Anda di halaman 1dari 3

GURU BESAR

(Dedikasi buat: Tuan Hj Badry bin Zawawi )

(SK SERI SETIA TELUK INTAN): (2012 – 2014)

Kuatur rapi aksara keramat ini,

tatkala menjengahnya hari-hari terakhir


wajahmu di sekolah.
Segala beban dan masalah yang kau punggah
Dari zaman ikrar guru pertamamu dulu
Kau angkat kini untuk mengkhatamkan amanah
Yang telah kau himpun 3 dekad dahulu.
Telah kau hidu segala bau kerenah dan masalah anak buah
Telah kau junjung di atas batu jemalamu
Tekad dan nekad sebagai pemimpin wadah
Demi anak2 sekolah ini.
Dalam meniti hari-hari terakhirmu di sekolah,
Tampak jelas keluh kesah
untuk menyudahkan mimpi semalam agar menjadi nyata.
Nampak jelas di mata semangatmu masih membara
Untuk menyulam hasrat yang tersemat
Menjadi hamparan hangat ..tatkala musim kedinginan.
Hari ini sempat kulihat lagi
Langkah-langkah terakhirmu
tetap gegas dan bersemangat
Menapak tangga 3 tingkat
Memberi senyuman azimat buat anak-anak sekolah
Yang bakal kau tinggalkan.
Pagi ini masih seperti biasa, Kau berdiri di perhimpunan,
Terdiam beberapa ketika, sebelum mulai berbicara,
Itu dan ini, begitu dan begini,
Dan seperti biasa juga anak-anak bermata bola
Terus berteleku sepi…untuk mengerti suatu ketika nanti.

Tentang Guru Besar.

GURU BESAR
Nama itu bukan sekadar nama.
Jawatan itu bukan sekadar tugas.
Gelaran itu bukan sekadar pangkat
Tetapi ianya menjulang semangat waja seorang pendita anak bangsa
TERIMA KASIH GURU BESAR
Sekali menjadi guru akan terpahat gelaran CIKGU
Sepanjang abad Kau akan tetap diingat, sepanjang zaman kau kan masih dikenang,
Melangkahlah dengan damai ,Pulanglah dengan tenang…

Mengiringi langkah dengan senyuman…


Selamat Bersara…Tuan Guru Besar kita.

Duhai guru
Pembina Negara Bangsa
Yang mengisi dada anak bangsa
Dengan ilmu dah perasaan kasih

Kini sudah dipenghujung kerjayamu duhai guru


Namun tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampai kan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu sayangi
Menjadi insan

Duhai guru
Sudah bermusim kita bersama di sini
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangis perpisahan ini
Kerana kami di sini tak pernah melupakan

Ketahuilah duhai guru


Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada

KAU TINGGALAKAN RINDU DI SINI


IZINKAN AKU
MENATAP SEBAK DI DADAMU
UNTUK KUTULIS SIMFONI LAGU
PADA SEPI PERGUNUNGAN SENDU

BERIKAN AKU
SEKADAR SEKELUMIT WAKTU
AKU INGIN SEBENTAR MELAYAN SEMBILU
KERANA AKU TAHU
MASA TERKENANG BERANGKAT LALU
TIADA KESEMPATAN MINTA DI TUNGGU

LANGKAH-LANGKAHMU TERTINGGAL DI PINTU


KAMI KUTIP KENANGAN ITU
SATU DEMI SATU
DAN KAMI PUPUKKAN IRAMA RINDU
KAMI SIMPAN DI KOTAK PILU
NOSTALGIA INDAH MERAWANG DI KALBU
KUTAHU SUDAH MAKNA
PERPISAHAN PENGHUJUNG MASA
KAU LEBARKAN SAYAPMU KE ANGKASA
MENCARI DESTINASI BAHARU SINGGAHSANA
LALU DOA KAMI SULAMKAN BERSAMA

KUTAHU SUDAH
AKAN KAU MENGALIH ARAH
LEMBARAN INGATAN MEWARNA SEJARAH
TITIPAN MASA LAMPAU MENITI TERJAH
SEKUJUR KAMI AKUR MENGAKU PASRAH
WALAU DISINI KERINGATMU MASIH BASAH
PASTI ADA GERIMIS GUGUR KE TANAH
MEMBASAHI PELOSOK LIMBAH

PUDARLAH SENYUM DAN TAWA


SEMYUMMU PENGUBAT DUKA
TANDUSLAH PENDAPAT KATA
PENDAPATMU PENCETUS MINDA
PUPUSLAH JUA PETAH BICARA
BICARAMU MENJANA JAYA
SAMARLAH LANGKAH-LANGKAH PERKASA
LANGKAH NAN BERTATAH JASA

PADA SELURUH PERSADA HATI-HATI PILU


KAMI TEGUR MENGINTAIMU
KERANA MASIH PANAS JEJAKMU
MENGINJAK JALAN-JALAN KELIKIR BERBATU
NATIJAHNYA...DISINI KAU TINGGALKAN RINDU
BUAT KAMI MENGGAPAI MERCU

Anda mungkin juga menyukai