Anda di halaman 1dari 17

SCES3083 Mekanik dan Termodinamik

TOPIK 1 DAYA DAN GERAKAN


SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

Sinopsis
Topik ini membincangkan tentang Aplikasi Hukum Newtom yang melibatkan gambar rajah jasad bebas
dan keseimbangan translasi. Selain itu, topik ini juga membincangkan konsep Geseran yang merangkumi
daya dan pekali geseran serta rintangan udara.

Hasil Pembelajaran Topik


Di akhir topik ini, pelajar dapat;
1.1 Melukis gambar rajah jasad bebas untuk meleraikan komponen-komponen daya

1.2 Menjelaskan konsep keseimbangan translasi

1.3 Menjelaskan sebab berlakunya geseran

1.4 Menjelaskan konsep daya geseran menggunakan pekali-pekali geseran

1.5 Menjelaskan konsep rintangan udara

1.6 Menyelesaikan masalah berangka yang mengaplikasi hukum Newton dalam pelbagai situasi,
menggunakan gambar rajah jasad bebas

1.7 Menyelesaikan masalah berangka melibatkan keseimbangan translasi

1.8 Menyelesaikan masalah berkaitan dengan daya geseran dan pekali geseran dan juga rintangan udara

1.9 Menjelaskan aplikasi hukum Newton dan keseimbangan translasi dalam kehidupan seharian

1.10 Membincangkan pengaruh geseran dalam kehidupan seharian


SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

1.1 Gambar Rajah Jasad Bebas

Objektif Pembelajaran:
1. Melukis gambar rajah jasad bebas untuk meleraikan komponen-komponen daya

2. Menyelesaikan masalah berangka yang mengaplikasi hukum Newton dalam pelbagai situasi,
menggunakan gambar rajah jasad bebas

1.1.1 Melukis Gambar Rajah Jasad Bebas


Rajah jasad bebas adalah rajah-rajah yang digunakan untuk menunjukkan magnitud relatif dan arah
semua daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek dalam suatu situasi.

Rajah harus mengandungi komponen-komponen berikut:


(1) Anak panah: saiz anak panah mewakili magnitud daya arah anak panah mewakili arah daya
(2) Label daya yang bertindak: daya dilabel untuk mewakili jenis daya
Contoh Ffric = daya geseran
Fgrav = daya graviti
Fnorm = daya normal
Ftens = daya tegangan
(3) Objek diwakili dengan titik atau kotak, dan daya-daya dilukis daripada pusat titik atau kotak itu

Contoh :

Fnorm : daya normal


Fapp : daya aplikasi
Ffric atau Fgeseran : daya geseran
Fgrav : daya graviti

Contoh-contoh rajah jasad bebas yang melibatkan daya-daya diatas dalam pelbagai konteks

Sebuah buku berada di atas permukaan meja


SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

Seekor burung sedang bergayut di atas buaian

Sebuah buku ditolak ke kanan di atas meja


supaya ia bergerak dengan pecutan

Sebuah kereta yang kehabisan minyak sedang


bergerak menuruni bukit.

Seekor tupai terbang (flying squirrel) sedang


meluncur dari satu dahan di atas pokok ke
tanah dengan halaju malar. (Pertimbangkan
rintangan udara)

Rajah 1.1 Rajah Jasad Bebas

Kuantiti Skalar
Kuantiti skalar ialah suatu kuantiti yang dapat diperihal dengan lengkap dengan hanya menyatakan
magnitud sahaja. Contoh-contoh kuantiti skalar ialah jisim , panjang, masa, laju, suhu, ketumpatan dan
tenaga.
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

Kuantiti Vektor
Kuantiti vektor ialah suatu kuantiti yang dapat diperihal dengan lengkap dengan menyatakan kedua-dua
magnitud dan arah. Contoh-contoh kuantiti vektor ialah sesaran, halaju, momentum, pecutan, daya,
medan elektrik dan medan magnet.

Mewakilkan kuantiti vektor


Satu kuantiti vektor diwakili oleh satu garis yang mempunyai anak panah dihujungnya. Panjang garis
dilukis mengikut skala untuk mewakili magnitud kuantiti tersebut manakala arah anak panah
menunjukkan arah kuantiti tersebut. Vektor biasanya diwakilkan dengan cetakan menggunakan huruf-
huruf tebal, contohnya sesaran (s), halaju (v), pecutan (a), daya (F) dan sebagainya.

halaju v= 10 ms-1
Selain mewakilkan vektor secara grafik, kita juga boleh mencari hasil tambah dua vektor secara algebra.
Hasil tambah dua vektor P dan Q adalah juga satu vektor lain yang dikenal sebagai paduan atau resultan
dua vektor itu dan ditanda dengan P + Q. Dalam dua dimensi hasil tambah dua vektor boleh diperoleh
dengan menggunakan kaedah segiempat selari vektor.

Langkah 1: Lukis
segiempat selari

P P+Q

Q Langkah 2 : Lukis vektor


paduan

Rajah 1.2

Peleraian vektor

Jika penambahan dua vektor P dan Q adalah R, iaitu P + Q = R, maka satu vektor R boleh dileraikan
kepada dua bahagian yang berkesan iaitu P dan Q dalam sebarang dua arah yang diberi. Bahagian-
bahagian berkesan ini disebut komponen-komponen vektor itu. Jika komponen Rx dan Ry bagi suatu
vektor R adalah saling serenjang, magnitud bagi setiap komponen itu boleh dinyatakan dalam sebutan
magnitud vektor R seperti pada Rajah 1.3.

Magnitud komponen Rx , Rx = R kos θ


Magnitud komponen Ry , Ry = R sin θ
Juga R = (Rx 2 + Ry 2 )1/2 dan tan θ = Ry / Rx
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

Rajah 1.3

1.1.2 Menyelesaikan Masalah Berangka Melibatkan Gambar Rajah Jasad Bebas


Contoh:
Dua orang cuba menolak sebuah kereta dalam keadaan pegun. Seorang memberi daya sebanyak 275N
manakala seorang lagi sebanyak 395N. Kedua-dua daya yang diberikan adalah pada arah yang sama.
Jisim kereta ialah 1850 kg. Pada masa yang sama terdapat daya geseran yang bertindak pada arah yang
bertentangan sebanyak 560N. Carikan pecutan kereta tersebut.

Penyelesaian:

+y
Daya Paduan ialah

∑ F = +275N + 395N – 560N = +110 N


275N
560N Maka pecutan a = ∑ F /m = +110N / 1850 kg = 0.059 m/s2
+x

395N
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

1.2 Keseimbangan Translasi

Objektif Pembelajaran:
1. Menjelaskan konsep keseimbangan translasi

2. Menyelesaikan masalah berangka melibatkan keseimbangan translasi

3. Menjelaskan aplikasi hukum Newton dan keseimbangan translasi dalam kehidupan seharian

1.2.1 Konsep Keseimbangan Translasi


Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan (equilibrium)?
Keseimbangan berlaku apabila jumlah daya bersih ke atas sesuatu objek adalah sifar. Ini bermakna
sesuatu objek dalam keadaan keseimbangan tidak bergerak dengan pertambahan atau pengurangan
kelajuan. Jadi ia berada dalam dalam keadaan samaada pegun atau halaju malar.

Sesuatu objek dikatakan berada dalam keadaan keseimbangan dinamik sekiranya ia sedang bergerak.
Sebagai contoh, sebuaah kereta sedang bergerak dengan halaju malar 45km/jam. Jadi, kereta tersebut
tidak memecut atau nyahpecut maka ia berada dalam keadaan keseimbangan dan oleh kerana
pergerakannya maka disebut sebagai dinamik.

Keadaan berbeza pula dengan keseimbangan statik. Sebatang pen di atas meja adalah contoh terbaik
keseimbangan ini. Objek tidak bergerak jadi sudah tentu tidak mengalami sebarang pecutan atau
nyahpecutan maka disebut sebagai keseimbangan statik.

Gerakan translasi berlaku apabila sesuatu jasad bergerak dari satu titik ke titik yang lain. Katakan kita
mula bergerak dari rumah ke sekolah atau ke tempat kerja, maka badan kita akan mengalami gerakan
translasi kerana perubahan antara dua tempat. Gerakan putaran pula berlaku apabila sesuatu jasad tegar
berputar mengelilingi sesuatu paksi. Sebagai contoh, kipas siling dan tayar yang sedang berputar.

Keseimbangan Translasi

Keseimbangan Translasi ialah keadaan dimana jumlah daya keseluruhan jasad atau sistem jasad adalah
sifar atau tiada daya bersih. Jadi, berdasarkan Hukum Newton Kedua, ini bermakna tidak wujud pecutan
pada jasad tersebut. Jadi, jasad boleh berada dalam keadaan pegun atau bergerak dengan halaju yang
malar. Oleh itu, syarat keseimbangan translasi ialah ∑F = 0 (Jumlah daya adalah sifar).

Contohnya, katakan kita cuba menolak sebuah bongkah berjisim 50kg di atas permukaan lantai dengan
daya tolakan sebanyak 300N, namun bongkah tersebut tidak bergerak. Oleh kerana bongkah tidak
bergerak maka ia berada dalam keadaan keseimbangan translasi. Ini bermakna jumlah kesemua daya
yang bertindak ke atas bongkah, iaitu daya tolakan yang diberikan, daya geseran, daya normal dan daya
graviti adalah sifar (tiada daya paduan).
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

1.2.2 Menyelesaikan Masalah Berangka Melibatkan Keseimbangan Translasi

Contoh:

F
R

W
30°

Satu bongkah dengan berat W = 100N terletak di atas satah licin yang condong pada sudut 30º kepada
ufukan seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas. Hitung nilai R dan F supaya bongkah itu berada
dalam keadaan keseimbangan.
Penyelesaian:
Oleh sebab W, F dan R adalah dalam keadaan keseimbangan,
maka W, F dan R boleh diwakili oleh sisi-sisi sebuah segitiga seperti 30º R
W
yang ditunjukkan di sebelah.
R = W kos 30º = 100 kos 30º = 86.6 N
F
F = W sin 30º = 100 sin 30º = 50 N

1.3 Daya Geseran dan Pekali Geseran

Objektif Pembelajaran:
1. Menjelaskan sebab berlakunya geseran

2. Menjelaskan konsep daya geseran menggunakan pekali-pekali geseran

1.3.1 Geseran
Apabila sesuatu objek sedang bergerak atau akan bergerak di atas sesuatu permukaan, terdapat satu
komponen daya yang bertindak selari dengan permukaan tersebut. Komponen daya yang selari tersebut
disebut sebagai daya geseran. Umumnya, daya geseran adalah daya rintangan kepada gerakan. Dalam
enjin kenderaan contohnya, minyak pelincir digunakan untuk mengurangkan haus (wear and tear)
diantara sesondol (piston) dan dinding silinder enjin kereta. Walaubagaimanapun, ada kalanya geseran
amat diperlukan bagi kita melakukan kerja dengan lebih mudah. Contohnya tanpa geseran, kita tidak
dapat berjalan dengan mudah di atas lantai yang licin dan tayar kereta tidak dapat mencengkam jalanraya
dan roda bergelincir menyebabkan kereta tidak dapat bergerak.
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

1.3.2 Konsep Daya Geseran dan Pekali Geseran

Daya Geseran Statik

Rajah 1.4 : Daya Geseran


Pertimbangkan sebuah bongkah di atas lantai mengufuk ditarik dengan satu daya F selari dengan lantai.
Jika daya F yang diaplikasikan adalah kecil, bongkah itu masih akan dapat mengekalkan kedudukan
pegunnya. Daya yang menghalang bongkah daripada bergerak ini dinamakan daya geseran statik (fs)
wujud di antara permukaan bongkah dengan permukaan lantai. Arah daya geseran ini adalah
bertentangan dengan arah daya F yang diaplikasikan. Magnitud daya geseran ini pula adalah bersamaan
dengan daya F yang diaplikasikan. Ini bermakna nilai daya geseran statik ini turut bertambah seiring
dengan daya F yang diaplikasi yang ditambah sehingga suatu takat maksimum (dinamakan had geseran
statik). Apabila daya F yang diaplikasikan melebihi daya geseran statik bongkah tersebut, maka bongkah
tersebut akan bergerak dengan daya paduan yang akan memecut bongkah tersebut ke kanan.
Dari eksperimen, didapati bahawa magnitud daya geseran statik adalah berkadar terus dengan daya
normal FN dan dengan itu daya geseran statik boleh ditulis sebagai :
fs ≤ μs FN dimana μs adalah pekali geseran statik dan FN adalah magnitud daya normal.
Apabila fs mencapai nilai maksima fsmak, maka persamaan berikut boleh digunakan. Pada ketika ini, fsmak
bertindak selari dengan permukaan sementara FN berserenjang dengan permukaan.
Pekali geseran statik, μs = fsmak / FN
Maka had geseran statik, fsmak = μs FN
Had geseran statik, fsmak ini tidak dipengaruhi oleh luas permukaan sentuhan.
Pekali geseran statik (μs) yang merupakan nisbah antara dua daya adalah merupakan nombor yang tidak
berunit. Nilai bagi μs mempunyai julat dari 0 hingga 1 bergantung kepada jenis permukaan yang
bersentuhan seperti besi dengan kayu, getah dengan konkrit dan lain-lain dan pembolehubah lain seperti
suhu. Jika nilai bagi μs=0, ini bermakna permukaan bersentuhan adalah licin tanpa geseran dan μs>0
untuk permukaan kasar.

Daya Geseran Kinetik


Apabila dua permukaan mula mengelongsor antara satu sama lain, maka daya geseran statik tidak
berperanan lagi. Sebaliknya wujud daya geseran yang menentang pergerakan mengelongsor tadi disebut
sebagai daya geseran kinetik (fk). Magnitud bagi daya geseran kinetik fk diberi sebagai :
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

fk = μk FN dimana μk adalah pekali geseran kinetik dan FN adalah magnitud daya normal.
Pernahkah anda merasakan bahawa anda perlu memberikan daya yang kurang untuk mengekalkan
pergerakan objek yang sedang mengelongsor berbanding dengan daya yang diperlukan untuk memulakan
pergerakan objek untuk mengelongsor. Ini menunjukkan nilai daya geseran kinetik biasanya adalah lebih
kecil dari nilai daya geseran statik. Umumnya, geseran statik menentang pergerakan yang bakal berlaku
antara dua objek sementara geseran kinetik pula menentang pergerakan yang sedang berlaku.
Jadual 1.1 memaparkan contoh-contoh nilai bagi pekali geseran statik dan kinetik bagi permukaan yang
berbeza.
Jadual 1.1 : Pekali geseran
Permukaan μs μk
Kayu dan kayu 0.25-0.50 0.20
Kaca dan kaca 0.90-1.00 0.40
Besi dan besi (berminyak) 0.09 0.05
Getah dan konkrit kering 1.00 0.80
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

1.4 Rintangan Udara

Objektif Pembelajaran:
1. Menjelaskan konsep rintangan udara

1.4.1 Konsep Rintangan Udara


Kita semua mengetahui tentang kesan daya tarikan graviti akan menyebabkan objek-objek jatuh ke
bawah. Namun, dalam keadaan tiada rintangan udara, semua jasad akan jatuh dengan pecutan yang sama.
Keadaan ini disebut sebagai jatuh bebas dimana objek mempunyai pecutan yang malar dikenali sebagai
pecutan disebabkan graviti. Pecutan disebabkan graviti ini menggunakan simbol g dan menghala ke
arah ke pusat bumi. Umumnya di permukaan bumi nilai magnitud g adalah lebih kurang 9.80m/s2.

Namun, sekiranya keadaan terdapat udara, maka kesan rintangan udara akan menjejaskan pecutan objek.
Dalam Rajah 1.5, a) tiub berisi udara akan memberi kesan kepada pergerakan bulu ayam jadi pecutan duit
syiling adalah lebih besar dari bulu ayam. Dalam b) tiub tanpa udara pula, kedua-dua duit syiling dan
bulu ayam mengalami pecutan yang sama dan akan jatuh ke tanah

a)ada udara b) vakum

Rajah 1.5

Apabila suatu jasad bergerak dalam udara, suatu daya rintangan yang menentang gerakan jasad itu
bertindak padanya. Daya rintangan ini dipengaruhi oleh
a) bentuk jasad : contohnya jasad yang bentuk tirus akan menghadapi daya rintangan yang lebih kecil.
b) halaju jasad : apabila halaju jasad bertambah maka daya rintangan udara juga bertambah.

Apabila suatu jasad dilepaskan dan jatuh secara mencancang (vertical) dalam udara, jasad akan
menghadapi rintangan udara. Rintangan udara ini wujud disebabkan oleh pelanggaran antara molekul
udara dengan permukaan hadapan jasad. Halaju jasad pada awalnya akan bertambah. Apabila halaju
bertambah maka daya rintangan udara juga bertambah. Pertambahan rintangan udara ini pula akan
menyebabkan pecutan jasad makin berkurangan dan akhirnya menjadi sifar. Pada ketika ini berlaku
keseimbangan antara daya graviti (berat) dan daya rintangan udara. Jasad itu kemudian akan jatuh
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

dengan halaju maksimum yang malar dan halaju maksimum yang malar ini dikenali sebagai halaju
terminal.

Contoh 1 :
Rajah di bawah menunjukkan daya-daya yang bertindak ke atas seorang penerjun berjisim 85 kg bagi 4
kes yang berbeza (A, B, C dan D). Bagi setiap kes yang diberikan, cari daya bersih dan pecutan bagi
penerjun pada ketika yang diberikan.

Kes A Kes B Kes C Kes D

Jawapan :
Kes A : Daya bersih F = 833 N (kebawah). a = (F/m) = 833/85 = 9.8 m/s2
Kes B : Daya bersih F = 483 N (kebawah). a = (F/m) = 483/85 = 5.68 m/s2
Kes C : Daya bersih F = 133 N (kebawah). a = (F/m) = 133/85 = 1.56 m/s2
Kes D : Daya bersih F = 0 N a = (F/m) = 0/85 = 0 m/s2

Contoh 2:

Sebiji batu dalam keadaan pegun dilepaskan dari puncak satu bangunan yang tinggi. Selepas 3.0 saat
jatuh bebas, apakah sesaran dan halaju batu tersebut?

Penyelesaian :
Untuk sesaran guna persamaan y = v0t + ½at2 = 0 + ½(-9.8 m/s2)(3.0s)2 = -44.1m
Kenapakah jawapan nilai y adalah negatif? Kerana pergerakan keatas dianggap sebagai positif.

Untuk halaju guna persamaan v = v0 + at = 0 + (-9.8 m/s2)(3.0s) = -29.4 m/s


Kenapakah jawapan nilai v adalah negatif? Kerana batu bergerak ke arah bawah dalam arah negatif maka
halaju adalah negatif.
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

1.5 Aplikasi Daya dan Geseran dalam Kehidupan Seharian

Objektif Pembelajaran:
1.1 Menjelaskan aplikasi hukum Newton dan keseimbangan translasi dalam kehidupan seharian

1.2 Menyelesaikan masalah berkaitan dengan daya geseran dan pekali geseran dan juga rintangan udara

1.3 Membincangkan pengaruh geseran dalam kehidupan seharian

1.5.1 Hukum Newton dan Keseimbangan Translasi dalam Kehidupan Seharian


Contoh:

Tolak

30°

Rajah di atas menunjukkan sebuah kotak di atas landasan condong. Berapakah daya mengufuk (T) yang
diperlukan untuk menahan kotak dari menggelongsor turun, jika jisim kotak ialah 50 kg, pekali geseran
antara kotak dengan landasan ialah 0.2 dan sudut 30º.
Penyelesaian :
Lukiskan gambarajah jasad bebas bagi daya yang bertindak ke atas jasad.

30º
fg T

30º
mg

Leraikan daya pada paksi-x selari dengan satah dan paksi-y serenjang dengan satah:
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

Pada keadaan seimbang : Jumlah komponen daya pada paksi selari, ∑Fx = 0 dan
Jumlah komponen daya pada paksi serenjang, ∑Fy = 0 .
Paksi selari ∑Fx = - mgsin 30º - μN + T kos30º = 0
μN = T kos30º- mgsin30º (1)
Paksi serenjang ∑Fy = N – T sin30º - mgkos30º = 0
N = T sin30º + mgkos30º (2)
Dari (1) dan (2) μ(T sin30º + mgkos30º) = T kos30º- mgsin30º

T= = = 430.6N

Maka daya mengufuk untuk menahan kotak dari menggelongsor turun ialah 430.6 N

1.5.2 Daya Geseran dan Pekali Geseran dalam Kehidupan Seharian


Daya geseran kinetik fk tidak dipengaruhi oleh luas permukaan sentuhan atau halaju relatif di antara
permukaan-permukaan itu. Nilainya pula adalah lebih kecil daripada daya geseran statik. Oleh itu, ketika
memandu, cara yang paling berkesan untuk memberhentikan kereta pada jarak yang paling kecil ialah
dengan menekan brek secukupnya tetapi tanpa tayar kereta menggelincir. Sebelum gelinciran berlaku,
daya geseran statik bertindak di antara roda dan jalan. Tetapi jika brek ditekan dengan sangat kuat
sehingga roda berhenti berputar dan mula menggelincir di atas jalan, maka daya geseran kinetik pula akan
bertindak. Ini akan menyebabkan kereta akan berhenti pada jarak yang lebih jauh.

Daya geseran antara dua permukaan pepejal boleh dikurangkan dengan menggunakan bebola-bebola
kecil. Bebola akan berguling (roll) di atas jalan dan gabungan jumlah geseran bebola ini adalah lebih
kecil dari geseran kinetik yang asal.

Geseran juga boleh dikurangkan dengan menggunakan minyak pelincir atau dengan menyediakan satu
lapisan udara di antara dua permukaan pepejal itu seperti hovercraft.

Contoh 1:
Sebuah kerusi roda dalam keadaan pegun mempunyai pekali geseran statik μs = 0.350. Diberi jumlah
jisim kerusi roda dan pesakit ialah 38.0 kg. Tentukan daya mengufuk yang diperlukan untuk
membolehkan kerusi roda itu mula bergerak.
Jawapan :
Untuk memulakan pergerakan kerusi roda, daya yang mencukupi diperlukan untuk mengatasi had
maksima geseran statik dimana magnitud fsmak = μsFN . Oleh kerana kerusi roda tidak memecut arah
menegak maka tiada daya paduan bertindak menegak ke atas kerusi roda. Dengan demikian, daya normal
dan berat (mg) kerusi roda dan pesakit adalah seimbang iaitu FN = mg. Maka daya mengufuk yang
diperlukan adalah
fsmak = μs FN = μs mg = (0.350)(38.0 kg)(9.8m/s2) = 130 N
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

Contoh 2 :
Seorang murid sedang bermain kasut roda di sebuah taman rekreasi. Beliau bergerak mengufuk di atas
permukaan simen dengan halaju 4.0 m/s. Jika pekali geseran kinetik ialah μk = 0.05, sejauh manakah
beliau akan bergerak sebelum berhenti.
Penyelesaian :
+y
Oleh kerana murid tidak memecut arah menegak, maka
FN
tiada daya paduan bertindak arah mencancang. Jadi daya normal
dan berat adalah seimbang. Maka, magnitud daya normal FN = mg
fk +x
Daya geseran kinetik pula bertindak dalam arah x sahaja maka,
W
magnitud daya geseran kinetik, fk = μk FN = μk mg
Jadi ax = - fk / m = - μk mg /m = μk g = - (0.05)(9.80 m/s2) = - 0.490 m/s2 (sedang nyahpecut)
(tanda negatif pada fk kerana arah daya geseran ke sebelah kiri iaitu menentang pergerakan murid arah
kekanan)
Jarak untuk murid berhenti ditentukan dengan menggunakan rumus vx2 = v0x2 + 2axx dengan v0x=4.0m/s
dan halaju akhir vx = 0.

Maka x = = 16.3 m
SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

Amali Daya dan Geseran –Tulis ringkasan. Rujuk manual amali.


SCES3083 Mekanik dan Termodinamik Daya dan Gerakan

Ceritakan pengalaman pembelajaran anda untuk tajuk ini.

Anda mungkin juga menyukai