Anda di halaman 1dari 4

APA ITU POP ART

Pop art yang berasal dari kata popular art merupakan sebuah aliran seni yang memanfaatkan
symbol-simbol dan gaya visual yang berasal dari media massa yang popular seperti majalah,
iklan, komik dan lain lagi. Perkataan pop adalah singkatan dari perkataan popular, manakala Art
adalah seni, maka gerakan seni moden ini adalah peniruan kaedah, gaya dan tema yang popular
berkaitan kebudayaan, politik dan sains fiksyen

Pop art pertama kali dipopularkan oleh Andy Warhol iaitu orang amerika yang melukis gambar-
gambar artis Hollywood yang menggunakan warna-warna complementary. Gerakan dan gaya
seni moden mementingkan warna yang cerah dan ceria untuk selesa dan riang sepanjang zaman.
Kreativiti dan inovasi juga melibatkan subjek flora dan fauna yang di olah dalam bentuk sejadi
atau diabstrakan mengikut kreativiti sendiri. Perkembangan idea juga melibatkan proses rekaan
yang lebih moden dan kontemporari tetapi bersesuaian untuk pasaran tempatan dan antarabangsa

PERNYATAAN PERMASALAHAN KAJIAN BERDASARKAN TEMA

Definisi

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan,
keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dan sebagainya.

Gimrama / Gymnastic

Gimrama ialah sukan yang menggabungkan pergerakan badan dan menipulasi alatan serentak
dengan iringan muzik. Alatan yang digunakan dalam gimrama ialah tali, gelung, bola dan reben.
Walau bagaimanapun, alat-alat seperti selendang, rod kayu rotan atau bendera boleh digunakan
sebagai alat ganti aktiviti gimrama. Gimrama menekankan aspek pergerakan yang estatik,
berkoordinasi, dan berharmoni dengan muzik. Gimrama telah mendapat tempat dalam
pendidikan jasmani untuk kedua-kedua gender dan semua kumpulan umur
PENENTUAN KONSEP SUBJEK DAN KANDUNGAN

Konsep

Imbangan- Kebolehan seseorang mengekalkan posisi badannya ketika berada dalam keadaan
tetap atau semasa melakukan aktiviti seperti aksi-aksi berjalan, berlari dan melompat

Kelenturan- Julat pergerakan sesuatu sendi, iaitu pergerakan dari fleksi ke eskstensi ataupun
ekstensi fleksi-Fleksi adalah pergerakan menekuk atau membengkok

Koordinasi- pergerakan yang melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan.
Koordinasi menyelaraskan system-sistem dan organ serta penting supaya setiap anggota badan
dapat berfungsi secara bersepadu

Subjek

Figura- Amy kwan Dict Weng

Peralatan- Tali, gelung, bola dan pakaian


PENETUAN PENDEKATAN ASPEK FORMAL DAN GAYA PENGHASILAN

Aspek Formal

1. Warna- Warna-warna yang terang, neon berasaskan warna pop art

2. Rupa- 2 dimensi 2D

3. Garisan- Kepelbagaian jenis garisan

4. Pergerakan- Menampakan ciri-ciri imbangan posisi badannya dan kelenturan badan

5. Kontra- dari segi warna, rupa dan garisan

GAYA PENGHASILAN

Pop Art

Berasal dari kata popular Art adalah aliran seni yang memanfaatkan symbol-simbol dan gaya
visual yang berasal dari media massa yang popular.

Satu aliran seni yang dipopularkan oleh karyawan barat berkaitan seni yang menggambarkan
imej, objek, atau suasana yang berlaku pada masyarakat seharian

PERNYATAAN KEPENTINGAN PROJEK DAN KEASLIAN

. Karya berkonsepkan sukan gimrama atau gymnastic yang menonjolkan kehebatan Amy kwan
dalam mengharumkan nama negara dan telah meraih pingat EMAS yang ke-100 dalam SUKAN
SEA tahun 2017 di Kuala Lumpur.

. Membangkitkan semangat kesukanan kepada audien

. Menjadikan sukan Gimrama sebagai sukan yang penting dalam aktiviti harian manusia

. Menarik minat anak muda untuk melibatkan diri dalam sukan gimrama atau gymnastic

. Mengenengahkan sukan gimrama yang semakin mendapat tempat penduduk Malaysia

Anda mungkin juga menyukai