Anda di halaman 1dari 1

Kata alu-aluan

GAMBAR
Yang Dipertua PIBG
Tuan Haji Khairul Haniza bin Dato Ibrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia-NYA, majalah Teraju ini dapat juga diterbitkan
dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk
mencoretkan sepatah dua kata sebagai satu cetusan paradigma buat semua warga Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin .

Kemunculan majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah. Naskah
bersejarah ini menggambarkan wajah Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin
sepanjang tahun 2018. Di samping itu, naskah ini merupakan satu lapangan atau landasan buat para
pelajar memaparkan idea-idea bernas dan menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar adalah
semangat kerjasama dan komitmen warga sekolah yang dipertontonkan bagi mencerminkan
gambaran menyeluruh tentang aktiviti dan kejayaan SMK Tunku Besar Burhanuddin tahun ini.

Sejajar dengan alaf baru, maka seharusnya mutu pendidikan kita semakin maju kehadapan
sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang sudah memasuki gelombang ke-2 ini.
Saya amat berharap agar segala visi, misi dan aspirasi sekolah seiring dengan aspirasi negara.

Hal ini memerlukan pautan yang jitu antara peranan guru dan tanggungjawab seorang murid
bagi menyusuri arus perubahan yang melanda dunia pendidikan negara kita ini. Dalam melahirkan
modal insan kelas pertama yang kreatif dan inovatif, semua pihak termasuk ibu bapa dan Lembaga
Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah sangat memainkan peranan dalam menjayakan sarana sekolah.

Akhir kata, saya ingin melafazkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru,
pelajar-pelajar dan ibu bapa atas sokongan dan kerjasama anda bagi memartabatkan nama Sekolah
Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin.

Wassalam.

__________________________

Tuan Haji Khairul Haniza b Dato Ibrahim

Ydp Pibg SMKTBB

Anda mungkin juga menyukai