Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Secara amnya, falsafah pendidikan adalah satu bidang kajian, spekulasi dan
pengalaman di mana metod-metod atau kaedah-kaedah falsafah digunakan untuk mengkaji
masalah atau isu dalam sistem pendidikan. Falsafah pendidikan digunakan untuk
menjelaskan serta memberikan justifikasi kepada penyertaan pendidikan.

Falsafah pendidikan di Malaysia hanya dapat dijelaskan secara tersurat dan


berdokumen sejak beberapa tahun yang lalu, terutamanya selepas pihak Jawatankuasa
Kabinet mengkaji Dasar Pelajaran (1979) mengemukakan perakuan-perakuan untuk
membuat pindaan kepada sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini menunjukkan bahawa
sebelum ini Malaysia tidak mempunyai satu definisi falsafah pendidikan negara yang nyata
dan sempurna dalam bentuk dokumen.

1|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2.0 REKA BENTUK DSKP BAHASA MALAYSIA SEKOLAH RENDAH DAPAT
MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA

2.1 RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN

Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan
matematik dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.
Ilmu pengetahuan mampu menimbulkan semangat ingin tahu dan mengkaji ilmu-ilmu baru
yang lain )Mohd Taib Hj. Dora, 2005). Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
ialah elemen yang sangat ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan selari dengan
Dokumen Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah. Elemen ini memberikan
saranan kepada rakyat untuk membudayakan sikap suka membaca, cinta akan ilmu
pengetahuan serta menggunakannya untuk memberikan manfaat kepada diri dan orang lain
(Noriati A. Rashid et. al., 2016)

2|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah


RUJUKAN

Mohd Taib Hj. Dora .(2005). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesional.
Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

3|Kajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Anda mungkin juga menyukai