Anda di halaman 1dari 10

Usul Penubuhan:

Persatuan Alumni
Sekolah Menengah Kebangsaan
Seksyen 7, Shah Alam
gambar- www.smks7.edu.my

Latar Belakang
Penubuhan persatuan alumni di peringkat sekolah menengah di Malaysia
sememangnya telah lama dipraktikkan oleh sekolah-sekolah yang bergiat aktif dalam
mengumpulkan bekas-bekas pelajar mereka.

Usaha untuk menubuhkan persatuan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan


Seksyen 7 (SMKS7), Shah Alam ini juga sebenarnya telah lama diusahakan sejak tahun
2008 hasil idea Encik Mohamad Mustafa dan Encik Safiruddin Saud dibantu bersama
beberapa bekas pelajar yang lain. Namun, usaha penubuhan persatuan alumni ketika itu
agak terbantut disebabkan beberapa masalah terutamanya dari segi sokongan bekas
pelajar sendiri.

Tahun 2010 memberi nafas yang baru kepada cadangan penubuhan persatuan
alumni ini apabila hasil pertemuan Encik Safiruddin dan Encik Mohamad bersama
beberapa bekas pelajar sedikit sebanyak menghidupkan kembali cadangan penubuhan
persatuan ini.Beberapa bekas pelajar yang terlibat hasil pertemuan bersama kedua- dua
bekas guru mereka juga memberi idea dan perspektif mengenai hala tuju penubuhan
persatuan alumni ini.

Mereka yang terlibat dalam usaha untuk menubuhkan dan menghidupkan


persatuan alumni ini adalah

SPM 2006 : Zaki Salleh (UiTM Perak), Arif Ashraf (UiTM Pulau Pinang), Fathi Yasmin
(UiTM Johor), Hairur Rizal (Politeknik Johor Bharu), Ashraf Zamani (MMU Melaka),
Khafidzah Khaidzir (UiTM Terengganu), Nadia Ali (UiTM Shah Alam), Prakash (MSU),
Sharifah Nabilah (UiTM Shah Alam), Sarah Mizan (UiTM Johor) dan Syazwan Marzuki
(MMU Cyberjaya)

SPM 2007 : Yusuf Nor Rizan (UiTM Pulau Pinang), Diyanah Yunus (UiTM Terengganu),
Faizal Kadir (UTP), Salehuddin Kamarul (PTPL Shah Alam)

Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam 1


Isi Kandungan

Latar Belakang 1

Penubuhan 3

Objektif 5

Keahlian 6

Tabungan 7

Cadangan Sumbangan Persatuan 8

Perkara- Perkara Berkaitan 9

Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam 2


Penubuhan
Beberapa perkara berkaitan mengenai penubuhan persatuan:

1. Nama Rasmi Persatuan:

Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam

2. Nama Panggilan Persatuan:

i. SHS Alumni (Seven’s High School Alumni)

ii. Alumni Sevens

3. Motto Persatuan:
“Once a sevens, always a sevens”

4. Capaian atas talian (online):

Laman blog rasmi : http://alumnisevens.wordpress.com/

Alamat e-mail : alumnisevens@gmail.com

5. Alamat Rasmi:

Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam


Jalan Platinum 7/37,
Shah Alam, Selangor,
40000
MALAYSIA

Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam 3


6. Logo Rasmi Persatuan:

Logo alumni yang direka cipta


mengekalkan skema warna yang
diambil dari logo sekolah yang asal agar
dapat dikaitkn dengan nama dan prestij
sekolah. Ia juga memberi sifat konsisten
diantara kedua-dua entiti ini. Dari segi
bentuk dan elemen, logo Alumni telah
mengambil inspirasi dari riben dan
bendera yang biasa dilihat di dalam
logo-logo institusi pengajian tinggi.
Penggunaan elemen yang sama
memberi gambaran tahap ilmu yang
tinggi terhadap alumni sekolah.
Singkatan 'SHS' pula dihasilkan dari
'Seven's High School' dan diletakkan di
dalam riben berwarna merah
menunjukkan aspirasi kekuatan yang
cuba dibangunkan didalam persatuan.
Begitu juga dengan 'Alumni' yang
menggunakan riben hijau yang lebih
kecil menunjukkan pertubuhan ini akan
cuba dibangunkan seiring bersama
Dihasilkan oleh : Ahmad Zaki Salleh
persekitaran sekolah. 2010 pula
merupakan tahun penubuhan Alumni
SMK Seksyen 7.Logo SMK Seksyen 7
pula adalah untuk mengekalkan identiti
dan asal usul pertubuhan ini yang
bermula hasil produk pelajar-pelajar
SMK Seksyen 7, Shah Alam.

Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam 4


Objektif
Persatuan alumni ditubuhkan adalah untuk mengumpul bekas pelajar-pelajar
SMKS7 disamping mengeratkan hubungan sillaturahim dengan para guru dan pelajar
sekolah. Dengan mengunakan nama Persatuan Alumni SMKS7, ianya dilihat sebagai satu
keluarga komuniti yang besar dan berterusan iaitu tidak sahaja berhenti apabila tamat
belajar.

Selain itu, ahli persatuan alumni juga boleh memberi sumbangan kepada pihak
sekolah bukan sahaja dari segi kewangan malah akademik dan material. Sumbangan
tersebut dilihat dapat membantu pihak sekolah menambahbaik struktur sekolah tidak
kira pada masa sekarang atau akan datang.Kewujudan persatuan ini juga diharapkan
dapat menggalakkan ahli untuk melibatkan diri secara langsung dalam membantu pihak
sekolah melancarkan aktiviti-aktiviti sekolah disamping dapat mewujudkan semangat
kerjasama antara ahli-ahli persatuan.

Kewujudan persatuan alumni ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada
semua ahli untuk mewujudkan rangkaian maklumat sesama ahli sekaligus memberi
peluang kepada ahli-ahli persatuan untuk mencungkil kemampuan diri dan
memaksimakan potensi yang ada dalam peribadi setiap ahli persatuan. Hasil daripada
ini diharap dapat membantu setiap ahli untuk memenuhi kemampuan diri yang pastinya
berguna kepada mereka dalam meneruskan karier dan kehidupan selepas tamatnya
alam persekolahan.

Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam 5


Keahlian
Untuk melahirkan ahli yang berkualiti dan mampu menyumbang di dalam
persatuan ini, keahlian yang dicadangkan adalah setiap ahli mestilah BERDAFTAR di
bawah nama persatuan dan memenuhi syarat-syarat keahlian dibawah

1. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di SMK Seksyen 7, Shah Alam

atau

2. Pernah belajar di SMK Seksyen 7, Shah Alam sekurang-kurangnya selama DUA


TAHUN sesi persekolahan

atau

3. Sekiranya tidak memenuhi mana-mana satu syarat di atas (syarat 1 dan syarat 2),
membuat rayuan bersertakan alasan kukuh dan diluluskan oleh Ahli Jawatankuasa
Persatuan.

Syarat-syarat lain untuk keahlian akan dibincangkan di bawah perlembagaan persatuan


sewaktu mesyuarat agung yang bakal diadakan kelak.

Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam 6


Tabungan
Dalam usaha untuk menggiatkan aktiviti persatuan, kewangan persatuan
seharusnya diperkukuhkan agar setiap aktiviti persatuan dapat berjalan lancar.
Beberapa kaedah boleh dilakukan oleh persatuan untuk meningkatkan dan mengumpul
dana. Antaranya :

1. Yuran keahlian RM 50 dibayar sekali setiap tahun (cadangan).

2. Aktivit ‘Fund-raising’ seperti membuat jualan di hari keusahawanan sekolah.

3. Tajaan dari pihak swasta

4. Jualan barang-barang persatuan seperti baju, sticker kereta dan sebagainya

dan lain-lain kaedah yang mungkin bersesuaian.

Kewangan persatuan akan dipantau oleh bendahari persatuan bersama-sama ahli


jawatankuasa yang lain. Wang persatuan akan digunakan sebaiknya samada untuk
kepentingan ahli-ahli yang lain dan juga kepentingan aktiviti-aktiviti persatuan yang
lain.

Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam 7


Cadangan Sumbangan Persatuan
Persatuan alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas guru-guru
dan pelajar-pelajar SMKS7 malah membantu sekolah untuk mencapai kemajuan dalam
pelbagai bidang. Malah, persatuan alumni yang juga sebagai warga istimewa dan
memiliki ikatan yang kuat dengan sekolah harus terus menceburkan diri di dalam
membantu pihak sekolah, dan berganding bahu dengan pihak PIBG sekolah untuk
memperkasakan sekolah, mengerah tenaga untuk memartabatkan sekolah supaya
sekolah menjadi sebuah institusi yang disegani di dalam mutu akademik dan bukan
akademik.

Persatuan mungkin boleh mencadangkan beberapa aktiviti yang bersesuaian


untuk kepentingan sekolah terutamanya. Antara cadangan sumbangan persatuan kepada
pihak sekolah adalah seperti:

1. Program motivasi pelajar – PMR dan SPM

2. Program motivasi pendidikan tinggi – memilih bidang pembelajaran dan


pengkhususan

3. Program kepimpinan pelajar dan kepimpinan Islam

Persatuan alumni juga dibentuk untuk memberi manfaat kepada ahli-ahli alumni.
Antara sumbangan persatuan yang mampu memberi keuntungan kepada ahli- ahli
adalah seperti:

1. Jaringan maklumat sesama ahli

2. Bantuan Kewangan bagi ahli yang mungkin memerlukan (sakit, kemalangan dan lain-
lain)

3. Program keluarga – pertemuan muhibbah, ekspedisi, aktiviti rekreasi

Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam 8


Perkara- Perkara Berkaitan
Di dalam pakej kertas cadangan penubuhan Persatuan Alumni SMKS7 ini juga
disertakan beberapa dokumen berkenaan seperti:

1. Senarai kehadiran ahli jawatankuasa penaja persatuan alumni SMKS7 pada


mesyuarat AJK Penaja pertama (24 Mei 2010, Isnin)

2. Senarai jawatankuasa penaja alumni SMKS7

3. Minit mesyuarat AJK Penaja alumni SMKS7 kali pertama (24 Mei 2010, Isnin)

Pihak kami berharap agar usul penubuhan persatuan alumni ini akan dapat
diluluskan oleh pihak sekolah sebelum diusulkan terus kepada pihak Jabatan Pendidikan
Selangor dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Pihak kami juga bercadang untuk mengadakan:

Perkara: Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen


7, Shah Alam kali pertama

Tarikh: 19 Mei 2010 , Sabtu

Tempat: Dewan Terbuka SMK Seksyen 7, Shah Alam

Sekiranya pihak sekolah meluluskan segala usul di dalam kertas cadangan ini atau ingin
melakukan pindaan didalam kertas cadangan ini atau menolak kertas cadangan ini ,
diharapkan agar perkara ini dapat diberitahu terus kepada penasihat AJK Penaja Alumni
SMKS7 (Encik Safiruddin Saud - 012-3933212 atau Encik Mohamad Mustafa - 019-
6928176) dengan kadar yang segera.

Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas peluang yang diberikan
dalam usaha untuk menubuhkan persatuan alumni sekolah. Kami juga ingin meminta
maaf di atas segala kekurangan di dalam kertas cadangan ini dan segala kesilapan
diharap dapat dibantu dengan bimbingan yang lebih di masa hadapan.

Sekian,
Ahli Jawatankuasa Penaja Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam (2010)

Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam 9

Anda mungkin juga menyukai