Anda di halaman 1dari 15

RODA KESEJAHTERAAN

Perkataan dan ungkapan kesejahteraan sering kita lihat dan dengar di media cetak, media
elektronik, papan iklan, dalam perbualan dan juga di tempat kerja. Tetapi adakah kita semua
betul – betul faham apakah definisi kesejahteraan?. Apa yang menjadikannya lebih menarik,
terdapat pelbagai definasi kesejahteraan dan tidak ada definisi universal yang digunakan untuk
kesejahteraan. Sebenarnya kesejahteraan adalah perkataan sukar untuk didefinisikan. Menurut
Charles seorang pensyarah daripada Universiti Corbin Arizona yang memberikan definisi
kesejahteraan adalah sebagai keadaan multidimensi yang menerangkan kewujudan kesejahteraan
yang positif dalam seseorang individu seperti yang ditunjukkan dalam kualiti hidup dan rasa
kesejahteraan dalam diri seseorang. Kesejahteraan juga telah ditakrifkan sebagai satu paradigma
baru dalam penjagaan kesihatan ( Larson , 1999), sebagai pendekatan berasaskan kekuatan
kepada penjagaan kesihatan mental ( Smith, 2001 ), dan sebagai paradigma untuk kaunseling dan
pembangunan (Myers, 1992). Selain itu, kesejahteraan merupakan cara hidup ke arah mencapai
tahap kesihatan dan kesejahteraan diri yang optimum merangkumi fizikal, mental, spiritual yang
diintegrasikan oleh individu untuk kehidupan yang berkualiti di dalam masyarakat (Myers,
Sweeney and Wittmer, 2005). Definisi daripada aspek psikologi pula yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) ialah kemampuan individu untuk menangani stres,
mengelakkan konflik, meningkatkan ketenangan, merangsang motivasi dan meningkatkan
keyakinan diri dalam kehidupan. Kesejahteraan dari aspek sosial pula dikaitkan dengan
kemampuan untuk berinteraksi dengan komuniti dan mampu untuk memenuhi tanggungjawab
sebagai ahli masyarakat, menerima perbezaan bangsa, budaya, kepercayaan, adat resam dan
gender serta menjadikan individu saling saling menyokong dan menghargai antara satu sama lain
juga menyumbang bakat tenaga dan idea. Dalam bahasa yang ringkas kesejahteraan adalah satu
proses aktif menyedari dan membuat pilihan ke arah kehidupan yang lebih baik.

Roda kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Ballard (2012) memberikan satu gambaran
visual tentang konsep kesejahteraan yang menunjukkan keperluan kepada gaya hidup yang
seimbang. Untuk mencapai dan mengekalkan harmoni dan keseimbangan dalam hidup, kita
harus memberi penekanan dan perhatian terhadap setiap enam dimensi kesejahteraan. Enam
dimensi yang diperkenalkan dalam roda kesejahteraan Ballard (2012) adalah intelektual, fizikal,

1
emosi, spiritual, sosial dan persekitaran. Pengabaian atau penekanan yang terlampau pada mana
– mana dimensi kesejahteraan akan menyebabkan roda kesejahteraan menjadi tidak seimbang
dan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan kita. Dimensi dalam roda
kesejahteraan yang pertama adalah intelektual, menurut Pusat Kesejahteraan Universiti
Pendidikan Sultan Idris (2014), intelektual di dalam roda kesejahteraan didefinisikan sebagai
merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan
sumber - sumber yang ada untuk meluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan
artikulasi pemikiran yang kritis. Menurut Hettler (1976) dimensi intelek mengiktiraf seseorang
yang kreatif yang sentiasa merangsang aktiviti mental. Pengetahuan dan kemahiran seseorang
akan mengembang atau bertambah dan akhirnya seseorang itu menemui potensi untuk dia
berkongsi kemampuan beliau dengan orang lain Antara perkara – perkara yang merangsang
intelektual anda adalah seperti membaca buku, majalah dan surat khabar serta mengikuti
perkembangan isu - isu dan idea semasa. Selain itu, merangsang intelek anda melalui rasa ingin
tahu, anda akan berusaha untuk berkembang dan mencabar anda fikiran secara kreatif.

Dimensi intelektual (Kennymore, 2012)

Dimensi kedua dalam roda kesejahteraan ialah fizikal, menurut Pusat Kesejahteraan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2014) aspek fizikal dalam roda kesejahteraan merupakan
proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti fizikal secara optimum yang

2
memfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup yang sihat. Menurut Hettler (1976)
pembangunan fizikal menggalakkan pembelajaran dan amalan mengenai diet serta pemakanan
manakala tidak menggalakkan penggunaan tembakau, dadah dan pengambilan alkohol yang
berlebihan. Kesihatan optimum diperolehi melalui gabungan latihan dan tabiat makan yang baik.
Dimensi fizikal kesejahteraan melibatkan tanggungjawab peribadi dan penjagaan diri dari
penyakit kecil dan juga mengetahui apabila rawatan perubatan profesional diperlukan .

Dimensi fizikal (Kennymore, 2012)

Dimensi ketiga dalam roda kesejahteraan ialah emosi, menurut Pusat Kesejahteraan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2014) aspek emosi dalam roda kesejahteraan merupakan
sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan. Ianya merangkumi konsep kendiri
yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal
perasaan. Dimensi emosi adalah kesedaran dan mengiktiraf penerimaan perasaan seseorang
(Hettler, 1976). Kesejahteraan emosi termasuk sejauh mana seseorang itu berasa positif dan
bersemangat mengenai diri dan kehidupan. Ia termasuk keupayaan untuk menguruskan perasaan
dan tingkah laku termasuk penilaian batasan seseorang, pembangunan autonomi dan keupayaan
untuk menangani tekanan dengan secara berkesan. Orang yang bagus mengekalkan hubungan
yang baik dengan orang lain. Kesedaran dan menerima pelbagai perasaan pada diri sendiri
adalah penting untuk kesejahteraan. Melalui cara kesejahteraan, anda akan dapat untuk

3
meluahkan perasaan secara bebas dan mengawal perasaan dengan berkesan. Anda akan dapat
membuat pilihan peribadi dan keputusan berdasarkan pemikiran dan bukannya emosi dan
tingkah laku luar kawalan.

Dimensi emosi(Hermans, 2012)

Dimensi keempat dalam roda kesejahteraan ialah spiritual, menurut Pusat Kesejahteraan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2014) aspek spiritual dalam roda kesejahteraan didefinisikan
sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai
intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniti spiritual. Menurut Hettler (1976) dimensi rohani
mengiktiraf usaha mencari erti dan tujuan dalam kewujudan manusia. Ia termasuk pemberian
sebuah penghargaan untuk kehidupan dan kuasa alam semula jadi yang wujud di alam semesta.
carian anda akan bercirikan keharmonian antara perasaan dan emosi peribadi dalaman. Semasa
dalam perjalanan, anda mungkin mengalami banyak perasaan ragu - ragu , putus asa, ketakutan,
kekecewaan dan gangguan serta perasaan seronok, gembira, bahagia. Ini semua adalah penting
dan komponen untuk carian anda akan dipaparkan dalam sistem nilai yang akan anda
menyesuaikan diri dengan membawa makna kepada kewujudan anda

4
Dimensi spiritual (Kennymore, 2012)

Dimensi kelima dalam roda kesejahteraan ialah sosial, menurut Pusat Kesejahteraan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2014) aspek sosial dalam roda kesejahteraan merangkumi
kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran. Dimensi sosial
menggalakkan anda menyumbang kepada alam sekitar dan masyarakat. Ia memberi penekanan
terhadap saling bergantung antara manusia dan alam semula jadi (Hettler, 1976). Mengikut roda
kesejahteraan, anda akan menjadi lebih sedar tentang kepentingan anda dalam masyarakat dan
juga kesan yang telah berlaku pada persekitaran. Anda akan menjadi orang yang aktif dalam
menggalakkan kehidupan sihat dan memulakan komunikasi lebih baik dengan orang di sekeliling
anda.

Dimensi sosial (Kennymore, 2012)

5
Dimensi keenam dalam roda kesejahteraan ialah persekitaran, menurut Pusat
Kesejahteraan Universiti Pendidikan Sultan Idris (2014) aspek persekitaran dalam roda
kesejahteraan merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan
persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti. Kita tidak mengambil berat dan berfikir
banyak tentang kesejahteraan sebagai sebahagian daripada pelan kesejahteraan secara
keseluruhan, tetapi alam sekitar dan bagaimana kita merasa tentang ia boleh mempunyai kesan
yang besar terhadap kehidupan kita secara keseluruhan. Kesejahteraan persekitaran adalah cuba
untuk hidup dalam harmoni dengan memahami kesan interaksi anda dengan alam semula jadi
dan persekitaran peribadi anda, dan mengambil tindakan untuk melindungi dunia di sekeliling
anda. Melindungi diri anda daripada bahaya alam sekitar dan meminimumkan kesan negatif
tingkah laku anda terhadap alam sekitar adalah juga adalah perkara yang penting. Mengamalkan
gaya hidup yang menghormati alam sekitar akan mengurangkan apa-apa kemudaratan kepada
kesihatan alam sekitar. Contoh ancaman persekitaran termasuk pencemaran udara, radiasi
ultraungu dalam cahaya matahari, bahan kimia, pencemaran bunyi, air, dan asap rokok.

Dimensi persekitaran (Hafiszi, 2010)

Aspek - aspek dalam roda kesejahteraan perlu diberikan penekanan secara sama rata dan
tidaklah kepada beberapa aspek sahaja. Kesemua dimensi – dimensi dalam roda kesejahteraan
perlulah seimbang bagi mencapai kesejahteraan yang terbaik dalam kehidupan. Jika keenam –
enam dimensi tersebut tidak seimbang ianya akan menyebabkan kehidupan akan menjadi kucar –

6
kacir. Bayangkan roda kesejahteraan sebagai tayar yang terdiri daripada enam bahagian udara
berasingan, setiap satu mewakili dimensi roda kesejahteraan yang berlainan. Jika satu atau lebih
daripadanya mempunyai udara yang lebih atau kurang daripada yang lain, maka ia akan
menyebabkan tayar menjadi mengelembung dan tidak sekata, roda akan menjadi tidak seimbang
dan jalan hidup akan menjadi perjalanan yang beralun dan berliku. Perjalanan akan menjadi
lancar dan mudah jika roda itu seimbang agar kita dapat menjalankan kehidupan dengan lebih
baik.

Roda kesejahteraan ditunjukkan di bawah ialah roda kesejahteraan individu yang hanya
memberi tumpuan dan taksub dengan beberapa aspek dan mengabaikan keperluan untuk aspek -
aspek lain kesejahteraan. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang mungkin tidak
memperuntukkan masa atau mengendahkan ke semua aspek – aspek kesejahteraan. Malah,
mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka telah mengabaikan atau tidak meletakkan usaha
yang cukup dalam memenuhi kesemua aspek roda kesejahteraan. Perkara ini akan berpotensi
menimbulkan masalah di dalam seluruh aspek gaya hidup mereka. Roda ini mewakili seseorang
yang hanya memberi tumpuan dan taksub dengan bersosial, mengumpul wang dan harta benda
serta memajukan kerjaya mereka. Roda tersebut jelas menunjukkan bahawa aspek - aspek lain
yang penting termasuk, penjagaan diri, fizikal, rohani dan persekitaran telah diabaikan
disebabkan oleh kekurangan peruntukkan masa dan pengabaian aspek tertentu. Ia juga
menunjukkan bahawa tahap emosi dan mental individu tersebut adalah sangat rendah kerana
ianya menghadapi lebih banyak tekanan, rintangan dan cabaran dalam kehidupannya. Ia hanya
menunggu masa sebelum aspek yang diabaikan menimbulkan masalah atau penyakit samada dari
segi fizikal atau emosi.

7
Roda kesejahteraan tidak seimbang (LiveLifeWell, 2014)

Kesihatan amat penting dalam menjamin kesejahteraan dan keceriaan hidup setiap
insan. Kesihatan merujuk kepada satu keadaan tubuh badan yang tidak mengalami
sebarang masalah seperti menghidapi penyakit darah tinggi dan mudah diserang
penyakit berjangkit lain. Terdapat pelbagai langkah gaya hidup sihat dan seimbang yang boleh
diamalkan oleh seseorang untuk memperolehi tahap kesihatan yang baik. Gaya hidup yang sihat
merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan
peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial
yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan
masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal dan mental
dan sosial yang sihat, berfungsi,cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh
memudaratkan diri.

Tabiat pengambilan makanan sememangnya penting terhadap tubuh manusia, terutama


apabila ia bakal memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Justeru, ianya sangat
diutamakan kepada individu mengetahui jenis makanan diambil sesuai dengan keperluan badan.
Makanan yang penting dan perlu diambil adalah seperti sayuran, bijirin dan buah-buahan
sebalikanya ramai individu lebih mengemari makanan tinggi dengan gula, garam dan
berminyak. Disebabkan corak pemakanan sedemikian ianya menjadi seakan - akan lumrah pada

8
masa kini apabila timbul pelbagai masalah kesihatan yang selalunya berpunca daripada
pengambilan gula secara berlebihan, kandungan lemak tinggi dan kolestrol sehingga
menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit seperti diabetes, darah tinggi serta lemah
jantung. Sebenarnya pengambilan makanan mengandungi lemak serta gula yang tinggi bukan
sahaja boleh menyumbang kepada masalah kegemukan dan menyebabkan obesiti, malah faktor
gabungan kedua-duanya mengundang penyakit kencing manis atau diabetes. Diabetes berlaku
apabila insulin yang di hasilkan tubuh kurang daripada jumlah gula dalam darah, menyebabkan
jumlah gula digunakan tidak dapat di serap serta di gunakan sebaik-baiknya oleh tubuh. Dengan
kewujudan penyakit diabetes, kebiasaan pengidapnya turut mempunyai risiko lebih tinggi untuk
mendapat pelbagai penyakit sampingan . Justeru itu pengambilan makanan seimbang amatlah
penting seperti yang di tunjukan dalam sistem piramid makanan.

Piramid makanan Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2011)

Selain itu, seseorang harus mengamalkan aktiviti senaman yang tetap. Tindakan
melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu menyebabkan tubuh badan seseorang berfungsi
dengan baik kerana semua toksik telah dikeluarkan menerusi peluh. Rasa tekanan atau stres turut
dapat dihilangkan menerusi senaman yang dilakuan itu. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan
yang baik kita harus melakukan senaman yang konsisten. Pilihlah aktiviti menyeronokkan dan

9
mampu mengekalkan kesihatan badan seperti berjalan pantas,berenang atau berbasikal secara
berkumpulan, kerana senaman yang dilakukan secara teratur dan berterusan membantu
mengembalikan paras gula ke julat normal selain bantuan pemakanan yang membantu sistem
dalam tubuh. Aspek pemakanan amat penting dalam menjamin kesihatan yang baik. Seseorang
harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupannya. Diet yang
seimbang memastikan tubuh badan seseorang memilikii semua zat-zat yang diperlukan oleh
seseorang itu. Jadi, pemakanan yang sebegini memberikan tahap kesihatan yang baik.

Seseorang itu juga harus memiliki waktu tidur yang cukup terutama apabila umur mereka
semakin meningkat. Tidur yang cukup ini memastikan badan seseorang menerima rehat yang
secukupnya selepas penat bekerja terutama di pejabat. Keadaan ini turut memberikan seseorang
itu tenaga untuk meneruskan aktivitinya pada keesokan harinya. Maka, waktu tidur yang
secukupnya memberi ruang kepada seseorang itu untuk terus memiliki kesihatan yang baik.
Malahan, pemeriksaan kesihatan yang dibuat sepanjang tahun boleh memberi satu
perspektif yang baik tentang tahap kesihatan seseorang itu. Pemeriksaan yang
kerap ini akan menyebabkan seseorang itu mengetahui keadaan kesihatan badan mereka
dan melakukan beberapa perubahan untuk memastikan mereka dalam keadaan
yang seimbang. Sesungguhnya, pemeriksaan kesihatan yang kerap akan memastikan kesihatan
seseorang itu dalam keadaan baik.

Terdapat pelbagai kebaikan yang akan diperolehi oleh individu yang mengamalkan gaya
hidup yang sihat. Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa
memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup
sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti
senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman
seperti bersukan, berekreasi, senam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi
cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi
manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada
itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya.
Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan
kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada

10
penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari
mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan
makan makanan yang berkolestrol.

Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa
mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat dan tidur dengan
kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda.
Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat
dijalankan dengan lancar. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran
positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelut–kemelut yang serius tanpa mengadapi
tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh
menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi,
vandalisme dan sebagainya.

Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan
sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang
positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan
mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus
tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan
seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-
royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi
seseorang. Kesimpulannya gaya hidup sihat amat penting bagi menjamin kesihatan diri bagi
menjalani kehidupan seharian. Jika tubuh tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik, nescaya
segala kegiatan atau aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu bagi menjamin
kesejahteraan dalam kesihatan, kita tidak perlu hanya mengejar kekayaan dan mengabaikan
aktiviti yang berfaedah seperti bersukan dalam kegiatan seharian.

Pada pandangan saya, roda kesejahteraan yang diperkenalkan oleh Ballard (2012)
tidaklah merangkumi kesemua aspek yang terdapat dalam kehidupan seseorang. Roda
kesejahteraan ini boleh ditambahbaikan dengan menambah beberapa aspek – aspek penting
dalam kehidupan kita. Aspek pertama yang perlu ditambah dalam roda kesejahteraan ini adalah

11
aspek kerjaya yang memainkan peranan dalam kejayaan seseorang individu. Aspek kerjaya
adalah merupakan tahap di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan
memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi . Ianya merangkumi
sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam pekerjaan
atau aktivit yang diceburi serta bagaimana individu menggunakan kemahiran dan keupayaan
untuk menyumbang kepada masyarakat. Aspek kerjaya perlu dititik beratkan kerana bagi
menjamin kemajuan dalam kerjaya seseorang itu perlulah mempunyai kekuatan fizikal, mental,
intelektual dan emosi bagi menangani masalah – masalah yang dihadapi. Tidak dapat dinafikan,
dalam zaman moden sekarang kerjaya amat penting kerana ianya merupakan sumber pendapatan
individu bagi memenuhi keperluan dan kemahuan diri bagi menjamin kehidupan yang sejahtera
serta bebas daripada pelbagai masalah.

Aspek kedua yang perlu ditambah dalam roda kesejahteraan ini adalah aspek mental.
Kesihatan mental merupakan satu konsep yang memerlukan keseimbangan di antara aspek
fizikal, psikologi, kerohanian dan sosial. Kesemua aspek ini, ada salingkaitannya yang boleh
mempengaruhi kebolehan seseorang bertindakbalas dengan cara yang sesuai dan sewajarnya.
Kesihatan mental tidak boleh dipisahkan daripada kesejahteraan fizikal. Kesihatan serta penyakit
mental dan fizikal merupakan sebahagian daripada kehidupan yang penting dan saling
bergantungan antara satu sama lain. Jelasnya di sini, sebarang penyakit atau gangguan fizikal
boleh memberi kesan emosi terhadap individu dan ahli keluarganya. Kesihatan mental perlu
diambilkira bagi menjadi seorang insan yang kuat dan tabah bagi menhadapi pelbagai cabaran
yang datang. Jika individu tidak mempunyai mental yang kuat ia mudah cepat mengalah,
berputus asa, hilang kepercayaan diri, resah dan mengalami kemurungan. Ini akan menyebakan
kemerosotan dalam aspek – aspek lain dalam roda kesejahteraan dan seterusnya individu tersebut
tidak dapat mencapai keseimbangan dalam kesejahteraan hidup. Mengikut pepatah juga ada
menyebut fizikal yang sihat datangnya daripada minda yang cergas ini jelas membuktikan
kepentingan kesihatan mental bagi memperolehi badan yang sihat bagi menjalankan aktiviti –
aktiviti harian.

Roda kesejahteraan ini adalah satu cara untuk kita menilai sejauh mana tahap
kesejahteraan dalam kehidupan masing – masing. Jadi mulakan daripada sekarang dengan

12
mulakan dengan menilai tahap kesejahteraan dalam kehidupan kita dan seterusnya cuba
seimbangkan roda kesejahteraan kita agar dapat mencapai kesejahteraan hidup yang optimum.
Roda kesejahteraan kita perlulah seimbang dan dalam proses mengimbangi roda kesejahteraan
tidak harus diabaikan gaya hidup yang sihat. Gaya hidup yang sihat akan menjamin kesihatan
fizikal, mental, intelektual dan emosi individu bagi menangkis masalah – masalah yang dihadapi
dalam kehidupan. Jadi janganlah berlengah lagi mulakan gaya hidup sihat dan amalkan roda
kesejahteraan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

(2862 patah perkataan)

13
RUJUKAN

Califonia, U.O. (2011). Spirtual Wellness. Retrieved February 28, 2014, from http://wellness.
ucr.edu/spiritual _wellness.html

Covington, M. V. (1984). The Self-Worth Theoy of Achiement Motivation: Findings and


Implications. The Elementary School Journal.

Doctor, S. (2005). Is human touch the ultimate stress therapy?. Retrieved February 27, 2014,
from http://www.howtobeatstress.com/stress-massage.html

Hattie, J.A., Myers, J.E., Sweeney, T.J. (2004). A Factor Structure of Wellness: Theory,
Assessment, Analysis and Practice. Journal of Counseling and Development 82, 354–364.

Health, H. (2010). Harvard Health Publications. Retrieved February 28, 2014, from
http://www.health.harvard.edu/category/emotional-well-being-and-mental-health

Hettler, B. (1976). The Six Dimensions of Wellness Model. National Wellness Institute.

Joe Verghese, R. B. (2003). Leirsure Activites and the Risk of Dementia in the Elderly. The New
England Journal of Medicine, 2508-2516.

Kennymore, J. (2012). Balancing Your Wellness Wheel. Retrieved March 1, 2014, from
http://www.nwmissouri.edu/wellness/PDF/shift/BalancingYourWellness.pdf

Krishnan, S. (2010). Gaya Hidup Sihat. Retrieved March 2, 2014, from


http://kesihatansemua.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html

14
Wellness Centre (2010). Komponen Kesejahteraan. Pusat Kesejahteraan, Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Witmer, J. M., & Sweeney, T. J. (1992). A holistic model for wellness and prevention over the
lifespan. Journal of Counseling and Development, 71, 140-148.

Witmer, J. M., Sweeney, T. J., & Myers, J. E. (1998). The wheel of wellness. Greensboro, NC:
Author.

15

Anda mungkin juga menyukai