Anda di halaman 1dari 70

AWSAT

(Pertengahan)

MR SAZAHA

1
Kandungan Halaman

Pengenalan 4
Hijrah Safie Ilyas 5
‘Halalkah Aku’ 6
Ratu Cantik Maknyah 8
I’am Gay and I’am Atheis 10
Lepak LGBT 12
LGBT dan Mustad'afin 14
LGBT dan HIV 16
DSD dan LGBT 18
Umrah Bekas Maknyah 19
International Day Against Homophobia and Transphobia (IDAHOT)
dan Panel Transgender Pulau Pinang 20
Irsyad Manji dan Perkahwinan Sejenis 22
Respon Isu LGBT 24
Rahmat Buat Maknyah 25
Media dan Penghijrahan 27
Gejala Percabulan/Perlecehan Seksual di Sekolah Agama/Pusat Tahfiz 28

Tragedi Orlando 29

Penghijrahan U-Turn Safiey Ilyas 31


Wanita Songsang 35
Jom Fahami al-Quran 37
UMNO, PAS, PKR atau AMANAH? 39
Al-Kisah TG Hadi Awang 40
Al-kisah Dato’ Wan Muhammad 42
Mustafa Akyol dan Liberalisme 44
Islam dan Perbezaan Pandangan 46
Islam dan Pendidikan Seksual 47
Manusia dan Perubahan Diri 48

2
Promosikan Wajah Islam Sederhana 49
Aduhai Gelandangan 51
Fatwa dan Masyarakat 52
Biar Buta Mata, Asal Celik Hati 53
Nasi Lemak Pondan…Jojie 54
Musibah Adalah Medan Bermuhasabah Diri 56
Program Kesejahteraan LGBT Oleh JAKIM 58
Sukarelawan Masyarakat 60
International Coming Out Day 62
Persatuan Maknyah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 65
Citra Islam Dalam Pentadbiran Negara 68
Menangani Isu Perbezaan Aliran Pemikiran 69
Sex, Gender, Sexual Orientation/Preference 70

3
Pengenalan

Catatan ini adalah sebuah himpunan pandangan yang dicoretkan secara peribadi sepanjang tahun 2016 -
2018. Ia adalah refleksi kepada beberapa isu dan perkembangan semasa. Oleh kerana penulis berpeluang
terlibat dalam beberapa program penyantunan kepada golongan LGBT, justeru coretan berkaitan isu LGBT
adalah amat dekat di hati serta mendominasi dalam penulisan ini. Secara umumnya, ia adalah sebuah
percubaan penulis untuk melihat kepelbagaian isu melalui perspektif pertengahan.

Penulis terlibat dengan Yayasan Ihtimam Malaysia (YIM), sebuah NGO yang melaksanakan pelbagai
program berkaitan isu sosial melibatkan masyarakat Islam dalam negara. Penulis boleh dihubungi di
alamat email sazaha83@gmail.com.

4
Hijrah Safie Ilyas

Islam itu bukan hanya reaktif dan responsif. Bukan juga bermusim sifatnya. Bukan hanya hadir pada waktu
dan ketika tertentu. Ia sentiasa ada pada setiap ketika. Menunjuk jalan, menawarkan bimbingan.

Pada saat beberapa coretan berkaitan teman-teman LGBT dinukilkan sebelum ini, berita hijrah Safie Ilyas
pula mewarnai media. Benar hidayah datang dalam pelbagai cara. Walau apapun asbabnya, ketika ia
datang menghinggapi hati, bantulah menyuburkan ia.

Pabila ditanya wartawan, apa yang menggerakkan hijrah pada dirinya, kata Safie, rezeki berlimpah diberi
Tuhan kepadanya mengingatkan dia kepada tanggungjawabnya kepada pencipta. Sungguh benar nikmat,
termasuk kekayaan itu ujian Tuhan. Sama ada semakin mendekatkan atau semakin menjauhkan. Antara
dua pilihan itu, Safie memilih untuk kembali, mendekatkan diri kepada penciptanya.

Pernah dinukilkan suatu waktu dulu, pada saat seseorang merasa sedar dari kegelapannya, menghulur
tangan mencari bimbingan, sambutlah tangannya. Kepada Safie, ramai yang mahu membantu dalam jalan
penghijrahan ini. Jakim juga yang saya tahu, ada menganjurkan program intervensi kerohanian berbentuk
perkhemahan 3 hari 2 malam, menyantuni komuniti Maknyah semenjak tahun 2011 lagi. Di dalamnya
terkandung pengisian meliputi 5 komponen utama iaitu kesedaran kerohanian, pengetahuan asas agama
seperti akidah dan fardu ain, motivasi diri dan kerjaya, kesedaran kesihatan seperti HIV, penyakit berjangkit
dan lain-lain, serta aktiviti kecergasan fizikal.

Saya setuju apa kata Safie, menyantuni manusia itu harus bertahap, sesuai dengan prinsip dakwah dalam
Islam. Jika Safie membaca post ini bolehlah jenguk-jenguk program Mukhayyam Jakim, dapat juga
berkongsi, bertukar pengalaman dengan rakan-rakan Maknyah yang lain nanti, dapat juga menjadi jariah
bermakna kelak. Saya amat yakin, ramai yang mendoakan agar Safie Ilyas terus diberi kekuatan dan
istiqamah dalam penghijrahan bermakna ini.

5
‘Halalkah Aku’

Nisya Ayub saya kenali melalui ucapannya di pentas antarabangsa melalui youtube. Saya juga menonton
dokumentari bertajuk ‘Halalkah Aku?’ luahan hatinya menjalani kehidupan sebagai Transgender
(Maknyah). Latarbelakang hidup dan pengalaman yang dilaluinya sepanjang kehidupan, barangkali
mempengaruhi cara dia melihat kehidupannnya. Ucapannya sentiasa dipenuhi dengan semangat
memperjuangkan sesuatu yang dipercayainya sebagai hak yang perlu ditegakkan. Saya masih ingat
sewaktu dia menceritakan apabila dia pertama kali bertemu abangnya setelah berpisah sekian lama,
terkejut mendapati abangnya juga seorang Maknyah. Kerana itu dia meyakinkan dirinya menjadi Maknyah
itu adalah suatu warisan atau genetik keluarga walaupun tidak ada fakta yang kuat bagi menyokong
pandangan ini secara saintifik.

Pengiktirafan kepada Nisya Ayub dalam memperjuangkan hak Transgender di Malaysia oleh Amerika
Syarikat, sudah tentulah boleh dibaca sebagai sebahagian daripada siri-siri pengiktirafan kepada
perjuangan hak asasi manusia menurut acuan barat. Ironinya, hak asasi manusia, terutamanya sebagai
seorang muslim sepertimana ditekankan berulang kali, haruslah dibaca bersama Deklarasi Kaherah
mengenai Hak-Hak Asasi Manusia dalam Islam atau Cairo Declaration of Human Rights in Islam (CDHRI).
Justeru ia seharusnya mempromosi dan menggalakkan penghormatan terhadap hak-hak manusia dan
kebebasan asasi untuk semua, khususnya mengenai orientasi seksual dan identiti jantina (OS/IJ) yang
bersesuaian dengan syariah Islam dan perlembagaan Malaysia. Hak yang dilindungi itu ialah hak OS/IJ
seseorang yang menepati fitrah dan bukannya hak yang menyalahinya seperti perlakuan Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender (LGBT), melainkan Transgender yang benar-benar mengalami kekeliruan
jantina tertentu yang dipersetujui Syariah dan pakar sains. Namun begitu, hak asasi LGBT sebagai lelaki
atau perempuan adalah tetap dilindungi.

Apa yang ditunjukkan oleh Nisya Ayub ini tidaklah semestinya menggambarkan pendirian golongan ini
secara keseluruhannya. Pada waktu ini, ramai rakan-rakan transgender seperti Nisya sedang berusaha
melakukan penghijrahan dan telah kembali menjalani kehidupan fitrah. Bahkan sebahagian mereka begitu
aktif menggerakkan aktiviti-aktiviti kesukarelawan melalui pertubuhan-pertubuhan seperti Pertubuhan Amal

6
Firdausi (PAFI), Persatuan Insaf Pahang (PIP), Pertubuhan Darul Modahish dan pelbagai lagi. Kembali ke
jalan yang benar menurut neraca Syariah, walaupun sukar harus diusahakan. Masyarakat harus bersedia
menghulurkan tangan memberikan bantuan dan bimbingan bagi usaha penghijrahan ini. Pengiktirafan dan
sokongan yang lebih kuat sepatutnya diberikan kepada usaha yang dilakukan oleh rakan-rakan ini.

Jika berpeluang, saya juga mahu menemui Nisha secara peribadi agar dapat bertukar-tukar pendapat dan
pandangan. Di hadapan kita sentiasa ada dua jalan untuk kita pilih. Jalan kebenaran atau jalan kepalsuan.
Berlaku adillah kepada diri kita. Benar kita mempunyai kebebasan untuk memilih, tetapi Tuhan telah
menyediakan petunjuk yang jelas bagi kita membuat pilihan yang sebenar.

7
Ratu Cantik Maknyah

Saya dihubungi oleh rakan sehari sebelum kejadian, bertanya tentang event ‘Ratu Cantik’ Maknyah yang
khabarnya akan diadakan pada Ahad malam di Kuala Lumpur. Walaupun terlibat dengan beberapa
program menyantuni komuniti (Maknyah), tidaklah banyak yang saya tahu tentang aktiviti-aktiviti lain
mereka. Pun begitu, ada rakan-rakan memaklumkan memang sentiasa ada majlis-majlis seumpama itu
dianjurkan terutamanya sekitar Kuala Lumpur. Hari ini saya membaca berita di group-group whatsup rakan
komuniti tentang raid JAWI di Renaissance Hotel terhadap majlis yang dikhabarkan.

Tidaklah saya ketahui secara tepat situasi yang berlaku pada raid berkenaan. Saya hanya membacanya
melalui ulasan di beberapa status facebook. Saya amat yakin dan percaya, rakan-rakan di JAWI
melaksanakan tugas dengan baik dengan tindakan yang berasas. Sudah tentu mereka punya penjelasan
terhadap segala aspek SOP yang menjadi rujukan dalam rutin mereka menjalankan tugas. Hak untuk
bersuara, berhimpun dan berekspresi walaupun dibenarkan dalam undang-undang negara, masih tertakluk
kepada piawaian syariah bagi muslim dan interpretasi konteks kesusilaan bagi negara Malaysia tercinta.

Melalui gambar-gambar yang diviral rakan-rakan, saya dapati ada rakan-rakan Maknyah yang dikenali
terlibat dalam majlis berkenaan. Ada juga rakan-rakan dari NGO yang dikenali hadir bersama dalam majlis
berkenaan. Ada pelbagai cara dan aktiviti lain yang boleh dianjurkan yang lebih bersesuaian dilakukan
misalnya aktiviti kesukarelawanan jika tujuannya bagi kutipan dana. Pilihlah jalan damai yang lebih harmoni
sifatnya agar perbuatan kita kelak tidak menyukarkan diri sendiri dan orang lain.

Islam selain daripada aspek dakwah dan pemujukan, terkandung juga aspek hukuman dan
penguatkuasaan. Dalam sesetengah keadaan ia perlu sebagai peringatan agar kita tidak berterusan
tersasar dan merasa sesal kemudian. "Hai Nabi, Sesungguhnya kami mengutusmu untuk menjadi saksi
(terhadap umatmu), pembawa kabar gembira (kepada orang yang beriman) dan pemberi peringatan
(kepada orang yang ingkar). Dan untuk menjadi penyeru kepada (agama) Allah dengan izinNya dan
sebagai cahaya yang menerangi." (33 : 45-46)

8
Disamping keluasan rahmat dan hikmah Islam, ada aspek thubut (tetap) yang tidak boleh dikompromi
secara prinsipnya. Kepada diri saya dan rakan-rakan, kita telah dianugerahkan untuk berada dalam nikmat
Islam walau melalui cara apapun. Hargailah ia dengan menjadi muslim yang baik melalui taat dan akur
pada titah perintah yang ditetapkan. Pilihlah jalan hidup yang berupaya menyelamatkan kita pada hari kita
bakal dipertemukan dengan Tuhan kelak.

9
I’am Gay and I’am Atheis

Semenjak dua menjak ini, isu berkaitan Lesbian,Gay,Biseksual, dan Transgender (LGBT) sentiasa menjadi
perhatian lensa berita. Ia amat mudah menjadi bahan sensasi. Justeru penerimaan status pelarian seorang
rakyat Malaysia, Hazim Ismail, pelajar Universiti Winnipeg yang secara terbuka mengaku seorang gay dan
atheis oleh kerajaan Kanada, adalah sesuatu yang sudah diramal dan tidak sukar untuk dijangkakan.
Lebih-lebih lagi pada saat perjuangan atas nama Hak Asasi Manusia dalam acuan barat dicanang hebat
dan diberi penghargaan antarabangsa.

Suatu ketika, pada awal membaca berita Hazim Ismail di media, saya pernah berbual dengan teman,
perlukah kita menemuinya, bertanya khabar berkongsi rasa, jauh dari lubuk hatinya, mengapa memilih
membawa diri meninggalkan negara, membuang agama. Perlukah kita bertemu kedua orang tuanya,
mencari jalan damai, mendengar luahan rasa, membantu apa terdaya. Barangkali posisi berbeza
menyukarkan bicara. Di antara kekesalan dan luluh rasa orang tua berbanding nekad pilihan si anak.

Tabiat manusia mencari di mana dia boleh diterima, apabila rasa dibuang dan ditolak. Kepada Hazim
Ismail, saya temui ramai rakan seperti anda di sini. Tetapi mereka berjuang, berjihad memperbaiki diri dan
berusaha hidup mematuhi norma, tidak tergamak membuang agama. Tidak perlu dizahirkan perlakuan
yang jelas menyalahi prinsip agama. Selama itu kita diterima masyarakat. Ia urusan kita dengan Tuhan. Ia
suatu ujian pada diri setiap manusia yang perlu dihadapi dan pasti diganjari Tuhan pada akhirnya dengan
kebaikan yang banyak apabila berjaya melepasinya.

Suatu ketika saya pernah berbincang dengan teman-teman, di antara menyelamatkan akidah dan
perlakuan songsang (LGBT). Justeru biarlah ada penerimaan masyarakat, tetapi sudah tentulah
penerimaan yang bersyarat. Penerimaan dengan bimbingan dan ingatan agar berubah menjalani
kehidupan fitrah. Mereka mungkin abang, adik, kakak, isteri, suami, atau keluarga kita. Justeru menjadi
tanggungjawab kita bersama untuk membantu dalam jihad mereka meninggalkan perlakuan dilarang
agama (LGBT).

10
Kepada Hazim Ismail, moga kau temui semula sinar hidayah. Katakanlah (Wahai Muhammad), Wahai
hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, (dengan perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.
Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al Zumar 39 : 53)

11
Lepak LGBT

Lepak santai di KFC Sauja Putra malam tadi memang best..ia menemukan rakan-rakan yang melakukan
kajian dalam bidang berkaitan LGBT. Bro A baru bergelar doctorate tahun lepas. 3 orang lagi bakal
mendapat gelaran itu dalam masa terdekat. Yang tak doctorate malam tu..aku je  Bro A paling muda
dalam kalangan kami. Buat kajian tentang perbincangan ulama’ berkaitan tafsir ayat al Quran tentang
perlakuan LGBT kaum Nabi Luth. Sampai suatu peringkat, extend perbahasan dia tentang apakah konsep
perkahwinan sejenis mempunyai ruang di dalam Islam. Menarik..Bro A kata untuk discussion ruang itu
ada..tapi mengakui ia pandangan yang janggal dan terpencil..

Bro Y buat kajian psikologi. Konflik di antara kepercayaan agama dengan menjadi seorang Gay. Dia kata
banyak kajian dibuat di barat yang bias dan guna sampel yang terhad dan terpencil. Kadang-kadang yang
menghalang seseorang untuk come out sebagai Gay tu bukan hanya sebab agama, tapi sebab tradisi
keluarga, norma masyarakat dan faktor-faktor lain. Pengkaji-pengkaji ni guna kerangka psichologist yang
meletakkan self actualization tu sebagai kemuncak kesejahteraan psikologi manusia. So kita dikira cukup
sihat kalau boleh come out to say ‘I am Gay n I am Ok’…macam biasa dengar je ni kalau tak berani
declare..stay in the closet..katanya kita denial..tak cukup sejahtera psiko…Bro Y kata kenapa kita mesti
guna teori tu. So..dia guna kerangka seorang psichologist barat juga..yang menyebut jika kita boleh
mencapai sejahtera dengan apa yang kita percaya.. ia juga boleh jadi ukuran sejahtera psiko. Kalau agama
kata tak boleh..then tak perlu nak lawan baru boleh sejahtera jiwa. Ramai je LGBT yang Islam..tapi bila
ditanya..mereka akui perbuatan tu menyalahi agama, tidak pula berusaha membenarkan perlakuan..tapi
masih menjalani hidup LGBT. So..meraikan kepercayaan agama mungkin mewujudkan konflik nilai tapi
tidak membuatkan mereka melepaskan agama.

Bro Z buat kajian LGBT perspektif Human Right. Dia kata perbahasan ni banyak menyentuh reletivisme
budaya. Human right diterima sebagai deklarasi sejagat. Tapi secara kontekstual ia masih tertakluk dengan
pegangan budaya setempat. Rata-rata responden kajian yang dia temui menganggap menjadi LGBT
sebagai kebebasan individu. Walaubagaimanapun perspektif Human Right ni sentiasa dibaca bersama
Islamic Declaration Of Human Right. Deep sungguh perbincangan ni..

12
Bro I pulak buat kajian perspektif LGBT muslim tentang perlakuan LGBT dan konsep perkahwinan.
Again..rata-rata responden menganggapnya sebagai pilihan individu..tapi tidak pulak cenderung
menggunakan hujah agama untuk menjustifikasikan perlakuan dan pilihan itu.

Sambil makan ayam KFC 2-3 ketol..ada dessert agar-agar laici pulak bawak dari kampong..perbincangan
malam tu jadi sangat unik, menarik, dan kaya dengan info. Sesekali menyentuh jugak istilah gender dan
sex dalam perspektif Islam, barat dan tradisi nusantara.

Kami pada malam itu boleh bersetuju..Islam adalah agama yang menawarkan jalan penyelesaian kepada
permasalahan kehidupan manusia..kerana itu ia tidak semata-mata dianggap sebagai kepercayaan tetapi
juga suatu cara hidup. Justeru ia harus berupaya menyerlahkan fungsinya itu..kami bersetuju perbezaan
pandangan sentiasa wujud, harus diraikan dan tidak harus dipaksa ke atas orang lain.
Walaubagaimanapun kritikan kepada hujahan agama itu harus terlebih dahulu dibuat melalui penguasaan
terhadap ilmu turath/teks klasik yang menjadi syarat paling asas pintu ijtihad itu dibuka. Berhujahlah
dengan asas keilmuan, disiplin dan adab..akuilah jika kita khilaf dalam pandangan. “Katakanlah (Wahai
Muhammad), kemukakanlah bukti kebenaranmu, jika kamu orang yang benar” – al-Naml : 64

13
LGBT dan Mustad'afin

Dalam wacana perjuangan hak asasi manusia dan keadilan sosial, pembelaan terhadap golongan
mustad'afin menjadi sebahagian daripada agenda utama.

Siapakah golongan mustad'afin menurut pandangan Islam? Ia boleh dirumuskan sebagai kelompok yang
lemah dan lazimnya memerlukan pembelaan dan pemberdayaan. Sama ada dalam aspek ilmu/kejahilan,
pemilikan harta/kondisi ekonomi, lemah fizikal, serta tidak memiliki kebebasan diri/terbelenggu.

Dalam konteks semasa, mustad'afin juga disebut sebagai komuniti marginal, golongan rentan atau
kelompok terpinggir. Justeru apakah golongan LGBT termasuk dalam kelompok mustad'afin? Saya
katakan ya. Berdasarkan beberapa pandangan fiqh semasa.Bukan kerana mereka ditindas atau dinafikan
untuk mendapatkan hak yang bercanggahan syariat, tetapi kerana dibelenggu kesongsangan nafsu dan
sebahagiannya dibelenggu ketidakmampuan ekonomi bagi menyara kehidupan.

Bagaimanakah Islam berinteraksi dengan kelompok mustad'afin ini? Setiap pihak bertanggungjawab
menyantuni golongan ini melalui bimbingan spritual/agama dan berusaha mengupayakan survival
hidup/ekonomi mereka. Melalui program dan institusi zakat yang wujud dalam tradisi Islam misalnya, Majlis
agama Islam negeri-negeri tertentu telahpun menyenaraikan LGBT dalam kalangan asnaf zakat di bawah
kategori al-Riqab berdasarkan tafsiran fiqh yang lebih luas atas justifikasi dibelenggu ketidakmampuan
ekonomi dan belenggu nafsu.

Justeru pelbagai bentuk aktiviti latihan dan bimbingan telah mula diberikan kepada komuniti ini.Ia
dilaksanakan melalui bantuan perniagaan,tajaan umrah, kelas bimbingan agama dan fardu ain sama ada
oleh agensi agama, NGO atau orang perseorangan. Hatta dalam aspek kesihatan misalnya, golongan ini
diberi hak yang sama sebagai anggota masyarakat dalam mendapatkan rawatan kesihatan yang
diperlukan.

Walaubagaimanapun, penyantunan ini sudah tentulah hadir dengan syarat dan asas tertentu, bukan juga
dalam kapasiti mengiktiraf kebenaran perlakuan LGBT yang menyalahi syariat secara prinsipnya. Justeru

14
jika ditanya bagaimana Islam seharusnya berinteraksi dengan mustad'afin ini, Ia bukan hanya dilihat dalam
perspektif hukuman,tangkapan dan perundangan semata-mata tetapi juga harus menolak sikap
diskriminasi dan buli atas prinsip manusiawi.

Islam juga harus menawarkan penyantunan dan bimbingan yang berterusan agar mustad'afin ini kembali
menjalani kehidupan sosial yang sejahtera serta bertepatan fitrah dan syariat. Ia bertepatan dengan
saranan al Qur'an agar bertolong bantu dalam perkara kebaikan dan taqwa bukan dalam perkara dosa
serta permusuhan.

15
LGBT dan HIV

Tidak ada salahnya pada kenyataan yang mengaitkan perlakuan LGBT dengan gangguan jiwa dan
penularan HIV. Kita penuh sedar berkenaan fakta penularan HIV disebabkan pelbagai faktor termasuklah
melalui pertukaran jarum suntikan oleh pengguna dadah (IDU), aktiviti seks hetroseksual, pekerja seks dan
aktiviti seks homoseksual.

Walaupun secara perbandingannya penularan HIV melalui aktiviti seks homoseksual masih rendah, tetapi
ia sudah mula memperlihatkan trend peningkatan yang ketara.Berdasarkan statistik Kementerian
Kesihatan Malaysia, jangkitan menerusi seks menyumbang lebih 78 peratus kes baharu pada tahun 2014,
berbanding 25 peratus kes pada tahun 2005. Daripada faktor jangkitan menerusi hubungan seks, 50
peratus adalah menerusi hubungan heteroseksual, manakala 28 peratus adalah melalui hubungan
homoseksual. Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia menjelaskan terdapat
trend peningkatan jangkitan HIV menerusi hubungan seks sesama lelaki (MSM). Jangkitan HIV melalui
hubungan homoseksual meningkat hampir tiga kali ganda kepada 984 kes pada 2014 berbanding 301 kes
lima tahun sebelumnya.

Dalam perspektif Islam, sebarang perlakuan menyalahi syariah secara prinsipnya adalah ditegah oleh
agama. Justeru pendekatan pencegahan (al-wiqayah) adalah menjadi keutamaan. Mencegah itu lebih baik
daripada mengubati (al-wiqayah khair min al ‘ilaj). Menyingkirkan kemudaratan (eliminate harm) itu adalah
lebih utama berbanding mengurangkan kemudaratan (harm reduction). Usaha untuk menutup ruang
kemaksiatan (sad al-zarai’) itu sentiasa menjadi keutamaan. Walaubagaimanapun, Islam tidak pernah
menyokong sebarang bentuk diskriminasi dan stigma terhadap sesiapapun dalam haknya untuk
mendapatkan bimbingan dan nasihat agar meninggalkan perbuatan maksiat serta mendapatkan sebarang
bentuk perawatan kesihatan yang diperlukan.

Kerana itu, di samping pendekatan menutup terus ruang kemudaratan, wujud juga kaedah memilih antara
dua kemudaratan (akhaf al-darurain) dalam kes-kes tertentu secara khusus. Oleh itu usaha untuk
menggalakkan lebih ramai tampil melakukan pemeriksaan HIV, diberikan pendidikan kesihatan berkaitan,
serta perawatan adalah tidak bersalahan dengan ajaran Islam. Seorang jururawat kesihatan pernah

16
berkongsi rasa dengan saya, tentang rasa bersalahnya pada peringkat awal terhadap tugasannya yang
banyak terlibat dengan kerja-kerja mendekati,serta memberikan kesedaran dan pengetahuan berkenaan
HIV kepada kumpulan berisiko dijangkiti termasuklah dalam kalangan mereka yang mengamalkan
perlakuan homoseksual. Apakah memberi nasihat seumpama pakai kondom, jangan bertukar pasangan,
lakukan pemeriksaan HIV kepada golongan (homoseksual) ini perkara yang salah? Saya katakan kita
memberikan bantuan dan melakukan tugasan dalam kapasiti masing-masing. Niatnya adalah untuk
membantu agar HIV tidak menular. Ia bukanlah bertujuan menggalakkan perlakuan menyalahi syariah.
Justeru apabila tiba bab hukum dan prinsip, kita wajib bercakap perkara yang sebenar. Mereka harus
diberitahu, dibantu dan dibimbing supaya berusaha meninggalkan terus perlakuan (homoseksual) atau apa
sahaja perlakuan lain yang bercanggah dengan tuntutan agama. Berikan pendedahan ilmu misalnya
panduan oleh Ibn Qayyim al-Jauzi, tentang bagaimana Islam mengajar manusia mengendalikan nafsu
supaya pada akhirnya perlakuan dilarang tersebut dapat ditinggalkan.

Saya bertemu ramai mereka yang dijangkiti HIV pada usia awal 20-an. Bahkan berdasarkan maklumat
rakan-rakan, ada yang dijangkiti seawal usia 14 tahun akibat aktiviti seks homosekual. Justeru perlakuan
ini tidak wajar dibiar menjadi trend dalam masyarakat. Plan Nasional Mengakhiri Aids 2016 – 2030 tidak
hanya menggariskan usaha memberikan kesedaran dan menggalakkan mendapatkan pemeriksaan dan
perawatan semata-mata, tetapi dokumen itu turut memasukkan usaha menyingkirkan
kemudaratan (eliminate harm) melalui program bimbingan kerohanian dan kejiwaan agar dapat
meninggalkan perlakuan menyalahi syariah ini terutama dalam kalangan orang Islam. Walaupun sudah
tentulah lazimnya proses perubahan itu berlaku secara bertahap, namun ia juga harus diberi sokongan
yang jitu oleh semua pihak. Hakikatnya perbuatan menyalahi syariah akan memberikan implikasi negatif
kepada kehidupan manusia termasuklah implikasi kesihatan pada akhirnya. Bagi muslim, insafilah hikmah
yang terkandung pada tiap-tiap aturan (syariah) yang dibikin Tuhan.

17
DSD dan LGBT

Di celah-celah isu LGBT, ada isu DSD.

Saya membaca suatu dokumen yang menyebut Disorder Sexual Development (DSD) adalah kecelaruan
perkembangan jantina sama ada aspek genital, kromosom, atau gonad. Khunsa atau interseks misalnya
adalah suatu kecacatan jantina. Ia dibincangkan dalam karya fiqh klasik dan perubatan moden. Kaedah
penentuan jantina muktamadnya bergantung kepada pemeriksaan terhadap aspek-aspek ini. Paling lemah
kaedah penentuan boleh dibuat melalui kecenderungan perasaannya.

Ia berbeza dengan isu Gender Identity Disoder/kecelaruan identiti gender atau LGBT.
Walaubagaimanapun ia masih berkaitan. Ada garis halus (grey area) yang memisahkan antara dua isu.
Cuma kita didominasi perbincangan berkaitan LGBT berbanding DSD atau khunsa.

Saya temui seseorang yang telah dibesarkan lebih 30 tahun sebagai wanita, pada akhirnya nekad bertemu
pakar menjalani pemeriksaan kromosom kerna sekian lama menanggung rasa tertekan dan denialnya
sebagai wanita. Dia menjalani kehidupan sebagai wanita pengkid. Ternyata hasil pemeriksaan dia
mengalami kecacatan pada kromosom seks dan mengalami simptom DSD pada genetalianya. Dia
mengalami hermaphrodite. Khunsa musykil dalam perbahasan fiqh. Justeru di samping penjelasan
berkaitan isu LGBT disampaikan kepada masyarakat, pendidikan dan kesedaran berkaitan isu DSD juga
harus diberikan. Agar golongan minoriti yang benar-benar diberikan hak dalam Islam seperti golongan
yang mengalami DSD ini mendapat pembelaan dari sifat rahmat Islam.

18
Umrah Bekas Maknyah

Saya mengiringi seorang kenalan hari ni di lapangan terbang. Menghantarnya untuk menunaikan umrah.
Pada riak wajah dan air mukanya saya yakin dia pergi dengan kesedaran jiwa, persiapan fizikal, harapan
hati.

Tinggalkanlah sebentar skeptikal kita. Saya teringat sebuah drama karya pengarah terkenal Erma Fatima,
sebuah sindiran tajam dan satira sinikal masyarakat terhadap golongan artis yang pergi menunaikan
umrah. Kadangkala yang disangka buruk itu lebih baik dari kita.

Moga Allah ganjari semua penyumbang dengan kebaikan yang banyak. Moga Allah beri kesihatan,
kekuatan, kemudahan dan kelapangan untuk Emy menyempurnakan ibadah umrah. Doa keluarga, teman-
teman mengiringi. Perbanyakkanlah juga doa utk diri sendiri.

Tidak perlu menjadi terlalu ideal. Cukuplah pulang membawa hijrah walau cuma selangkah. Doakan kami
juga ke sana. Moga beroleh umrah mabrurah.

19
International Day Against Homophobia and Transphobia (IDAHOT) dan Panel Transgender Pulau
Pinang.

Sudah ditegaskan berulangkali, tidak pernah dipersetujui sebarang bentuk diskriminasi dan kekerasan
kerna mulianya martabat insan. Mencerca, membuli, menghina itu tidak pernah menjadi perkara yang
diajar oleh Islam. Bahkan al Quran mengingatkan dalam satu ayat;

'Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang lelaki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi
yang dicela itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan mencela kumpulan
lainnya, boleh jadi yang dicela itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan
memanggil dengan gelaran yang mengandungi ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang
buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim'
(QS. Al Hujuraat :11)

Betapa Islam ke hadapan menyantuni hak manusiawi.

Pun begitu, perjuangan atas nama Hak Asasi Manusia (HAM) itu haruslah dibaca bersama Deklarasi
Kaherah mengenai Hak-Hak Asasi Manusia dalam Islam atau Cairo Declaration of Human Rights in Islam
(CDHRI).Justeru ia seharusnya mempromosi dan menggalakkan penghormatan terhadap hak-hak manusia
dan kebebasan asasi untuk semua, khususnya mengenai orientasi seksual dan identiti jantina (OS/IJ) yang
bersesuaian dengan syariah Islam dan perlembagaan Malaysia. Hak yang dilindungi itu ialah hak OS/IJ
seseorang yang menepati fitrah dan bukannya hak yang menyalahinya seperti perlakuan Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender (LGBT), melainkan transgender yang benar-benar mengalami kekeliruan
jantina tertentu yang dipersetujui Syariah dan pakar sains. Namun begitu, hak asasi LGBT sebagai lelaki
atau perempuan adalah tetap dilindungi.

Mengakui dan mengisytihar sesuatu perkara yang menyalahi syariat, bukanlah menjadi tuntutan dan
perkara yang dikira sebagai kemuncak kesejahteraan insan. Setiap orang harus menjadi dirinya sendiri,
tetapi sudah tentulah dalam acuan dan pedoman syariat. Kesejahteraan hakiki bagi manusia muslim itu

20
adalah dengan menjadi insan yang merealisasi kepatuhan dan penyerahan dirinya kepada Pencipta,
kerana ia tujuan utama manusia itu diciptakan.

Ayuh teman-teman LGBT, teruslah berjuang. Jangan mudah mengalah walau ia payah. Bukan berjuang
menuntut hak yang songsang, tetapi berjuang menagih reda Allah. Kepada keluarga, ibu bapa, rakan
taulan, bantulah dan doakanlah. Baikilah sikap kita. Dakwah bukan hanya pada hukuman tetapi juga pada
bimbingan. Moga teman-teman beroleh kemenangan yang hakiki bukan kemenangan yang dikaburi.

21
Irsyad Manji dan Perkahwinan Sejenis

Irsyad Manji namanya mula dikenali di Malaysia apabila acara mempromosikan bukunya Allah, Kebebasan
dan Cinta disekat masuk. Ketika itu ramai orang memberi respon pro dan kontra.Kata sebilangan orang,
tindakan menyekat tidak boleh berterusan dijadikan pendekatan bagi mengurus kepelbagaian pandangan
dan pemikiran. Hakikatnya kepelbagaian yang menyimpang harus dibentang, diperjelas dan diberi
pencerahan.

Irsyad Manji kini baru saja mengumumkan perkahwinannya dengan pasangan sejenis. Ia gagasan
berterusan mencabar dogma,norma dan undang-undang negara. Mutakhir ini pemikiran membenarkan
LGBT dan perkahwinan sejenis mula dibawa masuk atas hujahan agama, ijtihad baru. Seharusnya Prinsip
Yogjakarta diberi pengimbangan melalui usaha mendapatkan konsensus negara umat Islam serantau
berkaitan pendirian tegas mengenai LGBT dan perkahwinan sejenis.

Kepada rakan-rakan penyanjung idea Irsyad Manji, berlaku adillah dalam memberi penilaian. Metod
membentangkan literatur berasaskan nas dan perbincangan ulama terdahulu yang memiliki autoriti ilmu,
sebelum sebarang analisis dan rumusan baru dibuat harus menjadi panduan. Jangan begitu ghairah
mengangkat pandangan janggal dan terpencil. Kalaupun ia ada, bukan untuk dijadikan hujah umum.

Jangan pula mudah menuduh falasi bagi mereka yang berpegang tegas kepada pandangan turath dan
melabelkan jenayah ilmu atas sebab berpegang turath. Dikhuatiri kita juga melakukan falasi dalam
metodologi atas nama menyingkapi ijtihad baru.

Walaupun masyarakat berubah, dan fiqh sentiasa meraikan perubahan itu, tetapi kondisi masyarakat
bukanlah sumber hukum utama pada semua keadaan sehingga membelakangkan nas agama.
Perkahwinan Irsyad dengan pasangan lesbiannya adalah manifestasi seruan ijtihad baru atas nama agama
yang falasi.

Kebebasan seperti inikah yg kita mahu dalam kalangan masyarakat kita suatu hari nanti. Saya percaya
teman teman LGBT kebanyakannya tidak menjustifikasikan hujahan ini. Yang perlu kita lakukan adalah

22
penyantunan yang berterusan. Setiap orang melakukan kekhilafan dalam hidup. Dan sebaik-baik orang
yang khilaf itu adalah yang bertaubat kepada Tuhannya. Moga teman-teman hijrah terus istiqamah.

23
Respon Isu LGBT

Jawapan kita terhadap isu LGBT selalunya kaku. Selain dari sekadar menyebut undang- undang dan
norma masyarakat secara umum, perlu juga diberi perspektif komuniti sendiri dalam respon tu. Pandangan
jujur mereka tentang peraturan, norma, ajaran agama, serta apa bentuk kepuasan yang dicapai sebagai
LGBT jika itu benar dirasai. Ia suatu hujahan yang lebih bermakna. Kalau tak nanti orang akan kata kita
cakap itu ini tapi realitinya dalam masyarakat cara hidup ini berleluasa sekali. ‘Malaysia try to sweep the
issue under the rug.’

24
Rahmat Buat Maknyah

Suatu masa dulu pernah juga diperbualkan dengan rakan-rakan dan pensyarah dalam bidang psikologi.

Katanya mengambilkira kecenderungan gerakan perjuangan gender ketiga atau merujuk khusus kepada
maknyah yang semakin runcing, wujud kekhuatiran lambat laun akan mengancam sistem dua jantina
tamadun manusia yang pada asasnya hanya ada lelaki dan wanita.

Berdasarkan kerangka klasik fiqh Islam, Ia membenarkan pertukaran jantina berasaskan pembuktian
fisiologi seperti terkandung dalam keputusan fatwa semasa.

Dengan sifat rahmat Islam dan perkembangan teknologi pada masa akan datang, kaedah penentuan ini
mungkin boleh diperluas berteraskan aspek lain seperti perawatan hormon dan psikologi.

Tetapi sudah tentulah ia tidak boleh dipergunakan sewenang-wenangnya. Ia suatu pertimbangan


bersyarat. Misalnya sebelum mana-mana Maknyah dibenarkan melakukan pertukaran jantina, perlu
terlebih dahulu melalui beberapa stage rawatan. stage 1-rawatan hormon stage 2-behavioral change
therapy.

Setelah diperakui melalui siri-siri rawatan ini dan didapati masih tidak dapat dipulihkan, pertimbangan lain
harus diberi misalnya penukaran jantina.

Namun pada akhirnya ia harus memilih untuk menjadi lelaki atau wanita. Tidak ada gender ketiga.

Kita harus mempunyai cukup persediaan untuk mekanisme ini. Mewujudkan makmal percubaan misalnya.
Membuat kajian pro dan kontra kes penukaran jantina. Misalnya apakah benar-benar dapat berfungsi
sebagai wanita secara fisiologi, emosi/psiko, dan sosial dengan merujuk pengalaman peribadi maknyah
yang menjalani hidup setelah penukaran jantina. Pertimbangan ini juga mengambilkira aspek memelihara
agama dan akidah, dengan merujuk kes keluar agama kerana tidak dapat menukar jantina.

25
Idea ini mungkin kelihatan kontroversial dan tidak popular. Islam dari satu sisi harus kelihatan sentiasa
berupaya menawarkan jalan keluar kepada permasalahan hidup manusia disamping menzahirkan sifat
rahmat dan adilnya. Namun tidak sesekali mengenepikan aspek hukum dan peraturannya yang tegas.

26
Media dan Penghijrahan

Ada sedikit kekhuatiran pada perkembangan muttakhir ini. keghairahan dan sikap berlumba-lumba mahu
memberikan highlight berita kepada isu maknyah dan penghijrahan.

Walaupun dalam banyak hal, kita bersetuju media besar peranannya dalam membentuk persepsi awam
dan menggerak momentum perubahan, tapi ia tidak semestinya terpakai dalam semua keadaan.

Dalam peperangan persepsi itu kekadang kita berlebihan memberikan reaksi. Mungkin kerna jarang
mendapat peluru untuk menyerang balas.

Menjadi sentimen umum gemar sekali melihat perubahan kebaikan, tetapi apa yang lebih perlu adalah
prosesnya tidak hanya produk akhirnya.usaha mendekati dan bimbingan interpersonal secara berterusan.

Jika benar mahu menepis hujahan faktor genetik dan gifted yang dicanang barat, tulislah secara study
case.itu lebih bermakna. Tidak semestinya berbentuk publisiti dan sensasi media.

Saya pernah bertanya teman-teman Maknyah apa reaksi mereka terhadap berita penghijrahan di media, ia
mungkin excited diterima orang awam tapi diterima hambar oleh komuniti. Kerna faktor mendorong
seseorang terlibat, faktor mendorong perubahan tidak akan sama pada tiap-tiap orang untuk dirinya
merasa terkesan.

Tanpa menafikan sumbangan besar media kepada usaha dakwah, namun mempergiat usaha mendekati
dan membimbing itu lebih bermakna dari berlumba memberi publisiti. Boleh saja ia hanya disimpan
sebagai hujah bukan semestinya diangkat sebagai bahan sensasi.

27
Gejala Percabulan/Perlecehan Seksual di Sekolah Agama/Pusat Tahfiz

Isu ini lazimnya tenggelam timbul. Bermusim sifatnya. Kita semua menyedari akan kewujudan gejala ini di
Sekolah Agama/Pusat Tahfiz sama ada melalui berita akhbar atau sumber- sumber lain. Walaupun ia
bukanlah hanya semata-mata berlaku di sana.

Kita juga mengetahuinya melalui perbincangan dan perbualan dengan beberapa kenalan di sekolah
agama/pusat tahfiz. Bahkan ada permintaan dari sekolah agama/tahfiz untuk mengadakan program
penerangan tentang gejala perlecehan seksual khususnya berkenaan seks sejenis ini. Perbincangan
dengan beberapa orang pegawai perubatan di kementerian kesihatan juga mendedahkan, ada kes HIV
yang melibatkan tenaga pengajar di pusat tahfiz dan mengakui aktiviti liwat telah dilakukan melibatkan
ramai pelajar lain di situ.

Justeru, ia bukanlah suatu perkara baru. Ia mungkin manifestasi denial sindrom dalam kalangan
masyarakat kita serta taboo terhadap perbincangannya bagi kebanyakan orang. Suatu filem pendek
diterbitkan di chanel Youtube menggambarkan kisah seorang Rabbi dalam agama Yahudi di sebuah pusat
pengajian agama memperlakukan perlecehan seksual sejenis kepada anak-anak muridnya. Ia suatu
petunjuk bahawa gejala ini boleh berlaku di mana-mana,di pelbagai peringkat, melibatkan pelbagai latar
belakang orang. Bukan juga hanya melibatkan orang Islam.

Walaubagaimanapun setiap dakwaan haruslah dibuat mengikut tatacaranya. Mendapatkan bukti yang
sahih adalah dituntut pada semua keadaan bagi mengelak berlaku fitnah. Jika benar ia berlaku,
berusahalah untuk mendapatkan bukti. Kemudian berusahalah mencari jalan bersama untuk
menanganinya. Tidak perlu menafikan, tidak perlu sembunyikan. Kita juga tidak mahu generasi masa
hadapan yang sepatutnya dididik untuk menjadi manusia beragama, akhirnya melalui trauma dalam
hidupnya. Menjadi mangsa perlecehan seksual pada hari ini, menjadi pemangsa pada kemudian hari
dewasanya. Meneruskan kitaran penyakit sosial yang secara senyap membarah dalam masyarakat.

28
Tragedi Orlando

Islam adalah agama rahmat. Pengutusan Nabi Muhammad SAW yang membawa risalah Islam dinyatakan
secara jelas dalam al-Quran bermotifkan rahmat kepada seluruh alam. Dan tiadalah Kami mengutuskan
engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (al-Anbiya’ : 107)

Bahkan sejahtera dan damai yang menjadi maksud literal kepada perkataan Islam itu sendiri, sudah
mencerminkan mesej amannya kepada umat manusia. Nabi Muhammad SAW dalam mesej dakwahnya
kepada pembesar-pembesar Rom dan Parsi yang dihantar melalui surat baginda, merekodkan seruan
bernada hikmah ‘masuklah kamu ke dalam Islam nescaya kamu akan selamat.’

Justeru apa sahaja jenis kekerasan dan keganasan tidak pernah dibenarkan dijustifikasi atas nama Islam
walau kepada siapapun. Penerimaan terhadap risalah Islam dibuktikan melalui catatan sejarah, bukan
berteraskan peperangan dan kekerasan tetapi ajakan dakwah dan contoh tauladan.

Serangan tembakan terhadap komuniti LGBT di Orlando, walau dilakukan atas motif dan tujuan apapun,
tidaklah mewakili ajaran Islam sebenar. Kebencian kepada sesuatu golongan atas alasan apapun, tidak
sesekali memberi lesen untuk melakukan kezaliman kepada mereka. "Dan janganlah kebencianmu
terhadap suatu kaum membuatmu tidak berlaku adil. Berbuat adillah karena ia lebih mendekati
ketakwaan.” (Al Ma’idah: 8).

Namun simpati dan empati ini bukan bererti menjustifikasi perlakuan yang bercanggahan syariat. Bagi
muslim, Islam bukan hanya difahami secara literal sebagai agama selamat dan sejahtera, tetapi turut
difahami sebagai perinsip penyerahan diri dan kepatuhan kepada perintah dan larangan Allah. Kedatangan
Islam membebaskan manusia dari kegelapan jahiliyah, kezaliman kekufuran dan syirik. Segala macam
cara hidup dan aturan sosial yang bercanggahan dengan syariat Islam dibersih dan dimurnikan. Allah
Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada
cahaya (iman). (al-Baqarah : 257)

29
Bagi mereka yang melakukan maksiat dan khilaf dalam mentaati syariat, harus terus disantuni, dibimbing,
dinasihati dan ditetapkan hukuman jika perlu. Tiap-tiap manusia berhak mendapatkan nasihat dan
bimbingan dalam kehidupan.

Serangan keganasan, penindasan, kezaliman atas nama apapun oleh sesiapapun mesti dihentikan. Kami
bersolidariti untuk kedamaian dan kesejahteraan. Bersolidariti juga untuk kehidupan berteraskan syariat.
Katakan Tidak Kepada Perlakuan LGBT. Dekati Mereka Untuk Dibimbing dan Dinasihati. Say No To The
Behaviour of LGBT. Approach Them To Guide and To Advise.

30
Penghijrahan U-Turn Safiey Ilyas

Viral kisah U-turn Safiey Ilyas. Seviral kisah Hijrah beliau. Berdasarkan beberapa sumber yang dibaca
(Facebook Safiey Ilyas, Youtube, Berita Harian, Harian Metro, TV Al-Hijrah), keputusan Safiey untuk hijrah
disebabkan beberapa faktor. Misalnya sokongan keluarga, kesedaran diri dan orang perseorangan yang
mendekati (interpersonal). Bolehlah rujuk kembali sumber-sumber berita berkenaan untuk keterangan
lanjut.

Ramai orang memberi komentar terhadap penghijrahan ini. Sama ada dalam kalangan masyarakat awam
(outsider) mahupun dalam kalangan komuniti Maknyah (insider). Nisha Ayub saya petik komentarnya di
facebook menyebut Safie melalui proses pencarian identiti diri. Melalui transisi diri dari menjadi Maknyah
‘sementara’. Bukan Maknyah sejati katanya. Maknyah sejati itu barangkali seperti kata Nisya berulang kali,
walau dipenjara berulang kali, dikerat rambut, dipaksa berpakaian lelaki, akan terus hidup dan mati sebagai
Maknyah. Tegar sekali. Barangkali semangat ini melayakkannya menerima anugerah International Woman
of Courage di Washington DC.

Saya berbual dengan beberapa orang rakan komuniti di Kuantan, mood hijrah Maknyah kembali kepada
fitrah ini kebiasaannya menerima reaksi berbeza-beza dalam kalangan mereka. Kerna faktor mendorong
seseorang terlibat, faktor mendorong perubahan tidak akan sama pada tiap-tiap orang untuk dirinya
merasa terkesan. Saya katakan tak mengapalah, sekurang-kurangnya ia suatu petunjuk yang baik.
Sentimen dalam kalangan komuniti biasanya, hijrah berlaku pada mereka yang sudah berusia, tidak lagi
berada pada masa glamor dan kemuncaknya. Ironinya, Safiey masih muda, berada pada masa
kemuncaknya, berjaya kerjayanya, ada rupa, tetapi memilih jalan hijrah.

Kita semua percaya hidayah boleh datang dalam pelbagai bentuk oleh pelbagai asbab. Firman Allah dalam
al-Quran “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberikan petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,
tetapi Allahlah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang
yang yang mahu menerima petunjuk” al-Qasas : 56. Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
yang saya ketahui ada melaksanakan program penyantunan kepada komuniti LGBT termasuk
Maknyah/transgender semenjak tahun 2011 lagi, ia tidak boleh mendabik dada mendakwa perubahan dan

31
hijrah kebaikan itu berlaku kernanya. Semasa program Mukhayyam (program berbentuk perkhemahan
selama 3 hari 2 malam) melibatkan penyantunan kepada komuniti Maknyah di Sarawak baru-baru ini,
seorang wakil komuniti (Maknyah) menyebut dia sengaja membawa peserta dalam kalangan komuniti dari
pelbagai latar belakang menyertai program. Jangan pula terkejut kerna dia lulusan agama, belajar pondok,
dan pernah belajar di Jordan walaupun tidak menamatkan. Katanya, ada dalam kalangan peserta adalah
Maknyah tegar, ada juga yang sedang melalui proses penghijrahan. Ada yang berjaya dari segi kerjaya
ada juga yang mengalami masalah kerjaya dan ekonomi. Katanya lagi, dia membawa rakan dari pelbagai
latar belakang untuk memberitahu kepada kita, jika seseorang Maknyah itu membuat keputusan hijrah
dalam hidupnya, ia bukan hanya kerna menghadiri Mukhayyam Jakim, ia kerna banyak faktor, sokongan
dan bimbingan keluarga, rakan, masyarakat, kemahuan diri dan lain-lain.

Kebanyakan bimbingan lebih bersifat interpersonal (Dakwah Fardiah). Sebahagiannya kerna telah melalui
pelbagai detik hitam dan pengalaman perit dalam perjalanan hidupnya. Ada yang sudah hijrah (berubah)
sebelum menyertai Mukhayyam, kemudian melalui fasa pengukuhan apabila menyertai program
berkenaan. Ada juga Maknyah tegar sebelum menyertai Mukhayyam, beransur-ansur hijrah setelah
mengikuti beberapa siri Mukhayyam. Seorang Maknyah pernah berkongsi pengalamannya setelah
menyertai beberapa siri Mukhayyam, mengakui mengalami perubahan diri lebih baik secara beransur-
ansur semenjak mengikuti program berkenaan. Cabarannya ialah bagaimana dia mengekalkan momentum
perubahannya itu. Ia suatu jihad yang yang tidak mudah dan tidak difahami ramai orang.

Berita penghijrahan Safiey menjadi viral suatu ketika, tampil menjadi berita utama di beberapa akhbar dan
media. Siaran televisyen Alhijrah menyediakan liputan khusus berkenaan isu ini dalam siri Penghijrahan
Fenomena. Siaran televisyen RTM mengundangnya dalam sesi perkongsian hijrah. Sentimen awam
memberikan sokongan moral terhadap penghijrahan ini. Beliau diangkat sebagai selebriti. Walau
kadangkala media dilihat terlalu berlebihan dalam memberi hightlight kepada isu ini. Seorang teman
pernah mengesyorkan menjemput beliau dalam program talk show Jakim. Sungguh, ramai orang mahu
memberi liputan kepada isu Maknyah dan penghijrahan pada ketika itu. Rakan-rakan Maknyah di
Persatuan insaf Pahang (PIP) juga saya kira menerima tempiasnya. Banyak media mencari mereka untuk
bahan berita pada waktu itu.

32
Maaflah saya tidak berapa gemar sikap berlumba-lumba kita pada musim-musim tertentu. Orang lain juga
berhijrah, bukan hanya Safiey. Beberapa orang Maknyah juga berhijrah tetapi tidak menjadi hightlight
berita. Diangkat menjadi selebriti. Alhamdulillah, mereka masih istiqamah. Begitu juga, orang lain juga
relapse setelah hijrah, bukan hanya Safiey. Ia bukan bermakna kegagalan dakwah. Ia sunnah dalam
dakwah. Sunnah dalam kehidupan. Setiap orang melakukan kesilapan pada setiap masa berulang kali
dalam hidupnya, tetapi sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah yang bertaubat kepada
Tuhannya walau berulang kali. Sebaik-baik muslim ialah yang sentiasa beristighfar memohon ampun atas
dosa yang dilakukan kepada Tuhannya. Ia adalah proses biasa yang dilalui oleh semua orang dalam
perjalanan hidupnya. Bahkan Tuhan menggambarkan tentang hal ini dalam al-Quran. "Wahai Tuhan kami,
kami telah menzalimi diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan mengasihani
kami, tentu kami menjadi antara orang-orang yang rugi." (7:23). Tuhan juga menyeru kepada mereka
yang melampaui batas terhadap diri supaya tidak berputus asa dengan rahmat dan pengampunan Tuhan.
Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Jakim yang saya ketahui sehingga kini berterusan melaksanakan program penyantunan kepada komuniti
LGBT termasuk Maknyah. Bukan hanya Jakim, sebahagian orang dan pihak juga telah mula menyantuni
dan melaksanakan tanggungjawab bimbingan kepada komuniti istimewa ini. Teman saya di JAWI pernah
bertemu secara personal dengan Safiey. Ada kes syariah yang melibatkan dia katanya. Mungkin dia juga
mengambil kesempatan berbual dan berkongsi beberapa perkara dengan Safiey. Teman-teman NGO dari
Indonesia, yang melaksanakan program penyantunan kepada kelompok LGBT, yang pernah dikunjungi
dulu, juga minta kontak safiey pada saya. Saya juga pernah berbual dengan Cikgu Erin, bekas Maknyah
yang berhijrah, menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Safiey kerna Cikgu Erin juga mengenali
keluarga Safiey secara peribadi. Namun perjumpaan itu ditangguh kerna masa dan mood yang tidak
sesuai dan ada beberapa alasan peribadi lain yang dikongsikan Cikgu Erin. Pernah juga dicadang
diundang Safiey berkongsi pengalaman dalam program Mukhayyam bersama komuniti Maknyah di
Pahang. Setelah menerima beberapa pandangan daripada teman-teman, atas beberapa sebab undangan
itu juga ditangguhkan. Tak mengapalah. Kita tidak perlu mendesak dan gopoh dalam dakwah. Bukan
semua orang boleh kita dekati dan terjah sembarangan. Ia suatu proses yang berlaku secara semulajadi.

33
Keputusan Safiey melakukan U-turn walau atas sebab apapun bukan salah sesiapa. Apa yang perlu kita
lakukan? Ubahlah sikap kita. Sikap ghairah memberi perhatian apabila ada sensasi media. Reaktif dan
responsif tidak semestinya perlu dalam semua keadaan. Bahkan pada sesetengah keadaan tidak memberi
respon dan tidak menerima liputan juga adalah sebahagian daripada kebijaksanaan dakwah. Justeru
bercakaplah yang baik-baik, jika tidak, berdiam itu lebih utama dalam ajaran Islam.

Perubahan ke arah kebaikan itu sifatnya memang begitu. Terkadang jatuh, terkadang rebah. Waktu ini pun
saya yakin ramai orang mahu mendekati beliau. Menghulur tangan memberi sokongan. Setiap daripada
kita punya tanggungjawab. Sebagai keluarga, ibu bapa, adik beradik sedara mara, rakan, masyarakat.
Menjadi pembimbing, memberi nasihat, mendoakan yang baik. Jauhi menghukum, melabel, menfitnah,
mendoakan yang buruk, melempar tuduhan dan kata-kata sinis. Tepuk dada tanyalah iman. Untuk Safiey,
berikanlah dia ruang dan masa. Doakanlah. Fahamilah. Bimbinglah. Jika dia benar-benar berubah kerana
Allah, dia akan menemui semula jalannya. “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan
bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju
kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya
kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu
kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

34
Wanita Songsang

Saya adalah salah seorang yang gemar membaca idea menongkah arus perdana. Kata Edmund Burke
"To read without reflecting is like eating without digesting." Justeru sebahagian buku di rak adalah beraliran
indie. Ia adalah cabang seni dan teknik dalam menyampaikan pendirian dan ideologi.

Pelbagai isu yang 'berat' pada asalnya mudah diikuti dan diperolehi melalui penyampaian berbentuk
penulisan indie. Pelbagai tema yang diangkat dalam setiap penulisan termasuk pemikiran,agama,politik
sosial dan lain-lain.

Saya percaya idea-idea bersifat menongkah arus perdana harus juga dibentangkan dan didiskusikan, di
samping tindakan banned jika ia benar didapati bercanggahan epistemologi ilmu dan mempromosi idea
songsang atas justifikasi memelihara maslahah masyarakat.

Cuma dalam pesta buku baru-baru ini, kelihatan aliran indie yang membawa idea dan pandangan arus
perdana serta tema hijrah atau diberi nama indie Islami mula memeriahkan pasaran. Ia ditulis oleh
sebilangan anak muda yang gigih. Ia juga suatu bentuk perkembangan yang sihat walaupun sesetengah
menyifatkannya sebagai tindakan yang responsif.

Indie memang begitu sifatnya. Ia menyatakan sudut pandang penulis berdasarkan sandaran hujah dan apa
yang dia percaya.Straight forward bahasanya. Kadangkala provokatif disulami unsur satira dan sinikal. Jika
mahu bacaan yang lebih berat,bersifat akademik dan ilmiah,ada penulisan lain yang begitu seperti buku-
buku akademik dan kertas kajian. Pun begitu ada juga penulis yang mengaplikasi teknik akademik namun
dipersembahkan dalam bentuk indie. Ia pelbagai.

Walau apa jua bentuknya, sepertimana kita mahu idea kita dibaca tanpa judgemental, begitu juga kita
harus menerima idea dan pandangan orang lain.

Saya setuju dengan pandangan yang menyatakan sumber dan keutamaan rujukan dalam sesuatu bidang,
menjadikan kita mempunyai paradigma yang berbeza dalam sesuatu isu. Dalam perkara agama misalnya,

35
amat penting kerangka epistemologi ilmu islam dan metodologi pengambilan ilmu dititikberatkan agar
pemahamannya tidak songsang dan tersasar.

Tahniah penulis atas usaha yang sangat baik dan kesediaan kalian berdiskusi atas pertanggungjawaban
hasil penulisan. Moga lebih ramai anak muda mengambil bahagian dalam approach ini.

36
Jom Fahami al-Quran

Apa salahnya dengan kempen Lets read the Quran? Jika hasratnya untuk membumikan pemahaman al-
Quran dalam kehidupan awam, ia adalah sangat baik. Kritikan itu adakalanya banyak kebaikannya walau
sinikal bunyinya.

Masyarakat Melayu dulu di kampung-kampung , budayanya rajin menghantar anak-anak mengaji al-Quran.
Sesetengahnya belajar tarannum sampai jadi qari- qariah. Masuk tilawah kalah orang Arab. Ingat dulu
nenek-nenek kita, kalau sebut nama Hajah Rogayah Sulong tu minat bukan main. Lagi suka kalau ada
anak belajar sekolah tahfiz. Jadi alhafiz boleh tumpang syafaat katanya. Sampai kadang-kadang anak
nakal pun dihantar sekolah tahfiz untuk selesai masalah.

Kita sangat hati-hati. Pegang Quran kena ada wudu’. Jangan letak merata-rata. Cukup pantang. Letak
tempat tinggi, atas almari walau kadang-kadang dibiar berhabuk. Tapi pemahaman Quran tak rasa dekat
dalam hidup sehari-hari. Mungkin kerna budayanya bukan budaya pemahaman. Budayanya baca dan
hafaz.

Sekarang banyak usaha untuk budayakan pemahaman al-Quran dah dibuat. Tilawah al Quran ada baca
terjemahan. Majlis hafazan ada soalan terjemahan. Ngaji pagi-pagi di pejabat pun dah baca terjemahan.
Saya membaca buku Anas Zubedy tentang al Quran dalam hidupku yang cuba relatekan naratif hidupnya
dengan ayat al Quran. Al Quran kitab untuk semua. Bukan monopoli golongan tertentu. Ia inklusif bukan
eksklusif. Ia panduan juga pedoman.

Cuma, untuk memahaminya sudah tentulah ada aturannya. Tuhan sendiri menyebut di antara ayat Quran
itu ada ayat muhkamat ada ayat mutasyabihat. Barangkali ada yang boleh difahami apabila dibaca selapis.
Tetapi ada yang perlu dimengerti secara mendalam agar pemahamannya tepat, tidak tersasar. Maka
perlulah dirujuk kepada yang pakar. Para ulama’. Ibn ‘Abas misalnya diakui Nabi dikurniakan keupayaan
untuk memahami al Quran secara mendalam.

37
Jika tidak semua orang merasa boleh memberi tafsirannya sendiri tentang ayat al-Quran. Maka terjebaklah
ia dengan falasi dalam pemahaman. Akal walau dikurnia Allah dengan segala kelebihan tetapi juga datang
dengan keterbatasan. Sekadar renungan. Selamat memahami al-Quran.

38
UMNO, PAS, PKR atau AMANAH?

Pandangan ini mungkin tidak dipersetujui sebilangan orang.

Sewaktu membelek buku-buku lama kelmarin, terjumpa satu artikel yang ditulis oleh Dr Ismail Ibrahim yang
diterbitkan tahun 2003 sekitar isu umat Islam dan perpaduan. Artikel-artikel lain dalam buku ini didiskusi
oleh siswa siswi dalam tutorial sewaktu zaman student di UM dulu.

Tidak banyak bezanya situasi ketika artikel itu ditulis walau setelah 13 tahun berlalu. Jika waktu itu bicara
perpaduan umat Islam sekitar pertembungan dua parti terbesar melayu Islam, PAS dan UMNO. Hari ini
bukan hanya PAS dan UMNO, tetapi sudah ada PAS, UMNO, keadilan dan AMANAH. Lihatlah
perselisihannya tentang kerajaan perpaduan,deklarasi rakyat seakan tidak ketemu titik damai.

Saya bukanlah orang politik yang pandai membuat bacaan strategi politik yang bijaksana.Jika politik itu
boleh diterima sebagai perkara yang bersifat ijtihadi, harusnya kita boleh berlapang dada meraikan
kepelbagaian pandangan dan pendekatan.Ironinya suatu ketika dulu, sentimen politik itu seolahnya hanya
memilih antara dua. Dosa atau pahala, syurga atau neraka.

Pada waktu ini,saya hanya dapat melihat perbezaan pendangan dalam politik sebagai manifestasi kepada
perpecahan dan cabaran kepada perpaduan ummat.Sehingga kita berupaya menunjukkan kematangan
melalui sifat keterbukaan yang dibuktikan, barulah kepelbagaian parti politik itu boleh diterima sebagai
perbezaan yang membawa rahmat serta cerminan suburnya demokrasi Negara.

Justeru hari ini,jika ditanya apakah perpaduan umat melayu Islam itu lebih baik atau lebih buruk kondisinya
pasca pertembungan tradisi PAS dan UMNO. Saya yakin masing-masing dapat melihat jawapannya.

39
Al-Kisah TG Hadi Awang

Sudah lama tidak mendengar ucapan live Hadi Awang semenjak bersesak-sesak dengan orang ramai
untuk mendengar ucapannya ketika perasmian pertama kalinya pusat tarbiyah PAS Pengkalan Chepa
waktu zaman student dulu.

Petang semalam beliau hadir menyampaikan ucapan penangguhan dalam wacana Iran : lawan atau
kawan? di library (PPAS) Shah Alam. Impresif sekali naratif ucapannya.Konsisten pendiriannya semenjak
pertama kali mengenali sikap politiknya. Pada saat orang melabelnya sebagai rigid, tradisional, konservatif,
mengambil langkah ke belakang, terkandung hikmah bacaan politiknya atas semangat kepentingan negara
dan Islam.

Pendirian terbukanya terhadap kepelbagaian dan perbezaan pelbagai aliran pemikiran dalam Islam
berbeza sekali dengan persepsi yang dipotrey orang kepadanya. Keracauan yang melanda negara umat
Islam sama ada Iran, Syiria, Yaman, Saudi, Iraq kata beliau bukan isu pertembungan mazhab sama ada
Sunni vs Syi'i vs Wahabi. Ia turut dipersetujui Prof Mohd Abu Bakar dan Prof Kamaruzaman Yusof. Ia
adalah isu kezaliman pemerintah terhadap rakyatnya, pertelingkahan antara qabilah, protes minoriti yang
dipinggirkan, yang kemudiannya diambil kesempatan oleh Amerika dan Yahudi untuk campurtangan
meruntuhkan negara umat Islam.

Hakikatnya, sejarah telah membuktikan bagaimana Islam pada suatu ketika berinteraksi dengan
kepelbagaian kepercayaan dan aliran sama ada dalam Islam atau bukan Islam. Beliau memetik konsensus
persidangan fiqh sedunia yang mengiktiraf 5 mazhab Sunni (Syafii, Hanbali, Maliki, Hanafi, Zahiri) 2 Syiah
(Imamiah/ Ja'fariy, Zaidiyah/ Muktazilah) 1 Khawarij (Ibadiyah) sebagai aliran yang diterima dalam Islam.
Perbezaan fiqh dalam isu perkahwinan misalnya, sama ada Misyar, Mut'ah, Cina Buta tidak bermakna
memecahbelahkan umat.

Barat sengaja memberi label kepada perbezaan aliran dalam kalangan umat Islam. Kemudian ia dijadikan
senjata bagi melagakan umat Islam. Lalu berperang dan bertelingkahlah umat Islam sesama sendiri.
Situasi ini kelak membuka laluan kepada campurtangan barat yang akhirnya memusnahkan negara umat

40
Islam.Ia selari dengan pendedahan strategi barat melemahkan umat Islam dalam buku Civil Democratic
Islam sepertimana pernah disyarah oleh Akrim Omar dari IKSIM.

Salah seorang peserta dengan penuh emosi menyebut alangkah baiknya jika hanya ada muslim Sunni di
dunia. Kata beliau perkara itu selamanya tidak mungkin akan terjadi. Kepelbagaian itu tidak semestinya
memecahbelahkan. Justeru kesatuan umat Islam adalah kegerunan bagi musuh. Kekayaan muka bumi
negara umat Islam juga dicemburui.Oleh itu agenda penguasaan dan penjajahan tidak pernah luput.

Walaupun aliran pandangan ini kelihatan tidak popular pada masa kini, namun ada baiknya kita menekuni
secara mendalam agar dapat meletakkan pendirian yang jelas terhadap perkembangan yang berlaku
mutakhir ini.

41
Al-kisah Dato’ Wan Muhammad

Pengalaman paling peribadi saya bersama Dato Wan Muhammad, adalah semasa menjadi pegawai
pengiringnya sebagai pembentang dalam majlis persidangan raja-raja di Kuching Sarawak, ketika
bangunan DUN Sarawak yang baru, baru saja siap dan digunakan.

Walau apapun kritikan orang terhadap kelebihan dan kekurangannya, sifat santun budi dan hemah
tuturkatanya memang sukar ditandingi. Manakan tidaknya, semasa kami bersedia menaiki kenderaan
meninggalkan majlis, beliau nampak kelibat Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), lalu bergegas tinggalkan beg
digalas di tepi, berkejar untuk menyapa Tun yang ketika itu bukan lagi Perdana Menteri. Katanya untuk
bertanya khabar Tun yang dikhabarkan kurang sihat sebelum ini.

Kini, hari-harinya dipenuhi kesibukan dalam memberi sumbangan idea dan kudrat dalam beberapa NGO
dan agensi kerajaan selepas genap 5 tahun usia persaraannya dalam perkhidmatan awam. Kata beliau,
semangat tinggi kesukarelawanannya dalam perkhidmatan awam dan kerja-kerja NGO, ditarbiyah seawal
penglibatan masa mudanya dalam Persatuan Ulama Malaysia.

Hari ini kami berpeluang mendengar sebahagian naratif hidupnya dalam perkhidmatan awam. Pernah
melalui saat dipanggil bos kerna pandangan dan pendiriannya yang dilihat berbeza dengan arus perdana
oleh sesetengah orang. Mempertahankan fikrah dan ideologi dalam kerangka yang harmoni. Boleh jadi
kerna sifat hikmahnya dapat mendamaikan perselisihan itu sehingga diberi peluang menjawat posisi
tertinggi sebuah jabatan kerajaan.

Saya teringat pesannya, orang dakwah harus ringan mulut. Menegur sapa di mana saja peluang ada.
Patutlah staf penyambut tetamu yang jaga pintu di lobi hotel hilton di Kuching dulu pun kenal Dato
Wan.Tersenyum juga mengingatkan pesanan itu. Sebab saya bukanlah peramah orangnya.

Hari ini katanya, kesihatan mula rasa makin menurun, kekuatan fizikal dan lasak tidak lagi seperti awal
bersara dulu. Banyak perkara yang perlukan komitmen terpaksa dipertimbang kerana faktor masa dan
fizikal.

42
Banyak sekali nasihat yang kami dengar daripadanya hari ini. Nasihat dari seorang bekas Ketua Pengarah,
nasihat dari seorang ayah. Moga Allah terus kurniakan kekuatan dan kesihatan berpanjangan kepada
ayahanda.

43
Mustafa Akyol dan Liberalisme

Menelaah idea menongkah arus perdana sudah menjadi tabiat saya semenjak dulu. Saya tidak pernah
membuang tabiat ini. Baru-baru ini diadakan program pelancaran buku versi terjemahan Mustafa Akyol,
'Islam Tanpa Keekstreman', seorang jurnalist dari Turki, di concord hotel dalam suatu forum bersama IRF,
G25, dan Penang Institute. Penterjemahnya seorang doktor muda, very islamic in his appearence. Orang
kuat IRF barangkali. Turut hadir wan saiful dari ideas dan maszlee malek. Pada saat sebelah pihak
mempergiat program penerangan anti-extremism (IS), sebelah pihak lagi menyebut pihak autoriti agama
ekstrem dalam memahami dan menterjemahkan syariah. Pada saat sebelah pihak mengatakan mereka
mempromosi pendekatan wasatiyah, sebelah pihak lagi mengatakan merekalah voice of moderation. Pada
saat sebelah pihak melancarkan Indeks Syariah, sebelah pihak lagi mengatakan erti sebenar maqasid
syariah itu telah dimanipulasi dan gagal diterjemahkan. Pertembungan idea sedang dan sentiasa
berlangsung. Bagi melihatnya secara kritikan dalaman (al-naqd al dakhili), sejauhmana kita telah
mempersiapkan diri dengan pengetahuan. Agar tidak kabur tentang apa yang seharusnya dipertahankan.

Semalam pula saya menyertai perbincangan 'Apakah kepelbagaian diraikan dalam illeberal democracy
state' di Nottinghom University Kuala Lumpur. Turut hadir Dr Harlina Siraj mewakili Ikram yang barangkali
dilihat agak moderate dalam pandangan. Sesekali kelihatan ada getar pada suaranya apabila
mengutarakan pandangan dicelah-celah panel lain yang kelihatan lebih terbuka. Salah seorang panel
mengkritik keras kerangka Islamic state al Mawardi dalam Ahkam al Sultaniah yang menjadi rujukan utama
dokumen negara Islam Malaysia yang diisytihar Tun Mahathir pada 2001.

Panel juga tidak bersetuju dengan secular state era antartuk. Kekuasaan yang ekstrem sehingga
mengekang dan menekan pengamalan Islam. Agenda men‘turki’kan semua perkara hingga aspek
pengamalan agama. Walapun pada peringkat awal harapan diletakkan kepada AKP. Namun akhir-akhir ini
ia kelihatan turut terjebak dengan gejala menggunakan kekuasaan secara berlebihan (political abuse),
mula cenderung memaksa/ impose religious to others. Apabila ditanya model manakah terbaik setakat ini,
rata-rata panel secara konsisten dan berulang kali merujuk kepada Tunisia di bawah pentadbiran Rashid
Ghanoushi. Ideanya ialah Islam mewajibkan prinsip adil, equal, good governance, agihan ekonomi sama
rata dan lain lain. Menolak negara atas prinsip teokrasi, paksaan terhadap keyakinan dan cara hidup

44
rakyat. Perjuangannya mewujudkan masyarakat di mana kebebasan kepercayaan, pemikiran dan pilihan
terjamin. Sekali pandang mirip idea AMANAH.

Mustafa Akyol bila ditanya oleh seorang peserta bagaimana idea liberal Islam ini dapat dikembangkan
dalam keadaan Jakim mengeluarkan fatwa fahaman liberal adalah menyimpang dari ajaran Islam?
jawabnya, demokrasi dulu juga dianggap bukan dari Islam, pengundian juga dianggap sistem kufur, tetapi
keadaan berubah dengan realiti semasa. Sesuatu agama sudah tentu mempunyai peraturan dan perintah
yang perlu diturut, agama adalah sebuah keyakinan, to be a liberal muslim means I do it coz I choose to
do/be. Ia tidak harus berasas paksaan. Its a basis to us to become a sincere Muslim. Agama adalah
tentang hubungan individu dengan Tuhan yang dia yakini dan percayai. Tanpa perlu campurtangan orang
tengah, dalam konteks ini kekuasaan/kerajaan disifatkan memaksa agama kepada orang lain menurut
pahaman/acuan mereka. Sambil berjenaka dia menyebut jika kamu ada berkawan dengan orang Jakim,
pless share this idea.

45
Islam dan Perbezaan Pandangan

Islam tu sendiri unik dan fleksibel sifatnya. Sebab tu perbezaan pandangan dan pendekatan dirai dengan
adab bukan permusuhan. Konsisten pada jalan ahl sunnah wal jamaah kerna ia pendekatan pertengahan
yang diakui oleh kebanyakan sarjana muslim. Punyai track recod dalam sejarah ketamadunan. Tapi kita
belajar agama ikut-ikutan. Bila diserang mudah keliru. Gagal menjelaskan. Gagal mempertahankan.

46
Islam dan Pendidikan Seksual

Rumah siap, pahat masih berbunyi. Atau sebenarnya rumah belum pun siap lagi. Itulah perkara yang biasa
berlaku. Kata pakar strategik, sentiasa ada beberapa situasi penerimaan dan penolakan apabila sesuatu
dasar atau inisiatif baru diperkenalkan.

Isu pendidikan seksual sentiasa menjadi polimek dalam masyarakat.

Dalam hal menguruskan nafsu, bagi sesiapa yang berkemampuan, should be kawin. Itu solution agama.
Not necessary ajar guna kondom. Kalau tak mampu kawin, nabi pesan puasa. Kalau ikut prinsip, kita kene
sebut macam tu. Sadd al zarai’ (menutup ruang kemaksiatan). Tapi kalau tak dieducate safe sex ni kepada
golongan yang dah terjebak, diorang hentam saja. Bagi mudarat pada diri, beri mudarat pada orang lain.
Sebab tu kalau nak ajar guna kondom pada awam, saya reserve. Pergiatkan usaha jauhi atau jangan
hampiri terlebih dulu. Kerna itu yang diajar oleh agama. Sebab apa kadang-kadang kita mudah
belakangkan saranan agama? sebab kita lemah serba serbi. Takde jatidiri. Tak berdaya lagi bertarung
dengan segala macam exposure/pengaruh mendatang. Benarlah kata Nabi, penzina itu tak akan berzina
kalau ketika dia berzina ada iman padanya. Akhirnya kita terpaksa mengikut cara orang lain menyelesaikan
masalah.

Agama dari satu sudut kelihatannya dipinggirkan. Tidak berupaya menawar penyelesaian ummah bersifat
semasa. Bait-bait hikmahnya hanya dibaca dan dilagukan. Itu pun sering dipertikai penganutnya sendiri.
Segala macam saranannya hanya diperam dalam kitab atau karya turath. Sedih sekali.

Barangkali apabila kita boleh menawarkan pendekatan Islami dalam menghadapi isu seksualiti dan lain-
lain, itu lebih baik. Agar kita tidak akhirnya nanti terpaksa akur kepada telunjuk orang lain.

47
Manusia dan Perubahan Diri

Bimbingan dan penyantunan perlu dilakukan berterusan. Hari ini, setiap kerja buat diukur dengan segala
macam KPI. Key Performance Indicator. Tanpa menafikan segala perancangan strategik itu terpakai dalam
usaha dakwah, namun dakwah punyai sunnahnya tersendiri. Bukan semua perlu difikir dalam kerangka
saintifik, mahukan data bersifat statistik.

Seseorang pernah bertanya adakah berbaloi melakukan usaha dakwah terhadap mereka yang tidak
sedikitpun menunjukkan tanda perubahan bahkan lebih giat dalam kemaksiatan. Saya katakan potensi
manusia itu jauh dari apa yang kita jangkakan. Kerna itu yang perlu dilakukan adalah bimbingan
berterusan. Walaupun hanya seorang yang menjadi pengikut, atau ditentang oleh mereka yang mengikuti,
ia adalah perkara biasa.

Dakwah kita harus berterusan dan kita lakukan apa yang terbaik pada masa akan datang. Hidayah milik
Allah. Kerna itu Nabi sendiri diperingatkan oleh Allah dalam usaha dakwahnya bahawa engkau tidak akan
dapat memberikan hidayah kepada sesiapa yang kamu cintai bahkan Allah yang memberi hidayah kepada
sesiapa yang dikehendakinya.

Kata HAMKA “Tugas kita bukanlah untuk berhasil. Tugas kita adalah untuk mencuba, kerana di dalam
mencuba itulah kita menemukan dan belajar membangunkan kesempatan untuk berhasil.”

Justeru teruslah menyeru manusia ke jalan Allah. Siru ‘ala barakatillah.

48
Promosikan Wajah Islam Sederhana

Kesederhanaan telah menjadi karekter utama kepada ajaran Islam. Justeru al-Quran menggandingkan
ummat Islam dengan sifat pertengahan (wasatan) sehingga ia dapat menjadi saksi kepada seluruh
manusia atas sebarang perbuatan yang menyimpang dari kebenaran. ‘Dan demikian (pula) Kami telah
menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan)
manusia dan agar rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.’ al-Baqarah : 143

Para Mufassirin memberikan makna adil dan seimbang kepada perkataan wasatan dalam al-Quran. Oleh
itu umat Islam harus selalu berlaku adil dan melakukan sesuatu dengan seimbang serta bersesuaian
dengan tuntutan al-Quran dan ilmu pengetahuan. Ummatan wasatan adalah umat Islam yang moderat,
iaitu umat yang pertengahan di antara dua kutub ekstrem. Tidak menjadi terlalu keras atau melampau,
tidak juga menjadi terlalu bebas atau longgar. Umat Islam itu harus berada di tengah-tengah ; moderat.

Penafsiran ayat tersebut juga mengisyaratkan bahawa dalam keadaan masyarakat yang bergelut dengan
kerencaman pandangan, isme, ideologi dan pendekatan, ummatan wasatan inilah yang akan dijadikan
rujukan dan saksi tentang kebenaran dan kekeliruan terhadap pandangan dan pendekatan itu. Masyarakat
harus kembali merujuk kepada nilai-nilai yang digariskan oleh syariat, bukan isme-isme dan kerencaman
pendekatan yang muncul tanpa asas yang jelas. Rasul kemudiannnya akan menjadi saksi sama ada sikap
dan gerak umat Islam sesuai dengan tuntunan syariat atau tidak. Umat Islam hanya akan dapat menjadi
saksi atas umat yang lain apabila tindakan mereka sesuai dengan apa yang diajarkan Rasul SAW.

Kesederhanaan juga lazimnya digandingkan dengan sifat keadilan. Sehingga diperintahkan dalam al-
Quran untuk berlaku adil kerana ia lebih dekat kepada taqwa. 'Berlaku adilah, kerana (adil) itu lebih dekat
kepada takwa. ' al-Maidah : 8

Muttakhir ini kelihatan pendekatan kesederhanan semakin dipromosikan sebagai pendirian dalam
menyantuni isu LGBT di Malaysia. Berdasarkan rumusan kajian yang dilakukan oleh Mohd Izwan Md
Yusof, LGBT di Malaysia dapat dikategorikan kepada tiga golongan. Golongan pertama ialah yang telah
berhijrah lalu memerlukan sokongan daripada keluarga dan masyarakat. Golongan kedua pula yang masih

49
terlibat, namun wujud rasa penyesalan dalam diri dan sedang berusaha bermujahadah mendepani ujian
ketertarikan seksual sesama jenis. Justeru masyarakat harus memberikan bimbingan dan sokongan di
samping mengelakkan diri daripada memberi tohmahan kepada mereka. Golongan ketiga ialah yang
meyakini LGBT ini suatu takdir dan akan menjalani kehidupan sebagaimana yang telah ditakdirkan. LGBT
dalam kategori ini perlu dihadapi melalui dialog dan hujah berdasarkan pendekatan yang hikmah.

Oleh itu, penyantunan berterusan perlu dilaksanakan terhadap golongan ini. Membakulkan dengan
menyifatkan semua kelompok LGBT sebagai penentang, serta menangani isu ini hanya dengan hukuman
adalah tidak cenderung dengan sifat pertengahan dan seruan keadilan dalam Islam. Di samping
menjelaskan dan mempertahankan pendirian syariat yang tegas, ia tidak seharusnya menafikan hak
penyantunan dan bimbingan kepada kelompok ini. Islam bukan hanya hadir menetapkan hukuman tetapi
juga datang membawa harapan dan rahmat. Moga pendekatan Islam sederhana melestari matlamat
dakwah kepada ummat.

50
Aduhai Gelandangan

Pelbagai siri perbincangan dan brainstorm dibuat dalam menguruskan isu gelandangan dalam negara.
Biasanya, panjang lebar. Macam-macam isu berkaitan disentuh. Termasuk isu gelandangan terlibat dadah,
HIV, masalah mental, Maknyah. Pasal aktiviti peminta sedekah macam pusat tahfiz, rumah anak yatim,
rumah kebajikan.

Banyak juga inisiatif telah dibuat. Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang. Tidak ada akta berkaitan
untuk basmi aktiviti bagi makan pada gelandangan. Apa yang cuba dibuat oleh PBT ialah rangka
peruntukan kecil bawah untuk regulate NGO’s yang banyak bagi makan ni. Atleast buat agihan makanan di
tempat tertutup termasuk di masjid-masjid bukan di street. Katanya akan dilibatkan juga pelbagai agensi
termasuk jabatan agama nanti untuk convince pihak masjid sebagai tempat agihan makanan gelandangan.

Ada perlunya juga kita mulakan dengan berbaik sangka, think positif first. Persepsinya, ada tak setuju
sebab takut kemudahan masjid dirosakkan dan lan-lain. Kata sesetengah pihak why not kita allocate siap-
siap dah budget, incase kalau berlaku kerosakan kemudahan akibat aktiviti gelandangan ni. Ia ruang yang
baik juga kalau kita nak dekatkan diorang dengan pengisian jiwa dan kerohanian barangkali. Masjid mesra
gelandangan mungkin. Masjid Jamik KL sebagai bench mark. Mungkin dengan cara itu kita boleh
membantu dalam masa yang sama untuk spread dakwah. Pada saat church giat meraikan gelandangan,
mungkin ada juga sesuatu yang kita boleh lakukan, kerana lambat laun ia juga boleh melibatkan isu
akidah.

Tapi kalau ikut kajian UPM, menjadi gelandangan sebahagian besarnya adalah isu sikap dan pilihan
sendiri bukan hanya isu terpaksa/kesusahan hidup.

51
Fatwa dan Masyarakat

Fatwa dan masyarakat berpisah tiada.

Imam Syafie misalnya dikenali dengan fatwa- fatwa yang mengambilkira keperluan masyarakat. Lantas
wujud qaul qadim dan qaul jadid, mengambilkita faktor setempat seperti Baghdad dan Mesir. Contoh
semasa misalnya orang kaya buat haji di Makkah, solat dari dalam bilik hotel, berimamkan imam masjid
haram. Ikut pandangan Syafie tak boleh. Namun, ada pandangan kata boleh. Justeru perlu kajian semula
isu-isu sebegini. Penting untuk menguruskan khilaf dan mertarjihkan pandangan agar harmoni. Ketua
paderi Malaysia kunjungi pejabat fatwa misalnya. Justeru hukum agamawan bertemu agamawan lain perlu
ditinjau. Dalam pertemuan seperti ini atau dialog, kadangkala emosi/sentimen menguasai hukum yang
bukan begitu sifatnya.

Kata Prof Mahmud Zuhdi, Syariat adalah idealisme. Prinsip Islam sepatutnya menjunjung tinggi idealisme
dan berusaha merealisasikannya dalam realiti yang ada. Manakala Fiqh ialah usaha memahami syariah.
Kadangkala kita kerap merujuk kitab fiqh ready made sehingga lupa ia adalah sebuah ijtihad yang akhirnya
diangkat menjadi idealisme. Kadangkala terlepas dari meninjau sumber asal iaitu al Quran dan hadis
dalam membahaskan sesuatu isu.

Secara perbandingan misalnya al Qardawi, abu Zahrah, Muhammad al Ghazali mengeluarkan pandangan
berasaskan analisis nas dan konteks semasa. Manakala al Zuhaili misalnya mengumpul pelbagai
pandangan-pandangan fiqh. Contohnya hadis tentang larangan kepimpinan wanita misalnya merujuk
kepada keadaan masyarakat masa itu. Ia tak semestinya bersesuaian dengan konteks semasa kerana
tertakluk interpretasi ketika itu.

Justeru Fiqh baru itu harus berasaskan maqasidi (objektif). Bukan syakli (format) semata-mata. Metod
penghasilan fatwa oleh al Qardawi misalnya mengutamakan proses saringan data, ambil kira penemuan
baru. Prinsipnya, idealisme (syariat) takkan berubah. Masyarakatlah (akal) yang berinteraksi dengan
syariat.

52
Biar Buta Mata, Asal Celik Hati

SubhanaAllah. Saya melihat risalah bertajuk ‘Memahami LGBT dari perspektif Seorang Muslim’ yang
dibraillekan oleh ustaz Mazad, seorang OKU penglihatan. Putih. Kosong. Tidak ada warna. Saya jarang
melihat bahan bacaan braille untuk orang buta. Maaflah ustaz. Berkali-kali saya bertanya, memang
beginikah rupanya. Sangat basic. Hanya putih. Simple binding. Oh ya. Memang begini. Sudah siap untuk
diedar. Menyelami seketika dunia orang buta. Apalah maknanya warna. Kata P. Ramlee, Kasim Selamat
dalam filem Ibu Mertuaku, siang dan malam sama saja bagiku.

Tahniah ustaz Mazad, moga usaha menyebarluas bahan bacaan braille terutama berkaitan agama dan
sosial, membantu mencelikkan hati, walau buta mata. Sungguh, berapa ramai orang celik mata, buta
hatinya. Melihat dunia penuh warna, namun kosong dan hambar erti hidupnya. Ingin saja saya beritahu dia,
risalah LGBT ini versi asalnya sangatlah warna warni. Seindah warna pelangi. Nikmat yang manakah lagi
yang hendak kamu dustakan.

53
Nasi Lemak Pondan…Jojie

Semenjak dua menjak ini tular kisah Nasi Lemak Pondan di Tasik Pemaisuri Cheras. Jengok di facebook,
baca juga di beberapa media online. Namanya Nasi Lemak Pondan sebab dijual oleh seorang transgender
lelaki. Sebahagian masyarakat menggelar mereka sebagai maknyah, bapok, darai, dan pondan. Saya
membaca tentang golongan ini yang juga wujud dalam masyarakat lain dengan gelaran yang pelbagai.

Hakikatnya golongan ini wujud dalam masyarakat semenjak sekian lama. Tidak ada sesiapa yang dapat
menafikan hal itu. Mereka mungkin orang kampung kita, orang taman perumahan kita, ada dalam kalangan
sedara mara atau mungkin dalam kalangan keluarga kita sendiri. Mereka punya bakat dan keistimewaan.
Lazimnya kerja-kerja yang dikaitkan dengan wanita. Mereka menjadi juru andam, mengusahakan butik
perkahwinan, juru make up artis, menghias, menggubah, menjahit, tukang masak, kosmetik, dan pelbagai
lagi. Mereka makhluk berjiwa seni. Menjadi usahawan. Mencari rezeki.

Kata Yik Koon Teh, pada tahun 1998, terdapat 10,000 orang maknyah di seluruh negara. Pada 2011 pula
didapati lebih kurang 65% maknyah bekerja sebagai pelacur, 25% sebagai penghibur kelab, salon
kecantikan dan rambut serta butik, 8% bekerja dengan syarikat swasta, dan 2% adalah peniaga warung
makan. Anggaran ini mungkin masih relevan hingga kini. Justeru penglibatan maknyah dalam aktiviti dan
gaya hidup sihat sesuatu yang yang harus disokong dan dibantu. Sekurang-kurangnya ia tidak
menyumbang kepada gejala negatif terutamanya dalam aktiviti pelacuran.

Namun berkenaan pandangan Islam terhadap isu transgender ini, Ia telah dibincangkan oleh para sarjana
berasaskan panduan al-Quran dan al-Hadis. Ia juga tidak dapat diterima oleh norma dan budaya
masyarakat setempat. Oleh itu berperilaku mengikut tuntutan agama dan syariat itu adalah suatu
keutamaan. Bukan hanya untuk transgender atau maknyah, bahkan bagi sesiapa sahaja.

Justeru tidak perlu mempromosi jenama yang tidak baik. Ramai juga maknyah yang telah berhijrah kepada
kehidupan fitrah dan meneruskan kehidupannya dengan berniaga. Membuka gerai seperti Jojie. Kita
semua yakin sesuatu pekerjaan akan lebih berkat apabila kita berusaha mentaati syariat. Bakat dan
kelebihan itu tidak perlu dipersiakan. Tidak perlu dibuang. Tanggunggjawab kita adalah untuk sentiasa

54
memperbaiki diri mematuhi kehendak Tuhan. Jika berkelapangan nanti boleh juga berkongsi resepi
masakan dengan rakan-rakan komuniti di Persatuan Insaf Pahang (PIP) dan Pertubuhan Amal Firdausi
(PAFI). Kita masyarakat tidak perlulah selalu menghukumi. Tinggalkanlah gelaran yang tidak baik. Doakan
kebaikan dan serulah ke arah kebaikan dengan hikmah.

Teruslah berniaga yang menjadi punca utama rezeki dalam Islam. Dekatkanlah diri kepada Tuhan agar
rezeki bertambah berkat. Kembalikanlah karamah anak adam seperti firman Tuhan “ Dan sesungguhnya
Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai
kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang
baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang
telah Kami ciptakan” (al-Isra’ 17 : 70)

55
Musibah Adalah Medan Bermuhasabah Diri

Tiada siapa yang mahu ditimpa musibah dalam hidupnya. Kita juga sedaya upaya mengelak rasa
kesedihan dan berdukacita dalam kehidupan. Bahkan salah satu doa ma’thur yang diriwayatkan oleh Abu
Daud yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada kita adalah agar dijauhkan dari perasaan keluh
kesah dan dukacita.

Namun ujian dan dugaan adalah tabiat kehidupan. Ia boleh jadi dalam pelbagai bentuk seperti kehilangan,
kematian, kecelakaan, kemalangan, kemusnahan, kesakitan, kesengsaraan atau apa-apa sahaja keadaan
yang sudah pasti mendatangkan perasaan tidak senang di dalam jiwa. Di dalam al-Quran Surah Al-Mulk
ayat 2 telah diperingatkan bahawa setiap manusia itu pasti diuji, untuk memperlihatkan tahap kualiti
amalan yang dimilikinya.

Seseorang yang ditimpa musibah dalam hidupnya sering diajar dengan pesan-pesan agama semenjak
kecil lagi. Bersangka baik dengan Allah, perbanyakkan berdoa, berikhtiar sehabis baik, tawakkal dan
bersabar. Kita tidak perlu menunggu kaunselor bertauliah untuk menyampaikan pesan-pesan ini. Kita juga
tidak semestinya hanya mahu mendengarnya dari lisan para ustaz dan ustazah. Kita sendiri harus bermula
berpesan kepada diri sendiri, ibu bapa, adik beradik, anak-anak, saudara-mara, rakan taulan, dan jiran
tetangga.

Pelbagai pihak boleh mengaturkan kepada kita pelbagai khidmat nasihat dan bimbingan ketika
menghadapi situasi musibah dalam kehidupan. Namun kesedaran hidup beragama itu harus tertancap
kukuh di dalam diri sendiri. Ia adalah sebuah kesedaran yang telah digigit kuat dan digenggam erat dalam
pelbagai situasi kehidupan. Ia bukan hanya untuk disogokkan pada musim-musim tertentu. Apatah lagi
misalnya hanya dalam tempoh beberapa hari atau minggu di pusat-pusat bencana.

Jika tidak, kita hanya akan mengesahkan kenyataan Karl Marx bahawa agama hanyalah candu kepada
masyarakat. Ia umpama ubat penenang yang diberikan pada waktu tertentu untuk melenyapkan perasaan
sukar dan duka lara serta melarikan diri dari kesusahan. Sebaliknya agama adalah sebuah cara hidup

56
yang berkekalan. Ia kesedaran kerohanian yang harus dibangunkan dan dihidupkan di mana-mana, bukan
baru mahu dihidupkan di pusat-pusat bencana.

Apakah perkara paling mudah yang boleh kita lakukan tanpa perlu menunggu kumpulan psikologi dan
spiritual datang kepada kita?. Pesanlah kepada diri kita sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah
selalu mengiringkan situasi kepayahan dengan kemudahan seperti yang disebutkan di dalam al-Quran
Surah Al-Insyirah ayat 5-6. Dekatkanlah diri kepada Allah. Banyakkanlah berdoa agar urusan
dipermudahkan. Ikutilah nasihat keselamatan. Bagi pihak berwajib ikhtiarkanlah juga kebajikan material
kepada mangsa. Ihktiarkanlah agar musibah yang sama tidak berulang kembali jika ia akibat kecuaian
manusia. Ambillah tindakan yang bersesuaian.

Buat sesiapa sahaja yang sedang menghadapi musibah dalam hidupnya, titipkanlah pesan-pesan agama
ini ke dalam diri dan sampaikanlah kepada orang terdekat. Mulakanlah dari sekarang. Pada saat kita
ditimpa musibah ini, tanyakanlah sejauhmana sebenarnya hubungan kita dengan Tuhan. Jadikanlah
sebarang musibah yang berlaku, sebagai medan untuk bermuhasabah diri. Firman Allah yang bermaksud
“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-
orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.” Mereka
itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-
orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 155-157)

#Doauntukmusibahbanjir

57
Program Kesejahteraan LGBT Oleh JAKIM

Jika ditanya kepada saya, apakah lagi yang perlu dilakukan oleh Unit ‘Ilaj wa Syifa’ Kecelaruan Gender dan
Pelacuran, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jakim untuk
program kesejahteraan kepada golongan LGBT pada masa akan datang semenjak bahagian ini
menginisiatifkan program berkenaan pada tahun 2011 dulu?

Saya akan katakan begini ; Keempat-empat elemen utama program kesejahteraan terhadap golongan
LGBT harus diteruskan dan disambut baik oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Agama Islam dan Majlis
Agama Islam Negeri-negeri. Elemen-eleman berkenaan adalah Program Mukhayyam, Program Bimbingan
dan Kesedaran, Program Susulan, dan Program Pembangunan dan Penyelidikan. Mesej tentang
keperluan bagi meneruskan inisiatif sebegini telahpun disampaikan di dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) serta melalui pengwujudan Mesyuarat Pelan Tindakan
Menangani LGBT 2017-2021. Pada akhirnya terpulanglah kepada kesediaan pelbagai agensi untuk turut
terlibat menjayakan agenda ini.

Walaupun semenjak mula Jakim menginisiatifkan program kesejahteraan ini, belum ada program latihan
kepada jurulatih (TOT) yang khusus dianjurkan berkaitan isu ini, saya tidak melihat itu suatu isu yang
utama. Perkara yang lebih utama adalah kesediaan pelbagai pihak untuk menetapkan keutamaan isu dan
aktiviti. Semenjak program-program kesejahteraan ini dilaksanakan, agensi agama negeri tidak pernah
ditinggalkan untuk turut serta melihat sendiri pengendalian program. Jika mereka punya keperihatinan yang
tinggi, mereka boleh sahaja menginisiatifkannya sendiri selepas itu. Saya percaya Jakim bersedia untuk
memberikan pandangan dan nasihat dalam pelaksanaan sebarang program berkaitan dalam kapasiti yang
ada.

Bukan mahu menafikan kepentingan TOT, tetapi inisiatif untuk melaksanakan program kesejahteraan
harus berjalan seiring. Jakim juga berhadapan dengan limitasi kumpulan pembimbing untuk
mengendalikan program. Perkara ini boleh diperkemas pada masa akan datang dengan wujudnya manual
dan modul berkaitan LGBT yang diterbitkan. TOT juga datang dengan seribu satu isu. Lihat contoh TOT
Program Hadhari dulu, TOT Manual Kaunseling Syarie. TOT Manual Islam dan HIV. TOT Penceramah Pra

58
Perkahwinan mungkin berlainan konteks. TOT Penceramah Pasca Perkahwinan? Itu belum tahu. Jika
fokusnya hanya kepada TOT, ia juga tidak menjamin apa-apa tindakan yang substantif selepas itu. Ia
masih suatu risiko bisnes yang perlu ditanggung.

Jika mahu bicara soal keberkesanan program, seperti yang sering ditanya ramai pihak termasuk
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) rakan strategik Jakim paling rapat semenjak Program Mukhayyam
diperkenalkan, bolehlah mana-mana pihak mengambil inisiatif membuat kajian penilaian keberkesanan
program untuk tujuan dokumentasi.

Walaubagaimanapun, saya melihat perkembangan yang positif dari pelbagai pihak dalam menjayakan
program kesejahteraan ini sehingga kini. Banyak pihak telah mula terlibat dan mengambil inisiatif
menyantuni isu LGBT. Walaupun setakat ini saya hanya dapat melihat Jakim terkehadapan dalam
menangani isu ini dengan bidang kuasa yang terhad dan ada kalanya masih kabur, sekurang-kurangnya ia
suatu jihad yang besar melibatkan kemaslahatan umat Islam di Malaysia. Sementelah, beberapa agensi
lain tidak menganggap LGBT sebagai keutamaan isu yang perlu ditangani secara khusus, kerna itulah
difahami banyak inisiatif berkaitan program LGBT di dalam negara adalah bersifat bermusim.

Berperang dengan segala macam tekanan agenda hak asasi manusia di dalam negara dan antarabangsa
berkenaan isu LGBT, harapannya moga usaha inovasi dakwah oleh Bahagian KSK Jakim ini akan kekal
relevan dan bertahan.

59
Sukarelawan Masyarakat

Saya mengamati komentar peserta di dalam sebuah seminar melibatkan ramai kaunselor dan pegawai
runding cara. Katanya, kita laksanakan program dan aktiviti, itu berbeza dengan perkhidmatan. Mungkin
perkhidmatan kaunseling maksudnya? Secara profession ia disebut perkhidmatan kaunseling.Yang beri
perkhidmatan ni kaunselor namanya.Tak kiralah syarie ke tak.Secara konvensionalnya kita sebut
kemahiran interpersonal, dakwah fardiah, bimbingan, rundingcara.

Kita ambil contohlah dalam menangani isu sosial. Agak-agaknya bagaimana kaunselor syarie boleh
memainkan peranan? bukan hanya beri kaunseling kepada pasangan suami isteri. Walaupun itu juga
sebahagian isu. Pasangan suami isteri terlibat dadah, LGBT, dan lain-lain isu sosial. Mak bapak yang ada
anak-anak terlibat isu sosial. Bagaimana nak beri konsultansi. Mak bapak, tok nenek, keluarga yang anak-
anak dan cucu mereka terlibat bakar pusat tahfiz ittifaqiah tu.

Sejauhmana Kaunselor syarie ni beri kaunseling kepada individu remaja, dewasa, bujang dan lain-lain
yang terlibat isu sosial.

Yang jadi pegawai runding cara dan fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK),
mereka bukan kaunselor syarie. Tapi, khidmat bimbingan kepada komuniti apakah hanya boleh dibuat oleh
professional seperti kaunselor syarie. Saya teringat projek Perwani Lay Counselor oleh Jabatan
Pembangunan Wanita KPWKM. Mereka beri pendedahan asas kaunseling dan bimbingan kepada komuniti
sendiri, kemudian beri sijil, boleh beri khidmat kepada masyarakat setempat. Konsepnya dari komuniti
kepada komuniti. Mereka ada 4 modul tambahan untuk projek ini. Perwani@school, Perwani@hospital,
Perwani@banteras dadah, Perwani@rakan gerontologi.

Jika kita bincang tentang professionalisme, memang akan timbul banyak isu. Sama macam Pekerja Sosial
sebagai profession berbanding sukarelawan. Sampai sekarang belum selesai. Itu bawah bidang kuasa
kementerian tu. Bila kita dah latih, beri kemahiran kauseling syarie, guna modul Jakim, buat di Institut
Latihan Islam Malaysia (ILIM), berapa ramai antara mereka ini dapat beri khidmat khususnya beri
bimbingan kepada klien yang mengalami permasalahan sosial? ini contoh sahaja.

60
Hakikatnya, setiap sektor masyarakat menyumbang atas kapasiti mereka masing-masing. Sedang
sebahagian pihak memikirkan cara bagaimana menjadikan kerja-kerja khidmat sosial/bimbingan ini
sebagai profession, semangat volunteerism itu lebih utama. Kerja harus jalan.

Ini yang dibuat oleh para aktivis sosial di lapangan. Mereka tiada apa-apa kelayakan professional, mereka
tidak diberi latihan sistematik, tapi berbekalkan semangat dan kesedaran, mereka engage dengan komuniti
yang bermasalah. Mereka bantu atas kapasiti yang mereka ada. Mereka tak tunggu di pusat atau bilik
kaunseling. Kita ada berapa ramai kaunselor dalam negara? belum kira yang syarie lagi. Ambil contohlah
yang syarie ni, berapa ramai di kalangan mereka menangani klien dengan isu sosial dengan konsisten.
Bagaimana pula mereka ni nak berkolobrasi dan integrate dengan kaunselor yang tak syarie ni. Persatuan
Kauselor Syar’ie (PAKSI) ada berapa ahli. Bagaimana ahli PAKSI menyumbang dalam memberikan
konsultansi dalam isu sosial.

Ahli PAKSI pernah buat konsultasi kepada remaja perempuan ketagih seks di Rumah KITA? atau di
Asrama Seri Putri JKM. Colobrate dengan Bahagian Kaunseling JKM, AADK, Pendidikan, dan segala
macam agensi berkaitan menangani isu sosial. Atau bantu beri kemahiran kepada Fasilitator PKKSK.
Tawarkan untuk ajar kemahiran kaunseling kepada para sukarelawan. Atau nak kena tunggu ada arahan
atau dasar dulu.

Lambat. Seperti biasa, kita memang lebih gemar beretorik.

Jika dalam kes LGBT, saya ingat Sinyo,Yayasan Peduli Sahabat Indonesia. Dia bukan kaunselor. Apatah
lagi Kaunselor syarie. Dia asalnya seorang journalist. Menulis isu berkaitan LGBT dan isu sosial di
Indonesia. Hanya individu biasa yang perihatin. Lalu mendalami isu. Kemudian rasa terpanggil untuk
mendekati komuniti. Beri nasihat dan bimbingan dengan sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang dia
ada. Beberapa tahun kemudiannya, barulah dia dibantu professional yang lain. Mengembangkan khidmat.

Kurang-kurangkanlah retorik. Kita tidak punya cukup masa untuk itu.


Maaflah sekadar pandangan.

61
International Coming Out Day

Banyak yang ingin saya tulis apabila membaca tulisan Daniel Iqram ni. Tapi saya tahu, ada orang yang
akan kurang senang dengan sebahagian daripada pandangan saya. Tak mengapalah. Anda boleh memilih
untuk bersetuju, ataupun tidak bersetuju.

Sokongan terhadap International Coming Out Day ni, dari perspektif apapun tak perlulah kita terlibat, kerna
ia bukan cara Islam. Justeru pilihan sebahagian pihak untuk menzahirkan pendirian yang tegas terhadap
isu ini juga harus diraikan. Permis asalnya LGBT adalah perlakuan yang menyanggahi syariat. Pendirian ini
telah disimpulkan dalam buku Hadis-Hadis Sahih Berkaitan Perlakuan LGBT (Jakim, 2015). Tentang
membezakan di antara perlakuan LGBT dan individu pelakunya sebagai manusia, juga telah disimpul
dengan baik di dalam risalah Memahami LGBT Dari Perspektif Seorang Muslim (Jakim, 2016). Tentang
usaha memahami komuniti LGBT ni, bacalah buku Cerita Dari Hati (Penerbitan awsat, 2017).Tentang
bagaimana Islam berinteraksi dengan isu LGBT ini, lihatlah video pendek LGBT : Apa Yang Anda Perlu
Tahu? (Jakim, 2016) di saluran Youtube. Tentang bagaimana membantu golongan dengan kecenderungan
homoseksualiti ini, muat turunlah aplikasi Google Play Store Hijrah Diri Homoseksualiti (Yayasan Ihtimam
Malaysia, 2016).

Coming Out untuk perkara yang menyalahi syariat ni bukan ajaran Islam. Jika kita beriman kepada
sebahagian pandangan psychologist tentang self actualization sebagai kemuncak kesejahteraan psikologi
manusia, bahawa kita dikira cukup sihat kalau boleh come out to say ‘I am Gay n I am Ok’, berani declare,
tidak stay in the closet, sudah tentu ini tidak cocok dengan ajaran Islam. Sebaliknya sebahagian
psychologist barat juga menyebut bahawa kita boleh mencapai sejahtera dengan apa yang kita percaya.
Kalau agama kata tak boleh, then tak perlu nak lawan baru boleh sejahtera jiwa. Ramai golongan LGBT
yang Islam, tapi apabila ditanya, mereka akui perbuatan tu menyalahi agama, tidak pula berusaha
membenarkan perlakuan dan masih berusaha menjalani kehidupan menepati syariat (Cerita Dari Hati,
2017). Benar meraikan kepercayaan agama mungkin mewujudkan konflik nilai, tetapi tidak membuatkan
golongan ini melepaskan agama.

62
Sewaktu Jakim mula menginisitifkan program penyantunan kepada golongan LGBT sekitar tahun 2011,
sama ada melalui aktiviti outreach bertemu secara langsung dengan golongan ini, ataupun melalui program
Mukhayyam iaitu sebuah program intervensi kerohanian, kesihatan dan motivasi berbentuk perkhemahan 3
hari 2 malam yang disertai oleh komuniti secara sukarela tanpa sebarang paksaan (Jakim, 2015),
pendekatan berbentuk inovasi dakwah ini dahulu pun tidak mudah diterima dan difahami oleh ramai pihak.
Ia kadangkala dianggap sebagai bentuk pengiktirafan dan penerimaan terhadap golongan LGBT tanpa
syarat. Mana mungkin. Kita ini hidup beragama, bernegara, berbudaya mesti ada syarat dan tradisi yang
perlu dipatuhi. Sehingga kini, usaha dakwah dan penyantunan terhadap golongan LGBT telah banyak
dilakukan. Saya setuju pendekatan ini harus terus diperkasakan dan diperluaskan. Kita sudah ada
Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI), Usrah Fitrah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Persatuan Insaf
Pahang (PIP), Usrah Iqra. Bacalah. Lihatlah aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan.

Golongan LGBT ni juga manusia, mereka ada dalam masyarakat. Itu fakta. Tiada siapa perlu nafikan.
Mereka juga punya bakat dan keistimewaan. Kalau golongan transgender atau maknyah, mereka
lazimnya terlibat dengan bidang kerja yang biasa dikaitkan dengan wanita. Jadi juru andam,
mengusahakan butik perkahwinan, juru make up artis, menghias, menggubah, menjahit, tukang masak,
kosmetik, dan pelbagai lagi. Dalam masyarakat kita, ramai orang bermuamalah dengan golongan ini.
Masih ingat Nasi Lemak Pondan Jojie?. Siapa yang tak kenal Sajat?, usahawan kosmetik. Cuma jika ada
sesetengah bidang kerja yang menetapkan polisi tertentu, yang tu kita kena akur kerna polisi itu juga dibuat
berteraskan konteks agama, negara dan budaya.

Tentang perdebatan sama ada LGBT ni penyakit atau tidak, yang ni kita perlu perkemaskan terutama dari
sudut psikologi dan psikitatirik agar selari dengan citra Islami, supaya kita boleh menawarkan usaha
bimbingan dan pemulihan kepada golongan LGBT secara sinergi. Menyerlahkan fungsi agama sebagai
penawar permasalahan ummat yang praktikal. Perdebatan tentang text book psikitrist tu akan sentiasa
ada. Banyak kajian terdahulu jika kita lihat berbincang tentang kaedah bimbingan dan pemulihan terhadap
golongan LGBT ni (Joseph Nicolosi, 1992, 2002). Tapi bila lobi mengeluarkan LGBT dari penyakit dari text
book DSM tu berlaku, artikulasi ini kelihatan semakin tenggelam. Segan silu hendak memunculkan diri.
Lalu orang menuduh kita berfikiran simplistik. Semua disandarkan kepada agama. LGBT hanya tahu
disuruh bertaubat. Saya kagum dengan teman-teman ahli psikologi dan psikitiris di Indonesia, mungkin

63
mereka kurang dalam banyak perkara, tetapi mereka punya keberanian luar biasa. Mereka keluarkan
kenyataan bersama menyatakan sikap dan pendirian terhadap isu LGBT, lalu menawarkan khidmat
bimbingan dan pemulihan. Mereka inisiatifkan Yayasan Peduli Sahabat, sebuah kumpulan yang
menawarkan khidmat bimbingan kepada orang dengan kecenderungan seks sejenis (Same Sex
Attraction/SSA) tetapi tidak mahu mengidentifikasikan diri mereka sebagai LGBT apatah lagi terlibat
dengan agenda perjuangan pro LGBT.

Saya mendengar kata-kata Dato’ Sri Jamil Khir di Seminar NGO Islam tempoh hari, ‘Penentangan tidak
selalu memenangkan. Perbanyakkan gerak kerja bukan hanya hingar bingar’. Kita akui engagement
dengan komuniti LGBT ini perlu, begitu juga pendidikan dan kesedaran berkaitan isu LGBT kepada
masyarakat umum. Dalam masa yang sama, semua pihak harus menghormati peraturan dan polisi sedia
ada yang dibikin dalam acuan agama, budaya dan negara. Di antara inisiatif engagement dengan komuniti
LGBT ini yang saya tahu adalah penganjuran program Mukhayyam (‘Ilaj wa Syifa’/ Rawatan dan
Pemulihan) serta bimbingan oleh Jakim semenjak tahun 2011. Jumlah peserta yang telah menyertai
program ini adalah sekitar 1195 orang yang terdiri daripada peserta lama dan baru. Ia meliputi program
Mukhayyam yang melibatkan golongan gay, sebanyak 7 siri dengan jumlah penyertaan sekitar 315 orang,
golongan mak nyah sebanyak 19 siri melibatkan 720 orang, manakala golongan lesbian sebanyak 4 siri
melibatkan 160 orang (Majalah Dakwah Yadim, Oktober 2017).

Kita semua sedar kewujudan 3 golongan LGBT dalam negara seperti yang dinyatakan oleh Mohd Izwan
Md Yusof (2016) di dalam kajiannya. Golongan pertama iaitu yang telah berubah dan memerlukan
sokongan daripada keluarga dan masyarakat. Golongan kedua iaitu yang masih terlibat, namun wujud rasa
penyesalan dalam diri dan sedang berusaha bermujahadah menghadapi ketertarikan seksual sesama
jenis. Masyarakat harus memberikan bimbingan dan sokongan serta mengelakkan diri daripada memberi
tohmahan kepada mereka. Golongan ketiga iaitu yang meyakini ketertarikan seksual sesama jenis ini telah
ditakdirkan dan akan menjalani kehidupan sebagaimana yang telah ditakdirkan Allah SWT. Mereka ini
perlu dihadapi dengan hujah dan perbahasan yang matang dan rasional untuk mengingatkan bahawa kita
tidak berkompromi dengan sesuatu perlakuan yang boleh meruntuhkan peradaban manusia. Semua gerak
kerja berkaitan isu LGBT ini harus berdiri atas prinsip syariah yang jelas serta dalam ruang toleransi dan
keterbukaan yang dibenarkan. Jauh dari sikap yang diwarnai kekaburan dan mengelirukan.

64
Persatuan Maknyah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Sedarkah kita bahawa pada tahun 1986 dahulu, Persatuan Maknyah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
pernah ditubuhkan di bawah Jabatan kebajikan Masyarakat?. Menurut Wan Halim Othman (1987),
golongan maknyah mengalami perasaan rendah diri kesan daripada pandangan dan persepsi masyarakat
terhadap mereka. Jika mereka terus dibiarkan, masalah ini akan bertambah buruk dan menjadi salah satu
masalah sosial di negara ini. Di atas kesedaran bahawa golongan ini juga manusia biasa yang mempunyai
kemahiran tertentu, adalah tidak wajar jika mereka dijadikan mangsa cemuhan masyarakat. Dengan
keinsafan ini, Encik Wan Azmi Ramli, bekas Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah
Persekutuan pada ketika itu, telah mengambil inisiatif menubuhkan Persatuan Maknyah pada bulan
Oktober 1986.

Menurut beliau, persatuan ini merupakan Persatuan Maknyah yang pertama ditubuhkan di negara ini
khususnya dan di Asia amnya. Matlamat utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menerapkan nilai-
nilai murni, disiplin diri, keagamaan serta kemahiran di samping memperlihatkan perjuangan untuk
mendapatkan hak dan status sebagai ahli di dalam anggota masyarakat. Menurut beliau tujuan penubuhan
Persatuan Maknyah adalah untuk mengembalikan mereka sebagai lelaki, bukanlah untuk menggalakkan
kegiatan Maknyah sebagaimana tanggapan masyarakat dan undang-undang. Dengan kata lain,
penubuhan persatuan ini bertujuan menjaga kebajikan, mendidik mereka dari segi akhlak, agama, psikologi
kaunseling dan kemasyarakatan dalam satu halacara tindakan bersepadu dengan jabatan, agensi dan lain-
lain organisasi dan juga dari segi ekonomi dan mampu bersaing dalam masyarakat majmuk. Mereka perlu
dilatih dan masyarakat pula harus bertolak ansur, lebih bertoleransi dan memberi mereka peluang yang
selama ini penyertaan mereka diabaikan sama sekali.

Itu adalah sebuah petikan fakta sejarah yang saya nukilkan dari buku bertajuk ‘Khunsa dan Mukhannath
Menurut Perspektif Islam’ yang ditulis oleh Zaliha Tak dan diterbitkan oleh Jakim pada tahun 1998.
Hakikatnya sejarah tidak terjadi dengan sia-sia tanpa sebarang hikmah. Kerna itu kita dituntut untuk belajar
sesuatu darinya agar dapat memperbaiki diri serta tidak mengulangi kesilapan yang sama berulang kali.

65
Di dalam isu ini misalnya, ada dua sudut pandang terhadap penerimaan pengwujudan Persatuan Maknyah
berkenaan. Gisele Rimong di dalam status facebook nya bertarikh 5 Jun 2017 misalnya mentafsirkan
bahawa, pada suatu ketika dulu, kerajaan pernah memberikan peruntukan dan dana kepada Persatuan
Maknyah untuk menjalankan aktiviti dan program. Seakan sebuah pengiktirafan dan galakan. Khartini
Slamah pula menyebut bahawa kerajaan pada ketika itu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat
memberikan geran untuk perniagaan kecil-kecilan, Jabatan berkenaan tidak melihat maknyah sebagai
salah satu permasalahan sosial apatah lagi mahu mengubah maknyah menjadi lelaki. Sebaliknya
persatuan itu membantu maknyah menangani isu-isu kebajikan dan berusaha mengubah persepsi
masyarakat bahawa maknyah hanyalah sebagai objek seks dan hiburan. Walaubagaimanapun kata
Khartini, 3 tahun selepas itu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak mengharamkan
persatuan berkenaan. Temubual ini dimuatkan di dalam Human Rights Watch Report on Transgender in
Malaysia pada September 2014.

Apa yang sebenar-benarnya berlaku kepada persatuan ini? Ia telahpun menjadi sebuah sejarah yang
terdedah kepada pelbagai tafsiran. Namun mereka yang paling awal menginisiatifkannya amatlah wajar
dirujuk supaya kita dapat berlaku adil kepada fakta sejarah melalui tafsiran yang tepat. Apakah pula
situasinya kini? Dari satu sudut, kita seakan-akan mengulang semula skrip sejarah yang lama. Jakim
misalnya di atas dasar kesedaran dan tanggungjawab dakwah mula menginisiatifkan Program Mukhayyam
bermula tahun 2011. Sesetengah Jabatan Agama Islam Negeri mungkin ada yang melakukannya lebih
awal selain daripada tindakan perundangan dan penguatkuasaan sedia ada. Sebahagian orang juga
memandang serong dan menyalahtafsirkan usaha penyantunan yang dilakukan kepada maknyah sama
ada dahulu mahupun kini. Jika isu ini tidak tepat difahami, sebahagian orang akan menganggap ia seolah-
olah mengiktiraf dan menggalakkan aktiviti dan perlakuan maknyah. Sebahagian yang lain pula berterusan
menganggap program-program ini punya agenda tersembunyi iaitu untuk mengubah maknyah kembali
menjadi lelaki.

Kini wujud pula beberapa persatuan seperti Persatuan Insaf Pahang (PIP), Pertubuhan Amal Firdausi
(PAFI) dan Usrah Fitrah di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) misalnya yang
menjalankan aktiviti kebajikan dan keagamaan terhadap golongan maknyah khususnya. Jakim baru-baru
ini pula telah menerbitkan Pelan Tindakan Menangani Perlakuan LGBT yang merupakan usaha secara

66
bersepadu dengan pelbagai agensi bagi menangani isu ini dari pelbagai perspektif termasuk aspek
pendidikan, pencegahan, bimbingan dan pemulihan serta sokong bantu kepada komunti.

Tidakkah semua ini seakan skrip lama yang diulang kembali? Apakah yang boleh kita pelajari daripada
sejarah agar kesilapan lama tidak berulang kembali? Oh ya. Mungkin dakwah memang begitu sunnahnya.
Ia adalah sebuah jalan cerita yang lama. Hanya karakter dan pelakonnya sahaja yang berbeza. Selamat
maju jaya kepada semua.

67
Citra Islam Dalam Pentadbiran Negara

Semenjak bila kerajaan kita mula mengkagumi pemikiran Rachid al-Ghannouchi pemimpin parti al Nahdah
Tunisia ini? Saya lewat mengenali al Ghannouchi. Itupun melalui tulisan-tulisannya yang diterjemah
kebanyakannya oleh Institut Darul Ehsan (IDE) di bawah kerajaan negeri Selangor. Juga tulisan berkaitan
pemikirannya yang kebanyakannya diterbitkan oleh Ilham Book yang diketahui cenderung membawa idea
governance ala Amanah.

Di dalam sebuah buku yang diterbitkan oleh UKM berkaitan kerancauan pemikiran liberalisme pluralisme,
idea al Ghannouchi dikritik keras sebagai berbaur liberalisme dan pluralisme.

Gagasan maqasid syariah dan governance sama ada oleh al Ghannouchi atau Jasser Auda banyak
dipopularkan oleh IDE dan parti Amanah.Al Ghannouchi diundang memberi ucaptama dalam persidangan
Nunji Amanah juga memberi ucapan sempena konvensyen maqasid syariah membina Malaysia Negara
Rahmah anjuran IKRAM.

Semenjak awal lagi, apakah kita punya sandaran idea yang substance terhadap gagasan maqasid syariah
yang diletakkan sebagai teras pentadbiran negara, atau hanya sekadar menzahirkannnya secara kosmetik
dalam rupa Indeks Syariah Malaysia. Maaflah,ini tidak bertujuan mengkritik dasar, sekadar refleksi
akademik yang wajar didiskusikan.

Cuma mendengar nama al Ghannouchi dipetik kali ini, kedengaran amat janggal sekali dari suatu
perspektif. Barangkali untuk mengimbangi gerakan idea maqasid syariah alternatif yang sedang marak.
Wallahua'lam.

68
Menangani Isu Perbezaan Aliran Pemikiran

Isu kepelbagaian aliran pemikiran ini sentiasa hangat di sepanjang zaman. Saya dulu hanya belajar
pengetahuan asas sahaja berkaitan akidah,aliran pemikiran dan falsafah semasa di UM. Kami di jabatan
akidah dan pemikiran Islam waktu tu selalu dikatakan berfikiran pelik-pelik waktu tu oleh kawan-kawan dari
jabatan lain.

Hatta kenalilah pensyarah-pensyarah di jabatan akidah UM, aliran pemikirannya amat rencam sekali. Ada
beraliran traditional/konservertif, falsafah, tasawwuf, syiah/neo muktazilah pun ada (mungkin dilabel liberal
zaman modern) radikal pun ada sampai disyakki terlibat agenda IS. Rozaimi Ramli sahabat sekelas saya
semasa di Sekolah Izuddin Shah dulu. Baru-baru ni seorang sahabat baru menamatkan PHD dalam bidang
falsafah ibnu sina di luar negara. Banyak menterjemah karya beraliran liberal, jika mahu dilabel begitu.

Sampai hari ni saya masih percaya, jika mahu sandarkan sebarang keyakinan, sandarkanlah pada asas
keilmuan. Saya suka mendengar komentar Dr Zul al Bakri tentang perbezaan aliran pemikiran dan
pandangan dalam Islam termasuk isu Wahabi ini.

Cuma sebagai pentadbir/pemerintah sudah tentulah beberapa perkara lain perlu diambilkira dalam
meletakkan pendirian, termasuklah perkara seperti status quo, maslahah am, darurat yang lebih besar,
'uruf masyarakat dan lain-lain. Dalam masa yang sama, bagaimana kita harus bijaksana dalam menangani
kepelbagaian aliran pemikiran dan pandangan ini.

Dr Zul al Bakri juga dilabel Wahabi. Dengar kata jawatankuasa semakan hadis pun perlu review balik kerna
sebahagiannya dilabel beraliran wahabi. Maaflah, sebahagian orang Jakim juga mungkin dilabel begitu.
Maka akhirnya apakah pendekatan terbaik dan pertengahan yang boleh diambil dalam isu ini.
Wallahua'lam. Sekadar pandangan.

69
Sex, Gender, Sexual Orientation/Preference

Sex, gender, sexual orientation/preference itu harus selari agar harmoni kehidupan. Itu pandangan Islam.

Isu gender menjadi persoalan penting dalam Islam. Bahkan tamadun manusia bermula dengan kewujudan
jantina lelaki dan perempuan. Keharmonian hubungan diantara kedua-duanya menjadikan manusia
berkembang biak.

Interaksi manusia dan peranannya dalam kehidupan bermasyarakat juga ditentukan berdasarkan jantina
ini. Dalam Islam, semua hukum hakam agama bersandarkan jantina yang ditentukan.

Pun begitu, bukan bermakna kita menafikan kekuasaan Tuhan. Nabi Isa dilahirkan oleh Ibunya Maryam,
seorang wanita tanpa suami. Kewujudan khunsa juga dibincangkan dalam pandangan Islam. Bahkan para
ulama' membincangkan perihal mukhannas.

Dalam ilmu psikologi dibincang pula tentang istilah maskulin dan feminin. Pada tiap-tiap diri manusia boleh
ada kedua-dua elemen ini sama ada lelaki mahupun perempuan. Maha suci Allah atas segala hikmah
kekuasaan dan kebijaksanaan penciptaan.

Namun semua perbincangan ini bukanlah bertujuan mendiskriminasi. Bahkan Allah menyebut semua
manusia boleh mendapat kepuasan spiritual dan diganjari tuhan sebanyak mana dia melakukan kebaikan.
Yang membezakan manusia di sisi Tuhan hanyalah ketakwaan.

Kembalilah kepada Tuhan. Kita manusia beragama. Yang hidup dengan peraturan Tuhan yang
menciptakan.

70

Anda mungkin juga menyukai