Anda di halaman 1dari 2

Krong dan Si Helang

Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Krong dan Si Helang”.

Di sebuah hutan di Malaysia tinggal seekor burung enggang yang bernama Krong. Krong seekor burung enggang yang
indah. Badannya berbulu hitam, kuning dan putih. Dia hidup bersama pasangannya dengan makan buah-buahan di hutan.

Dalam hutan itu, Krong mempunyai seorang musuh yang mempunyai cakar kaki yang besar dan tajam. Nama musuhnnya
ialah Si Helang. Si Helang seekor burung yang besar dan bengis. Ia sering membunuh dan memakan binatang-binatang yang
lebih kecil daripadanya. Krong tidak takut akan Si Helang kerana badannya yang sama besar dengan Si Helang. Namun
demikian, Krong takut bahawa anak-anaknya akan diserang Si Helang pada suatu hari nanti kerana anak-anaknya baru
menetas dari telur. Tiap-tiap hari, Krong dan isterinya akan menjaga anak-anak di dalam sarangnya.

Pada suatu hari ketika Krong membawa anak-anaknya keluar dari sarang. Ia ternampak Si Helang berlegar-legar tinggi
di angkasa. Mereka sentiasa berwaspada dengan Si Helang. Akan tetapi, makanan di pohon-pohon dekat lama-kelamaan sudah
tiada lagi. Krong terpaksa terbang lebih jauh untuk mencari makanan. Ketika Krong meninggalkan sarangnnya, Si Helang pun
datang menyambar anaknya. “Hahaha…aku hendak makan kamu hari ini” kata Si Helang dengan bengis. Isteri Krong terkejut
melihat Si Helang dan cuba melawan Si Helang sambil menjerit meminta tolong.

Krong yang terdengar jeritan isterinya segera teberpatah balik untuk menyelamatkan anak-anaknya. Ia bertaruh
dengan Si Helang dengan berani dan akhirnya berjaya mengusir Si Helang dari sarangnya. Sejak hari itu, Krong tidak lagi
pergi jauh dari sarangnya. Selepas beberapa bulan berlalu, anak-anak Krong menjadi dewasa dan mereka tidak lagi takut
kepada Si Helang.

Kawan-kawan, Krong seekor burung yang berani, bertanggungjawab dan sayang akan ahli keluarganya. Kita patut melindungi
dan menyayangi ahli keluarga kita seperti Krong dan isterinya. Sekian, terima kasih.
Krong Si Helang

Anda mungkin juga menyukai