Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL 1

Ahli kumpulan: JY, Jeff, Syueenie


Terangkan objektif seni Bahasa dan menilai aktiviti objektif berkenaan.
Tahun 1:
1. Bercerita dan menuturkan cerita haiwan, cerita jenaka, dan simpulan bahasa
menggunakan bahasa kiasan yang sesuai;
Aktiviti:
1. Guru memberikan teks cerita kepada murid.
2. Murid bercerita dengan menggunakan boneka yang disediakan.
3. Cara pentomin boleh diwujudkan, iaitu seorang murid menjadi narrator, yang lain
berlakon.
2. Melafazkan pantun nasihat dua kerat dan empat kerat dengan sebutan dan intonasi
yang betul;
Aktiviti:
1. Guru melafazkan pantun dan diikuti oleh murid.
2. Murid boleh melafazkan beberapa pantun yang disediakan dalam kumpulan
3. Guru membetulkan murid.

3. Menyanyikan lagu kanak-kanak dan lagu rakyat dengan irama yang betul;
Aktiviti:
1. Guru memilih lagu Burung Kakak Tua.
2. Murid memahami maksud lirik.
3. Murid membuat aksi beriringan muzik atau menggunakan perkusi badan.

4. Melagukan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul;


Aktiviti:
1. Guru menyanyi syair dalam irama dodoi.
2. Murid mengenali lagu syair tersebut dulu.
3. Murid memahami maksud syair tersebut.
4. Guru dan murid menyanyi bersama-sama.
5. Syair lain dinyanyikan dalam irama dodoi selepas murid menguasai irama tersebut.

5. Melakonkan dialog pendek dengan gerak laku yang sesuai.


Aktiviti:
1. Guru memberikan dialog kepada murid dalam pelbagai situasi (pasar, sekolah atau
rumah)
2. Murid perlu menunjukkan Bahasa badan yang berkenaan dengan situasi tersebut
(marah, gembira, sedih)
3. Murid berlakon dalam kumpulan masing-masing.

6. Mencipta dan mempersembahkan pantun dua kerat dan empat kerat secara kreatif;
1. Murid sudah diajar cara melafaz pantun pada bulan yang lalu.
2. Murid mencipta pantun dua kerat yang hendak dilafazkan dalam kumpulan
masing-masing.
3. Murid mempersembahkan pantun secara berkumpulan dalam kelas.
4. Langkah 1-3 diulangkan dengan mengantikan pantun dua kerat kepada pantun
empat kerat.

Anda mungkin juga menyukai