihan Rumusan 4
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian tulis satu rumusan tentang langkah-langkah untuk
menangani penularan wabak Influenza H1N1 dan punca-punca penyakit ini cepat merebak. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
75
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Sejak beberapa minggu belakangan ini, Influenza A atau H1N1 menjadi perkara yang mengancam
nyawa kepada seluruh masyarakat dunia. Wabak H1N1 yang semakin merebak dengan jumlah kes jangkitan
yang dikesan melebihi 2000 yang membabitkan 21 negara. Oleh itu, kerajaan telah melaksanakan sepuluh
langkah yang agak ketat bagi menangani penularan Influenza A atau H1N1. Antaranya termasuklah
mewajibkan semua pelancong dan warga Malaysia yang kembali dari luar negara mengisi borang
pengisytiharan status kesihatan mereka. Sesiapa yang gagal mengisi borang tersebut selepas peraturan
berkenaan diwartakan pada minggu depan, mereka boleh dikenakan tindakan, iaitu penjara selama dua tahun
atau denda RM2 000 atau kedua-duanya mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Keputusan iaitu dibuat dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai
Pandemik H1N1 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Negara Malaysia turut mencatat kes penularan tempatan pertama wabak H1N1 yang membabitkan
seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun. Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa jawatankuasa itu
juga memberikan mandat kepada Majlis Keselamatan Negara yang turut dipengerusikannya untuk mengambil
tindakan yang wajar jika berlaku jangkitan wabakH1N1 di sesuatu tempat bagi menyekat penularannya. Majlis
tersebut boleh mengambil tindakan `penjarakkan sosial’ seperti menutup sekolah serta institusi pengajian
tinggi dan membatalkan majlis perjumpaan awam atau perhimpunan. Selain itu, memeriksa kesihatan dan
suhu badan penumpang dalam pesawat dari negara berisiko penularan H1N1, iaitu Amerika Syarikat,
Melbourne di Australia, dan Manila, Filipina serta meneruskan saringan kesihatan di semua pintu masuk negara
merupakan langkah yang diambil untuk mengelakkan penularan wabak ini. Topeng muka akan diberikan
kepada sesiapa yang dijangkiti wabak itu ketika dalam perjalanan ke negara ini, manakala pelalian influenza
bermusim dibekalkan untuk golongan berisiko bagi mengurangkan bahaya dijangkiti wabak H1N1. Selain itu,
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga diminta membantu bagi menguatkuasakan undang-undang yang lebih
tegas terutamanya berhubung dengan kebersihan tandas awam serta memperluas kempen menjaga
kebersihan diri. Menurut Timbalan Perdana Menteri, kempen media oleh pihak Kementerian Penerangan,
Komunikasi dan Kebudayaan perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan lebih giat untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga kebersihan.
Pihak pengurusan agensi atau kementerian yang menyediakan perkhidmatan utama pula perlulah
memastikan anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri untuk mengelakkan jangkitan wabak Influenza
A. Di samping itu, pihak hospital kerajaan atau hospital swasta juga perlu mengehadkan pelawat seperti dua
orang pelawat bagi setiap pesakit dan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan
melawat pesakit. Pihak kerajaan akan sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi
memastikan wabak tersebut tidak terus menular di negara ini.
Kerajaan turut memberikan perhatian kepada sektor pelancongan untuk menangani penularan wabak
ini. Dalam hal ini, maklumat telah disebarkan kepada semua kedutaan Malaysia agar pelancong yang
berkunjung ke negara ini mengambil langkah berjaga-jaga dan mengikut peraturan yang telah digariskan oleh
pihak berkuasa. Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa
kementeriannya turut menyediakan pengangkutan untuk membawa pesakit yang disyaki dijangkiti wabak
Influenza A atau H1N1 dari klinik ke hospital berdekatan. Bagaimanapun, beliau meminta semua pihak tidak
panik dengan penularan wabak tersebut kerana keadaan masih terkawal.
76
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(iii) Jika anda dijangkiti influenza H1N1, apakah tindakan yang perlu anda lakukan ? [4 markah]
Latihan Rumusan 5
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan budaya menegur
dalam masyarakat dan cara menerapkan budaya tersebut. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Salah satu budaya yang harus dimiliki oleh bangsa yang maju ialah budaya menegur. Budaya menegur
bererti budaya yang menggalakkan anggota budaya itu menegur antara satu sama lain dengan tujuan untuk
membaiki keadaan kehidupan masyarakat. Dalam budaya Melayu, perkataan ‘tegur-menegur’ bermaksud
bersapa-sapa, saling bertanya, dan saling bercakap. Tujuan budaya menegur ini adalah untuk memberikan
nasihat dan menunjuk ajar seseorang.
Budaya menegur dapat dikaitkan dengan kehidupan berkomuniti , kehidupan berkampung atau
kehidupan berjiran yang membentuk perpaduan sosial dalam sistem (budaya) perhubungan sosial Melayu.
Jadi, apabila orang Melayu menegur kelakuan seseorang, tujuannya bukanlah untuk menimbulkan isu
perselisihan tetapi untuk menasihati orang itu dengan syarat orang yang menegur itu mempunyai kelayakan
ilmu dan moral yang dapat diteladani oleh pihak yang ditegur. Tidak akan berlaku proses tegur-menegur jikalau
pihak yang menegur bersikap bahawa hanya pendapatnya yang betul, manakala pendapat orang yang
ditegurnya salah. Oleh sebab itu dalam bahasa Melayu ada ungkapan ‘tegur-menegur’ yang membayangkan
ciri interaksi antara kedua-dua pihak. Melalui proses ini, pihak yang menegur pun dapat belajar daripada pihak
yang ditegur.
Budaya menegur tidak sama dengan amalan mengumpat, mengutuk dan sebagainya. Kalau dalam
sesebuah masyarakat anggotanya lebih suka mengumpat atau mengutuk, menandakan bahawa amalan
menegur tidak berkembang dalam masyarakat tersebut. Lazimnya, keadaan ini akan menyaksikan pandangan
yang kritis tapi membina tidak digalakkan. Pandangan seperti ini juga boleh menjejaskan keputusan yang
sudah dibuat oleh pihak yang berkuasa, walaupun mungkin keputusan itu mengandungi banyak kelemahan
yang mendatangkan kesan buruk. Seterusnya kesan buruk yang timbul ialah perbuatan yang menyalahi
norma-norma masyarakat akan terus berleluasa. Amalan menegur juga dapat menentukan kecemerlangan
bangsa Melayu dalam apa-apa bidang.
Amalan menegur dalam kalangan orang Melayu dilakukan secara halus, bertatatertib, beradat dan
berakal budi. Mereka menggunakan kaedah kiasan, perumpamaan, sindiran, tamsil, dan ibarat. Keadaan
berkenaan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa orang yang menjadi sasaran teguran. Bak kata
pepatah “siapa yang memakan cili akan terasa pedasnya.” Jika ada pihak yang mendakwa bahawa kaedah itu
menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berani berterus-terang, dakwaan ini adalah tidak benar. Dalam
Hikayat Hang Tuah, peristiwa Hang Jebat menderhaka terhadap raja merupakan kiasan bahawa “raja adil raja
disembah, raja zalim raja disanggah.” Amalan ini dapat menyedarkan pihak atasan tentang kesilapan yang
telah dilakukan.
Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa pentingnya budaya menegur dipraktikkan dalam
masyarakat. Nasib bangsa dan negara akan terus terjamin untuk meneruskan agenda pembangunan yang lebih
gemilang pada masa akan datang.
77
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mempunyai kelayakan ilmu dan moral. (2 markah)
(ii) Nyatakan kesan buruk sekiranya amalan menegur tidak digalakkan dalam masyarakat.
(3 markah)
(iii) “Amalan menegur dalam kalangan orang Melayu semakin hari semakin terhakis.” Pada pendapat anda
mengapakah keadaan ini berlaku? (4 markah)
Latihan Rumusan 6
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak negatif penggunaan aplikasi
jaringan sosial dan cara-cara mengatasi ketagih penggunaannya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Facebook Tweeter, MySpace dan Tagged merupakan antara alat komunikasi pada abad ini. Kemunculan
alat komunikasi yang semakin digemari oleh setiap peringkat umur ini telah memberikan pelbagai impak
positif dan negatif terhadap tahap sosialisasi mahupun gaya pemikiran individu. Kemunculannya telah
mengundang pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat dunia pada hari ini yang menggunakan media baru
sebagai wahana komunikasi mereka. Selain itu, faktor mesra pengguna juga merupakan antara sebab
pengguna alat komunikasi ini terdiri daripada kalangan semua peringkat umur. Aplikasi-aplikasi ini boleh
dicapai dengan mudah pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Namun begitu, aplikasi teknologi maklumat canggih ini perlu dikaji impaknya terhadap individu
mahupun produktiviti sesebuah organisasi kerana pelbagai jenayah sosial boleh dilakukan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Penyebaran maklumat yang bersifat hasutan dan provokasi boleh dilakukan melalui
aplikasi ini. Pengguna bebas menyuarakan pendapat mereka tanpa sekatan pihak-pihak berwajib. Aplikasi ini
juga boleh mengundang penyebaran, maklumat yang salah kepada golongan masyarakat yang mempunyai
tahap pemahaman dan pengetahuan yang rendah tentang sesuatu isu. Perkara ini secara tidak langsung boleh
mendedahkan kelemahan sesuatu organisasi mahupun negara. Pihak yang tidak bertanggungjawab juga boleh
mencuri hasil kerja orang lain atau plagiat melalui aplikasi rangkaian sosial. Golongan ini dengan mudah
menyalin bahan yang telah dihasilkan semula supaya menjadi hak milik mereka.
Isu keagamaan juga sering kali menjadi sasaran pihak yang mempunyai kepentingan lain. Perkara ini
dapat dilihat apabila terdapat golongan yang cuba mewujudkan provokasi negatif terhadap sesuatu agama
atau kaum lain. Hal ini mampu menggoyahkan keharmonian sesuatu institusi sosial mahupun negara. Pelbagai
aplikasi laman sosial juga dapat membuka peluang kepada kewujudan aktiviti yang melekakan dan ketagihan
terhadap penggunaannya. Perkara sebegini akan menyebabkan individu lebih banyak membuang mesa dan
merugikan sesebuah organisasi apabila para pekerja ketagih mengakses aplikasi ini dan mengabaikan tugasan
hakiki. Penyalahgunaan bahasa juga merupakan antara kesan negatif yang timbul akibat penggunaan laman
sosial ini. Banyak pengguna yang melayari aplikasi ini gemar menggunakan perkataan yang ringkas dan ada
kalanya menyalahi aspek tatabahasa. Keadaan ini akan menjejaskan usaha pihak berwajib dalam
memartabatkan penggunaan bahasa yang betul.
Baik atau buruk sesuatu rangkaian laman sosial bergantung kepada cara individu menggunakannya.
Sekiranya dilihat dari sudut yang positif, laman sosial sebegini mampu memberikan impak yang dapat
menguntungkan pelbagai lapisan masyarakat. Sebaliknya, jika digunakan ke arah yang negatif akan
memberikan kesan buruk kepada sesebuah organisasi dan masyarakat. Segala-galanya bergantung kepada
tindakan dan niat pengguna dalam mencapai sesuatu matlamat.
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(ii) Mengapakah pengguna alat komunikasi moden ini terdiri daripada semua peringkat umur?
( 4 markah)
(iii) Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah aplikasi jaringan sosial ini dapat membantu anda?
( 4 markah)
Latihan Rumusan 7
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara ibu bapa berkomunikasi
dengan anak-anak remaja dan kepentingan komunikasi yang berkesan kepada anak-anak remaja. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Mengurus anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah kerana jika anak tidak diasuh dengan sempurna,
padahnya sangat berat, terutamanya remaja. Pada tahap ini biasanya kerenah mereka sukar difahami. Hal ini
disebabkan mereka terlalu berahsia dengan ibu bapa apabila menghadapi masalah. Mereka suka memendam
rasa dan lebih selesa mencurahkan isi hati kepada rakan-rakan sebaya .Walaupun hal ini tidaklah menjadi
kesalahan, tetapi-sekiranya rakan-rakannya itu adalah daripada kalangan mereka yang mempunyai peribadi
buruk, dikhuatiri akan merosakkan pembentukan peribadi unggul anak-anak tersebut'
Bagi menjamin keperibadian yang unggul dalam kalangan anak-anak remaja, sewajarnyalah ibu bapa
berperanan sebagai sahabat kepada anak-anak. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membolehkan ibu bapa
menjadi kawan kepada anak-anak. Ibu bapa hendaklah sentiasa memerhatikan perilaku dan gerak geri harian
mereka dengan mengambil masa yang sesuai untuk bertanyakan masalah mereka dan membantu anak-anak
menyelesaikannya. Apabila masalah dan perasaan anak dapat diselami, mudahlah ibu bapa mendampingi
mereka. Ibu bapa juga janganlah terlalu cerewet dalam mendidik anak-anak remaja seperti suka mendesak
untuk mencungkil hal-hal peribadi mereka. Anak-anak remaja juga akan berasa terkongkong jika mereka
terlalu diawasi. Hal ini menyebabkan mereka akan berasa tidak dipercayai, sekali gus akan membentuk
perasaan rendah diri sehingga boleh mengakibatkan anak-anak remaja mudah hilang pertimbangan apabila
berada di luar pemerhatian ibu bapa mereka. Sebagai pengasuh anak-anak juga, ibu bapa perlulah sentiasa
meningkatkan pengetahuan tentang kemodenan dunia dengan mendalami maklumat terkini yang bersesuaian
supaya ibu bapa mempunyai minda yang terbuka.
Selain itu, ibu bapa perlulah prihatin dengan pendapat yang disuarakan oleh anak-anak remaja,
bukannya sekadar memandang remeh atau tidak diendahkan. Berilah peluang kepada anak-anak untuk
menyuarakan rasa hatinya dengan kerelaan tanpa unsur paksaan. Anak-anak remaja senang didampingi
seandainya ibu bapa pandai mengambil hati mereka. Umpamanya ibu bapa mengajak anak-anak remaja
merundingkan sesuatu hal berkaitan dengan keluarga. Cara begini dapat menimbulkan perasaan
tanggungjawab kepada keluarga. Ibu bapa juga perlu menghormati minat atau hobi anak-anak remaja.
Galakan bolehlah diberikan seperti ibu bapa menyertai hobi mereka. Pada masa bersama-sama seperti ini, ibu
bapa dapat memenangi hati mereka sambil memberikan nasihat.
Di samping itu, ibu bapa perlu memperuntukkan masa secukupnya untuk melayan anak-anak remaja
mereka. Misalnya, pada waktu lapang, ajaklah anak-anak berkumpul dan sama-sama bertukar-tukar fikiran
serta beramah mesra dengan mereka. Ibu bapa juga hendaklah memahami emosi anak-anak remaja yang
kompleks dengan menyesuaikan din supaya dapat mewujudkan hubungan mesra dengan anak-anak kerana
mereka adalah sebahagian daripada penentu kebahagiaan sesebuah keluarga.
79
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(i) Berikan maksud rangkai kata merosakkan pembentukan peribadi unggul. (2 markah)
(ii) Apakah kesan-kesan yang akan dihadapi oleh anak-anak remaja jika mereka berasa
terkongkong dengan sikap ibu bapa mereka? (3 markah )
(iii) Konsep Rumahku Syurgaku bermaksud tempat tinggal yang selesa dan keluarga yang
bahagia. Sebagai seorang anak, jelaskan peranan anda dalam usaha mewujudkan konsep
Rumahku Syurgaku? ( 4 markah)
Latihan Rumusan 8
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan untuk mewujudkan
persekitaran sekolah yang selamat dan kekangan untuk merealisasikan tindakan tersebut.
Isu buli bukan lagi suatu isu yang baharu, tetapi boleh dikatakan seusia dengan institusi sekolah sejak
sebelum merdeka lagi. Kes buli dan deraan boleh berlaku di sekolah berasaskan pada wujudnya peluang serta
sokongan kelompok Perbuatan membuli lazimnya disebabkan ingin menunjukkan kekuatan fizikal dan kuasa.
Pembuli juga datang daripada keluarga yang bermasalah dan selalu dikasari atau dihukum oleh ibu bapanya.
Kebanyakan kejadian buli yang berlaku kerana kurang pengawasan disiplin sekolah. Oleh sebab itu, perlakuan
buli di sekolah kini semakin mencemaskan.
Tahap keselamatan sekolah semakin diragui apabila wujud pelbagai jenis perlakuan sama ada di dalam
kawasan sekolah mahupun di luar kawasan sekolah. Sebagai langkah segera, pihak sekolah perlu mengenal
pasti kawasan dan masa yang berpotensi untuk sesuatu perlakuan yang boleh menggugat keselamatan di
sekolah. Sebagai contoh, adakah tandas, stor, padang, dan bilik darjah selamat untuk murid? Bagi jangka
pendek, pihak sekolah perlu melengkapkan pengetahuan tentang keselamatan diri kepada semua pelajar
khususnya pelajar perempuan. Pengetahuan ini meliputi waktu di sekolah, di luar sekolah, termasuk sewaktu
aktiviti kokurikulum. Selain itu, ada baiknya pihak sekolah meletakkan papan tanda keselamatan dan bahan
bacaan berkaitan dengan petua keselamatan di tempat yang strategik.
Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan gemilang tidak akan tercapai
sekiranya perbuatan buli masih berlaku dalam kalangan pelajar. Lantaran itu, setiap sekolah juga seharusnya
menganjurkan program khas pembentukan peribadi murid bagi menangani gejala buli. Oleh itu, guru
kaunseling juga perlu mempunyai pemerhatian yang tajam untuk membuat jangkaan dan menyiasat murid
yang mengalami perubahan tingkah laku yang mendadak. Hal ini dapat dikesan apabila terdapatnya
penurunan prestasi akademik. Sebagai mata dan telinga pihak sekolah, para pengawas juga perlu memantau
perjalanan serta aktiviti harian murid.
Isu keselamatan sekolah bukan hanya di dalam sekolah kerana di luar kawasan sekolah juga lebih
berbahaya. Oleh itu, pelan kontingensi keselamatan di sekolah perlu disediakan. Hal ini bermakna pemantauan
keselamatan pelajar tidak terhenti apabila pelajar keluar dari kawasan pagar sekolah. Pengawal keselamatan
yang bertugas memastikan setiap pelajar meninggalkan sekolah dengan selamat. Bagi murid yang masih
menunggu ibu bapa di luar kawasan sekolah, satu kawasan khas berdekatan pondok pengawal sekolah boleh
diwujudkan. Tegasnya, peranan pihak sekolah sangat penting dalam menguruskan keselamatan sekolah,
semoga anak-anak kite dapat belajar dengan selamat.
80
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(ii) Apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kes bull di sekolah? (3 markah)
(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan timbul jika masalah buli tidak ditangani dengan
segera? (4 markah)
Latihan Rumusan 9
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan Program Permata
Negara dan halangan untuk merealisasikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
KUALA LUMPUR, 17 Dis. (Bernama) — Membentuk kanak-kanak berusia bawah lima tahun untuk
menjadi pintar, matang emosi, dan bijak berkomunikasi menjadi tumpuan Program Pusat Asuhan dan Didikan
Awal Kanak-Kanak Permata Negara (Permata Negara) dalam usahanya untuk melahirkan "khazanah dan
permata" masa depan negara. Melalui usaha Permata Negara yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansor, kanak-kanak didedahkan kepada persekitaran yang selesa dan menyeronokkan tanpa
berasaskan perbezaan kaum. Mereka yang diibaratkan sehelai kain putih perlu dicorak dan diwarnai dengan
nilai-nilai murni yang dapat membentuk jati diri generasi muda Malaysia.
Idea penubuhan Permata Negara dicetuskan oleh Datin Seri Rosmah Mansor kira-kira tiga tahun yang
lepas setelah beliau melihat peningkatan kes jenayah dalam masyarakat. Tambah membimbangkan apabila
masalah sosial dalam negara juga semakin serius . Beliau mempercayai bahawa corak didikan semasa kanak-
kanak tidak sesuai dengan arus perkembangan terkini. Untuk merealisasikan idea itu, sekumpulan individu
profesional, termasuklah pakar kanak-kanak, ahli akademik, aktivis wanita, dan aktivis masyarakat berganding
bahu untuk melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan. Pengasuhan yang dilaksanakan berbeza dengan
taman asuhan kanak-kanak (Taska) biasa kerana ibu bapa perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya sejam
setiap minggu untuk bersama-sama dengan anak mereka di pusat itu. Selain itu mereka boleh melawat anak
pada waktu makan tengah hari untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dengan anak.
Kurikulum yang digubal juga berbeza dengan kurikulum asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang lain kerana
kurikulum Permata Negara memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara holistik dalam
aspek kemahiran kognitif, sosioemosi, komunikasi dan fizikal.
Sehingga kini, 17,565 orang kanak-kanak di 457 buah pusat jagaan kanak-kanak di seluruh negara
mendapat manfaat daripada program ini dari segi modul pembelajaran, teknik pengajaran serta kursus
penjagaan kanak-kanak. Pendidik menggunakan modul yang disediakan oleh Universiti Perguruan Sultan ldris
(UPSI). Kajian UPSI dan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC) mendapati
bahawa 84 peratus kanak-kanak di Permata Negara telah mencapai perkembangan emosi yang baik dan
membentuk personaliti yang stabil. Kajian itu juga merumuskan bahawa mereka lebih istimewa berbanding
dengan kanak- kanak yang bukan hasil Permata Negara. Datin Seri Rosmah, yang juga Pengerusi
Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara berkata bahawa lebih 80 peratus daripada kanak-kanak
Permata Negara mencapai kemahiran prasains, serta bersifat mesra. Kanak-kanak di bawah program ini juga
terbukti sekurang-kurang nya setahun lebih ke hadapan berbanding dengan rakan sebaya mereka. Walaupun
81
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
mula menampakkan kejayaan, usaha untuk memperkasakan program ini dipergiat dengan peranan
Kementerian Pelajaran untuk membangunkan aspek penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.
(i) Berikan maksud rangkai kata pembangunan kanak-kanak secara holistik. ( 2 markah)
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca tercetusnya idea penubuhan Program Permata
Negara. Nyatakan tiga daripada punca tersebut. ( 3 markah )
(iii) Pada pendapat anda, selain Program Permata Negara, jelaskan cara-cara lain untuk
mengurangkan kes jenayah dan masalah sosial negara ini? ( 4 markah)
Latihan Rumusan 10
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang masalah pengangkutan awam
pada musim perayaan dan kesannya kepada pengguna. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.
Penambahan bas ekspres bagi menampung keperluan orang ramai pulang ke kampung sempena
sambutan Aidilfitri tahun ini pasti melegakan banyak pihak, khususnya mereka yang tidak mempunyai
kenderaan sendiri. Pengumuman pengurusan Konsortium Transnasional Berhad yang memperuntukkan
sejumlah 36,000 tiket untuk bas tambahan selain tiket perkhidmatan bas sedia ada, dijangka membolehkan
mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana pulang beraya bersama-sama ibu bapa dan saudara mara
di kampung tanpa sebarang masalah. Sebelum ini, pelbagai kenyataan dikeluarkan berhubung dengan
ketiadaan bas tambahan beroperasi pada musim perayaan ekoran daripada keengganan pihak berkuasa
mengeluarkan permit baharu untuk bas tambahan. Situasi ini menimbulkan kegusaran banyak pihak, terutama
mereka yang merancang untuk pulang berhari raya dengan pengangkutan awam.
Setiap tahun sejak sekian lama, kemelut berkaitan dengan bas untuk pulang berhari raya tidak pernah
berakhir. Pengguna menjadi mangsa kerana terpaksa bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan tiket bas
sejak awal Ramadan lagi. Sepatutnya, agensi kerajaan dan pengusaha bas mempunyai mekanisme lebih baik
dalam menangani masalah yang sama setiap kali menjelang perayaan besar dan cuti sekolah. Perkara ini
berlaku seolah-olah tidak ada usaha konkrit dilakukan bagi memastikan urusan tiket dan bas, termasuk bas
tambahan berjalan lancar. Musim perayaan tidak harus dijadikan sebagai musim `memeras' oleh pengusaha
bas dengan mengenakan tambang terlalu tinggi atau tidak mengadakan perkhidmatan tambahan. Kita juga
berharap pada musim perayaan ini, tidak ada lagi rungutan pengguna mengenai bas yang disediakan tidak
diselenggarakan dengan baik sehingga mengundang bahaya kepada penumpang. Kita tidak mahu bas yang
disediakan tidak dilindungi insurans atau lewat tiba di terminal kerana tidak mengikut jadual yang ditetapkan.
Kita menyambut baik jaminan Persatuan pengusaha Bas Seluruh Malaysia bahawa orang ramai yang
ingin pulang ke destinasi masing-masing tidak perlu risau kerana tiket bas mencukupi. Selain itu, Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut membuat penambahan 15,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh negara bagi
memastikan pengguna dapat pulang berhari raya. Ekoran jaminan pengusaha bas dan kereta api itu,
seharusnya orang ramai yang ingin pulang ke kampung kali ini tidak berdepan dengan masalah. Cuma kita
berharap agar semua pihak melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin bagi memastikan
82
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
perjalanan bas ekspres dalam keadaan selamat dan penumpang dapat sampai di destinasi masing-masing
untuk menyambut Aidilfitri.
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kegusaran berdasarkan petikan di atas? [2 markah]
(ii) Bagaimanakah tindakan pihak pengusaha pengangkutan awam untuk memastikan orang ramai dapat
pulang berhari raga? [3 markah]
(iii) Sekiranya anda pemilik syarikat bas ekspres, apakah tindakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
syarikat anda? [4 markah]
Aspek Sastera
Barangkali itulah !
“Hakimah .’’
Ketika langkahnya bergerak untuk mendapatkan Mir, tiba-tiba ibu mencekak tangannya.
Dia terhenti mendadak, menoleh ke arah ibu yang berjarak selangkah di belakang. Ibu merenung wajahnya.
Lama-lama.
“Ada apa, ibu?’’
“Tunggu, ’’Ibu menarik nafas. Kemudian ibu menghulurkan bungkusan yang berbalut kain putih, “Berikan
ini kepada Mir,’’
Hakimah angguk. Tangannya menyentuh bungkusan itu. Digenggamnya kemas-kemas.
Terbayang wajah Mir yang suram, sendu dan mengharukan. Untuk sejenak, direnungnya wajah ibu yang
sentiasa prihatin, lembut dan mendinginkan.
Wajah itu umpama salju, merenjis hati yang walang. Alangkah damainya jika Mir juga
punya ibu. Barangkali Mir juga akan lebih damai. Akan lebih tenteram.
“Ajaklah Mir datang ke sini. Ingin sekali ibu ketemu dengannya’’.
(Dipetik daripada Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja)
84
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(ii) Pada pendapat saya, ibu mencekak tangan Hakimah kerana ingin menahan sebentar Hakimah dan ingin
memberikannya bungkusan untuk diberikan kepada Mir. Selain itu ,ibu menyuruh Hakimah mengajak Mir
datang ke rumah. (3 markah)
(iii) Nyatakan satu pengajaran dalam petikan dan dua pengajaran daripada keseluruhan cerpen.
(iii) Pengajaran dalam petikan ialah kita hendaklah menghormati orang tua supaya kita disayangi oleh mereka.
Pengajaran pertama daripada keseluruhan cerpen ialah kita perlu ikhlas memberikan bantuan tanpa
mengharapkan sebarang balasan, Kedua, kita hendaklah mengambil berat terhadap kawan yang dalam
kesusahan untuk membantunya menyelesaikan masalah.
(4 markah )
Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.
Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri
bernama Buluh Telang. Di sang dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Situ
dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Situ, "Apa kehendak tuan hamba kepada
hamba ini?"
Merah Silu berkata, "Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana
hamba tidak bertempat."
Katy Megat Iskandar, "Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas.,
dan banyak tempat kerbau makan."
Sambut Merah Silu, "Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya tuanlah akan menjadi bapa hamba."
Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan
kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung ayam
dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan
ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah silu memberi
mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor
kerbau.
85
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Megat Iskandar dan Megat Kedah keduanya ialah kakanda kepada Sultan Maliku'l-Nasar di Rimba Jerun.
Segala rakyat serta kedua raja itu kasih akan Merah Silu. Megat Iskandar menyuruh segala rakyat membawa
betas seorang sekampit. Pada suatu hari, Megat Iskandar bermuafakat dengan orang besar- besar, orang tua-
tua dam segala rakyat dalam negeri itu.
(Dipetik daripada "Merah Situ", diselenggarakan oleh Ismail Ahmad, dalam antologi Harga Remaja, Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(ii) Buktikan Merah Silu seorang yang pemurah dan baik hati. (3 markah)
(ii) Bukti Merah Silu seorang yang pemurah dan baik hati ialah orang yang kalah dibayar taruhannya
Kedua, Merah silu memberi orang ramai seorang seekor kerbau. Ketiga, orang yang datang
melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.
(iii) Merah Silu disayangi oleh rakyat jelata dan ditabalkan menjadi raja. Pada pendapat anda, apakah ciri-
ciri seorang pemerintah yang akan disayangi dan ditaati oleh rakyat?
(3 markah)
(iii) Ciri-ciri seorang pemerintah yang akan disayangi dan ditaati oleh rakyat ialah pemerintah perlu
mementingkan kebajikan rakyat supaya rakyat tidak hidup dalam kesusahan. Selain itu,
pemerintah perlu memerintah dengan adil dan tidak berlaku zalim kepada rakyat. Ketiga,
pemerintah harus memerintah dengan bijaksana supaya negara aman dan damai.
86
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(i) Berdasarkan rangkap yang terakhir, nyatakan tiga kejayaan yang dicapai oleh Bahasa
Melayu?
( 3 markah)
(i) Tiga kejayaan yang dicapai oleh Bahasa Melayu ialah bahasa Melayu berpotensi berkembang di
peringkat antarabangsa. Seterusnya, bahasa Melayu berperanan sebagai wahana pemikiran dan
komunikasi. Ketiga, bahasa Melayu turut berperanan untuk memperkenalkan bangsa Melayu yang
telah menempa pelbagai kejayaan.
(ii) Pada pendapat anda , mengapakah remaja sekarang kurang menghargai bahasa Melayu
berbanding bahasa asing.? ( 3 markah)
(ii) Pada pendapat saya, bahasa Melayu kurang dihargai oleh remaja sekarang kerana remaja
menganggap bahasa Melayu tidak mampu memberikan kejayaan yang gemilang. Kedua, ibu bapa
tidak memberikan galakan kepada anak-anak menggunakan bahasa Melayu di rumah. Ketiga,
pengaruh media massa yang lebih menonjolkan bahasa asing daripada bahasa Melayu.
(iii) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak di atas . ( 3 markah)
(iii) Persoalan pertama ialah kepentingan memartabatkan bahasa Melayu. Kedua, persoalan
Perjuangan memartabatkan bangsa dipertanggungjawabkan kepada semua orang Melayu.
Ketiga, persoalan kepentingan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi yang penting.
Contoh Soalan :(a)Tulis dua ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda
faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.
(i) diam
(ii) tanggal
(iii) tawar
Contoh Jawapan :
(i) a. M.Nasir diam sahaja kerana tidak tahu apa-apa yang hendak dicakapkan.
87
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Contoh Soalan 3(c): Kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
(i) Kerajaan sudah melulus undang-undang yang membenarkan pegawai penguatkuasa menahan individu
yang berkelakuan tidak bermoral.
(ii) Kenaikkan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan gulungan
berpendapatan rendah.
(iii) Ketua sendiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam penyerbuan semalam.
88
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan golongan
berpendapatan rendah.
(iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.
Contoh Soalan 3(d) :Kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa.
(i) Oleh kerana terperangkap dalam kecelaruan lalu lintas, ayah sering pulang lewat.
(ii) Adik saya adalah antara peserta-peserta pertandingan lukisan yang diadakan di pentas legar pusat beli-
belah itu.
(iii) Para peserta lawatan sambil belajar dibahagi pada beberapa kumpulan untuk memudahkan amalan daftar
masuk di lapangan terbang.
Contoh Jawapan 3(d)
(i) Oleh sebab terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, ayah sering pulang lewat.
(ii)Adik saya adalah antara peserta pertandingan lukisan yang diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu.
(iii) Para peserta lawatan sambil belajar dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan urusan
daftar masuk di lapangan terbang.
Contoh Soalan 3(e)
Nyatakan peribahasa yang sesuai.
(i) Orang yang lupa akan asal usulnya.
(ii) Bersama-sama dalam menghadapi kesusahan dan kesenangan.
(iii) Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.
(a)Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah bina ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul.
(c) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan.
(i) Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuroh daripada
para penonton.
(ii) Semua peserta ekspidisi meredah hutan itu digalakan supaya memakai stoking tebal untuk
menjaga keselamatan.
(iii) Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejar ke hospital dengan menggunakan sebuah
ambulan.
( 6 markah)
Sederetan rumah-rumah telah musnah dalam kebakaran di tapak perumahan tersebut. Anggota pasukan
bomba telah bergegas ke tempat kejadian supaya memadamkan api yang sedang mar a. Jumlah
kerugian yang pemilik-pemilik rumah alami belum dapat ditafsirkan lagi.
(6 markah)
(6 markah)
Latihan Soalan 3 (2)
(a)Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu
sebagai peribahasa atau nama khas.
i. daya tenaga
ii. daya upaya
iii. daya serap
iv. daya tahan
v. daya saing
90
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(b) Baca ayat-ayat di bawah kemudian nyatakan jenis ayat majmuk yang terdapat dalam setiap ayat itu (
majmuk pancangan relatif, majmuk pancangan gabungan, majmuk pancangan komplemen , majmuk
pancangan keterangan) .
i. Kita mestilah melakukan satu perancangan yang seharusnya bermula pada peringkat awal.
ii. Menteri Belia dan Sukan mengatakan bahawa usaha ini haruslah dimulakan pada peringkat awal.
iii. Penduduk kampung itu menyedari bahawa nasib mereka terancam.
iv. Lelaki kurus yang berkaca mata itu jurusan undang-undang.
v. Jari kedua-dua tangannya putus lantaran bermain mercun
vi. Kesemua pekerja kilang itu menerima ganjaran bonus melainkan yang tidak proaktif. [6 markah]
(c)Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Pembabitan Malaysia dalam bidang teroka angkasa lepas bermula pada awal 1980 an sedangkan
bidang tersebut telah dicebur lebih awal lagi oleh setengah negara lain. Pada mulanya rakyat Malaysia
tertanya-tanya sama ada terlibat dalam bidang angkasa lepas itu benar-benar berbaloi dengan kos yang
dilaborkan. [6 markah]
(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.
i. Yang Berusaha Wakil Rakyat kawasan kita tidak dapat hadir pada majlis perasmian itu kerana beliau terpaksa
menghadiri mesyuarat penting.
ii. Semua murid pra-sekolah perlu celik huruf sebelum berjalan masuk ke sekolah rendah.
iii. Pengambil alihan syarikat itu oleh pengurusan baharu bertujuan untuk memantapkan pengurus syarikat.
[6 markah]
(e)Tulis satu ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi enam ayat tanpa mengubah maksud asal
ayat-ayat tersebut.
Program Nilam menekankan kuantiti buku yang dibaca dan pelajar diberi kebebasan memilih jenis bacaan.
Bahan yang menjadi pilihan pelajar ialah bahan yang hampir dengan umur dan persekitaran mereka. Hal itu
dianggap memadai pada peringkat asas dan sederhana.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
(i) Matalamat kerajaan membasmikan kemiskinan tidak akan berjaya tanpa adanya kerjasama
antara semua pihak.
(ii) Pencapaian akedemik pelajar-pelajar sekolah itu amat mengkagumkan.
(iii) Hasil pemeriksaan, pihak polls telah menemukan pemilik passport antarabangsa yang hilang di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. [6 markah]
(d)Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa.
(i) Rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa, perlu memberikan sokongan dengan padu dan tidak
berbelah bahagi untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia.
(ii) Kerajaan telah memberikan komitmen yang sewajarnya di dalam mengkaji peningkatan harga
minyak.
(iii) Kebanyakan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong-royong apabila tiba musim
mengambil padi. [6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi
tersebut.
(i) “Tidak malukah aku jika ada murid Tingkatan Satu tidak pandai membaca pada akhir tahun nanti? Ah,
beratnya tugas aku, mengajar daripada kosong kepada berisi penuh ilmu di dada.” Hati Cikgu Melati mengeluh.
(ii)" Mengapa aku tidak disuruh mengajar Tingkatan lima? Mereka tentu sudah tahu berbahasa. Aku sanggup
mengajar bersungguh-sungguh sehingga mereka lulus cemerlang dalam SPM. "
(iii) Apabila mengenangkan cabaran itu, Cikgu Melati menjadi rajin. Dia tekad menyahut cabaran. Sasarannya
ialah semua murid dapat membaca pada akhir tahun. [6 markah]
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut. Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata, ayat tanya, ayat
perintah atau ayat seruan.
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan .
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Upacara perlantikan pengawas sekolah bagi sessi 2009 akan dirasmikan oleh Penolong Pengarah
Hal Ehwal Murid Jabatan Pelajaran Melaka.
(ii) Usaha untuk bermartabat Bahasa Melayu akan dilaksanakan ke seluruh pelusuk tanah air.
(iii) Motorsikal berkuasa tinggi menjadi gilaan golongan berada yang berumur 40-an.
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Tembakan peserta acara menembak itu terbabas jauh dari sasarannya.
(ii) Semua orang yang sedang asyik berbual itu terkejut bila mendengar letusan mercun pada malam tadi.
(iii) Semua pemenang perlawanan mendeklamasikan sajak itu dikehendaki tampil di hadapan untuk menerima
hadiah.
[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi tersebut.
(i) Belum habis menanggung penderitaan akibat gempa bumi, mangsa bencana tersebut bergelut dengan
masalah wabak demam HINI.
(ii) Hanis perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana rezeki sedikit tidak akan menjadi banyak atau
bertambah jika dia tidak melipatgandakan usahanya.
(iii) Amirul kebingungan apabila sampai di universiti itu kerana dia tidak pernah menjejakkan kaki di situ.
[6 markah]
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i) dalam
(ii) sedalam
(iii) mendalami
93
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(iv) proses
(v) memproses
(vi) pemprosesan (6 markah)
(b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawah ini supaya menjadi dua ayat tunggal.
(i)Pengorbanan nenek moyang dan para pejuang bangsa hingga ke titisan darah terakhir patut kita
kenang.
(ii)Dia tidak dapat membina ayat kerana tidak memahami maksud perkataan tersebut.
(iii)Penyair muda kita yang karyanya terpilih dalam majalah ini kurang membaca karya penulis mapan.
(6 markah)
c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
(i)Deretan rumah-rumah kedai yang terletak di sisi jalan masuk ke kampung ini musnah akibat kejadian
kebakaran pada petang semalam.
(ii)Pemupukan budaya nasional telah kerajaan laksanakan secara berterusan dan bertingkat-tingkat sebagai
satu strategi untuk memantapkan ekonomi negara.
(iii)Galeri kraf tangan akan mengadakan mini bengkel untuk melahirkan pembina kraf tangan yang kreatif dan
produktif.
(6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat tersebut.
(i) Pada minggu lepas pekerja itu terlibat dalam kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawanya.
Beberapa hari kemudian rumahnya pula terbakar.
(ii) Pemuda itu bukan sahaja hairan malah kelihatan tercengang-cengang apabila tiba di bandar raya Kuala
Lumpur.
(iii) Masliza berasa keliru sama ada hendak memilih kerjaya sebagai seorang guru atau seorang pegawai polis
kerana kedua-dua pekerjaan tersebut amat diminatinya.
(6 markah]
a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan
perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan
atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
94
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Rasuah ialah penyakit masyarakat. Gejala itu agak membimbangkan. Masalah ini perlu dibanteras pada
semua peringkat. Pemberi dan penerima rasuah perlu dikenakan hukuman berat. Penghapusan rasuah adalah
perlu. Rasuah mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Rasuah dapat melumpuhkan ekonomi negara.
Penghapusan rasuah dapat menjamin keharmonian masyarakat. Penghapusan rasuah dapat menjamin
ketenteraman negara.
[6 markah]
(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) lbu menghadiahkan ayah kupiah sempena ulang tahun perkahwinan mereka.
(ii)Pokok kakabu yang tumbuh berhampiran dengan rumah saya ditebang oleh ayah saya kerana dikhuatirkan
menimpa rumah.
(iii) Mutahir ini masih ramai remaja lepasan SPM enggan untuk disertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). [6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Biskut yang dimakan oleh adik sungguh rapuh dan rasanya teramat enak sekali.
(ii) Menteri Pelajaran mengumumkan yang bahasa Malaysia harus digunakan dalam semua urusan resmi.
(iii) Langkah untuk memperindahkan bilik kaunseling itu adalah insentif semua ahli kelab kaunseling.
[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Setelah anaknya dimasukkan ke hospital kerana menghidap demam denggi, barulah Encik Khalid
membersihkan persekitaran rumahnya.
(ii) Pelajar harus yakin kemampuan dan kekurangan diri mereka berbanding pandangan orang lain. Pelajar
seharusnya boleh menilai kemampuan atau kekurangan diri mereka dengan balk.
(iii) Kumpulan gangster itu terlalu kuat menyimpan rahsia sehingga sanggup membunuh rakannya sendiri
sebelum disoal siasat oleh pihak polls.
[6 markah]
Latihan Soalan 3 (7)
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,
menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) berkuat kuasa - menguatkuasakan
(ii) berputar belit - memutarbelitkan
(iii) berlipat ganda - melipatgandakan
95
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
[6 markah]
(b) Tukarkan ayat bentuk cakap ajuk di bawah ini kepada ayat bentuk cakap pindah tanpa mengubah maksud
asalnya.
(i)"Rupa-rupanya panggilan telefon tentang kebakaran yang kami terima pada pagi tadi ialah panggilan palsu,"
kata pegawai bomba itu.
(ii)"Bagaimanakah perasaan kamu apabila diumumkan sebagai Tokoh Pelajar pada tahun ini?" tanya Amin
kepada Iskandar.
(iii)"Janganlah kamu bersedih lagi kerana setiap peristiwa, yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya," kata
Mak Cik Limah kepada Aisyah.
[6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Inspekter Azman telah mengarahkan beberapa orang anggota polis mengisi bahan bukti yang ditemukannya
ke dalam beg plastik itu.
(ii) Murtabak ayam istimewa yang terjual di restoran itu sangat laris kerana rasanya sangat sedap sekali.
(iii)Para penyelidik itu sanggup menjelajahi ke seluruh pelusok kampung untuk mengkaji masalah yang
dihadapi oleh rakyat termiskin.
(i) Peserta Program Latihan Khidmat Negara telah menyenaraikan keperluan-keperluan yang hendak dibawa
sepanjang tempuh berada di kem.
(ii)Setiap orang anggota masyarakat haruslah meminimumkan penggunaan air pada musim panas agar
bekalan air tidak perlu dikawal.
(iii)Kerja-kerja menyiapkan projek pembinaan rumah pangsa yang tertangguh itu akan dipercepat demi untuk
kebaikan pemiliknya.
[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan satu peribahasa lain yang sama maksudnya
dengan peribahasa yang terdapat dalam setiap ayat di bawah.
(i)Sekiranya seseorang melakukan sesuatu biarlah sampai mencapai maksudnya kerana alang-alang
berdakwat biarlah hitam.
(ii)Seseorang yang terkena tipu muslihat akan lebih berhati-hati pada hari muka kerana sekali jalan terkena,
dua kali jalan tahu.
(iii) Kita perlu lebih berhati-hati dengan orang yang bersikap bagai gunting makan di hujung kerana mereka
melakukan pengkhianatan secara senyap-senyap.
[6 markah]
(a) Tulis satu ayat bagi perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
[6 markah]
(b) Tukarkan cakap pindah di bawah dalam bentuk cakap ajuk. Anda dikehendaki supaya mengekalkan
susunan isi dalam dialog tersebut.
Dengan meninggikan nada suaranya, Husna memberitahu Anis supaya mandi dengan segera kerana ada orang
ingin berjumpa dengannya. Sambil menjerit dari dalam bilik air, Anis ingin tahu tentang orang itu. Dengan nada
yang kuat juga, Husna menyatakan bahawa dia tidak mengenali akan orang itu tetapi orang itu mengakui
bahawa dia ayah Anis. Anis sekali lagi menginginkan kepastian sama ada. betel atau tidak dan meminta agar
Husna tidak mempermainkannya. Seterusnya, Anis ingin tahu tempat ayahnya sedang menunggu. Sambil
berlalu, Husna menyatakan bahawa ayah Anis sedang menunggu di kantin.
(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Selsema dalam kalangan kanak-kanak diikuti demam dan batuk merupakan perkara biasa yang dialami pada
beberapa tahun pertama hidup seseorang kanak-kanak itu. Walaubagaimanapun, jika gejala ini berpanjangan
dan bertambah dengan rasa sakit yang akut mungkin menunjukkan anak berkenaan bukan sekadar mengidap
demam biasa, sebaliknya ibu bapa perlu berwaspada kerana besar kemungkinan itu tanda anak itu mengalami
influenza.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i)Isu keracunan makanan dapat diatasi jika sekiranya semua pihak menjalankan peranan yang sewajamya.
(ii)Kerja-kerja membaik pulih jejambat Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 akan diambilalih oleh syarikat
perunding daripada Jerman dalam masa terdekat ini.
(iii)Sungguhpun saya bukan berpelajaran tinggi, banyak pendapat yang berikan oleh saya itu mengagumkan
para peserta.
[6 markah]
(e)Nyatakan satu peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat di bawah.
(i) Sangatlah susah bagi anak-anak dan cucu orang tua itu melayaninya. Orang tua itu
umpama……………………… yang tidak dipakai lagi tetapi tidak boleh dibuang.
(ii) Hatinya hancur bagai ………………………………setelah mengetahui dirinya telah dibohongi sahabat
karibnya sendiri.
(iii) Kemalangan jalan raya yang menimpa suaminya dan diikuti pula kematian anak tunggalnya
menyebabkan Joyah berada dalam kedukaan. Situasi yang menimpa Joyah boleh diibaratkan
seperti…………………………………………….
[6 markah]
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khan.
97
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Para jemputan dikehendaki supaya mengena pakaian yang sesuai ketika menghadiri majlis peresmian
Pertandingan Pidato Piala Diraja itu.
(ii) Bagi membolehkan Malaysia dibangunkan dengan pesat dan berdaya saing pada peringkat antara bangsa,
penguasaan rakyat dalam beberapa bahasa utama dunia merupakan satu keperluan.
(iii) Kakitangan awam dinasihatkan agar tidak mencampuri adukkan masalah peribadi dengan masalah kerja
semasa bertugas.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Program itu diadakan demi untuk mengeratkan hubungan antara kaum di negara yang berhemah ini.
(ii)Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyiarkan amaran keras pada para pengusaha ladang bahawa
mereka akan didakwa jika melakukan pembakaran terbuka.
(iii) Farah Sakinah berjaya mendapat tempat kedua di dalam perlawanan Lagu Puisi yang diadakan di Kompleks
Budaya.
[6 markah]
(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong
dalam dialog tersebut.
Syahmi : Generasi muda seperti kita, merupakan aset penting kepada negara. Oleh itu, kita seharusnya dididik
dengan sempurna sejak kecil oleh ibu bapa, ibarat kata orang-orang tua
………………………………(i)……………………………….
Hafiz : Betul kata kamu tu, Syahmi. Pada pendapat saga, guru sebagai pendidik seharusnya bekerjasama
dengan ibu bapa …………………….(ii)…………………….untuk meningkatkan keperibadian murid dalam
menghadapi pelbagai cabaran kehidupan pada masa depan.
Syahmi : Sebagai remaja, kita sememangnya sering dibelenggu oleh pelbagai masalah dan mungkin
melakukan pelbagai kesilapan, bak kata pepatah………….(iii)………….. Ibu bapa dan gurulah yang dapat
diharapkan untuk membantu kita menyelesaikan masalah dan memberikan nasihat serta tunjuk ajar.
[6 markah]
98
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(b) Tukarkan dialog di bawah ini kepada cakap pindah dengan mengekalkan susunan asalnya. Gunakan bahasa
yang gramatis.
Amin : Selamat petang, boleh saya bercakap dengan Farid?
Encik Malik : Selamat petang, siapa yang bercakap tu?
Amin : Saya Amin, kawan sekelas Farid.
Encik Malik : Maafkan pak cik nak. Farid baru saja keluar. Ada apa-apa pesanan dapat pak cik sampaikan?
Amin : Saya nak ajak Farid ke rumah Ali untuk berbincang tentangkerja kursus kami.
Encik Malik : Nanti pak cik sampaikan pesanan ni kepada Farid.
Amin : Terima kasih, pak cik
(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
Pengkajian terhadap remaja berusia 12 hingga 18 tahun di seluruh negara melaporkan masalah lebih berat
badan dan obesiti adalah pada tahap 19 peratus. Golongan remaja aktif seperti atlet juga tidak terlepas
daripada amalan pemakanan tidak sihat apabila mereka percaya hanya pil vitamin, mineral, atau protein boleh
membaiki prestasi sukan. Antara atlet yang paling berisiko mempercayai maklumat pemakanan tidak tepat ini
ialah gimnastik, penari ballet, ahli tinju, dan pelari jarak jauh. Kepekaan terhadap status berat badan yang tepat
dapat menjadikan asas penilaian sama ada remaja mengamalkan pemakanan sihat.
[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i) Sasterawan negara merupakan anugerah tertinggi sekali yang kerajaan kurniakan bagi mengiktiraf jasa
sasterawan yang banyak sumbangannya dalam dunia kesusasteraan tanah air.
(ii) Lain-lain perkara yang tidak dapat dilangsaikan dalam mesyuarat ini akan dibincangkan dalam mesyuarat
akan datang.
(iii) Semua buku-buku yang ada di rak itu telah disusun oleh kami pada minggu lepas. [6 markah]
(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat di
tersebut.
(i) Kita janganlah mudah terpedaya dengan orang yang bersikap bermuka-muka kerana golongan ini pandai
berlakon dengan berpura-pura baik di hadapan kita.
(ii) Pak Husin berasa canggung ketika dia menghadiri majlis perkahwinan anak buahnya yang diadakan di hotel
terkemuka di Kuala Lumpur.
(iii) Setelah bertahun-tahun menjalankan kegiatan haram itu, akhirnya dia berjaya ditangkap pihak berkuasa.
[6 markah]
99
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Contoh Soalan
Soalan 4 (a)
(a) Berdasarkan satu novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang memberikan kesan kepada pembaca.
Novel yang saya kaji ialah novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!), Antara peristiwa yang memberikan
kesan terhadap perasaan saya selepas membaca novel ini ialah peristiwa Julia yang agak terkejut apabila
pulang ke rumah melihat ada ambulans di hadapan rumahnya. Saya turut terkejut dan berasa hiba kerana tidak
menyangka bahawa mama telah meninggal dunia. Saya, merasakan terlalu awal untuk mama dimatikan pada
peringkat ini dalam novel tersebut.
Kedua, peristiwa Julia ditampar oleh papa kerana mempersoalkan kesetiaan papa terhadap mama juga
memberikan kesan perasaan terharu kepada saya. Tindakan papa marah akan Julia memang wajar, tetapi tidak
sangka papa akan menampar Julia kerana sebelum ini papa menunjukkan kasih sayang yang mendalam
terhadap Julia.
Soalan 4 (b)
( b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji , huraikan satu persoalan bagi setiap novel.
Persoalan dalam novel Papa... (akhirnya kau tewas jua!) ialah persoalan pengorbanan suami dan isteri
demi kebahagiaan pasangan masing-masing. Buktinya Intan Maliana sanggup mengandung kali kedua demi
memenuhi kehendak suaminya. Selain itu, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma
selama lebih tiga tahun
Persoalan dalam novel Interlok pula ialah persoalan semangat patriotisme yang kuat dalam kalangan
masyarakat imigran. Kim Lock dan Maniam masing-masing berusaha dengan cara sendiri untuk membina
sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak mereka tidak lupa akan asal-usul
bahasa ibunda mereka.
100
Modul BM SPM 2011 Mohamad Nasir Ibrahim GC BM
Jika kita ingin berjaya maka kita mesti berusaha dengan gigih
agar hasil yang kita tuai kelak berpadanan dengan yang kita lakukan.
101