Anda di halaman 1dari 10

Penerokaan Melalui Seni

AINEE HJ AHMAD
IPG KAMPUS DARULAMAN
Pengenalan
 Aktiviti seni yang diintegrasikan ke dalam pengajaran dan
pembelajaran membuka peluang kanak-kanak untuk
meneroka dan mencari pengalaman.
 Selain belajar melalui aktiviti pdp yang mempunyai elemen-
elemen seni akan mampu membawa murid-murid sekolah
rendah untuk belajar membaca, menulis dan mengira.
 Selain itu ia membuka peluang buat kanak-kanak memberi
pandangan dan berfikir secara kreatif, imaginatif dan kritis.
 Aktiviti seni yang diselitkan ke dalam pdp akan juga
membawa keseronokan dan kegirangan dalam bilik darjah.
 Di samping itu guru juga boleh mengajar murid untuk
menangani masalah secara produktif terhadap sumber-
sumber imaginasi.
Penerokaan
 Penerokaan membawa maksud, menyelidik untuk mengetahui
sesuatu yang belum diketahui lagi iaitu melaksanakannya dengan
cara menjelajah.
 Dalam erti kata yang lain meneroka adalah bermaksud
menggunakan pelbagai bahan dan kaedah.
 Pengalaman meneroka merupakan suatu situasi pembelajaran.
 Semasa proses ini berlaku guru tidak digalakkan untuk menilai
aktiviti yang sedang dijalankan sebaliknya guru hanyalah
beperanan sebagai fasilatator atau pembimbing dan membimbing
pelajar untuk menemui sesuatu yang lebih spesifik tentang diri
mereka.
 Murid digalakkan untuk meneroka dengan membuat eksperimen,
menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan.
 Tujuannya adalah untuk menjadikan pelajar seorang yang benar-
benar lebih berimaginatif.
Mencari Pengetahuan Membuat Eksperimen

Inkuiri
Mencari

MENEROKA
Mengkaji
Mencipta

Manipulasi Ingin Tahu


Meneroka Alat dan Bahan
 Meneroka alat dan bahan adalah seperti palang imbangan,
palang selari, peti pelana dan gelang.
 Biasanya peralatan yang diimprovisasikan atau
dimanipulasikan menjadi kegemaran pelajar untuk
melakukannya.
 Mereka boleh diperkenalkan kepada alatan tertentu dengan
cara menggalakkannya meninjau dan meneliti alat tersebut.
 Guru dilarang memaksa pelajar melakukan atau
menggunakan sesuatu peralatan.
 Pelajar di peringkat prakawalan boleh memulakan program
latihan dengan cara berjalan-jalan di sepanjang palang atau
bangku yang rendah, melompat dari atas kerusi atau meja
yang rendah, bergayut pada tali panjat, atau bergerak di
sepanjang rangka panjat.
 Aktiviti yang boleh dijalankan ialah latihan-latihan berhalangan yang
menggunakan peralatan yang mudah diperoleh seperti meja, bangku
panjang, kerusi, gelong rotan, tali, bongkah dan rotan.
 Semua ini adalah untuk menguatkan keyakinan pelajar mempelajari
konsep-konsep seperti di atas, iaitu menyamping, menerusi dan
bawah.
 Pelajar pada tahap kawalan boleh memulakan dirinya untuk membuat
penyesuaian menggunakan peralatan yang sebenar.
 Mereka boleh mencuba pelbagai cara untuk bergerak di atas palang,
bergayut di atas palang atau tali, melompat dari atas meja atau
kerusi, ataupun bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian lain di
atas palang bertingkat.
 Setelah mahir menggunakan peralatan barulah digalakkan untuk
berpindah ke aktiviti yang menggunakan peralatan yang sebenarnya.
 Pelajar pada tahap aplikasi bolehlah mencuba berbagai cara untuk
masuk ke dalam sesuatu ruang alat; seperti melompat, melintasinya
dan membuat bentuk-bentuk dengan menggunakan anggota-anggota
semasa beraksi.
 Pengalaman yang melibatkan kebolehan memindah beban
ke pelbagai bahagian anggota, melakukan imbangan-
imbangan bukan simetri serta imbangan-imbangan terbalik
adalah sesuai untuk pelajar yang berada di tahap ini.
 Apabila pelajar telah berada pada tahap kecekapan, mereka
perlulah pula memberi perhatian kepada perlakuan
imbangan, bentuk, cara bergerak dan cara menyokong
beban anggota yang jauh lebih mencabar.
 Pelajar juga harus digalakkan supaya memberi perhatian
terhadap kualiti pergerakan mereka semasa menjalani
latihan pola-pola pergerakan dan mengadunkannya ke
dalam suatu bentuk urutan dengan sempurna.
 Tema-tema yang paling sesuai seperti melompat, mendarat,
mengguling, membongkok, melentur, memusing dan
mengayun bertujuan untuk membina tubuh yang mantap,
kesedaran ruang dan kesedaran kinestetik ketika berada di
atas sesuatu peralatan.
Meneroka Dengan Cara
Pengolahan dan Manipulasi
 Murid yang berada di tahap penggunaan dan kecekapan sudah
bersedia untuk meneroka cara pengolahan sesuatu aktiviti dan
cuba memanipulasi tubuh mereka supaya boleh melakukan
aktiviti gimnastik atau pergerakan dengan lebih mencabar lagi.
 Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu seringkali dapat
dipraktikkan melalui lagak ngeri gimnastik artistik sebagai gerak
balas kepada perlakuan gimnastik.
 Murid akan melakukan aksi-aksi seperti;
a. Dirian tangan
b. Roda kereta
c. Gulingan
d. Imbangan dan sebagainya.
Meneroka Idea dan Isi
Kandungan

 Murid digalakkan untuk meneroka idea dan isi


kandungan yang terdapat di dalam pergerakan seperti
aktiviti mengguling dan mengimbang.
Aktiviti Mengguling
 Mengguling ialah pelakuan memindahkan beban berat dari
bahagian-bahagian anggota yang lain di sekeliling ke
sesuatu paksi.
 Murid boleh meningkatkan keupayaan mereka dengan
menggabungkan aktiviti-aktiviti mengguling ke dalam
aktiviti-aktiviti lain seperti pergerakan lokomotor atau
aktiviti menangkap dan mengguling.
 Murid juga boleh mempraktikkan mengguling dengan cara
menjunam atau mempraktikkan mengguling dengan kadar
pergerakan yang berbeza-beza, pantas atau perlahan
mengikut pilihan individu.
 Murid juga perlu bersedia untuk menggunakan kemahiran
mengguling dengan spontan apabila berlaku kecemasan,
seperti terjatuh dalam permainan bola sepak, bola jaring,
bola keranjang, bola tampar atau pun dari alatan aras
tinggi.

Anda mungkin juga menyukai