Anda di halaman 1dari 6

TUGASAN INDIVIDU

(HNF3012) FALSAFAH ILMU


SEMESTER 2- SESI 2017/2018

NAMA PELAJAR SITI FATIMAH NAZLIA BINTI RUSLAN

NAMA PENSYARAH PROFESSOR MADYA DR.


SAMIKKANU JABAMONEY A/L
ISHAK SAMUEL

NOMBOR MATRIK D20171078199

TARIKH 27.04.2018

KUMPULAN KUMPULAN J
1.0 PENGENALAN

Saya Siti Fatimah Nazlia Binti Ruslan telah memilih buku bertajuk “Pendekatan Kreatif
Dan Pembelajaran Sains”. Saya telah membuat ulasan dari bab buku ini yang bertajuk Peluasan
Domain Sains: Ke Arah Kajian Sains yang Mengasyikkan. Bab buku ini ditulis oleh Mat Rofa
Ismail. Perjalanan daripada maksud falsafah tabii yang bermatlamatkan ketuhanan kepada sains
positifis yang menafikan ketuhanan, benar – benar menyaksikan betapa sains dipengaruhi system
nilai generasi yang telibat dengan ilmu berkenaan. Akan tetapi kumpulan positifis Barat hari ini
lebih berminat untuk menjawab persoalan yang bermula dengan kalimah “bagaimana”
berbanding “kenapa” dalam kajian mereka. Ini kerana persoalan “kenapa” memerlukan domain
ketuhanan yang pasti. Persoalan ini telah ditinggalkan Barat sekian lama kerana dasar
sekularisme yang mereka anuti. Selain itu sains hanya lebih ditekankan aspek teknologi dan
gunaan semata – mata yang persoalannya masih berlegar di sekitar persoalan “bagaimana?”
mekanisme peristiwa alam berlaku untuk dijelmakan ke dalam teknologi moden.
2.0 SINOPSIS / RINGKASAN

Bab buku yang telah saya pilih ini, telah menjelaskan tentang dimensi sains. Menurut
buku ini, pada kurun ke – 20 kita dapat menyaksikan kemunculan saintis sejagat seluruh dunia
yang menghasilkan penemuan sains ke arah penerokaan sains yang lebih bermakna. Apabila
persoalan psikologi termasuk kalbu, roh, jiwa, akal dan seumpamanyayang pernah diperdebat
oleh ahli falsafah silam sebelum zaman Aristotle lagi dalam ilmu pemikiran yang telah dinafikan
oleh golongan positifisme, maka sains moden melibatkan domain yang terhad. Buku ini juga
menerangkan tentang kajian kosmos. Alam semesta dianggap sebagai kitab terbuka yang harus
dikaji secara bersepadu dengan wahyu Ilahi sebagai kitab tertulis di atas paksi tauhid. Mengkaji
kosmos menerusi paradigma tauhid menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Bahkan seorang
pengkaji Barat yang mempunyai pemikiran bebas turut terpegun apabila melihat mengkaji alam
kosmos. Memerhati alam langit menerusi peralatan teknologi canggih yang terkini adalah
kegiatan yang meninggalkan kesan yang mendalam bagi pengkaji yang ikhlas. Bagi kumpulan
positifis, persoalan kewujudan kosmos tidak mampu dijawab berdasarkan aspek kuantitatif
hukum fizik semata – mata kerana fizik hanya memerihalkan keharmonian hukum alam tetapi
tidak menyentuh sebab kewujudan alam semesta. Mengkaji peristiwa kosmos, maka sainstis
tidak boleh lari daripada hakikat bahawa mereka semakin hampir dan hampir ke sempadan sains
dan agama. Ketika itu sains tidak mampu lagi memerihalkan peristiwa hanya bersandar kepada
rasional sebab dan akibat semata – mata atau peristiwa tabii mengikut sebutan barat.

Di samping itu, menerangkan perkaitan mengenai jasad, minda, wahyu dan saintifik.
Ketenangan, keredaan dan kebahagiaan adalah aspek kualitatif yang berada di luar domain
saintifik bagi golongan positivis. Aspek kualitatif ini tidak dapat diukur secara empirikal lalu
diberi takrifan negatifisme oleh golongan tersebut. Saintifik, bagi mereka hanyalah merujuk
kepada aspek empirikal kuantitatif.
3.0 ULASAN / KRITIKAN / KEKUATAN / KELEMAHAN

Pada pendapat saya, secara keseluruhannya, buku ini menarik dan penuh dengan isi.
Melalui pembacaan saya, dapat saya katakan bahawa isi yang ingin disampaikan adalah
menepati kehendak saya. Buku ini banyak menerangkan kajian tentang sains. Tentang
bagaimana sekiranya kita ingin mengkaji sesuatu yang melibatkan kajian saintifik. Buku ini
sangat sesuai dibaca terutama sekali kepada diri saya sendiri kerana saya sendiri mengambil
bidang yang melibatkan sains. Melalui buku ini, saya dapat terapkan dan mantapkan ilmu
pengetahuan saya berkaitan dengan sains. Buku ini turut menjelaskan bahawa pentingnya sains
kepada kita. Melakukan kajian saintifik adalah menarik dan menyeronokkan.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa buku ini padat dan penuh dengan isi – isi yang
penting. Pengetahuan saya tentang sains juga bertambah apabila saya membaca buku ini. Sejarah
sains serta saintis – saintis juga diterangkan secara mendalam dalam buku ini. Sebagai contoh,
buku ini menjelaskan tentang bagaimana sejarah kemunculan sains di dunia ini. Ia diterangkan
dengan tepat dan menyeluruh. Tentang halangan dan cabaran yang dihadapi oleh para saintis
juga turut diutarakan dalam buku ini.

Setiap sesuatu kelebihan itu pasti ada kekurangannya. Bagi pandangan saya kelemahan
yang saya dapati daripada buku ini ialah buku ini tiada gambar rajah atau peta minda dan
sebagainya. Bagi saya penambahan gambar dan sebagainya dapat menarik minat pembaca itu
untuk membacanya. Selain itu, buku ini juga penuh dengan tulisan sahaja. Keadaan ini mungkin
dapat menyebabkan pembaca berasa sedikit bosan untuk meneruskan lagi pembacaannya. Saya
mencadangkan agar penulis memperbanyakkan penggunaan gambar dan warna bagi menarik
perhatian pembaca.
4.0 KAITAN DENGAN FALSAFAH ILMU

Berdasarkan pemahaman saya yang sedia ada, terdapat beberapa isi dalam bab buku ini
yang telah saya ulas ini, mempunyai kaitan dengan falsafah ilmu.

Melalui pembacaan saya dalam buku falsafah ilmu, seseorang falsafah itu seharusnya
berfikir secara kritikal dan radikal. Di mana, seseorang itu perlu merenung dengan mendalam
sampai ke akar persoalan sehingga dapat mengeluarkan kekuatan dan kelemahan. Berdasarkan
pembacaan saya, buku ini ada menerangkan tentang bagaimana cara kita untuk melakukan
sesuatu kajian itu. Melalui pembacaan saya, seorang saintis yang ingin menjalankan kajian
terhadap sesuatu itu perlu menggunakan konsep “kenapa” dan “bagaimana” sesuatu fenomena
itu berlaku. Saintis berfikir secara kritis bagi memperoleh jawapan kepada persoalan mereka.

Selain itu, buku ini juga mengaitkan cara seorang falsafah itu mengkaji sesuatu amat
berkait rapat dengan cara saintis melakukan kajian. Berdasarkan pengetahuan saya tentang
falsafah ilmu, falsafah itu mengkaji kajian itu sendiri. Sama sahaja seperti saintis mahupun
ilmuwan. Mereka mengkaji pelbagai konsep seperti benda, tenaga, ruang dan lain – lain serta
tidak mengkaji kesahihan konsep tersebut atau hakikat tertinggi sesuatu benda. Melakukan kajian
adalah sesuatu yang tidak saing lagi bagi para saintis. Contoh yang terdapat dalam buku ini ialah,
saintis mengkaji laut air dalam menemui pelbagai jenis ikan yang ganjil yang tidak pernah
terfikir oleh akal manusia.

Seterusnya, saya dapat kaitkan buku ini dengan sumber ilmu. Sumber ilmu itu boleh
dikelaskan kepada lima jenis iaitu pancaindera, akal, instuisi, ilham dan wahyu. Pancaindera
yang terlibat adalah mata, telinga, kulit, hidung dan lidah. Ahli saintis menggunakan pancaindera
mereka untuk melakukan sesuatu kajian itu. Sebagai contoh, mereka menggunakan mata untuk
melihat fenomena alam yang berlaku di hadapan mereka dan menggunakan apa yang telah
dilihat itu untuk menjalankan kajian.
5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan apa yang telah saya baca, seseorang saintis itu banyak
melakukan kajian. Mereka menjalankan kajian secara saintifik bagi memperoleh sesuatu
maklumat itu. Mereka harus berfikir secara tentang maklumat yang telah diperoleh. “bagaimana”
dan “kenapa” merupakan prinsip utama kepada setiap saintis. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada
sesuatu yang menyebabkannya berlaku. Kajian yang dilakukan oleh seseorang saintis itu
menarik. Mereka dapat melihat perkembangan fenomena yang telah berlaku dan seterusnya
meningkatkan lagi pengetahuan mereka terhadap sesuatu persoalan. Saya dapat menerapkan
prinsip yang dipegang oleh saintis dalam kehidupan seharian saya. Dimana berfikir secara kritis
dan radikal tentang sesuatu yang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai