Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI GURU

‫الرحِ ي ِْم‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬ َّ ِ‫بِس ِْم هللا‬
‫علَى آ ِل ِه‬ َ ‫علَى‬
َ ‫سيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َوالعَاقِبَة ل ِْل ُمت َّ ِقيْنَ َوال‬, َ‫ب العَالَمِ يْن‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْمدُ هللِ َر‬
َ
َ‫ص َحابِ ِه أجْ َم ِعيْن‬ َ
ْ ‫َوأ‬

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah


mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru
(Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah) pada pagi
yang berbahagia ini dengan tema :
(Tema Hari Guru Tahun Semasa)

Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,

Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia


dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada
guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan
tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya .
Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh
aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan
rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan ,


memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan
rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang budiman
terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka
mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,
kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan ,
semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan ,
semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak
mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab
sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga
, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik
dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di
arena pendidikan perdana amnya .

Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,

Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan


kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan
kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-
mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa
menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar
daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan
teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi
insan yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa
dan negara tercinta .
ْ ‫ش ِقيًّا َوالَ َم‬
‫ط ُر ْودًا‬ َ ‫ َوالَ تَجْ عَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا‬، ‫ص ْو ًما‬
ُ ‫ َوتَف َُّرقَـَنَا مِ ْن بَ ْع ِد ِه تَف َُّرقا ً َم ْع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
. ‫َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬

Anda mungkin juga menyukai