Anda di halaman 1dari 7

Bacaan Dalam Solat Perlu Tertib

BOLEHKAH ustaz senaraikan surah yang perlu dibaca dalam solat? Apakah benar panjang
pendek sesuatu surah itu akan menentukan kedudukannya sama ada di rakaat awal atau akhir.

*********************
Ustaz Zahazan Mohamed

BACAAN surah dalam solat hendaklah dibaca dengan tertib dan tartil serta dibezakan bacaan
dengung suara antara sebutan rahmat dan sebutan azab, antara sebutan tahmid (memuji)
dengan sebutan tamjid (memuliakan), antara sebutan wa'du (janji baik untuk yang taat)
dengan wa'id (janji jahat untuk yang ingkar). Jika kita melakukan sedemikian, barulah solat
kita dikatakan berbekas pada jiwa dan perasaan.
Begitu juga hendaklah kita berhenti (waqaf) pada tiap-tiap ayat, atau di tempat yang
dipandang baik berhenti pada tempat itu.

Mengenai soal memanjangkan atau memendekkan surah yang dibaca iaitu Rasulullah SAW
kadang-kala membaca surah panjang, sederhana dan kadang-kadang pendek. Baginda SAW
membaca bersesuaian dengan keadaan ketika itu.

Rasulullah SAW juga sentiasa membaca surah dari awal, tidak pernah Baginda memulakan
bacaan pada pertengahan surah atau pada akhir surah. Baginda SAW kadang-kadang
menghabiskan bacaan surah di pertengahan surah itu pada satu rakaat saja, dan kadang-
kadang Baginda berhenti di pertengahan surah dan Baginda menamatkannya di rakaat kedua.

Tidak ada riwayat yang menyatakan Nabi SAW membaca satu atau dua atau tiga ayat daripada
satu-satu surah, atau membaca akhir surah melainkan di solat sunat fajar (Subuh).
Pada solat sunat fajar (Subuh), Nabi SAW membaca di rakaat pertama satu ayat pada surah al-
Baqarah, iaitu ayat 136. Pada rakaat kedua sunat fajar (Subuh), Baginda membaca satu ayat
pada surah Ali Imran ayat 64.

Rasulullah SAW pernah membaca satu surah di kedua-dua rakaat, seperti mana Baginda pernah
membaca kedua-dua surah tiap-tiap rakaat. Umpamanya, Rasulullah SAW pernah membaca
surah al-A'raf pada solat Maghrib, sebahagiannya Baginda baca di rakaat pertama dan
sebahagian lagi dibaca pada rakaat yang kedua.

Rasulullah SAW pernah membaca surah al-Zalzalah di kedua-dua rakaat solat Subuh. Rasulullah
SAW pernah membaca kedua-dua surah daripada surah al-Mufashshal, pada satu-satu rakaat.

Rasulullah SAW pernah memanjangkan bacaan ketika solat Subuh setiap hari, lebih panjang
daripada solat fardu yang lain pada hari itu.

Rasulullah SAW pada setiap solat ghalibnya (lazimnya) memanjangkan bacaan surah pada
rakaat pertama dibandingkan rakaat kedua.

Surah terpendek yang Baginda baca pada solat Subuh ialah Surah Qaf dan surah yang ukuran
sepertinya. Menurut keterangan yang sahih, bacaan ketika solat Subuh itu, lazimnya sebanyak
60 hingga 100 ayat (iaitu bagi tiap-tiap rakaat).

Di solat Subuh pada pagi Jumaat, Baginda tetap membaca pada rakaat pertama Surah as-
Sajadah dan di rakaat kedua, membaca surah al-Insan. Baginda membaca dengan lengkap,
tidak pernah Baginda membaca setengahnya saja.

Pada solat Zuhur, Rasulullah SAW membaca (panjangnya) 30 ayat (seperti panjang surah as-
Sajadah). Rasulullah SAW juga membaca pada solat Zuhur surah al-A'la dan al-Lail atau Surah
al-Buruj dan surah At Taariq dan seumpamanya.

Ketika solat Jumaat, Rasulullah SAW biasa membaca surah al-Jumaah pada rakaat pertama dan
surah al-Munafiqun pada rakaat kedua. Adakalanya Baginda SAW membaca surah al-A'la dan al-
Ghasyiah.

Ketika solat Asar, Rasulullah SAW membaca sekadar 15 ayat pada tiap rakaat. Ketika solat
Maghrib Rasulullah SAW membaca surah al-A'raf, surah at-Thur, surah al-Mursalat dan surah ad-
Dukhan. Baginda tidaklah terus menerus membaca surah yang pendek.

Ada riwayat yang mengatakan Rasulullah SAW membaca surah al-Kaafirun dan surah al-Ikhlas.
Riwayat ini hanya diterima daripada Ibn Majah, kerana itu tidak dapat dipandang sahih.
Riwayat yang sahih adalah Rasulullah SAW membaca surah al-Kaafirun dan al-Ikhlas dalam solat
Maghrib.

Ketika solat Isyak, Rasulullah SAW membaca surah at-Tin dan surah asy-Syams dan surah-surah
seumpamanya. Apabila selesai membaca surah, berhenti atau berdiamlah sekadar senafas,
iaitu sekadar membaca Subhanallah. Jangan sekali-kali disambung terus akhir surah dengan
takbir dan rukuk. Wallahualam

****************************************
oleh Ustaz Tuan Mohd Sapuan Tuan Ismail, Taman al-Barakah, Kg. Tasek Pauh, 16810, Selising,
Pasir Puteh, Kelantan

Surah-Surah Yang Dibaca Oleh Rasulullah s.a.w. Dalam Solat

Terdapat banyak hadis yang menerangkan surah-surah yang pernah dibaca oleh Rasulullah
s.a.w. dalam solat. Antaranya ialah seperti berikut:-
I- Solat Subuh

،ُ‫سه‬ ُ ‫الر ُج ُل فَيَ ْع َر‬


َ ‫ف َج ِل ْي‬ َّ ‫ف‬ َ ‫ص ْب َح فَيَ ْن‬
ُ ‫ص ِر‬ ُّ ‫ص ِلي ال‬
َ ُ‫وي‬...:‫عنه‬
َ ‫سلَ ِمي ِ رضي هللا‬ ْ َ ‫ع َْن أ َ ِب ْي بَ ْر َزةَ األ‬
‫ رواه البخاري‬.‫الر ْكعَت َ ْي ِن أ َ ْو إِ ْحدَا ُه َما َما بَ ْينَ السِتِ ْينَ إِلَى ا ْل ِمئ َ ِة‬
َّ ‫ َوكَانَ يَ ْق َرأ ُ فِ ْي‬.
Abu Barzah al-Aslami (ketika menceritakan tentang waktu-waktu sembahyang Nabi
menyatakan bahawa) “Dan baginda bersembahyang subuh, dan bila selesai (sembahyang),
seseorang itu akan kenal orang yang bersebelahan dengannya. Dan baginda membaca dalam
dua rakaat (sembahyang subuh) atau dalam satu rakaat antara enam puluh sehingga seratus
ayat. Riwayat Bukhari.

،َ‫ص ْب َح ِب َمكَّة‬ َ :َ‫ب رضي هللا عنه قَال‬


ُّ ‫صلَّى لَنَا النَّبِ ُّي صلى هللا عليه وسلم ال‬ ِ ِ‫سائ‬ َ ‫ع َْن‬
َّ ‫ع ْب ِد هللاِ ْب ِن ال‬
‫ت النَّبِ َّي صلى هللا عليه وسلم‬ َ َ
ِ ‫ أ َخذ‬،‫سى‬ َ ُ ‫سى َو َه‬
َ ‫ارونَ أ ْو ِذك ُْر ِع ْي‬ ْ َ ْ ‫فَا‬
ُ ‫ست َ ْفت َ َح‬
َ ‫ َحتَّى َجا َء ِذك ُْر ُم ْو‬، َ‫س ْو َرة ال ُمؤْ ِمنِ ْين‬
‫ رواه مسلم‬.‫س ْعلَة فَ َر َك َع‬
َ .
Abdullah bin as-Sa’ib r.a. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersembahyang
subuh bersama kami di Mekah, dan baginda membaca surah al-Mukminun (118 ayat), dan
setelah sampai kepada ayat yang menyebut tentang Nabi Musa dan Harun (mungkin ayat ke
45), atau tentang Nabi Isa (mungkin ayat ke 50, perawi was-was) baginda batuk, lalu baginda
rukuk. Riwayat Muslim.

،‫ض‬ُ ‫ت ْاأل َ ْر‬


ِ َ‫ ِإذَا ُز ْل ِزل‬:‫ح‬ ُّ ‫س ِم َع النَّ ِب َّي صلى هللا عليه وسلم يَ ْق َرأ ُ ِف ْي ال‬
ِ ‫ص ْب‬ َ ُ‫ أَنَّه‬،َ‫َوع َْن َر ُجل ِم ْن ُج َه ْينَة‬
.ً‫هللا صلى هللا عليه وسلم أ َ ْم قَ َرأ َ ع َْمدا‬ ِ ‫سو ُل‬ َ ‫ فَلَ أَد ِْر ْي أَنَس‬:َ‫ قَال‬،‫الر ْكعَت َ ْي ِن ِك ْلت َ ْي ِه َما‬
ُ ‫ِي َر‬ َّ ‫فِ ْي‬
‫ ص‬،2 ‫ ج‬،‫ رواه أبو داود وحسنه الدكتور نصير فريد (مفتي الديار المصرية) في تحقيقه لنيل األوطار‬227.
Seorang sahabat daripada kabilah Juhainah menceritakan bahawa beliau mendengar Rasulullah
s.a.w. membaca dalam sembahyang subuh, dikedua-dua rakaat, surah az-Zalzalah. Beliau
berkata: aku tidak pasti adakah baginda terlupa atau baginda sengaja membaca demikian.
Hadis hasan riwayat Abu Daud.

Al-Albani menyebut: "Baginda membacakan surah "Tiwalul Mufassal". Kadang baginda membaca
surah al-Waqiah (96 ayat) dalam dua rakaat. Baginda pernah membaca surah at-Thur (49 ayat,
iaitu semasa hajjatul wada'). Kadang-kadang baginda membaca surah Qaf (45 ayat) dan
seumpamanya dalam rakaat pertama. Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal"
seperti surah at-Takwir (29 ayat). Pernah satu kali baginda membaca surah az-Zalzalah (8 ayat)
dalam rakaat pertama dan kedua. Dan pernah satu kali semasa musafir, baginda membaca
surah al-Falaq (5 ayat) dan an-Nas (6 ayat). Baginda pernah membaca surah ar-Rum (60 ayat,
melebihi 6 muka surat) dan Yasin (83 ayat). Saidina Umar penah membaca surah al-Kahfi (110
ayat, melebihi 11muka surat) pada rakaat pertama dan surah Yusuf (111 ayat, melebihi 13
muka surat) atau surah Yunus (109 ayat, melebihi 13 muka surat) pada rakaat kedua.

Berkata al-Hafiz Ibnul Qayyim: “Baginda membaca pada subuh hari jumaat dengan tamat
kedua-dua surah as-Sajdah dan surah al-Insan.. dan apa yang diamalkan oleh sebahagian
manusia pada hari ini dengan membaca sebahagian surah sahaja pada kedua-dua rakaat, atau
menamatkan surah as-Sajdah pada dua rakaat adalah menyalahi dengan sunnah. Dan anggapan
bahawa subuh hari jumaat dilebihkan daripada sembahyang-sembahyang yang lain dengan
adanya sujud sajdah merupakan satu kejahilan yang besar. Kerana inilah sebahagian ulamak
memakruhkan membaca surah as-Sajdah, kerana ingin membuang angapan salah ini”. Beliau
berpendapat bahawa Nabi membaca surah-surah tersebut kerana kandungan surah tersebut
bersesuaian dengan apa yang berlaku pada hari jumaat. Lihat Zadul Maad, juz 1, m/s 203.

Al-Hafiz Ibnul Qayyim juga menceritakan bahawa Saidina Abu Bakar pernah membaca surah al-
Baqarah (286 ayat, 48 muka surat) dalam sembahyang subuh. Dan beliau memberi salam
hampir naik matahari. Lalu para makmum berkata: Wahai Khalifah Rasulullah, hampir-hampir
matahari naik. Beliau menjawab: Kalau matahari naik sekalipun, ia tidak akan dapati kita
dalam keadaan lalai.

II- Solat Zohor

‫الر ْكعَ ِة األ ُ ْولَى ِم ْن‬ َ ُ‫النبي صلى هللا عليه وسلم كَانَ ي‬
َّ ‫ط ِو ُل فِ ْي‬ َّ َّ‫ أَن‬:َ‫ع َْن أ َ ِب ْي قَتَا َدةَ رضي هللا عنه قَال‬
‫ رواه البخاري ومسلم‬.‫ح‬ ِ ‫ص ْب‬ َ ‫ َويَ ْفعَ ُل ذَ ِلكَ فِ ْي‬،‫ َويُقَ ِص ُر فِي الثَّانِيَ ِة‬،‫صلَ ِة ال ُّظه ِْر‬
ُّ ‫صلَ ِة ال‬ َ .
Abu Qatadah r.a. menceritakan bahawa Nabi s.a.w. (bila bersembahyang), baginda akan
memanjangkan rakaat pertama dan memendekkan rakaat kedua. Begitu juga pada sembahyang
subuh. Riwayat Bukhari dan Muslim.

‫ب إِلَى‬ ُ ‫ب الذَّا ِه‬ُ ‫ فَيَ ْذ َه‬،‫صلَةُ ال ُّظه ِْر تُقَا ُم‬َ ْ‫ لَقَ ْد كَانَت‬:َ‫ قَال‬،‫س ِع ْيد ا ْل ُخد ِْري ِ رضي هللا عنه‬ َ ‫ع َْن أَبِ ْي‬
‫الر ْكعَ ِة األ ُ ْولَى‬
َّ ‫سو ُل هللاِ صلى هللا عليه وسلم فِ ْي‬ ُ ‫ ث َ َّم يَأْتِ ْي َو َر‬،ُ‫ضأ‬
َّ ‫ فَيَ ْق ِض ْي َحا َجتَهُ ث ُ َّم يَت َ َو‬،‫ا ْلبَ ِق ْي ِع‬
‫ رواه مسلم‬.‫ ِم َّما يُ َط ِولُ َها‬.
Abu Said al-Khudri r.a. berkata: Pernah bila diiqamahkan sembahyang zuhur, seorang sahabat
pergi ke Baqi untuk qadha hajat, kemudian (balik ke rumahnya untuk) berwudhuk, kemudian
barulah dia datang untuk berjemaah, dan dia dapati Rasulullah s.a.w. masih lagi dalam rakaat
pertama, kerana baginda memanjangkannya. Riwayat Muslim.

Berkata Syeikh al-Albani: Kadang-kadang baginda membaca surah at-Toriq, surah al-Buruj,
surah al-Lail dan seumpamanya.

III- Solat Asar

‫هللا صلى هللا عليه وسلم‬ ِ ‫سو ِل‬ ُ ‫ ُكنَّا نَحْ ُز ِِ ُر قِيَا َم َر‬:َ‫ قَال‬،‫س ِع ْيد ا ْل ُخد ِْري ِ رضي هللا عنه‬ َ ‫ع َْن أ َ ِب ْي‬
– ‫الر ْكعَت َ ْي ِن األ ُ ْولَيَ ْي ِن ِمنَ ال ُّظه ِْر قَد َْر قِ َرا َء ِة ألم تنـْزيل‬
َّ ‫ فَ َح َز ْرنَا قِيَا َمهُ فِي‬،‫فِ ْي ال ُّظه ِْر َوا ْلعَص ِْر‬
ُ
‫الر ْكعَت َ ْي ِن األ ْولَيَ ْي ِن‬ َ
َّ ‫ َو َح َز ْرنَا قِيَا َمهُ فِ ْي‬، َ‫ْف ِم ْن ذ ِلك‬ ِ ‫الر ْكعَت َ ْي ِن األ ُ ْخ َريَ ْي ِن قَد َْر النِص‬
َّ ‫ َو َح َز ْرنَا قِيَا َمهُ فِ ْي‬،‫السَّجْ َد ِة‬
َ
‫ رواه‬. َ‫ْف ِم ْن ذ ِلك‬ ِ ‫علَى النِص‬ ُ ُّ ُ
َ ‫ َوفِ ْي األ ْخ َريَ ْي ِن ِمنَ ا ْلعَص ِْر‬،‫ام ِه فِ ْي األ ْخ َريَ ْي ِن ِمنَ الظه ِْر‬ ِ َ‫علَى قَد ِْر قِي‬ َ ‫ِمنَ ا ْلعَص ِْر‬
‫مسلم‬.
Abu Said al-Khudri r.a. berkata: kami menganggar qiam Rasulullah s.a.w. dalam sembahyang
zuhur dan asar. Kami anggarkan qiam baginda dalam dua rakat pertama sembahyang zuhur
sekadar bacaan surah as-Sajdah (30 ayat, 3 muka surat). Dan pada dua rakaat kedua terakhir
sekadar separuh daripada tadi. Dan kami juga menganggar qiam baginda pada dua rakaat
pertama sembahyang asar sekadar qiam baginda dalam dua rakaat terakhir sembahyang zuhur.
Dan pada dua rakaat terakhir sembahyang asar, sekadar separuh daripada itu. Riwayat Muslim.

Al-Albani menyebut bahawa baginda juga memanjangkan rakaat pertama berbanding rakaat
kedua.

IV- Solat Maghrib

Syeikh al-Albani berkata: “Kadang-kadang baginda membaca "Qisarul Mufassal". Ada juga
baginda membaga "Tiwalul Mufassal" dan "Ausatul Mufassal". Baginda pernah membaca surah
Muhammad. Baginda pernah membaca surah at-Thur dan juga surah al-Mursalat. Dan pernah
baginda membaca surah al-A'raf dalam dua rakaat, dan begitu juga surah al-Anfal”.

ُ ‫صلَة ِب َر‬
ِ‫سو ِل هللا‬ َ َ‫شبَه‬ ْ َ ‫ َما َرأَيْتُ أ َ َحدًا أ‬:َ‫ع ْن أبي هريرة رضي هللا عنه أَنَّهُ قَال‬ َ َ‫سلَ ْي َمانَ ْب ِن ي‬
َ ،‫سار‬ ُ ‫ع َْن‬
،‫ص ِل‬ ْ
َّ َ‫ح بِ ِط َوا ِل ال ُمف‬
ِ ‫ص ْب‬ ُ ْ َ َ
ُّ ‫ فكَانَ يَق َرأ فِ ْي ال‬: ُ‫سل ْي َمان‬ َ ُ
ُ ‫ قا َل‬،‫صلى هللا عليه وسلم ِم ْن فلَن‬
َّ َ‫ص ِار ا ْل ُمف‬
‫ أخرجه النسائي وصححه ابن‬:‫ قال الحافظ ابن حجر في فتح الباري‬.‫ص ِل‬ ِ ‫َوفِ ْي ا ْل َم ْغ ِر‬
َ ‫ب بِ ِق‬
‫خزيمة وغيره‬.
Sulaiman bin Yasar menyatakan bahawa Abu Hurairah r.a. berkata: “Aku tidak pernah melihat
seseorang yang lebih hampir (cara) sembahyangnya dengan sembahyang Rasulullah s.a.w.
berbanding si pulan (seorang imam di Madinah). Sulaiman berkata: (Aku pernah bersembahyang
di belakang si pulan tersebut) dan beliau membaca pada sembahyang subuh dengan “Tiwalul
Mufassal” dan pada sembahyang maghrib dengan “Qisarul Mufassal”. Hadis riwayat Nasaie.

Mengekalkan hanya membaca surah-surah yang pendek, dalam sembahyang maghrib bukanlah
sunnah, sekalipun itulah anggapan kebanyakan kita. Kerana inillah Zaid bin Thabit, seorang
sahabat Nabi s.a.w. menegur perbuatan Marwan bin al-Hakam, dalam masalah ini.

‫صار؟ َوقَ ْد‬ ِ ‫ َما لَكَ ت َ ْق َرأ ُ ِف ْي ا ْل َم ْغ ِر‬:‫ قَا َل ِل ْي َز ْي ُد ْب ِن ثَا ِبت‬:َ‫ان ْب ِن ا ْل َحك َِم قَال‬
َ ‫ب ِب ِق‬ ِ ‫ع َْن َم ْر َو‬
‫ رواه البخاري‬.‫ط ْولَى ال ُّط ْولَيَ ْي ِن‬ ُ ‫س ِم ْعتُ النَّ ِب َّي صلى هللا عليه وسلم يَ ْق َرأ ُ ِب‬ َ .
Marwan bin al-Hakam berkata: Zaid bin Thabit bertanyaku: Kenapakah kamu (sentiasa)
membaca dalam solat maghrib dengan surah-surah pendek? Sesungguhnya aku mendengar
Rasulullah s.a.w. membaca dalam solat maghrib dengan surah yang paling panjang antara dua
surah panjang, (maksud beliau ialah surah al-A’raf). Riwayat Bukhari.

ِ ‫س ْو َر ِة األَع َْر‬
‫ فَ َّرقَ َها‬،‫اف‬ ِ ‫ع َْن عَائِشَةَ رضي هللا عنها أَنَّ النَّبِ َّي صلى هللا عليه وسلم قَ َرأ َ فِ ْي ا ْل َم ْغ ِر‬
ُ ِ‫ب ب‬
‫ وإسناده صحيح كما قال الشيخ شعيب وعبد القادر األرناؤوط‬،‫ رواه النسائي‬.‫الر ْكعَت َ ْي ِن‬ َّ ‫فِ ْي‬.
Aisyah r.a. menyatakan bahawa Nabi s.a.w. pernah membaca surah al-A’raf dalam sembahyang
maghrib dan baginda menceraikannya pada dua rakaat. Hadis sohih riwayat Nasaie. (Surah al-
A’raf, 206 ayat, 26 muka surat)

Dan antara hadis yang menunjukkan bahawa Nabi s.a.w. membaca surah yang juga panjang
ialah:

ِ ‫سو َل هللاِ صلى هللا عليه وسلم قَ َرأ َ ِبا ْل َم ْغ ِر‬


‫ب‬ َ :َ‫ قَال‬،‫ع َْن ُجبَ ْي ِر ْب ِن ُم ْط ِعم رضي هللا عنه‬
ُ ‫س ِم ْعتُ َر‬
‫ رواه البخاري ومسلم‬.‫ ِبال ُّط ْو ِر‬.
Jubair bin Mut’im berkata: aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. membaca surah at-Thur
dalam sembahyang maghrib. Riwayat Bukhari dan Muslim. (Surah at-Thur adalah 49 ayat dan
melebihi dua muka surat).

Dan hadis-hadis ini tidaklah menunjukan bahawa Nabi s.a.w. sentiasa memanjangkan bacaan
dalam solat maghrib, tetapi menunjukkan bahawa bukanlah ditentukan surah yang pendek
sahaja dalam sembahyang maghrib. Dan ada riwayat daripada Imam Syafie yang mengatakan
bahawa beliau suka dibacakan surah-surah yang panjang dalam sembahyang maghrib.

،﴾ ‫ت ع ُْرفًا‬ َ ‫س ِمعَتْهُ َو ُه َو يَ ْق َرأ ُ ﴿ َوا ْل ُم ْر‬


ِ ‫س َل‬ َ ‫ض ِل‬ ْ َ‫ إِنَّ أ ُ َّم ا ْلف‬:َ‫عبَّاس رضي هللا عنهما قَال‬ َ ‫ع َِن ا ْب ِن‬
‫سو ِل هللاِ صلى هللا‬ ُ ‫س ِم ْعتُ ِم ْن َر‬ َ ‫آلخ ُر َما‬ ُّ ‫ لقَ ْد ذك َّْرتَنِ ْي بِ ِق َرائَتِكَ َه ِذ ِه ال‬،ِ‫ َوهللا‬،‫ يَا بُنَ َّي‬: ْ‫فَقَاْلَت‬
ِ ‫ إِنَّ َها‬،‫س ْو َر ِة‬ َ َ
‫ رواه البخاري ومسلم‬.‫ب‬ ِ ‫عليه وسلم يَ ْق َرأ ُ بِ َها فِ ْي ا ْل َم ْغ ِر‬.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa tatkala beliau membaca surah al-Mursalat, Ummul Fadhli
berkata: Wahai anakku, demi Allah, sesungguhnya bacaanmu dengan surah ini mengingatkan
daku kepada surah terakhir yang aku dengar Rasulullah s.a.w. membacanya dalam solat
maghrib. Riwayat Bukhari. (Surah al-Mursalat 50 ayat, dan hampir dua muka surat).

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar: Hadis ini menunjukkan bahawa semasa baginda sihat, baginda
membaca dengan surah yang lebih panjang (dalam sembahyang maghrib). Ini kerana baginda
dalam keadaan sakit, yang mana biasanya diringkaskan sebahyang.

V- Solat Isya'

ُ‫ فَقُ ْلت‬،َ‫س َجد‬


َ َ‫ ف‬،﴾ ْ‫شقَّت‬ َ ‫س َماء ان‬َّ ‫ ﴿ إِذَا ال‬:َ‫ فَقَ َرأ‬،َ‫صلَّيْتُ َم َع أ َ ِب ْي ُه َر ْي َرةَ ا ْلعَت َ َمة‬َ :َ‫ع َْن أ َ ِب ْي َرافِع قَال‬
َ َ َ
ْ ‫ فَلَ أ َزا ُل أ‬،‫س ِم صلى هللا عليه وسلم‬
‫ رواه‬.ُ‫س ُج ُد ِب َها َحتَّى أ ْلقَاه‬ َ
ِ ‫ف أ ِب ْي ا ْلقَا‬ َ :َ‫ َما َه ِذهِ؟ قَال‬:ُ‫لَه‬
َ ‫س َجدْتُ بِ َها َخ ْل‬
‫البخاري‬.
Abu Rafi’ menceritakan bahawa beliau bersembahyang isyak bersama Abu Hurairah r.a. dan
beliau membaca surah al-Insyiqaq dan beliau sujud (tilawah). Lalu aku bertanya: sujud apakah
ini? Beliau menjawab: aku pernah bersujud (kerana surah ini) di belakang Abul Qasim (Nabi
s.a.w.), dan aku akan bersujud kerana membacanya sehingga aku bertemuNya (mati). Riwayat
Bukhari.

ِ ِ‫ ﴿ َوالت‬: ُ ‫س ِم ْعتُ النَّبِ َّي صلى هللا عليه وسلم يَ ْق َرأ‬


‫ين ع َِن‬ َ :َ‫اء ْب ِن ع َِازب رضي هللا عنه قَال‬ ِ ‫ا ْلبَ َر‬
‫ رواه البخاري ومسلم‬.ُ‫ص ْوتًا ِم ْنه‬ َ ْ‫س ِم ْعتُ أ َ َحدًا أَح‬
َ َ‫سن‬ ِ ‫ فِ ْي ا ْل ِعش‬،﴾ ‫ون‬
َ ‫ َو َما‬،‫َاء‬ َّ ‫و‬.
ِ ُ ‫الز ْيت‬ َ
Al-Bara’ bin Azib menceitakan bahawa beliau pernah mendengar Nabi s.a.w. (semasa musafir)
membaca surah at-Tin dalam sembahyang isyak. Dan beliau berkata: Dan aku tidak pernah
mendengar seseorang pun yang lebih merdu daripada suara baginda. Riwayat Bukhari dan
Muslim.

Dan dalam cerita Muaz bin Jabal r.a. mengimami sembahyang isayk dengan surah al-Baqarah,
baginda menegurnya dan bersabda:

َ‫س َم َربِك‬
ْ ‫حا‬
ِ ‫س ِب‬ ُ ‫اس فَا ْق َرأْ ِبالش َّْم ِس َو‬
َ ‫ َو‬،‫ض َحا َها‬ َ َّ‫أَت ُ ِر ْي ُد أ َ ْن تَك ُْونَ فَتَّانًا يَا ُمعَاذُ؟ ِإذَا أ َ َم ْمتَ الن‬
‫ رواه مسلم‬.‫ َواللَّ ْي ِل ِإذَا يَ ْغشى‬، َ‫س ِم َربِك‬ ْ ‫ َوا ْق َرأْ ِبا‬،‫األَعْلى‬.
Adakah kamu ingin menjadi punca fitnah wahai Muaz? Kalaulah kamu menjadi imam, bacalah
surah as-Syams, surah al-A’la, surah al-Alaq dan surah al-Lail. Riwayat Muslim.

Berkata Imam Nawawi: “Disunatkan membaca dalam sembahyang subuh dan zuhur dengan
“Thiwaalul Mufassal” (surah-surah Mufassal yang panjang), tetapi dalam sembahyang subuh
lebih panjang. Dan disunatkan membaca dalam sembahyang isyak dan asar dengan “Auwsaatul
Mufassal”, (surah-surah Mufassal yang pertengahan), dan disunatkan dalam sembahyang
maghrib dengan “qisarul Mufassal” (surah-surah Mufassal yang pendek). Syarah Sohih Muslim,
Kitab 4, Bab 34.

Dan khilaf ulamak tentang permulaan surah-surah tersebut. Ada pendapat yang mengatakan
bahawa surah Mufassal yang panjang bermula daripada Surah al-Hujurat sehingga surah an-
Naba’. Surah Mufassal yang pertengahan pula bermula daripada surah an-Naba’ sehingga surah
ad-Dhuha, dan surah Mufassal yang pendek pula bermula daripada surah ad-Dhuha hingga akhir
Qur’an. Sabilal Muhtadin, j 1, m/s 209.

Antara Hadis Berkaitan Dengan Bacaan Surah

ِ ‫هللا صلى هللا عليه وسلم يَأ ْ ُم ُرنَا ِبالت َّ ْخ ِف ْي‬


‫ َويَ ُؤ ُّمنَا‬،‫ف‬ ِ ‫سو ُل‬ ُ ‫ كَانَ َر‬:َ‫ع ْن ُه َما قَال‬
َ ‫ع َم َر رضي هللا‬
ُ ‫ع َِن ا ْب ِن‬
‫ وإسناده صحيح كما قال‬،‫ رواه النسائي‬.ِ‫صافَّات‬ َّ ‫الشيخ شعيب وعبد القادر األرناؤوط ِبال‬.
Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. menyuruh kita meringkaskan sembahyang (bila
menjadi imam), dan baginda mengimami kami dengan surah as-Soffat. Riwayat Nasaie. Surah
as-Soffat adalah 182 ayat, 7 muka surat). Perkataan beliau ini adalah untuk menyedarkan kita
tentang erti meringkaskan sembahyang.

Berkata al-Hafiz Ibnul Qayyim dalam memberikan kefahaman tentang erti imam hendaklah
“meringkaskan sembahyang”: “Meringkaskan sembahyang itu adalah satu perkara yang nisbi
(tidak tetap. Boleh jadi ringkas pada pandangan orang yang suka mendengar al-Qur’an, tetapi
tidak kepada yang lain). Kerana ini rujukan untuk maknanya ialah dengan apa yang biasa
dilakukan oleh Nabi s.a.w., dan bukannya kembali kepada nafsu para makmum. Ini kerana
baginda tidaklah menyuruh sesuatu tetapi baginda sendiri yang menyalahinya. Sedangkan
baginda juga tahu bahawa di belakang baginda itu ada yang tua, lemah dan yang berhajat. Apa
yang baginda lakukan itulah maksud “meringkas” yang bagnida suruh. Zadul Maad, juz 1, m/s
207.

Anda mungkin juga menyukai