Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Suasana pembelajaran di negara kita sekarang sudah jauh berubah. Kita berinteraksi
dengan pelbagai latar budaya masyarakat. Pembelajaran di dalam bilik darjah pula
mendedahkan murid kepada pola hubungan kepelbagaian kaum. Pendedahan kepada
pelbagai latar belakang masyarakat memerlukan para pendidik mengetahui konsep budaya
di Malaysia serta kepelbagaian kelompok tersebut untuk membentuk 1Malaysia seperti yang
disarankan oleh pemimpin negara.

Adalah menjadi tanggungjawab murid untuk menerapkan nilai-nilai pendidikan yang


mempunyai nilai material dan bukan material. Guru seharusnya merealisasikan hasrat
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang bakal memberikan
sumbangan kepada pembangunan masyarakat tanpa menyalahi budaya yang diterima
bersama alam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia, Budaya meliputi aspek lokasi,
pekerjaan ibu bapa, pendidikan, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa,
bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Guru perlu menerapkan nilai murni dalam masyarakat supaya mereka kelak dapat
menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat. Kita perlu menyatukan penduduk berbilang
etnik yang mempunyai budaya berlainan di bawah satu bentuk identiti nasional yang
khusus tetapi dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik di negara ini.

14

Anda mungkin juga menyukai