Anda di halaman 1dari 5

Yang dihormati, Guru Besar SK Sawah Sempadan En Ahmad Daud

Yang Berusaha PK Pentadbiran SK Sawah Sempadan En


PK Hal Ehwal Murid En
PK Kokurikulum En ,
Guru perpustakaan media En Zainuri bin Md Taib
Guru-guru dan para pelajar sekalian.
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh dan salam sejahtera,

Para hadirin sekalian,


Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pihak sekolah yang sudi menjemput pihak Pusat Kegiatan Guru
Tanjong Karang pada majlis pelancaran hari NILAM 1 Selangor
(HANIS) peringkat sekolah pada kali ini.Hari Nilam Satu Selangor ini
adalah insiatif Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan BTPN Negeri
Selangor yang perlu dilaksanakan pada 25hb Feb setiap tahun tidak lain
adalah untuk membugarkan program NILAM disekolah diseluruh negeri
Selangor TAHNIAH DAN SYABAS SAYA UCAPKAN!

Tidak dapat dipisahkan antara buku dan membaca. Sejarah telah


membuktikan Ketika penaklukan kota Baghdad oleh tentera monggol
Perpustakaan Agung Baitul Hikmah yang kaya dengan khazanah ilmu
pengetahuan dimusnahkan. Diriwayatkan Sungai Tigris bertukar warna
menjadi hitam akibat banyaknya buku-buku yang dibuang.
buku mempunyai peranan yang penting dalam mencipta dan
merangsang perkembangan ilmiah dan seterusnya tamadun manusia.
Buku berupaya membenihkan ilham pemikiran kritis dari segi politik,
falsafah serta sosio-ekonomi di kalangan kelompok manusia.
Lantas, pembakaran buku menjadi salah satu instrumen utama
menguburkan pengaruh sesebuah idealisme, corak pemikiran, ideologi,
ataupun budaya oleh rejim yang berkuasa. Buku sangat berkuasa dan
berpengaruh sehinggakan Napoleon Bonaparte pernah berkata “Aku
lebih takut dengan empat orang penulis daripada seribu senapang”.
Kalimah al-Quran yang pertama menekankan kepentingan membaca;
“Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan” (Al-Alaq, 96:3-4). Membaca juga tidak dapat
dinafikan ialah titik permulaan penelaahan dan jelajah ilmu para
cendekiawan dan filasuf dunia barat mahupun timur, klasik mahupun
moden.
Hal ini jelas sekali mengangkat martabat buku di tempat yang tinggi
dalam sejarah tamadun manusia. Betapa pentingnya nilai penulisan
melalui buku dan peradaban yang dicetuskan olehnya menobatkan buku
sebagai antara penciptaan paling agung dalam sejarah tamadun manusia.
Kita diingatkan dengan mutiara kata “Setitik dakwat mampu membuat
sejuta manusia berfikir tentangnya”.

Saya sendiri sebenarnya turut berbangga dengan komitmen pihak


sekolah dalam membudayakan amalan membaca dengan melaksanakan
program nilam ini. para pelajar sekalian cikgu nak Tanya la apakah itu
nilam?cikgu kita selalu cakap akronim yang selalu kita dengar agar kita
mudah ingat sesuatu.contoh kalau nak ingat warna pelangi kita ada
MARIA JANGAN KAU HIBA I BUKAN UNTUK U.iaitu
Merah,Jingga,Kuning,Hijau,Indigo,Biru,Ungu.

NILAM merupakan akronim bagi “Nadi Ilmu Amalan


Membaca’ merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran
Malaysia .Program ini wajib dilaksanakan di semua sekolah mengikut
surat pekeliling iktisas bil 13/1998 bertarikh 22 mei 1998. Hasrat,niat
serta matlamatnya begitu murni sekali iaitu untuk membudayakan
amalan membaca dalam kalangan pelajar sekolah yang seterusnya akan
melahirkan pelajar-pelajar yang suka membaca dan cintakan ilmu.

Dalam Program Nilam , pelajar hanya perlu membaca sebanyak


mungkin buku - buku dalam sebarang genre dan sebarang bahasa
asalkan menambahkan pengetahuan , sebelum membuat catatan ringkas
di dalam buku rekod yang disediakan. Guru - guru akan memastikan
bahan yang dibaca selaras dengan yang direkodkan oleh pelajar. Buku
rekod ini yang dipanggil Buku Nilam boleh dibeli di koperasi sekolah
dengan harga RM 2.00 senaskah. Bahan - bahan bacaan pula boleh
diperoleh pelajar dari perpustakaan sekolah atau kedai - kedai buku.
Buku - buku yang dibaca boleh terdiri daripada buku ilmiah, fiksyen,
atau bukan fiksyen. Bahan - bahan bacaan yang bersifat picisan tidak
diambil kira.Nilam yang ditambh baik-ulas sendiri
Hadirin yang dihormati,
Tugas guru adalah untuk mengesahkan serta menandatangani rekod
bacaan murid dan ia merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah.
Data rekod hendaklah dikumpulkan oleh guru kelas dan diserahkan
kepada penyelaras Pusat Sumber Sekolah atau guru penyelaras NILAM
untuk dianalisa dan direkodkan. Data pembacaan murid perlu
dikumpulkan dan diserahkan kepada Pusat Kegiatan Guru untuk
dipanjangkan ke Bahagian Teknologi Pendidikan,Kementerian Pelajaran
Malaysia.Sekolah dan semua peringkat Kementerian Pendidikan juga
perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah
banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut
sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM, misalnya dengan
memberikan buku sebagai hadiah, sijil pengiktirafan NILAM atau
dinyatakan bilangan buku yang sudah dibaca dalam rekod kemajuan
murid dan sijil berhenti.

Kaji selidik oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2016


menunjukkan rakyat Malaysia secara purata hanya membaca dua buah
buku setahun. Rakyat Jepun dan Perancis membaca 15 buku, manakala
rakyat Amerika dan Kanada paling hadapan dengan 17 buku.
Kurangnya tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia sememangnya
membimbangkan.Ini kerana kini lebih menjerumus ke arah hiburan
berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam
membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber
hiburan. Akibatnya, hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai
pandangan peribadi yang kurang berasas dengan kesahihan yang
berpaksikan maklumat picisan dari Facebook dan Twitter

Golongan masyarakat yang rajin membaca meletakkan diri mereka pada


suatu martabat yang jauh lebih tinggi berbanding dengan golongan yang
malas membaca. Mereka inilah yang akan menjadi sumber rujukan
untuk golongan yang cintakan ilmu dan kemajuan. Mereka yang sudah
menjadikan amalan membaca ini sebagai suatu budaya akan sentiasa
membaca tidak kira bila dan di mana mereka berada. Inilah suatu amalan
yang harus dipuji dalam usaha kita melahirkan modal insan cemerlang
yang akan menjadi aset terpenting negara.

Namun, di kesempatan yang ada ini, suka saya menegur sikap


segelintir pelajar kita yang hanya membaca sekadar untuk peperiksaan.
Selesai menghadapi peperiksaan. Mereka tidak sudi lagi untuk
menyentuh buku-buku atau sebarang bahan bacaan bercorak ilmiah.
Sesungguhnya menerusi pembacaan kita dapat mendekati dunia luar dan
menerokai dunia tanpa sempadan ini. Buku-buku atau ensiklopedia
dapat membuka ruang lingkup kita kepada ilmu yang lebih luas
melampaui ilmu yang terkandung dalam buku-buku sekolah atau buku-
buku teks. Sesungguhnya juga, untuk mendapatkan maklumat dan
informasi, bukan hanya buku yang menjadi sumbernya. Surat khabar,
majalah, buletin berkala, jurnal, novel dan kemudahan internet yang
dapat menjadi sumber rujukan buat para pelajar yang menginginkan
fakta-fakta dan maklumat terkini tentang seseuatu perkara. Pokok
pangkalnya seseorang itu harus gigih dan rajin membaca dan
mencari maklumat yang dapat menolongnya menerokai hidup ini dengan
lebih yakin dan selesa dan pada akhirnya pelajar-palajar akan mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan masing-masing.

Hadirin yang saya muliakan


Sebelum saya mengakhiri ucapan ini,saya ingin merakamkan setinggi –
tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jawatan kuasa Pengelola
Majlis Perasmian Hari Nilam 1 Selangor (HANIS) atas kesungguhan
mereka menjayakan majlis pada hari ini. Penghargaan juga kepada
warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan majlis yang
gilang-gemilang ini.
Bunga melur dalam jambangan,
Banyak ditanam di sawah sempadan,
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam tanpa sempadan.

Mekar sejambak bunga gubahan,


Jatuh sekuntum di atas peti,
Membaca itu suruhan Tuhan,
Al-alaq diturun menjadi bukti.

Harum sungguh bunga kemboja,


Bunga karangan cantik tersemat,
Janganlah membaca kulit sahaja,
Telitilah kandungan sehingga tamat.

Cantik sungguh si bunga kejora,


Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya.

Akhir kata, dengan lafaz Bisssmillahhirrahmanirrahim, saya


Melancarkan program Hari Nilam 1 Selangor peringkat sekolah
kebangsaan Sawah Sempadan
Sekian,Wabillahhitaufikwalhidayah,wassalamualaikumwarahmatullah
hiwabarokatuh

Anda mungkin juga menyukai