Anda di halaman 1dari 13

PENDIDIKAN ISLAM 2

Pqe 3101
Khatam al-quran

MOHD FITRI AMIRUL SYAFIQ MOHD KHALIL AHMAD SHAMYROOL

Khatam Al-quran
: . : : :
Seorang

lelaki bertanya : Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yg lebih afdhal? Sabda Baginda s.a.w. : al-Hal wa alMurtahil. Kata lelaki itu : Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?. Jawab Nabi s.a.w. : Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga awalnya (HR. at-Tirmidzi)

Kelebihan Membaca Al-quran


Al-Quran

akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya). (HR Muslim)

Manusia

yang terbaik ialah yang belajar dan mengajar al-Quran.

Dari `Uthman bin `Affan radhiAllahu `anhu katanyaRasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: Sebaik-baik engkau semua ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya. (HR al-Bukhari)

Al-Quran

menaikkan dan menurunkan darjat

manusia. Dari `Umar bin al-Khattab radhiAllahu `anhu bahawasanya Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya ALLAH mengangkat darjat beberapa kaum dengan adanya kitab al-Quran ini (orang-orang yang beriman) serta menurunkan darjatnya kaum yang lain-lain dengan sebab alQuran itu pula (yang menghalang-halangi pesatnya Islam dan tersebarnya ajaran-ajaran al-Quran itu). (HR Muslim)

Khatam Alquran

RASULULLAH S.A.W DAN SAHABAT

Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam-, Bagaimana caranya kalian membahagi Al Qur`an untuk dibaca setiap hari?

Mereka menjawab:

Kami membaginya menjadi (tujuh bagian yakni) : Tiga surah, lima surah, tujuh surah, sembilan surah, sebelas surah, tiga belas surah dan hizb al Mufashshal ; iaitu dari surah Qaf sampai akhir (mushaf). (HR. Ahmad, no. 15578). Rasulullah SAW mengkhatamkan al Qur'an adalah dengan membaca daripada al Fatihah sehingga ke surah an Naas kemudian terus disambung ulang kembali al Fatihah sehingga ayat ke 5 surah al Baqarah. Kaedah ini sebut oleh baginda SAW sebagai al-Hal wa al-Murtahil.

ULAMA SALAF
Ulama

Salaf mempunyai cara tersendiri semasa khatam al Quran. Ada yang tidak berdoa setelah khatam al Quran. Sebaliknya mereka hanya beristighfar kepada Allah dengan penuh perasaan malu. Ada daripada ulama salaf yang berdoa dengan penuh perasaan mengharapkan rahmat daripada Allah dan sebagai hamba sangat berhajat kepada Tuhan.

Ada daripada ulama salaf apabila selesai khatam al Quran terus menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah tanpa diselangi dengan doa.

Ada

pula ulama salaf apabila selesai khatam al Quran ters menyambung bacaan dengan awal surah al Fatihah dan surah al Baqarah sampai ayat 5, kemudian mereka berdoa. Inilah cara yang diamalkan oleh kebanyakan masyarakat Islam. : Ulama Salaf iaitu mereka yang hidup dalam masa 500 tahun pertama sejak zaman Rasululah s.a.w. Ulama Khalaf pula ialah mereka yang hidup dalam masa 500 tahun selepas ulama salaf. Adapun mereka yang hidup selepas ulama khalaf sehingga ke hari ini dinamakan dengan ulama Mutaakhirin.

p/s

PANDUAN KHATAM AL-QURAN


Pada

zaman Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, ada para sahabat Nabi

yang mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh yang sangat singkat. Namun, Nabi sallAllahu `alaihi wasallam memberi pesan bahawa jika mahu khatam dalam masa yang singkat, maka janganlah khatam kurang dari 7 hari.

Dari `Abdullah bin `Amru radhiAllahu `anhuma bahawaNabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali. Aku berkata: Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda: Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu. (HR al-Bukhari)

Dalam

al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-

ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat. Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya. 205=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat. Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu: 2 muka surat sebelum solat fardhu 2 muka surat selepas solat fardhu Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.

sebaik-baiknya

sertailah bacaan al-Quran itu dengan membaca sekali dengan maknanya.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai