Anda di halaman 1dari 24

Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

1.0 PENGENALAN bersejarah telah dirobohkan untuk digantikan dengan yang baru

1.1 Pendahuluan ataupun kerana tidak sesuai digunakan lagi. Sesetengahnya pula
diruntuhkan kerana terlalu tua dan telah reput. Sebelum kesemuanya
lenyap dan dilupai begitu saja, mustahak sekali dibuat satu analisa
“...Jika kita lihat lima tahun dahulu, masyarakat kita kurang dan kajian serta dicatatkan contoh-contoh senibina yang bernilai itu
memahami dan menghargai warisan yang berada di persekitaran untuk rujukan di masa hadapan.
mereka jika dibandingkan dengan sekarang…””…Bahkan di mana-
mana sahaja, orang memperkatakan mengenai warisan. Masjid Sesetengah pendapat menyatakan bahawa bangunan lama

yang dahulunya usang kini telah dikembalikan kepada bentuk perlu dikekalkan kerana mempunyai impak yang positif kepada

asalnya kerana mengambil kira kepentingan sejarah dan seni kehidupan masyarakat dan negara. Bagi sektor pelancongan

binanya yang estetik…”. umpamanya boleh diperluaskan dengan kehadiran ramai pelancong
luar yang datang ke Malaysia kerana terdapat banyak bangunan-
Kata-kata tersebut dipetik daripada ucapan Dato' Seri Utama bangunan lama dan bersejarah disini.
Dr. Rais Yatim, bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan sekitar Mei 2011 ketika Majlis Perasmian Masjid Lama Selain itu, bangunan lama ini dapat menyingkap sejarah di

Kg. Kuala Dal, Padang Rengas, Perak Darul Ridzuan yang telah mana kebiasaannya bangunan lama mempunyai kaitan dengan

melalui kerja-kerja konservasi dan dikembalikan pada bentuk peristiwa penting yang berlaku pada masa-masa lampau. Dengan

asalnya. adanya bangunan lama ini, para penyelidik dapat melakukan


penyelidikan bagi mengenalpasti dengan lebih sahih tentang sejarah
Menurut buku yang diterbitkan oleh Pusat Kajian Alam Bina sesuatu tempat ataupun peristiwa.
Dunia Melayu, Jabatan Senibina, Fakulti Alam Bina, Universiti
Teknologi Malaysia berjudul Kompendium Lukisan Terukur Siri 1 Sedari itu kami telah memilih di Masjid Lama Batu 6

(1992), sebilangan daripada bangunan-bangunan lama dan Gombak sebagai bangunan kajian disebabkan terdapat banyak

1
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

sejarah yang terselindung di sebalik bangunan masjid ini dan 1.2 Matlamat
kawasan sekitarnya.
Matlamat program lukisan terukur ini adalah :

 Mendokumentasikan bangunan warisan agar tidak


hilang ditelan zaman.

 Mengenali dengan lebih jelas rekabentuk dan fungsi


masjid pada masa lampau.

 Memahami kepentingan masjid kepada masyarakat


setempat pada masa lampau.

 Mempelajari daya kreativiti pertukangan tukang-


tukang terdahulu dan pengaruh senibina.

 Mendapat pendedahan mengenai teknik mengukur,


mencatit, melakar dan merekod sejarah bangunan
kajian.

 Dapat mengenali terma-terma bahagian masjid dan


bahagian kerangka serta cara-cara pembinaannya.

2
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

1.3 Objektif 1.4 Metodologi dan Perlaksanaan Kerja

Objektif program lukisan terukur ini adalah : Program lukisan terukur ini telah dijalankan di Masjid Lama
Batu 6 Gombak, Selangor dan dikawasan sekitarnya iaitu di
 Mendokumentasi dalam bentuk lukisan, tulisan dan
Kampung Kerdas dan Kampung Tengah. Kajian ini berlangsung
rakaman berkenaan bangunan kajian.
secara berperingkat di hujung minggu. Antara methadologi kajian
 Mengenalpasti sejarah bangunan kajian dan kawasan yang digunakan adalah seperti berikut :
sekitarnya.
1. Tinjauan Tapak
 Menambah ilmu pengetahuan tentang masjid secara
i) Pada peringkat permulaan, kami bersama pensyarah
amnya dan masjid nusantara secara khususnya.
melakukan tinjauan tapak bagi mengenalpasti situasi
 Menghasilkan lukisan dan laporan kajian yang sebenar bangunan kajian dan menerima sedikit
berkualiti untuk tatapan generasi yang akan datang. penerangan tentang bangunan kajian.

2. Kerja-Kerja Di Tapak

i) Kerja permulaan di tapak dijalankan dengan


mengukur struktur asal masjid dan mengenalpasti
rekabentuk asal yang telah dimansuhkan.

ii) Semua ukuran didigitalkan di dalam komputer secara


berperingkat bermula dari pelan lantai hingga ke
pelan bumbung ketika di tapak.

3
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

iii) Gambar disetiap sudut dalam masjid, luar masjid dan 5. Sumber Lain
sekitarnya diambil untuk direkodkan bersama-sama
Sumber lain yang digunakan bagi mendapatkan maklumat
ukuran yang telah dibuat.
tentang bangunan kajian adalah melalui sumber internet,
3. Kerja-Kerja Di Studio buku, majalah dan sebagainya. Selain itu juga kami
mengunjungi Arkib Negara Malaysia.
Kerja-kerja di studio dilakukan pada setiap malam bermula
dengan melakar secara kasar keratan dan fasad bangunan.
Lakaran ini merujuk kepada gambar dan ukuran yang telah
diambil. Setelah siap, lakaran keratan dan fasad ini dibawa
ke tapak untuk disemak semula sehingga mendapat lakaran
keratan dan fasad bagunan kajian yang tepat.

4. Temuramah

Bagi mendapatkan maklumat tentang sejarah masjid, asal


usul, latar belakang pewakaf dan sebagainya, kami telah
menemuramah beberapa pegawai masjid. Namun disebabkan
maklumat yang amat terhad yang diperolehi daripada
pegawai masjid, kami cuba untuk menemuramah masyarakat
setempat yang telah lama tinggal disitu. Maklumat juga
dikumpul melalui temuramah bersama Penghulu Mukim.
Segala maklumat yang diterima ketika temuramah
direkodkan secara bertulis.

4
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

1.5 Masalah Yang Dihadapi

Diantara beberapa masalah yang dihadapi sewaktu


menjalankan kajian lukisan terukur ini adalah kesukaran
mendapatkan tarikh yang sebenar pembinaan masjid pertama
yang dibina di tebing Sungai Gombak. Ini adalah kerana tidak
seorang pun yang dapat memastikan tahun sebenar pembinaan
masjid tersebut. Tetapi wujudnya masjid di tebing Sungai
Gombak tidak dinafikan penduduk kampung.

Masalah yang dihadapi ketika menjalankan kajian pula


adalah kesukaran untuk mengenalpasti fasad asal bangunan
kerana penambahan ruang yang telah dilakukan. Pencarian foto-
foto lama masjid juga gagal dikesan kerana tiada seorang pun
masyarakat sekitar yang menyimpan gambar lama masjid
berkenaan, juga tiada maklumat yang kami perolehi dari pejabat
penghulu. Bagaimanapun kami memperolehi satu gambar yang
memaparkan fasad depan bangunan asal masjid dari Arkib
Negara Malaysia.

5
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

2.0 TEMPAT KAJIAN

2.1 Sejarah

Tanggal 1 Februari 1974, daerah Gombak diwujudkan


serentak dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah
Persekutuan. Antara mukim yang terbentuk hasil kewujudan daerah
ini adalah sebahagian Mukim Ampang,Mukim Hulu Klang,
sebahagian Mukim Setapak, sebahagian Mukim Batu dan juga
Mukim Rawang (UPEN, 2007:3). Bangunan kajian kami terletak di
Mukim Setapak.

Di Mukim Setapak terdapat 7 buah kampung tradisional iaitu


Kampung Tengah, Kampung Gombak Utara, Kampung Sungai
Pusu, Kampung Sungai Chinchin, Kampung Kerdas, Kampung
Changkat dan juga Kampung Simpang Tiga (UPEN, 2007:85).

Menurut cerita lisan yang dipetik di dalam buku Koleksi


Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Gombak yang dikeluarkan oleh
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor Darul Ehsan
(2007), penempatan awal kebanyakkan kampung di Mukim Setapak
ini dibuka oleh orang Minang dari Batang Kapas (Kapeh) yang
g.r.1 Peta Negeri Selangor dan kedudukan Daerah Gombak

6
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

berasal dari daerah pesisir Sumatera Barat dan juga orang Minang Ringkasnya, pekerjaan utama penduduk pada masa itu adalah
dari suku Talu dari Bukit Tinggi Sumatera. Tidak Lama selepas itu, menorah getah, berkebun dan bersawah.
mukim ini mula dipenuhi dengan peneroka-peneroka dari kawasan
Selepas merdeka, pentadbiran mukim telah dimantapkan
lain seperti suku Banjar di Tanjung Karang.
dengan perlantikan jawatan penghulu. Bagi Mukim Setapak, antara
Ada juga sebahagian kampung di dalam mukim ini asalnya penghulu kampung yang pernah memimpin mukim ini ialah
dahulu dikenali sebagai kampung Rancangan Tanah Berkelompok Penghulu Raja Hassan, Dato’ Ahmad Razali, Dato’ Harun dan Y.B.
(RTB) atau Rancangan Tanah Persekutuan (RTP). Dasar pembukaan Tun Haji Syed Kaya.
tanah ini adalah untuk menyediakan tanah kepada orang-orang
Di mukim ini jugalah terletaknya Rumah Penghulu Haji
Melayu. Ia juga dikatakan mempunyai hubungan dengan peristiwa
Abbas atau lebih dikenali dengan nama Rumah Pak Ali ataupun
yang berlaku kepada orang-orang Melayu di Kampung Jenderan
Rumah Gadang dimana pembinaan rumah tersebut hanya
Hulu, Sepang semasa zaman darurat di Malaysia.
menggunakan pasak. Rumah ini hanya terletak beberapa meter dari
Mengenai kewujudan penempatan disini melalui maklumat Masjid Lama Batu 6 Gombak dan dikatakan Penghulu Haji Abbas
dan sumber daripada beberapa masyarakat yang mendiami kampung juga turut serta dalam pembinaan masjid ini.
ini menyatakan bahawa kewujudannya adalah sebelum negara
2.2 Geografi
mencapai kemerdekaan lagi. Apabila penduduk mula mendiami
sekitar Mukim Setapak ini, kawasan yang pada asalnya merupakan Keadaan rupabumi sekitar tempat kajian adalah berbukit dan
kawasan hutan kemudiannya diusahakan dan diganti oleh penduduk landai ke arah Timur. Keadaan tanah di sekitarnya lebih kepada
kampung dengan tanaman getah, dusun buah-buahan dan kawasan tanah pamah manakala terdapat 4 batang sungai yang melalui sekitar
penanaman sayur-sayuran yang kesemuanya ditanam di kawasan Daerah Gombak ini iaitu Sungai Gombak, Sunagi Klang, Sungai
bukit. Di kawasan lembah hinggalah ke sempadan Sungai Gombak, Batu dan Sungai Buloh. Sungai yang paling hampir dengan tapak
penduduk lebih menumpukan usaha mengerjakan sawah padi. kajian adalah Sungai Gombak.

7
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

2.3 Politik

Terdapat 3 Parlimen dan 7 Dewan Undangan Negeri didalam


daerah ini. Tapak kajian terletak didalam Parlimen Gombak dan
Dewan Undangan Negeri Gombak Setia. Sejak Mac 2008, daerah ini
diurus tadbir oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

2.4 Penduduk/Etnik

Majoriti penduduk yang mendiami di sekitar kawasan


Gombak Setia terdiri daripada Melayu Bumiputera yang berasal dari
suku kaum Minang. Hanya 15% penduduk di sini yang terdiri
daripada etnik bukan bumiputera. Disebabkan daerah ini masih
berdekatan dengan bandar Kuala Lumpur, anak-anak muda dilihat
masih ramai menetap bersama keluarga dan tidak berpindah ke
tempat lain.

2.5 Ekonomi

Masyarakat setempat disini rata-rata menjalankan


perniagaan. Terdapat banyak gerai-gerai makanan dan warung-
warung kecil yang kedudukan jaraknya tidak sampai 5 meter setiap
satu di sepanjang Batu 6, Jalan Gombak. Oleh kerana terdapat ramai g.r.2 Aliran sungai berdekatan Daerah Gombak

8
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

suku kaum Minang disini, maka juadah yang paling banyak dijual 2.7 Kemudahan Dan Infrastruktur
di sini adalah dari masakan Minang. Masih ada juga segelintir
Kini terdapat pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang
penduduk yang mengamalkan pendapatan cara lama iaitu dengan
disediakan untuk masyarakat di sekitar Gombak Setia seperti
bercucuk tanam. Namun jika dulu sekitar daerah ini hanya
sekolah harian, sekolah agama, padang permainan, dewan
menjalankan pertanian menanam padi, tetapi kini mereka lebih
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan
gemar menanam sayur-sayuran untuk dijual.
sebagainya. Menurut Tn. Hj. Hassan iaitu bekas Setiausaha Masjid
2.6 Seni Dan Budaya Lama Batu 6 Gombak, suatu masa dahulu iaitu sebelum negara
mencapai kemerdekaan, masjid menjadi pusat setempat dimana
Ketika penempatan awal masyarakat di sekitar Gombak Setia
segala aktiviti yang melibatkan masyarakat akan diadakan di masjid.
suatu ketika dahulu, banyak seni dan budaya yang dibawa masuk
Walaupun ketika itu belum dibantu dengan tenaga elektrik seperti
seperti seni persilatan, tarian piring oleh masyarakat Minang dan
sekarang, tetapi semangat kejiranan dan saling bekerjasama
juga mereka gemar bermain Dabus. Antara seni silat yang diajar
membuatkan masyarakat setempat tidak mengalami sebarang
kepada penduduk di sekitar Mukim Setapak adalah Silat Harimau
masalah di dalam menjalankan sebarang aktiviti.
dan Silat Gayong. Guru silat yang terkenal dan disegani ialah Tuan
Haji Buyong Lapau dan juga Tuan Haji Sien. Selain itu juga mereka
juga merupakan imam di salah sebuah masjid di sekitar kawasan
tersebut. Guru Tarian Piring yang berbakat pada ketika itu pula ialah
Tuan Haji Mohd Nor (UPEN, 2007:90).

9
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

3.0 SEJARAH BANGUNAN KAJIAN

3.1 Lokasi Bangunan Kajian

3.1.1 Kedudukan Bangunan Kajian

Masjid Lama Batu 6 Gombak terletak di Lot 3347, Jalan


Gombak pada koordinat latitut (3.2235°) 3° 13’ 24” Utara dan
longitude (101.714°) 101° 42’ 50” Timur. Bangunan masjid ini
sangat mudah untuk dicari disebabkan ianya terletak betul-betul
ditepi Jalan Gombak yang menjadi laluan utama penduduk disini.
Menurut En. Abdul Karim (53 tahun) yang merupakan anak jati
Kampung Kerdas, Jalan Gombak memang sudah lama dan
kedudukannya tidak berubah sehingga kini. Yang berubah hanyalah
kelebaran jalan dan jalannya sedikit tinggi apabila jalan raya
tersebut telah diturap tar berbanding hanya jalan tanah merah saja
ketika pembinaan awal masjid dahulu. Tambahnya lagi, kelebaran
jalan hanya berlaku apabila kampus Universiti Islam Antarabangsa
siap di Gombak dan menjadikan jalan raya ini menjadi sibuk.

Mengikut konteks tapak dahulu, masjid ini dikatakan terletak


ditengah-tengah sawah bendang dan hanya ada beberapa buah
g.r.3 Lakaran konteks sekeliling masjid pada awal pembinaan
rumah sahaja selang beberapa meter dari masjid berkenaan.
(1931)
Kawasan sekitarnya kelihatan berbukit dan penuh dengan sawah

10
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

padi. Jalan Gombak merupakan jalan kenderaan utama di kawasan


itu.

3.1.2 Orientasi Bangunan Kajian

Menurut Hj. Hassan (84 tahun) yang merupakan antara


penduduk yang lama tinggal di situ dan pernah memegang jawatan
sebagai ahli jawatankuasa masjid berkenaan, ketika masjid tersebut
dibina, penduduk kampong menjemput golongan ulama tempatan
bagi menentukan arah kiblat yang tepat. Semasa pembinaan tiada
sebarang masalah yang berlaku berkaitan arah kiblat sehinggalah asal
tamat pembinaannya.

Setelah selesai pembinaannya dan sebelum memulakan solat


berjemaah di masjid ini, pihak pengurusan masjid yang terdiri
daripada orang kampung itu sendiri memanggil wakil dari pejabat
mufti bagi mengesahkan arah kiblat.

Pada rekabentuk sirkulasi asal masjid ini, laluan utama untuk


penambahan
masuk ke dewan solat adalah melalui bahagian belakang dan terus
menuju kearah mihrab bagi mengambil saf. Namun setelah
melakukan beberapa pengubahsuaian dan tambahan, laluan masuk g.r.4 Lakaran ruang masuk gambarajah atas menunjukkan
ke masjid ini telah ditukar ke sebelah tepi. arah masuk melalui belakang manakala gambarajah bawah
menunjukkan arah masuk melalui tepi masjid.

11
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

3.2 Asal Usul

Masjid yang pertama sekali dibina oleh penduduk kampung


bagi kegunaan masyarakat disitu terletak bersebelahan dengan
Sungai Gombak. Menurut setiausaha masjid ketika ini iaitu Tn. Hj.
Kamaruddin Yusof, suatau masa dahulu air dari Sungai Gombak
sering melimpah apabila hari hujan. Cerita itu diperincikan lagi oleh
En. Abdul Karim di mana beliau juga menceritakan hal yang sama
iaitu jika hujan lebat berlaku sekitar Gombak. Disebabkan itu
penduduk kampung sebulat suara bercadang bagi mancari tapak
yang baru dan yang lebih sesuai bagi membina sebuah masjid baru.
Tambah En. Abdul Karim lagi, dahulunya sungai tersebut menjadi
laluan utama para penduduk disitu. Selain itu juga air sungai
tersebut menjadi tempat dimana para jemaah mengambil wuduk
sebelum solat.

Namun apabila masalah air yang melimpah tidak dapat


diselesaikan, penduduk kampung mengambil keputusan untuk
membina sebuah masjid yang baru di sebuah lokasi yang lain. Bagai
mengantuk disorongkan bantal, salah seorang penduduk pula g.f.1 Sungai Gombak dan sekitar lokasi tapak masjid yang pertama
bersetuju mewakafkan sebahagian daripada tanahnya kepada didirikan penduduk kampung sebelum masjid baru dibina di tapak
penduduk kampung bagi didirikan masjid yang baru. Lantas sekarang.
penduduk kampung bersepakat bagi mendirikan masjid yang lebih

12
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

luas bagi menampung jemaah yang semakin ramai dan juga bagi
melakukan aktiviti kemasyarakatan.

3.3 Ruang Persekitaran

3.3.1 Halaman Bangunan Kajian

Masjid Lama Batu 6 Gombak didirikan di atas tanah yang


diwakafkan di atas lot 3347. Namun tidak keseluruhan tanah yang
diwakafkan digunakan bagi tujuan pembinaan masjid. Pada suatu
masa dahulu, sekitar masjid dipenuhi sawah padi yang dikerjakan
penduduk tempatan. Sebelum masjid tersebut didirikan, kawasan
tersebut merupakan kawasan lapang bertanah merah dan bersemak
samun. Apabila masjid ini siap dibina, masih terdapat ruang tanah di
bahagian hadapan masjid.

Menurut Tn. Hj. Kamaruddin Yusof, beberapa unit rumah


kediaman dibina kini oleh pihak masjid untuk disewakan dan hasil
pendapatan dari sewaan tersebut digunakan untuk menguruskan
masjid. Sejajar dengan itu bangunan lain juga dibina disekitar masjid
g.f.2 Lakaran susunatur beberapa buah rumah yang disewakan oleh
ini antaranya ialah rumah kedai dan rumah teres yang dimajukan
pihak masjid bagi menghasilkan pendapatan kepada masjid
oleh UDA.

13
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

3.3.2 Sumber Air di rumah mahupun di masjid, kerjasama dalam gotong-royong itu

Dahulu terdapat sebatang anak sungai yang kecil melintasi masih tetap diteruskan.

sebelah kanan bangunan masjid yang dijadikan sebagai tempat Bagi jenazah pula, dimandi dan dikafankan dirumah. Ini
mengambil wuduk. Menurut Tn. Hj. Omar ataupun lebih mesra adalah kerana tiada kemudahan yang dikhususkan bagi pengurusan
dipanggil Abang Omar, terdapat juga perigi lama di situ jenazah pada ketika dahulu di masjid. Walaupun begitu, ada juga
bersebelahan anak sungai tesebut. Namun bagi mengambil wuduk di jenazah yang diuruskan di masjid seperti jenazah para musafir dan
perigi tersebut menggunakan cara manual dan cara tersebut sesiapa yang tiada ahli keluarga di kampung berkenaan. Ada juga
menyebabkan keadaan menjadi lambat. Masyarakat sekitar selepas jenazah yang diuruskan di rumah tetap akan dibawa ke masjid untuk
itu mendirikan sebuah kolah yang agak besar bagi memudahkan disembahyangkan.
jemaah mengambil wuduk. Dalam bercerita, En. Abdul Karim
mencelah dan mengatakan ketika beliau masih kecil, kolah itulah
yang menjadi tempat berenang beliau dan rakan-rakan yang lain.

3.4 Budaya Kegunaan

Fungsi masjid bagi masyarakat dahulu bukan sahaja untuk solat


berjemaah. Menurut cerita daripada Hj. Hassan, masyarakat di
Kampung Kerdas biasa juga beriadah di sekitar masjid. Juadah
dibawa dari rumah seperti sedulang seorang dan dijamah bersama-
sama di masjid ketika itu. Begitu juga jika diadakan kenduri kahwin.
g.r.5 Lakaran kedudukan sungai dah kolah (garisan putus-putus) di
Ada juga yang menjalankan kenduri di masjid dan ada yang
sebelah masjid.
menjalankan di rumah masing-masing. Tidak kira samada dijalankan

14
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

4.0 SENIBINA BANGUNAN KAJIAN digunakan di Malaysia yang terletak dibawah pengaruh iklim
tropika. Bukaan pintu dan tingkap di sekeliling bangunan juga dapat
4.1 Tipologi Bangunan Kajian

Identiti sebenar bangunan kajian adalah menyerupai masjid


nusantara. Ini terbukti dari segi bentuk bumbung meru yang dibina.
Susunatur ruang dalaman masjid menyerupai Masjid Kampung Laut
yang terletak di Negeri Kelantan yang banyak mempunyai
persamaan dengan masjid-masjid di Nusantara.

Penggunaan empat tiang utama yang menyokong struktur


tengah bumbung bertingkat juga menyerupai Masjid Kampung Laut.
Menurut Tn. Hj. Kamaruddin Yusof, tiang tersebut merupakan tiang
yang biasa digunakan di masjid-masjid di Sumatera Barat.
Disebabkan masyarakat yang ada di Kampung Kerdas terdiri
daripada orang yang berasal dari Sumatera, besar kemungkinan
tukang yang merekabentuk masjid berkenaan adalah orang yang
berasal dari Sumatera.

4.2 Kemudahan Dan Kawalan Iklim

Jika dilihat daripada rekabentuk bumbung bangunan


g.r.6 Bukaan pintu dan tingkap memberi laluan angin yang masuk
merupakan bumbung berlapis ataupun lebih dikenali sebagai
ke dalam ruang solat utama
bumbung meru bertingkat. Bumbung meru bertingkat sangat sesuai

15
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

memberi laluan angin yang baik. Dalam sistem pengudaraan selain 4.4 Gaya Reka Tampak
bumbung meru yang berlapis, rekabentuk asal masjid juga diadakan
Rekabentuk bagi keempat-empat tampak masjid berkenaan
beranda seperti rekabentuk masjid lama yang lain. Menurut Dr. Ar.
agak ringkas. Tampak di bahagian kiri dan kanan adalah sama
Mastor Surat, seorang penyelidik masjid-masjid di Malaysia di
disebabkan masjid berkenaan bersimetri. Terdapat 3 buah pintu satu
dalam kuliahnya, siri wacana senibina bertajuk Senibina Masjid
daun dan sekeliling bahagian atasnya terdapat jeriji besi yang
Warisan Alam Melayu : Kajian Silang antara Masjid Tua Kampung
direkabentuk bagi tujuan pengudaraan. Terdapat juga beranda
Laut dan Masjid Agung Demak yang disampaikan di Universiti
sebelum memasuki ruang solat utama di bahagian kiri dan kanan
Kebangsaan Malaysia sekitar Oktober 2011, kegunaan beranda pada
masjid. Tampak hadapan pula terdapat satu ruang masuk utama ke
masjid-masjid lama selain ruang berjemaah, ianya juga adalah bagi
dewan solat. Di bahagian ruang masuk ini terdapat sebuah pintu dua
tujuan riadah mahupun aktiviti-aktiviti yang lain.
daun dan juga tingkap di sebelah kanan dan kiri pintu masuk
4.3 Kaedah Merekabentuk berkenaan. Di bahagian atas tingkap berkenaan juga terdapat jeriji
besi. Pada tamapak belakang kelihatan unjuran keluar dinding bagi
Menurut Tn. Hj. Hassan iaitu bekas setiausaha masjid,
mihrab di tengah-tengah dan juga 2 buah tingkap di bahagian kiri
kaedah merekabentuk dahulu hasil daripada pandangan orang ramai.
dan kanan dewan solat utama.
Dahulunya penduduk rata-rata berasal dari Sumatera dan pandai
bertukang. Pada awal penempatan, mereka membina rumah dengan
keringat mereka sendiri. Contoh yang paling popular adalah Rumah
Penghulu Haji Abbas ataupun lebih dikenali dengan Rumah Pak Ali.
Itu menunjukkan ramai tukang rumah yang pandai merekabentuk
dan membina rumah. Namun katanya rekabentuk masjid yang
menyerupai masjid nusantara itu beliau tidak pasti mengikut model
masjid mana.

16
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

5.0 KERANGKA DAN PEMBINAAN tidak dapat dipastikan. Menurut Hj Hassan, kayu alang yang
digunakan pada masjid ini merupakan kayu asal yang masih
Sehingga kini struktur kerangka asal masjid ini masih dikekalkan
bertahan sejak awal pembinaan masjid ini dulu. Tinjauan yg dibuat
walaupun banyak penambahan yang telah dilakukan. Hanya
juga menunjukkan kayu tersebut masih dalam keadaan baik dan
sebahagian dinding asal sahaja yang masih ditinggalkan dan
tidak reput. Sistem penyambungannya pula menggunakan paku dan
selebihnya telah dimansuhkan. Kebanyakan komponen struktur dari
ada juga sesetengah bahagian mengunakan tanggam dan pasak.
bahagian lantai hingga ke dinding menggunakan konkrit dan simen
lama, manakala komponen stuktur bagi bumbung menggunakan
kayu.

5.1 Lantai

Menurut Hj. Hassan, masjid ini masih mengekalkan lantai asal yang
dibina sejak awal dahulu. Dahulunya lantai tersebut hanya
dibentangkan dengan tikar mengkuang dan sejadah apabila hendak
sembahyang. Ruang beranda bagaimanapun diasingkan
ketinggiannya dari ruang solat utama bagi membezakan ruang-ruang
tersebut.

5.2 Alang Dan Tiang

Sistem utama pembinaan bagi masjid ini menggunakan


sistem alang dan tiang (post & beam). Alang yang digunakan adalah
dari jenis kayu tetapi jenis kayu yang digunakan pada struktur alang

17
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

Terdapat dua jenis tiang iaitu :

(i) Tiang konkrit dan juga tiang kayu yang digunakan


didalam pembinaan masjid ini. Di bahagian sekeliling
luar bangunan menggunakan tiang konkrit bagi
menampung struktur dinding dan bumbung lapisan
bawah. Tiang konkrit ini berbentuk segiempat sama
sisi berukuran 400mm x 400mm.

(ii) Terdapat juga empat batang tiang kayu atau lebih


dikenali dengan soko guru di bahagian ruang solat
utama. Tiang kayu ini berfungsi bagi menampung
beban bumbung lapisan atas. Terdapat beberapa motif
di kepala tiang yang tidak dapat kami huraikan
maksudnya. Namun masyarakat tempatan disini
percaya motif tersebut diambil dari Sumatera Barat
berdasarkan tukang-tukang yang membina masjid ini
berasal dari Sumatera Barat.

g.f.3 Alang kayu yang disilang dengan menggunakan tanggam dan


diletakkan di atas tiang konkrit

18
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

g.r.7 Rajah menunjukkan lokasi tiang kayu (soko guru)

g.r.8 Rajah menunjukkan lokasi tiang konkrit g.f.4 Motif yang terdapat pada tiang soko guru

19
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

5.3 Dinding Rekabentuk bumbung amat sesuai dengan konteks setempat


dan iklim di Malaysia khususnya. Kecerunnya adalah 25° dan
Sebahagian besar dinding asal masjid ini telah dirobohkan
kecerunan ini amat baik bagi mengalirkan air hujan.
ketika kerja-kerja penambahan ruang dilakukan. Bahagian hadapan
masjid masih mengekalkan dinding asal namun permukaan dinding
tersebut telah dikemaskan dengan jubin. Di ruangan kiri masjid
masih terdapat dinding asal yang menempatkan suis utama bekalan
elektrik. Berdasarkan penerangan yang dibuat oleh En. Abdul Karim
dan penelitian yang kami jalankan, dinding asal masjid ini diperbuat
dari simen lama dan ketebalannya adalah 100mm.

5.4 Bumbung

Rekabentuk bumbung masjid ini adalah dari jenis bumbung


berlapis ataupun bumbung meru bertingkat. Struktur kekuda
bumbung keseluruhannya menggunakan kayu dan masih lagi
g.r.9 Isometrik struktur bumbung
dikekalkan sejak dahulu. Sambungannya menggunakan tanggam,
pasak dan juga paku. Secara keseluruhannya struktur bumbung ini
masih lagi dikekalkan dan tidak berubah. Hanya beberapa
penambahan yang dilakukan kepada masjid ini menjadikan
bumbung asal masjid ini terlindung oleh struktur-struktur tambahan
yang baru.

20
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

5.5 Hiasan Dan Ukiran

Di masjid ini tidak terdapat banyak hiasan ataupun ukiran


pada bangunannya. Menurut Hj. Hassan, mungkin kerana masjid ini
adalah sebuah bangunan yang digunakan oleh masyarakat, ketika
pembinaan dahulu orang ramai hanya menyiapkan apa yang patut
sahaja. Kurangnya tukang yang mahir dengan seni ukiran mungkin
menyebabkan masjid ini kekurangan seni ukiran.

Walaubagaimanapun terdapat sedikit ukiran yang seperti


bunga teratai pada bahagian papan cantik. Ukiran ini dapat dilihat
dengan jelas pada bahagian hadapan masjid dari luar bangunan.

Di bahagian atas dinding pula terdapat jalur besi yang


bercorak Argyle. Jalur besi ini diletakkan di antara pintu dan juga
alang bagi tujuan pengudaraan.

g.f.5 Struktur kekuda bumbung

21
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

g.f.6 Ukiran yang terdapat pada papan cantik g.f.7 Jalur besi bermotif Argyle

22
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

6.0 PENUTUP

6.1 Rumusan 6.2 Cadangan Dan Pendapat

Masjid Lama Batu 6 Gombak ini walaupun ringkas Kajian Lukisan yang dijalankan selama satu semester ini dapat
susunaturnya, tetapi ia memberi fungsi yang pelbagai buat memberi pelbagai pengetahuan mengenai bangunan warisan
masyarakat setempat pada suatu masa dahulu. Pada masa dahulu, bersejarah secara amnya dan masjid nusantara secara khususnya.
masjid ini menjadi sebuah pusat yang penting buat masyarakat Dengan adanya lukisan dan laporan masjid ini, sedikit sebanyak
setempat. Bukan sahaja buat masyarakat setempat, malah para dapat membantu generasi akan datang memahami rekabentuk
musafir yang datang ke masjid ini juga dapat menerima manfaat di sebenar masjid nusantara.
atas kewujudannya.
Disebabkan sumber-sumber yang diperolehi agak terhad, satu
Kesenian dari segi pertukangan dan semangat gotong royong kajian lanjutan perlu dilaksanakan bagi memantapkan lagi kajian
juga dapat dilihat dengan kerjasama masyarakat setempat yang mengenai masjid ini.
mahir bertukang dan juga kurang mahir berpadu tenaga dalam
Masjid nusantara seperti ini tidak lagi dibina di Malaysia . Oleh
membina masjid ini sehingga siap.
itu masjid seperti ini perlu dijaga dan dikonservasikan agar dapat
Melalui kajian lukisan terukur ini kami dapat memahami dikenali oleh generasi akan datang. Bagi masjid lama seumpama ini
dengan lebih jelas dan tepat mengenai teknik mengukur, mencatit, kebiasaannya akan mengalami proses penambahbaikan dan
melakar dan merekod. Selain daripada itu penglibatan ini juga dapat pengubahsuaian. Justeru, segala penambahbaikan dan penambahan
memahami sejarah masjid ini dan kawasan sekitarnya. ini perlulah disesuaikan dengan konteks dan rekabentuk asal agar
ianya tidak menjadi rekabentuk yang akan menghasilkan pelbagai
Semua pengalaman ini akan dapat dipraktikan pada masa
bahasa dan menyimpang dari rekabentuk asalnya.
hadapan.

23
Masjid Lama Batu 6 Gombak, Jalan Gombak

BIBILIOGRAFI

1. Koleksi Cerita Asal Usul dan Sejarah Daerah Gombak. Shah


Alam : Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor Darul
Ehsan.

2. Abdullah Bin Mohamed (1977). Bentuk-Bentuk Bangunan Masjid


Kunci Memahami Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur :
Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Malaysia.

3. Pusat Kajian Alam Lingkungan Melayu (1992). Kompedium


Lukisan Terukur Siri1. Skudai : Jabatan Senibina, Fakulti Alam
Bina, Universiti Teknologi Malaysia.

4. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (2005). The Architectural


Heritage of the Malays World. Skudai : Universiti Teknologi
Malaysia.

5. Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi (1999). Senibina Di


Malaysia Kritikan Tentang senibina Islam, Identiti Nasional &
Pendidikan. Kuala Lumpur : Design Modular Sdn. Bhd.

24

Anda mungkin juga menyukai