Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG SK CONVENT PULAU TIKUS

DEWAN TERBUKA SK CONVENT PULAU TIKUS

6 JULAI 2019

8.00 PAGI – 12.00 TENGAH HARI

MASA AGENDA TEKS

8.00 Ketibaan Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Yang Dipertua PIBG Tuan
Pagi jemputan dan Raymod Sigh, diiringi oleh Yang Berusaha Puan Nurol Huda Binti
- ibubapa Mohd Safwan, Guru Besar SK Convent Pulau Tikus ke tempat
8.15 duduk utama. Semua hadirin dipersilakan berdiri dan terus berdiri.
Pagi
Nyanyian lagu Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu
Negaraku dan Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah dengan iringan muzik.
lagu Negeri
Pulau Pinang  Semua hadirin dipersilakan duduk.

Menadah tangan tanda kerendahan,


Bacaan doa Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita


menadah tangan dan mengaminkan bacaan doa yang akan
diketuai oleh Ustaz Taha Bin Ali untuk membacakan doa.
Dipersilakan.

*Amin-amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima


kasih atas bacaan doa sebentar tadi.
8.30 Ucapan Melati kuntum menghias gelas,
pagi alu-aluan Tumbuh melata di tepi kali,
Pengerusi Anugerah Cemerlang 2019,
Majlis Murid-murid cemerlang kita hargai.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera .

Yang Berusaha Puan Nurol Huda Binti Mohd Safwan selaku Guru
Besar SK Convent Pulau Tikus,

Yang Berbahagia Tuan Raymod Sigh Yang tua PIBG SK Convent


Pulau Tikus,

Para jemputan khas,


Guru-guru penolong kanan,
guru-guru,
Ajk PIBG SK Convent Pulau Tikus,
ibu -bapa,
seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam
Majlis Hari Anugerah Cemerlang Sk Convent Pulau Tikus 2019.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan, ibu
bapa dan murid-murid ke majlis pada hari ini. Tujuan Majlis Hari
Anugerah Cemerlang ini diakan untuk menghargai pencapaian
murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam
bidang akademik dan kokurilum sepanjang tahun 2019 ini. Diharap
agar dengan penghargaan yang diberikan akan mencetuskan lagi
semangat murid-murid untuk lebih berjaya dalam pelbagai bidang
pada masa-masa akan datang.
Ucapan Guru Hadirin yang dihormati,
Besar SK
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Convent Pulau
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tikus
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan


Nurol Huda Bin Mohd Safwan selaku Guru Besar SK Sungai
Gelugor untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar


atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Ucapan Hadirin dan hadirat sekalian,


Perasmian
Pergi ke kota beli selasih,
oleh YDP
Sayang si dara senyum tertawa,
PIBG
Kata azimat simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita


mendengar ucapan perasmian daripada Yang Berbahagia Tuan
Raymod Sigh Yang Dipertua PIBG SK Convent Pulau Tikus.
Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan.

***
Hadirin yang dihormati sekalian, rasmilah sudah majlis kita pada
pagi ini. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kesudian Tuan Raymond Sigh menyampaikan ucapan perasmian
sebentar tadi.

9.15 Majlis Hadirin dan hadirat sekalian,


pagi Graduasi
Berkebaya batik berwarna merah,
Prasekolah
Diserikan dengan permata berlian,
Bestari :
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Majlis Penerima teruja menunggu giliran.
Graduasi
Oleh itu, bagi menyempurnakan acara, dijemput Guru Penolong
Prasekolah
Bestari :
Penyampaian Kanan Kurikulum SK Convent Pulau Tikus, Pn Tan Sue KIm pentas
Sijil Graduasi untuk menyampaikan anugerah.
&
Matapelajaran *** Majlis dimulakan dengan Graduasi Prasekolah Bestari bagi
terbaik tahun 2019.
Prasekolah
& ***Anugerah seterusnya ialah Matapelajaran Terbaik
Anugerah Prasekolah Bestari.
Khas
Prasekolah ***Anugerah seterusnya ialah Anugerah Khas Prasekolah
Bestari Bestari.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Pn.


Kedudukan
Tan Sue Kim atas kesudian beliau menyampaikan anugerah
dalam kelas
sebentar tadi.
tahun 1
hingga tahun
Seterusnya dijemput Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
6
Convent Pulau Tikus, Pn Roslinda bt Salleh ke pentas untuk
&
menyampaikan anugerah bagi kedudukan dalam kelas bagi tahun
Matapelajaran
1 hingga tahun 6
terbaik
***Anugerah seterusnya ialah kedudukan dalam kelas bagi
tahun 1 hingga tahun 6.

Majlis merakamkan ucapansetinggi-tingi penghargaan kepada


Pn.Roslinda Binti Salleh atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

Seterusnya dijemput Guru Besar SK Convent Pulau Tikus, Pn


Nurol Huda Binti Mohd Safwan ke pentas untuk menyampaikan
anugerah bagi matapelajaran terbaik bagi tahun 1 hingga tahun 6

*** Anugerah seterusnya ialah matapelajaran terbaik murid


bagi tahun 1 hingga tahun 6.

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan kepada Pn.


Noru Huda Binti Mohd Safwan atas kesudian beliau menyampaikan
anugerah sebentar tadi.
10.15 Persembahan Hadirin sekalian,
pagi 1:
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian oleh murid tahap
Tarian
2 SK Convent Pulau Tikus. Kumpulan tarian ini mendapat
bimbingan daripada Pn. Nadia Binti Md. Derus dan Pn.Salwa binti
Mokhtar. Dipersilakan.

***
Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar
tadi.

10.25 Persembahan Hadirin sekalian,


pagi 2 : Sketsa
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sketsa muzikal yang
Tahun 3
akan dipersembahkan oleh murid tahun 3 Kreatif. Persembahan
sketsa yang bertajuk “ Amalan Bertatasusila” ini mendapat
bimbingan daripada Pn.Faridah Bin Hussin. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan sketsa itu tadi.
10.35
pagi Persembahan Hadirin sekalian,
3: Sama-samalah kita meredakan debaran di hati dengan
Tarian menyaksikan persembahan tarian yang akan dipersembahkan oleh
Prasekolah murid Prasekolah Bestari SK Convent Pulau Tikus. Persembahan
Bestari tarian ini mendapat bimbingan daripada Pn. Wan Sureyani binti
Wan Ismail dan Pn. Rodziah binti Zainal. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan atas persembahan tarian yang begitu
menghiburkan hati sebentar tadi.
10.45 Penyampaian Hadirin sekalian,
pagi Anugerah Hadiah diatur tampak kemas,
Khas : Tuan NYDP PIBG senyum sekilas,
Tampillah Tuan ke atas pentas.
Murid Mithali
Menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas.
Perempuan
Dengan penuh takzim majlis mempersilakan Yang
2019
Berbahagia Tuan Raymond Sigh diiringi oelh Guru Besar Puan
Norul Huda Binti Mohd Safwan naik ke pentas untuk
Tokoh Murid
menyampaikan anugerah kemuncak kita pada hari ini.
2019
*** Penyampaian Anugerah Khas yang seterusnya ialah Murid
Mithali Perempuan 2019.

***Seterusnya ialah Penyampaian Anugerah Khas kepada Tokoh


Murid SK Jijan tahun 2019.

**** Baca Biodata Murid : Tokoh Murid 2013 ****


Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah pada hari
ini. Semoga dengan penganugerahan ini akan sentiasa membakar
semangat untuk terus maju dalam pelajaran serta menjadi contoh
teladan kepada murid lain.
11.15 Penyampaian Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang
Pagi Cenderahati Berbahagia Tuan Raymond Sigh atas kesudian beliau
menyampaikan Anugerah Khas sebentar tadi.

Oleh itu, dipersilakan Guru Besar SK Convent Pulau Tikus, Pn


Nurol Huda Binti Mohd Safwan untuk menyampaikan cenderahati
kepada Yang Berbahagia Tn. YDP PIBG Sk Convent Pulau Tikus.
11.20 Penutup Hadirin sekalian,
Pagi &
Kerjasama tuan-puan sangat dihargai,
– Jamuan
Terima kasih sekalung budi,
12.00 ringan.
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
tengah
Semoga kita berjumpa lagi.
hari

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga


diucapkan kepada semua tetamu jemputan, Ahli Jawatankuasa
kerja Majlis Hari Anugerah Cemerlang SK Convent Pulau Tikus
2019, para ibu-bapa dan mereka yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung bagi menjayakan malis ini.

Dengan penuh takzim pihak majlis mempersilakan para jemputan


menjamu selera di khemah yang disediakan.
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai