Anda di halaman 1dari 6

1

Bahagian Pengajian Islam


Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Semester 2
Sidang Akademik 2018/2019

HIU 123/4- ’Aqidah Islamiyyah : Konsep dan Penghayatan

1.0 SINOPSIS KURSUS

Kursus ini bertujuan untuk menyediakan para pelajar dengan konsep dan
aplikasi akidah Islam dalam konteks masyarakat semasa. Kursus ini merangkumi
tiga skop pengajian akidah asas: konsep Tauhid, Nubuwwat dan hari akhirat.
Pelajar turut diberikan pendedahan tentang isu-isu semasa akidah Islam
dalam konteks situasi masyarakat yang sebenar.

2.0 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:

1. Mengenal pasti dan menghuraikan konsep-konsep akidah Islam. (P01,


C4, CS)
2. Mempamerkan kefahaman berkaitan akidah Islam dengan
mengaitkannya dengan dalil-dalil al-Qur’an dan sunah yang sahih serta
dapat menilai kesahihan akidah masyarat semasa. (P02, A3, LL); dan
3. Menganalisis hubung kait akidah dengan akhlak dan jiwa yang
sejahtera agar mampu menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.
(P03, C4, CTPS)

3.0 TENAGA PENGAJAR

Prof. Madya Dr. Mohd Nizam Sahad Dr. Mohd Farid Mohd Sharif
(Penyelaras) Pej: C 24/012
Pej: C 20/131  6048
 5171  faridusm@usm.my
 nizamsahad@usm.my Pertemuan pelajar:
Pertemuan pelajar: Jumaat 9am -11am
Isnin 2pm-4pm
2

4.0 WAKTU PERTEMUAN/TEMPAT

Masa Tempat
Kuliah :
Isnin, 11-12 SK 3
Khamis, 11-12 DK M
Tutorial : Akan Akan
dimaklumkan. Dimaklumkan.

5.0 SUBTOPIK KURSUS

1. Sorotan Kursus.
2. Perkembangan ilmu akidah.
3. Pengenalan kepada mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.
4. Manhaj akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah.
5. Faktor-faktor yang boleh meningkatkan iman dan menjejaskan iman.
6. Penjelasan tentang Islam, Iman dan Ihsan.
7. Penjelasan tentang konsep tauhid, nubuwwat dan akhirat.
8. Penjelasan tentang hakikat makhluk ghaib.
9. Isu dan cabaran semasa akidah Islam dalam masyarakat.
10. Penjelasan tentang konsep tawassul & tabarruk.

6.0 TOPIK PENGAJARAN DAN PERINCIAN KULIAH

Minggu Tajuk Kuliah Catatan / Pensyarah


1
Sorotan Kursus Dr Mohd Farid
2 Perkembangan ilmu akidah Dr Mohd Farid
a) Zaman Nabi Muhammad S.A.W
b) Zaman Khulafa’ al-Rashidun
c) Zaman Selepas Khulafa’ al-Rashidun
3 Pengenalan kepada mazhab Ahl al-Sunnah Dr Mohd Farid
wa al-Jama‘ah
a) Definisi
b) Sejarah kemunculan
4 Manhaj akidah Ahl al-Sunnah wa al- Dr Mohd Farid
Jama‘ah
a) Nama & Sifat Allah
b) Af’al Allah
5 Manhaj akidah Ahl al-Sunnah wa al- Dr Mohd Farid
Jama‘ah
a) Wa’id Allah
b) Ru’yah Allah
c) Sahabat
6
Penjelasan tentang Islam, Iman dan Ihsan Dr Mohd Farid
7
Ujian Dr Mohd Farid
8
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER

9 Penjelasan tentang hakikat makhluk ghaib. PM Dr Mohd Nizam


a)Malaikat
b)Iblis
3

10 Isu dan cabaran semasa akidah Islam PM Dr Mohd Nizam


dalam masyarakat.
a)Khurafat
b)Sihir

11 Isu dan cabaran semasa akidah Islam PM Dr Mohd Nizam


dalam masyarakat.
c)Ideologi
d)Pemikiran

12 Isu dan cabaran semasa akidah Islam PM Dr Mohd Nizam


dalam masyarakat.
e) Ajaran Sesat

13 Penjelasan tentang konsep tabarruk dan PM Dr Mohd Nizam


tawassul

14 Nubuwwat PM Dr Mohd Nizam

15 Eskatologi Islam

16 Minggu Ulangkaji
17-19 Peperiksaan Akhir

7.0 BAHAN RUJUKAN

Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, 2007. Perbahasan Akidah Islam. Pustaka
Salam: Kuala Lumpur.

Abdul Fatah Haron, 1994. Ajaran Sesat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

al-Shahrastani, Muhammad b. Abd. al-Karim. 2006. Agama dan Ideologi. Terj.


Muhammad Ramzi Omar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

al-Tahawi, Ahmad b.Muhammad. 2009. Sharh al-Aqidah al-Tahawiyyah. Terj.


‘Abd al-Halim Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Sulaiman Yasin . 1998. Pengantar ‘Aqidah. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nizam bin Sahad. 2018. Tafsir Maudie Akidah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4

8.0 PENILAIAN KURSUS

Penilaian kursus ini akan dibahagikan seperti berikut:

Kerja Kursus 40%


• Esei 20%
• Ujian 10%
• Pembentangan 10%

Peperiksaan 60%
------------
Jumlah Keseluruhan 100%

9.0 KEHADIRAN

9.1 Pelajar yang tidak hadir kuliah atau tutorial tiga kali (kecuali
mempunyai alasan kukuh/surat rasmi) akan dihalang daripada
mengambil peperiksaan.
9.2 Jika pensyarah lewat lima belas minit, kuliah atau tutorial pada hari
berkenaan dibatalkan. Kuliah atau tutorial gantian akan
diumumkan kemudian.

10.0 PERINGATAN PENTING

1. Penyertaan pelajar secara aktif amatlah PENTING.

2. Para pelajar juga akan diuji berhubung silibus kursus sebagai


sebahagian daripada kerja kursus. Tarikh ujian akan ditentukan oleh
pensyarah dan ujian akan dijalankan dalam masa kuliah.

3. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan sebuah makalah dengan


tebal maksima 10 halaman dan minima 7 halaman. Esei hendaklah
ditaip selang dua baris (double spacing) dengan menggunakan kertas
A4, huruf bersaiz 12 dengan stail Times New Roman. Setiap petikan
hendaklah menggunakan huruf saiz 11 dan dimulai 5 cm ke dalam dari
kiri dan kanan berbanding dengan perenggan-perenggan biasa dan
mempunyai selang sebaris (single spacing).

4. Penggunaan nota kaki adalah wajib dan hendaklah ditulis dalam


bentuk selang sebaris (single spacing) dengan menggunakan huruf
bersaiz 10 dan ditaip di bahagian jidar bawah sesuatu halaman.
Contoh: Karen Armstrong, A History of God, Vintage: Great Britain, 1999,
hal. 28. Apabila merujuk kepada sesuatu laman web nyatakan nama
laman web itu, alamatnya dan juga tarikh semakan terakhir terhadap
laman web dibuat. Contoh: Mohd Farid bin Mohd Sharif, “Baghy in
Islamic Law and the Thinking of Ibn Taymiyya”, hal. 10,
5

http://www.ingentaconnect.com/content/brill/alq/2006, tarikh akses


24 Jun 2008. Kesemua rujukan yang dipetik dalam teks haruslah muncul
dalam senarai bibliografi. Semua ilustrasi termasuk rajah, carta dan graf
mesti dilabel, diberi rujukan dan dinomborkan secara berturutan.
5. Setiap makalah mestilah mempunyai senarai rujukan. Senarai rujukan
ialah senarai bahan yang telah digunakan dalam melaksanakan
sesuatu esei. Senarai ini mesti disusun mengikut susunan huruf abjad
nama yang penulis itu biasa dikenali. Contoh:

Mohd Farid bin Mohd Sharif, 2011. Ibn Taymiyyah on Jihad and
Baghy. Universiti Sains Malaysia: Penerbit USM.

Dutton, Yasin, 2002. The Origins of Islamic Law. London:


Routledge.
6. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan makalah
mereka mematuhi format penulisan di atas serta bebas daripada unsur
plagiarisme. Sesebuah makalah akan dinilai berasaskan kepada skop
soalan, sumbangan kepada disiplin ilmu, kekuatan analisis,
persembahan yang jelas dan kesempurnaan teknikal.

7. Esei hendaklah menjawab soalan berikut:

a. Maksud hadith Rasulullah S.A.W: "Al-Qadariyyah adalah Majusi umat


ini" (riwayat Abu Dawud). Berdasarkan hadith ini, bincangkan sejarah
kemunculan golongan al-Qadariyyah dan kenapa Rasulullah S.A.W
melabelkan mereka sebagai Majusi.

b. Maksud hadith Rasulullah S.A.W: "Akan keluar di dalam umat ini satu
kaum yang meremehkan kualiti solat kamu berbanding solat mereka.
Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melewati kerongkong mereka.
Mereka keluar daripada agama seperti anak panah yang keluar dari
busurnya” (riwayat Bukhari). Menurut ulama akidah Ahli Sunnah wa al-
Jamaah, kaum yang dimaksudkan dalam hadith ini ialah golongan
Khawarij. Bincangkan sejarah kemunculan golongan Khawarij dan
kenapa Rasulullah S.A.W memberikan ciri-ciri tersebut kepada mereka.

c. "I love Jesus because I am Muslim". Berdasarkan slogan ini,


bincangkan apakah kaitan Jesus kepada akidah orang Islam?

d. Berdasarkan keratan akhbar berhubung gejala liberalisme di


Malaysia, lakukan analisis tematik mengenainya.

e. Ayat-ayat Juzu’ Amma dalam al-Qur’an banyak mengisahkan


tentang eskatologi. Bincangkan.
6

f. Lakukan analisis perbandingan corak kesesatan DUA kumpulan


ajaran sesat yang pernah bertapak di Malaysia

8. Para pelajar amat digalakkan melakukan kajian lapangan untuk


mendapat penemuan baru dan asli bagi setiap tajuk di atas. Kaedah
lapangan dengan melakukan temu bual dan pemerhatian turut serta
akan menambah nilai hasil kertas kerja anda di samping memberi
pengalaman berinteraksi dalam realiti sebenar permasalahan yang
menyentuh tentang akidah dan masyarakat.

9. Pemilihan dan penentuan soalan akan ditentukan melalui senarai


kumpulan tutorial yang akan dipaparkan dalam e-learning.

10. Tarikh serah tugasan : Minggu ke-10. Kelewatan penghantaran akan


menyebabkan markah dipotong.

SELAMAT MENGIKUTI KURSUS.

**********************************************************************************

Anda mungkin juga menyukai