Anda di halaman 1dari 2

SOALAN KUIZ KOPERASI

ANGKASA
1. ANGKASA ditadbirkan oleh sebuah badan yang dikenali sebagai Jawatankuasa
Tadbir Kebangsaan yang mengandungi 17 orang anggota. Apakah proses di dalam
perlantikan anggota Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ini?
Jawapan : i) Persidangan Kebangsaan
ii) Persidangan Peringkat Negeri.

2. Namakan koperasi sekolah yang menjuarai pertandingan kuiz Hari Koperasi


Sekolah 2002 di peringkat kebangsaan?
Jawapan : Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Berhad,
Pahang.

3. Berapakah gelung yang terdapat pada logo ANGKASA?


Jawapan : Enam (6) gelung.

4. Ketetapan menghadiri kursus Pentadbiran dan Pengurusan Koperasi untuk Anggota


Lembaga Koperasi dan Kursus Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi untuk
Jawatankuasa Audit Dalaman dinyatakan dalam_____________
Jawapan : Pekeliling Ketua Pendaftar Bil. 1 tahun 2002

PERUNDANGAN
1. Mana-mana koperasi boleh dibatalkan pendaftarannya oleh Ketua Pendaftar jika
keanggotaan berkurangan daripada?
Jawapan : 10 orang.

2. Apakah maklumat yang mesti ada dalam notis yang dihantar kepada Ketua
Pendaftar Koperasi berkaitan dengan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi mengikut
Seksyen 41, Akta Koperasi 1993?
Jawapan : Tarikh, Masa, Tempat dan Agenda Mesyuarat Agung Tahunan
Koperasi.
3. Dalam Mesyuarat Agung, satu-satunya hak Anggota Lembaga Koperasi (ALK)
yang digantung ialah?
Jawapan : Hak memberi penjelasan berkaitan penggantungannya.

4. Seksyen berapakah dalam Akta Koperasi yang menyebut sesebuah koperasi boleh
melabur atau mendepositkan wang berlebihan sebagaimana yang dimaktubkan?
Jawapan : Seksyen 54, Akta Koperasi 1993.

PENGETAHUAN AM
1. Koperasi Pekebun Kecil Nasional adalah badan induk kepada Koperasi-koperasi
Pekebun Kecil Getah. Nama ringkasnya ialah :
Jawapan : NARSCO

2. Di manakah terletaknya Pejabat Ikatan Koperasi Antarabangsa untuk Rantau Asia


dan Pasifik?
Jawapan : India

3. Pada 21 Oktober 2001, koperasi Anggota-Anggota Kerajaan Negeri Sembilan


Berhad telah bertekad untuk menceburi bidang perniagaan farmasi. Melalui anak
syarikatnya koperasi telah menubuhkan farmasi tersebut. Namakan farmasi tersebut.
Jawapan : Neskop Farmasi Sdn.Bhd.

4. Nyatakan dua (2) objektif penubuhan Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA)?


Jawapan : i) Menggalakkan perkembangan Gerakan Koperasi Sedunia atas
dasar kerjasama dan demokrasi.
ii) Mengembang dan melindungi nilai-nilai dan prinsip koperasi.

Anda mungkin juga menyukai