Anda di halaman 1dari 184

Sajak

Ustaz Haji Ashaari Muhammad

Siri 1
• Tauhid
• Tauhid & Tasawuf

E D I S I K H A S
Sajak – Siri 1
• Tauhid • Tauhid & Tasawuf

oleh
Ustaz Haji Ashaari Muhammad

© Ustaz Haji Ashaari Muhammad

Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang
bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan,
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman
dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada
pemilik hak cipta.

Kali pertama diterbitkan


Ogos 2005

Teks diset dalam


Palatino 10 poin
1 Tauhid
SAJAK – SIRI 1

KANDUNGAN

1. Kehebatan Tuhan 3
2. Lihatlah Kuasa Tuhan Di Dalam Dirimu 4
3. Engkau Maha Tahu Yang Kecil Dan Besar 5
4. Maha Agung-Mu Tuhan 6
5. Besarnya Tuhan Di dalam Kehidupan Insan 7
6. Ingatlah Tuhan 8
7. Kita Di Dalam Kekuasaan Tuhan 9
8. Aku Tidak Jemu Mengingati-Mu 10
9. Zat Yang Maha Suci 11
10. Manusia Tidak Ada Kuasa 12
11. Agungnya Nama-Mu Tuhan 14
12. Allah Tidak Serupa Dengan Makhluk 16
13. Sifat Allah 17
14. Hikmah Meminta Dan Berdoa 18
15. Kami Memerlukan Engkau Tuhan 19
16. Jangan Anggap Tuhan Hanya Menghukum 20
17. Alangkah Hina Dan Lemahnya Hamba-Mu 22
18. Engkau Tersesat Berfikir 24
19. Alangkah Hebatnya Tuhan 26
20. Maha Hebatnya Tuhan 28
21. Zat-Nya Adalah Maha Hebat 30
22. Takutlah Kepada Zat Yang Maha Agung 31
23. Kemampuan Manusia Terbatas 32
24. Kehendak Tuhan 34
25. Tuhan Adalah Segala-Galanya 36
26. Hari Pembalasan 37
27. Setiap Detik Allah Bekerja 38
28. Kebenaran Akal Terlalu Terbatas 39
29. Ciptaan Tuhan Tiada Sia-Sia 40
30. Tuhan Adalah Sumber Kebaikan 42
31. Masa Ciptaan Tuhan 43
32. Maha Suci Tuhan Daripada Penyerupaan 44
33. Mari Mengenal Tuhan 46
34. Mari Kita Mengenal Tuhan 48

2
TAUHID

1 KEHEBATAN TUHAN

A LANGKAH hebatnya Tuhan


Tidak pernah rehat daripada bekerja,
berbuat dan bertindak
Setiap detik di dalam kesibukan
Mengadakan, mentiadakan
Menghidupkan, mematikan
Memuliakan, menghinakan
Menjatuhkan, menaikkan seseorang
Membangun dan meruntuhkan
Membaikkan dan merosakkan
Mengimankan dan mengkufurkan
Mengazab dan memberi nikmat
Memberi rahmat dan memberi nikmat
Mengkayakan dan memiskinkan
Menyusahkan dan menyenangkan
Dan entah apa lagi yang kita tidak dapat tuliskan
Daripada sekecil-kecil perkara
hinggalah sebesar-besar benda
Ia berlaku kepada semua jenis makhluk setiap masa
Tapi Tuhan tidak pernah letih dan penat
Tidak pernah sakit dan lesu
Tidak pernah jemu, perlu berhenti dan perlu rehat
Kerana Tuhan bukan fizikal yang dicipta
Ia adalah Khaliq pencipta
Dia adalah Zat yang Maha Suci lagi Maha Agung
Yang tidak hidup mengikut sistem makhluk
Yang tidak dapat dirupakan dan difikirkan
Hebatnya Tuhan, hingga tidak dapat dibayangkan
Hebatnya Tuhan, tidak ada penyerupaan

Selepas Isyak
03 - 08 - 1999

3
SAJAK – SIRI 1

LIHATLAH KUASA TUHAN


2 DI DALAM DIRIMU

T IDAK payah kita memandang yang jauh


melihat Qudrat dan kuasa Tuhan
Juga tidak perlu melihat yang jauh baru terasa
Maha Mentadbir dan Maha Bijaksana Tuhan
Kalau jiwa kita hidup dan jaga
Di dalam dirimu sendiri
engkau akan merasakan Qudrat, Iradah Tuhan
Pentadbiran dan Bijaksana-Nya
Tidakkah engkau sedar,
mana engkau ada kuasa terhadap dirimu!
Adakalanya engkau hendak tidur mata tidak mahu
Ada waktunya engkau tidak hendak tidur
tapi tidak dapat menahan tidur
Adakalanya berlaku di dalam dirimu setiap hari
Gerak-gerimu berlaku tanpa engkau mahu
Bahkan adakalanya tanpa kesedaranmu
Contoh yang berlaku akalmu memikirkan sesuatu
Tapi di masa yang sama bergerak-gerak jarimu
tanpa kehendakmu
Juga di masa itu juga bergerak-gerak matamu
tanpa kehendakmu juga
Bukankah menunjukkan adanya kuasa yang melakukannya
Kalaulah kita ada kuasa tentu sekali
kehendak kita semuanya berlaku
Yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku
Tapi pengalaman kita tidak begitu
Ada yang kita kehendaki berlaku,
Ada yang kita kehendaki tidak berlaku
Ada yang kita tidak hendak, ia berlaku
Yang kita hendak, tidak berlaku
Kerana itulah Tuhan ada berkata yang bermaksud:
Di dalam diri kamu, mengapa kamu
tidak merasa dengan mata hati
Iaitu adanya kuasa Tuhan
di dalam dirimu Selepas Isyak
31 - 08 - 1999

4
TAUHID

ENGKAU MAHA TAHU


3 YANG KECIL DAN BESAR

T UHAN! Engkau Maha Tahu yang kecil dan yang besar


Di dalam semua perkara dan benda
Terhadap apa jua jenis makhluk-Mu
Kerana Engkaulah yang menciptanya
Tapi pada-Mu kedua-duanya sama sahaja
Tidak ada beza di antara keduanya
Jika kecil Engkau sebutkan maka ia terjadi,
yang besar Engkau sebutkan pun terjadi juga
Tidak pula yang kecil rasa mudah
dan yang besar terasa payah dan susah
Tidak seperti makhluk-Mu yang lemah; membuat perkara
kecil mudah, membuat perkara besar susah
Walaupun di antara habuk dan gunung;
yang satu halus dan yang satu besar gagah
Namun Qudrat dan Iradah-Mu Tuhan, keduanya sama sahaja
Walaupun Engkau memberitahu manusia, langit dan bumi
Engkau jadikan selama enam hari
Bukan ertinya Engkau tidak boleh jadikan dengan sekelip mata
Bukan pula Engkau tidak boleh lakukan secara kun - jadilah
maka ia pun terjadi
Enam hari itu memang kehendak-Mu sendiri
Untuk didikan kepada manusia
Begitu juga jarak jauh dan dekat, Engkau tahu juga
Dan Engkau tahu ini dekat dan ini jauh
Tapi pandangan-Mu sama sahaja
Dekat dan jauh tidak ada beza apa-apa
Bahkan yang tersembunyi dan yang nyata
pada-Mu sama sahaja
Macam mana Engkau melihat yang jauh, begitulah juga
Engkau melihat yang dekat
Tidak seperti penglihatan makhluk
Melihat yang dekat dengan yang jauh ada bezanya
Yang dekat mudah dilihat, yang jauh susah dilihat
Maha Suci Engkau Tuhan
dan Maha Agung Engkau Tuhan Selepas Asar
06 - 08 - 1999

5
SAJAK – SIRI 1

4 MAHA AGUNG-MU TUHAN

M AHA Besar! Dan Maha Agung-Mu Tuhan!


Maha Suci Engkau daripada menyerupai makhluk-Mu
Marah-Mu dan hukuman-Mu hebat tapi berhikmah
Kerana Engkau tidak marah bernafsu
Kerana itulah kemarahan-Mu ada pengajaran
bagi orang yang mahu
Juga kasih-Mu tidak rosakkan makhluk-Mu
Seperti ibu dan ayah mengasihi anak-anak
sampai rosak anak-anaknya
Kerana kasih dan sayang-Mu bukan dari hati
Engkau bukan ada hati
Maha Suci Engkau daripada adanya hati
Ini adalah sifat makhluk-Mu
Engkau kasih dan sayang terhadap makhluk-Mu
Adalah dari Zat-Mu yang Maha Suci
yang mempunyai sifat kasih dan sayang
Yang tiada siapa yang tahu melainkan Engkau
Engkau juga boleh sabar di atas kejahatan hamba-hamba-Mu
Engkau tidak bertindak di masa ini
Kerana Engkau tidak tercabar dan rosak
Engkau juga tidak bernafsu, yang menjadikan Engkau emosi
Engkau boleh memberi peluang
kepada hamba-hamba-Mu membaiki diri
Jika mereka tidak sedar juga
Barulah Engkau menghukumnya
Bukan pula Engkau menghukum
kerana Engkau tercacat oleh kesalahan
Maha Suci Engkau daripada mendapat kesusahan
dari kejahatan hamba-hamba-Mu
Tapi hukuman itu adalah atas dasar keadilan-Mu

6
TAUHID

BESARNYA TUHAN
5 DI DALAM KEHIDUPAN INSAN

B UATLAH apa sahaja biarlah bersama Tuhan


Berniaga dan carilah kehidupan sertakan Tuhan
Laksanakanlah apa sahaja jangan tinggalkan Tuhan
Tuhan hendaklah dibawa ke mana-mana
Tuhan sertakan di dalam perjuangan
Di dalam menuntut ilmu jangan lupa Tuhan
Tuhan adalah segala-galanya
Ia modal hidup mati kita
Ia aset yang kekal abadi
Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita
Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan
Jangan cuba tinggalkan Tuhan, kita akan kecundang
Tuhan adalah harta yang bukan harta
yang sangat diperlukan
Selain Tuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan
Tuhan adalah sangat diperlukan
di dalam sebarang keadaan
Jangan tinggalkan Tuhan!
Jika Tuhan sudah ditinggalkan
Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti
di dalam kehidupan
Begitulah besarnya Tuhan di dalam kehidupan insan

Selepas Asar
12 - 09 - 1999

7
SAJAK – SIRI 1

6 INGATLAH TUHAN

B ANGUN-BANGUN tidur sahaja


engkau ingat benda yang tidak mengingatkan engkau
Apatah lagi setelah engkau
berhadapan kehidupan sehari-harian
Engkau ingat duit yang tidak pernah mengingat engkau
Kekayaan apatah lagi sering engkau ingatkan
sebagai angan-angan
Padahal kekayaan tidak pernah mengingatkan engkau
Bahkan berbagai-bagai perkara yang selalu engkau ingatkan
Yang ia tidak pernah pun mengingatkan engkau
Mengapa engkau tidak sering mengingat Tuhan
Yang sentiasa tidak melupakan engkau
Tidak satu detik pun yang Dia lupakan engkau
Dia sentiasa mendengar engkau
Dia sentiasa melihat engkau
Dia sentiasa tahu tentang engkau
Yang sentiasa menjaga dan mengawal engkau
Yang sering mentadbir dan memberi nikmat kepada engkau
Engkau mengingat benda yang kaku, mati
Engkau sibuk dengan mengingat makhluk
yang serupa engkau
Engkau lupa kepada Khaliq yang mencipta engkau
Makhluk bukan ada kuasa ke atas engkau
Sedangkan Khaliq berkuasa ke atas engkau
Mengapa tidak terasa takut kepada Khaliq
yang menentukan nasib engkau

Menjelang tidur
12 - 09 - 1999

8
TAUHID

7 KITA DI DALAM KEKUASAAN TUHAN

K ITA ini adalah di dalam kekuasaan Tuhan


Dia boleh membuat apa sahaja kepada kita
Nasib kita betul-betul di tangan-Nya
Kalau Dia hendak melakukan sesuatu kepada kita
Dia tidak peduli apa
Tapi tetap dengan hikmah-Nya
Kerana Tuhan tidak kejam macam manusia
Apa pun yang dilakukannya kepada kita
Tetap di dalam didikan dan pengajaran
Cuma apakah kita pandai menerimanya
Kita ini ibarat telur di hujung tanduk
Kalau tidak kena gayanya
Bila-bila boleh jatuh ke kiri atau ke kanan
Ke depan atau ke belakang
Kerana itulah takutlah kepada Tuhan
Kita adalah di dalam genggaman-Nya
Terpulanglah kepada Dia apa yang Dia hendak lakukan
Aduh, cemasnya bila memandang kekuasaan Tuhan
Kita tidak punyai kuasa sedikit pun
Aduh, rusuhnya hati kita dibuatnya
Orang yang kenal Tuhan mana jiwanya boleh tenang
Sentiasa sahaja bergelora macam lautan
yang tidak henti-hentinya
Kecutnya perut, senak dada dibuatnya
Salafussoleh zaman dahulu
ada yang tidak mampu untuk ketawa
Bila berhadapan dengan kekuasaan Tuhan
Ada kalanya bantut selera hendak makan
Bilamana teringat kuasa-Nya
Aduh, bagaimanalah nasib kita
Kita sungguh cemas dibuatnya

Selepas Asar
25 - 09 - 1999

9
SAJAK – SIRI 1

8 AKU TIDAK JEMU MENGINGATI-MU

A KU tidak jemu-jemu menyebut nama-Mu Tuhan


Kalau lidahku tidak bergerak, hatikulah yang bergerak
Mengapa aku mesti jemu mengingati-Mu?
Kerana kalau aku, tidak layak Engkau menyebut namaku
Tapi Engkau kan sentiasa tahu tentang diriku
Pengetahuan, penglihatan dan pendengaran-Mu
tidak pernah lekang terhadapku
Bagaimana pula aku hendak melupakan-Mu
Walau bagaimanapun aku hamba-Mu yang lemah
Kelemahan ini Engkau pun tahu
Kerana kelemahan ini memang Engkau yang menciptanya
Sekali-sekala aku terlupa juga dengan-Mu Tuhan
Tapi ini bukan aku sengajakan!
Aku tidak mahu berlaku kelupaan itu
Tapi ia berlaku juga
Begitulah hamba-Mu mempunyai kelemahan
Ia pasti berlaku
Kalau tidak bukanlah dinamakan hamba
Hamba adalah jenis insan
Insan ertinya makhluk pelupa
Begitulah sifat hamba
Aku memohon ampun kepada-Mu Tuhan!
Aku akan cuba sedaya upayanya Tuhan
untuk mengingati-Mu
Bantulah aku Tuhan
agar aku boleh mengingati-Mu selalu

Selepas ekspedisi
03 - 10 - 1999

10
TAUHID

9 ZAT YANG MAHA SUCI

B AGAIMANALAH aku hendak melupakan


Zat Yang Maha Suci
Yang kuasa-Nya tidak pernah satu detik terlepas dariku
Yang sentiasa mengetahui berterusan
setiap gerakan jantungku
Ia sentiasa melihat hingga ke batinku
Sentiasa mendengar setiap waktu dan detik
Kehendak-kehendak-Nya ke atasku pasti berlaku
Sama ada aku setuju mahupun tidak setuju
Menggembirakan mahupun yang mendukacitakan
Ia Maha Agung, Maha Qahhar dan Maha Jabbar
Juga kasih sayangnya kepadaku lebih daripada
seorang ibu yang kasih kepada anak-anaknya
Seluruh hidupku di dalam genggaman-Nya
Ia boleh buat apa sahaja kepadaku
Kuasa-Nya ke atasku sepenuhnya
Tidak ada langsung campur tanganku ke atas diriku sendiri
Itulah Tuhan Pencipta seluruh alam dan yang menjadikan aku
Ia adalah Penyelamat
Pentadbir, Penjaga, Pendidik dan Pemelihara
Dengan penuh berhikmah
Oleh itu bagaimana aku mahu melupakan-Nya
Sedangkan Dia tidak akan melupakanku
Walau setakat sekelip mata
Aduh, tidak mungkin aku boleh melupakan-Nya
Tidak mampu aku untuk melupakan-Nya
Itulah Dia Tuhanku
Aku tidak boleh terlepas daripada kuasa-Nya

Selepas Zuhur
07 - 10 - 1999

11
SAJAK – SIRI 1

10 MANUSIA TIDAK ADA KUASA

M ANUSIA ini jika rasa bertuhannya tidak ada


Atau langsung tidak percaya adanya Tuhan
Lebih sahaja sedikit dari orang lain
sudah rasa luar biasa
Seperti mempunyai kekayaan, sudah merasakan
boleh menyelesaikan semua perkara
Ada ilmu, sudah merasakan
seolah-olah segala masalah selesai
Ada kuasa lebih-lebih lagi merasa ada kuasa
Dengan kuasa boleh buat apa sahaja
Dengan kuasa mengambil kesempatan
membalas dendam terhadap musuh-musuhnya
Kuasa yang ada boleh melindungi diri
daripada terhukum
Dengan kuasa boleh melindungi
daripada dikenakan undang-undang
Tapi dia lupa, bolehkah dia
melindungi dirinya dari sakit dengan kuasanya?
Bolehkah dengan kuasanya, menjauhkan diri
daripada bencana alam yang memusnahkan apa sahaja
Bolehkah dia bendung dengan kuasanya
daripada dibenci oleh rakyatnya?
Mampukah dia bendung dengan kuasanya
jika timbul berbagai-bagai gejala di dalam negaranya?
Bolehkah dia dengan kuasanya
menjadikan rakyatnya cinta dengannya?
Akhir sekali bolehkah dengan kuasanya
dia menahan diri dari tua?
Tentu sekali penguasa-penguasa negara
telah dapat memberi jawapannya
Bukankah kuasa awak itu tidak ada kuasa hakikatnya
Sebenarnya kuasa itu hanya sebutan sahaja

12
TAUHID

Mana manusia ada kuasa,


walau bagaimana tinggi pangkatnya dan jawatannya!
Tidak boleh membendung,
tidak boleh menolak banyak perkara
Bukankah ini menunjukkan
ada yang Maha Berkuasa di atas kuasa manusia
Mengapa para pemimpin dunia atau negara
tidak boleh memikirkannya?
Mana pergi otak?
Mengapa kebijaksanaan dan kepandaian
tidak dapat menyelamatkannya?
Itulah dia orang yang pandai sudah jadi bodoh
Kerana tidak mampu menyelamatkan dirinya

Selepas Asar
04 - 10 - 1999

13
SAJAK – SIRI 1

11 AGUNGNYA NAMA-MU TUHAN

A GUNGNYA nama-Mu Tuhan!


Setiap yang di langit mahupun di bumi
mengagungkan-Mu Tuhan
Nama-Mu disebut di langit dan di bumi,
tiada hentiannya
Manusia-manusianya sebut nama-Mu
Haiwan-haiwan begitu juga
mengikut cara-caranya
Seluruh jamadat tiada kecuali
Cara-caranya Engkaulah yang tahu
Apatah lagi para malaikat
Makhluk-Mu yang paling suci
Taat dan patuh tidak putus-putus setiap detik
Memuja, memuji, mengagungkan, mensucikan-Mu
Tiada ruangan di langit dan di bumi
yang tiada menyebut nama-Mu
Kehebatan-Mu dapat dirasakan
oleh makhluk-makhluk-Mu
Terutama para malaikat
Sejak dicipta gementar seluruh tubuh badannya
Tersembam muka mereka ke bumi
Di kalangan manusia golongan yang sedikit,
rasa gerun dengan-Mu
Mereka itu para rasul dan para anbiya dan auliya
Makhluk-makhluk-Mu Tuhan
mengagungkan-Mu berbagai-bagai caranya
Mereka bertelut dan berlutut di hadapan kebesaran-Mu
Mereka ada yang berdiri, ada yang rukuk, ada yang sujud
Ada yang berzikir, ada yang bertakbir,
ada yang bertahmid, ada yang bertasbih
Yang hebat di kalangan makhluk-Mu
adalah para malaikat

14
TAUHID

Mereka berbuat, tidak pernah sejak diperintah, rehat-rehat


Oh, Maha Agungnya nama-Mu Tuhan!
Nama-Mu disebut-sebut setiap waktu dan detik
Memenuhi ruangan langit dan bumi
Hanya sebahagian makhluk di kalangan manusia
Yang berhati batu tidak kenal-Mu Tuhan
Mereka sahajalah yang tidak mengagungkan-Mu
Justeru mereka tidak kenal
siapa Engkau yang sebenarnya

Selepas Subuh
07 - 05 - 1997

15
SAJAK – SIRI 1

ALLAH TIDAK SERUPA


12 DENGAN MAKHLUK

M AHA Suci Allah Taala ertinya tanpa penyerupaan


Maha Suci Tuhan ertinya tanpa persamaan
Maha Suci Tuhan ertinya tidak dapat dibayangkan
Maha Suci Tuhan ertinya tidak dapat difikirkan
Di atas sifat-sifat-Nya, perbuatan-Nya
dengan segala makhluk-makhluk-Nya
Maha Agung Tuhan ertinya seluruh kekuasaan-Nya,
kemuliaan-Nya
Kehormatan-Nya, kehebatan-Nya
Kebesaran-Nya, kecantikan-Nya; tidak ada tandingan
Maha Besar Tuhan ertinya tidak ada yang dapat
mengatasi Tuhan di dalam semua sifat dan perbuatan-Nya
Maha Kuasa Tuhan ertinya menguasai segala kekuasaan
Bahkan seluruh kekuasaan itu pun Dia yang memberi
Maha Berkehendak Tuhan ertinya segala kejadian
yang berlaku dengan kehendak-Nya
Kehendak-Nya lulus, tiada siapa yang boleh menyekat
Kehendak-Nya tidak ada batas
Sebarang kehendak-Nya terjadi, tidak ada yang terbatal
Maha Tinggi Tuhan ertinya di atas-Nya tidak ada tandingan
Bahkan tidak boleh dibayang
Kalau dibayang adalah satu pembohongan
Tidak ada pembohongan yang paling besar
selain memperkatakan Zat Tuhan yang bukan-bukan
Walaupun di antara Tuhan dan makhluk-Nya
ada yang sama sebutannya
Namun di segi hakikatnya jauh berlainan
Hakikat tidak boleh dibayangkan
Bagaimana hendak dibayangkan
kerana tidak ada penyerupaan

Menjelang tidur
15 - 10 - 1999

16
TAUHID

13 SIFAT ALLAH

T UHAN adalah Zat Yang Maha Suci,


Maha Agung, Maha Berkuasa
Maha Mengetahui, Maha Mendengar,
Maha Melihat, Maha Berkehendak
Seluruh sifat-sifat itu boleh berlaku serentak
Tidak seperti makhluk kalau melihat satu perkara,
seluruh perkara yang lain tidak dilihatnya
Contohnya seperti sifat Mengetahui
Seluruh yang ada diketahui secara sedar,
yang tidak ada pun diketahui secara sedar
Tidak seperti makhluk, ada yang dia ketahui
yang tidak disedari lagi
Apabila diingatkan baru dia sedar kembali
Seperti juga sifat Mendengar-Nya
Tuhan boleh Mendengar serentak seluruh yang ada
Sama ada bersuara atau tiada
Tidak seperti kita manusia
Kalau kita mendengar satu perkara
Sudah pasti perkara yang lain kita tidak mendengarnya
Begitu jugalah bila kita mengatakan Tuhan Maha Suci
Ertinya Maha Suci daripada penyerupaan
dan bandingan dengan semua makhluk
Maha Suci daripada persamaan
Dan Maha Suci daripada dapat dikhayalkan
dan apa yang dapat difikirkan
Dan Maha Suci daripada dapat dilintaskan

Menjelang tidur
17 - 10 - 1999

17
SAJAK – SIRI 1

14 HIKMAH MEMINTA DAN BERDOA

T UHAN, kalau aku tidak memberitahu tentang diriku,


Engkau pun tahu
Aku ini bukankah ciptaan Engkau?
Engkau lebih tahu tentang diriku daripada diriku sendiri
Engkau tahu apa yang aku perlu dan apa yang aku tidak perlu
Engkau boleh menganugerahkan keperluan itu padaku
Engkau boleh tidak memberi apa yang aku tidak perlu
Tapi seorang hamba itu
akan boleh berhubung dengan Khaliqnya
Engkau suruh aku meminta
Kerana itulah aku meminta kepada-Mu selalu
Supaya hamba itu dapat melahirkan sifat kehambaan
Meminta itu adalah salah satu cara
melahirkan sifat kehambaan
Hikmah yang lain, meminta itu adalah termasuk ibadah,
diberi pahala
Kalau tidak meminta, apa pahalanya
Inilah hikmahnya Engkau menyuruh hamba-Mu
meminta keperluannya
Dan meminta ditolak perkara yang tidak diperlukan
Terhubunglah antara hamba dan Khaliqnya
Terlahirlah sifat kehambaan di dalam meminta
Terlihat kebesaran Khaliq kerana ‘tempat meminta’
Kerana doa itu adalah usaha maka diberi pahala pula
Begitulah hikmah meminta dan berdoa
Kerana itulah aku meminta apa yang aku perlu
dan meminta ditolak apa yang tidak perlu
Padahal kalau aku tidak meminta pun,
Engkau tahu keperluan-keperluanku

Menjelang tidur
17 - 10 - 1999

18
TAUHID

KAMI MEMERLUKAN
15 ENGKAU TUHAN

K AMI semua memerlukan Engkau, Tuhan


Kami tidak boleh hidup tanpa-Mu, Tuhan
Tidak akan selamat kami tanpa-Mu
Kalau ada orang tidak memerlukan Tuhan
Ertinya dia akan kelaparan tanpa pemberian Tuhan
Jika dapat sakit
Siapa yang menyembuhkan, kalau tidak Tuhan
Kalau ada mara bahaya
Siapakah yang akan melepaskan, kalau bukan Tuhan
Kalau tidak perlukan Tuhan
Siapa yang hendak memberi pakaian
Siapa yang akan melindungi daripada kesusahan
Siapakah yang akan menolong
Dan siapakah yang akan menyelamatkan,
kalau bukan Tuhan
Kerana Tuhan itu adalah segala-galanya
Tidak ada satu benda yang terkecuali
Yang bukan daripada kuasa dan pemberian Tuhan
Kalau ada orang tidak perlukan Tuhan
Ertinya dia tidak hendak segala-galanya
Kalau Tuhan bertindak mengikut keyakinannya
Dia tidak ada segala-galanya
Ertinya Tuhan akan ambil segala-gala daripadanya
Hartanya, rumahnya, pakaian, makanan, minuman
Kesihatan, keselamatan, kerehatan
Dan seterusnya anggota badan dan nyawa
Ertinya satu pun sudah tidak wujud lagi padanya
Dan Tuhan bertindak
mengikut keyakinan dan kehendaknya

Menjelang tidur
01 - 11 - 1999

19
SAJAK – SIRI 1

JANGAN ANGGAP
16 TUHAN HANYA MENGHUKUM

J ANGAN anggap Allah itu hanya menghukum


Menghidupkan dan mematikan manusia
Mengazab orang yang derhaka ke dalam Neraka
Memberi nikmat orang yang taat ke dalam Syurga
Tuhan itu adalah segala-galanya
Tuhan sifat Rahman dan Rahim-Nya
amat luasnya
Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya
tidak terbatas
Bukankah Tuhan Pengawal dan Penjaga
Penyelamat kepada manusia
Tuhan juga pelindung
Memberi rezeki makan dan minum
terhadap hamba-hamba-Nya
Memberi nafas untuk hidup
Memberi kekuatan dan kesihatan pada badan
Menganugerahkan isteri atau suami untuk hiburan
Di waktu kesepian dan di waktu kerehatan
Memberi anak-anak dan cucu-cucu
sebagai cahaya mata
Penyejuk hati, penyejuk mata, penghibur jiwa
Tuhan menganugerahkan ilmu dan pengalaman
sebagai penyuluh kehidupan
Anugerah yang paling tinggi, Dia Allah
Mengenalkan diri-Nya sebagai Tuhan
Untuk disanjung, dibesarkan,
dicintai dan disembah
Tuhan adalah hiburan sejati
dan penyelesai segala masalah
Apa yang telah kita senaraikan di atas
Adalah sebahagian daripada nikmat dan rahmat Allah
Sebahagian daripada kasih sayang-Nya
kepada hamba-hamba-Nya,

20
TAUHID

Tuhan menghukum hamba-hamba-Nya


yang melupakan rahmat dan nikmat-Nya
Terutama melupakan nikmat dan rahmat bertuhan
Tidak terasa lagikah apa yang datang
dari Allah itu serba indah
Hiburan jiwa, kesenangan hati, menyejuk mata
Mengapa selama ini, kita merasakan
Tuhan itu hanya menghukum sahaja?
Kenapa kita merasakan Tuhan itu menakutkan sahaja?
Padahal nikmat dan rahmat-Nya
untuk manusia terlalu luas?
Kasih sayang Tuhan bukankah terserlah?!

Menjelang Zuhur
28 - 10 - 1999

21
SAJAK – SIRI 1

ALANGKAH HINA
17 DAN LEMAHNYA HAMBA-MU

T UHAN! Alangkah hina dan lemahnya hamba-Mu ini


Langsung tidak ada kuasa dan kudrat
Kuasa dan kudrat sepenuhnya adalah milik-Mu
Jika di waktu aku duduk
Aku boleh Engkau menjatuhkan
Aku boleh Engkau matikan
Dan aku boleh Engkau lalaikan
Di waktu rehat-rehat
Engkau boleh jadikan aku pening kepala
dengan tiba-tiba
Aku boleh jatuh
Aku boleh tidak sedarkan diri bahkan boleh mati
Di waktu sedang aku makan
Engkau boleh tercekikkan aku
Boleh aku tercekik tulang
Boleh bila-bila masa sahaja di waktu itu aku tumbang
Di waktu bercakap-cakap,
Engkau boleh buat apa sahaja denganku
Engkau boleh lupakan aku
tentang sesuatu yang hendak dicakapkan
Boleh di waktu itu aku terbatuk-batuk
Boleh rebah di waktu itu
Di dalam masa tidur
Engkau boleh tidurkan aku terus tidur
Iaitu daripada mulanya aku tidur kecil
terjadi tidur besar
Atau bangkit-bangkit tidur terus sahaja mati
Itu terpulanglah kepada Engkau
Engkau boleh buat apa saja kepadaku
Di mana aku berada, di waktu bila,
di dalam keadaan apa
Macam-macam Engkau boleh jadikan aku

22
TAUHID

Manalah ada kuasa padaku


Sedikit pun tiada kudratku
Kerana itulah nasibku seluruhnya
aku serahkan kepada-Mu
Kesihatanku, makan minumku, keselamatan aku,
aku serahkan kepada-Mu
Kerehatanku, kesenanganku dan kebahagiaanku
Aku yakin Engkau tidak menzalimi hamba-hamba-Mu
Kalau begitu, seluruh hidup matiku
Aku serahkan kepada-Mu
Kerana aku langsung tidak ada kuasa apa-apa
Terserahlah kepada-Mu Tuhan
Tapi aku baik sangka dengan-Mu

Selepas Zuhur
01 - 11 - 1999

23
SAJAK – SIRI 1

18 ENGKAU TERSESAT BERFIKIR

E NGKAU hairan manusia mengembara merata dunia


Mengapa engkau tidak hairan
bumi yang dipijak ciptaan Tuhan?
Engkau kagum dengan ilmu yang dimiliki orang
Mengapa tidak kagum dengan akal ciptaan Tuhan
Yang membolehkan mendapat ilmu?
Kalau tidak ada akal kepunyaan Tuhan
Bolehkah manusia berfikir untuk mendapat ilmu?
Engkau rasa terpesona dengan bangunan
dari bahan-bahan yang ada di dunia
Mengapa engkau tidak terpesona dengan Tuhan
Yang mengadakan bahan-bahan itu?
Kalau tidak ada bahan-bahan itu
bolehkah manusia membangun?
Engkau kaget dengan manusia
yang berkuasa di dunia
Yang mempunyai negara
dan rakyat yang begitu ramai
Dengan penuh keangkuhan dan kesombongan
Engkau serah hati dengannya
Mengapa engkau tidak rasa kaget dengan Tuhan
yang mempunyai bumi?
Yang mencipta rakyat hingga mereka boleh berkuasa
Kalau tidak ada negara dan rakyat,
bolehkah manusia berkuasa?
Lebih-lebih lagi kalau mereka tidak dijadikan
Apakah timbul ada kuasa?
Aku rasa aneh cara engkau berfikir
Perkara yang tidak sepatutnya engkau kagumi
Engkau boleh kagum
Yang patut engkau kagumi engkau tidak kagum
Kebesaran manusia engkau nampak

24
TAUHID

Kebesaran Tuhan yang Maha Hebat


engkau tidak nampak?
Bagaimana cara engkau berfikir?
Yang tidak hebat engkau rasa hebat
Yang hebat engkau tidak terasa hebat
Yang sebenarnya engkau telah tersalah berfikir
Atau engkau telah tersesat berfikir

Menjelang tidur
05 - 12 - 1999

25
SAJAK – SIRI 1

19 ALANGKAH HEBATNYA TUHAN

A LANGKAH hebatnya Tuhan


Di dalam satu kerdipan mata
berbilion-bilion yang dicipta-Nya dengan serentak
Di masa yang sama pula berbilion-bilion
yang dibinasakan atau yang ditiadakan-Nya
Di dalam satu kerdipan mata
berbilion-bilion secara serentak diketahui
yang ada mahupun yang tiada
Juga di masa yang sama dengan serentak
berbilion-bilion perkara yang dilihat dan didengar-Nya
Kudrat-Nya Esa sepertimana sifat-sifat yang lain juga Esa
Kuasa membuat yang sedikit atau banyak,
kecil atau besar sama sahaja
Tidak ada beza kerana Tuhan itu
Kudrat-Nya bukan tenaga
Tapi Zat-Nya yang Maha Kuasa atau bersifat Kuasa
Kerana itulah Tuhan tidak terasa penat atau letih
Begitu juga Tuhan kehendak-Nya bukan dengan nafsu
Kerana itulah kehendak-Nya tidak menerima jemu
juga tidak terasa ghairah seperti manusia
Dia berbuat atau tidak berbuat dengan kehendak-Nya
yang penuh berhikmah
Tidak ada yang sia-sia atau yang tidak mempunyai hikmah
yang tersirat atau tersurat
Apa yang terdahulu dan apa yang kemudian
semua diketahui-Nya
Tidak pernah dilupakan-Nya
sekalipun sebesar debu di udara
Murka-Nya bukan dengan nafsu
Kerana Tuhan itu tidak ada nafsu seperti makhluk-Nya
Suka-Nya atau cinta akan sesuatu
bukan pula dengan perasaan-Nya

26
TAUHID

Kerana Tuhan itu tidak ada jiwa


Cinta-Nya pula mengikut kehendak dan hikmah-Nya
Bukan didorong oleh keadaan
Kerana keadaan dan situasi Tuhan yang menciptanya
Segala apa yang hendak dibuat atau tidak
bukan hasil fikiran atau hasil menimbang-nimbang
Kerana Tuhan bukan ada akal seperti manusia
Kerana Kudrat dan Iradat-Nya
berlaku adalah kerana kepatutan-Nya
Dengan penuh hikmah dan pengajaran
Begitulah Zat Tuhan yang Maha Agung
Sungguh hebat dan menggerunkan

Menjelang Maghrib
30 - 12 - 1999
(22 Ramadhan 1420)

27
SAJAK – SIRI 1

20 MAHA HEBATNYA TUHAN

M ENGAPA engkau tidak terasa Maha Hebatnya Tuhan


Maha Berkuasa yang tidak ada tara dan tolok bandingnya
Kerana itulah engkau tidak takut pun kepada-Nya
Engkau tidak takutkah berhadapan
dengan Zat yang Maha Agung
Penglihatan-Nya berlaku serentak seluruh yang wujud
Sekalipun sebesar habuk tidak terkecuali daripada
penglihatan-Nya
Dan penglihatan-Nya tidak pernah rehat
sekalipun sekadar kerdipan mata
Pengetahuannya pun meliputi seluruh yang wujud
mahupun yang tidak wujud
Yang dahulu mahupun yang kemudian
Yang sudah luput mahupun yang masih wujud
Tidak pernah pun tercicir walau sebesar habuk
yang halus yang dilupakan-Nya
Pendengaran-Nya seluruh yang wujud, kecil dan besar,
bersuara atau tidak seluruh yang ada
Tidak ada satu benda tidak ada di dalam kekuasaan-Nya
sekalipun sebesar debu yang maha halus
Qudrah-Nya tidak menggunakan tenaga seperti makhluk
Iradah-Nya lulus kerana ia berlaku
bukan dari perasaan-Nya
Tuhan Berkehendak bukan mengikut perasaan
atau nafsu-Nya
Kerana Zat-Nya yang Maha Suci sudah sedia
mempunyai sifat kehendak
Kemampuan sifat Qudrah-Nya luar biasa
kerana bukan menggunakan tenaga
Sebut sahaja ada, berlaku ada,
sebut sahaja tiada, berlakulah tiada
Keagungan-Nya, kesempurnaan-Nya,
kemuliaan-Nya tidak pernah luak

28
TAUHID

Bahkan tidak pernah bertambah


Kalau berlaku pertambahan
bererti sebelumnya ada kekurangan atau luak
Kerana segala-galanya sudah sedia sempurna
Yang tidak perlu disempurnakan lagi
Apakah engkau tidak gerun
dengan Zat yang Maha Agung,
Maha Hebat dan serba Maha ini
Apakah engkau boleh melupakan Zat-Nya begitu sahaja
Tanpa terasa apa-apa di dalam hati dan jiwa engkau
Engkau sebenarnya telah diserang oleh penyakit jiwa
yang bukan penyakit jiwa yang biasa

Selepas Zuhur
19 - 12 - 1999
(11 Ramadhan 1420)

29
SAJAK – SIRI 1

21 ZAT-NYA ADALAH MAHA HEBAT

A PAKAH engkau tidak takut kepada satu Zat yang luar biasa
Yang Dia adalah Maha Berkuasa di atas segala-galanya
Dialah yang menaikkan orang-orang yang berkuasa
Dia jugalah yang menurunkan orang yang pernah berkuasa
Dialah yang memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki
Itulah Dia Tuhan yang patut kita cintai dan takuti
Zat-Nya adalah Maha Hebat
Dekat-Nya tidak boleh ditunjukkan seperti makhluk
Jauh-Nya tidak boleh kita katakan
Kerana Dia tidak berjarak
Zat-Nya tidak terlibat dengan tempat
dan juga tidak dilingkung oleh masa
Dia tidak terlibat dengan pihak dan hala
Kerana pihak dan hala adalah juga ciptaan-Nya
Tuhan tidak berhajat kepada makhluk-Nya
Tapi makhluk-Nyalah yang berhajat kepada-Nya
Istimewanya Dia kerana tidak dapat digambarkan
Bagaimana hendak digambarkan
kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan
Yang boleh digambarkan itu
ialah yang ada penyerupaan dan persamaan
Dialah yang mencipta seluruh yang wujud
dan mentadbirnya
Seluruh yang ada ini, yang kecil dan yang besar
Pada Allah satu sahaja pandangan-Nya
Tidak ada berperingkat-peringkat penglihatan-Nya
Iaitu kecil dan besar sama sahaja,
tidak ada perbezaannya
Tapi Dia tahu ada yang kecil dan ada yang besar
Itulah Dia Tuhan yang patut kita takuti dan cintai

Selepas Zuhur
04 - 11 - 1999

30
TAUHID

TAKUTLAH KEPADA ZAT


22 YANG MAHA AGUNG

E NGKAU tidak takutkah kepada satu Zat yang Maha Agung


Yang pengetahuan-Nya tidak lekang daripada engkau
Yang sentiasa melihat, mendengar setiap detik
Yang boleh menyuluh lahir dan batin engkau
Apa yang engkau lakukan semuanya dirakam dan direkod
Bahkan lintasan hati engkau pun dirakam
betapalah gerak-geri engkau
Apa yang berlaku kepada engkau semuanya dinilai
Sama ada nilai Syurga atau nilai Neraka
Itulah Dia Allah yang Maha Berkuasa, Tuhan engkau
Sifat yang ada padanya sama ada ilmu-Nya, kuasa-Nya,
kehendak-Nya semuanya bersifat Maha, Maha, Maha
Maha Agung, Maha Tinggi, Maha Suci, Maha Berkuasa,
Maha Mengetahui dan lain-lain lagi
Engkau adalah ciptaan-Nya, hamba-Nya yang hina
Kalau engkau miliki dunia sekalipun
Engkau di hadapan Tuhan ibarat habuk sahaja
Betapalah engkau bukan miliki dunia
Engkau hanya memiliki dunia sikit sahaja
Ibarat engkau mendapat setitik air lautan
Hinanya, lemahnya, dan tidak ada kuasa langsung
bila berhadapan dengan Tuhan
Kemudian engkau boleh melupakan Tuhan begitu sahaja
Engkau hanya melihat dan merasa kebesaran engkau
Yang hakikatnya engkau tidak ada kebesaran apa-apa
Kalau Tuhan hentikan sahaja nafas engkau
Engkau matilah secara tiba-tiba
Masya-Allah terlalu lemah dan kerdilnya engkau
Kemudian engkau hendak melawan Tuhan?!

Selepas Zuhur
13 - 12 - 1999
(05 Ramadhan 1420)

31
SAJAK – SIRI 1

23 KEMAMPUAN MANUSIA TERBATAS

K EMAMPUAN manusia serba terbatas


Pengetahuan, pendengaran,
penglihatannya terbatas sekali
Kerana sebahagian jasadnya sahaja
yang berfungsi mengambil peranan
Pengetahuan hanya akal sahaja yang mengetahui
Lain-lain anggota tidak mengetahui
Pendengaran hanya telinganya sahaja yang mendengar
Lain-lain anggota tidak mendengar
Penglihatannya hanya mata sahaja yang berfungsi
Lain-lain anggota tidak melihat
Begitu juga lain-lain anggota badan,
mempunyai satu fungsi sahaja
Itu pun berfungsi masih terbatas
Berlainan sekali Tuhan,
segala sifat-Nya adalah tembus dan telus
Kerana Zat-Nya yang Maha Suci
daripada bandingan itu yang berfungsi
Zat-Nya yang tidak boleh dibelah bahagi
itulah yang berkuasa
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat dan Zat-Nya yang mendengar
Kerana sifat Tuhan walaupun banyak
tapi peranan Zat-Nya tidak dibelah bahagi
Dan satu-satu sifat tidak berperingkat-peringkat
Ertinya Zat-Nya yang Maha Esa itulah yang berperanan
mempunyai berbagai-bagai sifat yang telah disebutkan tadi
Kerana itulah Zat Tuhan yang mempunyai sifat
segala-galanya taraf Maha
Segala sifat-sifat-Nya Maha Sempurna,
yang tidak perlu disempurnakan lagi
Manusia, setiap anggotanya mempunyai fungsi
yang tersendiri atau berbeza-beza

32
TAUHID

Ada yang mendengar sahaja,


ada yang mengetahui sahaja,
ada yang melihat sahaja
Tuhan tidak begitu,
Tuhan tidak berperanan seperti makhluk
Tuhan kita, Zat-Nya yang berperanan
yang mempunyai sifat-sifat yang banyak
Walau banyak, ia tetap satu
Zat-Nyalah yang mendengar,
Zat-Nyalah yang mengetahui
Zat-Nyalah yang melihat,
Zat-Nyalah yang berkuasa
Kerana itulah Tuhan boleh berperanan serentak
Masa itulah Dia berkuasa,
masa itulah Dia mengetahui
Masa itulah Dia mendengar,
masa itulah Dia melihat
Dia tidak berlaku silih berganti
Begitulah Tuhan
tidak serupa sama sekali dengan makhluk
Kerana itulah Dia dikatakan Maha Suci
dan serba Maha

Menjelang Maghrib
28 - 12 - 1999
(20 Ramadhan 1420)

33
SAJAK – SIRI 1

24 KEHENDAK TUHAN

S ETIAP yang telah terjadi, sedang terjadi


bahkan yang akan terjadi
adalah dari kehendak Tuhan
Yang telah, sedang dan akan berlaku di bumi,
di langit, di Syurga, di Neraka, di Arasy, di Kursi
Di alam Akhirat, alam dunia, alam insan, alam malaikat,
alam jin, alam haiwan, alam jamadat, alam arwah
Ia berlaku dan akan berlaku mengikut kehendak Tuhan
pada azali lagi
Ia berlaku tepat pada masanya, tepat pada tempatnya,
tepat pada keperluan makhluk-Nya,
tepat berlaku di alam mana mengikut ketentuan-Nya
Bersetentangan dengan qudrah-Nya, ilmu-Nya,
pendengaran-Nya, penglihatan-Nya
Setiap yang telah terjadi, sedang terjadi, akan terjadi,
berlaku dengan kehendak Tuhan,
bukan pula Tuhan menimbang-nimbang
Maha Suci Tuhan daripada menimbang-nimbang,
kerana menimbang-nimbang adalah sifat manusia
Keperluan itu terjadi adalah dengan kehendak Tuhan,
berdasarkan ilmu-Nya, penglihatan-Nya
dan pendengaran-Nya pada azali lagi
Ia berlaku adalah dengan hikmah-Nya
dan kepatutan-Nya yang juga berlaku pada azali
Dengan kehendak Tuhan setiap benda yang terjadi
bukan dengan pertimbangan semasa, Maha Suci Tuhan
Kerana Tuhan sudah sedia tahu setiap masa makhluk-Nya
Ia terjadi adalah berdasarkan kehendak Tuhan pada azali lagi
sesuai dengan masa, tempat dan keperluan makhluk-Nya
Dengan ilmu, pendengaran, penglihatan-Nya pada azali juga
Ertinya kehendak-Nya, ilmu-Nya, penglihatan,
pendengaran-Nya yang sudah sedia yang tidak bermula
Kalau kehendak Tuhan ada bermula,

34
TAUHID

sebelum bermula Dia tentu tidak tahu apa kehendak-Nya


Maha Suci Tuhan kehendak-Nya ada bermula
Kehendak yang ada mulanya ialah kehendak makhluk-Nya
Kehendak Tuhan seperti juga dengan sifat-sifat-Nya yang lain,
tidak serupa dengan sifat-sifat makhluk-Nya
Sifat-sifat makhluk seperti kehendaknya ada bermula
Kalau begitu, satu sifat Tuhan sahaja kita faham,
betapa hebatnya
Sungguh Maha Besar, Maha Agung,
Maha Tinggi, dan Maha Suci
Belum kita memperkatakan sifat-sifat-Nya yang lain
Satu sahaja sifat-Nya baru kita tahu
sudah terasa agung-Nya Tuhan
Kalau begitu Tuhan patut dicintai, ditakuti,
disembah dan dibesarkan
Tidak patutlah selama ini
kita tidak mempedulikan Tuhan
atau tidak ambil tahu tentang Tuhan

5 Safar 1421

35
SAJAK – SIRI 1

25 TUHAN ADALAH SEGALA-GALANYA

A LLAH adalah Tuhan


Tuhan adalah segala-galanya
Segala-galanya tidak akan ada tanpa ciptaan-Nya
Allah Taala mencipta bukan dengan tenaga
Tapi dengan Zat-Nya yang mempunyai sifat Qudrat
yang tidak serupa tenaga
Tenaga adalah kepunyaan makhluk-Nya
Qudrat-Nya kita tidak tahu, hakikat ia tidak serupa tenaga
Tenaga ada batasnya†
Qudrat Tuhan tiada batasnya
Allah Taala mengadakan dan mentiadakan
adalah dengan Zat yang
mempunyai sifat Qudrat dan Iradah
Iradah atau sifat Kehendak-Nya bukan kemahuan nafsu-Nya
Iradah atau Kemahuan-Nya suatu yang tidak boleh digambarkan
Kemahuan manusia walaupun tidak dapat dilihat oleh mata
Tapi kita sendiri secara maknawi dan rohani
dapat dirasakan oleh jiwa
Iradah Tuhan jangan pula kita gambarkan
seperti yang kita rasa
Kerana sifat Tuhan seperti juga Zat-Nya tidak ada penyerupaan
Lantaran Iradah-Nya bukan tenaga seperti manusia
Kerana itulah Dia Tuhan dapat mengadakan
dan mentiadakan tanpa batasnya
Maha Suci Engkau Tuhan dapat segala yang dapat digambarkan
Di sini jugalah agungnya Engkau
Agung itu hanya boleh diperkatakan
Tapi tidak dapat digambarkan seperti agungnya makhluk
Walaupun begitu ia dapat menggeletarkan
hati mukmin yang bertaqwa

Selepas Asar
17 - 08 - 1999

36
TAUHID

26 HARI PEMBALASAN

B ERSIAPLAH di suatu hari,


setiap orang memikirkan diri
Tidak ada pembela,
masing-masing menjadi peguambela dirinya
Setiap saksi-saksi sama ada baik mahupun buruk
adalah anggota-anggota dirinya
Di waktu itu mulut dikunci
Mata, tangan, kaki akan bercerita
Tidak ada yang tercicir, tidak ada yang tersorok
Semua dibongkar sekalipun sebesar habuk
Di waktu di dunia semua perbuatan, percakapan
dan gerakan hati dirakamkan
Difailkan setiap catatan
Di waktu bicara di sana di hadapan Rabbul Jalil
didedahkan semua
Kerja-kerja kita yang dilupakan teringat semula
Ditayang segala-galanya di tv Tuhan di hadapan kita
Ke mana hendak lari?!
Tidak ada tempat menyorok
Setiap orang menghisab amalan baik dan buruknya
Selepas itu Allah Taala hakim yang Maha Adil
membuat keputusan
Ada yang ke Syurga ada yang ke Neraka
Setiap orang berpuas hati
Sekalipun yang dipenjara di Neraka

Selepas Asar
02 - 11 - 1998

37
SAJAK – SIRI 1

27 SETIAP DETIK ALLAH BEKERJA

S ETIAP detik Allah bekerja


Setiap turun naik nafas Allah Taala mentadbirnya
Ia berlaku sepanjang masa
Sama ada kita mahu atau tidak
Kita berusaha dan bekerja nampaknya dari kita
Kita rasa kuasa dan kemampuan kita
Sebenarnya tidak,
semuanya kuasa dari Allah yang berkuasa
Justeru itulah kita perlu memohon petunjuk dari-Nya
Kerana kita tidak ada kuasa

Selepas Subuh
29 - 09 - 1998

38
TAUHID

28 KESEMPURNAAN TUHAN

A LLAH Taalalah yang menjadikan masa


Malam dan siang, Allah Taala yang menjadikan
dan mentadbirnya
Tapi Allah Taala tidak terlibat dengan masa
atau dalam masa
Juga Tuhan tidak terlibat dengan malam dan siang
Yang memerlunya adalah makhluk-Nya
Makhluklah yang terlibat dengan malam dan siang
Pada Tuhan, malam dan siang tidak ada bezanya
Pandangan Tuhan sama sahaja
Gelap dan terang serupa aja
Walaupun Tuhan tahu ini gelap dan ini terang
Masya-Allah Maha Suci Tuhan!
Masya-Allah Maha Agungnya Tuhan
Tuhan tidak perlu kepada sebarang keadaan
Tuhan tidak berhajat kepada sebarang ciptaan-Nya
Kerana Tuhan itu sudah sedia sempurna
Kesempurnaan Tuhan tidak ada permulaan
Juga kesempurnaan-Nya tidak perlu kepada tambahan
Kalau ada tambahannya bererti sebelumnya kurang
Maha Sunyi Tuhan daripada kekurangan
Kerana kesempurnaan-Nya sudah sedia wujud pada azali
Maha Sempurna Tuhan
Maha Suci Tuhan
Di sinilah cantiknya dan indahnya Tuhan
Yang tidak dapat digambarkan

21 - 08 - 1999
Selepas Asar

39
SAJAK – SIRI 1

29 CIPTAAN TUHAN TIADA SIA-SIA

S ALAH satu sifat Tuhan apa yang dicipta-Nya


tidak ada yang sia-sia
Sama ada yang kecil mahupun yang besar
Yang halus mahupun yang kasar
Sama ada mengikut pandangan manusia
jijik atau menakutkan
Semuanya berlaku dengan hikmah
Sama ada mengandungi ilmu,
didikan mahupun pengajaran
Sekalipun seekor hama yang halus yang berada
di tengah belantara ada maksud dari Tuhan
Walaupun seekor kuman di atas gunung yang tinggi
di dalam batu pejal ada hikmah yang tersembunyi
Binatang yang merbahaya seperti harimau dan buaya
walaupun menakutkan manusia ada pengajaran
Sama ada yang disuka atau yang dibenci oleh manusia
ada rahsia dari Tuhan
Bahkan tidak ada makhluk yang Tuhan cipta yang sia-sia
Semuanya ada maksud dan tujuan
Cuma banyak manusia yang tidak tahu
hikmah dan rahsianya, didikan dan pengajarannya
Maha Suci Tuhan daripada membuat sesuatu yang sia-sia
Sekalipun pada pandangan manusia
perkara itu remeh sahaja
Perlu diingat, pada Tuhan semua perkara sama sahaja
Pandangan Tuhan tidak ada bezanya
di antara halus dan kasar
Di antara kecil dan besar
Dan yang jijik dan yang menyenangkan
Walaupun Tuhan tahu perbezaan itu
Dari segi menciptanya sama saja
Dari segi melihat sama juga

40
TAUHID

Kerana Tuhan bukan melihat dengan mata


Bukan kemampuan-Nya dengan tenaga
Dan Tuhan tidak merasa dengan jiwa dan perasaan
Setiap hikmah dan pengajaran itu Allah wujudkan
tidaklah menimbang-nimbang
Menimbang-nimbang adalah dengan akal dan fikiran
Tuhan tidak ada akal dan fikiran
Maha Suci Allah Taala berakal dan berfikiran
Hikmah dan pengajaran itu terjadi adalah dengan kuasa
dan ilmu Tuhan yang sedia sempurna
Yang tidak perlu menimbang-nimbang dan memikirkan
Maha Agung Engkau Tuhan

Selepas Asar
21 - 08 - 1999

41
SAJAK – SIRI 1

TUHAN ADALAH
30 SUMBER KEBAIKAN

T UHAN adalah sumber segala kebaikan


Mintalah apa sahaja kalau
Dia menerima Dia boleh bagi apa sahaja
Dia adalah cahaya langit dan bumi
Petunjuk kepada manusia menuju Tuhannya
Dia adalah Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat
Maha Cantik mengikut ukuran Tuhan,
bukan ukuran makhluk
Cantik secara Khaliq bukan secara makhluk
Dia adalah Maha Sempurna tidak perlu disempurnakan
Dia adalah penentu segala-galanya, Dia tidak ditentukan
Kekayaan-Nya tidak berkesudahan
Pemberian-Nya tidak akan berkurangan
Tuhan adalah pemimpin bagi orang yang bertaqwa
Dan menjadi musuh kepada orang yang kafir
dan orang yang ingkar
Dia adalah Cinta Agung
Sepatutnya semua manusia mencintai-Nya
Sepertimana Dia juga patut ditakuti
Dia adalah pemimpin, Dia adalah idola
Dia patut diagungkan, disembah dan dipuja
Dia tempat bermesra dan tempat bermanja
Tempat mengadu, tempat meminta,
tempat menyelesaikan segala masalah
Dia adalah penenang jiwa,
tempat harapan tiada kecewa

42
TAUHID

31 MASA CIPTAAN TUHAN

T UHAN menjadikan masa


Tapi Tuhan tidak terlibat dengan masa
Kerana itulah Dia tidak didahului oleh masa
Wujud-Nya sudah sedia ada
Sedangkan masa ada permulaannya
Ada-Nya tidak bermula
dan tidak ada penghujungnya atau kesudahannya
Pada Tuhan masa yang dilalui oleh makhluk-Nya
walaupun tahu ada dahulu ada kemudian
Tuhan tidak menempuh dahulu dan kemudian
Walaupun Tuhan tahu dahulu dan kemudian
Kerana wujudnya Tuhan sudah sedia ada
Tanpa melibatkan masa
Kerana masa adalah ciptaan-Nya
Kerana Tuhan tidak terlibat dengan masa
Menunggu dan susahnya menunggu
adalah sifat makhluk
Tuhan Maha Suci dari merasa menunggu
Tuhan dahulu dan kemudian sama sahaja
Tidak ada bezanya di antara dua masa
Walaupun Dia tahu masa dahulu dan masa kemudian
Tuhan tidak merasa dahulu dan kemudian
walaupun Dia tahu
Kerana Dia tidak berada di dalam masa
Oleh itu Tuhan tidak terasa
akan adanya cepat dan lambat
Walaupun Tuhan tahu kedua-duanya
Kerana cepat dan lambat ia tertakluk dengan masa
Tuhan tidak tertakluk dengan masa
Yang tertakluk dengan masa adalah makhluk-Nya
Maha suci Tuhan ditelan masa

Selepas Asar dan Isyak


21 - 08 - 1999

43
SAJAK – SIRI 1

MAHA SUCI TUHAN


32 DARIPADA PENYERUPAAN

A LLAH Taala adalah Tuhan


yang sungguh berbeza dengan makhluk-Nya
Sama ada zat-Nya, sifat-Nya
mahupun perbuatan-Nya
Tuhan tidak perlu kepada tempat
kerana tempat Dia yang mencipta
Juga Dia bukan jrim
yang memerlukan ruang tempat berada
Ruang juga makhluk ciptaan-Nya
Tuhan juga tidak berada di dalam masa
Kerana Tuhan tidak perlu kepada ciptaan-Nya
Lantaran itu Tuhan tidak merasa hidup lama
Oleh itu Tuhan tidak merasa cepat dan lambat
Yang merasa cepat dan lambat adalah makhluk-Nya
Cepat dan lambat diukur dengan masa
Tuhan tidak terlibat dengan masa
Tapi Tuhan tahu tentang masa cepat dan lambat
Pandangan-Nya terhadap yang dekat
dan jauh sama sahaja
Yang terlindung dengan yang tidak tiada bezanya
Yang kecil dengan yang besar serupa aja
Pendengaran-Nya sama ada yang bersuara atau tidak
semuanya didengar-Nya
Yang jauh atau yang dekat tetap didengar-Nya,
bahkan tidak ada bezanya
Pengetahuan setiap yang wujud mahupun yang tiada
semua diketahui-Nya
Sama ada yang kecil mahupun yang besar
tiada kecuali di dalam pengetahuan-Nya
Sekalipun sebesar debu yang paling halus
tersembunyi pula namun diketahui-Nya
Bahkan gerak hati kita sendiri pun

44
TAUHID

yang kita tidak dapat mengesannya Dia tahu


Itulah Dia Tuhan sungguh Agungnya
Maha Suci Dia daripada penyerupaan
Sama ada zat-Nya,
sifat-Nya mahupun perbuatan-Nya

Menjelang tidur
23 - 08 - 1999

45
SAJAK – SIRI 1

33 MARI MENGENAL TUHAN

M ARI kita mengenal Tuhan


Wujud-Nya tiada permulaan dan tiada berkesudahan
Ertinya wujud-Nya berkekalan
Kerana tiada yang menjadikan
Zat-Nya bukan jirim yang memerlukan ruang
Kerana ruang Tuhan yang menjadikan
Dia tidak terlibat di dalam masa
Kerana masa Dia yang menjadikan
Kerana itulah Tuhan tidak boleh dikatakan tua atau muda
Muda dan tua adalah sifat makhluk-Nya
Kerana makhluk ditelan masa
Kerana tidak terlibat di dalam masa,
kerana itulah Tuhan tidak merasa menunggu
Tuhan tidak dapat ditunjuk seperti makhluk,
seperti kita kata di sini atau di sana,
di atas atau di bawah
Kalau masih boleh ditunjuk ertinya Tuhan bertempat
Sedangkan tempat, Allah yang menjadikan
Ia tidak perlu kepada tempat
Memerlukan tempat adalah sistem hidup makhluk
Tuhan tidak ada penyerupaan
Tuhan mempunyai Qudrat atau Kuasa
Kuasa atau Qudrat Tuhan bukannya tenaga
Tenaga ada batasannya
Qudrat Tuhan tidak ada batasannya
Tuhan adalah Berkehendak (Iradat)
Kehendak Tuhan bukan melalui rasa dan kemahuan
Rasa dan kemahuan dari nafsu dan jiwa
Tuhan tidak ada nafsu dan jiwa
Kehendak-Nya adalah dari Zat-Nya yang bersifat Kehendak
Pengetahuan-Nya meliputi semua
Dia tahu apa yang ada dan apa yang tiada
Kerana Tuhan bukan tahu dengan akal dan fikiran

46
TAUHID

Pendengaran-Nya dekat dan jauh sama sahaja,


ada suara atau tiada semua didengar-Nya
Dekat dan jauh, bersuara atau tiada,
pada-Nya sama sahaja tiada bezanya
Kerana Dia tidak mendengar melalui telinga
Penglihatan-Nya tembus, jauh dan dekat sama sahaja
Jauh dan dekat, besar dan kecil semua dilihat-Nya
Kerana Tuhan melihat bukan dengan mata
Di antara sifat Tuhan, Dia berkata-kata dan berbahasa
Bahasa Tuhan tidak ada dahulu dan kemudian
Dahulu dan kemudian bahasa makhluk-Nya
Bahasa Tuhan tidak berlafaz dan bersuara
Al Quran itu adalah bahasa malaikat
terjemahan bahasa Tuhan
Tuhan sentiasa sibuk tidak ada rehat walaupun sedetik
Tapi sibuk-Nya tidak seperti makhluk bersibuk-sibuk
Walupun Dia sibuk tapi Dia tidak merasa sibuk
Tidak merasa penat dan meletihkan
Entahkan berapa bilion perkara,
macam dan jenis yang dicipta-Nya
Namun tidak ada satu pun walaupun sebesar habuk
yang dilupakan-Nya
Semuanya di dalam pengetahuan-Nya
Entah berapa banyak ciptaan-Nya
Tuhan mewujudkan itu semua tidak ada yang sia-sia
Semuanya itu mengandungi hikmah, sekalipun satu habuk
yang paling kecil yang berterbangan ada hikmahnya

Menjelang tidur
05 - 09 - 1999

47
SAJAK – SIRI 1

34 MARI KITA MENGENAL TUHAN

M ARI kita mengenal Tuhan


Tuhan kita ialah Allah,
Nama-Nya yang paling agung yang dikatakan Lafzul Jalalah
Dia adalah Zat yang Maha Suci lagi Maha Tinggi
Suci daripada sebarang penyerupaan
dengan makhluk-Nya di dalam semua hal
Kerana itulah Dia tidak dapat hendak dibayangkan,
Kalau dibayangkan satu pendustaan yang maha besar
Wujud-Nya sediakala, tidak ada permulaan,
tidak ada kesudahan
Kerana Dia bukan jenis ciptaan, bahkan Pencipta seluruh alam
Menjadi Pentadbir, Pendidik dan Penyelamat
Takkan Pencipta dengan yang dicipta ada persamaannya
Zat-Nya Maha Esa, satu atau tunggal
Tapi Esa-Nya tidak boleh dibelah bagi
Yang boleh dibelah bagi itu adalah benda atau barang ciptaan,
atau sesuatu yang kena cipta atau diwujudkan
Maha Suci dan Maha Tinggi Tuhan
daripada perlu kepada tempat,
tidak mengambil ruang
Tidak ada di dalam pihak, atau di luar pihak,
kerana di luar pihak juga adalah pihak
Tidak terlibat dengan masa
Tidak terlibat dengan malam dan siang
Tidak terlibat dengan musim yang empat
Kerana semuanya itu adalah makhluk dan ciptaan-Nya
Tuhan tidak berhajat kepada ciptaan-Nya
Tapi makhluk-Nya berhajat kepada Tuhan
Kudrat-Nya adalah mutlak dan tidak terbatas
Kerana kudrat-Nya bukan dari tenaga,
Ia dari Zat-Nya yang Maha Kuasa dan Maha Daya dan Upaya
Iradah-Nya atau kehendak-Nya
bukan daripada dorongan nafsu-Nya
Tuhan tidak ada nafsu seperti haiwan dan manusia

48
TAUHID

Setiap yang terjadi dan yang akan terjadi kemudian


adalah dengan kehendak-Nya
Ciptaannya kecil dan besar sama sahaja,
Dia kata ‘Jadi’, jadilah benda itu
Dia mentadbir, mengawal dan menjaga
bukan hasil berfikir-fikir dan meneliti
Kerana berfikir dan meneliti adalah dari akal
Dia memang sudah sedia tahu dan bijaksana
Tuhan tidak ada akal seperti malaikat dan manusia
Setiap yang dicipta-Nya tidak ada yang sia-sia
Sekalipun debu yang halus ada hikmahnya
Sama ada kita dapat fikirkan
mahupun yang tersembunyi hikmahnya
Ilmu-Nya maha luas tidak terbatas dan tidak berkesudahan
Mengetahui yang ada dahulu,
yang sedang ada mahupun yang akan ada,
Sekalipun yang tiada Tuhan tahu
Tidak ada sebesar habuk pun yang dilupakan
Hidup-Nya tidak ada berkesudahan,
kerana Dia hidup bukan dengan nyawa
Dan tidak ada yang menamatkan kerana Dia adalah Tuhan,
tiada Tuhan selain-Nya
Ertinya tiada siapa yang berkuasa ke atas Zat-Nya yang
hendak mematikan
Dia mendengar bukan dengan telinga,
Tapi daripada Zat-Nya yang bersifat mendengar
Dia melihat tapi bukan dengan mata,
tapi daripada Zat-Nya yang bersifat melihat
Sifat mendengar dan melihat-Nya Esa
tidak berperingkat-peringkat
Jauh dan dekat sama sahaja
Tuhan bercakap atau mempunyai bahasa yang tersendiri
Yang tiada siapa yang mengetahui sekalipun para malaikat
Bahasa-Nya tiada yang dahulu dan tiada yang kemudian,
tiada berlafaz dan tiada berhuruf, tiada perkataan
Tiada bunyi dan suara, tiada koma dan full-stop
Tiada permulaan dan tiada berkesudahan
Tiada tanda tanya dan tiada tanda seruan

49
SAJAK – SIRI 1

Al Quran adalah bahasa malaikat dan bahasa rasul


maksud dan mafhum daripada bahasa Tuhan
Jadi bahasa juga tidak ada penyerupaan
Maha Suci Tuhan
Dia menghukum dengan keadilan-Nya,
memberi nikmat dengan rahmat-Nya
Kasih sayang kepada hamba-hamba-Nya
mengatasi segala sifat-sifat-Nya yang lain
Nikmat dan rahmat-Nya terus mengalir
tidak pernah berhenti-henti
sekalipun sedetik atau sekelip mata
Kerana itulah nikmat-Nya tidak mampu untuk dihitung
Nikmat nafas turun naik pun kita tidak dapat mengiranya
Betapalah nikmat-nikmat yang lain lagilah terlalu banyaknya
Dia adalah Pemberi rezeki, Pentadbir, Penjaga,
Penyelamat, Pengawal,
Dan menentukan segala nasib makhluk-makhluk-Nya
Kalau satu detik pun kita terlepas
daripada Tuhan pasti binasa
Aduh siapa Tuhan?!
Dia adalah Maha Besar, Maha Agung,
Maha Berkuasa, Maha Perkasa
Maha Gagah, Maha Hebat, Maha Pengasih
Kasih-Nya kepada hamba-hamba-Nya
lebih kasih daripada seorang ibu kepada anak-anaknya
Patut kita jatuh hati kepada-Nya
Bahkan cinta kepada-Nya
Patut kita membesarkan, memuja, mengagungkan,
menyanjung dan menyembah dan menakuti-Nya
Dia adalah idola daripada segala idola yang ada di dunia
Kita sangat perlu kepada Tuhan
Kerana itulah kita mesti memperjuangkan-Nya
Hingga seluruh manusia mengenal-Nya
dan mencintai-Nya dan menyembah-Nya

Selepas Asar
18 - 07 - 2000

50
TAUHID & TASAWUF

2
Tauhid & Tasawuf

51
SAJAK – SIRI 1

KANDUNGAN

KENALI TUHAN
1 Beza ‘Alimbillah Dengan ‘Arifbillah 55
2 Ilmu Ketuhanan Bukan Ilmu Akal Tapi Ilmu Rasa 56
3 Cerdik Pandai Yang Bodoh 58
4 Kenalilah Tuhan 60
5 Engkau Belum Nampak Kekuasaan Tuhan 61
6 Kenal Diri Maka Kenal Tuhan 62
7 Kalau Manusia Mengenali Tuhan 63
8 Engkau Bertuhan Yang Bukan Tuhan 64
9 Erti mengenal Tuhan 66
10 Lantaran Tidak Kenal Tuhan 68
11 Mengenal Tuhan Dengan Hati 69
12 Kalau Engkau Sedar Kuasa Tuhan 70
13 Tuhan Maha Kuasa Atas Segala Kuasa 71
14 Kuasa Manusia Tertakluk Atas Kekuasaan Tuhan 72
15 Jangan Lupakan Yang Maha Kuasa 73
16 Hikmah Bismillahirrahmanirrahim 74
17 Ajarkan Aku Ilmu Yang Seni-Seni 76
18 Jika Merasa Kebesaran Allah 77

MILIKI TUHAN
19 Milikilah Tuhan 78
20 Marilah Bersama Mencari Tuhan 79
21 Pada Allah Ada Segala-galanya 80
22 Buta Mata, Buta Akal Dan Buta Hati 81
23 Engkau Melupakan Tuhan 82
24 Orang Yang Tidak Rasa Bertuhan 84
25 Setiap Detik Engkau Perlukan Tuhan 86
26 Kalau Kuasa Tuhan Sentiasa Terasa Di Hati 87
27 Sepatutnya Segenap Hati Cinta Pada-Mu 88
28 Engkau Tidak Lihatkah Kasih Sayang Tuhan? 90
29 Tanda-Tanda Kasih Sayang Tuhan 92
30 Mengapa Tidak Jatuh Hati Kepada-Nya 94
31 Mengapa Tidak Kagum Dengan Tuhan 96
32 Mengapa Tidak Nampak Kuasa Tuhan 98

52
TAUHID & TASAWUF

33 Aku Hairan Dengan Engkau 100


34 Sifat Tuhan Yang Boleh Ditiru 101
35 Setiap Nafas Turun Naik Akan Ditanya 102
36 Perjuangkan Semula Tuhan 104
37 Hati Yang Celik 106

FAHAMI KERJA TUHAN


38 Memahami Tuhan Melalui Reaksi-Nya 108
39 Fahamilah Perbuatan Tuhan 109
40 Aneh Kerja Tuhan 110
41 Manusia Tidak Terasa Peranan Tuhan 111
42 Tidak Ada Milik Engkau 112
43 Cari Di Mana Hak Engkau 114
44 Buatlah Kerja Sesuai Dengan Perintah Tuhan 115
45 Selarikan Kehendak Kita Dengan Kehendak Tuhan 116
46 Setiap Kejadian Ada Hikmahnya 118
47 Engkau Tidak Lihatkah Kuasa Dan Kerja Tuhan? 120
48 Pilihan-Mu Penuh Hikmah 122

RASA BERTUHAN
49 Perlunya Rasa Bertuhan 123
50 Suburkan Rasa Bertuhan 124
51 Tuhan Adalah Pelindung 125
52 Tanda-tanda Kasih Sayang Tuhan 126
53 Allah Sumber Bahagia 128
54 Tanda kebesaran Tuhan Pada Diri Engkau 129
55 Tuhan Itu Rafiqul A’la 130
56 Berkawan Dengan Tuhan Tidaklah Susah 132
57 Ingatlah Tuhan Walau Di Mana 134
58 Aku Sebut Nama-Mu Tuhan 136
59 Jadikan Tuhan Sebagai Kawan 138
60 Aku Bahagia Engkau Tuhanku 139
61 Indahnya Bertuhan 140
62 Rijalullah 142
63 Kalau Engkau Sedar Allah Melihatmu 143
64 Kalau Terasa Kebesaran Tuhan 144
65 Jangan Tinggalkan Aku Tuhan 145
66 Apa yang Tuhan Jadikan Adalah Untuk Merasai
Kebesaran-Nya 146
67 Kebesaran Dan Kekuasaan Engkau Dapat Dirasa
Dalam Diri 148
68 Bagaimanalah Aku Tidak Menyembah-Mu 149
69 Keikhlasanku Tercacat 150

53
SAJAK – SIRI 1

70 Beribadah Bukan Dari Pengenalan 151


71 Kusembahkan Pada-Mu Tuhan 152
72 Takutilah Allah 153
73 Aku Hairan Engkau Tidak Takut 154
74 Takutilah Tuhan 156
75 Robeklah Hatiku Dengan Takutkan-Mu 157
76 Sunnatullah Yang Berlaku 158
77 Takutilah Allah Yang Maha Kuasa Di Waktu Berkuasa 159
78 Tiada Makhluk Abadi 160
79 Dalam Memburu, Kita Diburu 162
80 Kawan Ketika Sakaratul Maut 164
81 Apa Kita Hendak Jawab Kepada Tuhan? 166
82 Mengapa Terkejut Dengan Kematian? 168
83 Engkau Abaikan Harta Yang Bersifat Maknawi 170
84 Setiap Hari Umur Kita Berkurang 172
85 Balik Ke Negara Asal 173
86 Patuhi Undang-Undang Sewaktu Berdagang 174
87 Aku Selalu Merenung Negara Yang Jauh 176
88 Iman Adalah Terpenting 177
89 Bala Yang Dahsyat Bila Ditarik Iman 178
90 Jagalah Hidayah Dan Petunjuk Dari Tuhan 180

54
TAUHID & TASAWUF

BEZA ‘ALIMBILLAH
1 DENGAN ‘ARIFBILLAH

A L ‘ALIMBILLAH, orang yang mengetahui Allah


dengan rambang
Ia mempercayai Allah berdasarkan hujah ilmu dan akal
Atas dasar ilmu dia tidak boleh menolak adanya Tuhan
Tapi percaya secara ilmu itu, tidak ada rasa bertuhan
Takut dan cintanya dengan Allah tidak dapat dirasakan
Berlainan sekali Al ‘Arifbillah
Orang yang mengenal Allah dengan makrifat yang mendalam
Ilmunya memberitahu
Dikuatkan oleh perasaan hati yang sentiasa sedar rasa bertuhan
Al ‘Alimbillah suka berbahas, suka berforum, suka bermujadalah
Tapi apa yang dibincangkan tidak pun dihayati
Dan tidak diperbincangkan dengan amalan
Al ‘Arifbillah, cinta dan takutnya dengan Tuhan amat mendalam
Perasaan itu payah hendak diungkaikan
Rasa kehambaan dapat dilihat di dalam kehidupan
Al ‘Arifbillah bercakap berdasarkan pengalaman
Al ‘Alimbillah bercakap atas dasar ilmu pengetahuan
Al ‘Arifbillah kerana rasa kehambaan mendalam
Sifat-sifat mahmudahnya nampak terserlah di dalam kehidupan
Al ‘Alimbillah sifat-sifat yang mazmumahnya yang terserlah
Terutama sifat-sifat ego, riyak dan megah
Gila nama dan glamour
Ingin dipuji dan dikenang jasanya
Al ‘Arifbillah, sanjungan dan pujian
itulah yang menyeksa hatinya
Itulah yang dibenci dan sangat tidak disukainya
Al ‘Alimbillah belum menyelamatkan seseorang
Al ‘Arifbillah baru ada jaminan dari Tuhan

Selepas Zuhur
08 - 11 - 1999

55
SAJAK – SIRI 1

ILMU KETUHANAN BUKAN ILMU AKAL


2 TAPI ILMU RASA

B ELAJAR ilmu hisab atau ilmu kedoktoran


tidak terasa bertuhan, tidaklah hairan
Belajar ilmu yang tersebut dan lain-lain ilmu
tidak terasa bertuhan
Perkara biasa di setiap zaman
Bahkan adakalanya belajar ilmu sekular
Langsung tidak percaya adanya Tuhan yang Maha Esa
Tapi yang lebih aneh
Orang yang belajar ilmu ketuhanan hingga jadi ulama,
tidak rasa bertuhan
Bahkan pakar ilmu tauhid atau ilmu ketuhanan
pun tidak bertuhan
Kerana mereka belajar ilmu aqidah
dengan akal semata-mata
Sedangkan jiwanya tidak menghayati ilmu itu
Akalnya percaya adanya Tuhan
Jiwanya tidak terasa bertuhan
Di segi ilmu, pakar dengan Tuhan
Di segi jiwa, kosong dari Tuhan
Kerana itulah rasa takutnya dengan Tuhan
tidak berlaku atau tidak ada
Syariat Tuhan tidak dijadikan pakaian
Apabila mendapat ujian
Dia tidak dapat kembalikan kepada Tuhan
atau tidak merujuk kepada Tuhan
Akibatnya jiwanya menderita
Menerima ujian itu dia tidak tahan
Akhlaknya kasar, tidak melambangkan orang bertuhan
Kehidupannya tidak mempedulikan syariat
Sekalipun boleh memperkatakan Al Quran
Atas alasan ilmu semata-mata
Padahal ilmu ketuhanan hendaklah dirasa oleh jiwa
Ilmu ketuhanan bukan ilmu akal tapi ilmu rasa

56
TAUHID & TASAWUF

Orang yang percaya Tuhan, hidup macam tidak bertuhan


Orang ‘terasa’ bertuhan, orang yang takut dengan Tuhan
sekalipun ilmunya kurang
Mereka yang rasa bertuhan yang menghormati syariat Tuhan
Kerana rasa bertuhan itu
adalah fitrah semulajadi bagi setiap insan
Lantaran itulah rasa bertuhan itu
kenalah suburkan di dalam setiap jiwa manusia
Tidak cukup setakat akalnya percaya adanya Tuhan

23 - 10 - 1999

57
SAJAK – SIRI 1

3 CERDIK PANDAI YANG BODOH

D I DALAM kecerdikan dan kepandaian


ada kebodohan
Yang tidak sepatut ada dan sangat ketara pula
Di masa ilmu banyak, ada ilmu yang lebih banyak
tidak ada pada manusia
Ertinya manusia ini telah menjadi bodoh
di dalam kepandaian
Maksudnya, ciptaan Tuhan boleh diketahui oleh manusia
Pencipta ciptaan itu tidak diketahui
Iaitu Tuhan yang Maha Esa
Ini adalah aneh sekali
Bahan-bahan yang ada di dunia
Sama ada yang lahir mahupun yang tersembunyi
dapat diketahui
Malang sekali pencipta bahan
tidak ada yang ingin mengetahui
Manusia kagum dengan ciptaan Tuhan,
tapi tidak kagum dengan Tuhan
Seperti kagum dengan sebuah kereta,
tapi tidak kagum dengan perekanya
Manusia terpesona dan mabuk dengan ciptaan Tuhan
Tapi tidak terpesona dan mabuk dengan Tuhan
Pakar-pakar ciptaan Tuhan inilah yang dianggap ilmuannya
Di bagi ijazah dan degri serta berbagai-bagai gelaran
Dikagumi dan dihormati
Padahal mereka ini jahil
terhadap Tuhan dan ilmu ketuhanan
Pada kita orang ini adalah cerdik pandai yang bodoh
Ciptaan Tuhan diketahui,
Tuhan Pencipta tidak diketahui
Pandai pada perkara yang tidak utama,
bodoh terhadap yang utama
Cerdik tidak memberi erti apa-apa mengikut Islam

58
TAUHID & TASAWUF

Kerana cerdiknya pada perkara yang tidak utama


Tapi yang dia bodoh pada perkara yang utama
Apalah yang hendak dikagumkan
Pakar perkara yang dapat disentuh dan dapat dirasa
Tapi jahil perkara yang tidak dapat disentuh dan dirasa
Iaitu Tuhan yang Maha Esa
Itu bukanlah pandai yang luar biasa
Itu manusia biasa,
yang tidak ada apa-apa istimewanya

Menjelang tidur
25 - 09 - 1999

59
SAJAK – SIRI 1

4 KENALILAH TUHAN

O RANG yang kenal Tuhan atas dasar ilmu


dinamakan Al ‘Alimbillah
Mereka percaya bahawa Tuhan itu wujud tidak boleh ditolak
Ilmu tidak membenarkannya menolak dan menidakkannya
Atas dasar ilmu, akal tidak boleh menerima
bahawa Tuhan tidak ada
Mengenal Tuhan begini, rasa bertuhan tidak ada
Takut dengan Tuhan tidak terasa
Cinta dengan Tuhan
lebih-lebih lagilah tidak akan wujud padanya
Rasa bertuhan hendaklah jiwa atau hati merasanya
Dengan itu barulah datang rasa takut,
cinta, hebat, malu, dan lain-lainnya
Orang yang rasa bertuhan sahaja
yang boleh menjaga dirinya
Yang boleh taat dan patuh suruhan-Nya
dan larangan-Nya
Yang merasa kebesaran-Nya
Yang menyanjung, memuja, dan menjadikan idolanya
Mengenal Tuhan dengan hati
inilah yang dikatakan Al ‘Arifbillah
Mengetahui dengan akal, mengenal dengan hati
Jangan tahu sahaja adanya Tuhan, tapi tidak mengenal
Tahu sahaja tidak akan dapat cinta
Cinta datang setelah mengenal
Tahu sahaja tidak akan timbul takut
Takut datang setelah mengenal
Kenalilah Tuhan
agar engkau cinta dan takut kepada-Nya

Selepas Zuhur
03 - 10 - 1999

60
TAUHID & TASAWUF

ENGKAU BELUM NAMPAK


5 KEKUASAAN TUHAN

S ETIAP hari engkau pijak bumi Tuhan


Engkau bernaung di bawah bumbung langit-Nya
Kemudian engkau boleh lupakan begitu sahaja Tuhan?!
Bahkan engkau sombong dan membuat onar di bumi?!
Setiap detik engkau hirup udara Tuhan
Hingga engkau boleh hidup di bumi
Belum lagi apa yang engkau makan
dan yang engkau minum dan lain-lain lagi
Tidak rasakah engkau malu kepada-Nya?!
Hingga mendorong engkau bersyukur kepada-Nya
Berapa banyak yang engkau
tidak hendak berlaku pada diri engkau
Dan berapa banyak pula yang engkau hendak tidak berlaku
Bahkan banyak perkara yang engkau tidak fikirkan
terjadi pada diri engkau
Sama ada yang positif mahupun yang negatif
Mengapa engkau tidak nampak lagi kuasa-Nya?!
Setakat ini pun sudah cukup berapa banyak sifat-sifat Tuhan
yang berlaku kepada diri engkau
Di situ kan ada rahmat dan nikmat-Nya?!
Ada kasih sayang-Nya, ada Qahhar dan Jabbar-Nya
Di sini juga ada sifat Ilmu-Nya dan Bijaksana-Nya?!
Ada didikan dan pengajaran
Kalau engkau sedarlah semuanya ini
Pasti engkau jatuh hati dengan Tuhan
Engkau takut dan gerun dengan-Nya
Engkau akan puja dan puji Tuhan
Tapi malangnya yang engkau nampak diri engkau
Segala-galanya diri engkau
Seolah-olahnya hati engkau berkata
Aku, aku, adalah aku semuanya aku
Engkau menuhankan diri engkau sendiri
Sekalipun engkau tidak mengaku Tuhan Selepas Zuhur
28 - 11 - 2001

61
SAJAK – SIRI 1

6 KENAL DIRI MAKA KENAL TUHAN

S ELALULAH periksa hati atau jiwa


Gerakannya halus, perjalanannya seni, kesannya besar
Sungguh susah dan sulit sekali mengesan perjalanannya
Kerana gerakannya tidak dapat dilihat oleh mata
Bahkan akal fikiran pun tidak mampu mengesannya
Hanya dapat dikesan dengan mata hati itu juga
Serta disuluh oleh ilmu mengenai hati atau jiwa
Siapa mengenal dan dapat mengesan
perjalanan hati atau jiwanya
Dia telah mengenal dirinya sendiri
Orang yang mengenal diri, dia akan mengenal Tuhannya
Barangsiapa tidak mengenal diri sendiri
Sudah pasti dia tidak kenal Tuhan yang menjadikannya
Orang yang tidak kenal Tuhan
adalah menjadi bencana kepada dunia
Makin pandai, jika tidak kenal Tuhan,
makin menjadi perosak kepada dunia dan manusia
Semakin kaya, kalau tidak kenal Tuhan,
semakin merbahaya kepada manusia dan kehidupan
Lebih-lebih lagi orang yang berkuasa tidak kenal Tuhan
Berlakulah penzaliman, penganiayaan dan penindasan
Aduh! Awasilah manusia yang derita dan terseksa
Malang kepada manusia
Berbagai-bagai perkara yang besar dan sulit
manusia telah mengesan dan mengenalnya
Bermacam-macam ilmu yang telah dapat diteroka
Tapi malang sekali,
sedikit sekali manusia yang mengenal diri

Selepas Asar
10 - 09 - 1999

62
TAUHID & TASAWUF

7 KALAU MANUSIA MENGENALI TUHAN

K ALAU manusia mengenali Tuhan


Hancur luluhlah hati manusia,
tidak sempat mengingati yang lain
Hati dan jiwanya semata-mata terpaku dengan Tuhannya
Jika manusia mengenali kehebatan dan keagungan Tuhan
Kuasanya mutlak, kecut perut manusia
Kalau manusia sentiasa sedar, pendengaran,
penglihatan dan pengetahuan Tuhan
Tidak pernah lekang dari manusia
Nescaya manusia ini tawadhuk
dan rendah diri di bumi Tuhan
Jika manusia itu rasa bertuhan sentiasa hidup di dalam hati
Matilah angan-angan, dan takut pun datang menerpa hati
Manusia akan sibuk dengan diri
dan tidak sempat memikir diri orang
Masing-masing takut dan bimbang,
tidak akan sempat mengumpat orang
Aduh, kalau Tuhan sentiasa di hati
Perasaan bertuhan sentiasa mencengkam jiwa
Mengenang pula nikmat-nikmat Tuhan terlalu banyaknya
Bertambah lagilah perasaan cinta dan takut bercampur-baur
Cinta kerana nikmat-Nya dan kasih sayang-Nya
Takut kalau nikmat-Nya ditarik semula
Kalau terbuat dosa atau tersalah, diazab-Nya
Begitulah kalau seseorang hamba mengenali Tuhannya
Hatinya sibuk dengan Tuhannya
Dunia dan nikmatnya tidak mempengaruhinya
Sekalipun dunia di tangannya

Menjelang tidur
18 - 11 - 1999

63
SAJAK – SIRI 1

ENGKAU BERTUHAN
8 YANG BUKAN TUHAN

T UHAN adalah tempat manusia


mengagung dan memuja
Jadi apa sahaja yang menjadi pujaan manusia,
itulah tuhannya
Sekalipun dia tidak menyebut tuhannya
Sebenarnya apa sahaja yang engkau agungkan
dan puja itulah tuhan engkau
Kalau negaralah yang menjadi sanjungan
dan pujaan engkau
Itulah tuhan engkau
Jika bangsalah yang menjadi pujaan
dan kebesaran engkau, itulah tuhan engkau
Kalau engkau membuat apa sahaja demi negara,
itulah tuhan engkau
Jika engkau memperjuangkan demi kebesaran bangsa,
itulah tuhan engkau
Begitulah juga jika engkau memperjuangkan
keagungan ideologi, itulah tuhan engkau
Seterusnya kalau wang ringgit atau betina
yang menjadi pujaan engkau, itulah tuhan engkau
Sungguh bodoh engkau bertuhankan
yang tidak berkuasa di atas engkau
Di mana kecerdikan engkau
menuhankan benda yang kaku beku, ciptaan Tuhan?
Segala yang kita sebutkan tadi bukankah akan binasa?
Mengapa engkau bertuhankan sesuatu yang binasa?
Mengapa engkau jadikan tuhan
yang engkau akan tinggalkan?
Kenapa dan mengapa engkau jadikan tuhan
yang tidak memberi apa-apa kepada engkau
Itulah tandanya akal sahaja
tidak cukup memandu engkau!

64
TAUHID & TASAWUF

Itulah buktinya mata dan akal


tidak mampu memimpin engkau!
Kalau mata hati dan jiwa engkau buta
Hati dan jiwa yang buta itulah
yang menjadikan engkau tidak kenal Tuhan
Hati engkau yang buta itulah
yang engkau salah mengambil Tuhan
Rupanya engkau telah ‘syirik’, tapi engkau tidak sedar
Engkau anggap sembah berhala sahaja menjadi syirik?
Engkau puja negara, engkau puja bangsa,
engkau puja ideologi, engkau telah syirik
Memuja negara atau bangsa
sama seperti memuja berhala
Kembalilah kepada Tuhan yang sebenar!
Engkau telah tersesat jalan!
Kerana engkau jadikan tuhan yang bukan Tuhan

Menjelang tidur
21 - 11 - 1999

65
SAJAK – SIRI 1

9 ERTI MENGENAL TUHAN

M ENGENAL Tuhan ertinya mengenal tujuan mati dan hidup


Kerana Tuhanlah kita hidup dan mati
Mengenal Tuhan ertinya mengenal tempat rujuk,
mengenal tempat berlindung,
mengenal tempat menyerah diri,
mengenal tempat mengadu, mengenal tempat bermanja.
Mengenal Tuhan ertinya mengenal perbuatan Tuhan
ke atas diri kita
Semuanya yang berlaku pada diri kita adalah mengandungi
hikmah dan pengajaran yang berguna
Apabila mengenal Tuhan barulah kita rasa seronok
melaksanakan syariat-Nya
Dengan syariat-Nya kita akan selamat dan menyelamatkan
Kerana syariat itu adalah disiplin kehidupan
Disiplin adalah sangat diperlukan oleh setiap insan
Dengan disiplin manusia hidup teratur
Setiap masa ada program yang tertentu untuk faedah manusia
Masa tidak terbuang, setiap ruang masa ada jadual hidup yang
berguna
Dengan syariat manusia hormat-menghormati satu sama lain
Dapat bekerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak
secara langsung
Kemajuan pun terbangun, hidup berkasih sayang dan harmoni
juga wujud
Berlakulah maaf-bermaafan, bertolak ansur, berlapang dada
sesama manusia
Syariat mendisiplinkan manusia hidup secara bersih, rajin dan
cergas
Bersih daripada pengkhianatan, penzaliman,
daripada jatuh-menjatuhkan, daripada rasuah
Setiap orang ingin hidup bersih,
maka terjauhlah segala maksiat dan jenayah

66
TAUHID & TASAWUF

Apabila bersyariat bertunjangkan iman


kerana Tuhan telah dikenal
Dari syariat lahirlah akhlak yang mulia
dan peribadi yang tinggi moralnya
Akhlak yang mulia itulah pendorong perpaduan,
kedamaian, kasih sayang dan keharmonian
Maka berlakulah manusia di dunia seolah-olah satu keluarga
Ini telah pernah berlaku di dalam sejarah
Terutama di zaman Rasulullah SAW yang begitu indah.

Menjelang tidur
02 - 07 - 2000

67
SAJAK – SIRI 1

10 LANTARAN TIDAK KENAL TUHAN

K ERANA umat Islam sudah lama tidak begitu kenal Tuhan


Sekalipun mereka yang masih beribadah kepada-Nya
Kesan dari itu ramai umat Islam yang prejudis dengan Tuhan
Teringat sahaja Tuhan seolah-olah Tuhan itu
hanya menghukum
Mereka percaya adanya Tuhan tapi dirasakan Tuhan itu
menyusahkan dan mengancam
Teringat Tuhan hanya menakutkan tidak lebih dari itu
Percaya dengan Tuhan tapi benci dengan-Nya
Teringat sahaja Tuhan tidak terasa lazat dan indahnya
Teringat sahaja Tuhan tidak terasa terhibur
Padahal Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang
terhadap hamba-hamba-Nya
Tapi manusia tidak terasa lagi kasih sayang-Nya
Manusia tidak terasa lagi Allah itu pentadbir, penjaga,
penyelamat dan pelindung
Seolah-olah Tuhan itu hubungannya dengan manusia
hanya menghukum
Padahal Tuhan itu adalah segala-galanya
Yang paling menonjol adalah kasih sayang-Nya
Yang banyak adalah rahmat dan nikmat-Nya
kepada manusia bahkan kepada alam seluruhnya
Tapi kerana Tuhan sudah tidak dikenali lagi
hanya sekadar percaya kewujudan-Nya
Maka manusia prejudis dengan Tuhan
Sepatutnya Tuhan itu dikasihi dan dicintai
bukan sekadar ditakuti
Tuhan itu sepatutnya kita merasa
Dia melindungi dan penyelamat
Setiap manusia sepatutnya sangat perlu kepada Tuhan

Menjelang tidur
18 Muharram 1421 H

68
TAUHID & TASAWUF

MENGENAL TUHAN
11 DENGAN HATI

D ENGAN akal sahaja seseorang itu tidak akan kenal Tuhannya


Kekuatan akal hanya sekadar tahu
Yang mengenal itu adalah hati
Lantaran itulah ramai ahli fikir tidak mengenal Tuhan,
hanya sekadar tahu
Bahkan ada di kalangan mereka
yang tidak percaya wujudnya Tuhan
Hati atau jiwa itulah hakikat diri
Kalau hati atau jiwa tidak mati atau buta
Ia mampu mengenal Tuhan secara hakiki
Bahkan rasa bertuhan sentiasa hidup di dalam jiwa
Rasa itu akan dibawa ke mana-mana
Kerana itulah hati dikatakan raja di dalam diri
Akal hanya sekadar penasihat sahaja
Raja sudah tentulah orang yang paling cerdik
Kerana itulah ia mampu mengenal Tuhannya
Kecuali hati atau jiwa telah mati atau buta
Dibutakan atau dimatikan oleh akalnya sendiri
Makin cerdik akal, makin cepat buta atau mati jiwanya
Jika mengabaikan hati atau jiwa
Akal hanya menyuluh tapi hati atau jiwa menentukan
Akal hanya memberi panduan tapi hati meyakinkan
Kerana itulah semua anggota badan biar berfungsi
Dia akan menguatkan satu sama lain
Jangan hanya akal sahaja berfungsi,
hati atau jiwa diabaikan

Menjelang tidur
25 - 11 - 1999

69
SAJAK – SIRI 1

KALAU ENGKAU SEDAR


12 KUASA TUHAN

K ALAU engkau sedarlah kuasa Tuhan itu


menguasai sepenuhnya ke atas diri engkau
Nescaya hati engkau menggelupur ketakutan terhadap Tuhan
Hati engkau sentiasa bergelombang kerana bimbang
Jika engkau sedarlah penglihatan, pendengaran dan
pengetahuan tembus-Nya terhadap diri engkau
Nescaya rasa bertuhan tidak akan lekang dari hati engkau
Dan tentu susah sekali engkau hendak melupakan Tuhan
Juga jika engkau sedarlah rahmat dan nikmat Tuhan itu
kepada diri engkau tidak pernah rehat walaupun sedetik
Nescaya sungguh malu engkau kepada Tuhan
Syukur engkau terhadap-Nya
tidak akan terputus-putus kepada-Nya
Engkau akan besarkan, agungkan,
puja dan cinta terhadap-Nya
Engkau akan melutut dan sujud
menyembah Tuhan sepanjang hayat
Tapi hati engkau telah buta, jiwa engkau telah mati
Engkau tidak terasa apa-apa lagi terhadap Tuhan
Kepekaan engkau terhadap Tuhan sudah tidak ada lagi
Yang engkau besar dan agungkan
yang dapat engkau lihat dengan mata
Yang engkau sensitif ialah sesuatu yang engkau dapat fikirkan
Mata dan fikiran engkau yang menguasai diri engkau
Hati dan jiwa engkau sudah tidak berfungsi
Di waktu tirai dunia ini akan dilabuhkan
Engkau akan terkejut dan terbeliak mata engkau
Rupanya ada lagi satu kehidupan yang lebih luas dan dahsyat
Yang kekal abadi buat selama-lamanya
Yang selama ini engkau tidak dapat fikirkan
Di sanalah nanti engkau akan menyesal
tidak berkesudahan
Menjelang Tidur
23 - 11 - 1999

70
TAUHID & TASAWUF

TUHAN MAHA KUASA


13 ATAS SEGALA KUASA

D I WAKTU kita berkuasa, kita lupa Allah Maha Kuasa


Tidak terfikir kita akan mendapat kesusahan
Kerana yakin kuasa yang ada pada kita
boleh melindungi kita
Boleh menyelamatkan diri daripada segala malapetaka
Boleh menyorokkan kejahatan kita
Atau siapa hendak menggugat kedudukan kita
Kita orang ada kuasa
Kita lupa
Di atas kuasa kita ada kuasa Tuhan, yang memberi kuasa
Allah boleh bila-bila masa mencabut kuasa kita
Di waktu itu segala-galanya akan terdedah
Segala rahsia akan terbuka
Tiada kuasa yang boleh melindungi kita
Allah akan biarkan kita mendapat malu
Dibiar kita jatuh sejatuh-jatuhnya
Kita akan jatuh terhina
Rakyat akan berkata padan muka
Di waktu engkau berkuasa, lupa daratan
Sekarang baru engkau tahu, mana kuasamu?
Ingatlah Tuhan Maha Kuasa di atas segala kuasa

Selepas Subuh
26 - 02 - 1999

71
SAJAK – SIRI 1

KUASA MANUSIA TERTAKLUK


14 ATAS KEKUASAAN TUHAN

K EKUASAAN manusia tertakluk


di atas kekuasaan Khaliqnya
Hakikatnya makhluk tiada kuasa apa-apa
Janganlah kita sombong dengan kekuasaan kita
Lebih-lebih lagi jangan kita menzalim dengan kuasa itu
Kekuasaan kita bila-bila sahaja Allah boleh tarik
Apabila Allah menarik kuasa seseorang
Hilanglah kuasanya
Nampaklah lemahnya dan hinanya
Bukan sekadar itu
Allah boleh menjatuh dan menghinanya
Bahkan boleh memalukannya
Seterusnya boleh menyusahkannya
Oleh itu apabila kita berkuasa
Ingatlah di atas kuasa kita ada kuasa Tuhan
Gunakanlah kuasa untuk keredhaan-Nya
Gunakanlah kuasa untuk kebaikan
Agar kita bersyukur dengan kuasa itu

26 - 02 - 1999
(9 Zulkaedah 1420)

72
TAUHID & TASAWUF

JANGAN LUPAKAN
15 YANG MAHA KUASA

D I WAKTU engkau menyalahgunakan kuasa


Tidak teringatkah engkau, kuasa itu akan ditarik Tuhan
Ketika engkau menzalim dengan kuasamu
Tidakkah kamu ingat engkau juga
akan dihukum dengan kuasa-Nya
Mengapa engkau tidak terfikir masa depanmu
Bukan sahaja di Akhirat bahkan di dunia lagi
Apakah kamu boleh menentukan nasibmu
Kamu tidak akan mendapat kesusahan?
Nasib malang tidak akan menimpamu?
Tidak terfikirkah kezaliman akan dibalas
dengan kezaliman di dunia lagi
Di Akhirat apatah lagi
Pasti engkau akan terhukum
Jika taubat tidak engkau lakukan
Dan kalau Allah tidak mengampunkan
Ingatlah kuasa yang ada padamu
Bukan boleh menyelamatkan kamu
Kerana di atas kuasamu ada kuasa Tuhan
yang Maha Kuasa
Kuasa yang menentukan segala yang berkuasa

26 - 02 - 1999
(9 Zulkaedah 1420)

73
SAJAK – SIRI 1

HIKMAH
16 BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

N AMA-NAMA Tuhan yang utama ada 99 banyaknya


Tapi Allah memerintahkan
setiap perbuatan yang baik atau mulia
yang hendak dibuat, hendaklah menyebut namanya
Iaitu dengan nama Allah
yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ini memberi erti,
Tuhan hendak memberi tahu hamba-hamba-Nya bahawa
pengasih dan penyayang Tuhan mengatasi
Jabbar, Qahhar, Ghodob dan lain-lain
Ia memberitahu bahawa
kalau kita meneliti kehidupan kita banyak berhubungkait
dengan kasih sayang-Nya
Ia Tuhan mengajar kita agar kita cinta kepada-Nya
Supaya kita bermesra dengan-Nya
Kita senang dengan-Nya, bahagia bersama-Nya
Kita jadikan dia kawan yang Maha Tinggi lagi simpati
Kawan yang setia, Pengasih,
menjaga dan mengawal keselamatan kita
Kita bawa Dia ke mana-mana di dalam kehidupan kita
Apabila perasaan itu sebati di dalam jiwa kita
Maka terhubung pula kasih sayang
kita sesama makhluk-Nya
Kalau Tuhan mencintai kita,
kita kenalah mencintai hamba-hamba-Nya pula
Jika kita dicintai kenalah kita mencintai
Cinta kita kepada Tuhan itu boleh mendorong kita
mencintai makhluk-Nya
Itulah rahsianya mengapa Tuhan menyuruh kita menyebut
nama-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tapi kita menyebutnya tidak dari perasaan
Hanya kita menyebut dengan lidah sahaja
Kita menyebut tidak dari hati dan jiwa

74
TAUHID & TASAWUF

Kerana itulah kita dengan Tuhan tidak cinta


sesama makhluk pun kita tidak cinta
Kalau dengan Tuhan tidak cinta
dengan makhluk Tuhan tidak cinta
Mana hendak terjalin perpaduan
Kerana perpaduan itu adalah ikatan jiwa
berpunca dari kasih sayang
Ia bukan ikatan fizikal atau jasad lahir
Di sinilah salahnya pemimpin-pemimpin kita
Mengajak orang bersatu tapi tidak mengikat jiwanya
Ajak orang bersatu, dengan Tuhan tidak cinta
dengan makhluk Tuhan pun tidak cinta
Saranan itu hanya sia-sia sahaja

Menjelang tidur
04 - 02 - 2000
(29 Syawal 1420)

75
SAJAK – SIRI 1

AJARKAN AKU
17 ILMU YANG SENI-SENI

T UHAN!
Ajarkan aku lagi ilmu yang seni-seni
Iaitu beri aku faham tentang pengertian
sifat-sifat-Mu yang mendalam
Agar aku bertambah mengenal-Mu
Supaya dengan itu aku bertambah cinta dengan-Mu
Dan bertambah lagi aku takut terhadap-Mu
Aku faham, makin banyak aku mengenal-Mu
Semakin luas ilmuku terhadap-Mu
Bagiku, rasa gerun dan hebat dengan Zat-Mu
yang Maha Kuasa
Bertambah aku malu dengan-Mu
Tuhan!
Tanamkanlah di dalam hatiku ilmu rasa
Bukan ilmu di dalam fikiran
Pandangan hati menebalkan keyakinan
Pandangan akal adakalanya membawa keraguan
Kalaupun tidak ragu rasa bertuhan tiada
Rasa bertuhan menjadikan seseorang itu
dapat menebalkan rasa kehambaan
Rasa kehambaan pada seseorang itulah
membawa seseorang tawadhuk
Tiada rasa kehambaan membawa seseorang itu
sombong dan ego

Menjelang Tidur
31 - 08 - 1999

76
TAUHID & TASAWUF

JIKA MERASA
18 KEBESARAN ALLAH

J IKA setiap hamba merasa kebesaran Allah,


hebat dan Qahharnya
Dia akan terasa hinanya diri
Membesar diri jauh sekali
Kalau dia merasakan dirinya di dalam kekuasaan-Nya
Kecut dan takut menyelubungi hatinya setiap detik
Bimbang dan gerun setiap waktu
Hilang angan-angan
Betapa pula merasakan umur panjang
Bila merasakan mati itu bila-bila masa boleh berlaku
Dia akan merasakan kematian di antara nafas turun naik
Urusannya dengan Tuhannya tiada penangguhannya
Kalau begitulah setiap hamba merasa
Menekan hatinya setiap ketika
Apakah dia akan membuat dosa?
Apakah dia sanggup berfoya-foya?
Apakah dia sanggup membuang-buang masa?
Apakah dia sanggup menderhaka?
Tentu sekali tidak
Kecuali yang tidak sengaja
Atau dia tidak tahu
Atau kelemahan yang payah dielak

Selepas Isyak
01 - 12 - 1997

77
SAJAK – SIRI 1

19 MILIKILAH TUHAN

M ARILAH kawan-kawan mengagungkan Tuhan


Melalui sembahyang, zikir, puasa
dan membaca Al Quran
Tuhan adalah segala-galanya,
segala-galanya adalah ciptaan Tuhan
Kehilangan Tuhan, kehilangan segala-galanya
Mendapat Tuhan, mendapat segala-galanya
Marilah kita miliki Tuhan agar segala-galanya kita miliki
Memiliki Tuhan, memiliki segala-galanya
Kehilangan Tuhan, segala-galanya tiada ertinya
Kerana segala-galanya bila-bila masa diambil Tuhan
Kehilangan segala-galanya tidak mengapa
Kerana segala-galanya akan musnah dan binasa
Jangan sampai kehilangan Tuhan
Segala yang kita miliki tiada gunanya
Milikilah Tuhan, Dia kekal abadi
Penyelamat kita dunia Akhirat
Segala-galanya selain Tuhan akan binasa
Dia tidak akan dapat menyelamatkan kita
Cintailah Allah, dan agungkanlah
Syukurilah Dia kerana nikmat dan rahmat-Nya
Sabar atau redhalah di atas ujian-Nya
Kerana ada didikan dan hikmah kepada kita

Selepas Asar
28 - 08 - 1999

78
TAUHID & TASAWUF

MARILAH BERSAMA
20 MENCARI TUHAN

M ARILAH bersama mencari Tuhan


Bersama-sama mencari Tuhan tidak ada saingan
Lebih-lebih lagi tidak ada pertarungan dan peperangan
Marilah bersama-sama mencari keredhaan-Nya
Ia akan berlaku tenang menenangkan,
bahagia membahagiakan
Rebutlah Tuhan!
Tidak ada yang kecewa dan kecundang
Tapi rebut harta, pangkat, betina dan kekayaan ada saingan
Bahkan akan ada perlawanan dan akhirnya ada permusuhan
Dan akan berlaku ada yang kecundang dan kekecewaan
Merebut keredhaan Tuhan membawa ketenangan
Jiwa lapang
Merebut dunia membawa keresahan dan jiwa tidak tenang
Sama-sama mencari Tuhan membawa orang
berukhwah dan berkawan
Sama-sama mencari dunia
membawa pecah-belah dan permusuhan
Mengejar dunia, fikiran berserabut dan kusut
Mengejar Tuhan, fikiran lapang, tenang menenangkan
Carilah keredhaan Tuhan, tidak ada yang kecewa
Mazmumah hilang, orang senang
Mencari keredhaan orang, kita akan kecewa bahkan terhina
Mazmumah makin menebal, orang pun benci pula
Kejarlah Tuhan, jalan luas dan lapang,
selamat dan menyelamatkan
Kejar dunia jalan sempit, himpit-menghimpit
dan memudharatkan

September 1999

79
SAJAK – SIRI 1

PADA ALLAH
21 ADA SEGALA-GALANYA

P ADA Allah ada segala-galanya, rebutlah, rebutlah


Pada-Nya ada keindahan, padanya ada kebahagiaan,
padanya ada ketenangan
Pada-Nya ada keselamatan, pada-Nya ada jaminan
Carilah, carilah, tiada lain selain Allah

Mencari keindahan dengan Allah tidak akan berkesudahan


Mencari kebahagiaan dengan Allah tiada akhirnya
Mencari ketenangan dengan Allah tiada kecewa
Carilah, rebutlah, carilah

Keselamatan hakiki pada Allah serahlah diri pada-Nya


Jangan ragu-ragu jadikanlah Allah penyelamat kita
Tiada penyelamat selain dari Allah
Serahlah diri Allah menjamin keselamatan kita

Banyak manusia mencari kebahagiaan tidak nampak jalan


Banyak manusia mencari keselamatan, tapi jurang diterjuninya
Banyak manusia mencari ketenangan , tidak berjumpa
Kerana panduannya adalah akal dan nafsunya

Bukankah Quran jalannya, Hadis penyuluhnya


Tiada jalan selainnya, tiada penyuluh selainnya
Tempuhlah jalan ini, gunakan penyuluhnya
Segala-galanya kita akan dapat dari Tuhan

29 - 08 - 1995

80
TAUHID & TASAWUF

BUTA MATA, BUTA AKAL


22 DAN BUTA HATI

S ETIAP hari Allah Taala memperlihatkan kuasa-Nya


Bahkan setiap waktu
Allah memperlihatkan kebijaksanaan-Nya
Qahhar-Nya dan Jabbar-Nya berlaku
setiap waktu di depan mata
Seperti juga kasih sayang-Nya
berlaku kepada makhluk-Nya
Ia berlaku setiap waktu
Apatah lagi pemurah-Nya Tuhan
diberikan kepada siapa sahaja
Sekalipun kafir durjana yang derhaka kepada-Nya
Adakalanya kepada mereka diberi lebih dari yang taat setia
Tapi malang sekali seribu kali malang
Ada mata pandang bersahaja
Ada akal fikiran tidak boleh menilai dan memikirkan
Ada hati sudah tidak merasa apa-apa
Ertinya segala mata-mata yang penting
di dalam diri manusia telah buta
Buta matanya, buta akalnya, buta hatinya
Apa lagi yang boleh diharapkan kepada mereka ini?!
Setiap hari membuat onar
Setiap waktu berlaku derhaka dan durjana
Setiap hari merosakkan dunia dan manusia
Aduh, dahsyatnya manusia!
Tuhan!
Datangkanlah pembela dengan segera
Agar manusia kembali kemanusiaannya
Supaya kehidupan manusia aman, damai,
berkasih sayang dan bahagia

Ogos 1999

81
SAJAK – SIRI 1

23 ENGKAU MELUPAKAN TUHAN

E NGKAU melupakan Tuhan


yang telah memberi nikmat kepada engkau?
Betul-betul engkau telah buta mata hati
Kalau mata hati engkau tidak buta
Masakan engkau boleh melupakan
anugerah Tuhan kepada engkau
Jika mata hati engkau tidak buta
Cukuplah, ambil satu contoh sahaja nikmat dari Tuhan
Kalau mata hati engkau tidak buta
Engkau tersungkur sujud di hadapan Tuhan
Iaitu nafas atau oksigen
yang engkau terima dari Tuhan
Kalau engkau tidak dapat oksigen, matilah engkau
Jika engkau tidak bernafas,
tidak ada ertinya harta kepada engkau
Kalau nafas engkau berhenti,
rumah besar pun tidak berguna lagi
Kalau engkau tidak boleh bernafas,
pangkat pun tidak mempunyai erti
Kalau Tuhan tahan nafas engkau,
bintang kehormatan tidak bernilai lagi
Jika engkau tidak dapat oksigen,
nama dan glamour tidak berharga lagi
Apabila udara Tuhan tahan,
kuasa yang ada tidak berguna lagi
Bila Tuhan tidak memberi nafas,
kekayaan yang ada tidak memberi erti apa-apa
Sekiranya Tuhan tidak beri udara,
kereta besar menjalar tidak memberi erti
Segala yang engkau miliki
tidak ada erti apa-apa, jika udara tidak ada
Baru kita sedar nikmat udara sahaja
sudah terasa besarnya anugerah Tuhan

82
TAUHID & TASAWUF

Kerana terasa benar oleh kita,


adanya udara segala yang kita miliki ada erti
Jika udara tidak ada,
segala yang kita miliki tidak bermakna lagi
Nikmat udara sahaja pun sudah cukup
engkau tersungkur sujud kepadaTuhan
Tanda besyukur kepada Allah
dan mengakui ketuhanan-Nya

Menjelang Tidur
21 - 11 - 1999

83
SAJAK – SIRI 1

24 ORANG YANG TIDAK RASA BERTUHAN

O RANG yang tidak ada rasa bertuhan,


tidak beradab dengan Tuhan
Tidak rasa bertuhan
ertinya lalai dengan Tuhan
Jika rasa bertuhan sudah tidak ada,
tidak rasa lagi Tuhan berkuasa
Tidak lagi rasa Tuhan mendengar,
melihat, mengetahui tentang dirinya
Orang yang tidak rasa bertuhan,
dia tidak jadikan Tuhan kawannya
Orang yang macam ini
bolehkah menjaga dirinya?
Tidak mungkin boleh menjaga diri
kerana tidak ada tempat yang dia takut
Kalau mendapat kesusahan
dengan siapa hendak mengadu?
Alangkah terseksanya tidak ada tempat
hendak mengadu di waktu kesusahan
Jika ada masalah, tanggung sendiri,
siapa yang hendak menyelesaikan masalah dirinya?
Bila mendapat kejayaan atau kekayaan,
terasa pula luar biasa
Megah pun tiba, sombong pun berbunga,
ingin mendapat nama pun mula ada
Apabila mendapat kuasa, rasa bertuhan tidak ada,
dirilah tuhan
Dia akan berbuat sesuka hati, mengikut rasa
Berdendam, menindas, menzalim,
menghukum sesuka hati
Menggunakan kuasa, mengikut rasa
terhadap musuh-musuhnya
Bertindak sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja,
terutama lawannya

84
TAUHID & TASAWUF

Di waktu lemah, orang lain pula berkuasa


dia pula dianiaya
Kecewa pun tiba, jiwa menderita akhirnya putus asa
Kerana di waktu itu tidak rasa lagi ada yang Maha Kuasa
Yang akan membelanya, atau melindunginya
Begitulah orang yang tidak ada rasa bertuhan
di dalam kehidupannya
Diri sendirilah yang hendak memikirkan diri sendiri
Mana mampu, kerana makhluk bukan ada kuasa

Selepas Zuhur
25 - 11 - 1999

85
SAJAK – SIRI 1

SETIAP DETIK
25 ENGKAU PERLUKAN TUHAN

E NGKAU tidak mempedulikan Tuhan


Seolah-olah engkau tidak perlu lagi kepada-Nya
Engkau rasa, engkau boleh hidup tanpa Tuhan
Padahal setiap detik engkau tidak terlepas dari Tuhan
Setiap detik engkau perlukan kepada Tuhan
Cuma engkau sahaja buat-buat tidak tahu kepada-Nya
Kalau benarlah engkau ada kuasa
dan boleh hidup tanpa bantuan Tuhan
Aku buat satu contoh sahaja
Cuba engkau tidak terima oksigen dari Tuhan
Engkau tutup hidung engkau
Engkau tutup mulut engkau rapat-rapat
Selepas tiga minit engkau akan rasa
Apakah engkau perlu kepada Tuhan atau tidak
Engkau boleh cuba
Supaya engkau sedar siapa engkau
dan siapa sebenarnya Tuhan itu
Itu baru satu contoh sahaja engkau tidak boleh lari dari Tuhan
Bumi yang engkau pijak, langit tempat berteduh
Akal yang engkau gunakan untuk berfikir
Makan minum engkau, pakaian dan tempat tinggal engkau
Apakah itu semuanya tidak kena-mengena dengan Tuhan?
Mengapa engkau sampai tidak boleh berfikir?
Mengapa engkau tidak rasa lagi bertuhan?
Apa yang telah merosakkan engkau?
Hingga engkau tidak mempedulikan lagi Tuhan?
Jawablah sendiri
Gunakanlah akal Tuhan itu yang ada pada diri engkau
untuk menjawabnya
Agar engkau boleh merubah sikap engkau

Selepas Asar
04 - 02 - 2000
(29 Syawal 1420)

86
TAUHID & TASAWUF

KALAU KUASA TUHAN


26 SENTIASA TERASA DI HATI

K ALAULAH kuasa Tuhan itu sentiasa terasa di hati


Kebesaran-Nya memenuhi hati manusia
Nikmat dan rahmat-Nya sentiasa,
hati terasa malu dan malu menerimanya
Iradah Tuhan itu terasa benar oleh hati ia pasti berlaku
Qahhar dan Jabbar-Nya
sentiasa menggerunkan hati manusia
Balasan dan hukuman-Nya bila-bila boleh berlaku
terhadap hamba-hamba-Nya
Hati benar-benar terasa kecut dan menakutkan
Gementar dan menggeletar hati merasakan
Apakah hati macam ini boleh dilalaikan?
Apakah hati begini boleh ditipu-daya
oleh nafsu dan syaitan?
Apakah hati ini boleh dipengaruhi
oleh dunia dan nikmatnya?
Sudah tentu tidak, sekali lagi tidak
Sudah tentu hatinya sentiasa terpelihara
Tuhan akan menjaganya, Tuhan akan memeliharanya
Tuhan akan mengisinya dengan iman dan keyakinan
Lalainya tiada, kecuali sedikit sahaja
Kerana manusia umum tiada maksum
kecuali nabi dan rasul
Inilah yang dikatakan hati (jiwa) yang hidup dan jaga
Jagalah hati atau jiwa jangan sampai dia mati
Atau jagalah dia jangan sampai dia buta

Julai 1999

87
SAJAK – SIRI 1

SEPATUTNYA SEGENAP HATI


27 CINTA PADA-MU

S EPATUTNYA segenap hati


menumpukan sepenuh cinta pada-Mu
Fitrah yang masih murni sudah tentu mendorong
ke arah mencintai-Mu
Kerana setiap yang wujud
Engkaulah Penciptanya
Siapakah yang dapat menyangkal hakikat ini?
Tiada pemberian-Mu tiadalah rezeki
Tiada pembelaan-Mu hinalah diri
Bila Engkau bela, mulialah diri
Segala ilmu Engkaulah yang memberi
Tatkala sakit Engkaulah yang menyembuhkan
Entah apa lagi nikmat dari-Mu
Tidakkah patut Engkau dicintai
Kalau Engkau patut dicintai,
ya, engkau juga patut ditakuti!
Kerana Kuasa, Kehendak, Ketentuan
segala-galanya pada-Mu
Tiada siapa yang mampu membendung Kuasa,
Kehendak dan Ketentuan-Mu
Engkau mewujudkan, Engkau mentiadakan
Engkau menghidupkan, Engkau mematikan
Engkau memberi, Engkau mengambilnya
Engkau menyakitkan, Engkau juga menyembuhkan
Engkau menyenangkan, Engkau menyusahkan
Engkau mengkayakan, Engkau memiskinkan
Engkau mengamankan, Engkau jugalah
mendatangkan bala bencana
Engkau boleh melakukan apa sahaja
pada bila-bila masa
Engkaulah yang menghukum manusia
di Akhirat nanti
Manusia fitrahnya sudah rosak

88
TAUHID & TASAWUF

Jiwanya tidak murni lagi


Dirosakkan oleh cinta dunia
Engkau Tuhan, tidak dicintai lagi
Kepada-Mu Tuhan,
manusia sudah tidak takut lagi

Malam
09 - 11 - 1997

89
SAJAK – SIRI 1

ENGKAU TIDAK LIHATKAH


28 KASIH SAYANG TUHAN?

E NGKAU tidak lihatkah bagaimana kasih sayang Tuhan?


Engkau tidak sedarkah rahmat Tuhan ke atas dirimu?
Engkau boleh hidup kerana engkau boleh
menarik nafas turun naik
Oksigen Tuhan yang diizinkan kepadamu
Engkau ada lidah boleh merasa makanan dengan lazat
Setiap hari engkau gunakan untuk bercakap
Itu kasih sayang Tuhanlah kepadamu!
Mengapa engkau tidak terasa kasih sayang-Nya
kepada engkau?
Di waktu engkau letih perlu rehat, ditidurkan-Nya engkau
Hingga pulih semula kesegaran badanmu
Engkau mendapat semula kekuatan badan untuk bekerja
Bukankah itu kasih sayang Tuhan kepada engkau?
Di waktu ingin berhibur, engkau diberi isteri atau suami
Engkau boleh menghilangkan tension
dan ketegangan fikiranmu
Boleh bertolong bantu satu sama lain,
meringankan kerja-kerjamu
Engkau tidak terasa lagikah
itu adalah kasih sayang Tuhanmu?
Engkau diberi mata boleh melihat berbagai-bagai benda
Hingga engkau boleh menilai apa yang engkau lihat
Setengah yang engkau lihat boleh menghiburkan engkau
Apakah itu bukan kasih sayang Tuhan kepadamu?
Sekali-sekala engkau disakitkan
Adakalanya engkau dimiskinkan
Agar engkau sedar engkau hamba yang tidak ada kuasa
Engkau rasa tidak menyenangkan
dan hilang kesabaran engkau
Sedikit sahaja nikmat engkau diambil, engkau gaduh
Sedangkan nikmat-nikmat yang disebut tadi
Lebih besar dari yang diambil

90
TAUHID & TASAWUF

Engkau tidak terasa yang engkau masih beruntung


Engkau terasa yang tidak ada
Yang ada pada engkau begitu banyak engkau lupakan
Sepatutnya engkau berterima kasih kepada Tuhan
Kerana nikmat yang masih ada terlalu banyaknya
Patut engkau malu kepada Tuhan
Kerana yang hilang itu terlalu sedikit
Dibandingkan yang masih ada
Engkau ini betullah manusia yang tidak ada hati perut
Tuhan memberi kasih sayang kepada engkau
setiap masa engkau tidak terasa?
Kalau engkau masih tidak sedar lagi
Patutlah engkau ini masuk Neraka
Kerana kufur dengan nikmat Tuhan!

Menjelang Tidur
05 - 12 - 1999

91
SAJAK – SIRI 1

TANDA-TANDA
29 KASIH SAYANG TUHAN

M ELIHAT benda yang indah


Seperti melihat sesuatu yang hijau
lambang kasih sayang Allah
Mendengar perkara yang sedap didengar
seperti suara yang merdu
tanda kasih sayang Tuhan
Setiap detik kita menghirup oksigen
tanda cinta-Nya kepada kita
Kita boleh berhibur di antara suami isteri
adalah kasih sayang-Nya
Dapat anak-anak sebagai cahaya mata
juga kasih sayang-Nya
Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan
adalah kasih sayang-Nya
Pangkat jawatan, kemudahan-kemudahan hidup
dan keindahan termasuk kasih sayang-Nya
Apabila kita letih atau mengantuk ditidurkan-Nya kita
Apabila kita bangun dari tidur, kemudian pergi mandi
segar semula badan kita
Semuanya itu adalah kasih sayang Tuhan
Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh,
sedap didengar juga kasih sayang-Nya
Juga apa yang dapat difikirkan,
yang dapat dibaca menjadi ilmu
semuanya berhubungan dengan kasih sayang Tuhan
Setiap ilmu yang baru dapat,
pengalaman yang baru dijumpa
adalah kasih sayang Tuhan kepada kita
Patutlah Tuhan hendak menarik perhatian kepada kita
Bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita
Diperintahkan kita setiap kebaikan yang hendak dibuat
dengan menyebut nama-Nya Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang

92
TAUHID & TASAWUF

Agar kita sentiasa sedar bahawa Tuhan


amat Mengasihi dan amat Penyayang
Moga-moga dengan itu kita akan membalas
kasih sayang-Nya
Semoga dengan itu kita rasa cinta kepada-Nya
Dengan itu kita rasa bahagia menyebut nama-Nya
Rasa rindu menyembah-Nya,
memuja dan membesarkan-Nya
Kita akan jadikan Dia Kawan Setia
Kita terhibur dengan-Nya
dan kita tidak akan melupakan-Nya
Tapi mengapa kita tidak rasa yang Tuhan itu
kasih dan sayang kepada kita?
Mengapa kita tidak rasa hendak mencintai-Nya?
Kerana hati kita sudah buta disebabkan cinta dunia

Menjelang Maghrib
21 - 2 - 2000

93
SAJAK – SIRI 1

MENGAPA TIDAK
30 JATUH HATI KEPADA-NYA

M ENGAPA engkau tidak jatuh hati


pada Zat yang Maha Esa
Engkau hidup tanpa engkau minta
Diwujudkannya engkau
Takkan engkau tidak suka
kewujudan engkau di dunia ini
Dia jadikan sebuah dunia
yang penuh dengan khazanah kekayaan
Dia membenarkan engkau berusaha mengambilnya
Dunia yang indah serta menghijau
senang mata memandang
Untuk engkau boleh berhibur
dan bersenang-senang dengannya
Engkau ingin berhibur dan berseronok
Diciptanya suami dan isteri
Di waktu ingin makan
Berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat
disediakan untukmu
Cuma engkau disuruh mengusahakannya sahaja
Engkau diberi tempat tinggal
Boleh engkau berlindung
daripada kepanasan dan kesejukan
Di waktu sakit disembuhkan penyakit engkau
Engkau diberi berbagai-bagai jenis
alat-alat perhubungan
Untuk kemudahan kehidupan engkau
Dijadikan malam dan siang
Supaya ada masa untuk bekerja
Dan ada masa untuk berehat dan berhibur
Dianugerahkan engkau anak-anak sebagai cahaya mata
Dan mereka juga boleh membantu kehidupan engkau
Di waktu engkau mendapat sakit dan kesusahan
Mereka boleh menghiburkan engkau

94
TAUHID & TASAWUF

Itulah yang dikatakan rahmat dan nikmat-Nya


Yang disebut itu adalah kerana kasih sayang
kepada hamba-hamba-Nya
Mengapa engkau tidak jatuh hati
kepada Zat yang mengasihanimu
Kerana apa engkau tidak jatuh cinta kepada-Nya
Mengapa engkau tidak terfikir
untuk menyembah, memuja dan membesarkan-Nya
Apa sudah jadi kepada engkau?

Selepas Isyak
04 - 11 - 1999

95
SAJAK – SIRI 1

MENGAPA TIDAK KAGUM


31 DENGAN TUHAN

E NGKAU kagum dengan ahli astronomi


Kerana mereka dapat mengesan bintang-bintang,
planet-planet dan perjalanannya
Engkau kagum dengan ahli-ahli sains
kerana dapat membuat penemuan demi penemuan
Engkau kagum dengan filasuf-filasuf kerana dapat
memikirkan perkara-perkara yang seni-seni
Dapat membuat penyelidikan benda-benda
yang tidak terfikir oleh manusia selama ini
Engkau kagum dengan ahli-ahli ilmu yang dapat mereka
berbagai-bagai ciptaan untuk keperluan manusia
Orang yang mata hatinya celik
sedikit pun tidak hairan dengan mereka
Kerana mereka mengesan benda-benda yang sudah sedia ada
Mereka mengetahui bahan-bahan yang telah wujud
Tapi mengapa engkau tidak kagum dengan Pencipta
benda-benda dan bahan-bahan itu?
Mengapa engkau tidak terasa hebat dengan Tuhan yang
menjadikan, mentadbir benda-benda dan bahan-bahan itu?
Padahal ahli-ahli fikir tadi dapat mengesan
benda-benda yang ada
Tapi mereka tidak mengenal langsung
Tuhan pencipta benda-benda yang sudah ada itu
Macamlah orang kagum dengan orang yang dapat tahu
adanya harimau di dalam hutan
Tapi tidak kagum dengan siapa yang menjadikan harimau
dan menghantarnya ke dalam hutan?!
Mengkagum dengan orang yang dapat
mengesan benda dan bahankah lebih cerdik
atau orang yang kagum dengan
yang mengadakan benda yang cerdik?
Begitu lemahnya manusia yang akalnya sahaja
yang berfungsi tapi jiwanya tidak berfungsi

96
TAUHID & TASAWUF

Mereka rasa hebat dengan benda yang akan binasa


Mereka kagum dengan benda yang tidak akan kekal
Tapi mereka tidak rasa hebat dengan Tuhan
yang tidak binasa dan yang kekal abadi
Mereka rasa ajaib dengan benda yang
kena jadi dan kena tadbir
yang langsung tidak ada kuasanya
Tapi mereka telah melupakan Tuhan yang mencipta,
mentadbir dan yang menentukan nasib segala benda
Kerana itulah Allah Taala utuskan rasul-rasul
dan para-para nabi ke dunia
Untuk mencelikkan hati dan menghidupkan jiwa
agar kenal Tuhan yang Maha Pencipta
Kalau hendak diharapkan ahli fikir sahaja
sampai bila pun hati akan buta
daripada mengenal Tuhan yang Maha Esa

Menjelang tidur
1 Safar 1421

97
SAJAK – SIRI 1

MENGAPA TIDAK NAMPAK


32 KUASA TUHAN

M ENGAPA kita tidak boleh berfikir


Kalau kita berkuasa, ada yang Maha Berkuasa
yang berkuasa ke atas kita
Agar kita tidak melakukan sewenang-wenangnya
dengan kuasa yang ada
Kerana yang Maha Berkuasa bila-bila masa sahaja
boleh merentap kuasa kita
Jika kita berilmu, mengapa kita tidak merasakan
Tuhan itu mengetahui diri kita
Dia tahu lahir dan batin kita
Agar kita malu sentiasa dengan Tuhan
dan takut hendak membuat dosa
Kalau kita kaya mengapa kita tidak boleh berfikir
bahawa sedikit daripada kekayaan Tuhan ini
diberi kepada kita
Supaya kita terasa Maha Kayanya Tuhan
Agar kita malu selalu dengan Tuhan
dan boleh bersyukur kepada-Nya
Di dalam pengalaman hidup kita
bukankah berbagai keadaan telah kita tempuh
Ada yang kita suka, ada yang kita tidak suka
Ada yang dari kemahuan kita, banyak pula
yang bukan daripada kemahuan kita
Yang menakutkan dan yang menggembirakan
Senang, susah, miskin, kaya silih berganti
Mengapa engkau tidak nampak kuasa Tuhan,
kehendak dan kebesaran-Nya
Apakah pengalaman kita ini
terjadi dengan sendirinya?
Sedangkan kita tidak campur tangan
Tapi ia terjadi, bahkan sering sahaja terjadi
Terjadinya silih berganti
Tidak nampak lagikah pentadbiran Tuhan?

98
TAUHID & TASAWUF

Masih belum tahu lagi sebahagiannya


adalah Rahmat Tuhan?
Selainnya ada yang Jabbar dan Qahhar-Nya,
Ilmu-Nya, kuasa-Nya dan kehendak-Nya?
Sudah gersangkah fikiran kita
Sudah matikah jiwa kita
Sudah butakah mata kita?

Selepas Zuhur
10 - 10 - 1999

99
SAJAK – SIRI 1

33 AKU HAIRAN DENGAN ENGKAU

B ILA engkau lihat rumah orang besar tersergam indah


Dengan taman-taman bunganya yang indah
Keretanya yang besar menjalar
yang mempunyai jenama yang gah
Terus menerpa ke fikiranmu
Dan terus terasa di jiwamu
Meluncur terus ke mulutmu
Oh hebatnya tuan yang punya rumah yang besar ini
Mungkin dia seorang korporat atau gajinya besar
Tapi aku hairan denganmu
Engkau tidak terasa kehebatan dan kebesaran Tuhan
Padahal Tuhan miliki lebih hebat dari itu
Dia miliki langit dan bumi dan seluruh isinya
Dunia dan Akhirat Dia punya
Manusia dan seluruh makhluk yang lain dicipta-Nya
Nasib mereka Allah yang menentukannya
Malam dan siang dan seluruh planet dan cakerawala
Tuhan yang mentadbirnya
Setiap saat dan waktu engkau melihatnya
Engkau tidak terasa apa-apa?
Engkau pandang bersahaja
Engkau tidak terasa Maha Agungnya yang empunya
Tidak pun engkau kagum dengan Tuhan pencipta?
Mujurlah rumah besar itu orang lain yang punya
Kalau engkaulah yang empunyanya
Tentu engkau kagum dan bangga dengan diri engkau pula

Selepas Asar
16 - 08 - 1999

100
TAUHID & TASAWUF

SIFAT TUHAN
34 YANG BOLEH DITIRU

J ANGAN engkau memakai pakaian Tuhan


Engkau akan dianggap ego dan sombong
Engkau akan jatuh kepada syirik khafi
Janganlah engkau ambil hak-hak Tuhan
Engkau akan dianggap orang yang
tidak mengenal budi dan tidak malu
Jangan engkau anggap segala kejadian kecil dan besar
Nikmat dan bala, yang disukai atau tidak
bukan dari Tuhan
Bukan dari Qudrat dan Iradah-Nya
Aqidah Engkau akan rosak
Ada sifat-sifat Tuhan yang Dia suka
kalau hamba-hamba-Nya menirunya
Tirulah
Iaitu kasih dan penyayang
Sabar dan redha, tawadhuk dan tawakal
Di sini engkau akan dikasihi oleh Tuhan
Bahkan Dia akan meredhainya
Jangan kita tidak sabar dengan ujian
Dan tidak redha dengan ketentuan Tuhan
Tuhan sangat murka
Bahkan Tuhan cabar, carilah bumi dan langit
yang bukan bumi dan langit Tuhan
Dan carilah Tuhan kalau ada selain-Nya
Mana ada bumi dan langit selain Tuhan punya?!
Mana ada Tuhan selain-Nya?!

Selepas Zuhur
26 - 08 - 1999

101
SAJAK – SIRI 1

SETIAP NAFAS TURUN NAIK


35 AKAN DITANYA

K ETAHUILAH bahawa setiap kerdip mata


akan ditanya
Setiap nafas turun naik akan dipersoal
Setiap gerak hati akan dipertanggungjawab
Setiap jelingan mata akan ditulis dan dihisab
Perbuatan itu sama ada pergi ke Neraka
atau ke Syurga
Betapalah setelah tangan engkau bertindak
Kaki engkau melangkah dan ke mana hala tujunya
Apatah lagi setelah lidah engkau bercakap
Akal engkau berfikir dan cara mana engkau berfikir
Bagaimana engkau gunakan jawarih engkau
Begitu juga bagaimana engkau gunakan nikmat
di luar diri engkau
Semuanya ini lebih-lebih lagilah akan ditulis,
dirakam dan dihisab
Sama ada ia termasuk perkara yang berdosa
atau yang berpahala
Aduh! Tidak takutkah kita
dengan Zat yang Maha Agung
Yang tahu, yang melihat dan yang mendengar
seluruh gerak-geri kita lahir dan batin
Yang akan menghukum kita
sama ada ke Syurga atau ke Neraka
Tidak cemaskah kita peristiwa itu pasti berlaku
Di suatu hari yang kita akan diadili
dengan begitu halus
Di waktu itu tidak ada siapa yang membela kita
Masing-masing memikirkan diri
Bahkan para rasul dan nabi alahimussolatuwassalam
pun ketakutan
Allah! Allah! Allah! betapalah kita ini
yang memang tidak lepas dari dosa dan kesalahan

102
TAUHID & TASAWUF

Takutilah Allah,
rendah dirilah kepada-Nya
Mohon ampunlah setiap ketika
Agar setiap dosa dan kesalahan kita diampunkan
Sama ada yang kita sedar
mahupun yang tidak

Menjelang Maghrib
26 - 12 - 1999
(29 Ramadhan 1420)

103
SAJAK – SIRI 1

36 PERJUANGKAN SEMULA TUHAN

K ALAU engkau tidak takut dengan Allah,


Zat yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui
Tidak mungkin engkau takut
melakukan kesalahan sesama manusia
Jika engkau tidak mencintai Tuhan
yang Maha Pengasih lagi Penyayang
Bolehkah engkau memberi kasih sayang
sesama manusia?
Kalau dengan Tuhan yang sentiasa memerhati engkau,
engkau tidak jujur
Sudah pasti engkau tidak akan jujur sesama makhluk
Dengan Tuhan pun engkau tidak boleh adil
Dengan makhluk Tuhan sudah pasti engkau
tidak akan boleh adil
Tuhan yang sentiasa mempedulikan engkau,
engkau tidak ambil peduli
Sudah pasti engkau tidak akan
mempedulikan manusia dan makhluk Tuhan
Ertinya kejujuran engkau adalah terhenti
sejauh mana engkau jujur dengan Tuhan
Keadilan engkau sesama manusia ditentukan
di sejauh mana engkau adil dengan Allah
Cinta engkau sesama makhluk Tuhan
adalah bersumberkan cinta engkau dengan Tuhan
Takut engkau membuat kesalahan sesama makhluk
Ia ada hubung kait dengan sejauh mana
engkau takut dengan Zat yang Maha Agung
Di sini kita faham bahawa corak hidup manusia ditentukan
sejauh mana ia takut atau cinta dengan Tuhan
Cintakan dan takutkan Tuhan
adalah penentu sikap hidup manusia itu
Oleh itu untuk membaikkan manusia dan masyarakat
Perjuangkan semula Tuhan yang sudah dilupakan orang

104
TAUHID & TASAWUF

Agar Tuhan ditakuti dan dicintai


Insya-Allah segala persoalan hidup manusia akan selesai
Seluruh masalah akan dapat diperbetulkan
Di sini kita lihat pembangunan insaniah itu
adalah amat penting
Selepas itu bangunkanlah maddiah atau material
Ia akan berlaku seimbang

Menjelang Maghrib
26 - 12 - 1999
(19 Ramadhan 1420)

105
SAJAK – SIRI 1

37 HATI YANG CELIK

K ALAU bukan kerana-Mu Tuhan


Tidak mungkin aku wujud di dunia ini
Kalau bukan rezeki-Mu Tuhan
Tidak mungkin aku boleh makan dan minum di dunia ini
Aku boleh hidup kerana nafas turun naik,
Engkaulah yang menganugerahkannya
Begitu besar ertinya nafas kepada manusia dan aku
Jika Engkau tarik nikmat nafas
matilah manusia dan aku serta-merta
Nafas sahaja pun tidak boleh dinilai dengan mata benda
Ia penentu hidup mati manusia dan aku
Betapalah nikmat yang Engkau anugerahkan
lebih banyak dari itu
Bagaimana boleh manusia dan aku
melupakan Engkau
Siapa yang boleh melupakan Tuhannya
Sungguh kejam dan zalim manusia itu
Tidak ada yang lebih zalim
selain orang yang melupakan Tuhannya
Rupanya manusia ini dengan mata sahaja
belum menjamin dia bersyukur
Juga dengan akal manusia belum tentu
dia boleh berterima kasih kepada Tuhannya
Melainkan hatinya yang celik yang boleh
merasa segala nikmat itu adalah dari Khaliqnya
Jadi orang yang memuja Tuhannya
bukan kerana mata dan akalnya
Tapi kerana hatinya yang jaga itulah
yang mengingat Tuhannya
Jiwanya yang celiklah dia memuja
dan membesarkan Penciptanya

106
TAUHID & TASAWUF

Jiwa yang celik adalah jiwa yang


sentiasa rasa bertuhan
Bila rasa bertuhan ada maka
rasa kehambaan pun tajam
Jadi dari rasa bertuhanlah
membuahkan rasa kehambaan

Menjelang tidur
14 - 11 - 1999

107
SAJAK – SIRI 1

MEMAHAMI TUHAN
38 MELALUI REAKSI-NYA

W ALAUPUN Tuhan itu Zat yang Agung


lagi mulia tidak dapat dilihat
Namun Tuhan itu marah atau suka dapat dirasa
Redha dan murka-Nya dapat juga dikesan
Perhatian-Nya kepada kita boleh juga dibaca
Kemaafan dan keampunan-Nya dapat dirasa
Jika bersembahyang ada lazatnya
menunjukkan Tuhan ada perhatian
Tuhan juga ikut bercakap-cakap dan menjawab percakapan kita
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang menunjukkan ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan
dengan sebanyak-banyaknya
Bila kita memohon ampun jiwa kita terasa lembut
Air mata kita pun berguguran
Insya-Allah tanda Tuhan terima taubat kita
Apabila jiwa kita gelisah tidak tentu arah, tanda Tuhan murka,
mesti ada membuat dosa
Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah Taala
telah dikurniakan kepada kita
Kalau kita bersungguh-sungguh mendekatkan diri kepada
Allah tiba-tiba Allah uji kita, tanda Allah Taala telah redha
Sama ada Allah Taala hendak membersihkan dosa
atau hendak meninggikan darjatnya
Kalau kita kaya, mudah sahaja kita agih-agihkan kepada manusia
Tanda Allah Taala memberi dengan redha
Jika setelah kaya makin berat untuk menderma
dan memberi kepada empunya
Tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi
secara istidraj atau murka

Selepas Asar
10 - 09 - 1999

108
TAUHID & TASAWUF

39 FAHAMILAH PERBUATAN TUHAN

J AGALAH perhubungan baik engkau dengan Tuhan


Agar Allah Taala berhubung baik dengan engkau
Sangka baiklah kepada Tuhan mengenai rezeki engkau
Tuhan adalah penjamin rezeki engkau
Bertawakallah kepada-Nya dan yakinlah kepada-Nya
hati engkau akan tenang
Beradablah kepada Tuhan kerana Dia lebih tahu
tentang keperluan-keperluan engkau
Ketentuan Tuhan ke atas diri engkau itu kecuali kekufuran,
ada mengandungi pelajaran
Redhalah menerimanya, walaupun engkau tidak faham,
lambat laun Allah akan memberi faham
Fahamilah perbuatan Tuhan ke atas diri engkau
Agar engkau tidak salah faham
Salah faham terhadap perbuatan Tuhan
akan merosakkan engkau
Sekali-sekala disakitkan-Nya engkau
mesti ada maksud yang tersembunyi oleh Tuhan
Adakalanya engkau dikayakan Tuhan ada tujuan
Di waktu-waktu tertentu engkau dimiskinkan oleh Tuhan
Mesti ada mengandungi pendidikan
Setiap kali Allah Taala ubah kehidupan engkau
Berhati-hatilah menerimanya
Jangan sampai salah terima
Engkau tidak beradab dengan Tuhan
Patutkah kita tidak beradab dengan Zat yang Maha Suci
Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana
Daripada sebarang kesalahan dan kesilapan?!
Berhati-hatilah dengan Tuhan!
Jangan sampai kita tidak bersopan dengan-Nya

Menjelang tidur
12 - 09 - 1999

109
SAJAK – SIRI 1

40 ANEH KERJA TUHAN

P ELIK kita dengan kerja Tuhan


Kita pun tidak tahu apa hikmah sebenarnya
Tapi kita yakin setiap kerja Tuhan itu mesti berhikmah
dan ada pengajaran
Cuma kita tidak dapat menyingkap rahsia-Nya
Mari kita lihat sedikit kerja Tuhan
Memang pelik dan unik
Apabila Allah Taala murka kepada seseorang,
didorongnya orang itu berlaku zalim pada seseorang
Agar dia derhaka dan berdosa
Bila Tuhan cinta kepada seseorang, dia dizalimi oleh seseorang
Maka dia pula mendapat pahala menghapuskan dosanya
Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj
Ertinya mendapat rezeki secara murka
Kemudian dialirkan sebahagian rezeki kepada seseorang
yang bertaqwa dengan tidak ikhlas
Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur
Aneh yang memberi tidak dapat pahala,
yang kena beri dapat pahala
Begitulah seterusnya sebagai satu contoh lagi
Apabila Tuhan murka kepada seseorang,
didorongnya orang itu memaki seseorang
Kemudian jika Tuhan cinta kepada seseorang,
dibiarkan dia dimaki oleh orang
Mengapa orang yang Allah murka
dibenarkan menyusahkan orang?!
Tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang
Aneh kerja Tuhan
Kalau kita tidak faham mungkin kita menyalahkan Tuhan
Maha Besarnya Tuhan daripada melakukan kesalahan

Selepas Isyak
31 - 8 - 1999

110
TAUHID & TASAWUF

MANUSIA TIDAK TERASA


41 PERANAN TUHAN

M ANUSIA sudah salah berfikir


Dan juga sudah terlalu rosak jiwanya
Kerana sudah tidak terasa lagi
Tuhan berperanan di dalam kehidupannya
Apa sahaja yang dibuat adalah peranan mereka
Tidak terfikir lagi Tuhan ada peranan di dalam usaha mereka
Kerana itulah jika berjaya, mereka megah dan bangga
Kalau gagal, mereka kecewa
Tidak terfikir lagi itu adalah takdir Tuhan
Tuhan tidak ada dalam kamus hidup mereka
Mereka tidak terfikir lagi Tuhan campur tangan di dalam
urusan mereka
Walaupun mereka percaya kepada Tuhan
Namun pada mereka Tuhan seolah-olah tidak ada peranan
Mereka tidak ambil kira dengan Tuhan
Mereka merasa adanya Tuhan macam tidak ada
Ada dengan tidak ada pada mereka sama sahaja
Pada mereka Tuhan bukan pencatur hidup mereka
Tuhan tidak lagi dirasakan penentu hidup mereka
Kerana itu mereka tidak perlu kepada Tuhan
Kalau mendapat kejayaan adalah kejayaan mereka
Mereka tidak pula mengaitkan dengan Tuhan
Jika tidak berjaya mereka kecewa
Mereka tidak tahu ini adalah takdir Tuhan
Begitulah majoriti manusia di dunia di waktu kini
Tuhan kepada mereka seolah-olah tidak ada campur tangan
dengan kehidupan mereka
Sungguh rosak aqidah manusia

Menjelang tidur
8 - 12 - 1999

111
SAJAK – SIRI 1

42 TIDAK ADA MILIK ENGKAU

B UKAN sahaja harta engkau, rumah engkau, kereta engkau


adalah milik Allah Taala
Bahkan diri engkau pun milik Allah
Tuhan yang menjadikan engkau
Kalau begitu mana kepunyaan atau milik engkau
Yang sebenarnya tidak ada satu pun milik engkau
Kalau satu pun tidak ada milik engkau
atau kepunyaan engkau
Mengapa engkau bangga dengan kekuatan
atau dengan kecantikan engkau
Mengapa engkau sombong dengan harta
dan kekayaan engkau
Mengapa engkau angkuh dan melakukan
sewenang-wenangnya dengan kekuasaan engkau
Kerana apa engkau boleh melupakan Tuhan
yang memberikan segala-galanya kepada engkau
Mengapa engkau tidak malu kepada Tuhan
yang memberi berbagai-bagai nikmat kepada engkau
Apakah engkau mampu mempertahankan
apa yang ada pada diri engkau?
Hingga engkau boleh memiliki selama-lamanya
hingga selepas mati engkau
Bolehkah engkau kekalkan segala yang ada pada engkau
Sejauhmana kemampuan engkau mempertahankannya
Engkau tidak nampakkah berapa ramai orang yang berkuasa
yang penuh dengan kesombongan
tidak boleh mempertahankan kekuasaannya
Berapa banyak orang yang kaya-raya
tidak dapat mengekalkan kekayaannya
Bahkan berlaku di dalam masa hidupnya lagi
daripada seorang yang kaya
menjadi seorang yang papa kedana!
Berapa ramai orang yang gagah, cantik

112
TAUHID & TASAWUF

menjadi lumpuh tidak dapat mempertahankan kekayaan


dan kecantikannya
Bukankah ramai orang yang terkenal
di masa hidupnya lagi dilupakan orang?
Orang yang ramai pengikut
ditinggalkan oleh para pengikut-pengikutnya
di masa hidupnya lagi
Mengapa engkau tidak mengambil iktibar
dengan pengalaman itu?
Mengapa apa yang terjadi di dalam kehidupannya itu
engkau tidak jadikan pengajaran?!
Sejarah yang berlaku adakalanya di hadapan mata kita
mengapa tidak boleh menyedar dan menginsafkan kita?
Pengalaman itu bukankah nasihat dan ingatan
yang paling besar?!
Nasihat dan peringatan yang macam mana lagi
yang kita hendak sedar dan insaf?!
Apakah setelah azab menimpa ke kepala kita
baru mahu insaf?!
Itu sudah terlambat namanya

5 Safar 1421

113
SAJAK – SIRI 1

43 CARI DI MANA HAK ENGKAU

E NGKAU mencari ilmu dengan akal yang Tuhan berikan


Engkau melihat dengan mata anugerah Tuhan untuk mencari
pengalaman
Engkau guna telinga yang Tuhan cipta untuk mendengar
maklumat-maklumat sebagai pengetahuan
Kaki yang engkau gunakan, kaki pemberian Tuhan
Lidah yang engkau gunakan menterjemah perasaan,
kemahuan, serta ilmu adalah hak Tuhan
Bumi yang engkau pijak juga kepunyaan Tuhan
Kekayaan yang engkau cari milik Tuhan
Makan minum yang engkau perolehi rezeki dari Tuhan
Bahan-bahan yang engkau jadikan kajian
adalah kepunyaan Tuhan
Macam-macam ilmu dan rahsia engkau dapat hasil dari kajian
Engkau dapat isteri/suami teman hidup tempat hiburan
Adalah makhluk ciptaan Tuhan
Engkau gunakan seluruh anggota untuk mencari kekayaan
Seluruh anggota ciptaan Tuhan
Cari di mana hak engkau?
Di mana kepunyaan engkau?
Mana milik engkau?
Tidak ada milik engkau!
Tidak ada kepunyaan engkau!
Sepatutnya engkau malu dengan Tuhan!
Patut engkau jatuh hati dengan Tuhan!
Bahkan engkau cintai, takuti, puja dan besarkan
Tapi tidak, engkau lupakan Tuhan
Engkau rasa kepunyaan engkau semuanya
Kerana itu engkau angkuh dan sombong
Bahkan engkau derhaka kepada Tuhan

Menjelang tidur
2 - 10 - 1999

114
TAUHID & TASAWUF

BUATLAH KERJA SESUAI DENGAN


44 PERINTAH TUHAN

B UATLAH kerja kita sesuai dengan perintah Tuhan


Padankan dengan syariat-Nya
Sokonglah kerja kita itu dengan doa
Kemudian serahkanlah hasilnya kepada-Nya
Apabila berhasil sekalipun tidak memuaskan, bersyukurlah
Jangan rasa tidak senang, kita menyanggah perbuatan Tuhan
Kalau banyak lebih lagilah patut bersyukur dan malu
Perintah Tuhan laksanakan, larangan-Nya jauhkan
Selepas itu apa hendak jadi jangan soalkan
Jangan tanya kerja Tuhan
Percayalah setiap kerja Tuhan ada hikmahnya
Setiap yang dilakukan oleh Tuhan ada pengajarannya
Kalau kita pandai menerimanya, semuanya ada kebaikan
Jangan tanya kerja Tuhan!
Tanyalah kerja kita untuk Tuhan sempurnakan
Allah tidak akan ditanya, mereka akan ditanya
Jangan campur tangan kerja Tuhan
Tuhan tidak akan melakukan sebarangan
Allah tidak membuat kerja sia-sia
Allah adalah bijaksana dan tidak menzalimi
hamba-hamba-Nya
Percayalah, percaya itu penting buat kita
Semoga kita baik sangka dengan Tuhan

Selepas Asar
23 - 05 - 1997
(16 Muharam 1418)

115
SAJAK – SIRI 1

SELARIKAN KEHENDAK KITA


45 DENGAN KEHENDAK TUHAN

S ELARIKANLAH kehendak kita dengan kehendak Tuhan


Kehendak Tuhan penuh hikmah
dan terjamin keselamatannya
Kehendak kita bukan ada pertimbangan
Hanya mengikut hawa nafsu atau ego dan angan-angan
Selaraskan, kenalah makan, minum, pakaian, bekerja,
berjuang, berkeluarga, berpolitik, berekonomi
dengan kehendak Tuhan
Jangan pula kehendak Tuhan lain, kehendak kita lain
Kehendak Tuhan kita tolak, kehendak kita yang kita terima
Ia akan merosakkan kehidupan kita
Sedangkan fitrah semula jadi kita sebagai manusia
tidak mahu kerosakan
Hari ini rata-rata kebanyakan manusia
kehendaknya yang diamalkan
Kehendak Tuhan sudah tidak dihormati
dan dikesampingkan
Apa sudah jadi kepada kehendak manusia?
Perpecahan berlaku, peperangan terjadi
Jenayah menjadi-jadi menakutkan semua orang
Kasih sayang dan persaudaraan punah dan musnah
Sedangkan manusia tidak mahu itu semua berlaku
Sistem kekeluargaan hancur sama sekali
Perhubungan murid-murid dengan guru-gurunya
punah-ranah
Perhubungan suami isteri hanya di waktu baru berkahwin
Perhubungan anak-anak dengan ibu bapa
renggang dan tunggang-langgang
Manusia bukan mahu perkara-perkara
yang disebutkan tadi berlaku
Tapi manusia sudah tidak tahu bagaimana
hendak mengatasinya
Para pemimpin, cerdik pandai sudah bingung

116
TAUHID & TASAWUF

Sekarang semua golongan sudah hidup


dalam ketakutan
Resah, gelisah, kecewa, putus asa
Akibat menerima kehendak sendiri
dan menolak kehendak Tuhan
Bilakah manusia itu mahu menerima kehendak Tuhan?
Agar dunia kembali aman damai dan harmoni

Menjelang Maghrib
31 - 12 - 1999
(25 Ramadhan 1420)

117
SAJAK – SIRI 1

46 SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA

S ELEPAS engkau berusaha belajar


Engkau tetap juga tidak menjadi orang pandai
Apakah engkau hendak menyoal Tuhan
Mengapa engkau tidak dipandaikan?!
Allah lebih mengetahui dari engkau
Kalau engkau pandai
engkau akan merosakkan diri engkau
Mungkin juga engkau akan
merosakkan masyarakat engkau?!
Setelah engkau berusaha mencari kekayaan
Namun engkau miskin juga
Jangan tanya Tuhan mengapa engkau dimiskinkan?!
Allah membuat ada ukuran, ada didikan,
ada pengajaran untuk keselamatan
Kalau engkau rosak juga
Ertinya engkau tidak pandai menerima keadaan
Apabila engkau sakit-sakit sahaja
selepas engkau berusaha untuk sihat
Jangan rasa tidak senang dengan Tuhan
Tuhan Maha Bijaksana dari engkau
Sihat kan lebih baik?
Itu rasa engkau dan kehendak engkau
Tapi Tuhan Maha Mengetahui
Kalau engkau sihat engkau lebih jahat
Sakit itu padanlah bagi engkau
Kalau engkau rakyat jelata, tidak berpangkat, tidak berkuasa
Engkau bersedih dan merintih
Kesal tidak berkesudahan
Tidak redha dengan Tuhan
Kedudukan engkau itu padanlah dengan engkau
Mana engkau boleh jamin
Kalau engkau berpangkat dan berkuasa
Engkau berlaku adil

118
TAUHID & TASAWUF

Apa jaminan engkau tidak menyalahguna kuasa


bila berkuasa
Jika engkau selalu sahaja ditimpa bala bencana
Redhalah
Di situ mesti ada kebaikannya, percayalah
Kalau Allah tidak lakukan begitu kepada engkau
Mungkin engkau menjadi penzalim dan pengacau
Justeru itu redhalah dengan ketentuan Tuhan engkau
Allah tidak lakukan sesuatu dengan sia-sia
Allah tidak main-main dengan ciptaan-Nya
Setiap apa yang dilakukan-Nya
Ada hikmah, ada pendidikan dan ada pengajaran
Allah Maha Mengetahui
Kita tidak mengetahui

Selepas Asar
20 - 04 - 1997

119
SAJAK – SIRI 1

ENGKAU TIDAK LIHATKAH KUASA


47 DAN KERJA TUHAN?

E NGKAU tidak lihatkah kuasa Tuhan dan kerja-kerja-Nya


Setiap hari kita lihat, membaca dan mendengarnya
Sungguh menakut dan mengerikan
Orang-orang kaya, yang punya nama,
tiba-tiba mati mengejut meninggalkan harta
Orang-orang kaya yang punya glamour,
tiba-tiba muflis menjadi papa
Pemimpin-pemimpin yang ternama
yang sedang membina nama
Tiba-tiba dijatuhkan oleh rakyatnya
Seorang yang ternama dikagumi oleh dunia mati terhina
Gunung berapi meledak, gempa bumi menggoncang,
air bah mengamuk
Tidak dapat dibendung oleh alat-alat sains teknologi
yang canggih
Kapal terbang jatuh membunuh beratus-ratus penumpang
Yang tidak mampu tenaga manusia membendungnya
Belum lagi manusia mati setiap hari akibat perang
yang manusia bukan suka
Tapi tidak dapat menahan dan membendung
daripada berlakunya peperangan yang memusnah
Hampir setiap bulan di dunia ada sahaja negara
yang dipukul ribut
Memusnahkan dan merosakkan apa sahaja
Air bah yang mengganas memusnah,
meruntuh dan membinasakan apa sahaja
Belum lagi soal-soal jenayah
yang manusia tidak suka tapi terjadi
Eksiden dan pelanggaran kereta setiap hari
membunuh dan merosakkan
Tanah runtuh dan berbagai-bagai lagi
kejadian yang mengerikan terjadi

120
TAUHID & TASAWUF

Tidak mampu manusia mengelakkannya sekalipun


mempunyai ilmu yang tinggi
Begitulah kuasa Tuhan dan kerja Tuhan di dunia ini
Tapi tidak ada manusia mengambil iktibar
dan pengajaran
Tidak juga manusia itu kembali kepada Tuhan
Di Akhirat lebih lagi parah kena hukuman
Bagi mereka yang tidak sedar
dan tidak rujuk kepada Tuhan
Yang seksaannya lebih parah lagi
Yang penderitaannya lebih sengsara lagi dan lebih hebat

23 Ramadhan 1420
31 - 12 - 1999

121
SAJAK – SIRI 1

48 PILIHAN-MU PENUH HIKMAH

P ILIHAN-MU penuh hikmah, Tuhan


Pilihanku penuh nafsu
Kerana Engkau yang melakukan, Engkau Maha Mengetahui
Kerana itulah aku boleh redha dengan ketentuan-Mu
Atau setidak-tidaknya berilah aku kesabaran, aku boleh sabar
Permintaanku dengan urusan duniaku
Engkau berilah yang sepadan dengan kedudukanku
Permintaanku dengan urusan Akhiratku, janganlah Engkau
sukat dan bataskan
Engkau luaskanlah seluas-luasnya
Kerana di sana negara penyudah
Negara rahmat dan nikmat
Kalau aku memohon sebanyak mana pun
Tidak ada salahnya

Selepas Subuh - 1
30 - 10 - 1998

122
TAUHID & TASAWUF

49 PERLUNYA RASA BERTUHAN

M ARILAH kita rasakan Tuhan itu Pelindung


Marilah kita rasakan Tuhan itu Penjaga
Marilah kita merasakan Tuhan itu Pengawal
Marilah kita merasakan Tuhan itu Pembela
Marilah kita merasakan Tuhan itu Penyelamat
Marilah kita merasakan Tuhan itu segala-galanya
Rasa-rasa ini mendorong kita cinta kepada Tuhan
Rasa-rasa ini menjadikan kita takut kepada-Nya
Rasa-rasa ini membawa kita malu kepada-Nya
Rasa-rasa ini mendorong kita merasa kuat dengan-Nya
Juga rasa-rasa ini mendorong kita
menjadi berani yang tiada taranya
Kerana Pelindung dan Pembela kita itu
Maha Gagah dan Berkuasa
Maha Berkehendak dan kehendak-kehendak-Nya
tidak boleh siapa menolaknya
Siapa yang merasa seperti yang dikatakan,
waktu seorang terasa ramai
Di waktu ramai, bertambah lagi dirasakan ramai
Rasa-rasa inilah, kita pandang makhluk ini
tiada kuasa apa-apa
Walau bagaimana besar kuasa dan pangkatnya
Kita akan merasa semuanya ini sama sahaja dengan kita
Tidak ada mempunyai apa-apa kuasa dan daya
Di hadapan Tuhan sama sahaja
Barulah kita berani dan tegas menegakkan kalimah Allah
Di sinilah perlunya kita rasa bertuhan

Selepas Isyak
31 - 8 - 1999

123
SAJAK – SIRI 1

50 SUBURKAN RASA BERTUHAN

K ALAU seorang hamba itu merasa kebesaran


dan kehebatan Allah Taala
Bagaimana besar dan tinggi kedudukannya, dia rasa
tenggelam di dalam kebesaran Allah Taala
Maka dia tidak akan merasa lagi dirinya ego dan besar
Jika seorang hamba itu merasa kasih sayang
dan rahmat Allah Taala setiap masa
Di waktu itu cintanya kepada Allah Taala pun berbunga
Begitulah kalau seorang hamba itu merasakan
setiap rezeki dan nikmat itu daripada Allah Taala
Bukan sahaja dia akan bersyukur
Bahkan dia sentiasa malu dengan Tuhan
Juga kalau seorang hamba itu sentiasa merasa kuasa Tuhan
dan kehendak-Nya sentiasa menguasai dirinya
Dia sentiasa rasa takut dan hebat kepada Allah
Seterusnya seorang hamba itu sentiasa sedar Tuhan selalu
mengetahui, melihat dan mendengarnya
Dia sentiasa rasa hina dan merendah diri kepada-Nya
Sentiasa takut hendak melanggar perintah-Nya
Sentiasa beradab kepada Tuhan Penciptanya
Kalau seorang hamba itu merasakan pemurahnya Tuhan
terhadap hamba-hamba-Nya
Dia akan bersyukur selalu, malu setiap waktu
Itulah perlunya seorang hamba itu rasa bertuhan
Agar sifat-sifat hamba ini dapat dikekalkan setiap masa
Bila rasa bertuhan subur selalu di dalam jiwa
Inilah dia pengawal, penjaga dirinya
Suburkanlah selalu rasa bertuhan
Agar kita boleh jaga diri

Menjelang tidur
8 - 10 - 1999

124
TAUHID & TASAWUF

51 TUHAN ADALAH PELINDUNG

R ASAKAN dan yakinlah bahawa Tuhan adalah Pelindung


Penjaga, Pengawal dan Penyelamat
Tapi Tuhan boleh melakukan apa sahaja ke atas diri kita
Namun Dia Maha Suci daripada menzalimi
Di sinilah kita perlu takut kepada-Nya
Tuhan adalah Maha Pengasih dan Penyayang
kepada makhluk-Nya
Terutama kepada manusia sebagai hamba-Nya
Tidak ada siapa yang boleh menandingi kasih dan sayang Tuhan
Namun Tuhan bila-bila masa boleh murka kepada hamba-Nya
Tapi penuh berhikmah dan mengandungi pengajaran
Mintalah kepada-Nya apa sahaja
Kerana Tuhan itu adalah Maha Kaya
Tapi ingat!
Dia memberi dengan penuh bijaksana tidak semberono
Tuhan Maha Adil dengan makhluk-Nya
Terutama kepada manusia sebagai hamba dan khalifah-Nya
Namun Dia adalah Hakim yang menghukum
Tidak kira kepada siapa sekalipun saja
Tapi Tuhan tidak berdendam
Ia melakukannya dengan sifat keadilan-Nya
kepada makhluk-makhluk-Nya
Begitulah di antara sifat-sifat Tuhan yang mesti kita mengetahui
Makin kita kenal Tuhan
Semakin indah kita rasa bertuhan
Semakin kita kenal Tuhan
Semakin cinta dan takut kita kepada Tuhan
Makin kita kenal Tuhan
Terasa sangat kita memang perlu kepada Tuhan
Kerana itu kenalilah Tuhan
Agar kita rasa indah bertuhan dan rasa bertuhan

Selepas Zuhur
15 - 12 - 1999
(7 Ramadhan 1420)

125
SAJAK – SIRI 1

52 TANDA-TANDA KASIH SAYANG TUHAN

M ELIHAT benda yang indah


Seperti melihat sesuatu yang hijau
lambang kasih sayang Allah
Mendengar perkara yang sedap didengar
seperti suara yang merdu
tanda kasih sayang Tuhan
Setiap detik kita menghirup oksigen
tanda cinta-Nya kepada kita
Kita boleh berhibur di antara suami isteri
adalah kasih sayang-Nya
Dapat anak-anak sebagai cahaya mata juga kasih sayang-Nya
Apatah lagi makan minum, tempat tinggal, kenderaan adalah
kasih sayang-Nya
Pangkat jawatan, kemudahan-kemudahan hidup
dan keindahan
termasuk kasih sayang-Nya
Apabila kita letih atau mengantuk ditidurkan-Nya kita
Apabila kita bangun dari tidur,
kemudian pergi mandi segar semula badan kita
Semuanya itu adalah kasih sayang Tuhan
Bahkan apa yang sedap dirasa, sedap disentuh, sedap
didengar juga kasih sayang-Nya
Juga apa yang dapat difikirkan, yang dapat dibaca menjadi
ilmu semuanya berhubungan dengan kasih sayang Tuhan
Setiap ilmu yang baru dapat, pengalaman yang baru dijumpa
adalah kasih sayang Tuhan kepada kita
Patutlah Tuhan hendak menarik perhatian kepada kita
Bahawa Dia adalah mengasihi dan menyayangi kita
Diperintahkan kita setiap kebaikan yang hendak dibuat
dengan menyebut nama-Nya Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang
Agar kita sentiasa sedar bahawa
Tuhan amat mengasihi dan amat Penyayang

126
TAUHID & TASAWUF

Moga-moga dengan itu


kita akan membalas kasih sayang-Nya
Semoga dengan itu kita rasa cinta kepada-Nya
Dengan itu kita rasa bahagia menyebut nama-Nya
Rasa rindu menyembah-Nya,
memuja dan membesarkan-Nya
Kita akan jadikan Dia Kawan Setia
Kita terhibur dengan-Nya
dan kita tidak akan melupakan-Nya
Tapi mengapa kita tidak rasa yang Tuhan itu
kasih dan sayang kepada kita?
Mengapa kita tidak rasa hendak mencintai-Nya?
Kerana hati kita sudah buta disebabkan cinta dunia

Menjelang Maghrib
21 - 02 - 2000

127
SAJAK – SIRI 1

53 ALLAH SUMBER BAHAGIA

A LLAH Taala adalah sumber bahagia


Ini bukan semua orang yang boleh merasa
Ini hanya dapat dirasa oleh jiwa yang bertaqwa
Berdoa sahaja sudah rasa sedap
Sekalipun belum tentu dikabulkan doa
Bercakap-cakap dan berbisik-bisik dengan Tuhan
Sudah terasa lazatnya
Bermunajat dengan-Nya terasa indahnya
Allah Taala terasa dekat
Tapi tidak berantara dan bercara
Ia terasa ada di mana-mana
Tapi tidak ada di sana
Kita terasa sangat Ia bersama kita
Semuanya tidak bercara
Tuhan dirasakan sangat diperlukan
Masya-Allah indahnya bertuhan
Rahmat-Nya dan kurniaan-Nya seperti dirasakan
Sama ada yang nyata mahupun yang tidak nyata
Setiap detik dia mengurniakan
Allah! Allah! Allah!
Besarnya erti hidup bersama Tuhan
Tuhan adalah hidup mati kita
Tuhan adalah segala-galanya
Jangan lupakan Tuhan!

29 - 07 - 1999

128
TAUHID & TASAWUF

TANDA KEBESARAN TUHAN


54 PADA DIRI ENGKAU

K ALAU engkau jadi orang besar


Bukankah tanda kebesaran Tuhan ada pada diri engkau
Ia adalah melambangkan kebesaran Tuhan engkau
Maka mengapa engkau pula yang membesarkan diri
Jika engkau menjadi orang kaya
Bukankah kekayaan Tuhan engkau ada pada diri engkau
Mengapa pula engkau yang berbangga
Sepatutnya engkau malu kepada Allah,
Tuhan yang memperlihatkan kekayaan-Nya
pada diri engkau
Kalau engkau orang yang berkuasa
Ertinya kekuasaan Tuhan nampak dilihat pada diri engkau
Sedikit kuasa dipinjamkan kepada diri engkau
Mengapa pula engkau sombong
dan menggunakan kuasa sewenang-wenangnya
Allah Taala boleh tarik balik kekuasaan itu
pada bila-bila masa
Kalau engkau menjadi seorang yang pandai
Ertinya ilmu atau kepandaian Tuhan itu ada pada diri engkau
Ia menggambarkan ilmu Tuhan diberi sedikit kepada engkau
Tuhanlah yang memandaikan engkau,
engkau yang kena pandai
Sepatutnya engkau merendah diri kepada-Nya
Bersyukur, memuja, menyembah dan membesarkan-Nya
Engkau tidak akan sombong dengan ilmu itu
Bahkan engkau merasa bertanggungjawab
memberi ilmu itu kepada orang lain
Engkau tidak akan menggunakan ilmu itu
untuk kepentingan diri engkau

Selepas Asar
04 - 02 - 2000
(29 Syawal 1420)

129
SAJAK – SIRI 1

55 TUHAN ITU RAFIQUL A’LA

F AHAM sekular telah memisahkan


hamba-hamba dengan Tuhan-Nya
Sekalipun dia pelajar agama
Walaupun percaya dengan adanya Tuhan
Tapi tidak kenal Tuhan, siapa sebenarnya Tuhan,
apa peranan Tuhan
Mereka tidak tahu apa perlunya kepada Tuhan
Kalaupun mereka tahu bahawa Tuhan itu
hanya mengazab dan menghukum
Mereka tidak tahu bahawa Tuhan itu
Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Tuhan itu Maha Pemurah, Maha Berkuasa
Penjaga dan Pelindung
Mereka tidak faham bahawa Tuhan itu Pemimpin
Idola yang patut ditakuti, disembah,
dicintai dan disanjung
Bahkan mereka tidak faham
bahawa Tuhan itu adalah Rafiqul A’la
Kawan sejati yang sangat setia serta membela
Mereka tidak faham bahawa Tuhan itu
adalah segala-galanya
Kalaulah mereka faham siapa sebenarnya Tuhan
Mereka akan jadikan Tuhan sebagai kawan
Kawan yang dicintai, disanjung dan dipuja
Mereka tidak akan memutuskan hubungan
dengan Tuhan setiap masa
Mereka rasa perlu dan bahagia bersama Tuhan
Tuhan akan dibawa ke mana-mana
Tuhan akan dibawa di waktu rehat
Di waktu susah dan senang
Di waktu bermukim dan bermusafir
Di waktu sihat dan sakit
Di waktu tidur dan baring

130
TAUHID & TASAWUF

Di waktu sibuk dan bekerja


Hinggakan rasa bertuhan tidak lekang dari jiwa
Di masa yang sama, rasa kehambaan begitu subur
di dalam hatinya

Menjelang Maghrib
09 - 11 - 1999

131
SAJAK – SIRI 1

BERKAWAN DENGAN TUHAN


56 TIDAKLAH SUSAH

K ALAU kita ingin jadikan Tuhan kawan setia,


tidaklah susah
Tidak seperti berkawan dengan manusia
Kerana kita tidak payah panggil Dia untuk berkawan
Tuhan Maha Suci daripada istilah datang
Kita tidak perlu jemput Dia
Kerana Tuhan tidak terlibat dengan jauh dan dekat
Kita tidak perlu ajak Dia
Dia memang sudah siap siaga
Terpulanglah kepada kita
Kita tidak payah beritahu
Kerana Dia sudah sedia tahu tentang kita
Soalnya kita mahu ataupun tidak
Berkawan dengan-Nya itu sahaja
Kita tidak perlu ingatkan Dia
Kerana Dia memang tidak pernah melupakan kita
Di mana-mana kita boleh berkawan dengan-Nya
Tidak seperti manusia
Berkawan dengan manusia
di tempat-tempat tertentu sahaja
Dan di masa-masa yang tertentu sahaja
Seperti di jamban kita terpaksa tinggalkan dia
Di waktu bersama isteri,
kita tidak boleh berkawan lagi dengannya
Di waktu dia bersama isterinya pun
dia tinggalkan kita pula
Jadi berkawan dengan manusia ada batasnya
Berkawan dengan Tuhan tidak kira tempat dan masa
Boleh berlaku di sebarang tempat
Dan setiap masa
Cuma kita mahu atau tidak berkawan dengan-Nya
Ertinya kita ingat Dia, sujud kepada-Nya
Bangun-bangun saja, ingat Dia

132
TAUHID & TASAWUF

Hendak tidur, ingatkan Dia


Kita serahkan nasib kita kepada-Nya
Bertanya kepada-Nya, meminta kepada-Nya
Rasakan Dia ada di mana-mana bersama-sama kita
Cuma tidak bertempat macam kita
Anugerah-Nya kita bersyukur kepada-Nya
Di mana kita pergi, rasa bertuhan kita bawa bersama-sama
Cara itulah kita berkawan dengan Tuhan

Menjelang tidur
01 - 11 - 1999

133
SAJAK – SIRI 1

57 INGATLAH TUHAN WALAU DI MANA

B ANGUN, bangun tidur sahaja di waktu Subuh,


mulakan dengan Tuhan
Dia adalah Kawan Setiamu
Apabila nanti kamu menyembah-Nya,
biarlah rasa puas
Kerana segala ikrar, seluruh bentuk pengaduan
engkau telah panjatkan
Selepas itu kalau perlu makan, makanlah
Ingatlah lebih dahulu nikmat yang di hadapanmu itu
anugerah-Nya
Dan rasakan kita tidak layak menerimanya
Tapi Allah Taala dengan kemurahan-Nya diberi-Nya juga
Agar kita merasa malu berhadapan dengan nikmat Tuhan,
kerana Ia memerhatikan
Kemudian mulakanlah makan
dengan menyebut nama-Nya
Janganlah lupa menyebut nama-Nya lebih dahulu
Selepas itu berjalanlah pergi membuat kerja
atau menunaikan kewajipan masing-masing
Tapi ingatlah, bawa Tuhan bersama
Dia adalah Kawan Setia kita
Di tempat kerja jangan lupa lagi Tuhan bersama kita
Ia memerhati dan melihat kerja-kerja kita
Selesai bekerja, menjelang pulang ingatlah
bahawa Tuhan bersama kita
Rasa malulah, jagalah mata, jagalah telinga,
Dia melihat kita
Sampai di rumah, masuklah ke rumah bersama Tuhan
Apabila mengerjakan sembahyang Maghrib dan Isyak
Sembahyanglah puas-puas
Ertinya kita bercakap-cakap dengan Tuhan
dengan sepenuh hati seperti Subuh tadi
Selepas itu tidurlah bersama Tuhan

134
TAUHID & TASAWUF

Ertinya sepanjang hidup kita


Kita mulakan dengan Tuhan
dan kita tutuplah dengan Tuhan
Di waktu itu kita mati, di waktu mana
dan bagaimana pun tidak mengapa
Kerana seluruh hidup kita
telah mengikut disiplin Tuhan

Selepas Zuhur
29 -0 9 - 1999

135
SAJAK – SIRI 1

58 AKU SEBUT NAMA-MU TUHAN

A KU sebut nama-Mu Tuhan


Tanda perhubunganku dengan-Mu
Aku ingat dengan hatiku
Agar tidak putus hubunganku itu
Aku perlu menyebut nama-Mu selalu
Kerana itu adalah hiburanku
Nama-Mu aku sebut selalu, itulah kebahagiaanku
Bagaimana aku tidak menyebut nama-Mu selalu
Nikmat-nikmat-Mu tidak pernah putus-putus kepadaku
Kasih sayang-Mu yang Engkau beri kepadaku
Setiap detik dan waktu
Takkan aku jemu menyebut nama-Mu
Sedangkan Engkau sentiasa tahu tentang aku
Sekali-sekala aku lupa, itu biasalah tabiat manusia
Engkau sentiasa sibuk mengurus diriku
Iman, Islam dan ibadahku
Turun naik nafasku, gerak-geri tubuh badanku
Makan minumku, pakaianku, tempat tinggalku
Menggerakkan fikiranku, membolak-balikkan hatiku
Tutur bahasaku, pandangan dan penglihatanku,
sentuhanku, perasaanku
Tidak terlepas daripada kuasa dan kehendak-Mu
Setiap yang aku kerjakan selagi ia dianggap baik,
aku meminta pertolongan-Mu
Tidak mungkin aku boleh buat kalau bukan pertolongan-Mu
Setelah selesai aku buat,
aku serahkan kejayaannya kepada-Mu
Terpulanglah kepada-Mu,
Engkau lebih tahu hikmahnya
Sama ada hendak dijayakan atau tidak
Tidak ada satu perkara pun yang berlaku kepadaku
yang bukan gerakan dari-Mu
Jadi bagaimana aku mesti melupakan-Mu

136
TAUHID & TASAWUF

Tidak patut sekali kalau aku


tidak menyebut nama-Mu selalu
Aku harap bantulah aku agar aku
lebih kerap menyebut nama-Mu
Biarlah hidup matiku, nama-Mu sentiasa di bibirku
atau di hatiku
Matikan aku di waktu aku menyebut nama-Mu
Itulah harapanku kepada-Mu

Menjelang tidur
09 - 11 - 1999

137
SAJAK – SIRI 1

59 JADIKAN TUHAN SEBAGAI KAWAN

J ADIKANLAH Tuhan sebagai kawan


Bawa Dia ke mana-mana senang untuk bertanya
Engkau tidak terasa keseorangan
Engkau terasa ada kawan setia yang mengiringi
Waktu hendak berbuat sesuatu tanyalah Tuhan
Waktu hendakkan sesuatu minta tolonglah kepada-Nya
Jika terasa takut ingatlah bahawa Kawan kan ada bersama kita,
walaupun Dia tidak di samping kita
Dia sentiasa memerhati dan mendengar rintihan kita
Waktu buntu tanyalah Tuhan,
Kawan yang tidak pernah kecewakan kita
Engkau akan dapat pedoman dan panduan
Waktu rehat-rehat jangan lupa Kawan Setia kita
Kerana Tuhan tahu tentang kita
Mengapa kita melupakan Dia
Yang sentiasa berada dengan kita,
walaupun tidak di sebelah kita
Waktu hendak tidur, beritahulah Dia bahawa jagalah aku
Engkau boleh jaga aku kerana Engkau tidak tidur
Di kala kita terjaga, berterima kasihlah kepada-Nya
Kerana Dia telah menjaga dan mengejutkan kita
Sucikanlah Dia dengan mengucap tasbih
Kerana Dia bukan kawan biasa yang serupa
Barukan ikrar kita kepada-Nya,
bahawa Dia adalah Tuhan kita
Selepas solat kemudian pergi menunaikan kewajipan
Bawalah lagi Dia ke mana-mana
Jadikanlah Dia tempat menerima nasihat dan tempat bertanya
Apa sahaja hendak buat jangan lupa tanyalah Dia
Kalaulah Tuhan kita, boleh kita jadikan kawan hidup kita
Kita pasti selamat dunia Akhirat

Selepas Isyak
24 - 09 - 1999

138
TAUHID & TASAWUF

60 AKU BAHAGIA ENGKAU TUHANKU

A KU sembah-Mu Tuhan kerana aku ini adalah hamba-Mu


Aku rasa bahagia engkau adalah Tuhanku
Aku merasa mulia bahawa Engkau menjadi Tuhanku
Engkau mengenalkan aku bahawa Engkau Tuhanku
Aku rasa ini adalah satu rahmat dan nikmat
yang tidak ada taranya
Aku tidak tahu apakah yang aku hendak balas kurniaan-Mu
Melainkan bakti dan ibadahku kepada-Mu,
itulah sahaja balasanku
Itu pun sudah tentu tidak mencukupi
untuk membalas anugerah-Mu
Kerana Engkau telah mengenalkan diri-Mu kepadaku
Patut sekali aku menyembah-Mu tidak jemu-jemu
Aku tidak fikir lagi Syurga dan Neraka
Aku tidak berminat lagi fadhilat itu dan ini
Kerana Engkau adalah segala-galanya
Syurga dan Neraka sudah terlalu kecil buatku
Kerana Zat-Mu yang Maha Agung telah aku miliki
Engkau adalah terlalu besar buatku
Engkau patut aku puji dan puja
Aku sembah dan sanjung setiap masa
Terima kasih Tuhan,
Engkau telah mengenalkan diri-Mu kepadaku
Hingga Engkau menjadi Tuhanku
Aku sungguh bangga dan bahagia mempunyai Tuhan
Yang menciptaku dan melindungiku setiap waktu
Engkau adalah Tuhanku, janganlah tinggalkan aku

Menjelang tidur
23 - 11 - 1999

139
SAJAK – SIRI 1

61 INDAHNYA BERTUHAN

I NDAHNYA bertuhan
Senang dan tenang dibuatnya
Kerana kasih sayang-Nya dan cinta-Nya
kepada kita begitu terserlah
Setiap saat dan ketika bahkan setiap detik
kita lihat kasih sayang-Nya kepada kita
Bukankah oksigen kita hirup kasih sayang-Nya kepada kita?
Nafas turun naik kasih sayang-Nya
kepada hamba-hamba-Nya?
Untuk melepaskan haus diberi kita air
Di waktu lapar diberi kita makan
Itulah kasih sayang-Nya
Berbagai-bagai pemandangan yang indah
menyejukkan mata, menenangkan hati
Suara yang lemak merdu yang kita boleh dengar
di waktu hendak berhibur
Diberi kita ilmu dan pengalaman untuk panduan hidup
Bahkan ilmu terasa kawan di dalam diri
Yang boleh dibawa ke mana-mana,
itulah kasih sayang-Nya
Kita sibuk bekerja di waktu siang dengan letih dan lesu
Diberi kita tidur di waktu malam sebagai kerehatan
Segar bugar kembali badan kita
untuk digunakan semula di siangnya
Bukankah itu semuanya nikmat dari-Nya?
Sebagai kasih sayang-Nya kepada kita?!
Dianugerahkan di dalam jiwa syahwat
Kalau kita lelaki ingin kepada perempuan,
kalau kita perempuan ingin kepada lelaki
Maka terjadilah nikah kahwin
Untuk boleh berhibur satu sama lain
Hasil perkahwinan dapat pula cahaya mata
Bukankah itu cinta-Nya Tuhan kepada hamba-hamba-Nya

140
TAUHID & TASAWUF

Kalau begitulah kasih sayang Tuhan yang sangat terserlah


Mengapa manusia tidak terasa lagi kasih sayang-Nya
Mengapa manusia yang dia rasa Tuhan itu
semata-mata menghukum
Mengapa yang dirasa oleh manusia ujian
yang menyusahkan
yang datang sekali-sekala
Kasih sayang yang setiap detik dilupakan
Padahal kasih sayang Tuhan dan rahmat-Nya
kepada manusia begitu luas dan merata
setiap detik dan masa
Sepatutnya kita jatuh hati kepada Tuhan
Dan cinta kita kepada-Nya tidak akan padam-padam
buat selama-lamanya

Selepas Asar
04 - 02 - 2000
(29 Syawal 1420)

141
SAJAK – SIRI 1

62 RIJALULLAH

O RANG yang rasa bertuhan sentiasa hidup atau jaga jiwanya


Hingga lupa dan lalainya kepada Tuhan sedikit sahaja
Di waktu-waktu tertentu terasa kuasa
dan kehendak yang Maha Kuasa
Di masa-masa tertentu teringat rahmat dan nikmat-Nya
Adakalanya terasa agung dan hebat Tuhannya
Di dalam keadaan tertentu terasa Qahhar dan Jabbar-Nya
Tidak kurang di masa-masa yang tertentu
Terasa Tuhan itu melihat dan mendengar
Adakalanya terasa Tuhan itu mengetahui dan melihat
Begitulah orang mukmin yang sejati
Bertukar keadaan strategi yang dialami,
bertukar pula rasa bertuhannya
Berlainan yang dia lihat di dalam kehidupan ini,
berlainan pula rasa bertuhannya
Begitulah jiwa orang yang sentiasa hidup atau jaga
Rasa bertuhan itu dibawa ke mana-mana
Tidak lekang daripada hati dan jiwa mereka
Bahkan rasa bertuhan itu makin lama semakin tajam
Inilah dia orang Tuhan atau Rijalullah
Inilah dia Al ‘Arifbillah di zamannya
Dengan sebab mereka itulah berkat
dan rahmat Allah masih ada
Bala bencana dijauhkan daripada mereka
Bumi sanggup setia dengan manusia
Kalau manusia yang ramai tahu
Sudah tentu berterima kasih kepada mereka
Tapi manusia tidak mengetahuinya
Kerana ia adalah rahsia Tuhannya

Menjelang tidur
21 - 10 - 1999

142
TAUHID & TASAWUF

KALAU ENGKAU SEDAR


63 ALLAH MELIHATMU

K ALAU engkau sedarlah Allah Taala sentiasa melihatmu


Setiap detik mengetahui diri lahir dan batinmu
Terus-menerus mendengar tentangmu
Kuasa dan Kehendak-Nya tidak pernah lekang darimu
Dia boleh buat apa sahaja terhadap dirimu
Engkau sedikit pun tidak dapat menolaknya
Merakamkan baik burukmu
Sekalipun sebesar habuk
Sudah tentu jiwamu sentiasa bergelombang
kerana takut dengan Tuhanmu
Cemas selalu tidak menentu
Kecut rasa hatimu
Gelisah dan resah hingga mengganggu fikiranmu
Kalau begitu sudah tentu dunia tidak akan menipu dayamu
Sudah tentu kamu takut sekali hendak membuat dosa
Begitulah hati para rasul, anbiya dan auliya Allah
Kerana mereka rasa bertuhan sangat tajam
Sentiasa mencengkam jiwa mereka
Rasa bertuhan tidak lekang dari perasaan mereka
Merekalah orang-orang yang benar-benar mengenal Tuhan
Walaupun jasad lahir mereka bersama manusia
Tapi hati mereka bersama Tuhan

Menjelang Tidur
10 - 09 - 2000

143
SAJAK – SIRI 1

64 KALAU TERASA KEBESARAN TUHAN

K ALAU seseorang itu terasa kebesaran Tuhannya


Nescaya lebur kebesarannya di dalam kebesaran Tuhannya
Fana di dalam kehebatan-Nya
Terasa kerdilnya diri ini dan terlalu hinanya
Tenggelam di dalam keagungan-Nya
Jika seseorang terasa Maha Kuasa-Nya Tuhan
Bagaimana besarnya kuasa seseorang itu
tidak terasa lagi ada kuasa pada dirinya
Terasa sangat dirinya itu tertakluk
di dalam kekuasaan Tuhannya
Kalau seseorang itu terlalu kenal kemurahan Tuhannya
Setiap detik sentiasa menerima anugerah-Nya dan kasih
sayang-Nya
Aduh! Malunya dia kepada Tuhannya
Menjadikan dia seorang pemurah,
kerana mengikut Pemurahnya Tuhannya
Jika seseorang itu sedar sangat
bahawa kehendak Tuhan itu lulus
Apa sahaja boleh berlaku kepada seseorang itu
Tuhan boleh buat apa sahaja terhadap dirinya
Aduh kecut perutnya, menggeletar sendi-sendinya
Cemas selalu, rusuh hatinya
Kalau seseorang sentiasa sedar bahawa Tuhan Tahu,
Tuhan Melihat, Tuhan Mendengar
Tidak pernah lekang sekalipun sekelip mata
Sudah tentu rasa bertuhan menyelubungi rasa hatinya
Dia rasa tidak tentu arah, serba salah
Betapalah hendak membuat salah dengan sengaja
Tidak tergamak dia hendak melakukannya
Malu yang amat sangat hendak mengerjakannya

Menjelang tidur
04 - 01 - 2000
(27 Ramadhan 1421)

144
TAUHID & TASAWUF

65 JANGAN TINGGALKAN AKU TUHAN

K ALAU Engkau tinggalkan aku Tuhan


Apalah erti hidup ini
Jika Engkau biarkan aku Tuhan
Segala yang ada tidak ada erti
Apalah erti hidup, tanpa-Mu Tuhan
Aku memerlukan-Mu
Jika Engkau pimpin aku
Segala yang ada mempunyai makna
Setiap milikanku mempunyai erti
Kalau tidak memiliki apa-apa pun, masih mempunyai
Begitulah besarnya erti hidup bersama-Mu
Bahagialah hati, cerialah muka walaupun papa
Kalau hidup ini tidak bersama-Mu
Hilanglah bahagia, ceria tiada, walaupun berkuasa dan kaya
Betapalah kalau miskin dan papa
Bertambah malang bahkan celaka
Engkau adalah keperluan di dalam kehidupan
Engkau adalah cahaya menyuluh harapan
Engkau adalah diperlukan di dalam sebarang hal dan keadaan
Engkau adalah segala-galanya
Jangan tinggalkan aku Tuhan!
Jangan biarkan aku Tuhan
Itulah harapanku pada-Mu
Dengan rahmat-Mu Tuhan, harap tunaikan

Julai 1999

145
SAJAK – SIRI 1

APA YANG TUHAN JADIKAN ADALAH


66 UNTUK MERASAI KEBESARAN-NYA

T UHAN menjadikan mata engkau bukan sekadar


engkau hendak tahu najis apa dan apa warnanya
Hingga engkau dapat ilmu daripada penglihatannya
Tapi Tuhan mahu supaya engkau merasa kebesaran
dan kuasa Tuhan pada benda yang engkau pandang itu
Agar engkau membesarkan dan mengagungkan-Nya
Tuhan memberi engkau pendengaran
bukan sekadar halwa telinga
Atau dapat membezakan suara-suara makhluk-Nya
Juga ia merupakan sumber pengetahuan buat insan
Tapi Allah mahu supaya engkau terasa betapa kuasa-Nya
dan rahmat-Nya kepada manusia
Tuhan mejadikan akal bukan sekadar engkau boleh berfikir
dan mengkaji sesuatu hingga engkau dapat pengetahuan
dan pengalaman
Tapi Tuhan mahu supaya engkau terasa kasih sayang-Nya
serta rahmat-Nya kepada engkau
Dan patut engkau terasa malu kepada-Nya
Agar engkau menjadi tawadhuk dan merendah diri
Bukan membesarkan diri kerana kebolehan engkau
Begitu juga engkau ada hati,
padanyalah engkau ada perasaan
Perasaan itu pula datang berbagai-bagai rasa
mengikut keadaan
Keadaan yang engkau lihat, yang engkau rasa,
mengikut keadaan
Keadaan yang engkau lihat, yang engkau dengar
dan yang engkau fikirkan
Supaya engkau terasa Maha Kuasa-Nya
dan Pentadbirnya Tuhan dengan penuh bijaksana
Yang boleh membolak-balikkan perasaan insan
Yang engkau sendiri tidak mampu mengkontrolnya
apabila tiba masanya

146
TAUHID & TASAWUF

Agar engkau terasa lemah inginkan pertolongan Tuhan


Supaya engkau dapat menetapkan pendirian engkau
Jangan sampai engkau tergelincir pegangan
dan keyakinan engkau terhadap kebenaran
Bukan engkau hendak lajakkan apa yang engkau rasa
sekalipun bertentangan dengan kehendak Tuhan
Di sinilah engkau perlukan mujahadah
Dan di sini jugalah engkau perlu bantuan Tuhan
Di sini ramai manusia yang gagal berfungsi
Iaitu apa yang dia dengar, lihat, fikirkan dan rasa
yang dapat dihubungkait dengan Tuhan

Selepas Asar
9 Safar 1421

147
SAJAK – SIRI 1

KEBESARAN DAN KEKUASAAN ENGKAU


67 DAPAT DIRASA DALAM DIRI

T UHAN, baru aku sedar Kebesaran dan Kekuasaan Engkau


ada di dalam diriku
Bahawa hatiku tidak dapat aku menguasai
atau mengawalnya
Bahkan tubuh kasarku lebih mudah aku mengkontrolnya
Padahal keinginanku agar hati sentiasa tenang dan bahagia
Rupanya ia sentiasa berbolak-balik tanpa kemahuanku
Adakalanya dia sedih sedangkan aku tidak mahu
Di waktu-waktu lain pula dia benci yang menyusahkan aku
Sekali-sekala dia marah, menghilangkan kebahagiaanku
Berlaku juga hatiku tenang dan senang
Di waktu itulah aku rasa bahagia
Tidak kurang juga di waktu-waktu tertentu hatiku gembira
Di masa itu aku bertambah bahagia
Di celah-celah itu hatiku jijik, tanpa kemahuanku
Di waktu itu makan pun tidak lalu
Sekalipun hidangan itu jenis makanan yang lazat
Namun selera mati dibuatnya
Rupanya begitulah hati manusia sentiasa berbolak-balik
Pandai macam mana pun, berkuasa macam mana pun,
kuat macam mana pun
Tidak seorang pun yang boleh mengkontrol hatinya
Maha Besar Engkau, Maha Berkuasa Engkau,
Maha Hebat Engkau
Rupanya kebesaran Engkau dan kekuasaan Engkau
dapat dirasa di dalam diri manusia
Kalau manusia hatinya tidak buta
Betapalah di dalam alam semesta

06 - 08 - 2001

148
TAUHID & TASAWUF

BAGAIMANALAH AKU TIDAK


68 MENYEMBAH-MU

T UHAN!
Bagaimanalah tidak aku menyembah-Mu
Sedangkan aku hamba-Mu
Sedangkan kewujudanku tanpa dipinta
Ia adalah dengan iradah-Mu yang mempunyai hikmah
Bagaimana aku tidak mengagungkan
dan membesarkan-Mu
Segala yang aku lihat menggambarkan kebesaran-Mu
Bagaimana aku boleh melupakan-Mu,
kasih sayang-Mu dapat kurasa
Ia berlaku setiap masa dan waktu
Bahkan turun naiknya nafasku itu
salah satu kasih sayang-Mu

Tuhan!
Bagaimanapun aku adalah hamba
Engkau pun tahu, di antara sifat-sifat hamba itu
terlalai dan terlupa
Cuai dan terleka
Kerana itulah aku selalu sahaja
memohon ampun kepada-Mu
Cuai dan lalai pasti berlaku kepadaku
Lupa dan leka terjadi selalu
Di sinilah diharapkan dengan rahmat-Mu,
lupakan sahaja kesalahanku
Janganlah sampai Engkau bertindak ke atasku

Selepas Asar
27 - 08 - 1999

149
SAJAK – SIRI 1

69 KEIKHLASANKU TERCACAT

T UHAN!
Selama ini Nerakalah yang aku lebih takut dari-Mu!
Juga Syurga lebih kucinta dari-Mu sendiri
Kedua-dua inilah yang mendorongku beribadah
Kerana keduanya jugalah aku menjauhi
larangan dan melaksanakan suruhan
Aku rasa aku sudah tidak beradab dengan-Mu Tuhan
Aku beramal ibadah kerana makhluk-Mu
Keikhlasanku terhadap-Mu telah tercacat
Kerja-kerja yang aku buat kerana Syurga dan Neraka
Ketidakberadapan aku terhadap-Mu
aku memohon ampun
Kesilapan aku itu aku memohon maaf
Bantulah aku agar amal ibadah yang kubuat
kerana-Mu Tuhan
Bukan kerana Syurga atau Neraka
Aku amat takut dan bimbang
jangan-jangan Syurga dan Neraka itu jadi hijab
Sekali lagi aku memohon maaf
Kerana keterlanjuranku
Aku berjanji yang akan datang
aku beribadah untuk-Mu
Bukan kerana Syurga
dan tidak juga kerana takut Neraka
Cintakan Engkau dan takutkan Engkau
adalah lebih utama

Selepas Asar
03 - 09 - 1999

150
TAUHID & TASAWUF

70 BERIBADAH BUKAN DARI PENGENALAN

S ESEORANG itu kalau dia memperhambakan diri pada seseorang


Dia rasa senang, bahkan adakalanya rasa bahagia
Kerana dia hambakan diri pada seseorang
kerana hormat dan senang
Boleh jadi orang itu memberi kasih sayang
Timbul kasih dan sayang di dalam hatinya pula
Tapi kalau seseorang itu diperhamba kerana terpaksa
Jiwanya akan derita dan terseksa
Dia akan membuat kerja-kerja orang itu bukan dari hati
Tetapi keadaan memaksa
Mungkin padanya tidak ada jalan lain untuk hidup,
melainkan dengannya
Begitulah dengan Allah Taala Tuhan manusia
Kalau dia menyembah Allah bukan dari pengenalan,
jiwanya terseksa beribadah
Hendak membuat kerja-kerja Tuhan macam terpaksa
Beribadah tanpa bahagia
Kerana itulah mengenal Tuhan itu wajib dan amat penting sekali
Hingga terasa Tuhan itu Kuasa-Nya, Kehendak-Nya,
Ilmu-Nya, Pendengaran-Nya
Lebih-lebih lagi betapa Kasih Sayang-Nya,
Rahmat dan Kurniaan-Nya
Penjagaan-Nya, Bijaksana-Nya, Jaminan-Nya kepada manusia
Di waktu itu beribadah terasa rindu
Beribadah kepada Tuhan terasa sangat lazatnya
Berkhidmat kepada Tuhan tidak terasa jemu
Bahkan boleh berkorban untuk-Nya satu hiburan
Apabila kurang berkhidmat kepada-Nya satu penyesalan
Oleh itu kenali Tuhan dengan sebaik-baiknya
Hingga terasa kasih dan sayang-Nya
Takut dan cinta kepada-Nya
Barulah kita beribadah kepada-Nya
terasa lazatnya Menjelang Maghrib
14 - 09 - 1999

151
SAJAK – SIRI 1

71 KUSEMBAHKAN PADA-MU TUHAN

K USEMBAHKAN kepada-Mu Tuhan


segala usaha dan amalan
Namun selalu sahaja berlaku kualitinya murahan
Tapi apakan daya, itulah yang dapat kusembahkan
Aku harap dengan rahmat-Mu terimalah wahai Tuhan
Kubisikkan pada-Mu berbagai-bagai harapan
Aku menunggu segala jawapan dari sisi-Mu Tuhan
Kalau jawapan tidak kudapati dari-Mu Tuhan
Aku tetap redha menerimanya
dengan penuh tabah dan kesabaran
Aku sedar bahawa aku belum lagi layak menerimanya
Kerana Engkau lebih tahu
apa yang patut diberi kepada hamba-Mu
Jika aku terima di waktu belum layak, aku pasti rosak
Aku menunggu anugerah-Mu hingga aku layak
Aku tidak mahu Engkau memberi aku secara istidraj
Atau Engkau memberi aku di waktu Engkau murka
Berilah lagi aku petunjuk
Anugerahkanlah aku bersama taufik
Agar hidayah dan taufik berjalan sama
Barulah ilmu dan amalku berjalan seiring
Di waktu itu barulah aku layak menerima
daripada-Mu apa sahaja
Kerana itulah aku redha menunggu
Di waktu Engkau anugerahkan kepadaku
bersama keredhaan-Mu

Selepas ekspedisi
18 - 12 - 1999
(10 Ramadhan 1420)

152
TAUHID & TASAWUF

72 TAKUTILAH ALLAH

T AKUTILAH Allah kerana Dia adalah pencipta kita


Takutilah Tuhan kerana Dialah yang menghukum kita
Takutilah Allah kerana Dialah yang menentukan nasib kita
Takutilah Tuhan, bukan takut dengan Neraka-Nya
Takutilah Tuhan agar lahir rasa kehambaan
Takutilah Allah, apa yang ditakuti terhindar sama
Takutlah Tuhan supaya rasa bertuhan subur di jiwa
Jika rasa bertuhan wujud,
automatik rasa kehambaan wujud sama
Tuhan perintahkan kepada kita
Hendaklah takuti Zat-Nya yang Maha Esa
Kerana Dialah yang menghidup dan mematikan kita
Dialah yang mendatangkan kesenangan
dan kesusahan kepada kita
Dialah yang memberi nikmat
dan Dia juga yang menarik nikmat
Dialah yang menyihatkan kita
dan Dia juga yang menyakitkan kita
Pada Tuhan ada mempunyai kuasa
dan kehendak yang mutlak
Kecut perut kita kalau kita faham tentangnya
Menggeletar jiwa kita bila kita mengenal kuasa-Nya
Kerana itulah Tuhan sahaja yang patut kita takut
Mengapa kita mesti takut dengan makhluk-Nya?
Takutkan Allah menyelamatkan kita
daripada takut kepada segala-galanya
Kerana itulah kita perlu takutkan Allah sahaja
Orang takutkan Allah, takkan Tuhan hendak
mengazab ke dalam Neraka-Nya
Neraka itu untuk orang
yang tidak takut dengan Tuhan

Menjelang tidur
11 - 11 - 1999

153
SAJAK – SIRI 1

73 AKU HAIRAN ENGKAU TIDAK TAKUT

A KU hairan engkau tidak takut


kepada satu Zat yang kuasa-Nya mutlak
Kuasanya Maha Luar Biasa
yang tiada tandingannya
Kalau Dia ingin mengadakan atau mentiadakan
Dia akan berkata: Jadilah, maka terus jadi
Itulah Dia Tuhan yang mencipta segala-galanya
Kehendak-Nya lulus, penglihatan-Nya tembus
Pengetahuan-Nya meliputi apa yang ada
dan yang tiada
Pendengaran-Nya lulus dan peka
Apa sahaja yang bersuara mahupun yang tiada suara
semua didengar-Nya
Dia sentiasa bersama kita terlalu dekatnya,
tapi bukan dekatnya mengikut ukuran kita
Yang boleh kita kata begian-begian
jarak dekat dan jauhnya
Dekatnya adalah cara mengikut ukuran
Tuhan yang Maha Suci
Yang tidak dapat digambarkan mengikut cara kita
Cara-Nya kita tidak dapat mengukurnya
kerana Dia Maha Suci daripada penyerupaan
Tapi Tuhan dapat mengukurnya
dan dapat mengukur cara makhluk-Nya
Tuhan itulah yang engkau tidak mempedulikan
Sungguh engkau manusia luar biasa
Luar biasa yang tidak sepatutnya
Bila berhadapan dengan Zat
yang Maha Luar Biasa
Luar biasa yang keterlaluan
yang tidak sayugianya ada pada manusia
Apa sudah jadi kepada engkau
Di mana salah silapnya

154
TAUHID & TASAWUF

Kuasa Allah yang begitu terserlah


yang mengecutkan perut
bagi orang yang mengenalnya
Tapi engkau tidak dapat menangkapnya
dan tidak dapat merasanya
Betullah otak engkau sudah gersang
Dan hati engkau telah buta

Menjelang tidur
01 - 10 - 1999

155
SAJAK – SIRI 1

74 TAKUTILAH TUHAN

B ERHATI-HATILAH bahawa bumi yang engkau pijak


Tuhan yang punya
Hendaklah merendah diri dan sedarlah diri
Makanan dan minuman setiap hari yang engkau makan
dan minum nikmat dan pemberian-Nya
Malulah kepada-Nya
Syukurilah Dia!
Setiap pakaian buat menutup badanmu
dan perhiasan dirimu anugerah-Nya
Jangan engkau hairankan dirimu!
Setiap ilmu dan maklumat yang memandaikan akalmu
kurniaan Tuhan
Jangan pula engkau angkuh dan sombong
Merasa manusia luar biasa
Memandang orang menghina
Ingatlah setiap kekayaan yang engkau miliki
Adalah sedikit daripada kekayaan Tuhan
yang diberikan kepadamu
Dia boleh mengambil semula bila-bila masa
Janganlah engkau terpesona dengan kekuasaanmu
Kemudian dengan kuasa melakukan sewenang-wenangnya
Tuhan sedang melihat dan memerhati
Bila-bila Dia boleh bertindak
Engkau akan jatuh terhina dan Akhirat pula Neraka
Ingatlah nyawamu di antara nafas turun naik sahaja!
Bila naik tidak turun, matilah kamu
Jika turun tidak naik lagi, pun matilah kamu
Tapi ini mudah sahaja
Takutilah Tuhan agar di waktu mati
di dalam keredhaan-Nya

Selepas Asar
03 - 08 - 1999

156
TAUHID & TASAWUF

ROBEKLAH HATIKU
75 DENGAN TAKUTKAN-MU

T UHAN!
Robek-robeklah hatiku ini dengan takutkan-Mu
Pecah-pecahkanlah hatiku dengan kehebatan-Mu
Hancur luluhkanlah hatiku dengan Jabbar dan Qahhar-Mu
Hiris-hirislah hatiku dengan Rahim dan Rahman-Mu
Kecut dan reput-reputkanlah hatiku
dengan Qudrah dan Iradah-Mu
Agar jangan manusia dan kuasanya merobek-robek hatiku
Supaya kebesaran manusia tidak pecah-pecahkan hatiku
Jangan sampai zalim dan kezaliman manusia
menghiris-hiris hatiku
Aku berlindung dengan-Mu daripada makhluk
yang merosakkan hatiku
Juga aku berlindung dengan-Mu jangan sampai
dunia dan nikmatnya merosak hatiku
Tuhan, selamatkanlah hatiku
daripada dirosakkan oleh pujian
Peliharalah hatiku daripada nikmat dunia
dan keindahannya
Tuhan apalah ertinya aku cintakan Syurga-Mu
padahal hatiku tidak mencintai-Mu
Apalah ertinya aku takutkan Neraka-Mu
sedangkan hatiku tidak takut dengan-Mu
Tuhan! Hidayah-Mu yang aku pinta
Taufiq-Mu yang aku mahu
Selamatkanlah aku Tuhan!
Peliharalah aku
Pimpinlah aku ke jalan keselamatan
Engkau adalah Tuhanku, pelindungku

Selepas ekspedisi
03 - 09 - 1999

157
SAJAK – SIRI 1

76 SUNNATULLAH YANG BERLAKU

M ALAM dan siang silih berganti


Pagi dan petang pergi dan datang
Begitulah Sunnatullah berlaku di dunia ini
Tiada siapa yang dapat menahan dan menghalang
Begitulah kuasa Allah dan kemampuan-Nya
Agar manusia prihatin dan peka
Supaya manusia takut dengan-Nya
Bahkan manusia memerlukan Tuhan
Susah dan senang juga silih berganti
Sakit dan sihat demikian juga
Nikmat dan niqmah pergi dan datang
Patut manusia mengambil pengajaran dari kejadian

Selepas Subuh
25 - 09 - 1999

158
TAUHID & TASAWUF

TAKUTILAH ALLAH YANG MAHA


77 KUASA DI WAKTU BERKUASA

W AKTU kita ada kuasa, lebih-lebih lagi kuasa negara


Jangan sesuka hati membuat apa sahaja
Jauhilah sombong di dalam berbuat dan bertindak
Walau bagaimana hebat kuasa kita
Kita tetap hamba di dalam kuasa Tuhan yang Maha Kuasa
Jauhi menzalim, menindas dan diskriminasi
Tuhan amat murka
Kerana ia memusnahkan kehidupan manusia
Jangan bila berkuasa, merasa tidak kena kuasa
Kita tidak ada kuasa, Tuhanlah yang berkuasa
Oleh itu jangan sombong ketika berkuasa
Kita bila-bila masa dari mulia boleh terhina
Dari sewenang-wenang boleh kena tendang
Merendah dirilah bila berkuasa
Jangan ambil kesempatan di waktu ada kuasa
Gunakanlah kuasa untuk mendaulatkan hukum Tuhan
Dengan kuasa tegakkanlah keadilan
Buat dan ratakanlah kebaikan di waktu berkuasa
Lihatlah kehidupan rakyat jelata
Belalah mereka yang susah dan teraniaya
Janganlah fikir kita dan klik-klik kita sahaja
Allah boleh lakukan kepada kita bagaimana yang Dia mahu
Suatu hari kita boleh terhina
Takutilah Tuhan Dia Maha Kuasa

Selepas Subuh
29 - 09 - 1998

159
SAJAK – SIRI 1

78 TIADA MAKHLUK ABADI

S ETIAP hari kita lihat daun kering berguguran


Di atas pokoknya ada yang sedang menguning
menunggu giliran
Begitu juga bunga-bunganya berjatuh-jatuhan di bumi
setiap hari, terutama pagi
Sebelum jatuh, layu dahulu di atas pokoknya
Di jalan-jalan raya, di highway
Katak, tikus, ayam, kucing, ular
dan bermacam-macam spesis mati
Menjadi mangsa kereta-kereta yang lalu di atasnya
Tidak kurang juga penghuni-penghuni kereta
di jalan raya mati accident
Yang luka, yang patah, dalam kereta
atau orang yang kena langgar di jalan raya
terjadi di mana-mana
Pemandangan ini biasa sahaja kita lihat
Atau media massa setiap hari buat berita
Di hospital-hospital setiap hari berlaku kematian
Sebab-sebab kematian bermacam-macam cara,
sangat mengerikan
Ada disebabkan sakit, bermacam jenis sakit
yang menimpa mereka
Tidak kurang disebabkan kena langgar kereta di tepi jalan
Begitu pula dikeranakan accident,
atau jatuh gaung yang dalam
Beberapa banyak bangunan lama sudah tiada lagi
Di atasnya telah diganti dengan bangunan baru
yang cantik dan tinggi
Penghuni-penghuni di bangunan yang lama
pun juga tiada lagi
Di bangunan yang baru penghuni baru
yang mengganti atau menghuni
Tidak kurang kawan lama, kenalan lama, sudah tiada lagi

160
TAUHID & TASAWUF

Mereka mati mendahului kita,


kita juga menunggu giliran tiada tahu masa
Entahkan pagi, entahkan petang,
entahkan siang entahkan malam
Kematian kita pasti berlaku
Tempatnya tidak pasti (tahu)
Mungkin di rumah, di tempat kerja,
di jalan raya, di shopping centre
Di hadapan keluarga, seorang diri,
di hadapan kawan
Di hadapan orang yang tidak dikenali
Mati pasti tiba, cuma tempat, masa,
caranya sahaja kita tidak pasti
Oh! Baru kita sedar Qiamat kecil-kecilan
setiap hari berlaku
Menunggu Qiamat besar yang kita tidak tahu
Oh! Baru kita tahu tiada makhluk yang abadi

Selepas Asar
26 - 04 - 1997

161
SAJAK – SIRI 1

79 DALAM MEMBURU, KITA DIBURU

D I DALAM kita memburu, kita diburu


Banyak orang yang tidak tahu
Ada yang tahu tidak terasa diburu
Kerana itu dia juga adakalanya lupa
yang dia diburu
Manusia memburu sambil diburu
Memburu harta, memburu nama, memburu takhta
Memburu wanita, dan memburu apa sahaja
yang bersifat dunia
Di dalam memburu dia diburu
Dia diburu oleh Atid merekod kesalahannya
Merakamkan di dalam fail segala bentuk dosa-dosanya
Sehalus apa pun dan di tempat mana pun
semua dapat direkodnya
Selepas itu Allah perintahkan SB-Nya
menangkap hamba-Nya yang sedang memburu itu
SB itu Malaikal Maut namanya
Tidak ada seorang pun yang lepas dari tangkapannya
Adakalanya manusia itu ditangkap di istana
Adakalanya ditangkap di pejabatnya
Tidak kurang juga ditangkap di rumahnya
dan di jalan-jalan raya
Waktu dia memburu wanita di situ juga dia kena
SB Tuhan menangkap pemburu-pemburu dunia
di merata-rata
Setelah ditangkap direman di lokap
Alam Barzakh namanya
Di sana disoal siasat kerja-kerjanya
oleh SB-SB yang lain pula
Munkar dan Nakir namanya dengan bengisnya
SB-SB pemerintah pun kena reman di sana juga
Kalau tidak betul menjawab kena lanyak
dan belasah dengan marahnya

162
TAUHID & TASAWUF

Remuk-redamlah tulang-tulang manusia dibuatnya


Wahai manusia termasuklah saya
Ingatlah kita sedang diburu
waktu kita sedang memburu
Buruan kita belum tentu dapat kita tangkap
Tapi kita yang menjadi buruan pasti kena tangkap

Selepas Asar
18 - 05 - 1997
(10 Muharram 1418)

163
SAJAK – SIRI 1

80 KAWAN KETIKA SAKARATUL MAUT

C ARILAH kawan atau cintalah kawan


sebanyak-banyaknya
Untuk menjadi sahabatmu
ketika sakaratul maut
Di waktu itu selain kawan
tidak ada siapa yang menolongmu
Juga di dalam kubur, sahabatmulah
yang akan berada bersama-samamu
Orang lain janganlah diharapkan
Hinggalah sampai ke Padang Mahsyar,
kawan juga yang akan membantu kawan
Selain itu semuanya lari dan menjauhkan diri
Yang dimaksudkan kawan yang akan membela kita di sini
ialah amal soleh kita
Dia nanti di dalam kubur merupakan seorang pemuda
atau pemudi yang amat cantik dan menarik
Senang hati memandang, tenang jiwa dibuatnya
Kerana itulah di masa hidup di dunia,
pandai-pandailah cari kawan
Janganlah cari kawan yang jahat dan jelik
Kerana kawan yang jahat juga
akan bersama-sama kita nanti di alam kubur
Yang dimaksudkan kawan yang jahat
ialah amal kejahatan kita
Di dalam kubur nanti ia dirupakan seorang manusia
yang terlalu buruk dan busuk
Kalau baunya dihidu oleh makhluk
yang bernyawa di dunia nescaya
atau mungkin mati seluruhnya
Kawan yang buruk dan busuk inilah
yang akan sentiasa berada di samping kita
Belum lagi persoalan pukulan Mungkar dan Nakir
Ia bersama-sama kita di dalam kubur

164
TAUHID & TASAWUF

hinggalah hari Qiamat


Berhati-hatilah cari kawan di dunia ini
Biarlah kawan yang kita cari itu
yang boleh membela kita
Iaitu cetuskanlah berbagai-bagai macam amal kebajikan
Agar kita mempunyai kawan di dalam kubur
yang membela dan menyenangkan kita

Selepas Asar
01 - 10 - 1999

165
SAJAK – SIRI 1

APA KITA HENDAK JAWAB


81 KEPADA TUHAN?

A PAKAH yang kita hendak jawab kepada Tuhan?!


Apakah kita boleh berdalih besok di depan Tuhan?!
Jawapan kita itu bolehkah diterima?
Kita berkata: Tuhan, susahnya beragama waktu di dunia
Harta terkorban, badan letih, orang menghina,
kehilangan kawan!
Aku tiada mampu melaksanakannya
Kalau Tuhan bertanya begini bagaimana?
Bolehkah kita menjawab?
Mana susah, sembahyang Subuh dengan sebelum Subuh
turun ke laut menjadi nelayan?
Dilambung, dihempas oleh ombak
Adakalanya ditelan laut atau ditelan ikan?!
Berhari-hari, bermalam-malam
hingga badan berbau laut?!
Orang yang buru dunia, buru nama,
buru glamour, buru pangkat
Bukankah lebih menderita?
Tidak terkorban harta?!
Tidak buang masa?!
Tidak orang kata?!
Orang tidak menghina?!
Bukan setakat itu
Bukankah kerana dunia ramai kena bunuh?!
Kalau yang luka, cacat, sengsara, tidak terhitung!
Manusia!
Kerana dunia, kerana nama, kerana glamour,
kerana negara, kerana bangsa lebih sengsara!
Justeru itu semua bermacam-macam usaha
Bermacam-macam cara
Bermacam-macam helahnya dibuat oleh manusia!
Cubalah sebut di sudut-sudut yang mana
amalan agama lebih menderita mengerjakannya!

166
TAUHID & TASAWUF

Dari gila dunia?


Adakah lebih susah dari mendaki Gunung Everest?!
Adakah lebih payah dari naik ke angkasa?!
Bukankah urusan agama tidak sepayah itu!
Bukankah urusan agama tidak sebanyak itu terkorban masa!
Bahkan tidak sebanyak itu terkorban harta!
Memperjuangkan dunia lebih banyak terkorban nyawa!
Dibandingkan berjuang kerana agama!
Bolehkah ditolak atau dinafikan ini semua?!
Kalau setakat itu pun pertanyaan Tuhan
Sudah cukup membungkam mulut yang kena tanya
Kelu lidah hendak menjawab
Patah lidah hendak berhujah

Selepas Asar
07 - 05 - 1997

167
SAJAK – SIRI 1

MENGAPA TERKEJUT
82 DENGAN KEMATIAN?

M ENGAPA terkejut kematian polan-polan itu


Mengapa terperanjat polan-polan itu dibacakan ingatan:
“Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan
dikembalikan” (Maksud ayat Al-Quran)
Bukankan setiap yang bernyawa
pasti mati telah diberitahu
Berdasarkan pengalaman
bukankah ia berlaku, kita kan tahu
Bahkan kematian berlaku setiap waktu
Setiap hari orang berpindah ke Alam Barzakh
atau kubur lumrah berlaku
Adakalanya kita juga menghantarkannya ke sana
atau ke tempat bersemadinya
Jadi, mati keyakinan kita bersama
Cuma sebab-sebabnya tidak sama
Ada orang mati disebabkan sakitnya
Tidak kurang pula orang mati dilanggar kereta
Mati disebabkan jatuh ke laut
atau ke dalam sungai pun ada
Mati jatuh daripada pokok berlaku juga
Mati ditanduk kerbau, dilanggar keretapi,
dibunuh orang, dihukum gantung biasa saja
Mati itu bermacam-macam cara
Sejuta satu macam caranya
Mati tetap mati, tidak ada kecualinya
Kecuali Zat yang Maha Esa lagi Maha Pencipta
Allah tetap kekal buat selama-lamanya
Oleh itu mengapa kita terkejut ada kematian
Kita kata: Eh! Tak sangka polan itu mati,
semalam ada dengan saya?!
Eh! Polan malam tadi sama-sama makan di restoran
dengan saya, tak sangka dia mati?!
Janganlah terkejut dengan kematian

168
TAUHID & TASAWUF

Semua orang percaya berdasarkan berita dan pengalaman


Bila terjadi jangan terkejut dan jangan hairan?!
Kita sendiri akan mati juga, tunggulah giliran
Apakah kalau kita mati orang hendak terkejut dan hairan?!
Sepatutnya tidak terkejut dan hairan
Kematian itu satu keyakinan dan pengalaman
Sepatutnya dari detik ke detik kita tunggu kematian
Serta bersedia membuat persiapan

23 - 05 - 1997
(16 Muharram 1418)

169
SAJAK – SIRI 1

ENGKAU ABAIKAN HARTA


83 YANG BERSIFAT MAKNAWI

E NGKAU buru benda atau harta


Yang bersifat maddi yang tidak ada harganya
Engkau habiskan masa dan tenaga kerananya
Pagi, petang, siang dan malam
engkau memikirkannya
Hingga mimpi pun kerana benda yang bersifat material itu
Padahal ia tidak kekal
Engkau abaikan harta yang bersifat maknawi dan rohani
Engkau sanggup miskin dengan harta
yang bersifat maknawi dan rohani
Kerana memburu harta yang bersifat maddi
Atau ingin kaya dengan harta yang bersifat maddi
Padahal harta yang bersifat maknawi
dan rohani itu kekal abadi
Ia akan dibawa mati untuk faedah di alam Barzakh
Dan seterusnya alam Akhirat
Harta yang bersifat maddi hanya setakat alam syahadah
Masamu habis kerana mengejar sesuatu yang mudah
Sepanjang umurmu memburu
benda-benda yang tidak bernilai Akhirat
Benda yang bersifat maddi
adalah harta benda dunia yang binasa
Dunia yang binasa, apabila mati ia tidak berguna lagi
Yang berguna selepas mati, engkau tidak mencarinya
Yang akan membela engkau di Akhirat kelak,
engkau tidak bawa
Sedangkan di Akhirat adalah negara yang kekal abadi
Di dunia yang sementara waktu pun
engkau tidak sanggup susah
Apakah engkau sanggup susah di negara
yang akan hidup buat selama-lamanya
Kalau harta yang bersifat maknawi dan rohani
engkau tidak membawanya

170
TAUHID & TASAWUF

Ertinya engkau akan menjadi papa kedana di Akhirat


Buat sepanjang masa yang tidak berkesudahan
Engkau akan menderita
di dalam Neraka sepanjang masa
Mengapa engkau terlalu memikirkan hidup sementara?
Dan engkau melupakan hidup sepanjang masa?!

Menjelang tidur
07 - 11 - 1999

171
SAJAK – SIRI 1

84 SETIAP HARI UMUR KITA BERKURANG

S ETIAP hari umur kita berkurangan


Sepatutnya setiap hari kita menambah amal
Setiap hari dunia bertambah jauh
Setiap hari pula Akhirat bertambah dekat
Sepatutnya setiap hari kita bertambah bersiap sedia
Dunia makin jauh meninggalkan kita
Akhirat makin dekat kita hendak sampai
Patutnya kita menambah lagi membawa bekal
Tuhan berkata yang bermaksud:
“Hendaklah kamu menambah bekalan
Bahawasanya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa”
Mengapa dunia yang engkau hendak tinggalkan
Bahkan ia makin jauh meninggalkan kita
Kita menambah bekalan untuk dunia
yang akan ditinggalkan
Sedangkan Akhirat bertambah dekat,
bahkan kekal, tidak kita tambah bekalan
Mengapa belum pun menambah amalan?
Hendak tunggu bila lagi menambah bekalan?!
Sedangkan umur makin lama makin berkurangan
Apabila sampai di sempadan
Nanti kita akan terkejut dan menyesal
tidak berkesudahan

Menjelang tidur
30 - 09 - 1999

172
TAUHID & TASAWUF

85 BALIK KE NEGARA ASAL

K AFILAH demi kafilah telah balik ke negara asal


Ada yang berombongan ada yang bersendirian
Setiap hari kafilah manusia balik berbondong-bondong
Setelah berdagang dan berkelana di negara fana
Ada yang telah bersedia balik, ada yang tidak
Tapi dipaksa pulang, tempohnya sudah habis
Berbagai-bagai barang dagangan yang dibawa pulang
Dengan harapan senang hidup di negara sendiri
Tapi malang sampai di border telah kena tahan
Kerana di sempadan semua barang digelidah
oleh kastam dan imegresen Rabbul Jalil
Ramailah manusia yang tersadai di sempadan
Kerana terbawa barang larangan di negara abadi
Di sana ditengking, diherdik, dipukul dan dibelasah
Justeru membawa balik barang-barang salah
Aduh, ramai manusia tersadai di border
Menyesal tidak sudah membawa barang
yang tidak berfaedah
Di waktu berdagang tidak prihatin dengan undang-undang
Selalu sahaja melanggar peraturan negara
Setelah di sempadan baru sedar barang salah
Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada berguna lagi

Selepas Asar
20 - 10 - 1998

173
SAJAK – SIRI 1

PATUHI UNDANG-UNDANG
86 SEWAKTU BERDAGANG

S ETIAP hari rombongan demi rombongan


melancong ke dunia
Bahkan setiap saat ada kafilah-kafilah
yang berdagang ke negara fana
Seperti juga rombongan demi rombongan
pulang ke negara baqa’
Membawa barang dagangan yang dicari
waktu berdagang di negara sementara
Kafilah-kafilah yang datang mencari kekayaan
untuk dikumpulkan
Agar dapat dibawa pulang ke negara asal
Penerangan-penerangan dan panduan-panduan
telah diberi di waktu musafir
Yang boleh dan yang tidak boleh dijelaskan sama sekali
Bahkan setiap satu-satu itu diundang-undangkan
di dalam perlembagaan Tuhan
Tiada yang keliru, tiada yang kesamaran buat insan
Orang yang berhati-hati sentiasa meneliti peraturan
Mereka senang sekali mematuhi undang-undang
yang dikanunkan
Mereka yang tamak lagi gelojoh
tidak mempedulikan
Dengan penuh rakus mencari kekayaan
membelakangi peraturan
Barang-barang haram itulah yang dibawa pulang
Harta yang dilarang itulah yang dikumpul
dijadikan harta kekayaan
Mereka menyangka kekayaan itu menyelamatkan
Menjadi orang kaya apabila pulang dari berdagang
Rupa-rupanya di border sudah dilarang
bahkan dikenakan hukuman
Disangka yang dibawa itu intan berlian
Emas dan perak, mutiara dan permata

174
TAUHID & TASAWUF

Rupa-rupanya yang dibawa dadah ...


yang najis lagi kotor
Barang-barang larangan yang lain
yang menjadi beban di sana
Itulah padahnya, di waktu berdagang
tidak melihat panduan
Kesal tidak berkesudahan,
terimalah padahnya yang berpanjangan

Selepas Asar
20 - 10 - 1998

175
SAJAK – SIRI 1

AKU SELALU MERENUNG


87 NEGARA YANG JAUH

A KU selalu merenung ke depan, nun negara yang jauh


Aku sedar setiap detik kakiku melangkah ke sana
Sama ada aku pinta atau tidak, aku pasti sampai ke negara itu
Apatah lagi memandang usiaku sudah lanjut
Sudah pasti hampir sampai ke destinasinya
Aku mengeluh selalu, aku sedih selalu
Aku bimbang tidak menentu
Hatiku takut tidak berubat
Kerana bekalan belum cukup lagi
Bekalan yang sedikit ini pun di sana belum tentu laku
Allah! Di sana tidak ada kawan yang membela
Allah! Di sana tidak ada sanak saudara memikirkan
Aduh! Di sana tiada siapa pun yang menolong
Tiada peguambela
Di sana betul-betul keseorangan
Walaupun ramai tidak peduli-mempedulikan
Amalan kita, kitalah yang menghisabnya
Allah berfirman: (Ayat Quran: kafa binafsika hasiba)
Aduh! Sedihnya nasibku belum tahu
Tuhan! Belas kasihan-Mulah yang aku harapkan!
Kekuranganku Engkau tambahlah!
Kelemahanku maafkanlah
Dosaku ampunkanlah
Aku serahkan diriku pada-Mu, kasihanilah aku
Tuhan aku ini hamba-Mu
Kesalahanku dan kelemahanku Engkau tahu
Jika tidak ada keampunan dari-Mu, rugilah aku
Jika Engkau azab aku
Aku ini adalah hamba-Mu juga Tuhan!
Jika Engkau maafkan aku
Engkau tetap Maha Suci daripada kekurangan
Kebesaran-Mu tetap tidak kurang
Selepas Asar
04 - 05 - 1997

176
TAUHID & TASAWUF

88 IMAN ADALAH TERPENTING

I MAN adalah segala yang terpenting


Ia amat banyak peranannya
Ia berperanan berbagai-bagai caranya
Justeru itu sesiapa memperolehi iman
selesai segala masalah-masalahnya
Masalah dunianya, masalah Akhiratnya
Iman adakalanya aset dirinya
Ia boleh dibawa ke mana-mana
Ke mana pergi rahmat Allah mencurah-curah ke atasnya
Adakalanya perisai pada dirinya
Segala bentuk kemungkaran dan maksiat dapat ditangkisnya
Dosa-dosa bersih dari dirinya
Adakalanya ia adalah sebagai pedang membunuh
Bukan membunuh manusia
tapi membunuh mazmumah-mazmumahnya
Mazmumah yang merosakkan diri,
juga kehidupan manusia
Adakalanya menjadi tenaga atau energy
Pendorong membuat bakti kepada manusia
dan masyarakatnya
Adakalanya menjadi pengubat hati
Daripada segala cabaran dan pancaroba kehidupannya
Penyakit jiwa, penyakit kecewa,
penyakit putus asa, imanlah ubatnya
Oleh itu hamba Allah sentiasa bahagia dan ceria
Akhir sekali menjadi benteng yang paling kebal
Daripada jatuh ke Neraka
yang amat dahsyat azabnya

14 - 05 - 1997

177
SAJAK – SIRI 1

BALA YANG DAHSYAT


89 BILA DITARIK IMAN

B ALA bencana yang dahsyat kepada seorang hamba


Bukan ditimpa bencana alam
Seperti air bah, angin kencang,
gunung berapi meletup,
gempa bumi menggoncang
Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang
Bukan juga ditohmah dan difitnah
Juga bukan kerana susah tidak ada apa
yang hendak dimakan dan diminum
Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara
Bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat
Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman
Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas,
selepas itu cuai balik asal
Keyakinan yang kental kembali longgar
Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai
Ibadah yang selama ini istiqamah
Sudah menjadi malas, culas,
bahkan membuatnya terseksa
Hukum-hakam yang selama ini dipelihara
dan dijaga dengan baiknya
Selepas itu sudah tidak diambil kira lagi
Anak isteri yang selama ini dididik
sudah tidak dipedulikan
Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya
Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya
Halal haram sudah tidak diambil kira
Demi keuntungan dunia
yang belum tentu mendapat untung
Pintu hatinya ditutup rapat-rapat
Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi
Jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya

178
TAUHID & TASAWUF

Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan


di hadapan kawan-kawan lamanya
Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula
Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat
Selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula
Setelah mendapat iman dibuang pula
Kita berlindung dengan Tuhan
daripada bala tercabut iman

Selepas Asar
27 - 09 - 1999

179
SAJAK – SIRI 1

JAGALAH HIDAYAH DAN PETUNJUK


90 DARI TUHAN

H IDAYAH dan petunjuk adalah di tangan Tuhan


Manusia boleh mengusahakan
Bahkan wajib manusia berusaha
mendapatkan hidayah dari Tuhan
Kerana hidayah itu mahal nilainya
Tidak semua orang berhasil mendapatkannya
Mungkin setiap seratus ribu, seorang yang menemukan
Bahkan setengah orang sudah dapat pun boleh hilang
Hidayah ini sama ada belum dapat
atau sudah dapat kemudian hilang
Di waktu itu Allah Taala melihatkan kekuasaan-Nya
di depan mata sekalipun
Dia tidak mengambil pengajaran
Kebesaran Tuhan terjadi, dia pandang biasa
Khawariqul ‘adah berlaku begitu terserlah tanpa logik,
dikatakan itu kebetulan
Berbagai-bagai peristiwa dan tragedi berlaku
Itu bencana alam, perkara banjir, biasalah
Setengah orang rasa tersinggung
jika dikaitkan dengan Tuhan
Hatinya sakit jika dibabitkan dengan Tuhan
Bahkan orang yang pernah mendapat petunjuk,
sudah tidak mampu mentafsirkan
Seolah-olah mereka kehilangan pegangan atau pedoman
Tersesat jalan tidak tahu tujuan
Kehidupan mereka lebih teruk daripada sebelumnya
Seolah-olah tidak pernah bertemu
dengan lampu suluh kehidupan
Rupanya orang yang pernah mendapat cahaya,
bila kehilangan cahaya
lebih teruk daripada orang buta
Atau lebih gelap lagi daripada orang
yang tidak pernah mendapat cahaya

180
TAUHID & TASAWUF

Jagalah petunjuk atau hidayah dari Tuhan


Hargailah dan syukurilah dan suburkanlah
Kerana jika Tuhan marah, ditariknya semula
Kita lebih tersesat daripada orang yang sudah tersesat
Kita lebih buta daripada orang yang sudah buta
Kita lebih bergelap daripada orang yang telah bergelap

Selepas Asar
15 - 09 - 1999

181

Anda mungkin juga menyukai