Anda di halaman 1dari 2

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Secara umum, Etika Profesional adalah tentang semua isu etika dan nilai dalam sesuatu bidang
profesion dan tingkahlaku golongan professional dalam masyarakat. Pengertian Etika
(Etimologi), berasal dari perkataan Greek 'Ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character',
ataupun perwatakan dan keperibadian.

Gluck (1986), telah mendefinisikan etika sebagai, "kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea
(1988), pula mendefinisikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal
individu atau profesion" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ".

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang
mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya di kalangan yang meminggirkan agama di
dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma
moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.

Dalam masyarakat moden kini, norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih
menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral
kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap
kehidupan manusia.

Hubungan etika kerja profesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal
tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara
yang mendatangkan kesalahan sama ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya
sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada
masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan
masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.

Etika Profesional juga mempunyai kepentingan lain termasuklah menjaga kepentingan individu,
masyarakat dan alam sekitar secara berterusan. Hari ini, kes-kes kesalahan etika sering
dipaparkan kepada umum melalui media massa dan elektronik. Ianya melibatkan syarikat besar
dan juga kecil malah dalam badan-badan kerajaan dan juga swasta. Kesalahan Etika Profesional
tidak hanya dilakukan oleh mereka yang berkolar biru malahan pegawai atasan yang berkolar
putih. Justeru, ianya memberi kesan yang buruk kepada diri, organisasi dan masyarakat secara
menyeluruh.

Oleh itu, etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita dalam apa jua
tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri
dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang
dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri
seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.

1.2 Definisi Pecah Amanah

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi pecah amanah adalah perbuatan mensia-
siakan amanah (kepercayaan) orang dan lain-lain (dgn menipu dsb). Pecah amanah ialah
melanggar amanah yang diberikan atau merugikan kepada pihak atau orang lain. Perbuatan
rasuah dan pecah amanah adalah berkait antara satu sama lain dan lazimnya seseorang yang
dituduh atas kesalahan rasuah turut juga dituduh melakukan pecah amanah.

Perkataan ‘amanah’ adalah daripada perkataan Arab iaitu ‘amana’ yang memberi definisi
tenteram, aman, selamat, dan harmoni atau dengan kata lain ialah tanggungjawab yang diterima
oleh seseorang yang dipercayai dapat melaksanakan sebagaimana yang dituntut tanpa
mengabaikannya. Dalam Islam, golongan yang pecah amanah dilabelkan sebagai munafik iaitu
memungkiri amanah yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai