Anda di halaman 1dari 2

Bimbingan dan kaunseling sekolah rendah

Guru Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang amat penting dalam
usaha menjayakan agenda pembangunan insan. Guru Bimbingan dan Kaunseling
merupakan pembimbing, pemegang amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak
dan penggerak pembangunan kemajuan sekolah. Mereka seharusnya dilihat
sebagai satu kerjaya mulia. Dalam usaha melahirkan murid yang cemerlang secara
total, ianya tidak akan berjaya sekiranya tidak disokong dengan kesungguhan Guru
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah menjalankan tugas yang telah
diamanahkan.

Tanngungjawab sebagai seorang guru adalah melahirkan generasi yang berilmu,


mempunyai akhlak yang mulia dan mampu memberi sumbangan yang positif kepada
keluarga, masyarakat dan negara. Oleh itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu
memainkan peranan yang sewajarnya dalam usaha mencapai kecemerlangan agar
transformasi sosial yang kita inginkan menjadi kenyataan. Kemajuan sesebuah
negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan berpendidikan
tinggi tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan sahsiah setiap individu.. Hasrat
untuk melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari segi JERI seperti mana
dalam falsafah pendidikan boleh dicapai sekiranya Guru Bimbingan dan Kaunseling
di sekolah rendah komited, berdedikasi dan bersungguh-sungguh menjalankan
tugas dan bersedia melaksanakan perubahan.

Baik di sekolah menengah mahu pun di sekolah rendah panggilan untuk guru ini ada
pelbagai seperti guru kaunseling, kaunselor dan sebagainya. Kementerian Pelajaran
telah menyelaraskan dari segi panggilan ini sebagai Guru Bimbingan dan
Kaunseling Sepenuh Masa. Melalui surat-surat pemberitahuan, Kementerian telah
menjelaskan nama dan tugas serta peranan sebenar guru bimbingan dan
kaunseling.

Tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah memberikan perkhidmatan secara


sepenuh masa dalam bidang bimbingan dan kaunseling di sekolah seperti mana
guru-guru matapelajaran yang lain. Guru matapelajaran lain mengajar subjek
masing-masing dan dalam Guru Bimbingan dan Kaunseling mereka sepatutnya
secara sepenuh masa menjalankan tugas mereka membimbing dan kaunseling
murid-murid. Antara tugas dan tanggungjawab mereka adalah menjalan
perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok, kerjaya, akademik, psikososial,
kesejahteraan mental, keibubapaan, pembangunan diri murid, pendidikan
pencegahan dadah-rokok-HIV-AIDS serta pengurusan dan kaunseling.

Salah satu perkara yang sering menjadi isu dan salah tafsiran adalah waktu
bertugas Guru Bimbingan dan Kaunseling, ada yang berpendapat termasuk
sebilangan Guru Besar, mereka bertugas mengikut waktu pejabat tetapi hakikatnya
seperti mana dalam surat-surat pekeliling dan lain-lain yang dikeluarkan oleh
kementerian, waktu bertugas Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah seperti mana
guru-guru biasa yang lain. Perkara ini terjadi berkemugkinan kerana gelaran mereka
sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa. Salah tafsiran
perkataan sepenuh masa itu yang menyebabkan ramai menganggap mereka
bertugas sepenuh masa seperti pegawai-pegawai yang bertugas waktu pejabat.

Satu lagi isu yang sering berlaku adalah Guru Bimbingan dan Kaunseling diberikan
jadual waktu mengajar mata pelajaran yang mana perkara ini telah ditegaskan oleh
Kementerian bahawa guru-guru ini tidak sepatutnya diberikan waktu mengajar. Jika
guru mata pelajaran mengajar subjek seperti matematik, maka Guru Bimbingan dan
Kaunseling “mengajar” atau dalam ertikata lain membimbing dan kaunseling murid-
murid sepenuh masa. Dalam hal ini pentadbir sekolah khasnya Guru Besar harus
faham dan jelas akan arahan Kementerian dan akur dengannya kerana peranan
Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk memberi perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling yang mantap, berterusan dan sentiasa tersedia untuk murid-murid
dan melalui perkhidmatan inilah sangat diharapkan memberi sumbangan ke arah
kemajuan serta kesejahteraan sekolah. Sebilangan Guru Besar yang tiada
pendedahan akan perkara ini biasanya akan salah tafsir akan waktu bertugas dan
tugas sebenar guru-guru ini yang menyebabkan mereka diberikan waktu mengajar.

Kesimpulannya, Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri


atau Pejabat Pelajaran Daerah harus peka akan perkara ini. Guru Besar yang baru
dilantik harus diberi pendedahan akan perkara ini, dan tidak boleh menggangap
mereka semua sepatutnya tahu kerana mereka dulu adalah guru. Pendedahan
peranan dan tugas Guru Bimbingan dan Kaunseling kepada pentadbir sekolah amat
penting kerana tanpa pendedahan seringkali berlaku konflik antara pentadbir dan
Guru Bimbingan dan Kaunseling. Jika konflik ini berlaku sudah pasti hasrat
kementerian akan gagal. Di sesebuah sekolah, hubungan erat antara Guru Besar
dan Guru Bimbingan dan Kaunseling amat penting dalam melaksanakan agenda ke
arah melahirkan murid-murid yang cemerlang, bukan sahaja dari segi akademik
malah dalam semua aspek.

Anda mungkin juga menyukai