Usul Penubuhan Alumni PDF
Usul Penubuhan Alumni PDF
Persatuan Alumni
Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 7, Shah Alam
gambar- www.smks7.edu.my
Latar Belakang
Penubuhan persatuan alumni di peringkat sekolah menengah di Malaysia
sememangnya telah lama dipraktikkan oleh sekolah-sekolah yang bergiat aktif dalam
mengumpulkan bekas-bekas pelajar mereka.
Tahun 2010 memberi nafas yang baru kepada cadangan penubuhan persatuan
alumni ini apabila hasil pertemuan Encik Safiruddin dan Encik Mohamad bersama
beberapa bekas pelajar sedikit sebanyak menghidupkan kembali cadangan penubuhan
persatuan ini.Beberapa bekas pelajar yang terlibat hasil pertemuan bersama kedua- dua
bekas guru mereka juga memberi idea dan perspektif mengenai hala tuju penubuhan
persatuan alumni ini.
SPM 2006 : Zaki Salleh (UiTM Perak), Arif Ashraf (UiTM Pulau Pinang), Fathi Yasmin
(UiTM Johor), Hairur Rizal (Politeknik Johor Bharu), Ashraf Zamani (MMU Melaka),
Khafidzah Khaidzir (UiTM Terengganu), Nadia Ali (UiTM Shah Alam), Prakash (MSU),
Sharifah Nabilah (UiTM Shah Alam), Sarah Mizan (UiTM Johor) dan Syazwan Marzuki
(MMU Cyberjaya)
SPM 2007 : Yusuf Nor Rizan (UiTM Pulau Pinang), Diyanah Yunus (UiTM Terengganu),
Faizal Kadir (UTP), Salehuddin Kamarul (PTPL Shah Alam)
Latar Belakang 1
Penubuhan 3
Objektif 5
Keahlian 6
Tabungan 7
3. Motto Persatuan:
“Once a sevens, always a sevens”
5. Alamat Rasmi:
Selain itu, ahli persatuan alumni juga boleh memberi sumbangan kepada pihak
sekolah bukan sahaja dari segi kewangan malah akademik dan material. Sumbangan
tersebut dilihat dapat membantu pihak sekolah menambahbaik struktur sekolah tidak
kira pada masa sekarang atau akan datang.Kewujudan persatuan ini juga diharapkan
dapat menggalakkan ahli untuk melibatkan diri secara langsung dalam membantu pihak
sekolah melancarkan aktiviti-aktiviti sekolah disamping dapat mewujudkan semangat
kerjasama antara ahli-ahli persatuan.
Kewujudan persatuan alumni ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada
semua ahli untuk mewujudkan rangkaian maklumat sesama ahli sekaligus memberi
peluang kepada ahli-ahli persatuan untuk mencungkil kemampuan diri dan
memaksimakan potensi yang ada dalam peribadi setiap ahli persatuan. Hasil daripada
ini diharap dapat membantu setiap ahli untuk memenuhi kemampuan diri yang pastinya
berguna kepada mereka dalam meneruskan karier dan kehidupan selepas tamatnya
alam persekolahan.
atau
atau
3. Sekiranya tidak memenuhi mana-mana satu syarat di atas (syarat 1 dan syarat 2),
membuat rayuan bersertakan alasan kukuh dan diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa
Persatuan.
Persatuan alumni juga dibentuk untuk memberi manfaat kepada ahli-ahli alumni.
Antara sumbangan persatuan yang mampu memberi keuntungan kepada ahli- ahli
adalah seperti:
2. Bantuan Kewangan bagi ahli yang mungkin memerlukan (sakit, kemalangan dan lain-
lain)
3. Minit mesyuarat AJK Penaja alumni SMKS7 kali pertama (24 Mei 2010, Isnin)
Pihak kami berharap agar usul penubuhan persatuan alumni ini akan dapat
diluluskan oleh pihak sekolah sebelum diusulkan terus kepada pihak Jabatan Pendidikan
Selangor dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Sekiranya pihak sekolah meluluskan segala usul di dalam kertas cadangan ini atau ingin
melakukan pindaan didalam kertas cadangan ini atau menolak kertas cadangan ini ,
diharapkan agar perkara ini dapat diberitahu terus kepada penasihat AJK Penaja Alumni
SMKS7 (Encik Safiruddin Saud - 012-3933212 atau Encik Mohamad Mustafa - 019-
6928176) dengan kadar yang segera.
Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas peluang yang diberikan
dalam usaha untuk menubuhkan persatuan alumni sekolah. Kami juga ingin meminta
maaf di atas segala kekurangan di dalam kertas cadangan ini dan segala kesilapan
diharap dapat dibantu dengan bimbingan yang lebih di masa hadapan.
Sekian,
Ahli Jawatankuasa Penaja Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam (2010)