Anda di halaman 1dari 2

Karangan Pengalaman : Pengalaman Semasa Cuti Sekolah

Soalan : Tuliskan pengalaman anda semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah pergi ke Legoland. Legoland terletak di
Nusajaya, Johor. Saya pergi ke sana bersama keluarga saya dengan menaiki kereta.

Ketika sampai di Legoland, keadaan di situ riuh rendah. Banyak orang sedang
berbaris untuk membeli tiket di kaunter. Kami bergambar untuk kenang-kenangan
di pintu masuk Legoland.

Kami memulakan aktiviti dengan pergi ke Legoland Waterpark. Saya dan adik
syaa bermain air di kolam. Kami meluangkan masa selama tiga jam. Selepas itu
kami makan tengah hari di sebuah restoran yang terdapat di Legoland.

Selepas solat Zohor, kami mula menerokai Legoland. Saya dan adik saya mencuba
aktiviti memandu kereta. Kami juga memandu bot yang mudah dibawa dan
dikendalikan.

Kemudian kami pergi ke 'Lego Star Wars Miniland'. Banyak karakter Star Wars
yang dipamerkan. Karakter di situ dibuat menggunakan lego. Terdapat lego Star
Wars yang dijual tetapi saya tidak membelinya kerana harganya sangat mahal.

Selepas itu kami ke 'Lego Mindstorm'. Kami belajar tentang robotik. Saya dan
adik saya berjaya membuat robot menggunakan bahan yang disediakan. Namun
kami gagal untuk menggerakkan robot itu secara automatik. Seorang kakitangan
Legoland membantu kami menggerakkan robot yang kami bina.

Apabila menjelang Maghrib, kami mendaftar masuk ke Hotel Legoland. Bilik


Hotel Legoland amat besar, luas dan cantik. Selepas mandi kami terus tidur kerana
kepenatan.

Selepas bangun pagi, kami mandi,solat dan bersarapan pagi. Kami mendaftar
keluar dari Hotel Legoland. Kami bergambar di hadapan Hotel Legoland. Kami
melihat Legoland untuk kali terakhir.

Kami bertolak balik dari Legoland ke kediaman kami di Kemaman, Terengganu.


Kami merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Legoland tetapi gembira dapat
pergi ke Legoland.
Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar,barisan
panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang
dikasihi. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah
syarahan yang bertajuk “Kebaikan Program Kenang Budi”.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Anda mungkin juga menyukai