Anda di halaman 1dari 3

PUVANESWARY SANRABABU

BP13100362

“kesihatan individu adalah satu produk produk”. Bincangkan.

Kesihatan boleh didefinisikan sebagai individu yang tidak mempunyai sebarang


penyakit dan dapat berfungsi dengan baik dari segi mental dan fizikal. Pada
pendapat saya, tahap kesihatan ini sangat berkait rapat dengan budaya sesebuah
etnik atau bangsa. Hal ini kerana setiap etnik mempunyai budaya, kepercayaan,
amalan, dan rawatan tersendiri untuk mencegah daripada mana-mana penyakit
yang tidak diingini. Kepercayaan dan amalan dalam sesebuah masyarakat bukan
sahaja menjadi tunjuk ajar dan membimbing mereka supaya menjauhi diri daripada
aktiviti buruk malah ia membentuk satu identiti dan menonjolkan keunikan sesebuah
budaya tersebut.

Mempunyai pelbagai contoh yang boleh menggambarkan bahawa kesihatan


ini sangat berkait rapat dengan budaya. Misalnya, amalan perubatan tradisional
dalam masyarakat india yang dibahagikan kepada dua iaitu perubatan Ayurveda dan
perubatan Siddha. Perubatan Ayurveda ini menekankan rawatan bagi pelbagai
penyakit seperti pembedahan prosthetic penggantian anggota, pembedahan
kosmetik, pembedahan otak termasuk pembedahan caesarean section. Ayurveda
juga telah diamalkan secara sistem warisan dikenali sebagai sistem Parambara
(Turun temurun) yang bermatlamat untuk menyembuh demam, menghalang dari
penyakit, memanjangkan jangka hayat (secara amnya, Ayurveda digelar sebagai
“ilmu untuk hidup’’). Salah satu pendekatan yang biasa digunakan adalah dengan
menggunakan herbal dan ekstrak herbal dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Perubatan Ayurveda ini menawarkan rawatan bagi setiap 5 deria. Contohnya,
rawatan termasuk rasa: herba dan nutrisi, sentuhan: urutan, hidu: rawatan melalui
wangian (aromatherapy), penglihatan: rawatan melalui warna, pendengaran:
rawatan melalui muzik, meditasi mantra dan chanting. Dalam perubatan Ayurveda
ini, dua orang yang mengalami penyakit yang sama diberi ubat dan diet yang
berbeza kerana Ayurveda percaya bahawa dua individu tidak mempunyai kesamaan
dari segi pembentukan dan ciptaan.

Perubatan siddha pula memberi penekanan kepada pemakanan, mandian air


suam berminyak setiap hari ke-empat, dan kepentingan berdiet bagi menjaga tubuh
badan manusia. Mereka (siddhars) percaya bahawa ubatan tidak diperlukan
sekiranya jadual diet diikuti dengan betul dan tegas. Contohnya, tidak membenarkan
makan root tuber melainkan ubi keladi atau sayuran yang terlebih masak (tua) dan
tidak dibenarkan memakan benda manisan yang dibekukan dan makanan dijual di
tepi jalan. Siddhars juga mengajar bahawa bagi mencapai ketumbuhan rohani yang
sihat, ia memerlukan badan yang sihat maka mereka mencipta yoga, meditasi dan
cara-cara yang boleh menguatkan tubuh badan di samping kuatkan rohani.

Selain daripada masyarakat india, masyarakat Cina turut mengamalkan


kepercayaan dan amalan yang menjamin kesejahteraan hidup mereka. Mereka
mengamalkan konsep Yin dan Yang dalam kehidupan seharian mereka. Asas prinsip
perubatan cina ialah konsep keseimbangan dan keharmonian tenaga Yin dan Yang,
yang berfungsi secara holistik merangkumi tubuh badan, semangat dan rohani.
seandainya keseimbangan antara Yin dan Yang dicapai, seseorang itu mampu hidup
secara sihat dan sejahtera untuk tempoh lebih lama. Perubatan cina memberi
tumpuan terutamanya atas baki. Cina percaya bahawa keseimbangan Qi boleh
menyebabkan penyakit yang menjejaskan kesihatan. Pendekatan ini berbeza dengan
perubatan barat moden. Dalam masyarakat ini, pemahaman badan manusia adalah
berdasarkan kepada pemahaman holistic alam semesta seperti yang dinyatakan
dalam fahaman Taoisme, dan rawatan penyakit adalah berdasarkan terutamanya
kepada diagnosis dan perbezaan sindrom.

Terdapat juga segelintir budaya yang dapat memudaratkan kesihatan


individu. Sebagai contoh, pesta keamatan di Sabah yang disambut dengan
pengambilan minuman alkohol dan mabuk-mabuk. Secara jelasnya kita mendapati
bahawa budaya ini dapat menjejaskan tahap kesihatan seseorang. Walaupun,
alcohol ini diambil untuk berkongsian keseronokan pada hari perayaan mereka tetapi
ia masih bahaya kepada tubuh badan mereka.
Di sini boleh disimpulkan bahawa budaya sesebuah masyarakat ini
menyumbang kepada kesihatan setiap insan yang boleh menjurus kepada kebaikan
dan keburukan. apa-apa pun daripada kita sahaja sama ada kita mengikutinya atau
tidak. Kepercayaan dan amalan ini mempunyai banyak kebaikan dan kepentingan
tersendiri dan tidak dapat dinafikan bahawa segelintir budaya juga memudaratkan
kesihatan. Oleh itu, budaya sihat seharusnya mengamalkan pantang larang yang
mendatangkan kesejahteraan hidup kepada masyarakat dan sudah tentunya
kesihatan individu adalah satu produk budaya.

Anda mungkin juga menyukai