Anda di halaman 1dari 82

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI

TINGKATAN 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PANDUAN PDP
PENDIDIKAN JASMANI
TINGKATAN DUA

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2016

i
Diusahakan oleh
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Cetakan Pertama 2016


@Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dengan
cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

ii
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai


perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara
yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN,


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,
KELUHURAN PERLEMBAGAAN,
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG,
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

iii
Muka Surat
Pendahuluan viii
Penghargaan xi
Maklumat dalam setiap unit xiii
MODUL KEMAHIRAN
Unit 1 Gimnastik Asas 1
Unit 2 Pergerakan Berirama 13
Unit 3 Kategori Serangan; Bola Baling 23
Unit 4 Kategori Serangan; Ragbi Sentuh 35
Unit 5 Kategori Jaring; Sepak Takraw 43
Unit 6 Kategori Memadang; Kriket 55
Unit 7 Olahraga Asas 73
Unit 8 Rekreasi dan Kesenggangan 95
Unit 9 Komponen Kecergasan 107
Lampiran A Senarai Cadangan Peralatan Pendidikan Jasmani 125
Untuk Rintis

vi
Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Dua ini merupakan usaha Unit
Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan, Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dan
pelbagai pihak yang telah menyumbang masa dan tenaga bagi membantu guru
Pendidikan Jasmani terutama sekali guru-guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran
ini. Panduan Pengajaran ini menterjemah standard pembelajaran yang terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (p&p). Bagi standard pembelajaran yang tidak dicakup dalam buku ini,
guru hendaklah merancang sendiri aktiviti p&p.

Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Dua ini mengandungi 9 unit


bagi membantu guru dalam pengajaran Modul Kemahiran seperti yang terkandung da-
lam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Jasmani Tingkatan Dua. Unit-unit
pengajaran yang disediakan adalah mencukupi untuk dilaksanakan dalam tempoh
setahun

Aktiviti yang terdapat dalam setiap unit pengajaran menjurus kepada pencapaian
standard pembelajaran berdasarkan contoh aktiviti mengikut kemahiran yang diajar. Ca-
dangan aktiviti dalam panduan pengajaran juga menerapkan elemen merentas ku-
rikulum, kaedah inkuiri, dan pendekatan Teaching Game for Understanding (TGfU). Guru
perlu merangsang murid dengan mengemukakan pertanyaan yang membolehkan murid
berfikir dan membuat keputusan semasa mempelajari sesuatu kemahiran. Murid juga
dirangsang dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif melalui proses
pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kemahiran berfikir aras tinggi.

Guru digalakkan menggunakan kreativiti dan inovasi dalam mengubahsuai serta


menambah baik aktiviti panduan pengajaran mengikut kesesuaian situasi, tempat, dan
kebolehan murid. Pengajaran dan pembelajaran yang terancang dapat membina murid
menjadi individu yang cergas dan sihat, berkemahiran, dan berpengetahuan, serta
mengamalkan nilai murni dalam melakukan aktitiviti fizikal ke arah mencapai
kesejahteraan diri.

Justeru, adalah diharapkan Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan


Dua ini dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang terlibat secara maksimum untuk
mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani.

viii
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ribuan terima kasih kepada semua
panel yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyediakan Panduan
Pengajaran Pendidikan Jasmani Tingkatan Dua. Antara panel yang terlibat ialah:

Cik Kamariah binti Mohd Yassin Bahagian Pembangunan Kurikulum


En. Nawi bin Razali Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin Bahagian Pembangunan Kurikulum
En. Mohd Irwan bin Miskob Bahagian Pembangunan Kurikulum

PENASIHAT KURIKULUM
Prof. Madya Dr. Mohd Khairi bin Zawi Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Dr. Kok Lian Yee Universiti Putra Malaysia, Selangor
Dr. Nelfianty binti Mohd Rasyid Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak

GIMNASTIK ASAS
Tn. Syed Muhd Kamal bin S A Bakar IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
En. Poniran bin Salamon IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
En. Mohd Irwan bin Miskob Bahagian Pembangunan Kurikulum

PERGERAKAN BERIRAMA
Pn. Kok Mong Lin IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
En. Fakhri bin Mohd Nor SK Bangsar, Kuala Lumpur
Cik Norlizan Kismawati binti Ismail SS Bukit Jalil, Kuala Lumpur
En.Jais bin Ismail SK Putrajaya Presint 9 (1)

KEMAHIRAN KATEGORI SERANGAN


Bola Baling
En. Azhar bin Ariffin IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, Pahang
En. Mohd Fauzan bin Rusli SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
Cik Nadimah Amani bin Norizan SMK Bandar Baru Bangi, Selangor
En. Azulhaimi bin Ahmad IPG Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan

Ragbi Sentuh
Dr. Burhannudin bin Abdullah Universiti Putra Malaysia, Selangor
En. Ahmad Rodzli bin Hashim IPG Kampus Batu Lintang, Sarawak
En. Mohd Faiz bin Md Ali SMK Sungai Besar, Selangor

KEMAHIRAN KATEGORI JARING


Sepak Takraw
En. Abdul Razak bin Sulaiaman SMK Seri Indah, Selangor
En. Mohd Saufi bin Othman Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya
En. Nawi bin Razali Bahagian Pembangunan Kurikulum

xi
KEMAHIRAN KATEGORI MEMADANG
Kriket
Dr. Jeffrey Low Fook Lee UPSI, Perak
Tn. Hj. Norhizan bin Zainol IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
En. Yeshodh A/L Parameswaran SMK Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan
Pn. Maizan binti Alias SMK Taman Ehsan, Selangor
En. Muhamad Hairani bin Ahmad SK Taman Seri Kota, Johor
En. Mohamad Afiq bin Mohamad Basri SK Setia Jaya, Johor

REKREASI DAN KESENGGANGAN


En. Othman bin Che Man IPG Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang
En. Muftar bin Mohamad Saad IPG Kampus Perlis
En. Abdul Hadi bin Abdul Rahman JPN WP Putrajaya
En. Mohd Faizal bin Mohd Amin SSN SMK Za’ba, Negeri Sembilan

OLAHRAGA ASAS
En. Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
En. Gopal A/L Raman SMK Puchong Permai, Selangor
En. Zool Hilmi bin Abu Bakar SMK Tengku Lela Segara, Terengganu
Tn. Hj. Abd Razak bin Sulaiman SMK Seri Indah, Selangor
En. Ganesh A/L Raza SMK Sultan Sulaiman, Selangor
En. Lim Teng Hooi SMK Seri Desa, Selangor
En. Muhamad Zaiful bin Zainal Abidin Bahagian Pembangunan Kurikulum

KECERGASAN
En. Chia Chiow Ming IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur
En. Gopal A/L Raman SMK Puchong Permai, Selangor

ILUSTRATOR
En.Mohamad ‘Adillas bin Ahmad Fesol BPK, KPM
En. Mohammed Syahrir bin Talib SMK USJ 13, Selangor
En. Mohd Khairul Adzemi bin Kamalul SMK Bukit Kemandol K9, Selangor
Ariffin

xii
MAKLUMAT DALAM SETIAP MODUL

Tajuk dan cadangan


masa setiap modul

HURAIAN MODUL Huraian modul secara


keseluruhan kemahiran
Menerusi modul pengajaran pergerakan berirama, murid boleh mengintegrasikan yang hendak dicapai
konsep pergerakan dan kemahiran pergerakan asas, mereka cipta, dan dalam beberapa sesi
pengajaran dan
mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar.
pembelajaran (pdp).
Murid juga boleh mempersembahkan tarian inang dengan ekspresi budaya yang

STANDARD PEMBELAJARAN
Standard kandungan
Asas Rangkaian Pergerakan Kreatif (2 jam) dan standard pembelaja-
1.2.1 Mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar.
2.1.1 Memilih dan menentukan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, dan konsep pergerakan yang sesuai digunakan
ran (SP) dalam setiap
dalam rangkaian pergerakan kreatif. modul.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

CONTOH SOALAN
Berdasarkan Fakta Cadangan soalan-soalan
1. Apakah konsep pergerakan yang diaplikasi semasa mereka cipta pergerakan kreatif? inkuiri berdasarkan fak-
2. Apakah pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor yang digunakan dalam tarian inang dan pergerakan kreatif? ta, konsep, dan perbaha-
3. Apakah langkah-langkah dalam tarian inang?
san.

Cadangan soalan-soalan
inkuiri berdasarkan fak-
STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN ta, konsep, dan perbaha-
san.

Cadangan aktiviti mencapai SP;


CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN perlu diakukan seperti berikut:
1. Memanaskan badan
2. Penyampaian SP

CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF


3. Permainan Kecil atau
persembahan
4. Menyejukkan badan.
5. Penilaian pdp.
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF
Pada akhir modul ini, murid akan dapat:
1. Murid menduduki satu ujian yang melibatkan konsep pergerakan dan aplikasinya di dalam rangkaian pergerakan kreatif
Cadangan pentaksiran
dan pemilihan langkah-langkah semasa mereka cipta tarian inang. formatif di setiap modul.
2. Murid mereka cipta satu rangkaian pergerakan kreatif atau langkah tarian inang yang mudah, berestetika melalui
penerokaan pergerakan, dan kepelbagaian menurut konsep pergerakan dalam masa yang diperuntukkan.

Cadangan pentaksiran
sumatif di setiap modul.

13

xiii
HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran gimnastik asas, murid boleh mengintegrasikan konsep


putaran, imbangan dan kawalan badan dalam aktiviti dengan efisien. Murid juga boleh
berinteraksi dalam kumpulan bagi mereka cipta rutin pergerakan yang mempunyai
nilai estetika dan mempersembahkan hasil idea kreatif mereka dengan yakin, seronok
dan berekspresi di dalam ruang pergerakan yang selamat.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Hambur dan Melombol


1.1.1 Menghambur dengan kaki ke atas peti lombol dan membuat putaran serta
mendarat.
2.1.1 Menjelaskan perkaitan antara daya dan ketinggian lonjakan semasa melakukan
hambur.
2.1.2 Menerangkan cara melepasi peti lombol semasa melombol.
5.1.1 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko
kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.
5.2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif.

Melombol Menggunakan Tangan di atas Peti Lombol


1.1.2 Melakukan kemahiran melombol menggunakan tangan di atas peti lombol.
2.1.2 Menerangkan cara melepasi peti lombol semasa melombol.
5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Mereka Cipta dan Mempersembahkan Rangkaian Pergerakan


1.1.3 Mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan dalam kumpulan
yang melibatkan kemahiran hambur dan melombol.
2.1.3 Mengenal pasti kemahiran hambur dan melombol yang akan digunakan dalam
rangkaian.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
5.4.1 Bekerjasama melaksanakan aktiviti dalam kumpulan.

1
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Apakah yang kamu tahu tentang menghambur?
2. Nyatakan sudut putaran yang boleh dibuat semasa layangan?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan melombol?
4. Apakah bahagian badan yang digunakan sewaktu melakukan hambur?
5. Apakah alat yang boleh digunakan untuk melakukan hambur?
6. Namakan bentuk-bentuk badan di udara yang boleh dilakukan?

Berdasarkan Konsep
1. Apakah perbezaan antara perbuatan melompat dengan menghambur?
2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan ketinggian lonjakan?
3. Mengapakah siku perlu diluruskan sewaktu tapak tangan mencecah peti lombol?

Berdasarkan Perbahasan
1. Bagaimanakah ketinggian layangan dapat mempengaruhi bentuk badan semasa di
udara? Jelaskan.
2. Apakah kemahiran menghambur dan melombol yang kamu pilih untuk mereka cipta
rangkaian pergerakan? Mengapakah kamu pilih kemahiran tersebut?
3. Bincangkan cara untuk menghasilkan kemahiran menghambur dan melombol yang
mempunyai nilai estetika?

2
STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

1. Memulakan aktiviti pengajaran secara ansur maju yang paling asas.


2. Mengadakan aktiviti pengajaran mengikut hieraki kesukaran.
3. Guru membimbing murid melakukan latih tubi untuk menguasai unit
pembelajaran yang diajar
4. Guru menilai secara berterusan
5. Menggalakkan murid melaksanakan kemahiran pada aras yang lebih
mencabar.
6. Murid yang kurang berjaya menguasai kemahiran yang diajar akan diberikan
pemulihan dan yang berjaya akan diberi aktiviti pengayaan.
7. Murid yang telah menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan akan
berpindah ke unit baharu.

CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 1: Aktiviti Stesen - Berlari, Skip, Berputar dan Mendarat

1. Murid berada di stesen masing-masing


2. Murid melakukan aktiviti seperti berikut:

Stesen 1
Murid berlari mengikut jarak yang ditetapkan.

Stesen 2
Murid bertiga; dua orang memegang hujung tali dan
memusingkannya. Seorang daripadanya melakukan
lompat tali yang dipusingkan oleh rakannya. Aktiviti
dilakukan selama 30 saat dengan kadar ketinggian
mengikut kemampuan. Murid yang sudah
melakukannya akan bertukar peranan sebagai
pemegang tali.

3
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Stesen 3
Murid berempat; dua orang memegang hujung tali
dan memusingkannya. Dua orang daripadanya
melakukan lompat tali yang dipusingkan oleh
rakannya. Aktiviti dilakukan selama 30 saat dengan
kadar ketinggian mengikut kemampuan. Murid yang
sudah melakukannya akan bertukar peranan
sebagai pemegang tali.

Stesen 4
Murid berlari, melakukan hambur dengan kedua kaki
dan mendarat di atas peti lombol dengan sedikit lutut
difleksi. Murid bangun dan mendarat secara
menegak di atas tilam gimnastik.

3. Berlari dan melonjak melepasi bangku gimnastik dan mendarat dengan


kedua-dua belah kaki.
4. Berlari, melonjak, mendarat di atas peti lombol, berdiri dan mendarat
dengan kedua-dua belah kaki di atas tilam gimnastik.

Catatan: Peti lombol boleh digantikan dengan bangku gimnas-


tik.

4
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 2: Aktiviti Stesen - Berlari, skip, berputar dan mendarat

1. Murid berada di stesen masing-masing.


2. Murid melakukan aktiviti seperti berikut:

Stesen 1
Murid berlari mengikut jarak yang ditetapkan.

Stesen 2
Murid bertiga; dua orang memegang hujung tali dan
memusingkannya. Seorang daripadanya melakukan
lompat tali secara putaran menegak 180º dan 360º.
Aktiviti dilakukan selama 30 saat dengan kadar
ketinggian mengikut kemampuan. Murid yang sudah
melakukannya akan bertukar peranan sebagai
pemegang tali.

Stesen 3
Murid berempat; dua orang memegang hujung tali
dan memusingkannya. Dua orang daripadanya
melakukan lompat tali secara putaran menegak
180º. Aktiviti dilakukan selama 30 saat dengan
kadar ketinggian mengikut kemampuan. Murid yang
sudah melakukannya akan bertukar peranan sebagai
pemegang tali

5
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Stesen 4
Murid berempat; dua orang memegang hujung tali
dan memusingkannya. Dua orang daripadanya
melakukan lompat tali dengan berpegangan tangan
dan melompat serentak secara putaran menegak
180º dan 360º. Aktiviti dilakukan selama 30 saat
dengan kadar ketinggian mengikut kemampuan.
Murid yang sudah melakukannya akan bertukar
peranan sebagai pemegang tali

Stesen 5
Murid berlari, melakukan hambur dengan kedua kaki
dan mendarat di atas peti lombol dengan sedikit lutut
difleksi. Murid berdiri dan mendarat sambil berputar
180º atau 360º di atas tilam gimnastik.
Berlari, melonjak melepasi bangku gimnastik,
membuat putaran di udara, dan mendarat kedua-dua
belah kaki di atas tilam gimnastik

6
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 3: Kemahiran Melombol Menggunakan Tangan di Atas Peti

Lombol

(A)
Berdiri di hadapan peti lombol, hambur dengan tangan,
kedua-dua belah kaki mendarat di atas peti lombol,
berdiri, dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua
belah kaki di atas tilam gimnastik.

(B)
Berlari ke arah peti lombol yang diletak di sebelah kiri dan kanan secara
terpisah, melonjak dan lalukan hambur tangan di atas kedua-dua peti
lombol. Bawa ke dua-dua belah kaki ke hadapan sehingga kedua-dua
hujung kaki lebih tinggi dari pinggang dan mendarat di atas tilam gimnastik.

(C)
Berlari ke arah peti lombol, hambur menggunakan tangan dan bawa kaki ke
sisi kiri atau kanan melepasi peti lombol dan mendarat kedua-dua belah kaki
di atas tilam gimnastik.

(D)
Berlari ke arah peti lombol, hambur menggunakan tangan dan bawa kaki
melepasi peti lombol di antara kedua-dua belah tangan dan mendarat kedua
-dua belah kaki di atas tilam gimnastik.

7
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 4: Mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan


dalam kumpulan yang melibatkan kemahiran hambur dan

(A)
Tiga rangkaian persembahan melombol tanpa alatan (boleh gunakan rakan
sebagai alatan).
Contoh: Melakukan lombol lalu, lombol kangkang dan lombol sisi.

(B)
Tiga rangkaian persembahan menggunakan alatan peti lombol.
Contoh: Melakukan lombol kangkang, lombol lalu dan hambur tangan.

(C)
Tiga rangkaian persembahan yang menggabungkan kemahiran hambur dan
peti lombol.
Contoh: Melakukan hambur arab, lombol kangkang dan hambur tangan.

8
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Persembahan Kumpulan: Hambur dan Lombol

1. Murid dalam kumpulan kecil.


2. Setiap kumpulan akan mereka cipta satu rangkaian pergerakan yang
mengandungi kemahiran melombol dan menghambur.
3. Setiap kumpulan mempersembahkan hasil rangkaian pergerakan yang
direka cipta.
4. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dikira sebagai pemenang.

9
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG PENILAIAN

(A) PENILAIAN 1
Tandakan (√) berdasarkan kemahiran yang dikuasai oleh murid.

KEMAHIRAN
Bil. Nama Lombol Lombol Hambur Putaran Putaran CATATAN
Kangkang Lalu Tangan 180º 360º

1.

2.

3.
4.
5.

6.

7.

8.

(B) PENILAIAN 2
Tandakan (√) bagi kemahiran yang dikuasai oleh murid.

Kedudukkan Kedudukkan
Bil. Nama Tangan di atas Kaki Semasa Pendaratan
Peti Lombol Melombol
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

10
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:


1. Melakukan ujian kemahiran berdasarkan kemahiran melombol dan
menghambur dengan menggunakan borang penilaian senarai semak
2. Menggunakan rubrik dan menilai persembahan gimnastik yang
melibatkan melombol dan hambur, bentuk badan, putaran yang sesuai
dan membuat penambahbaikan.

11
HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran pergerakan berirama, murid boleh mengintegrasikan


konsep pergerakan dan kemahiran pergerakan asas, mereka cipta dan
mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif mengikut muzik yang didengar.
Murid juga boleh mempersembahkan tarian inang dengan ekspresi budaya yang
menekankan nilai estetika.

STANDARD PEMBELAJARAN

Asas Rangkaian Pergerakan Kreatif


1.2.1 Mereka cipta dan mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif
mengikut muzik yang didengar.
2.2.1 Memilih dan menentukan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan
konsep pergerakan yang sesuai digunakan dalam rangkaian pergerakan
kreatif.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.

Asas Tarian Inang


1.2.2 Melakukan langkah dalam tarian inang mengikut muzik yang didengar.
2.2.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep
pergerakan yang digunakan dalam langkah tarian inang.
2.2.3 Membuat justifikasi pemilihan pergerakan lokomotor, pergerakan bukan
lokomotor dan konsep pergerakan yang digunakan dalam mereka cipta
pergerakan tarian.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.

13
STANDARD PEMBELAJARAN

Mereka Cipta Tarian Inang dan Mempersembahkan


1.2.3 Mereka cipta pergerakan tarian menggunakan langkah inang dan
mempersembahkan mengikut muzik yang didengar.
2.2.2 Mengenal pasti pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan konsep
pergerakan yang digunakan dalam langkah tarian inang.
5.2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif.
5.3.3 Memberikan penghargaan terhadap pendapat dan kelebihan rakan.

CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Apakah konsep pergerakan yang diaplikasi semasa mereka cipta pergerakan
kreatif?
2. Apakah pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor yang digunakan
dalam tarian inang dan pergerakan kreatif?
3. Apakah langkah-langkah dalam tarian inang?
4. Apakah asal usul tarian tersebut?
5. Apakah alatan yang boleh digunakan dalam tarian inang?
6. Apakah formasi pergerakan dalam persembahan tarian dan pergerakan kreatif?
21

Berdasarkan Konsep
1. Bagaimana kamu memilih pergerakan yang sesuai untuk pergerakan tarian?
2. Bagaimana konsep hubungan boleh diintegrasikan dalam mencipta pergerakan
tarian dan pergerakan kreatif?
3. Apakah perbezaan antara ciri-ciri langkah tarian inang dengan pergerakan kreatif?
4. Bagaimana pergerakan tarian dan pergerakan kreatif dapat meningkatkan
kemahiran sosial seseorang?

Berdasarkan Perbahasan
1. Adakah pergerakan tarian dapat meningkatkan tahap kecergasan? Mengapa?
2. Apakah konsep pergerakan yang paling penting dalam mereka cipta pergerakan
tarian dan pergerakan kreatif? Mengapa?
3. Mengapa apresiasi estetika sangat penting dalam persembahan tarian?
4. Bagaimana kamu menjana idea dalam merancang pergerakan tarian dan
pergerakan kreatif?
5. Jika tiada muzik, bagaimana kamu boleh melakukan pergerakan kreatif dan tarian?
6. Bagaimana kemahiran pergerakan berirama mempengaruhi aktiviti harian kamu?
7. Apakah pandangan kamu berkaitan dengan persembahan kumpulan lain?
Mengapa?

14
STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

1. Guru menunjuk ajar langkah-langkah asas tarian inang dan pergerakan


kreatif tanpa muzik dan mengikut muzik.
2. Murid memerhati dan meniru langkah-langkah dalam tarian inang dan
pergerakan kreatif tanpa muzik dan mengikut muzik.
3. Murid menganalisis dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor yang terdapat dalam langkah tarian inang dan
pergerakan kreatif.
4. Guru menggunakan muzik rentak inang dan pergerakan kreatif yang
bersesuaian untuk mewujudkan keseronokan murid semasa melakukan
tarian tradisional dan pergerakan kreatif.
5. Murid membuat sumbang saran dalam kumpulan untuk mereka cipta
tarian dan pergerakan kreatif dengan muzik dan prop yang sesuai dalam
persembahan.
6. Murid berbincang untuk menjelaskan peranan konsep pergerakan dalam
tarian dan pergerakan kreatif.
7. Murid membuat dokumentasi pergerakan tarian dan pergerakan kreatif
menggunakan pelan persembahan.
8. Guru membimbing murid melalui penemuan terbimbing dengan memberi
maklum balas.
9. Murid membuat persembahan yang akan dinilai oleh kumpulan lain
dengan menggunakan senarai semak.
10. Guru membimbing murid membuat refleksi berdasarkan persembahan.

15
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 1: Contoh Rangkaian pergerakan kreatif bertemakan sukan


(1 jam) Cadangan Muzik: Lagu Embun Sok Sek

1. Mengilas badan Kiraan 8 x 2


2. Aksi Regangan Kiraan 8 x 2
3. Turun ke kedudukan dekam seperti
permulaan lari pecut Kiraan 8 x 2 Individu
4. Aksi lari berpagar ikut laluan trek
(lawan jam) Kiraan 8 x 4
5. Aksi lontar peluru Kiraan 8 x 2
6. Aksi berskip menggunakan tali ke
pelbagai arah Kiraan 8 x 4
7. Bersedia ke kedudukan tinju Kiraan 8 x 1 Berpasangan
8. Aksi tumbuk sambil Step Close Kiraan 8 x 2
9. Aksi tumbuk sambil congklang Kiraan 8 x 2
10. Aksi takraw menimbang Kiraan 8 x 2 Berselang seli
11. Aksi takraw menimang depan-belakang maju undur
setempat Kiraan 8 x 2 Maju undur 45 º
12. Ulang langkah 1 hingga 11 Setempat

Nota: Akhiri dengan pose seperti piramid.

16
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 2: Mereka cipta dan Mempersembahkan Rangkaian Pergerakan


Kreatif (1 jam)

1. Dalam kumpulan kecil, mereka cipta satu rangkaian pergerakan kreatif


menggunakan aksi dalam situasi sukan yang lain berdasarkan muzik yang
sama atau pilihan sendiri.
2. Murid berbincang berkaitan konsep pergerakan dan kemahiran pergerakan
yang akan digunakan.
3. Murid mempersembahkan rangkaian pergerakan kreatif yang direka cipta
mengikut kumpulan.
4. Kumpulan lain menilai menggunakan senarai semak dan memberi maklum
balas serta cara penambahbaikan.
5. Murid membuat refleksi dengan bimbingan guru berkaitan persembahan
kumpulan sendiri dan mencadangkan cara penambahbaikan.

17
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 3: Asas Tarian Inang (1 jam) Cadangan Lagu: Lagu Mak Inang

(A) Langkah Asas Inang:


1. Setempat: Kaki kawad (marching), tangan diayun berselang seli dengan kaki.
2. Melangkah ke depan dan undur.
3. Pusing sambil melangkah, kemudian tukar arah (balas).
(B) Membuat Huruf ‘C’ - Sudi:
1. Melangkah ke hadapan dengan kaki kanan sambil membuat huruf ‘C’ (sudi).
Pergelangan tangan dipusingkan.
2. Undur dan balik ke tempat asal. Tangan dalam keadaan ‘minta lalu’.
3. Ulang ragam yang sama ke arah kiri.
(C) Membuat Huruf ‘L’ dan ‘C’:
1. Melangkah kaki kanan terus ke hadapan mulai dengan kaki kanan sambil
tangan diayunkan.
2. Pusing melalui bahu kiri 90º dan undur.
3. Membuat huruf ‘C’ balik ke tempat asal.
4. Ulang ragam yang sama ke arah kiri.
(D) Rutin Tarian Inang Tua
Pengenalan: Regangan
1. Setempat Kiraan 8 x 1
2. Ke depan Kiraan 8 x 1
3. Undur Kiraan 8 x 1
4. Setempat Kiraan 8 x 1
5. Pusing dan balas Kiraan 8 x 2
6. Setempat Kiraan 8 x 2
7. C sudi kanan Kiraan 8 x 1
8. C sudi kiri Kiraan 8 x 1
9. Setempat Kiraan 8 x 2
10. Ragam huruf L dan C kanan Kiraan 8 x 2
11. Ragam huruf L dan C kiri Kiraan 8 x 2
12. Setempat (aras) Kiraan 8 x 2
13. Pusing dan balas Kiraan 8 x 2
14. Ulang lakuan 1 hingga 13, tiga set.

18
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 4: Mereka cipta Tarian Inang dan Mempersembahkan (2 jam)

1. Dalam kumpulan kecil, mereka cipta satu rutin tarian menggunakan


langkah-langkah asas inang berdasarkan lagu rentak inang yang dipilih
sendiri.
2. Murid berbincang berkaitan konsep pergerakan yang akan digunakan.
3. Murid memilih prop dan pakaian yang sesuai.
4. Kumpulan menyediakan pelan lantai dan merancang formasi rutin tarian.
5. Murid mempersembahkan rutin tarian inang yang direka cipta mengikut
kumpulan.
6. Kumpulan lain menilai menggunakan senarai semak dan memberi maklum
balas serta cara penambahbaikan.
7. Murid membuat refleksi dengan bimbingan guru berkaitan persembahan
kumpulan sendiri dan mencadangkan cara penambahbaikan.

19
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENARAI SEMAK

PERSEMBAHAN KUMPULAN RANGKAIAN PERGERAKAN KREATIF


ATAU TARIAN INANG

Kenal pasti dan nyatakan aspek-aspek yang ditetapkan dalam jadual


berikut berdasarkan persembahan kumpulan.

Kumpulan
Aspek K1 K2 K3 K4
Jenis lokomotor
dalam pergerakan
kreatif atau inang
Jenis bukan
lokomotor dalam
pergerakan kreatif
atau inang

Laluan atau formasi


pelan lantai

Arah dan aras

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak


Kesesuaian muzik

Nilai estetika

Maklum balas dan


cadangan
penambahbaikan

20
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Murid menduduki satu ujian yang melibatkan konsep pergerakan dan


aplikasinya di dalam rangkaian pergerakan kreatif dan pemilihan
langkah-langkah semasa mereka cipta tarian inang.
2. Murid mereka cipta satu rangkaian pergerakan kreatif atau langkah
tarian inang yang mudah, berestetika melalui penerokaan pergerakan
dan kepelbagaian menurut konsep pergerakan dalam masa yang
diperuntukkan.
3. Murid membuat persembahan rangkaian pergerakan kreatif atau tarian
inang dalam kumpulan kecil menggunakan muzik, prop dan pakaian
yang sesuai dalam majlis rasmi sekolah.

21
HURAIAN MODUL

Menerusi modul pengajaran ragbi sentuh, murid boleh mengaplikasi prinsip


biomekanik dan konsep pergerakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran ragbi
sentuh. Kemahiran yang dipelajari boleh diadaptasi semasa menyerang dan bertahan
dalam situasi permainan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Menghantar dan menerima


1.4.1 Melakukan pelbagai kemahiran menghantar bola dalam situasi permainan.
1.4.2 Melakukan kemahiran menangkap bola pada pelbagai aras dalam situasi
permainan.
2.4.1 Menerangkan lakuan menghantar bola berdasarkan situasi permainan.
2.4.2 Memerihal lakuan menangkap bola berdasarkan situasi permainan.
5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam melakukan aktiviti tanpa mengira
perbezaan individu.

Berlari dan mengacah


1.4.3 Melakukan kemahiran berlari dan mengacah semasa membawa dan
menghantar bola dalam situasi permainan.
2.4.3 Menerangkan kesesuaian antara jarak ddengan kemahiran berlari dan
Mengacah dalam situasi permainan.
5.5.1 Melakukan aktiviti dengan semangat kesukanan seperti menerima
kekalahan secara positif, mempamerkan permainan bersih dan semangat
juang.

Try
1.4.4 Melakukan kemahiran try dalam situasi permainan.
2.4.4 Menerangkan cara melakukan try.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.
5.5.2 ….Melakukan aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan dengan beretika.

35
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Berapakah jumlah pemain ragbi sentuh dalam satu pasukan?
2. Apakah kemahiran yang terdapat dalam permainan ragbi sentuh?
3. Berapakah keluasan padang ragbi sentuh?
4. Berapakah jangka masa sesuatu permainan ragbi sentuh?
5. Bagaimanakah cara untuk memberhentikan pergerakan pasukan lawan?
6. Berapakah jumlah mata yang diperolehi apabila pasukan mendapat try?
7. Apakah aspek keselamatan yang perlu ditekankan dalam permainan ragbi sentuh?

Berdasarkan Konsep
1. Terangkan perbezaan antara hantaran dekat, hantaran jauh dan pop pass?
2. Apakah kedudukan postur badan ketika menerima dan menghantar bola?
3. Mengapakah kemahiran mengacah menjadi tidak berkesan ketika situasi
permainan?
4. Bagaimanakah kamu melakukan try?
5. Perihalkan cara sentuhan yang dibenarkan dalam permainan ragbi sentuh?
6. Bincangkan perbezaan antara permainan ragbi sentuh dengan permainan ragbi?
7. Bagaimanakah kamu boleh melepasi pihak lawan untuk melakukan try?
8. Bagaimanakah kamu menghantar bola kepada rakan yang berada terlalu dekat
dengan kamu?

Berdasarkan Perbahasan
1. Kenapakah pemain sering menghantar bola tidak tepat kepada rakan sepasukan?
2. Bincangkan keadaan yang menyukarkan kamu untuk mengacah dalam situasi
permainan.
3. Berikan pendapat anda mengenai kelebihan permainan ragbi sentuh.

36
STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Pendekatan TGfU
1. Bentuk permainan
Permainan dibentuk hampir sama dengan kemahiran permainan yang
direka dengan melibatkan kemahiran yang boleh meningkatkan
prestasi dan minat pelajar.
2. Apresiasi permainan
Murid diajar untuk memahami peraturan permainan yang ringkas
supaya murid dapat keseronokan bermain.
3. Kesedaran taktikal
Murid dikehendaki fahami atau sedar tentang cara untuk mendapatkan
mata supaya dapat mengatasi pihak lawan.
4. Penyelesaian masalah
Guru mengemukakan soalan aras tinggi untuk membuat keputusan
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bermain.
5. Perlaksanaan kemahiran
Guru memantau tahap perlakuan murid apabila murid telah bersedia
dengan perlakuan yang betul mengikut tahap kebolehan masing-
masing.
6. Prestasi
Melaksanakan perlakuan yang diharap dalam situasi permainan yang
sebenar.

1. Murid diberi pendedahan berkaitan konsep permainan ragbi sentuh,


peraturan dan taktikal dalam permainan ubah suai menerusi pembelajaran
kemahiran asas ragbi sentuh.
2. Guru merancang sesi pembelajaran dan pembelajaran yang
menggunakan pelbagai kemahiran asas ragbi sentuh semasa menyerang
dan bertahan dalam situasi permainan.
3. Murid mengenal pasti strategi yang sesuai digunakan semasa menyerang
dan bertahan dalam situasi permainan.
4. Guru mengemukakan soalan berkaitan taktikal semasa murid sedang
bermain dan meminta murid memberi respon serta menunjukkan lakuan
terhadap respon.
5. Murid dalam kumpulan bermain dengan menggunakan kemahiran
menyerang, bertahan, dan taktikal dalam situasi permainan.
6. Murid merakam permainan untuk menjalankan analisis berkaitan kema-

37
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 1: Kemahiran Menghantar dan Menangkap

1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan kecil.


2. Permainan dimulakan dari garisan zon dengan menghantar bola kepada
rakan sepasukan yang berada di belakang.
3. Rakan sepasukan akan menangkap bola secara berjalan atau berlari
sehingga melepasi zon garisan pasukan lawan.
4. Jika bola dapat dipintas atau terjatuh, tukar peranan di tempat berlaku
kesalahan.
5. Pasukan yang berjaya melepasi garisan zon lawan akan mendapat satu
mata.
6. Pasukan yang berjaya memperoleh mata yang tertinggi dikira sebagai
pemenang.

Nota guru:
1. Bola hendaklah dihantar secara sisi.
2. Kawasan permainan boleh diubahsuai.
3. Bilangan pemain juga boleh diubahsuai.
4. Guru mengemukakan soalan fakta, konsep atau perbahasan kepada murid.
5. EMK - Keusahawanan.

38
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 2: Kemahiran Berlari dan Mengacah


Petunjuk
Pasukan bertahan

Pasukan penyerang

Kawasan gol

Kawasan permulaan

Cara bermain
1. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil.
2. Pasukan penyerang akan memulakan permainan dengan tap dan membawa
bola ke kawasan gol.
3. Penyerang perlu mengacah untuk mengelak disentuh oleh pasukan bertahan.
4. Pasukan bertahan perlu menyentuh bahagian atas belakang badan (upper back)
pasukan penyerang bagi memberhentikan pergerakan pasukan penyerang.
5. Penyerang yang sudah disentuh perlu kembali ke garisan permulaan untuk
memulakan permainan.
6. Pasukan bertahan hanya boleh bergerak di atas garisan masing-masing.
7. Pasukan yang berjaya melepasi garisan gol akan mendapat satu mata.
8. Permainan diperuntukkan selama 5 minit dan tukar peranan.
9. Pasukan yang berjaya memperoleh mata yang tertinggi dikira sebagai
pemenang.

Nota Guru :
 Memulakan permainan dengan “tap” bola dibawa menyentuh bahagian dalam
kaki.
 Penyerang boleh bergerak secara serentak atau mengikut giliran.
 Setiap penyerang digalakkan membawa bola semasa bergerak.
 Kawasan permainan boleh diubah suai.
 Bilangan pemain juga boleh diubah suai.
 Memastikan kawasan permainan selamat.
 Guru mengemukakan soalan fakta, konsep atau perbahasan kepada murid.
 EMK - Keusahawanan.

39
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 3: Kemahiran Menggolek dan Touch (try)

Cara Bermain
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Satu kumpulan sebagai penyerang dan satu kumpulan sebagai pertahanan.
3. Setiap pemain bergerak secara berpasangan.
4. Pasukan penyerang akan cuba membawa bola dan membuat try di kawasan
try lawan.
5. Jika try dilakukan dengan kedua-dua belah tangan satu mata akan diberi,
sebelah tangan 2 mata dan dive 3 mata.
6. Pasukan pertahanan boleh menyentuh bahagian atas belakang badan
pemain penyerang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan.
7. Setelah disentuh, mulakan permainan kembali dengan mengggolek bola ke
belakang untuk di ambil oleh rakan di belakang, rakan di belakang akan
mengutip bola dan bergerak ke hadapan rakan.
8. Tukar peranan selepas pasukan bertahan berjaya menyentuh sebanyak tiga
kali.
9. Pasukan yang berjaya mendapat mata yang banyak dalam masa yang
ditetapkan dikira sebagai pemenang.

Nota guru :
 “Dive” lakuan menerpa untuk meletak bola ke tanah.
 Kawasan permainan boleh diubah suai.
 Bilangan pemain kurang daripada 5 orang bagi setiap pasukan.
 Memastikan kawasan permainan selamat.
 Guru mengemukakan soalan fakta, konsep atau perbahasan kepada murid.
 EMK - Keusahawanan.

40
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

Kemahiran Menghantar

1. Senarai Semak

Arahan :
Tandakan (√) pada ruangan kemahiran yang disediakan apabila murid
berjaya melakukan hantaran dan tandakan (X) untuk murid yang tidak
berjaya melakukan hantaran.

Nama Guru:
Tingkatan 2:
Kemahiran Hantaran
Bil Nama Murid Hantaran Hantaran Hantaran Pop Pass
Sisi Dekat Jauh
1 Munir Mohamad √ √ X √
2
3

2. Jawab soalan-soalan berikut:

a. Kenapa hantaran yang dibuat tidak tepat kepada penerima?


b. Bagaimanakah menangkap bola ragbi yang dihantar dengan pelbagai
kelajuan
c. Bagaimanakah bentuk bola ragbi mempengaruhi cara menghantar
dan menerima?
d. Apakah tujuan mengacah?
e. Terangkan cara melakukan kemahiran try?

41
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:


i. Membuat pembentangan mengenai kemahiran yang terdapat dalam
ragbi sentuh dan mengenal pasti kemahiran yang sesuai digunakan
mengikut situasi dalam permainan.
ii. Melakukan ujian kemahiran ragbi sentuh menerusi situasi permainan
yang melibatkan kemahiran asas.
iii. Penilaian prestasi berdasarkan rakaman video semasa menyerang dan
bertahan.

42
HURAIAN MODUL

Menerusi modul permainan kriket, murid boleh mengaplikasikan prinsip biomekanik


dan konsep pergerakan untuk meningkatkan penguasaan kemahiran kriket.
Kemahiran yang dipelajari boleh diadaptasikan semasa memadang dan memukul
dalam situasi permainan.

STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Memukul dengan Berat Badan Pada Kaki Hadapan


1.6.1 Melakukan pelbagai kemahiran memukul bola dalam situasi permainan.
1.6.2 Melakukan kemahiran larian dalam situasi permainan.
1.6.3 Melakukan pelbagai kemahiran menahan bola dalam situasi permainan.
2.6.1 Memerihal tentang pemindahan daya semasa melakukan pelbagai
kemahiran memukul bola.
2.6.2 Menjelaskan kepentingan kelajuan semasa berlari antara wiket.
2.6.3 Memerihalkan peranan penyerapan daya semasa melakukan kemahiran
menahan.
5.1.1 Mengenal pasti peralatan keselamatan yang boleh mengurangkan risiko
kecederaan berdasarkan aktiviti fizikal tertentu.
5.2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif.

55
STANDARD PEMBELAJARAN

Kemahiran Memukul Dengan Berat Badan Pada Kaki Belakang


1.6.1 Melakukan pelbagai kemahiran memukul bola dalam situasi permainan.
1.6.2 Melakukan kemahiran larian dalam situasi permainan.
1.6.3 Melakukan pelbagai kemahiran menahan bola dalam situasi permainan.
2.6.1 Memerihal tentang pemindahan daya semasa melakukan pelbagai
kemahiran memukul bola.
2.6.2 Menjelaskan kepentingan kelajuan semasa berlari antara wiket.
2.6.3 Memerihalkan peranan penyerapan daya semasa melakukan kemahiran
menahan.
5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Kemahiran Boling: Perlahan, Sederhana dan Laju


1.6.5 Melakukan pelbagai kemahiran boling dalam situasi permainan.
2.6.5 Menjelaskan kepentingan ketinggian pelepasan bola semasa boling.
5.5.2 Melakukan aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan dengan beretika.

Kemahiran Boling: Boling Putar


1.6.5 Melakukan pelbagai kemahiran boling dalam situasi permainan.
2.6.5 Menjelaskan kepentingan ketinggian pelepasan bola semasa boling.
5.3.2 Mempamerkan keseronokan semasa melakukan aktiviti.
5.4.1 Bekerjasama melaksanakan aktiviti dalam kumpulan.

Kemahiran Memadang: Membaling, Menangkap dan Menjaga Wiket


1.6.4 Melakukan kemahiran memadang yang melibatkan membaling dan
menangkap bola pada pelbagai aras dan arah dalam situasi permainan
1.6.6 Melakukan kemahiran menjaga wiket dalam situasi permainan.
2.6.4 Mengenal pasti lakuan yang sesuai semasa membaling dan menangkap
bola dalam situasi permainan.
2.6.6 Mengenal pasti posisi yang sesuai semasa menjaga wiket dalam situasi
permainan.
5.3.1 Berinteraksi secara positif dalam melakukan aktiviti tanpa mengira
perbezaan individu.
5.5.1 Melakukan aktiviti dengan semangat kesukanan seperti menerima
kekalahan secara positif, mempamerkan permainan bersih dan
semangat juang.

56
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Apakah peralatan asas yang diperlukan dalam permainan kriket?
2. Berapakah jumlah over dipertandingkan di peringkat MSSM ?
3. Namakan kemahiran asas dalam permainan kriket?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan satu larian yang lengkap?
5. Pada balingan apakah kemahiran menahan kaki hadapan dan kaki belakang
dilakukan?
6. Bagaimanakah pemenang ditentukan dalam permainan kriket?
7. Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam kemahiran menangkap
bola?
8. Apakah yang dimaksudkan dengan penyerapan daya semasa menangkap bola?
9. Apakah yang dimaksudkan dengan pemposisian semasa menjaga wiket?
10. Bagaimanakah cara seorang penjaga wiket boleh mengeluarkan seorang pemukul?
11. Apakah yang dimaksudkan dengan boling yang sah?
12. Namakan jenis-jenis boling putaran (spin) yang di gunakan dalam permainan
kriket?
13. Apakah kemahiran asas memukul?
14. Apakah kemahiran asas memadang?

Berdasarkan Konsep
1. Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat larian kedua?
2. Mengapakah kemahiran menahan bola perlu digunakan dalam permainan?
3. Bilakah kemahiran balingan bawah tangan (under arm) digunakan dalam
permainan?
4. Bagaimanakah cara untuk menangkap bola dari pelbagai arah dan aras?
5. Mengapakah kita perlu ada larian landas (run up) untuk pembaling?
6. Apakah tujuan memutar bola semasa boling?
7. Mengapakah seorang penjaga wiket perlu mencangkung semasa menjaga wiket?
8. Apakah perbezaan antara boling sederhana dan boling putar?
9. Bagaimana memutar bola semasa boling?
10. Apakah tindakan pemadang lain ketika bola dibaling oleh pemadang luar ke arah
wiket (covering)?

57
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Perbahasan
1. Bagaimanakah seorang pemukul boleh mendapatkan larian daripada balingan yang
baik (good length ball)?
2. Bincangkan ciri-ciri persefahaman yang perlu ada semasa membuat larian antara
wiket?
3. Bilakah seorang pemukul membuat keputusan untuk menahan bola? Mengapa?
4. Bagaimana cara untuk mengelak dari bertembung dengan rakan sepasukan
semasa memadang?
5. Kamu sering menghadapi masalah semasa boling. Kenal pasti masalah tersebut
dan bincangkan cara mengatasi.
6. Anda mempunyai masalah untuk membaling bola pada jarak jauh. Bincangkan jalan
penyelesaian masalah tersebut?
7. Rakan anda menghadapi masalah menangkap bola tinggi, bagaimanakah anda
boleh membantu?
8. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi seorang ketua pasukan untuk membuat
pilihan memukul atau memadang?

STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

1. Guru memberi arahan kepada murid melakukan kemahiran dalam kumpulan


melibatkan kemahiran permainan bagi meningkatkan prestasi dan minat
pelajar. (Bentuk Permainan)
2. Murid diajar untuk memahami peraturan permainan supaya dapat melakukan
kemahiran menerusi permainan kecil dengan seronok. (Fahami dan
Menghargai Permainan)
3. Murid dikehendaki memahami atau sedar tentang cara untuk mendapatkan
larian atau mengatasi pihak lawan. (Kesedaran Taktikal)
4. Guru mengemukan soalan (pelbagai aras) untuk murid membuat keputusan
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bermain.
(Penyelesaian Masalah)
5. Guru memantau tahap perlakuan dan kemahiran yang dikuasai serta
kesediaan murid menguasai perlakuan yang betul mengikut tahap kebolehan
masing-masing. (Perlakuan)
6. Guru memastikan murid melaksanakan perlakuan yang diharap dan
mengenal pasti perubahan penguasaan kemahiran dalam situasi permainan
yang sebenar. (Prestasi)

58
STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Pendekatan TGfU

1. Bentuk permainan
Permainan dibentuk hampir sama dengan kemahiran permainan yang
direka dengan melibatkan kemahiran yang boleh meningkatkan prestasi
dan minat pelajar.

2. Apresiasi permainan
Murid diajar untuk memahami peraturan permainan yang ringkas supaya
murid dapat keseronokan bermain.

3. Kesedaran taktikal
Murid dikehendaki fahami atau sedar tentang cara untuk mendapatkan
mata supaya dapat mengatasi pihak lawan.

4. Penyelesaian masalah
Guru mengemukakan soalan aras tinggi untuk membuat keputusan da-
lam menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bermain.

5. Perlaksanaan kemahiran
Guru memantau tahap perlakuan murid - bila murid telah bersedia
dengan perlakuan yang betul mengikut tahap kebolehan masing-masing.

6. Prestasi
Melaksanakan perlakuan yang diharap dalam situasi permainan yang
sebenar.

59
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 1: Mara dan Pukul (Memukul dan menahan dengan berat badan
pada kaki hadapan)

Aktiviti Murid:

1. Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang


2. Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan
3. Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang akan bertindak
sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket.
4. Pemboling (bowler) akan melambung bola secara bawah tangan (under
arm) berhampiran kaki hadapan pemukul (sasaran A). Jika lambungan bola
jauh dari kaki pemukul maka boling itu tidak sah, perlu ulang baling dan sa-
tu larian percuma diberi kepada pasukan memukul.
5. Setiap pemboling (bowler) diberi 3 balingan.
6. Semua pemadang akan melakukan boling dan menjaga wiket secara
bergilir.
7. Setiap pemukul akan menerima sebanyak 6 balingan bola sahaja dari
pasukan pemadang sebelum digantikan dengan rakan sepasukan.
8. Pemukul boleh dikeluarkan samada secara bowled, tangkap, run out atau
stumped dan 4 larian akan ditolak dari jumlah larian pasukan memukul.
9. Giliran pasukan pemukul tamat apabila setiap pemain dalam pasukan
pemadang selesai membuat tiga balingan. Selepas itu kedua-dua pasukan
bertukar peranan.
10. Pemukul perlu memukul atau menahan bola dengan berat badan pada kaki
hadapan dan cuba mendapatkan larian bersama pasangan pemukul.
Pukulan yang di buat dengan berat badan berada pada kaki belakang tidak
dikira.
11. Pemadang perlu memadang untuk menyekat larian atau mengeluarkan
pemukul.

60
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Petunjuk

Kawasan permainan
Pasukan A
Pasukan B
Zon A
Bola
Kawasan D

Rajah Aktiviti 1: Mara dan Pukul (Memukul dan menahan dengan berat badan
pada kaki hadapan)

Soalan Guru:

1. Namakan kemahiran asas dalam permainan kriket?


2. Apakah peralatan asas yang diperlukan dalam permainan kriket?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan satu larian yang lengkap?
4. Bagaimanakah pemenang ditentukan dalam permainan kriket?
5. Bilakah kemahiran memukul dan menahan kaki hadapan digunakan dalam
permainan?

61
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 2: Undur dan Pukul (Memukul dan menahan dengan berat badan
pada kaki belakang)

Cara Bermain
1. Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang
2. Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan
3. Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang akan bertindak
sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket.
4. Pemboling (bowler) akan membaling bola secara atas bahu jauh dan bola itu
mesti melantun dan menuju ke pemukul (sasaran B). Jika balingan bola
dekat pada kaki pemukul maka boling itu tidak sah, ulang baling dan satu
larian percuma diberi kepada pasukan memukul.
5. Setiap pemboling (bowler) diberi 3 balingan.
6. Semua pemadang akan melakukan boling dan menjaga wiket secara
bergilir.
7. Setiap pemukul akan menerima sebanyak 6 balingan bola sahaja dari
pasukan pemadang sebelum digantikan dengan rakan sepasukan.
8. Pemukul boleh dikeluarkan samada secara bowled, tangkap, run out atau
stumped, dan 4 larian akan ditolak dari jumlah larian pasukan memukul.
9. Giliran pasukan pemukul tamat apabila setiap pemain dalam pasukan
pemadang selesai membuat tiga balingan.
10. Kedua-dua pasukan bertukar peranan (innings).
11. Pemukul perlu memukul atau menahan bola dengan berat badan pada kaki
belakang dan cuba mendapatkan larian bersama pasangan pemukul.
Pukulan yang dibuat dengan berat badan pada kaki hadapan tidak dikira.
12. Pemadang perlu memadang untuk menyekat larian atau mengeluarkan
pemukul.

62
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Petunjuk:

Pemukiul
Pemadang
Pembaling (Bowler)
Penjaga Wiket
Wiket

Rajah Aktiviti 2: Undur dan Pukul (Memukul dan menahan dengan berat badan
pada kaki belakang)

Soalan Guru:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pukulan boundary?


2. Bilakah kemahiran memukul dan menahan kaki belakang digunakan dalam
permainan?
3. Bagaimanakah pemukul dapat melakukan pukulan kaki belakang secara efektif?
4. Mengapakah kemahiran menahan bola kaki belakang perlu digunakan dalam
permainan?
5. Bilakah seorang pemukul membuat keputusan untuk menahan bola dengan
berat badan pada kaki belakang? Mengapa?

63
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 3: Boling Santai (Boling pada kelajuan perlahan, sederhana dan laju)

Cara Bermain

1. Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang.


2. Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan.
3. Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang akan bertindak
sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket.
4. Pemboling (bowler) akan melakukan boling pada kelajuan perlahan,
sederhana atau laju dengan tangan lurus, lakuan ikut pusingan jam dan
dilepaskan di atas kepala (over head) ke arah pemukul (sasaran C).
5. Setiap pemboling (bowler) diberi 6 balingan.
6. Semua pemadang akan melakukan boling dan menjaga wiket secara bergilir-
gilir.
7. Setiap pemukul akan menerima sebanyak 6 balingan bola sahaja dari
pasukan pemadang sebelum digantikan dengan rakan sepasukan.
8. Pemukul boleh dikeluarkan samada secara bowled, tangkap, run out atau
stumped dan 4 larian akan ditolak dari jumlah larian pasukan memukul
9. Giliran pasukan pemukul tamat apabila setiap pemain dalam pasukan
pemadang selesai membuat 6 balingan.
10. Kedua-dua pasukan bertukar peranan (innings).
11. Pemukul memukul atau menahan bola samada dengan berat badan pada
kaki hadapan atau kaki belakang dan cuba mendapatkan larian bersama
pasangan pemukul.
12. Pemadang perlu memadang untuk menyekat larian atau mengeluarkan
pemukul.

64
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Petunjuk:

Pemukiul
Pemadang
Pembaling (Bowler)
Penjaga Wiket
Wiket

Rajah Aktiviti 3: Boling Santai (Boling pada kelajuan perlahan, sederhana dan
laju)

Soalan Guru:

1. Mengapakah kita perlu ada larian landas (run up) untuk pembaling?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan boling yang sah?
3. Mengapakah bola yang dibol tersasasr (wide)? Bincangkan cara mengatasinya.
4. Bagaimanakah pemboling (bowler) dapat menyekat pemukul daripada
membuat larian?

65
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 4: Boling Putar (Boling secara putaran)


Cara Bermain

1. Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang.


2. Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan
3. Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang bertindak
sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket.
4. Pemboling (bowler) melakukan boling putar dengan tangan lurus, lakuan
ikut pusingan jam dan dilepaskan di atas kepala (over head) ke arah
pemukul (sasaran D).
5. Setiap pemboling (bowler) diberi 6 balingan.
6. Semua pemadang akan melakukan boling putar dan menjaga wiket
secara bergilir-gilir.
7. Setiap pemukul akan menerima sebanyak 6 balingan bola sahaja dari
pasukan pemadang sebelum digantikan dengan rakan sepasukan.
8. Pemukul boleh dikeluarkan samada secara bowled, tangkap, run out
atau stumped dan 4 larian akan ditolak dari jumlah larian pasukan
memukul
9. Giliran pasukan pemukul tamat apabila setiap pemain dalam pasukan
pemadang selesai membuat 6 balingan.
10. Kedua-dua pasukan bertukar peranan (innings).
11. Pemukul memukul atau menahan bola samada berat badan pada kaki
hadapan atau kaki belakang dan cuba mendapatkan larian bersama
pasangan pemukul.
12. Pemadang perlu memadang untuk menyekat larian atau mengeluarkan
pemukul.

66
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Petunjuk:

Pemukiul
Pemadang
Pembaling (Bowler)
Penjaga Wiket
Wiket

Rajah Aktiviti 4: Boling Putar (Boling secara putaran)

Soalan Guru:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan boling yang sah?


2. Namakan jenis-jenis boling putaran (spin) yang di gunakan dalam
permainan kriket?
3. Apakah perbezaan antara boling sederhana dan boling putar?
4. Apakah tujuan memutar bola semasa boling?
5. Bagaimana memutar bola semasa boling?
6. Anda sering menghadapi masalah semasa boling. Kenal pasti masalah
tersebut dan bincangkan cara mengatasi.
7. Bagaimanakah pemboling dapat menyekat pemukul daripada membuat
larian?

67
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Aktiviti 5: Pemadang yang Tangkas (Memadang)

Cara Bermain

1. Bahagikan murid kepada pasukan memukul dan pasukan memadang


2. Dua orang dari pasukan memukul berada di tempat yang telah ditentukan
3. Pasukan memadang mengambil posisi dengan seorang akan bertindak
sebagai pemboling manakala seorang lagi sebagai penjaga wiket.
4. Pemboling (bowler) akan melakukan boling ke arah pemukul. Setiap
pemboling (bowler) diberi 6 balingan (1 over). Setiap boling yang tidak sah
perlu di ulang boling dan 1 larian percuma diberi kepada pasukan pemukul.
5. Bila selesai 1 over, maka bowler baru akan membuat boling akan tetapi dari
tempat (ends) yg berbeza.
6. Hanya 2 pemadang dibenarkan berada di luar garisan bulatan 15 meter.
7. Pemadang yang lain berada dalam bulatan 15 meter.
8. Pemukul perlu mendapatkan larian daripada setiap balingan bola.
9. Pemposisian penjaga wiket mengikut jenis pemboling (bowler). Penjaga wiket
perlu bersedia untuk melakukan run out dan stumping.
10. Giliran pasukan pemukul tamat apabila 5 pemain daripada pasukan pemadang
selesai membuat boling.
11. Kedua-dua pasukan bertukar peranan (innings).
12. Pemposisian pemadang lain perlu berada pada kedudukan bersesuaian
semasa balingan bola ke arah wiket daripada pemadang luar (covering).
13. Pemadang perlu memadang bola yang dipukul dan menyekat atau
mengeluarkan pemukul.
14. Pasukan pemukul mengira jumlah larian.
15. Selesai inning pertama baru mula inning kedua.
16. Hanya 4 pemain pasukan pemadang boleh berada dalam garisan 15 meter
untuk permainan inning kedua.
17. Pasukan yang memperolehi jumlah larian kedua dua inning yang lebih banyak
adalah pemenang.

68
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Petunjuk:

Pemukiul
Pemadang
Pembaling (Bowler)
Penjaga Wiket
Wiket

Rajah Aktiviti 5: Pemadang yang Tangkas (Memadang)

Soalan Guru:

1. Apakah kemahiran asas memadang?


2. Apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam kemahiran
menangkap bola?
3. Apakah yang dimaksudkan dengan penyerapan daya semasa menangkap
bola?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan pemposisian semasa menjaga wiket?
5. Bagaimanakah cara seorang penjaga wiket boleh mengeluarkan seorang
pemukul?
6. Bilakah kemahiran balingan bawah tangan (under arm) digunakan dalam
permainan?
7. Bagaimanakah cara untuk menangkap bola dari pelbagai arah dan aras?
8. Bagaimana cara untuk mengelak dari bertembung dengan rakan sepasukan
semasa memadang?
9. Anda mempunyai masalah untuk membaling bola pada jarak jauh. Bincangkan
jalan penyelesaian masalah tersebut?
10. Rakan anda menghadapi masalah menangkap bola tinggi, bagaimanakah anda
boleh membantu?
11. Apakah tindakan pemadang lain ketika bola dibaling oleh pemadang luar ke arah
wiket (covering)?

69
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

SENARAI SEMAK

KELAS: ___________________ TARIKH: ______________________

A. Memukul dan Menahan


Tandakan (√) bagi kemahiran permainan kriket.

Memukul Menahan Memukul Menahan


dengan dengan dengan dengan CATATAN
Bil. Nama Murid kaki kaki kaki kaki
hadapan hadapan belakang belakang
LEMAH BAIK
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

B. Memboling

Jenis Boling
Bil. Nama Murid
Sederhana Laju Putar
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

70
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

C. Memadang
Kemahiran
Bil. Nama Murid
Menyerkap Membaling Menangkap
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

D. Menjaga Wiket

Kemahiran
Bil. Nama Murid
Posisi Menangkap Stumping
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

71
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:


1. Menganalisis satu perlawanan kriket (rakaman atau secara langsung).
2. Menganjurkan satu perlawanan kriket di kalangan murid.
3. Menghasilkan sebuah buku log tentang permainan kriket (undang-
undang dan kemahiran).

72
HURAIAN MODUL

Menerusi modul komponen kecergasan, murid boleh memilih dan mengamalkan


senaman bersesuaian dengan kemudahan yang terdapat di persekitaran mereka
untuk mengekalkan kecergasan. Murid juga boleh memahami hubungan antara fungsi
tubuh badan dengan senaman yang sesuai mengikut komponen kecergasan
berasaskan kesihatan bagi menghasilkan kesejahteraan hidup.

STANDARD PEMBELAJARAN

Senaman Kapasiti Aerobik


3.1.1 Mengira kadar nadi latihan (KNL) diri sendiri berdasarkan kadar nadi rehat
(KNR) dan kadar nadi maksimum (KNM) dengan menggunakan rumus
Karvonen [(KNM – KNR) x % intensiti] + KNR.
3.1.2 Melakukan aktiviti meningkatkan kapasiti aerobik dalam julat 65% - 85%
KNL berdasarkan prinsip FITT (Frequency, Intencity, Type and Time).
4.1.1 Mengenal pasti peratus intensiti yang sesuai bagi menetukan kadar nadi
latihan untuk meningkatkan kapasiti aerobik.
4.1.2 Menerangkan kepentingan kadar nadi latihan semasa melakukan aktiviti
meningkatkan kapasiti aerobik.
4.1.3 Menjelaskan keperluan kekerapan melakukan senaman untuk
meningkatkan kapasiti aerobik.
5.2.1 Mengambil bahagian dalam aktiviti secara aktif.
5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti.

Senaman Kelenturan
3.2.1 Melakukan senaman Proprioceptive Neuromuscular Facilitation (PNF)
untuk meningkatkan kelenturan berdasarkan prinsip FITT.
4.2.1 Menjelaskan kepentingan regangan PNF.
4.2.2 Menerangkan kekerapan, intensiti dan jangka masa dalam regangan PNF.
5.1.2 Mengenal pasti aktiviti yang selamat dan berisiko semasa melakukan
aktiviti secara individu dan berkumpulan.
5.2.4 Menunjukkan keyakinan semasa melakukan aktiviti fizikal.

107
STANDARD PEMBELAJARAN

Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot


3.3.1 Melakukan senaman meningkatkan daya tahan otot berdasarkan prinsip
FITT.
4.3.1 Menyenaraikan senaman meningkatkan daya tahan otot.
4.3.2 Menjelaskan kepentingan daya tahan otot dalam kehidupan seharian.
5.1.2 Mengenal pasti aktiviti yang selamat dan berisiko semasa melakukan
aktiviti secara individu dan kumpulan.
5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti.

Komposisi badan
3.4.1 Mengukur peratus lemak badan menggunakan ukuran lipatan kulit
berdasarkan 3 titik cubitan.
4.4.1 Mengenal pasti cubitan pada otot trisep, abdominal dan gastroknemius.
4.4.2 Menentukan peratus lemak badan sendiri menggunakan Jadual Peratus
Lemak Badan.
4.4.3 Membandingkan peratus lemak badan sendiri dengan julat peratus lemak
badan yang ideal.
5.4.1 Bekerjasama melaksanakan aktiviti dalam kumpulan.
5.5.2 Melakukan aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan dengan beretika.

Pentaksiran Kecergasan Fizikal, SEGAK (4 jam)


3.5.1 Mengukur tahap kecergasan fizikal menggunakan ujian SEGAK mengikut
prosedur yang betul.
3.5.2 Melakukan senaman-senaman yang dapat meningkatkan komponen
kecergasan berdasarkan keputusan ujian SEGAK.
4.5.1 Menganalisis keputusan ujian SEGAK untuk menentukan tahap
kecergasan fizikal kendiri.
4.5.2 Mencadangkan tindakan susulan berdasarkan keputusan ujian SEGAK.
5.2.3 Menetapkan matlamat kendiri dalam melakukan aktiviti.
5.5.2 Melakukan aktiviti mengikut peraturan yang ditetapkan dengan beretika.

108
CONTOH SOALAN INKUIRI

Berdasarkan Fakta
1. Apakah maksud kadar nadi maksimum (KNM)?
2. Apakah maksud kadar nadi rehat (KNR)?
3. Apakah maksud kadar nadi latihan (KNL)?
4. Senaraikan senaman-senaman PNF yang boleh meningkatkan kelenturan.
5. Senaraikan senaman-senaman yang boleh meningkatkan daya tahan otot.
6. Apakah maksud ukuran lipatan kulit?
7. Senaraikan tiga titik cubitan yang dilakukan untuk mengukur peratus lemak badan
kamu.
8. Senaraikan kaedah pengukuran peratus lemak badan selain ukuran lipatan kulit.
9. Nyatakan tahap kecergasan berdasarkan keputusan ujian SEGAK.

Berdasarkan Konsep
1. Apakah perbezaan di antara kadar nadi latihan (KNL) dengan kadar nadi
maksimum (KNM)?
2. Jelaskan bagaimana kamu menggunakan rumus Karvonen untuk mengira kadar
nadi latihan (KNL).
3. Jelaskan bagaimana kamu mengaplikasi prinsip FITT dalam senaman PNF untuk
meningkatkan kelenturan?
4. Jelaskan bagaimana kamu mengaplikasi prinsip FITT dalam senaman
meningkatkan daya tahan otot?
5. Mengapakah regangan maksimum perlu dilakukan semasa senaman PNF?

Berdasarkan Perbahasan
1. Bagaimanakah kamu meningkatkan kapasiti aerobik?
2. Mengapakah senaman PNF berkesan untuk meningkatkan kelenturan?
3. Mengapakah kamu perlu melakukan prosedur yang betul untuk ukuran lipatan kulit?
4. Bagaimanakah peratus intensiti mempengaruhi kadar nadi latihan untuk
meningkatkan kapasiti aerobik?
5. Mengapakah kamu perlu membandingkan peratus lemak badan sendiri dengan
julat peratus lemak badan yang ideal?
6. Bagaimanakah kamu meningkatkan tahap kecergasan berdasarkan keputusan
ujian SEGAK?

109
STRATEGI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

1. Murid merancang, melaksana, dan menilai senaman kapasiti aerobik,


kelenturan dan daya tahan otot dengan berpandukan kepada prinsip FITT.
2. Murid menetapkan matlamat untuk meningkatkan kecergasan berasaskan
kesihatan dan mengenal pasti senaman-senaman untuk dilaksana bagi
mencapai matlamat tersebut.

110
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Senaman Kapasiti Aerobik

Aktiviti: ‘Parcourse Lompat Tali’

1. Murid berada di stesen masing-masing.


2. Lakukan lompat tali secara individu selama
1 minit berdasarkan maklumat yang
dipaparkan di setiap stesen.
3. Berjoging ke stesen berikutnya mengikut
turutan.
4. Setelah tamat kesemua stesen, ambil kadar
nadi setiap minit selama 3 minit.
5. Lakukan aktiviti ini untuk 2 hingga 3 set.

Cadangan aktiviti (Rujuk Lampiran 1):


1. Lompat dua kaki (Two-foot jump)
2. Lompat satu kaki (One-foot jump)
3. Lompat gunting (Scissors)
4. Lompat sisi (Side straddle)
5. Lompat loceng (Bell)
6. Lompat luncur (Skier)

Sumber Rujukan:

111
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Senaman Kelenturan

Aktiviti: ‘8 PNF’

1. Murid berpasangan dan berada di stesen senaman masing-


masing.
2. Lakukan senaman berbantukan pasangan di setiap stesen
berdasarkan maklumat yang dipaparkan di setiap stesen.
3. Murid pertama melakukan senaman dengan rakannya
memberi tekanan. Tukar peranan selepas itu.
4. Senaman yang dicadangkan ialah senaman PNF untuk
meningkatkan kelenturan.
5. Bergerak ke stesen senaman berikutnya mengikut turutan.

Cadangan senaman (Rujuk Lampiran 2):


1. Single Knee-to-Chest
2. Supine Trunk Twist
3. Lateral Trunk Stretch
4. Calf Stretch Sitting Stretch
5. Forearm Stretch
6. Hip and Thigh Stretch
7. Back-Saver Hamstring Stretch

Sumber Rujukan:
Corbin, C., Welk, G., Corbin, W., & Welk, K. (2011). Concepts of fitness and
wellness:
A comprehensive lifestyle approach (10 ed.). NY: The McGraw-Hill Companies, Inc.

112
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot

Aktiviti: ‘Jumpa Saya di Tengah’

1. Murid berpasangan, menghadap masing-masing di hujung yang bertentangan.


2. Apabila isyarat diberi, mereka akan berlari ke tengah dan melakukan aktiviti-
aktiviti berikut mengikut turutan (satu aktiviti dan berlari balik ke hujung semula
sebelum aktiviti ke dua dan seterusnya):
i) Cangkung separa (Half squat)
ii) Tekan tubi
iii) Bangkit tubi
iv) Lompat bintang
v) Lentik belakang
vi) Menjengkit
vii) Burpee
3. Ulang aktiviti dengan berpandukan prinsip FITT.

Nota Guru:
 Bilangan ulangan bagi setiap aktiviti adalah mengikut kemampuan murid.
 Cara larian ke tengah boleh dipelbagaikan seperti merangkak dan berjalan
seperti ketam dan sebagainya.

113
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Komposisi Badan

Pengukuran Lipatan Kulit


(Kaedah FITNESSGRAM)

Aktiviti 1: Lipatan Trisep

1. Murid dalam pasangan, seorang sebagai


penguji dan seorang sebagai subjek.
2. Tandakan (+) di bahagian tengah kulit otot
trisep pada tangan dominan subjek.
3. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara
menegak. Pastikan lengan subjek yang diuji
berkeadaan relaks.
4. Kepitkan kaliper pada 2 hingga 3 cm bahagian
bawah cubitan kulit dan biarkan ukuran pada
kaliper selama 3 saat.
5. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Ukuran penengah
dari 3 ukuran akan dikira sebagai ukuran
muktamad.
6. Catatkan ukuran di dalam borang subjek.
7. Tukar peranan dan ulang aktiviti ini.

114
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Komposisi Badan

Aktiviti 2: Lipatan Betis (gastroknemius)

1. Murid dalam pasangan, seorang sebagai


penguji dan seorang sebagai subjek.
2. Subjek yang diuji berdiri dan meletakkan kaki
dominannya di atas kerusi supaya otot dalam
keadaan relaks.
3. Tandakan (+) di bahagian lilitan terbesar otot
gastroknemius subjek.
4. Tandaan dibuat di bahagian sisi otot.
5. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara
menegak. Pastikan cubitan tidak terlalu kuat.
6. Kepitkan kaliper pada 2 hingga 3 cm
bahagian bawah cubitan kulit dan biarkan
ukuran pada kaliper selama 3 saat.
7. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Ukuran
penengah dari 3 ukuran akan dikira sebagai
ukuran muktamad.
8. Catatkan ukuran dalam borang subjek.
9. Tukar peranan dan ulang aktiviti ini.

115
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Komposisi Badan

Aktiviti 3: Lipatan Abdominal

1. Murid dalam pasangan, seorang sebagai


penguji dan seorang sebagai subjek.
2. Tandakan (+) di atas kulit otot abdominal
sebelah kanan subjek, 2.54 cm dari pusat.
3. Cubit lipatan kulit di tandaan (+) secara
mendatar. Pastikan otot subjek berkeadaan
relaks.
4. Kepitkan kaliper pada 2 hingga 3 cm
bahagian bawah cubitan kulit dan biarkan
ukuran pada kaliper selama 3 saat.
5. Ulang ujian sebanyak 3 kali. Ukuran
penengah dari 3 ukuran akan dikira sebagai
ukuran muktamad.
6. Catatkan ukuran dalam Borang Skor.
7. Tukar peranan dan ulang aktiviti ini.

116
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Komposisi Badan

Aktiviti 4: Peratus dan Kategori Lemak Badan

1. Jumlahkan ukuran lipatan kulit trisep, gastroknemius dan abdominal yang di-
peroleh (Borang Skor).
2. Padankan jumlah ukuran lipatan kulit ini dengan Jadual Peratus Lemak Badan
FITNESSGRAM (Jadual 1) untuk menentukan peratus lemak badan.
3. Rujuk Jadual Kategori Lemak Badan (Jadual 2) untuk menentukan tahap
kegemukan badan.

Nota Guru:
Bagi murid perempuan, aktiviti perlu dibuat di tempat yang tertutup dan
dikendalikan oleh guru perempuan.

117
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Borang Skor: Pengukuran Lipatan Kulit (Kaedah FITNESSGRAM)

Nama Peserta: Kelas:

Catatan pengukuran lipatan kulit:

Ukuran 1 Ukuran 2 Ukuran 3 Ukuran


Muktamad

Trisep (mm)

Gastroknemius (mm)

Abdominal (mm)

Jumlah Ukuran (mm)

% lemak badan

Kategori

Nama Penguji: Tarikh:

118
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Jadual 1: Jadual Peratus Lemak Badan FITNESSGRAM

LELAKI PEREMPUAN
Jumlah Ukuran Lipatan % Le- Jumlah Ukuran % Lemak
Kulit (mm) mak Lipatan Kulit (mm)
8 – 10 3.2 23 – 25 16.8
11 – 13 4.1 26 – 28 17.7
14 – 16 5.0 29 – 31 18.5
17 – 19 6.0 32 – 34 19.4
20 – 22 6.0 35 – 37 20.2
23 – 25 7.8 38 – 40 21.0
26 – 28 8.7 41 – 43 21.9
29 – 31 9.7 44 – 46 22.7
32 – 34 10.6 47 – 49 23.5
35 – 37 11.5 50 – 52 24.4
38 – 40 12.5 53 – 55 25.2
41 – 43 13.4 56 – 58 26.1
44 – 46 14.3 59 – 61 26.9
47 – 49 15.2 62 – 64 27.7
50 – 52 16.2 65 – 67 28.6
53 – 55 17.1 68 – 70 29.4
56 – 58 18.0 71 – 73 30.2
59 – 61 18.9 74 – 76 31.1
62 – 64 19.9 77 – 79 31.9
65 – 67 20.8 80 – 82 32.7
68 – 70 21.7 83 – 85 33.6
71 – 73 22.6 86 – 88 34.4
74 – 76 23.6 89 – 91 35.5
77 – 79 24.5 92 – 94 36.1
80 – 82 25.4 95 – 97 36.9
83 – 85 26.4 98 – 100 37.8
86 – 88 27.3 101 – 103 38.6
89 – 91 28.2 104 – 106 39.4
92 – 94 29.1 107 – 109 40.3
95 – 97 30.1 110 – 112 41.1
98 – 100 31.0 113 – 115 42.0
101 – 103 31.9 116 – 118 42.8
104 – 106 32.8 119 – 121 43.6
107 – 109 33.8 122 – 124 44.5
110 – 112 34.7 125 – 127 45.3
113 – 115 35.6 128 – 130 46.1
116 – 118 36.6 131 – 133 47.0
119 – 121 37.5 134 – 136 47.8
122 – 124 38.4 137 – 139 48.7
125 – 127 39.3 140 – 142 49.5
Sumber: Corbin, C., Welk, G., Corbin, W., & Welk, K. (2011). Concepts of fitness and wellness:
A comprehensive lifestyle approach (10 ed.). NY: The McGraw-Hill Companies, Inc.

119
CADANGAN AKTIVITI MENCAPAI STANDARD PEMBELAJARAN

Jadual 2: Jadual Kategori Lemak Badan

Terlalu Pinggiran Lebih


Sihat Marginal
Rendah (Borderline) Lemak
Di bawah Tidak sihat Optimum Berkait Berisiko
tahap lemak untuk untuk dengan Sangat tidak
perlu kebanyakan kesihatan sedikit sihat
orang baik masalah
kesihatan
Lelaki ≤ 5% 6% - 9% 10% - 20% 21% - 25% > 25%

Perempuan ≤ 10% 11% - 16% 17% - 28% 29% - 35% > 35%

120
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

BORANG SENAMAN KAPASITI AEROBIK


Senaman Kapasiti Aerobik

a) Kadar nadi maksimum (KNM) = 220 – umur


= _____ denyutan seminit

b) Kadar nadi rehat (KNR) = _____ denyutan seminit

c) Rumus Karvonen:
Kadar nadi latihan (KNL) = [(KNM – KNR) x %Intensiti] + KNR

i. Kirakan KNL pada intensiti 65%.

ii. Kirakan KNL pada intensiti 85%.

d) Mengapakah KNL penting semasa melakukan aktiviti untuk


meningkatkan kapasiti aerobik?
_______________________________________________________
_______________________________________________________

e) Mengapakah senaman untuk meningkatkan kapasiti aerobik perlu


dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari?
________________________________________________________
________________________________________________________

121
CADANGAN PENTAKSIRAN FORMATIF

Senaman Kelenturan
1. Mengapa pentingnya melakukan regangan maksimum semasa
senaman PNF?
2. Jelaskan bagaimana prinsip FITT diaplikasikan dalam senaman PNF
yang menggunakan teknik contract-relax.

Senaman Daya Tahan dan Kekuatan Otot


1. Senaraikan jenis-jenis senaman yang boleh meningkatkan daya tahan
otot.
2. Jelaskan kepentingan daya tahan otot dalam kehidupan seharian.
3. Berapakah kekerapan senaman yang boleh meningkatkan daya tahan
otot?
4. Layari laman sesawang untuk mendapatkan senaman-senaman yang
sesuai untuk meningkatkan daya tahan otot.

Komposisi badan
1. Terangkan prosedur mengenal pasti titik cubitan untuk mengukur
lipatan kulit dibahagian trisep, gastroknemius dan abdominal.
2. Terangkan cara membuat cubitan di bahagian trisep, bahagian
gastroknemius dan bahagian abdominal untuk mengukur lipatan kulit.
3. Berapa lamakah kaliper perlu dikepit di lipatan kulit semasa mengambil
bacaan?
4. Apakah cadangan tindakan susulan yang perlu anda ambil bagi
memperbaiki atau mengekalkan status kandungan lemak yang
diperoleh dari bacaan lipatan kulit?
5. Layari laman sesawang untuk mendapatkan kaedah pengukuran
peratus lemak badan lain yang boleh dilakukan.

122
CADANGAN PENTAKSIRAN SUMATIF

Pada akhir modul ini, murid akan dapat:

1. Murid menduduki satu ujian bertulis yang menguji pengetahuan dari


segi istilah kecergasan berasaskan kesihatan, jenis-jenis senaman
PNF, jenis-jenis senaman daya tahan otot dan mengira kadar nadi lati-
han dengan menggunakan rumus Karvonen.
2. Murid memilih dan merancang senaman yang bersesuaian untuk
kapasiti aerobik, kelenturan (PNF) dan daya tahan otot berdasarkan
prinsip FITT dan sumber-sumber yang sedia ada dalam persekitaran.
3. Murid menganalisis dan menilai senaman kecergasan berdasarkan
hasil yang telah dirancang.
4. Murid berkebolehan menerang dan memimpin satu kumpulan kecil
untuk melaksana satu senaman kecergasan.
5. Murid berkebolehan mentaksir komposisi tubuh berdasarkan jumlah
ukuran lipatan kulit pada tiga titik cubitan.
6. Murid mentaksir tahap kecergasan kendiri berdasarkan norma ujian
SEGAK dan mengambil tindakan susulan untuk mencapai
kesejahteraan hidup.

123
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PERSEKUTUAN

Anda mungkin juga menyukai