Anda di halaman 1dari 2

ANALISIS

i)SKOP PENGGUNA DAN BAHAN BANTU MENGAJAR

Video yang kami bina atau kami cipta adalah video mengenai mengenal anggota muka dwibahasa
dalam bahasa arab dan bahasa melayu manakala isi kandungan yang terdapat dalam video tersebut
adalah anggota muka tersebut. Sebagaimana yang telah kita pelajari bahawa setiap video mestilah
mempunyai skop pengguna dan bahan bantu mengajar yang digunakan. Skop pengguna bagi video
tersebut hanya guru dan murid kerana video ini akan digunakan semasa dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

Skop penggunaan video tersebut bagi guru ialah dengan cara memainkan video tersebut dan
menggunakan kaedah nyanyian bersama-sama dengan murid-murid supaya pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan dan bilik darjah dapat dikawal dengan baik. Guru
juga akan mengulang video tersebut sebayak beberapa kali supaya murid-murid dapat memahami apa
yang ingin disampaikan oleh guru tersebut dan dapat mengetahui isi kandungan video tersebut.

Selain itu juga, skop penggunaan video tersebut bagi murid pula ialah dengan cara murid akan
menyanyi bersama rakan-rakan yang lain dan guru sebagaimana yang sudah ada dalam video itu .
Selepas itu pula, video tersebut akan dimainkan lagi dan semasa berlakunya situasi tersebut, beberapa
orang murid akan ke hadapan untuk bernyanyi sambil menunjukkan isyarat dengan menunjukkan
anggota badan yang dikehendaki seperti dalam video tersebut.

Di samping itu juga, bahan bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
tersebut ialah komputer riba, pemancar skrin cahaya (LCD) dan pembesar suara. Hal ini kerana
pengajaran dan pembelajaran ini memfokuskan tentang video anggota muka yang kian dimainkan.
ii) KEPERLUAN PROJEK

Di dalam hal ini, terdapat banyak perkara yang diperlukan untuk membina projek video ini. Antaranya
ialah komputer riba, kertas A4, scanner, perisian photoshop, perisian laman Microsoft
Powerpoint dan pendrive.

Perkara pertama yang digunakan ialah komputer riba. Komputer riba adalah merupakan bahan
yang sangat penting yang digunakan dalam pembinaan projek video tersebut. Oleh kerananya ialah
dalam komputer riba ini terdapatnya beberapa perisian penting seperti laman perisian Photoshop dan
Microsoft Powerpoint. Antara sebab yang kedua ialah komputer riba ini juga merupakan alat mudah
alih yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja . Selain itu, keperluan projek yang kedua ialah kertas A4.
Kertas digunakan adalah untuk melakar pelbagai perkara yang digunakan untuk mencapai projek video
kami iaitu matapelajaran mengenal anggota muka.

Di samping itu, keperluan projek yang ketiga ialah mesin scanner. Mesin scanner adalah
digunakan untuk mengimbas kertas yang mempunyai lukisan yang melibatkan anggota muka dan
dijadikan gambar lalu disimpan di dalam komputer riba. Justeru itu, keperluan projek yang keempat
ialah Photoshop. Photoshop ini digunakan adalah untuk mewarnakan gambar yang telah diimbas itu
dengan kelihatan cantik dan menarik.

Seterusnya, keperluan projek yang kelima ialah Microsoft Powerpoint. Microsoft Powerpoint
digunakan adalah untuk memasukkan gambar yang telah diwarnakan itu dan dijadikan video anggota
muka tersebut. Akhir sekali, keperluan projek yang keenam dan yang terakhir ialah pendrive. Pendrive
digunakan untuk dijadikan alat mudah bagi berkongsi atau memindahkan maklumat video khususnya
dan boleh memasukkan video yang disiapkan itu kepada komputer riba yang lain

Anda mungkin juga menyukai