Anda di halaman 1dari 2

Aktiviti 1 : Berempati dengan Pelajar Anda (Apa Kata Anda?

Durasi : 30 minit

Objektif :
Di akhir pembelajaran dan pengajaran,
I. Peserta mampu memahami perspektif para pelajar semasa menggunakan aplikasi
Learning Management System (LMS).
II. Peserta mampu menyenaraikan features yang terdapat di dalam aplikasi Learning
Management System (LMS) yang digunakan.
III. Peserta mampu membina Learning Management System (LMS) dalam aplikasi Ed
Puzzle/Edmodo/TED-Ed bagi menyampaikan pembelajaran dan pengajaran dalam
bentuk maya.

Langkah - Langkah:
I. Log masuk ke dalam aplikasi Ted-Ed di sini.
II. Tonton video yang dipersembahkan dan jawab soalan-soalan yang disediakan di
dalam aplikasi ini.
III. Jawab soalan berikut di dalam dinding Padlet ini; (a) Senaraikan features yang
terdapat di dalam aplikasi Ted-Ed, (b) Di feature(s) yang manakah memberi impak
yang mendalam terhadap pemahaman & pembelajaran anda dan mengapa?

Aktiviti 2 : Pembinaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS)

Durasi : 45 minit

Objektif :
Di akhir pembelajaran dan pengajaran,
IV. Peserta mampu mengenalpasti video pengajaran yang bersesuaian daripada laman
internet untuk digunakan di dalam merancang pembelajaran dan pengajaran.
V. Peserta mampu membina Learning Management System (LMS) dalam aplikasi Ed
Puzzle/Edmodo/TED-Ed bagi menyampaikan pembelajaran dan pengajaran dalam
bentuk maya.

Langkah - Langkah:
IV. Log in menggunakan Google akaun di laman EdPuzzle.
V. Klik My Content > Klik Create > Search video menggunakan kata kunci > Klik Use It
> Edit video tersebut (masukkan audio, soalan dan sebagainya) > Klik Finish > Klik
Add Class
VI. Kongsikan Assignment anda kepada rakan sekumpulan anda.
VII. Log masuk sebagai pelajar untuk melihat perkongsian rakan anda dari perspektif
seorang pelajar.

Rujukan Tambahan:
1. Modul Pembelajaran Gabungan
2. Modul Pembinaan FrogVLE Menggunakan Video Pengajaran & Penilaian Atas Talian
Aktiviti 3 : Mereka Bentuk eRPH Menggunakan Kerangka TPACK & Model
Pembelajaran Gabungan

Durasi : 50 minit

Objektif :
Di akhir pembelajaran dan pengajaran,
I. Peserta mampu menggunakan aplikasi teknologi pengajaran seperti Google Docs
bagi membina eRPH.
II. Peserta berupaya mereka bentuk PdPc dengan mengambil kira rangka kerja TPACK
(Pengetahuan teknologikal, pedagogikal, dan isi kandungan) atau model
pembelajaran gabungan.

Langkah - Langkah:
I. Dengan menggunakan Yes Gmail/Gmail anda > buka Google Docs yang
mengandungi eRPH.
II. Download eRPH yang anda inginkan ke dalam komputer anda.
III. Klik Share > Copy link “Anyone with the link can view”
IV. Buka aplikasi Padlet > copy-paste link Google Docs anda atau upload eRPH ke
dalam aplikasi Padlet ini.
V. Rakan sekumpulan pergi ke laman padlet dan klik Google Doc tersebut.
VI. Edit Google Doc eRPH anda bersama-sama.

Aktiviti 4 : Pembentangan eRPH + LMS

Durasi : 50 minit - 60 minit (6 kumpulan x (5 - 7 minit))

Objektif :
Di akhir pembelajaran dan pengajaran,
I. Peserta mampu menerangkan dan memahami dengan jelas kolerasi diantara
penggunaan teknologi, pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
penyampaian objektif pembelajaran di dalam eRPH yang telah direka bentuk.
II. Peserta mampu memberi refleksi terhadap hasil kerja (eRPH dan LMS) yang telah
direka bentuk.

Langkah - langkah:
I. Peserta membentangkan RPH mereka dan menerangkan dengan jelas objektif
pembelajaran dan korelasinya dengan penggunaan teknologi dan pemilihan aktiviti
pengajaran bagi mencapai matlamat pembelajaran.
II. Peserta lain memberi maklum balas dan menyoal bagi memahami dan membantu
penambahbaikan RPH tersebut.

Rujukan Tambahan:
1. Modul Pembelajaran Gabungan
2. Modul Pembinaan FrogVLE Menggunakan Video Pengajaran & Penilaian Atas Talian

Anda mungkin juga menyukai