RASUAH
RASUAH
DAN LANGKAH
PENCEGAHAN)
SOALAN:
Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara ini.
Oleh itu, huraikan langkah-langkah pencegahan perlu untuk mengatasi gejala ini.
Huraikan.
ISI-ISI:
FAKTOR-FAKTOR:
1. Kelemahan peribadi seseorang (kurang didikan agama)
2. Kelemahan kepimpinan
3. Faktor perkembangan modenisasi
4. Faktor sosial dan budaya
KESAN:
1. Berlaku ketidakadilan dalam masyarakat (golongan miskin/sederhana
ditindas)
2. Menjejaskan imej negara (nama negara akan tercemar di mata dunia)
3. Mengancam keselamatan rakyat dan negara (sektor pembinaan-bahan
tidak berkualiti)
4. Melemahkan sistem pemerintahan (lahir pemimpin yang tidak
berkualiti)
5. Menghancurkan sebuah negara
LANGKAH PENCEGAHAN:
1. Penguatkuasaan undang-undang
2. Kempen kesedaran
3. Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)
4. Mempermudahkan urusan melalui ICT (lebih selamat)
5. Penerapan nilai murni di sekolah (Pendidikan Islam, Pendidikan Moral,
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
6. Didikan agama yang mencukupi (sejak kecil)
CONTOH JAWAPAN:
Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada
imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu
dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini.
Di samping itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini
seperti memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi
memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah.
Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk
melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan
sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.