Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PELAN TINDAKAN

PEMBANGUNAN MASYARAKAT ORANG ASLI

TARIKH:

6-8 MEI 2015

TEMPAT:

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KAMPUNG BUKIT GEMURUH,

BANDAR BERA, PAHANG

ANJURAN:

SK BUKIT GEMURUH (SKBG)

DENGAN KERJASAMA:

JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI (JAKOA)

TEMA:

“LOVE IS SHARING AND CARING”


1.0 PENGENALAN/LATAR BELAKANG

Masyarakat Pribumi atau lebih dikenali sebagai orang asli adalah merupakan
masyarakat yang mempunyai susur galur hubungan dengan zaman Mesolitik dan
Paleolitik. Merekalah yang mempunyai status penduduk terawal dan telah mencorakkan
negara kita. Mereka sering dilabel sebagai tidak bertamadun dan kuno serta sering
ditindas oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai tamadun yang
tersendiri dan hebat. Juga harus diingat, didalam masyarakat mereka, tidak berlakunya
perbuatan jahat dan keji seperti membunuh, merogol, mencuri, sumbang mahram,
khianat dan lain-lain lagi sebagaimana yang dilakukan oleh kita, yang kononnya
masyarakat bertamadun.

2.0 OBJEKTIF
Objektif pelan tindakan pembangunan masyarakat orang asli ini adalah bertujuan untuk
mempertingkatkan taraf hidup masyarakat Orang Asli sebagai asas untuk mereka
berkecimpung dalam segenap lapangan kehidupan dan seterusnya mengintegrasikan
masyarakat Orang Asli dalam masyarakat umum.

3.0 KAJIAN LITERATUR

3.1 Siapakah Masyarakat Orang Asli?


Komuniti Orang Asli merupakan sebuah masyarakat minoriti peribumi yang
tinggal di Semenanjung Malaysia. Majoriti daripada mereka tinggal di kawasan
hutan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi
oleh alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek moyang mereka. Takrifan
Orang Asli dalam Perlembagaan Malaysia telah termaktub dalam Perkara 160(2)
yang menyatakan bahawa Orang Asli adalah merujuk kepada Orang Asli
Semenanjung Tanah Melayu. Mengikut Akta 134 (Akta Orang Asli 1954) dibawah
Fasal 3 menjelaskan :

Mana-mana orang yang bapanya adalah seorang dari rumpun bangsa Orang Asli
yang bercakap dalam bahasa Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup
Orang Asli dan Adat dan kepercayaan Orang Asli dan termasuklah seorang
keturunan melalui lelaki itu; Mana-mana orang dari apa-apa kaum yang diambil
sebagai anak angkat semasa masih kanak-kanak oleh orang dan yang telah
dididik sebagai seorang Orang Asli, lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli,
mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan
adalah seorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli; atau Anak dari apa-apa
persatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki dari satu
kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang
Asli, cara hidup Orang Asli, adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi
menjadi seorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli.

Orang Asli juga dikenali sebagai Aslian dan seringkali dinamakan sebagai
Sakai walaupun sebenarnya penggunaan nama tersebut tidak digalakkan. Hal ini
kerana menurut persepsi umum, Sakai adalah kelompok manusia yang hidup di
dalam hutan dan masih meneruskan gaya hidup yang bersifat primitif. Mereka
juga dikatakan tidak mempunyai agama yang khusus dan tiada peraturan hidup
dan dianggap sebagai bodoh dan tidak mahu menerima kemajuan malah ada
yang mengatakan bahawa masyarakat ini hidup liar dan ganas (Er Ah Choy et al.
2010).
Maka, pelaksanaan kertas kerja ini adalah bertujuan untuk meningkatkan
taraf hidup masyarakat orang asli dari segi pembangunan infrastruktur, latihan
kemahiran dan keusahawanan serta pendidikan literasi.

3.2 Penempatan Masyarakat Asli

Peta 1. Taburan Komuniti Etnik Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Orang Asli adalah merupakan penghuni awal Semenanjung Tanah Melayu dan
kini dikenali sebagai warga pribumi Malaysia. Petempatan mereka boleh ditemui
di seluruh negeri Semenanjung kecuali di Negeri Perlis dan Pulau Pinang (lihat
Peta 1). Pada 2010 JAKOA (Jabatan Kemajuan Orang Asli) telah melaporkan
jumlah penduduk Orang Asli telah meningkat kepada 178,197 orang.daripada
141,230 pada tahun 2006. Hampir keseluruhan Orang Asli ini adalah penghuni
luar bandar dan menetap di dalam 852 buah perkampungan. Sebahagian besar
daripada perkampungan mereka ini terletak di dalam kawasan pedalaman dan
kerana itu belum menerima kemudahan asas yang lengkap. Sejumlah 32.6%
atau 278 buah kampung Orang Asli belum lagi mendapat kemudahan air dan
23.9% atau 204 buah kampung belum lagi menerima kemudahan elektrik.

4.0 TEMPAT
Perkampungan Orang Asli Kampung Bukit Gemuruh,
Bandar Bera, Pahang.

5.0 TARIKH
6-8 MEI 2015

6.0 GOLONGAN SASARAN


a) Masyarakat Perkampungan Orang Asli Kampung Bukit Gemuruh
b) Murid SK Bukit Gemuruh

7.0 AHLI JAWATANKUASA KERJA

STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
KAMPUNG BUKIT GEMURUH
PENAUNG
Encik Fandi Yunus A/L Seman
(Guru Besar SK Bukit Gemuruh)
PENASIHAT
Puan Yuhanis Bt Ahmad
(Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Gemuruh)
PENYELARAS
Mardhiah Ani Syahindah Bt Marzuki
(Guru Bahasa Melayu SK Bukit Gemuruh)
SETIAUSAHA
Encik Musa Zainal Abidin Othman
(Guru Bahasa Melayu SK Bukit Gemuruh)

BENDAHARI
Puan Irma Hasmie Bt Muhamad
(Guru Bahasa Melayu SK Bukit Gemuruh)

8.0 PELAN TINDAKAN


Berikut merupakan pelan tindakan dalam melaksanakan projek pembangunan
masyarakat Perkampungan Orang Asli Kg. Bukit Gemuruh dari segi infrastruktur, latihan
kemahiran dan keusahawanan serta pendidikan literasi.

Bil Tarikh Aktiviti Tindakan


1 6 MEI 2015 1) INFRASTRUKTUR
 Menaik taraf Pusat Akses Kerjasama daripada
Mudah ICT Kg Bukit Kerajaan Negeri
Gemuruh dengan Pahang Darul
menambah bilangan Makmur
komputer dan kemudahan
internet.
2 7 MEI 2015 2) LATIHAN KEMAHIRAN DAN
KEUSAHAWANAN
 Menyediakan kemudahan Kerjasama daripada
ruang niaga dan bengkel MARA Daerah Bera
kepada peniaga atau
usahawan Orang Asli di
lokasi yang berpotensi dan
teratur.
3 8 MEI 2015 3) PENDIDIKAN LITERASI
 Penerapan Elemen Sekolah
Rimba Malaysia (Sekolah Kerjasama daripada
Rimba adalah satu bentuk JAKOA (Jabatan
pembelajaran luar bilik Kemajuan Orang
darjah (PLBD) yang dapat Asli) Negeri Pahang
memperkembangkan
pencapaian, keyakinan dan
estim kendiri melalui proses
pembelajaran yang
menggunakan hutan dan
sumbernya sebagai lokasi
dan bahan pembelajaran
(O’brien, 2009; O’brien &
Murray , 2007’ Knight, 2011).
dalam Kalangan Murid
Orang Asli

Berdasarkan jadual pelan tindakan di atas, terdapat tiga jenis pelan tindakan yang dapat
saya cadangkan untuk pembangunan masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit
Gemuruh ini. Antaranya ialah pembangunan dari segi infrastruktur, latihan kemahiran
dan keusahawanan serta pendidikan literasi.
Dari segi infrastruktur, pelan tindakan saya adalah menaik taraf Pusat Akses Mudah
ICT di Kg Bukit Gemuruh dengan menambah bilangan komputer dan kemudahan
internet. Pelaksanaan pelan tindakan saya dari segi infrastruktur ini dapat dijalankan
dengan menaik taraf Pusat Akses Mudah ICT yang bertujuan membantu komuniti Orang
Asli untuk memudahkan mereka mengakases pelbagai sumber maklumat secara maya
dengan mudah dan pantas dengan menambah bekalan modem akses internet tanpa
wayar (wifi). Selain itu, penambahan bilangan bekalan komputer juga memberi peluang
kepada semua peringkat umur masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Gemuruh untuk
mengakses pelbagai maklumat terkini di Pusat Akses Mudah ICT.
Seterusnya, pelan tindakan saya dari segi latihan kemahiran dan keusahawanan
adalah menyediakan kemudahan ruang niaga dan bengkel kepada peniaga atau
usahawan Orang Asli di lokasi yang berpotensi dan teratur. Pelaksanaan pelan tindakan
ini iaitu dengan menyediakan ruang niaga dan bengkel keusahawanan sebagai platform
dapat memberikan pendedahan terperinci perniagaan atau bidang keusahawanan
kepada masyarakat Orang Asli.
Manakala, pelan tindakan dari segi pendidikan literasi pula ialah penerapan Elemen
Sekolah Rimba Malaysia dalam kalangan murid Orang Asli. Sekolah Rimba adalah satu
bentuk pembelajaran luar bilik darjah (PLBD) yang dapat memperkembangkan
pencapaian, keyakinan dan estim kendiri melalui proses pembelajaran yang
menggunakan hutan dan sumbernya sebagai lokasi dan bahan pembelajaran (O’brien,
2009; O’brien & Murray , 2007’ Knight, 2011).
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Item Unit Harga Unit Jumlah Unit Jumlah


1 Komputer 1 buah RM 2400.00 RM 2400X15 RM 36000
2 Modem Internet 1 biji RM 60.00 RM 60X2 RM 120
(Streamyx TM)
3 Buku Latihan 1 kotak RM 100.00 RM 100X10 RM 1000
4 Alat Tulis 1 kotak RM 200.00 RM 200X10 RM 2000
5 Beg Sekolah/ 1 kotak RM 100.00 RM 100X50 RM 5000
Beg Galas
Serbaguna

TOTAL RM 44, 120

10.0 PENUTUP
Semoga dengan wujudnya pelan tindakan pembangunan masyarakat Perkampungan
Orang Asli Kg. Bukit Gemuruh, Bera, Pahang ini iaitu dari segi kemudahan infrastuktur,
latihan kemahiran dan keusahawanan serta pendidikan literasi dapat meningkatkan taraf
kehidupan masyarakat Orang Asli.
Tambahan lagi, pihak kerajaan juga cukup komited dalam pembangunan Orang Asli
melalui dasar dan program tertentu yang direncanakan supaya mereka lebih berdaya
saing dalam arus globalisasi yang kian mencabar kini. Jika matlamat pembangunan
Orang Asli tidak dipenuhi, pembangunan tersebut akan memusnahkan budaya yang
telah terbina beribu tahun lamanya.

Sehubungan dengan itu, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak adalah
diharapkan bagi kejayaan membina sudut bercerita prasekolah ini.
Disediakan Oleh :

………………………………….
(MARDHIAH ANI SYAHINDAH BT MARZUKI)

Penyelaras Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat Orang Asli,

Guru Bahasa Melayu SK Bukit Gemuruh, Bera Pahang.

Disemak Oleh :

……………………………………
(YUHANIS BT AHMAD)

Penasihat Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat Orang Asli,

Penolong Kanan Pentadbiran SK Bukit Gemuruh, Bera Pahang.

Disahkan Oleh :

……………………………….

(FANDI YUNUS A/L SEMAN)

Penaung Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat Orang Asli,

Guru Besar SK Bukit Gemuruh.

Anda mungkin juga menyukai