Anda di halaman 1dari 18

MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

ATURCARA / TEKS
PERHATIAN
Ketibaan tetamu-tetamu Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
jemputan dan para salam muafakat Johor
penerima anugerah ke Salam Pasir Gudang Peneraju Gemilang
majlis dan salam 1 Malaysia.

Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan SK
Permas Jaya 4 bagi tahun 2017

Mohon perhatian semua hadirin, berikut disampaikan beberapa maklumat penting yang perlu diberi perhatian oleh
semua yang hadir;

1. Diminta hadirin untuk duduk di kerusi yang disediakan.


2. Sila pastikan telefon bimbit berada dalam keadaan mode senyap sepanjang majlis ini berlangsung.
3. Kurangkan kekerapan keluar masuk dewan sepanjang majlis ini berlangsung.
4. Sekiranya diumumkan ketibaan tetamu kehormat, semua hadirin dipersilakan berdiri dan mengikuti semua
arahan serta protokol adat istiadat majlis.
5. Para hadirin juga diingatkan untuk terus berdiri sehingga Bangsa Johor dan Lagu Negaraku dimainkan.

Segala kerjasama para hadirin, majlis merakamkan jutaan terima kasih.


MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Ketibaan VIP / Tetamu Mengumumkan ketibaan


Kehormat
YANG BERBAHAGIA, EN LOKMAN HAKIM BIN MAHAMAD, PEGAWAI PEMBIMBING SEKOLAH PEJABAT
PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG, YANG BERBAHAGIA EN ABDUL AZIZ BIN JANTAN, PENYELIA
KANAN SEKOLAH RENDAH PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PASIR GUDANG.
Nyanyian Lagu
Negaraku dan Bangsa ke Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan SK Permas Jaya 4 bagi tahun 2017 serta diiringi oleh dif-dif
Johor jemputan Masuk ke dewan… (Para hadirin diminta berdiri)

Para Hadirin kekal berdiri dan bersedia menyanyikan lagu Bangsa Johor

Semua hadirin dijemput duduk.


MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memulakan dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Azizan bin Ab Rafar untuk memimpin bacaan
doa. Majlis mempersilakan, tuan.

Amin, Amin Ya Rabbal Al-Amin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Azizan bin Ab Rafar di atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis kita pada pagi ini mendapat keredhaan, kerahmatan serta keberkatan Yang Maha Esa.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

“Kecemerlangan dicipta melalui kesungguhan,


kegemilangan diraih melalui ketelitian,
keterbilangan diserlah melalui pengiktirafan”
Selaut kasih, seuntai rasa, secebis bicara.

Sayang selasih di dalam kendi,


Bunga cengkih di atas jerami;
Terima kasih daun keladi,
Sudi datang ke majlis kami

Yang Berbahagia Encik Lokman Hakim bin Mahamad , Pegawai Pembimbing Sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah Pasir Gudang

Yang Berbahagia, En Abdul Aziz bin Jantan, Penyelia Kanan Sekolah Rendah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir
Gudang.

Yang Dihormati Puan Mas Ayu binti Sapahat, Yang Dipertua Persatuan ibu bapa dan guru SK Permas Jaya 4

Yang Berusaha Puan Rosni binti Kassim, Guru Besar SK Permas Jaya 4

Barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru, Ahli Jawatan kuasa Persatuan Ibu bapa dan guru , Ibu bapa , dan
para pelajar legasi intelek sekalian.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

1. Bersyukur kita kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin Nya, kita dapat berkumpul pada pagi yang indah ini
bagi menjayakan Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4, bagi tahun
2017.

2. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua tetamu atas kesudian hadir ke majlis
yang penuh bermakna ini.

Selamat datang diucapkan kepada semua.


Ucapan Alu-Aluan Emas tempawan buatmu puteri,
Puan Rosni binti Busana indah buat rupawan;
Kassim Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Hadirin sekalian,
Tirai ucapan pada pagi ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan Yang Berusaha, Puan Rosni binti Kassim, Guru Besar
SK Permas Jaya 4. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha, Puan Rosni binti Kassim Guru Besar SK Permas
Jaya 4 di atas kesudian tuan untuk menyampaikan ucapan sebentar tadi.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Kalau tuan pikat kenari,


Ucapan Perasmian Jangan patahkan batang jemari;
Kepada tuan sembah diberi,
YANG BERBAHAGIA Mohon rasmikan majlis kami.
EN AB AZIZ
Hadirin yang dihormati,
Kini tibalah kita ke acara ucapan perasmian.
Maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan
Simbolik Perasmian
Yang Berbahagia, En Ab Aziz bin Jantan, Penyelia Kanan Sekolah Rendah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir
Gudang untuk menyampaikan ucapan perasmian sekaligus menyempurnakan upacara simbolik, perasmian majlis
Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan SK Permas Jaya 4 bagi tahun 2017. Dipersilakan tuan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, En Ab Aziz bin Jantan, Penyelia
Kanan Sekolah Rendah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang di atas kesudian merasmikan Majlis Apresiasi
dan Anugerah Kecemerlangan SK Permas Jaya 4 2017, sebentar tadi.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Persembahan 1 Pakaian dipakai cantik berseri,


Tampil bergaya pelbagai busana,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa persembahan memeriah suasana,

Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan Instrmental oleh Keyboardist SKPJ4 di bawah
bimbingan Encik Mohd Amirul Asyraf bin Md Zin. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, Keyboardist SKPJ4 telah
menjadi Johan dalam pertandingan Stage Yamaha Muzik Time Keyboard Festival peringkat Negeri Johor dan mereka
akan ke Peringkat Kebangsaan di Putrajaya pada 21 sehingga 22 november 2017 ini. Marilah kita sama-sama
mendoakan dan memberi sokongan kepada Keyboardist SK Permas Jaya 4.

PENGISYTIHARAN Seterusnya bagi melangsungkan majlis Apresiasi dan Hari Anugerah Cemerlang SK Permas Jaya 4 2017,
GRADUASI dengan segala hormatnya dijemput Yang dihormati, En Sanat bin Omar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid SK Permas Jaya 4 untuk pengisytiharan graduasi Pra Sekolah bagi tahun 2017. Para graduan diminta
berdiri.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

1. Penyampaian Hadirin yang dihormati,


Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan SK Permas Jaya 4 2017 dimulakan dengan penyampaian Sijil Pra
Sijil Pra Sekolah Sekolah bagi tahun 2017. Bagi menyempurnakan agenda ini, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Abdul
Aziz bin Jantan, Penyelia Kanan Sekolah Rendah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang diiringi oleh Yang
Berusaha, Pn Rosni binti Kassim, Guru Besar SK Permas Jaya 4 untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Berikut merupakan penerima Sijil Pra Sekolah bagi tahun 2017 :


Dipersilakan adik....................................................................................................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian menyempurnakan agenda itu tadi dan seterusnya menjemput
Yang berusaha Puan Rosni binti Kassim Guru Besar SK Permas Jaya 4 untuk menyampaikan cenderahati sebagai
tanda kenang-kenangan daripada kami. Dipersilakan.

2. Penyampaian Hadirin sekalian,


Kedudukan Kelas Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan SK Permas Jaya 4 2017 diteruskan dengan penyampaian sijil dan
terbaik hadiah bagi Anugerah Khas Prasekolah Bestari, Anugerah Kedudukan Kelas Terbaik, dan Anugerah
Matapelajaran terbaik.Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis mempersilakan,
Yang Dihormati, Puan Mas Ayu binti Sapahat, Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Permas Jaya 4
diiringi Pn Suhaiza binti Ng Tenan @ Adnan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sk Permas Jaya 4 untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Berikut merupakan penerima Anugerah Khas Prasekolah Bestari :


Penerima terbaik kurikulum : adik
(dan seterusnya......)

Penerima anugerah kedudukan kelas terbaik.

bagi tahun 1Alfa 1, tempat pertama ; dijemput adik ..................................................


Sehingga selesai anugerah kedudukan kelas terbaik.

Berikut merupakan penerima anugerah Mata Pelajaran Terbaik :

bagi tahun 1, penerima mata pelajaran terbaik, bahasa melayu :


sehingga selesai anugerah mata pelajaran terbaik.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Puan Mas Ayu binti Sapahat, Yang DiPertua Persatuan
Ibu bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Permas Jaya 4 di atas penyampaian anugerah sebentar tadi.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Hadirin sekalian,

Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan SK Permas Jaya diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah
Kehadiran Penuh 2017, Penyampaian Anugerah Pencapaian Program Nilam, Penyampaian Anugerah Tokoh
Akademik, Penyampaian Anugerah Tokoh Kokurikulum, penyampaian Anugerah Tokoh Sukan dan
Penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan bagi tahun 2017.

Bagi menyempurnakan agenda ini, majlis mempersilakan,


Yang Berbahagia, Encik Lokman Hakim bin Mahamad, Pegawai Pembimbing Sekolah Pejabat Pendidikan
Daerah Johor diiringi oleh Yang Berusaha Puan Rosni binti Kassim, Guru Besar SK Permas Jaya 4 untuk
menyampaikan anugerah. Dipersilakan.

Berikut senarai penerima Anugerah Kehadiran Penuh:


Dipersilakan .....................................................................................................................

Berikut senarai Penerima Jauhari Emas bagi Anugerah Pencapaian Program NILAM : dipersilakan :
...................................................................

Berikut senarai penerima Jauhari NILAM bagi Anugerah Pencapaian Program NILAM; dijemput :
........................................................................

Penerima Anugerah Tokoh Akademik, dipersilakan :


.....................................................................
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Penerima Anugerah Tokoh Kokurikulum,


......................................................................

Penerima Anugerah Tokoh Sukan,


.....................................................................

Penerima Anugerah Tokoh Kepemimpinan 2017, dijemput :


....................................................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian menyempurnakan agenda itu tadi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima sijil dan anugerah pada hari ini. Semoga pengiktirafan
yang diterima ini menjadi lonjakan untuk terus melakar kecemerlangan pada masa mendatang.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Persembahan 2 Hadirin yang dihormati,

Sehabis merah daun yang sihat,


Dahan melebar bercerita sakan,
Majlis anugerah mohon berehat,
Peersembahan pelajar kita saksikan.

Majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan tarian daripada murid Pra Sekolah Bestari di bawah
bimbingan Puan Siti Farha binti Bachok. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu tadi

Baiklah. Majlis Apresiasi dan Anugerah SK Permas Jaya 4 2017 akan berehat seketika. Para jemputan dipersilakan ke
kantin untuk jamuan ringan. Majlis Apresiasi bagi Tahun 6 akan disambung semula pada pukul 10.20 pagi.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

“Kecemerlangan dicipta melalui kesungguhan,


kegemilangan diraih melalui ketelitian,
keterbilangan diserlah melalui pengiktirafan”
Selaut kasih, seuntai rasa, secebis bicara.

Yang Berbahagia Encik Lokman Hakim bin Mahamad , Pegawai Pembimbing Sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah Pasir Gudang

Yang Dihormati Puan Mas Ayu binti Sapahat, Yang Dipertua Persatuan ibu bapa dan guru SK Permas Jaya 4

Yang Berusaha Puan Rosni binti Kassim, Guru Besar SK Permas Jaya 4

Barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru, Ahli Jawatan kuasa Persatuan Ibu bapa dan guru , Ibu bapa , dan
para pelajar legasi intelek sekalian.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Dari Kedah ke Kuala Perlis,


Singgah bersantai di tepi jeti,
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis,
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan nyanyian berkumpulan oleh Team Suara SKPJ4 di
bawah bimbingan Nurafiedah binti Tanjong Tuan. Dipersilakan.

Begitulah persembahan yang telah dipersembahkan oleh Team Suara SKPJ4. Semoga para hadirin terhibur dengan
persembahan itu tadi.
PENGISYTIHARAN Seterusnya bagi melangsungkan majlis Apresiasi dan Hari Anugerah Cemerlang SK Permas Jaya 4 2017,
GRADUASI dengan segala hormatnya dijemput Yang dihormati, Pn Suhaiza binti Ng Tenan @ Adnan Guru Penolong
Kanan Pentadbiran SK Permas Jaya 4 untuk pengisytiharan graduasi Tahun 6 SK Permas Jaya 4 bagi tahun
2017. Para graduan diminta berdiri.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih.


MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Penyampaian Hadirin yang dihormati,


Transkripsi
Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan SK Permas Jaya 4 2017 dimulakan dengan penyampaian Transkripsi
Tahun 6 sebagai simbolik berjaya menamatkan persekolahan di peringkat rendah. Bagi menyempurnakan
agenda ini, majlis mempersilakan Yang Berbahagia, Encik Lokman hakim bin Mahamad, Pegawai Pembimbing
Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir gudang diiringi oleh Yang Berusaha, Pn Rosni binti Kassim, Guru
Besar SK Permas Jaya 4 untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

Berikut merupakan penerima Transkripsi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Permas Jaya bagi tahun 2017 :
Dipersilakan...................................................................................................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian menyempurnakan agenda itu tadi dan seterusnya menjemput
Yang berusaha Puan Rosni binti Kassim Guru Besar SK Permas Jaya 4 untuk menyampaikan cenderahati sebagai
tanda kenang-kenangan daripada kami. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berusaha puan rosni binti kassim guru besar sekolah kebangsaan permas jaya 4
di atas penyempurnaan agenda itu tadi.
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Awan bersua citra berkisah,


Ukiran Sukma kilauan kelisa,
Penyampaian hadiah selesai sudah,
Persembahan pelajar menyusul pula.

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan Choral Speaking daripada Murid SK Permas Jaya 4
di bawah bimbingan Cik Nurafiedah binti Tg Tuan. Dipersilakan.

Demikianlah persembahan choral speaking daripada Murid SK Permas Jaya 4 sebentar tadi.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Encik Lokman Hakim bin
Mahamad , Pegawai Pembimbing Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang di atas kesudian untuk
menyampaikan anugerah-anugerah khas sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Kita telah pun berada di penghujung acara. Saya mewakili Jawatankuasa Majlis Apresiasi dan Anugerah
Kecemerlangan SK Permas Jaya 4 2017 dengan penuh takzim dan sukacita merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir di majlis ini khususnya kepada Yang Berbahagia En
Lokman Hakim bin Mahamad, Pegawai Pembimbing Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang..
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Justeru, ucapan penghargaan juga dikalungkan buat semua jawatankuasa yang dilantik atas kerjasama yang padu
sepanjang majlis ini berlangsung.

Gugur menguning buah kuini,


Menghijau pohon subur dibaja,
Majlis kita berakhir di sini,
Salah dan silap lupakan saja.

Sebarang kelemahan harap dimaafi,


Segala kerjasama sangat dihargai,
Terima kasih sekalung budi,
Kenangan nan indah simpanlah di hati,
MAJLIS GRADUASI DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SK PERMAS JAYA 4

Warga dewan sekalian,

Bagi menzahirkan rasa bertuahnya kita di Bumi Malaysia,


Dijemput Yang Berbahagia Encik Lokman Hakim bin Mahamad Pegawai Pembimbing Sekolah Pejabat
Pendidikan Daerah Pasir Gudang , dif-dif jemputan dan para hadirin untuk berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku.

Dengan ini majlis bersurai.

Sekian, wabillahitaufik, walhidayah


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai