Anda di halaman 1dari 4

kanser otak adalah jisim atau pertumbuhan sel-sel yang tidak

normal di dalam otak anda atau dekat dengan otak anda.


Banyak jenis kanser otak wujud.Sesetengah tumor otak adalah
bukan barah (benign), dan beberapa tumor otak kanser
(malignan).Tumor otak boleh bermula di dalam otak anda
(tumor otak utama), atau kanser boleh mula di bahagian-
bahagian lain badan anda dan merebak ke otak anda
(menengah, atau metastatik, tumor otak).Bagaimana dengan
cepat tumor otak tumbuh mungkin jauh berbeza.Kadar
pertumbuhan dan lokasi tumor otak menentukan bagaimana ia
akan menjejaskan fungsi sistem saraf anda.Pilihan rawatan
tumor otak bergantung kepada jenis tumor otak anda
mempunyai, serta saiz dan lokasi.
SIMPTOM KANSER/TUMOR OTAK
Tanda-tanda dan gejala tumor otak mungkin jauh berbeza dan
bergantung kepada tumor otak saiz, lokasi dan kadar
pertumbuhan.
BAGAIMANAKAH SAKIT KEPALA YANG
DISEBABKAN OLEH TUMOR OTAK ?
Harus diingat bahawa, sakit kepala bukanlah tanda awal bagi
sebarang ketumbuhan/tumor di dalam otak.Ianya selalunya
bersama dengan tanda-tanda lain, atau pun sakit kepala terasa
apabila tanda-tanda lain telah pun muncul.
Pesakit juga mungkin akan terasa tangan atau kakinya lemah,
seorang-olah sedang menghadapi serangan stroke.Kadang-
kala ingatan (memori)nya menjadi tidak menentu dan sering
kali lupa.
Soalan : Adakah sakit kepala yang disebabkan oleh tumor di
kepala menyebabkan sakit kepala di awal pagi ?
Jawapan : tiada bukti yang menyokong pendapat ini.
Sakit kepala disebabkan tumor otak selalunya akan bertambah
teruk apabila saiznya bertambah membesar.
Walau bagaimana pun tidak semua pesakit tumor otak yang
menghadapi sakit kepala yang kuat, sehingga mengganggu
routine hariannya.Namun apabila sakit kepala menyerang,
pesakit bisanya akan terjaga dari tidur seakan-akan ada
sesuatu yang menyucuk di dalam tengkoraknya.Ada pesakit
yang tidak tahan dengan kesakitan ini, lalu menghantukkan
kepalanya di dinding, sehingga luka di dahi dan keningnya
berdarah.Hantukan ini menyebabkan terasa seperti satu
kelegaaan sedikit kepada pesakit itu.Sakit kepala itu selalunya
digambarkn sebagai yang ”sukar digambarkan”,Kadang kala
sakit kepala itu berdenyut-denyut seperti migraine.Semakin
hari sakit kepala bertambah kerap.Kalau dulu mungkin
sebulan sekali, ianya bertambah menjdi seminggu sekali dan
akhirnya menjadi setiap hari.Tahap kesakitannya juga
bertambah dan seterusnya akan kekal kesakitannya, susah
mendapat kelegaan.Mungkin kalau dulu dengan sebiji
panadol,
ianya memberikan kelegaan, sekarang harus memakan dua
biji panadol.Akhirnya mencuba ponstan, synflex, arcoxia dn
lain ubat penahan sakit, namun kelegaannya hanya
semantara.Sakit kepala yang disebabkan oleh tumor otak juga
bertambah dengan perubahan posisi.Apabila seorang pesakit
cuba mengubah kedudukannya, sakit kepalanya bertambah
teruk, terutama apabila dia cuba berbaring.Batuk dan bersin
juga menyebabkan tekanan di dalam tekorak (ICP) akan
bertambah dan pesakit mengalami sakit kepala yang
keterlaluan.Kesimpulan didapati sakit kepala yang disebabkan
oleh tumor otak adalah sangat kompleks dan ianya berbeza
dari seorang ke seorang yang lain.elak pembedahan otak
dengan vivix shaklee
PEMBEDAHAN KANSER OTAK
Pembedahan kepala adalah rawatan kanser otak yang paling
umum.Tujuannya adalah untuk membuang kanser yang ada
tanpa menggangu fungsi otak.Rawatan untuk membuka tulang
tengkorak disebut kraniotomi.kaedah ini dilakukan dengan
anestesi umum.Sebelum operasi bermula, rambut kepala
dicukur.Pakar bedah kemudian membelah kulit kepala
menggunakan sejenis gergaji khusus untuk membuka tulang
dari tengkorak.Setelah membuang sebahagian atau seluruh
tumor, pakar bedah akan menutup kembali bukaan tersebut.
Ada diantara pakar bedah akan menggunakan saluran yang
ditempatkan di bawah kulit kepala selama satu atau dua hari
selepas pembedahan untuk mengurangkan pengumpulan
darah atau cecair.
Kesan sampingan yang mungkin terjadi selepas membuat
rawatan adalah terasa sakit kepala atau rasa tidak selesa untuk
beberapa hari.Jika terjadi begini, ubat sakit kepala akan
diberikan.Masalah lain yang juga boleh berlaku adalah
terkumpulnya cecair cerebrospinal di bahagian otak yang
mengakibatkan pembengkakan otak (edema).Biasanya pesakit
diberikan steroid untuk meringankan pembengkakan
tersebut.Rawatan kedua mungkin diperlukan untuk
mengalirkan cecair.Pakar bedah akan meletakkan sebuah
tabung, panjang dan tipis (shunt) dalam ventrikel otak.Tabung
ini diletakkan di bawah kulit ke bahagian lain dari tubuh,
biasanya perut.Cecair dari otak akan dialirkan ke
perut.Kadang-kadang cecair dialirkan ke jantung sebagai
gantinya.

Anda mungkin juga menyukai