Anda di halaman 1dari 11

KURSUS: GGGE6663

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BANTU KOMPUTER

SEMESTER 2 SESI PENGAJIAN 2017/2018

TAJUK KERTAS KONSEP:

PENGGUNAAN WHATSAPP DAN TELEGRAM DLM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

PENSYARAH:

DR. FARIZA KHALID

DISEDIAKAN OLEH:

AMIE DORIS DORIN (GP06653)

EVELYN BANU (GP06694)

LUCY AK TAMBI (GP06645)

SIM PIK YUN (GP06907)

TEO LING (GP06681)


Abstrak

Terdapat banyak aplikasi pesanan mudah alih yang boleh didapati kini yang membolehkan
orang ramai berkomunikasi dengan rakan dalam bentuk dengan teks, panggilan telefon, video,
berkongsi fail, dalam kumpulan atau individu. Penggunaan aplikasi ini bukan sahaja di
tempat kerja sesebuah organisasi malah juga semakin meningkat penggunaannya dalam
kalangan guru dan murid. Whatsaap dan Telegram merupakan aplikasi yang sering
digunakan untuk perbualan dan perbincangan. Salah satu ciri unik aplikasi Whatsaap dan
Telegram dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah keupayaannya untuk
meningkatkan komunikasi dalam satu kumpulan. Penggunaan pemesejan segera ini dapat
meningkatkan prestasi pengjaran dan pembelajaran dengan membuat perbincangan dengan
lebih cepat, lebih mudah, dan lebih cekap dengan kos yang rendah. Aplikasi pesanan segera
mudah alih atau instant messaging (IM) mempunyai potensi untuk meningkatkan dan
memudahkan komunikasi antara guru dan pelajar, dengan itu menjana dan meningkatkan
peluang pembelajara (Lewis Raiman, 2017). Kertas ini akan membincangkan kelebihan
penggunaan IM dalam pengajaran dan pembelajaran dan beberapa isu penggunaan aplikasi
ini.

1.0 Pengenalan

Penggunaan aplikasi pesanan segera mudah alih atau instant messaging seperti
WhatsApp dan Telegram merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa ini.
Menurut laporan The Wall Street Journal pada April 2015, WhatsApp mengumumkan
bahawa ia telah mencapai 800 juta pengguna (Utusan Online, 2015). Akses yang mudah
kepada aplikasi ini membolehkan ia digunakan bukan sahaja sebagai alat media sosial tetapi
boleh juga digunakan dalam bidang pendidikan.
Penggunaan instant messaging merupakan kaedah yang menggunakan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapat menyokong hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia yang ingin meningkatkan penggunaan teknologi di kalangan guru dan
pelajar. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kementerian untuk menyediakan
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif bagi menggalakkan penggunaan
teknologi. Banyak bilik darjah dilengkapi dengan computer, alat dalam talian dan projector
LCD dan juga dilengkapi dengan papan pintar dan kemudahan persidangan video (Mohd.
Deni, Zainal dan Malakolunthu 2013).
Penggunaan instant messaging tidak memerlukan kos yang tinggi. Menurut Syed Lamsar
(2017), aplikasi telefon pintar iaitu WhatsApp dan Telegram menawarkan alternatif untuk
meningkatkan kualiti pendidikan. Berbanding dengan teknologi yang lain, aplikasi untuk
instant messaging seperti WhatsApp dan Telegram boleh dimuat turun dalam telefon pintar.
Penggunaan telefon pintar secara meluas memudahkan instant messaging dalam pengajaran
dan pembelajaran. Dengan itu, perkongsian maklumat dan perbincangan dapat dilakukan
dengan cepat. Ini juga dapat menjimatkan masa kerana perbincangan tidak perlu dilakukan
secara bersemuka.

2.0 Instant Messaging (IM)


Menurut Simon So (2016), Instant messaging (IM) can be classified as quasi-
synchronous communication. IM apps allow interlocutors to exchange short typed-texts
anywhere across the globe. IN merupakan aplikasi yang biasa digunakan dengan ramai
penggunanya di seluruh dunia dan pelbagai golongan. Kos penghantaran dan penerimaan
mesej adalah percuma jika berbanding dengan pesanan khidmat ringkas (SMS). Menurut
Simon So (2016) lagi, modern IM apps can support multimedia data and hyperlinks. IM ini
membawa kebaikan dan kemudahan kerana pengguna kerana ia membenarkan komunikasi
secara berkumpalan dan membantu membina persekitaran rangkaian sosial yang lebih dekat
untuk pengguna (Vrocharidou & Efthymiou, 2012). Dengan ini, IM berperanan untuk
memberi peluang pembelajaran dalam dunia pendidikan kerana kerana IM meruapakan alat
yang menggalakkan komunikasi dan perbincangan dalam dalam kalangan pelajar. Interaksi
formal dan tidak formal yang disepadukan dengan alat IM dalam persekitaran pembelajaran
dalam talian boleh memberi kesan positif kepada pembelajaran (Contreras-Castillo, Perez-
Fragoso, & Favela, 2006; Hrastinski, 2006; Jeong, 2007).

2.1 WhatsApp
WhatsApp merupakan aplikasi yang sangat popular dalam kalangan pelbagai
golongan termasuk pekerja, remaja, orang dewasa untuk tujuan tertentu sama ada tujuan
pekerjaan, pendidikan, atau peribadi. Baru-baru ini, WhatsApp telah menjadi aplikasi yang
paling popular dengan lebih daripada 1 bilion orang pengguna (Tole Suktino, 2017).
WhatsApp boleh dipertimbangkan sebagai alat rangkaian sosial. Tujuan utama penggunaan
Whatsaap adalah menggantikan SMS kerana caj perkhidmatan yang bebas dengan
menggunakan internet. Pengguna boleh menghantar mesej, video, audio, dokumen, link, dan
gambar kepada individu yang lain atau dalam perbualan secara kumpulan. Dalam dunia
pendidikan, fungsi yang ditawarkan oleh WhatsApp berpeluang untuk menjadikannya
sebagai pedagogi (Conole & Alevizou, 2010). Dengan menggunakan ciri khas yang
ditawarkan oleh WhatsApp, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan untuk membantu pelajar
belajar dengan lebih berkesan (Beetham & Sharpe, 2013). Guru dapat menghantar maklumat
penting, nota ringkasan, pelbagai gambar dan video sebagai rujukan untuk berkongsi dengan
pelajar bagi menggalakkan pembelajaran dalam kalangan pelajar,

2.2 Telegram
Telegram adalah salah satu aplikasi IM yang popular. Penggunaan perkhidmatan ini
adalah tanpa bayaran dengan sambungan dengan internet. Menurut Tole Sutikno (2017), It is
completely free service without any payments, it also offers ads-free environment with a
clean and fast interface. Telegram telah dimulakan pada bulan Ogos 2013 oleh usahawan
kelahiran Rusia, iaitu Pavel Durov. Telegram telah mendapat status populariti bahawa ia
menjadi aplikasi IM yang paling banyak dimuat turun. Telegram mudah digunakan dan
mendaftar serta mempunyai banyak persamaan dengan Whatsaap. Pengguna yang telah
memuat turun aplikasi ini dapat menghantar mesj kepada rakan-rakan yang dalam senarai
kenalan yang ada dalam telefon mudah alih di mana kawannya juga merupakan pengguna
Telegram. Telegram mempunyai lebih banyak tawaran. Mana-mana pengguna boleh
menukarkan nama pengguna sebagai ID yang unik di Telegram, dengan ini membolehkan
orang lain yang mengetahui nama pengguna ini untuk terus menghubungi tanpa perlu
mengetahui nombor telefon. Selain itu, privasi pengguna akan dilindungi kerana nombor
telefon tidak akan diketahui oleh pengguna lain jika meletakkan nama pengguna. Di samping
itu, arkib komunikasi disimpan membolehkan pengguna tidak perlu bimbang terhadap
kehilangan perbualan mereka selepas menukar telefon (Tole Sutikno, 2017).

2.3 Whatsapp Dan Telegram Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Penggunaan WhatsApp dan Telegram dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
efektif. Kajian yang dijalankan oleh Khairah, Saedah dan Muhammad Faizal (2017),
mendapati penggunaan instant messaging perlu untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Kenyataan ini disokong oleh Rambe & Bere
(2013), mereka menyatakan bahawa penggunaan instant messaging dilihat sebagai satu
kaedah interaksi yang baharu di antara guru dan pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dapat meningkatkan prestasi pelajar. Kajian oleh Syed Lamsah (2017),
menunjukkan pengajaran melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram berpotensi untuk
meningkatkan kemampuan pelajar menguasai hasil pembelajaran.
Penggunaan instant messaging menggunakan aplikasi WhatsApp dan Telegram
dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sesuai kerana telefon pintar mampu dimiliki oleh
ramai orang. Keadah pengajaran dan pembelajaran ini tidak memerlukan kos yang tinggi.
Pelajar juga boleh mengakses maklumat bila-bila masa di mana sahaja (Saedah Siraj, 2004).
Interaksi diantara guru dan pelajar juga boleh berlaku menyebabkan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih bermakna dan membina. Komunikasi yang berkesan juga berlaku
kerana perbincangan tentang sesuatu topik pembelajaran boleh berlaku bila-bila masa di
mana sahaja.
WhatsApp dan Telegram menyokong pendekatan M-pembelajaran. M-pembelajaran
hendaklah dilaksanakan melalui pembelajaran teradun bersama kuliah dan perbincangan
secara bersemuka. untuk melengkapkan aktiviti pembelajaran (Chokri, 2010). Menurut Syed
Lamsah (2017), para pelajar mempunyai perspektif positif terhadap m-pembelajaran. Pelajar
menunjukkan minat terhadap platform pembelajaran ini. Maka dengan adanya penggunaan
aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram, memudahkan pelajar akses kepada m-pembelajaran.
Selain pelajar, guru atau tenaga pengajar juga mendapati WhatsApp dan Telegram memberi
manfaat kepada proses pengajaran. Dapatan kajian oleh Khairah, Saedah dan Muhammad
Faizal (2017), menunjukkan bahawa pensyarah adalah positif dalam sikap mereka terhadap
menggunakan aplikasi instant messaging dalam pengajaran. Mereka mendapati bahawa
penggunaan aplikasi instant messaging dalam pengajaran adalah lebih menarik berbanding
dengan pendekatan lain.
Penggunaan WhatsApp dan Telegram dalam pembelajaran mampu meningkatkan
pengetahuan melalui pembelajaran kolaboratif. Kajian menunjukkan kelebihan aplikasi
instant messaging dalam memupuk perkongsian pengetahuan dan meningkatkan sokongan
berasaskan rakan sebaya samada dalam pendidikan atau dalam kelompok masyarakat
(Chipunza, 2013). Dengan pelbagai fungsi dan kelebihan aplikasi instant messaging ini, ia
dilihat dapat menawarkan pembelajaran kolaboratif yang aktif dalam kalangan pengguna.
Selain mesej berteks, pengguna boleh menghantar imej-imej, video, dan juga mesej beraudio
kepada pengguna lain yang berada di dalam kumpulannya. Gabungan fungsi dan ciri-ciri
istimewa ini dilihat sebagai satu medium baru yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran
kolaboratif.

3.0 Kelebihan Penggunaan Whatsapp Dan Telegram


Penggunaan aplikasi WhatsApp dan Telegram dalam pembelajaran banyak memberikan
impak positif terutama dari segi hubungan komunikasi dua hala serta perkongsian jaringan
maklumat antara tenaga pengajar dan pelajar. Lewis Raiman, Antbring R. & Asad Mahmood
(2017) dalam kajian mereka mendapati beberapa kebaikan penggunaan aplikasi WhatsApp.
Selain dapat memperlihatkan peningkatan dari segi kemahiran komunikasi dan pemahaman
sesuatu topik yang dipelajari, ia adalah mesra pengguna dan mampu untuk membolehkan
pelajar saling berkongsi sumber pembelajaran secara elektronik dan dijadikan sebagai bahan
rujukan yang mudah dan cepat diakses (Bouhnik D. & Deshen M., 2014) mengikut
kesesuaian pelajar. Jika digunakan dengan sebaiknya bagi tujuan ilmiah, ia mampu
menambah baik penyebaran dan perkongsian maklumat yang lebih berkesan (Noor Azuan
Hashim et al., 2015). Penggunaan aplikasi Telegram yang lebih sinonim dengan aplikasi
yang lebih mesra pengguna berbanding aplikasi WhatsApp disebabkan ciri kemudahan untuk
mengakses aplikasi ini melalui komputer yang tidak terdapat pada aplikasi WhatsApp
menjadikan Telegram sebagai alternatif kepada medium pembelajaran yang lebih efisien. Ciri
Telegram yang lebih fleksibel (Zanaton H. Iksan & Sumaiyah Mohd. Saufian, 2017)
membolehkan pelajar mengikuti sesi pembelajaran di luar kelas (Bouhnik D. & Deshen M.,
2014) walau di mana mereka berada di samping menyediakan ruang untuk pelajar
menyalurkan buah fikiran atau pendapat secara spontan. Kenyataan ini turut disokong oleh
Graham J. B. (2013) yang menambah bahawa kaedah menghantar teks secara elektronik
adalah bentuk komunikasi pilihan paling digemari kerana ia paling mudah dan cepat.
Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp dan Telegram berupaya meningkatkan penguasaan
(Lewis Raiman, Antbring R. & Asad Mahmood, 2017) dan keyakinan pelajar (Syed Lamsah
Syed Chear, 2017) secara menyeluruh. Bagi pelajar yang kurang berkeyakinan, kaedah ini
merupakan satu platform yang berguna untuk menjangkau batasan komunikasi dari segi
mendapatkan bantuan rakan sebaya (Graham J. B., 2013) bagi menyelesaikan masalah
berkaitan kerja rumah atau berhubung dengan rakan lain tanpa rasa rendah diri yang biasa
dihadapi ketika berkomunikasi secara bersemuka. Bouhnik D. & Deshen M. (2014) dalam
kajiannya terhadap kebaikan penggunaan aplikasi WhatsApp dari sudut pendidikan mengulas
bahawa komunikasi secara teks yang dihantar oleh pelajar berupaya memberi gambaran awal
kepada tenaga pengajar untuk mengenali pelajar secara lebih mendalam. Guru dapat lebih
memahami kehendak pelajar, seterusnya memilih kaedah yang sesuai untuk membantu para
pelajar serta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar. Mereka juga menyatakan
bahawa kewujudan kumpulan dalam aplikasi sedikit sebanyak turut menyumbang kepada
aura atau suasana positif di dalam kelas. Interaksi sosial secara tidak langsung dipengaruhi
oleh kehadiran sosial seseorang pelajar dalam talian seperti yang diutarakan oleh Fatin
Fatimah Manap, Fariza Khalid & Aidah Abdul Karim (2017) sekaligus menggalakkan
pembelajaran bermakna berlaku.

4.0 Perbincangan
Tidak dapat dinafikan bahawa mesej segera iaitu WhatsApp dan Telegram merupakan
aplikasi yang dapat memberi menfaat kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini juga sesuai dengan kaedah pengajaran yang melibatkan semua pelajar
secara aktif yang amat dititikberatkan dalam pendidikan abad ke-21. Pengajaran melalui
aplikasi WhatsApp dan Telegram berpotensi untuk meningkatkan kemampuan pelajar
menguasai hasil pembelajaran (Syed Lamsah Syed Chear, 2017). Kajian yang telah
dijalankan oleh Lewis Raiman (2017) juga menjelaskan kebanyakan pelajar berpendapat
bahawa penggunaan mesej segera ini menyediakan satu platform kepada mereka untuk
berkongsi hasil pembelajaran dan sumber-sumber yang ada, ia juga memupuk pendekatan
kolaboratif dalam proses pembelajaran. Penggunaan mesej segera dalam pengajaran dapat
meningkatkan interaksi, komunikasi dan kerjasama; penjanaan pengetahuan serta fleksibel
dan mudah digunakan (Ashraf & Kamaljit 2011; Oluwafisayo 2010).
Namun, adakah penggunaan mesej segera ini sesuai untuk para pelajar dan guru?
Terdapat beberapa masalah atau halangan yang menjadi isu dalam penggunaan WhatsApp
dan Telegram. Antara salah satu halangan atau masalah adalah tidak semua pelajar
mempunyai telefon pintar untuk menggunakan aplikasi ini. Sekiranya sebuah kelas yang
menghadapi masalah ini, guru-guru diwajibkan untuk berhubung dengan murid-murid
melalui cara lain, biasanya melalui mesej teks biasa. Selain itu, sesetengah guru dilaporkan
telah dibanjiri oleh terlalu banyak mesej, dengan cara yang dibebani terutamanya apabila
mereka mempunyai lebih daripada satu kumpulan (Bouhnik & Deshen, 2014). Terdapat juga
guru-guru yang sering diganggu apabila mesej yang dihantar pada waktu malam. Di samping
tiu, pelajar cenderung menggunakan bahasa kurang formal dan hal ini memberi impak yang
negatif tehadap cara penutur antara guru dan pelajar. Guru pula cenderung membetulkan
kesilapan atau pilihan frasa yang tidak sesuai yang digunapakai oleh pelajar (Bouhnik &
Deshen, 2014). Penggunaan aplikasi digital ini telah mendorong para guru untuk
memikirkan cara penggunaan yang sewajarnya anatara guru dan pelajar.
Walau bagaimanapun, setiap pihak perlu disedari bahawa penggunaan aplikasi
tersebut tidak akan memberi jaminan yang baik terhadap pembelajaran. Ia hanya akan
berfaedah sekiranya digunakan dengan kaedah dan strategi yang berkesan serta mempunyai
matlamat yang jelas (Ramayah & Jason 2012). Para pendidik perlu mengnal pasti masalah-
masalah atau cabaran yang akan ditemui sebelum menggunakan mesej segera dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi menggelakkan masalah yang tidak diingini. Para pendidik
perlu berhati-hati dan membimbing pelajarnya apabila menggunakan WhatsApp dan
Telegram kerana sesi komunikasi yang tidak terkawal boleh menjejaskan emosi pelajar dan
prestasi akademik (Bouhnik & Deshen 2014; Johnson & George 2014).

5.0 Cadangan

Setiap pihak perlu menyedari dan menggunakan aplikasi ini dengan kaedah dan
strategi yang berkesan serta menetapkan matlamat yang jelas sebelum mengapliaksikannya.
Semua pihak terutamanya guru perlu memastikan sistem, pembekalan maklumat dan
perkhidmatan yang berkualiti. Rangkaian media sosial dikatakan mampu memecahkan
pemikiran pelajar menjangkaui batasan bilik darjah sehingga ke suatu tahap yang bersifat
global (Deo & Hassan 2014). Ketidaksediaan pelajar untuk terlibat dengan m-pembelajaran
(Ng et al. 2015) adalah disebabkan nilai budaya yang diwarisi dan ia diperhatikan di
kebanyakan IPT Malaysia (Hazwani & Dalbir 2016). Staf akademik disaran memainkan
peranan membimbing pelajar dengan terlebih dahulu menguasai teknologi bagi
membangunkan pedagogi pengajaran yang sesuai(Anshu & Ashish 2017). Perbincangan
dalam kumpulan menjadi tarikan kepada anak-anak muda untuk sentiasa peka dengan setiap
permasalahan tanpa mengira lokasi, masa dan bila. Namun begitu untuk merealisasikan
penggunaan WhatsApp dan Telegram ini tidak hanya terhad kepada pelajar di bandar
malahan pelajar di luar bandar. Oleh dengan itu capaian jaringan sesawang, kelajuan tahap
capaian patut diambil kira kerana capaian ini merupakan kekangan terhebat bagi pelajar luar
bandar.
6.0 Kesimpulan

Pengkaji terdahulu melaporkan terdapat pelbagai faktor yang perlu diberi pehatian
untuk menjayakan m-pembelajaran (Issham et al. 2016). Kajian ini memberi petunjuk
bahawa m-pembelajaran mampu meningkatkan keyakinan pelajar untuk menguasai objektif
pembelajaran. Jika pelajar lebih tertarik kepada Facebook berbanding portal e- pembelajaran
(Tze 2014), maka WhatsApp dan Telegram juga mampu dijadikan platform untuk
pembelajaran. Penggunaan aplikasi teknologi Web 2.0 seperti Blog, wiki, Youtube, sosial
bookmark, podcast, webcast, Facebook, Myspace, Flickr, Twitter, Skype dan seumpamanya
dalam pengajaran dapat meningkatkan interaksi, komunikasi dan kerjasama; penjanaan
pengetahuan serta fleksibel dan mudah digunakan (Ashraf & Kamaljit 2011; Oluwafisayo
2010).
Rujukan

Ashraf, D. & Kamaljit, I. L. 2011.The impact of the new web 2.0 technologies in
communication, development and revolutionsof societies.Journal of Advances in
Information Technology, 2 (4): 204-216.

Anshu, M. & Aishah, K.A. 2017. Mobile learning: Readiness and perceptions of teachers of
Open Universities of Commonwealth Asia. Journal of Learning for Development, 4
(1): 58-71.

Beetham, H., & Sharpe, R. 2013. Rethinking pedagogy for a digital age: Designing for 21st
century learning. Routledge.

Bouhnik, D. & Deshen, M. 2014. WhatsApp goes to school: Mobile instant messaging
between teachers and students. Journal of Information Technology Education:
Research, 13: 217-231.

Contreras-Castillo, J., Pérez-Fragoso, C., & Favela, J. 2006. Assessing the use of instant
messaging in online environments. Interactive Learning Environments, 14(3):205–218.

Graham J. B. 2013. Impacts of Text Messaging on Adolescents’ Communication Skills:


School Social Workers’ Perceptions. Master of Social Work Clinical Research
Papers. St. Catherine University, Minnesota.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 2011. Dasar e-pembelajaran negara: Institusi


pengajian tinggi. Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Khairah @ Asma’a Baharun, Saedah Siraj & Muhammad Faizal A. Ghani. 2017. Aplikasi
pesanan Segera mudah alih (Mobile Instant Messaging) dalam pembelajaran
kolaboratif: Satu tinjauan analisis keperluan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan 4:35-49.

Lewis Raiman, Antbring R. & Asad Mahmood. 2017. WhatsApp messenger as a tool to
supplement medical education for medical students on clinical attachment. BMC
Medical Education (2017) 17:7.

Noor Azuan Hashim et al. 2015. Whatsapp Messenger Application among Business Students
in Malaysia - An Exploration. Jurnal Personalia Pelajar 18 (2)(2015): 128 - 139.

Ramayah T. & Jason W.C.L. 2012.System characteristics, satisfaction and e-learning usage: a
structural equation model (SEM).The Turkish Online Journal of Educational
Technology, 11 (2): 196-206.

Rubiah Omar & Jamilah Ahmad. 2009. Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-
pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34 (1): 155-
172.
Syed Lamsah Syed Chear. 2017. Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi Whatsapp
dan Telegram di Universiti Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(2) (2017): In
Press (Pratatapan).

Shamsul Arrieya Ariffin. 2011. Mobile learning in the institution of higher learning for
Malaysia students: Culture perspectives. Proceeding of the International Conference
on Advanced Science, Engineering and Information Technology 2011, hlm. 283-288.

Tole Sutikno , Lina Handayani , Deris Stiawan et al. 2017. WhatsApp, Viber and Telegram:
which is the Best for Instant Messaging? International Journal of Electrical and
Computer Engineering (IJECE) 6(3): 909-914.

Tze, Y.S., Dewika, N., & Devandran, A. 2014. Improving students engagement through
social media: A case study of a private university in Malaysia using facebook.
International Journal of e-Education, e-Business, e-Management and e-Learning, 4
(6): 396-409.

Zanaton H. Iksan & Sumaiyah Mohd. Saufian. 2017. Mobile Learning: Innovation In
Teaching And Learning Using Telegram. International Journal Of Pedagogy and
Teacher Education (IJPTE) 1(1).

Anda mungkin juga menyukai