Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬ َّ ِ‫س ِم هللا‬ ْ ِ‫ب‬
َ
‫على آ ِل ِه‬ َ
َ ‫سيِ ِدنا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ
َ ‫على‬ َ
َ ‫سال ُم‬
َّ ‫صالة َُوال‬ َ َ‫ن‬ َّ ْ
َّ ‫ َوالعَاقِبَة ِلل ُمت ِق ْي َوال‬, َ‫ب العَالَ ِم ْين‬ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِ ‫هلل َر‬
َ‫ص َحابِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬ ْ َ ‫َوأ‬

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,


Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk
meraikan Majlis sambutan Hari Guru (Tahun Semasa) peringkat Sekolah (Nama Sekolah)
pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
(Tema Hari Guru Tahun Semasa)
Ya Allah , Ya ‘Azizi Ya Sattar Ya Fa’alullima yurid ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman ,
justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan
tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar
menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan
keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan
pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada barisan pendidik yang
budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan
menyayangi anak- anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran ,
ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat
permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini
khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah
kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur ,
mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami
, mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran
dan bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna
kepada agama , bangsa dan negara tercinta .

َ ‫ َوالَ تَجْ َع ِل ال َّل ُه َّم ِف ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َيتْ َبعُنَا‬، ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا مِ ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْعص ُْو ًما‬، ‫اَل َّل ُه َّم اجْ َع ْل ج َْم َعنَا َهذَا ج َْم ًعا َم ْرح ُْو ًما‬
. ‫ش ِق ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬
َ ‫ع َذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح‬
َ‫ب ال َعالَ ِم ْين‬ ِ َّ ِ ‫ َوا ْل َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِ ‫ُّلِل َر‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ بِ ِه َو‬َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬َ ُ‫صلَّى هللا‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai