Anda di halaman 1dari 4

NAMA: ………………………………………………………….. HARI: …………………………………………………… TARIKH: …………………………….

Utamakan Kebersihan Diri

Masak kari si ikan kaci ,


Potong bersegi sayur umbut ;
Peralatan diri hendaklah suci ,
Berus gigi dan sikat rambut ,

Mawar mekar disinari mentari ,


Petik setangkai si gadis desa ;
Baju bertukar setiap hari ,
Tubuh memakai baru selesa.

Kain lusuh bawa ke dapur ,


Boleh dibuat pengalas kaki ;
Kasut dibasuh Kemudian berkapur ,
Cantik dilihat tidak berdaki.

Rumpun pandan melindung telaga ,


Daunnya lebat bertingkat-tingkat ;
Seluruh badan bersih terjaga ,
Barulah sahabat hendak mendekat.
NAMA: ………………………………………………………….. HARI: …………………………………………………… TARIKH: …………………………….

Menu Seimbang
Menu sihat harian mestilah seimbang dan
mempunyainempat kumpulan makanan seperti
yang kelihatan dalam Piramid Makanan Malaysia,
iaitu
1. Hasil bijiran seperti nasi, mi atau roti.
2. Buah – buahan dan sayur sayuran.
3. Ikan, ayam, daging, telur serta susu dan
produk tenusu.
4. Lemak, minyak, gula dan garam.
Menu sihat harian perlu ada hidangan Utama
yang terdiri daripada hasil bijirin dan tiga
hidangan lain.
Pinggan Sihat Malaysia membantu kita mendapat
makanan seimbang.
1. Isi suku pinggan dengan hasil bijirin serta nasi,
mi atau roti.
2. Isi suku pinggan lagi dengan ikan, ayam,
daging dan telur.
3. Isi separuh pinggan dengan sayur dan buah.
4. Bagi melengkapkan hidangan, minum air
kosong atau minuman tanpa gula, susu atau
susu.

Anda mungkin juga menyukai