Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MEMOHON SUMBANGAN PIBG


BAGI
PENYELENGGARAAN PENDINGIN HAWA PUSAT SUMBER ACS
SMK METHODIST (ACS) KLANG
OGOS 2014

1.0 PENDAHULUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk pertimbangan PIBG bagi meluluskan
peruntukan kewangan untuk menyelenggara pendingin hawa di pusat sumber
SMK Methodist (ACS) Klang. Pendingin hawa yang tidak berfungsi dengan baik
lagi menyebabkan keadaan di pusat sumber agak panas. Ini ditambah lagi
dengan keadaan pusat sumber yang bertutup.
.
2.0 LATAR BELAKANG
Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan nadi ilmu bagi sesebuah sekolah.. Di
pihak sekolah, pusat sumber memainkan peranan penting bagi mempertingkat taraf
pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik. Pusat sumber SMK
Methodist (ACS) Klang kondusif dan selesa pastinya dapat menarik minat pelajar dan
guru untuk memanfaatkan perkhidmatan pusat sumber

Terdapat 5 unit pendingin hawa di pusat sumber


Unit Jenama Tahun Sumber Penyelenggaraan Status Cadangan
Pertama ACSON Nov Sumbangan
2.5 hp 2011 bekas Tidak pernah Tidak Ganti
pelajar berfungsi compressor &
servis
Kedua ACSON Nov Sumbangan Berfungsi
2.5 hp 2011 bekas Tidak pernah tetapi servis
pelajar Tidak
sejuk

Ketiga BESTech Nov Sumbangan Berfungsi


1.0 hp 2011 bekas Tidak pernah tetapi servis
pelajar Tidak
sejuk

Keempat Berfungsi
ACSON 2004 Beli Tidak pernah tetapi Beli baharu
2.5hp Tidak
sejuk

Kelima ACSON 2004 Tidak


1.5 hp Beli Tidak pernah berfungsi Bei baharu
3.0 RASIONAL

Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmiah terhadap warga SMK Methodist (ACS)
Klang, keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk
menarik mereka untuk datang ke pusat sumber dengan lebih kera p.
Transformasi pusat sumber yan g lebih berdaya saing juga penting untuk
menjadikan PSACS tersebut sebagai salah satu tempat santai yang berguna dan
berilmiahkepada para pelajar terutamanya

4.0 MATLAMAT

1. Memberikan alternatif tempat yang kondusif kepada warga ACS


untukmentelaah dan menimba ilmu

2. Mengoptimunkan penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan warga SMK


Methodist (ACS) Klang

3. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh harmoni.

4.0 AHLI JAWATAN KUASA INDUK


Pengerusi : En Chay Kin Siong ( Pengetua )
Pen. Pengerusi : En M.Thiagarajan (GPK Akademik )
Timb. Pengerusi I : En Mohd Nasir b. Singoh (GPK HEM)
Timb. Pengerusi II : En Samsuddin Samion ( GPK Koku )
AJK : Pn Sarina Shariff (Guru Perpustakaan Media )
Ketua Bidang
Ketua Panitia
AJK Kerja PSS
5.0 SASARAN
Semua warga ACS dan komuniti

6.0 LOKASI

Pusat Sumber SMK Methodist (ACS) Klang Selangor


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN ( SEUNIT )

PENDINGIN HAWA SYILING 2.5 HP RM 2, 850.00


PENDINGIN HAWA DINDING
2.5 HP RM 2,560.00
2.0 HP RM 2,160.00
1.5 HP RM 1,380.00
COMPRESSOR OUTDOOR 2.5 HP RM 1560.00

PENYELENGGARAAN :

AIRCOND CEILING EXPOSED 2.5HP RM 275.00

AIRCOND WALL 2.5 HP RM 225.00

AIRCOND 2 HP RM 205.00

AIRCOND 1.5 HP RM 145.00

PIPING FOR CEILING EXPOSED RM 20.00

Sumber Kewangan : PIBG SMK METHODIST (ACS) KLANG

8.0 PENUTUP
Besar harapan pihak pusat sumber agar pihak PIBG dapat memberi sokongan dan
bantuan sepenuhnya untuk penyelenggaraan pendingin hawa. Lebih-lebih lagi pelajar-
pelajar sering memanfaatkan pusat sumber kerana musim peperiksaan yang bakal
menjelang tidak lama lagi. Disini dilampirkan juga 3 kuotasi dari 3 syarikat yang
berbeza.

Disediakan oleh :

_____________________
( SARINA BINTI SHARIFF)
Guru Perpustakaan Media
SMK Methodist (ACS) Klang

Disokong oleh Diluluskan / Tidak diluluskan oleh :

_________________ ------------------------------------------
( CHAY KIN SIONG )
Pengetua
SMK Methodist (ACS) Klang

Anda mungkin juga menyukai