Anda di halaman 1dari 18

Kerangka Karangan - Tema Alam Sekitar

Kerangka Karangan - Tema Alam Sekitar

 Langkah-langkah yang Boleh Diambil


untuk Mengatasi Masalah Penerokaan Hutan
 Kesan Negatif Pembalakan Haram
Terhadap Alam Sekitar
 Langkah-langkah Mengurangkan
Pencemaran Alam Sekitar
 Langkah-langkah Mengatasi Masalah
Pencemaran Sungai
 Punca-punca Kesedaran Rakyat Malaysia
Terhadap Alam Sekitar Masih Belum
Memuaskan

Kerangka Karangan - Langkah-langkah yang


Boleh Diambil untuk Mengatasi Masalah
Penerokaan Hutan
Langkah-langkah yang Boleh Diambil untuk Mengatasi Masalah Penerokaan Hutan
Secara Berleluasa

Pendahuluan:

 Hutan memainkan peranan penting dari segi ekonomi, pembangunan dan ekologi -
penerokaan hutan seperti pembalakan haram dan penggondolan hutan untuk aktiviti
pembangunan - timbulkan banyak masalah serius - langkah-langkah yang wajar perlu diambil
untuk mengatasi masalah ini

Isi - isi:
 Menganjurkan pelbagai kempen mencintai hutan dan alam sekitar - pupuk kesedaran
dalam kalangan masyarakat - semai rasa cinta akan alam sekitar
 Menubuhkan agensi khusus untuk mengurus dan mentadbir hal-hal berkaitan hutan -
agensi ini perlu bertindak menangani masalah penerokaan hutan yang timbul supaya sumber
hutan tidak terjejas
 Mewartakan kawasan hutan yang luas sebagai taman negara/hutan simpan - dapat
mengekalkan keindahan alam semulajadi - destinasi tarikan pelancong
 Menggiatkan usaha pemuliharaan hutan dan penanaman semula pokok-pokok selepas
pembalakan - memastikan bekalan sumber hutan berterusan

Penutup:
 Semua pihak harus bekerjasama untuk memelihara dan
memulihara hutan - tanggungjawab bersama - demi kesejahteraaan
sejagat

Kerangka Karangan - Kesan Negatif Pembalakan


Haram Terhadap Alam Sekitar
Pendahuluan:

 Apa itu pembalakan haram - aktiviti penebangan balak secara tidak


terancang - semakin berleluasa - mendatangkan pelbagai kesan negatif
terhadap alam sekitar.

Isi-isi:

 Memusnahkan flora dan fauna - habitat terancam dan musnah -


banyak haiwan dan tumbuhan mati disebabkan pembalakan yang tidak
terkawal - rantai makanan dan siratan makanan populasi terganggu
 Memusnahkan kawasan tadahan hujan - hutan bertindak sebagai
span yang menyerap air hujan - kemudian mengalirkan air hujan
perlahan-lahan ke sungai - sumber air. Tiadanya kawasan tadahan air,
akibatnya sumber air untuk kegunaan penduduk akan berkurang
 Menyebabkan berlakunya bencana alam - pokok-pokok di hutan
memainkan fungsi mencengkam bumi - pembalakan haram - hutan jadi
gondol dan terbuka - hakisan dan tanah runtuh - mengancam
keselamatan penduduk di kawasan berhampiran.
 Meningkatkan suhu dunia - hutan mempunyai kesan penyejukan
semula jadi, dapat mengurangkan kandungan karbon di atmosfera
melalui proses fotosintesis - pembalakan tidak terancang - menyumbang
kepada masalah pemanasan global

Penutup:
 Pembalakan haram amat merugikan - membawa kesan buruk -
langkah sewajarnya patut diambil untuk mengawal aktiviti ini - pokok
balak mengambil masa bertahun-tahun untuk matang/membesar - perlu
bertindak elakkan sumber hutam daripada terus terancam

Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar


Tidak melakukan pembakaran terbuka
Pembakaran terbuka mencemarkan udara - demi alam sekitar - tindakan ini
perlu dibendung - menipiskan lapisan ozon - menyebabkan sinar ultra ungu kena
terus secara langsung kepada kulit - bahaya - juga mengakibatkan kemarau

Menghijaukan kawasan sekeliling


Menanam lebih banyak pokok dan tanaman hijau - mengurangkan masalah
peningkatan suhu - lebih banyak gas oksigen - dibebaskan oleh tumbuhan hijau
melalui proses fotosintesis

Penghutanan semula
Penanaman semula pokok-pokok di kawasan hutan yang telah ditebang (aktiviti
pembalakan)- elakkan pencemaran udara - habuk dan debu di kawasan lapang -
halang berlakunya hakisan

Program kitar semula


Galakkan masyarakat untuk amalkan kitar semula - kertas, plastik, kaca dan tin
aluminium - jual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga
barang terpakai - diproses semula untuk menghasilkan barang baru.

Kempen Kesedaran
Kempen cintai alam sekitar melalui media cetak & elektronik - rasa
tanggungjawab perlu disemai dalam diri dan masyarakat agar alam sekitar
bersih dan selamat untuk diwarisi generasi akan datang.

Memperkenalkan Pendidikan Alam Sekitar di Peringkat Sekolah


Pihak sekolah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid dan
pelajar sekolah - kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang
secukupnya dapat diberikan - hargai alam sekitar - pupuk kesedaran sejak kecil

Penggunaan produk yang tidak mengandungi Chlorofluorocarbon (CFC)


CFC salah satu punca berlakunya penipisan lapisan ozon - terkandung dalam tin
aerosol, penyaman udara dan peti sejuk - sebagai pengguna pilih produk yang
mesra alam - tidak mengandungi CFC

Penguatkuasaan Undang-undang
Undang-undang yang digubal berkaitan alam sekitar perlu dilaksanakan - bukan
sekadar dalam bentuk bertulis - pihak berwajib perlu mengambil tindakan pada
orang ramai yang melanggar undang-undang - hukuman yang setimpal -
barulah masyarakat akan lebih ambil serius tentang soal ini
Kerangka Karangan - Langkah-langkah
Mengatasi Masalah Pencemaran Sungai
Pendahuluan:
 sungai - khazanah alam yang penting - bergantung pada sungai
untuk melaksanakan aktiviti harian - sungai perlu dijaga bukan dicemari -
langkah yang proaktif perlu diambil

Isi-isi:
 kempen-kempen kesedaran diadakan dari semasa ke semasa -
bermula daripada keluarga, institusi sekolah, masyarakat dan negara -
contoh kempen 'Cintailah Sungai Kita' & sambutan Hari Air Sedunia.
 memperkenalkan projek sungai angkat - penduduk kawasan yang
berhampiran bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan sungai
 penguatkuasaan undang-undang - tindakan tegas kepada mereka
yang mencemari sungai - hukuman berat
 peranan media massa - memupuk kesedaran dan mengetengahkan
isu semasa berkaitan pencemaran sungai - mesej dapat disampaikan ke
seluruh negara
 penggunaan teknologi yang canggih - kaedah rawatan air bagi
sungai yang tercemar
 membina pusat loji pelupusan bahan sisa bertoksik untuk sektor
perindustrian - elak pembuangan bahan toksik yang tidak dirawat ke
dalam sungai.

Penutup:
 perlu berganding bahu untuk mengatasi masalah pencemaran
sungai dan kawasan perairan - sungai sumber utama kehidupan manusia
- perlu sahut seruan kerajaan dan pihak terbabit untuk menjaga alam
sekitar.

Soalan:
Kesedaran rakyat Malaysia terhadap alam sekitar masih belum
memuaskan. Nyatakan punca – punca fenomena ini berlaku.
Pendahuluan:

 pencemaran berlaku di sana sini – pelbagai jenis pencemaran (air,


udara, bunyi) berlaku saban hari - menyedihkan - tahap kesedaran rakyat
masih rendah – masalah ini dipandang enteng

Isi – isi:

 sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri - tidak fikirkan


orang lain dan persekitaran - bersifat kebendaan - pentingkan
keuntungan - huraikan bagaimana berlakunya hakisan, tanah runtuh,
banjir kilat - kerakusan manusia taksub dengan pembangungan dan
keuntungan berlipat ganda
 media massa hanya melaporkan berita jika ada malapetaka – hanya
mendapat liputan jika menjadi isu - sewajarnya media massa menjadi
wadah penting dalam mendidik masyarakat untuk cintakan alam sekitar
 kempen – kempen yang dijalankan kurang berkesan – tidak
menyeluruh - kempen-kempen perlu dijalankan secara berterusan -
mesej kempen perlu jelas dan sampai kepada masyarakat
 penguatkuasaan undang – undang tidak konsisten – masalah
rasuah – tidak cukup kakitangan dan kemudahan
 pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah – lebih mendalam –
memupuk rasa kasih dan menghargai - mendidik anak-anak sedari kecil
agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar

Penutup:

 semua pihak harus berganding bahu – disiplin dan kesedaran


penting – pelihara alam sekitar untuk generasi akan datang
Kerangka Karangan | Tema - Isu Berkaitan
Remaja
Kompilasi Kerangka Karangan Mengikut Tema - Isu Berkaitan
Remaja

(Klik pada pautan yang berkenaan)

 Cara Mendidik Remaja Agar


Menghormati Warga Tua
 Punca Remaja Suka Membuang Masa
Secara Sia-sia
 Punca Keruntuhan dan Kemerosotan
Akhlak Remaja
 Punca-punca Kemerosotan Disiplin
Pelajar
 Punca-punca Berlakunya Gejala Lari dari
Rumah
 Ibu Bapa Menjadi Penyebab Berlakunya
Gejala Sosial dalam Kalangan Remaja
 Langkah-langkah Menerapkan Amalan
Menabung/Budaya Menyimpan - Remaja
 Langkah-langkah yang Dapat Dilakukan
oleh Remaja untuk Mengelakkan Diri
daripada Terlibat dalam Gejala Sosial
 Kesan-kesan Permainan Komputer
Terhadap Remaja
 Kesan-kesan Budaya Lepak dalam
Kalangan Remaja
 Cara-cara untuk Menangani Masalah
Keruntuhan Akhlak Remaja
Kerangka Karangan - Cara Mendidik Remaja
Agar Menghormati Warga Tua

Pendahuluan:
Remaja bersikap kurang ajar terhadap warga tua - bukan perkara baru -
kebanyakannya tidak mengendahkan posisi/kedudukan golongan emas ini
dalam struktur masyarakat - tidak harus diabaikan atau dilupakan.

Sumber imej: rena-cruzee.blogspot.com

Isi-isi:
 Ibu bapa harus memainkan peranan penting mendidik anak-anak -
perlu menitikberatkan sikap kasih sayang terhadap orang tua kepada
anak-anak mereka -dengan didikan yang sempurna, anak-anak akan
menghormati dan menyayangi warga tua.
 Budaya kunjung-mengunjung keluarga perlu diamalkan - bukan
sahaja pada hari raya - dapat mengeratkan hubungan antara remaja dan
warga tua - warga tua akan berasa terhibur apabila anak dan cucu
mereka pulang menziarahi mereka - remaja akan sedar/belajar
memahami kepayahan serta kesunyian warga tua.
 Mengadakan dan memperbanyak kempen untuk menyedarkan
generasi muda tentang pentingnya menghargai warga tua. Contoh:
sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa - remaja menghargai dan meraikan ibu
bapa dengan membawa mereka berjalan/beri hadiah. 1 Oktober setiap
tahun - sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan - akan timbul
perasaan simpati, kasih sayang dan hormat golongan tua.
 Tanamkan sikap kasih sayang dan hormat-menghormati dalam jiwa
generasi muda - mereka tidak seharusnya melawan cakap orang tua
sebaliknya bersifat empati dan mendengar rintihan warga tua - mereka
dapat mengasihi dan menjaga keperluan warga tua dengan baik.
 Pihak sekolah perlu mengadakan Hari Keluarga - hubungan antara
murid dengan ibu bapa dan guru dapat dieratkan - pelajar dapat belajar
bagaimana untuk memenangi hati dan menghormati warga tua - secara
tidak langsung, mereka akan mengamalkan sikap begini walaupun
mereka sudah dewasa.
 Peranan pihak media massa cetak dan elektronik mendidik remaja -
banyakkan cerita-cerita berunsurkan masyarakat penyayang di
televisyen, artikel-artikel kemasyarakatan dalam majalah - menyedarkan
remaja akan pentingnya menghormati warga tua - beri pengajaran agar
mereka tidak mengabaikan warga tua jika tidak mahu diabaikan apabila
tua nanti.

Penutup:
Warga tua perlu diberikan penghormatan yang sewajarnya - kita tidak
seharusnya melupakan jasa mereka kepada keluarga dan negara - kita
perlu sedar bahawa suatu masa nanti kita juga akan
menjadi tua seperti mereka.

Soalan:
Kebanyakan remaja masa kini lebih suka membuang masa dengan
sia – sia seperti melepak di kompleks beli – belah, lumba haram
dan sebagainya. Bincang sebab – sebab hal ini berlaku.

Pendahuluan

 masih ada remaja yang bergelandangan di mana – mana tanpa


arah tujuan – membazir masa

Isi – isi

 pengaruh rakan – mempengaruhi sikap dan pemikiran remaja –


bersaing untuk menunjukkan kebolehan tersendiri seperti berlumba
haram – ingin menjadi popular
 masalah keluarga – hubungan renggang, tidak tenteram, tertekan –
ingin keluar untuk mencari kesenangan kononnya - untuk menghilangkan
tekanan
 faktor persekitaran – kompleks beli – belah banyak kemudahan –
alat permainan video banyak – melalaikan para remaja - ada yang suka
bertaruh menunjukkan kebolehan atau bakat – membazir
 sikap masyarakat dan pihak berkuasa – tidak ambil peduli akan
tingkah laku remaja – tiada peraturan yang melarang melepak atau
berfoya – foya – malah, ada pihak berkuasa yang dicabar remaja
 tidak pandai menghargai masa - remaja tidak sedar akan
kepentingan masa - tidak endah akan kesan/akibat membuang masa
Penutup

 remaja perlu bijak membahagikan masa – ceburi aktiviti yang


berfaedah/bermanfaat - masa itu emas

Kerangka Karangan - Punca Keruntuhan atau


Kemerosotan Akhlak Remaja
Pendahuluan:
Kemerosotan akhlak dalam kalangan remaja - membimbangkan - remaja
merupakan aset negara pada masa akan datang

Isi-isi:
 Kegagalan ibu bapa mendidik anak-anak - gagal mendisiplinkan
anak-anak -
 Asas agama yang lemah - anak-anak sepatutnya diterapkan dengan
ajaran Islam sejak kecil agar dapat membezakan mana yang baik dan
buruk, mana dosa mana pahala
 Kesibukan ibu bapa dengan kerjaya masing-masing - kebajikan
anak-anak terabai - bebas melalukan apa sahaja sesuka hati tanpa
dipantau oleh ibu bapa
 Pengaruh rakan sebaya - bergaul dengan remaja liar - terikut-ikut -
naluri ingin mencuba - menjebakkan remaja dengan gejala sosial
 Kemasukan filem dan hiburan dari Barat - memaparkan budaya
hidup negatif seperti unsur seks, dadah dan pergaulan bebas tanpa
batasan - mempengaruhi sikap dan pemikiran remaja

Penutup:
Masalah ini harus dibendung - remaja hari ini adalah tunggak negara -
barisan pelapis yang perlu tahu jati diri - pengukuhan akhlak remaja perlu
dimulakan dari akar umbi - bermula dengan institusi kekeluargaan itu
sendiri

Kerangka Karangan - Punca-punca


Kemerosotan Disiplin Pelajar
Contoh soalan:
Tahap disiplin pelajar kini semakin merosot dan membimbangkan banyak
pihak. Bincangkan punca-punca kemerosotan tersebut.
Pengenalan

 masalah disiplin pelajar ketika ini semakin menjadi-jadi - pelbagai


pihak menzahirkan kebimbangan mereka dalam hal ini

Isi-isi penting

 pelbagai punca berlakunya krisis disiplin di kalangan pelajar - punca


utama bermula di rumah - sikap ibu bapa yang lepas tangan - tidak
memberi perhatian kepada anak-anak - rasa terabai
 pengaruh rakan sebaya - salah memilih kawan -
terikut/terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal - terjebak sama
melakukan perkara-perkara yang melanggar disiplin
 tekanan dan masalah peribadi yang dialami oleh pelajar itu sendiri
- tidak pandai mengurus diri dan jadual harian, bebanan kerja di sekolah,
tidak dapat menyesuaikan diri, keluarga kucar-kacir - membuat jiwa
pelajar memberontak
 pengaruh internet dan media sosial - pelajar bertindak kasar atau
melanggar peraturan sekolah kerana terpengaruh dengan pelbagai
budaya tidak sihat yang ditularkan

Penutup

 semua pihak mesti berusaha menangani masalah disiplin pelajar


yang kian meruncing - perlu dibendung segera - elak masalah kebejatan
akhlak remaja

Kerangka Karangan - Punca-punca Berlakunya


Gejala Lari dari Rumah di Negara Kita.
Contoh soalan:
Rakan anda dari luar negara menulis surat kepada anda kerana ingin tahu
tentang punca-punca berlakunya gejala lari dari rumah di negara kita.
Balas surat rakan anda itu.

Pengenalan
Format surat kiriman tidak rasmi - alamat pengirim, kata-kata
penghadapan, dan penjelasan awal tentang isu yang ditanyakan - gejala
lari dari rumah.

Isi-isi
 Ibu bapa yang sibuk bekerja tidak dapat mengawal aktiviti anak-
anak - malah ada yang tidak tahu keberadaan anak - anak - rasa
terpinggir dan diabaikan - memilih untuk cari kebahagiaan sendiri dengan
lari dari rumah
 Krisis dalam keluarga - konflik dan pergaduhan antara ibu bapa -
anak tertekan - rasa tidak disayangi - benci untuk duduk di rumah
 Kurangnya didikan agama dan moral - tidak dapat bezakan baik
buruk
 Pengaruh rakan sebaya atau teman lelaki - mahukan keseronokan -
tidak mahu dikongkong - ingin hidup bebas
 Pengaruh media massa - memberi gambaran salah pada remaja
yang lari dari rumah merupakan penyelesaian masalah terbaik -
mendorong remaja untuk mencuba gaya hidup yang salah - terjebak
dengan perkara-perkara negatif

Penutup
Semoga berpuas hati dengan penjelasan - harap dapat terus berutus
surat - bertukar cerita - pengakuan pengirim, tandatangan

Kerangka Karangan - Ibu bapa Menjadi


Penyebab berlakunya Gejala Sosial dalam
Kalangan Remaja
Soalan:
Ibu bapa menjadi penyebab berlakunya gejala sosial dalam kalangan
remaja. Bincangkan pendapat tersebut.

Pengenalan
 gejala sosial semakin serius dalam kalangan remaja - berpunca dari
beberapa faktor tetapi ibu bapa dikatakan sebagai penyebab utama
berlakunya masalah ini

Isi - isi
 ibu bapa tidak menghiraukan anak-anak remaja - menganggap
mereka sudah besar - mampu berdikari - tidak mempedulikan ke mana
anak pergi/berada, dengan siapa anak berkawan dan apa yang anak
lakukan di luar rumah
 ibu bapa terlalu sibuk dengan pelbagai urusan - mementingkan
kebendaan - sibuk kejar harta dan wang ringgit hingga anak-anak terabai
- mereka akan rasa disisihkan
 ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sempurna kepada
anak-anak - kurang belaian mesra - hubungan antara anak dan ibu bapa
renggang
 ibu bapa tidak memberi didikan agama dan moral yang cukup
kepada anak-anak - anak-anak tidak diasuh untuk hidup mengikut batas
agama dan norma moral
 rumah tangga yang porak-peranda menyebabkan anak-anak tidak
selesa di rumah - lebih suka bergaul dengan rakan-rakan - terpengaruh
dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat

Penutup
 semuanya berakar umbi dari rumah - ibu bapa mesti mengambil
berat terhadap anak-anak terutamanya remaja - bukan setakat
menyiapkan pakaian, tempat tinggal dan makan minum - perlu fikirkan
perasaan mereka

Kerangka Karangan - Langkah-langkah


Menerapkan Amalan Menabung atau Budaya
Menyimpan dalam Jiwa Remaja
Pendahuluan
 menabung - amalan menyimpan atau mengumpul wang - dengan
keadaan taraf hidup yang semakin tinggi - amalan ini perlu disemaikan
dalam jiwa remaja - belajar menyimpan agar masa depan lebih terjamin -
banyak langkah-langkah yang boleh diambil dalam memastikan amalan
ini terus bercambah dalam diri anak muda

Isi – isi
 peranan ibu - bapa - pupuk budaya suka menyimpan dalam jiwa
anak-anak sejak kecil - jangan terlalu ikut kemahuan mereka/limpahi
mereka dengan kemewahan - sebaliknya ajar remaja untuk menyimpan
wang jika ingin membeli sesuatu - buka akaun simpanan untuk anak-
anak - didik dan lentur mereka agar tidak membelanjakan semua wang
saku - baki wang saku dimasukkan ke dalam bank pada setiap hujung
bulan - anak akan sedar betapa pentingnya menyimpan atau menabung
 peranan remaja (individu) - remaja perlu sedar - yang bulat
tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang - perlu
belajar menyimpan dari sekarang supaya dapat menempah hidup yang
lebih senang di masa akan datang - disiplinkan diri agar dapat
menyimpan sejumlah wang (kendatipun sedikit) setiap hari/bulan -
remaja boleh mengajak rakan sebaya agar turut sama menabung dan
tidak boros berbelanja
 peranan pihak sekolah - anjurkan minggu atau bulan kesedaran
menabung - laksanakan kempen dan aktiviti yang wajar diadakan demi
menghidupkan budaya menyimpan dalam kalangan remaja - contohnya:
membuat kerjasama dengan pihak bank - memanggil wakil dari pihak
bank ke sekolah - membolehkan pelajar membuka akaun simpanan
dengan jumlah minima/menambah wang simpanan
 peranan pihak bank atau institusi kewangan - adakan pakej-
pakej khusus untuk remaja dengan pelbagai faedah seperti hadiah
lumayan dan perlindungan insurans - lebih menarik minat remaja.
Contoh lain - PTPTN wujudkan akaun SSPN yang menggalakkan anak-
anak & remaja menabung untuk pembiayaan pengajian tinggi mereka
kelak - memancing minat remaja untuk menyimpan
 peranan pihak kerajaan - lancarkan kempen-kempen seperti
bijak berbelanja, berbelanja secara berhemat dengan meluas - gunakan
semua wadah media untuk sampaikan mesej pada remaja - wujudkan
Hari Menabung - bertujuan untuk suntik kesedaran kepada remaja akan
betapa pentingnya menabung

Penutup
 sekiranya setiap pihak menggembleng tenaga memainkan peranan
masing-masing - usaha untuk mendidik remaja tentang kepentingan
menyimpan akan berjaya - kikis budaya boros berbelanja sebaliknya
pupuk dalam diri agar berbelanja secara berhemat

Kerangka Karangan - Langkah-langkah yang


dapat dilakukan oleh remaja untuk
mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala
sosial.
Soalan:
Dunia remaja sering terdedah kepada pelbagai gejala sosial.
Bincangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh remaja
untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.
[Soalan Percubaan Negeri Johor 2009]

Pendahuluan
- saban hari disogokkan dengan berita/isu semasa - remaja terlibat
dengan pelbagai masalah sosial
- kebejatan akhlak dalam kalangan remaja seolah-olah semakin sukar
dibendung
- remaja sendiri perlu ada kesedaran agar tidak terjebak dengan anasir-
anasir yang tidak sihat

Isi-isi
 Melengkapkan diri dengan ilmu keagamaan - Setiap agama
menggariskan penganutnya - mendekati kebaikan - menjauhi kejahatan -
remaja perlu bertindak bijak untuk tahu apa yang dilarang dan
dibenarkan dalam agama - apabila mempunyai pegangan agama yang
kukuh - secara automatik remaja tahu membataskan diri dalam
pergaulan dan gaya hidup.
 Memperkukuh jati diri - remaja akan lebih menghargai diri
sendiri - hindarkan diri daripada terlibat dengan gejala negatif [nyatakan
beberapa contoh]
 Memilih rakan sebaya yang baik - remaja lebih banyak
menghabiskan masa dengan rakan sebaya - perlu bijak memilih kawan -
aktiviti dan tindakan rakan-rakan akan mempengaruhi remaja - sekiranya
pilih teman yang suka melepak - tidak mustahil remaja akan terlibat
sama
 Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah - didik
diri menghargai masa - lakukan aktiviti/pilih hobi yang mendatangkan
manfaat seperti membaca, bercucuk tanam, menghadiri kelas-kelas
kemahiran seperti komputer/jahitan - isi masa dengan perkara yang
berfaedah - tidak akan terfikir langsung untuk menghabiskan masa
dengan sia-sia
 Sentiasa mematuhi nasihat ibu bapa dan guru - orang yang
lebih tua lebih dahulu makan garam - mereka lebih berpengalaman -
dengar nasihat dan teguran mereka - pada usia remaja - gagal fikir
dengan baik - sentiasa berfikiran positif menerima teguran dan bimbingan
 Mendisiplinkan diri serta mematuhi peraturan yang
ditetapkan - remaja memang penuh dengan naluri ingin mencuba - jiwa
remaja juga cepat memberontak jika dikongkong - perlu disiplinkan diri
dan belajar mematuhi setiap peraturan dan larangan (peraturan di
sekolah, di asrama atau di rumah) - membentuk diri supaya menjadi
insan yang lebih baik

Kesimpulan
- remaja yang harus bertanggungjawab atas diri sendiri
- tepuk dada tanya selera - perlu bijak berfikir untuk masa depan - bukan
sekadar keseronokan sementara semata-mata
Karangan Berpandukan Bahan Rangsangan -
Kesan-kesan Budaya Lepak dalam Kalangan
Remaja

Pendahuluan
menjadi tabiat dalam kalangan remaja - berpeleseran membuang masa -
berbual-bual tentang perkara yang tidak berfaedah

Isi-isi Penting
 kerosakan akhlak remaja - pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan tanpa batasan - mendorong terjadinya perkara yang tidak
baik yang meruntuhkan moral- turut menjelekkan pemandangan di pusat
beli belah
 meningkatkan kadar jenayah - tidak melakukan sebarang pekerjaan
tetapi memerlukan kewangan dan belanja besar untuk menghabiskan
masa dengan rakan - mula terpengaruh untuk mencuri dan meragut
 merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat - anak-anak
yang suka memberontak - tidak mahu mendengar nasihat - lebih
mendengar kata-kata rakan sebaya
 melahirkan generasi pemimpin dan pekerja yang tidak berkualiti -
suka membuang masa - tidak ada matlamat - lebih suka berhibur
daripada menyumbangkan bakti kepada negara

Penutup
sewajarnya remaja lebih serius menimba ilmu dan melakukan pelbagai
aktiviti bermanfaat - masa depan negara bergantung pada remaja

Kerangka Karangan - Cara-cara untuk


Menangani Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja
Soalan:
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja membimbangkan pelbagai
pihak. Huraikan cara-cara untuk menangani masalah ini.

Pengenalan
 Masalah akhlak remaja - membimbangkan - kebejatan akhlak
dalam kalangan remaja semakin meruncing - pelbagai kes salah laku -
nilai murni semakin luntur

Isi-isi
 ibu bapa mesti bertanggungjawab mengawasi pergerakan dan
aktiviti anak-anak - tahu di mana mereka berada - dengan siapa mereka
bergaul/berkawan
 sekolah mesti menitikberatkan aspek nilai murni - tanamkan dalam
diri murid/pelajar melalui pembelajaran di sekolah
 masyarakat sekeliling perlu peka mengenai masalah akhlak remaja
- perlu ambil peduli terhadap tindakan dan kelakuan remaja
 didikan agama dan moral yang mencukupi perlu diterapkan dalam
jiwa remaja - tahu membezakan antara yang baik dan buruk
 peranan media massa - cuba mengajak remaja ke arah kebaikan -
bukannya menarik mereka ke arah keburukan - perlu tapis media yang
bakal dihebahkan supaya tidak menjejaskan pemikiran remaja
 kerajaan - menganjurkan banyak aktiviti dan kempen berfaedah
yang melibatkan remaja - tarik perhatian mereka untuk turut sama
terlibat - masa terluang dapat dimanfaatkan sebaiknya

Penutup
 Semua pihak perlu bekerjasama - jangan buat bena tidak bena -
masalah akhlak remaja - perlu dipikul bersama

Kerangka Karangan - Cara-cara Mengatasi


Masalah Ponteng Sekolah dalam kalangan
Pelajar

Pendahuluan:
 Masalah ini bukan masalah baru - tabiat buruk ini mengundang
banyak gejala negatif - tidak boleh dipandang enteng - perlu ambil
inisiatif untuk mengatasinya
Isi-isi:
 Sentiasa mengingatkan dan beri kesedaran kepada para pelajar
agar tidak ponteng - sarankan setiap pelajar mainkan peranan yang baik
sebagai pelajar - elak penggantungan sekolah
 Unit kaunseling di sekolah/ Pembimbing Rakan Sebaya - kumpul
pelajar-pelajar yang ada rekod ponteng - beri motivasi atau kaunseling -
ubah sikap
 Tindakan disiplin atau hukuman yang keras (contoh: gantung
sekolah, buang sekolah) - memberi pengajaran kepada pelajar yang
ponteng - peringatan kepada pelajar lain
 Minta kerjasama PIBG - ibu bapa dan guru sama-sama gembleng
tenaga - ambil peranan mengawasi anak-anak
 Minta pihak berkuasa tempatan membuat rondaan di kawasan yang
menjadi tempat melepak seperti pusat beli belah dan kafe siber - beri
amaran/tangkap mereka

Penutuip:
 Kerjasama semua pihak amat penting bagi menangani masalah ini -
'bagai aur dengan tebing' - jangan bersikap tuding jari sebaliknya semua
pihak harus berusaha membanteras masalah ini hingga ke akar umbi

Kerangka Karangan - Kebaikan dan Keburukan


Pelajar Bekerja Secara Sambilan
Contoh soalan:
Bincangkan kebaikan dan keburukan pelajar bekerja secara sambilan.

Pendahuluan
 Semakin banyak pelajar yang cenderung untuk bekerja secara
sambilan - selepas waktu sekolah atau pada hujung minggu - berpunca
daripada tekanan kewangan dan belanja hidup yang meningkat - banyak
baik dan buruknya

Isi-isi
 Kebaikan 1 - meringankan beban ibu bapa - punya duit belanja
sendiri - jika mahu membeli sesuatu, boleh gunakan wang gaji
 Kebaikan 2 - pelajar akan terdedah kepada dunia bekerjaya lebih
awal - membentuk nilai tanggungjawab dalam diri
 Kebaikan 3 - pelajar akan dapat menimba pengalaman - merasakan
sendiri bagaimana sukarnya ibu bapa mencari wang untuk keluarga
 Keburukan 1 - tumpuan terhadap pelajaran akan terjejas - pelajar
yang tubuhnya tidak tahan akan kepenatan - hilang fokus
 Keburukan 2 - sudah terbiasa memegang wang sendiri
membuatkan pelajar akan lebih minat untuk bekerja daripada belajar -
mula mengabaikan pelajaran kerana bertanggapan tanpa kelulusan pun
boleh mendapat pekerjaan dan wang
 Keburukan 3 - ada segelintir majikan yang mengambil kesempatan
untuk menindas atau mengeksploitasikan pelajar - bayar gaji atau upah
murah - pelajar hanya akur - tidak tahu hak sebenar mereka

Penutup
 Pelajar seharusnya memberikan tumpuan terhadap pelajaran - ibu
bapa perlu lebih gigih mencari sumber pendapatan - usah galakkan anak
bekerja sebelum tiba masanya

Anda mungkin juga menyukai